Anda di halaman 1dari 15

Kaedah kawalan lalat dengan penanaman serai :

Banyak seranggan termasuk juga lalat memang alah dengan bau serai ni. Kalau dapat
tanam pokok serai ni kat kawasan ladang adalah satu daripada alternatif yang
kemungkinan dapat membantu mengurangkan populasi lalat di ladang.

Tapi, kalau tak dapat tanam, boleh je beli serai wangi dan buatkan air serai wangi organik.

Caranya, kisar kering segenggam serai yang dah dibasuh dan campukan dengan air.
Biarkan semalaman sebelum ditapis dan masukkan air tapisan ke dalam botol spray.

Semburan di buat di sekeliling kawasan ladang.

Rasional :

1. Tatacara yang digunakan tidak menggunakan sebarang bahan kimia yang


berbahaya pada haiwan atau manusia.
2. Penanaman serai tidak menggalakan kehadiaran migrasi burung-burung liar (
TIDAK SEPERTI TANAMAN BETIK ATAU PISANG).
3. Lalat kebiasaanya suka hinggap diatas makanan, persekitaran seperti peralatan,
reban , kenderaan dan rumput yang panjang di ladang dan bertelur pada titisan
embun .
4. Lalat kebiasaaanya menghurungi kawasan yang berbau busuk dan membiak
dengan cepat seperti tinja ayam yang basah, bahan buangan dari dapur, sampah,
atau bahan- bahan yangberbau busuk seperti bangkai haiwan.

Cara-cara :

Batang serai di kisar dan di campur air serta di sembur di kawasan ladang dan
persekitaran.
Contoh : Penanaman serai di Ladang Meng Seng di Cheng Melaka.
Menanam serai antara yang popular ingin ditanam oleh kebanyakan kita
sebagai ibu. Ini memandangkan setiap kali memasak, serai menjadi antara
bahan utama yang perlu ada untuk melengkapkan sajian tomyam, ayam
goreng berempah, rendang dan sebagainya.

Jadi untuk mudah mendapatkan serai, tanpa perlu lagi ke kedai untuk
membeli setiap kali ingin digunakan, ramai memikirkan bukankah bagus ada
serumpun dua di laman rumah? Nak guna, ambil sahaja!

Untuk itu, sesiapa yang baru ingin menanam serai ikuti perkongsian daripada
seorang petani ini bagaimana cara dan rahsia daripadanya untuk
mendapatkan tanaman serai hidup subur dengan menghasilkan setiap
rumpun serai lebih banyak kuantitinya dan merimbun.

Kepada yang masih belum tahu, ini adalah rupa sebenar pokok serai yang
sudah matang umurnya. Tempoh matang serai ini biasanya mengambil masa
6 bulan hingga ke 8 bulan bergantung kepada kesuburan dan penjagaannya.

Namun begitu idea penanam serai bagi salah satu alternatif kaedah
pengawalan lalat telah di jalankan di ladang Meng Seng ( dahulu di kenali
sebagai Chin Poultry , sejak lebih dari 10 tahun dahulu. Sehingga sekarang
masih dipraktikkan dan sangat berkesan.
Semoga dapat memberkan manafaat kepada semua.

Sebelum menanam, saya menyimpan benihnya dahulu di tempat yang gelap dan
diisikan sedikit air di bekas penyimpanan benih. Ideanya adalah untuk menggalakkan
pertumbuhan akar baru sebelum menanam.

Tempoh proses ini boleh mengambil masa dalam 3 ke 5 hari. Dalam tempoh itu, air di
dalam bekas itu haruslah di tukar kerana kandungan protein di dalam air akan
meningkat dan menyebabkan pembiakkan bakteria. Selalunya air akan mengeluarkan
bau busuk seperti bau air longkang. Jadi tukar kepada air yang baru.
Akar baru yang sudah tumbuh dengan baik. Pertumbuhan pokok selalunya akan
bermula daripada akarnya dahulu.
Selepas itu, potong di bahagian daunnya pula, ideanya untuk menggalakkan
pertumbuhan pucuk daun yang baru. Jadi pokok akan lebih stabil apabila hendak
menanam nanti dan mudah untuk diletakkan di bawah cahaya matahari. Pokok serai
haruslah di tanam di kawasan matahari penuh untuk mendapat hasil yang berkualiti.
Selepas dua hari, pucuk daun mudah mulai tumbuh. Waktu ini adalah waktu paling
baik untuk menanamnya ke tanah.

Langkah seterusnya, penyediaan tempat untuk menanam. Ini adalah kawasan yang
akan saya tanam serai itu nanti. Pendedahan matahari penuh, sesuai untuk ditanam
serai.
Prosesnya saya menyikat dan membersihkan dahulu kawasan untuk membersihkan
kawasan tanaman.Daun daun yang saya sikatkan tadi, saya kumpul di tepi dahulu
untuk kegunaan mulching kelak.

Sekarang ini lah waktunya, serai dan tempat untuk ditanam sudah bersedia.
Sebelum menanam, korek tanah kawasan tanaman lebih kurang dalam 2 inci
kedalaman, lebar sejengkal lebih. Seperti gambar di atas.

Jarak yang saya buat antara lubang ialah 1 kaki x 2 kaki.


Kedalaman serai untuk ditanam cukup sekadar dibahagian ibu jari saya ini. Akar serai
adalah jenis akar serabut. Jadi tak perlu tanam dalam sangat. Itu lebih baik.
Teknik tanaman ini dipanggil teknik tanam empat penjuru. Teknik yang amat popular di
kalangan petani serai kerana, kapasiti pengeluaran serai lebih banyak berbanding teknik
tanaman yang biasa (single). Jarak antara benih dalam sejengkal. Jadi di setiap lubang
tadi, masukkan empat benih serai. Bayangkan betapa besarnya rumpun serai itu nanti.

Saya mengamalkan konsep permaculture dalam kerja saya. Jadi saya gunakan
longgokkan daun tadi sebagai mulching nanti. Kenapa perlu mulching? Salah satunya
untuk kawalan lalang nanti. Petani serai selalunya mengamalkan konsep tanaman 3T
(tanam, tinggal, tuai). Jadi bayangkan lalang mula tumbuh meliar di kawasan serai. Jadi
kaedah mulching dapat mengelakkan Lalang tumbuh di sekeliling serai nanti.
Jadi saya letakkan daun daun itu sebagai mulching di tempat tanaman serai. Langkah ini
dapat mengatasi masalah lalang yang akan menjadi masalah di kemudian hari.

Sekian

Anda mungkin juga menyukai