Anda di halaman 1dari 3

menyimpan bukit faedah gemar menabung

Amalan _________________ bermaksud menyimpan duit. Kita boleh ________________ di dalam

tabung atau membawa duit yang dikumpulkan ke bank. Terdapat banyak _____________ yang boleh

kita peroleh jika kita ________________menabung. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama menjadi

_____________.

mengamalkan perbelanjaan kebaikan berdisiplin kemiskinan

Antara _____________ menabung ialah, kita dapat melatih diri untuk ____________ sikap

berjimat- cermat dalam kehidupan harian. Sikap ini bukan sahaja mampu membentuk diri menjadi

insan yang _________________dan bijak mengawal ___________________. Hal ini kerana sikap

boros boleh membawa kita kepada ____________________.

persiapan masalah positif bersedia depan

Oleh itu, sebelum berdepan dengan pelbagai ___________________di masa akan datang, kita

mestilah membuat __________________bijak seperti pepatah Melayu “sediakan payung sebelum

hujan” agar kita tidak dilanda musibah dalam keadaan kita tidak___________________. Wang yang

disimpan boleh digunakan sebagai tabungan kecemasan . Biarlah kita mula menabung walaupun

dengan jumlah yang sedikit pada awalnya kerana “Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Ini

membuktikan bahawa amalan menabung memberi impak______________ kepada kita pada masa

___________________.

disemai bapa borek menabung berkekalan keluarga

Tambahan pula, amalan menabung yang ____________oleh ibu bapa dapat dijadikan contoh

teladan kepada anak mereka. Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga yang mengambil berat
tentang amalan ______________akan disambung generasi seterusnya. Ini sangat sesuai dengan

pepatah Melayu, “_____________________, anak rintik”. Oleh itu, amalan menabung dalam keluarga

akan ________________sekiranya ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat

menabung di kalangan ahli____________________.

dimanfaatkan bersedekah menunjukkan diri membantu

Wang yang disimpan juga boleh ___________________untuk membantu orang lain

dengan__________________. Ini ___________________ bahawa, dengan amalan menabung, kita

bukan sekadar membantu _________________ malah dapat _________________________ orang

lain.
Amalan menabung bermaksud menyimpan duit. Kita boleh disimpan di dalam tabung atau

membawa duit yang dikumpulkan ke bank. Terdapat banyak faedah yang boleh kita peroleh jika kita

gemar menabung. Bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit.

Antara kebaikan menabung ialah, kita dapat melatih diri untuk mengamalkan sikap

berjimat- cermat dalam kehidupan harian. Sikap ini bukan sahaja mampu membentuk diri menjadi

insan yang berdisiplin dan bijak mengawal perbelanjaan. Hal ini kerana sikap boros boleh membawa

kita kepada kemiskinan.

Oleh itu, sebelum berdepan dengan pelbagai masalah di masa akan datang, kita mestilah

membuat persiapan bijak seperti pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan” agar kita tidak

dilanda musibah dalam keadaankita tidak bersedia. Wang yang disimpan boleh digunakan sebagai

tabungan kecemasan. Biarlah kita mula menabung dengan jumlah yang sedikit pada awalnya kerana

“Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Ini membuktikan bahawa amalan menabung memberi

impak positif kepada kita pada masa depan.

Tambahan pula, amalan menabung yang disemai oleh ibu bapa dapat dijadikan contoh

teladan kepada anak mereka. Perkara ini bermaksud sesebuah keluarga yang mengambil berat

tentang amalan keluarga akan disambung generasi seterusnya. Ini sangat sesuai dengan pepatah

Melayu, “bapa borek, anak rintik”. Oleh itu, amalan menabung dalam keluarga akan berkekalan

sekiranya ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat menabung di kalangan ahli

keluarga.

Wang yang disimpan juga boleh dimanfaatkan untuk membantu orang lain dengan

bersedekah. Ini menunjukkan bahawa, dengan amalan menabung, kita bukan sekadar membantu

diri malah dapat membantu orang lain.

Anda mungkin juga menyukai