Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan Model-model kajian tindakan dan proses melaksanakan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan dalam pendidikan merupakan suatu unit professionalisma guru yang prosesnya diatur secara
sistematik di bawah seliaan BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA beserta buku manual yang boleh dirujuk guru-guru. Ia melibatkan pengumpulan dan
perterjemahan data yang seterusnya akan digunakan oleh guru untuk memudahkan pemahaman permasalahan dan
membaiki amalan serta mengatasi masalah dalam proses pendidikan.

Terdapat berbagai definisi yang dibuat berkenaan kajian tindakan, antaranya oleh Kemmis & McTaggart (1988) yang
menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan kajian berbentuk inkuiri yang dilakukan secara kolektif oleh peserta
yang berada dalam situasi sosial bagi meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan
pendidikan.

Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang telah dibangunkan oleh para penyelidik antaranya ialah Model Kajian
Tindakan yang dibangunkan oleh Kemmis & McTaggart (1988). Model tersebut menyarankan empat langkah kajian
tindakan berdasarkan gelungan (cycle) seperti berikut:

i. Mereflek (Reflect);

ii. Merancang (Plan);

iii. Bertindak (Action); dan

iv. Memerhati (Observe).

Ia boleh diringkaskan seperti dalam gambar rajah berikut;


Rajah 1 menunjukkan kajian tindakan dijalankan berpandukan proses berikut:

i. guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani;

ii. guru menyediakan satu rancangan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya; dan

iii. guru melaksanakan rancangan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru memerhati kemajuan
tindakan yang dijalankan itu.

Refleksi dilakukan bertujuan seperti berikut:

i. memahami kewujudan sesuatu masalah/kesukaran;

ii. memahami mengapa masalah tersebut wujud;

iii. memahami bentuk masalah yang timbul;

iv. mengetahui tahap keseriusan masalah yang membelenggu pengajaran dan pembelajaran tersebut; dan

v. memahami pelaku yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam permasalahan itu.

Selain itu, terdapat model Somekh (1989) yang melibatkan fasa-fasa berikut ;mengenal pasti masalah atau fokus
kajian yang diminati, mengumpul data, menganalisis data dan membina hipotesis, merancang pelan tindakan,
melaksana pelan tindakan, mengumpul data untuk mengesan perubahan, menganalisis dan menilai serta mengenal
pasti folus penyelidikan yang baru.

Manakala Model Dave Ebutt (1985) memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk kitaran. Di mana dalam
sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran.
Terdapat beberapa lagi model kajian tindakan yang secara umumnya mempunyai kaedah dan siri pengkajian yang
hampir sama dengan beberapa kaedah di atas sebagai rujukan.

Anda mungkin juga menyukai