Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: KOLEJ VOKASIONAL LANGKAWI Kod Sekolah: KHA 6002

1. Nama Guru
MUHAMMAD AZNAN BIN ZAKARIA

2. Judul TEKNOLOGI KESULTANAN 3. Bidang: BUKAN FIKSYEN


MELAKA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

TEKNOLOGI KESULTANAN
MELAKA

MEMBONGKAR KEAGUNGANNYA BERDASARKAN CATATAN PORTUGIS

Kesultanan Melaka memiliki pelabuhan yang terkaya di dunia di zaman kegemilangannya.


Pedagang-pedagang dari segenap penjuru dunia telah datang berdagangdi Melaka. Maka, selain
dari memiliki teknologinya tersendiri, Kesultanan Melaka juga terdedah dengan peradaban asing
seperti peradaban Islam (Arab, Parsi, India dan Turki) dari barat serta peradaban China dan
Jepun dari timur. Ini menyebabkan Melaka tidak ketinggalan dari segi sains dan teknologi dari
tamadun-tamadun luar yang sezaman dengannya. Malangnya,
bahagian dari masyarakat hari ini menyangka bahawa Kesultanan Melaka hanyalah sebuah
kerajaan yang kuno dan jauh ketinggalan dalam kemajuan teknologi. Malah yang lebih malang,
ada yang beranggapan bahawa kewujudan Kesultanan Melayu Melaka hanyalah mitos semata-
mata. Ini disebabkan semua kesan peninggalan Kesultanan Melaka telah dimusnahkan oleh
Portugis ketika mereka menawan Melaka pada tahun 1511. Namun, kebenaran sememangnya
tidak dapat disembunyikan. Berdasarkan catatan-catatan sejarawan Portugis sendiri, Kesultanan
Melaka memiliki peradaban dan teknologi yang boleh dibanggakan. Antara teknologi yang telah
ada adalah penggunaan senapang atau dipanggil istinggar oleh tentera melaka semasa
menenteng Portugis. Oleh itu, buku ini menyajikan tentang teknologi-teknologi dan peradaban
yang terdapat dalam Kesultanan Melayu Melaka berdasarkan catatan-catatan Portugis.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebenarnya masih banyak nilai sejarah yang kita belum ketahui mengenai peradaban kita sendiri
Terdapat pelbagai kemajuan dalam pelbagai bidang seperti kejuruteaan, sains, pengurusan
sosial, pertanian, perladangan serta ketenteraan. Buku ini benar-bnar telah menyedarkan saya
untuk lebih mendalami sejarah teknolooggi silam.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini boleh diambil pengajaran dari sudut pengkajian sistematik yang dilakukan oleh penulis
untuk membolehkan premis tentang kekuatan teknologi Melaka sebelum era moden tidak boleh
dipandang remeh. Catatan-catatan dari pelbagai sumber menunjukkan kepentingan mempunyai
pengkalan data yang cukup dalam pengkajian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MUHAMMAD AZNAN BIN ZAKARIA ) ( )

Anda mungkin juga menyukai