Anda di halaman 1dari 5

RANCANGAN LATIHAN KEMAHIRAN PERMAINAN

Mata Pelajaran : Bola Tampar

Tajuk / Tema : Servis Bawah Bahu

Kelas / Darjah : 5 Axia

Bilangan Murid : 16 orang

Tarikh / Hari : 6 November 2023 (Isnin)

Masa : 9:00 am - 10:00 am (60 minit)

Standard Kandungan : Kemahiran servis bawah bahu

Standard Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :

1. Melakukan servis bola tampar bawah bahu dengan teknik

dan gaya yang betul.

2. Menerangkan teknik servis bola tampar bawah bahu dengan

jelas dan betul.

3. Meningkatkan keyakinan dan motivasi diri.

Pengetahuan sedia ada : Murid telah menguasai kemahiran menangkap bola.

Objektif PdP : a) Psikomotor

● Murid dapat meningkatkan kemahiran servis dengan

memukul bola menggunakan tangan.

b) Kognitif

● Murid dapat memahami dan mengingat teknik servis bawah

bahu serta mengaplikasikannya dalam permainan.

c) Afektif

● Memupuk minat murid dalam permainan bola tampar dan

mewujudkan semangat kerjasama antara kumpulan.

Nilai : Kerjasama, Kegigihan, Kepatuhan & Kejujuran.

Bahan bantu mengajar : Bola tampar & kertas berwarna yang berlabel markah
KOMPONEN / AKTIVITI / KETERANGAN PENGELOLAAN /
MASA GAMBAR RAJAH

Fasa 1) Murid melakukan aktiviti Permainan Belalang & Belatuk :


Permulaan : pemanasan badan dari kepala
Memanaskan hingga ke kaki dengan bimbingan
badan guru.
(10 minit)
2) Guru membahagikan murid kepada
2 kumpulan dan melaksanakan
permainan ‘Belalang & Belatok’.
● Murid di dalam kumpulan
Belalang akan berlari mengejar
kumpulan Belatok apabila guru
menyebut ‘Belatok’ dan
sebaliknya.

3) Guru memberi taklimat mengenai


alatan yang akan digunakan &
langkah keselamatan yang perlu
diamalkan semasa bermain.

Fasa 1) Guru menerangkan teknik servis Teknik servis bola tampar


Perkembangan bola tampar bawah bahu bawah bahu :
: Aktiviti
kemahiran 1.1) Kedudukan kaki
(15 minit) ● Guru menunjukkan posisi kaki
yang betul iaitu kedua-dua kaki
dibuka pada paras bahu dan
kaki dominan berada di
belakang.
Servis secara berpasangan :

1.2) Kepala / Mata


● Mata perlu memandang ke
arah sasaran iaitu bola.

1.3) Tangan
● Tangan yang bukan dominan
akan memegang bola
● Bola diletakkan di atas tapak
tangan
● Tangan yang bukan dominan
akan ditarik ke belakang untuk
memukul bola.
● Bola dilambungkan sedikit
apabila hendak dipukul.

1.4) Lutut
● Kedudukan lutut perlu
dibengkokkan untuk
mendapatkan kuasa dan
keselesaan.

1.5) Badan
● Badan perlu dibengkokkan
sedikit untuk mendapatkan
daya hayunan.

1.6) Sendi
● Pastikan “Hinge Joint” tangan
dikunci agar tangan tidak
bengkok semasa melakukan
pukulan.

2) Murid melakukan servis bawah


bahu secara berpasangan.

Fasa 1) Murid beratur di kawasan servis. Murid melakukan servis secara


Pengukuhan : 2) Salah seorang daripada murid akan bergilir :
Aktiviti berada di dalam gelanggang untuk
Pengukuhan menangkap bola.
(10 minit) 3) Selepas bola ditangkap, murid itu
akan masuk ke kawasan servis dan
beratur untuk melakukan servis.
4) Murid yang telah melakukan servis
pula akan mengganti peranan untuk
menangkap bola tadi.

Fasa 1) Guru membahagikan murid kepada


Kemuncak : dua kumpulan mengikut kumpulan
Permainan Belalang & Belatuk sebentar tadi.
(20 minit) 2) Murid akan bertanding antara 2
kumpulan ini untuk mendapatkan
pungutan mata yang banyak.
3) Kumpulan Belalang akan beratur di
kawasan servis untuk melakukan
servis daripada kawasan servis.
4) Guru melekatkan kertas markah
yang berwarna pada murid di
kumpulan Belatuk.
5) Kumpulan Belatuk akan berdiri di
bahagian lawan dan menyambut
bola dan ahli lain akan mengira
markah yang diperolehi oleh
Kumpulan Belalang.
6) Pertukaran kumpulan dibuat setelah
semua ahli Kumpulan Belalang
selesai melakukan servis.
7) Guru menjumlahkan mata untuk
menentukan pemenang.
Fasa Penutup : 1) Murid melakukan aktiviti cooling
Cooling down & down dari kaki hingga ke kepala
Perbincangan dengan bimbingan guru.
(5 minit) 2) Guru memberi kesimpulan mengenai
kemahiran yang murid belajar pada
hari ini dan mengenal pasti
kelemahan yang dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai