Anda di halaman 1dari 1

TINGKATAN 4: DI SEBALIK DINARA

Berdasarkan novel yang saya kaji di tingkatan 4 iaitu Di Sebalik


Dinara karya Dayang Noor, terdapat dua peristiwa yang saya anggap
menarik terdapat dalam novel yang saya pelajari.

Peristiwa pertama yang saya anggap menarik ialah Karl yang sudah meninggal dunia
wujud dalam diri Shida. Buktinya, Shida bersuara garau seperti Karl. Pemikirannya juga seperti
Karl. Pada pendapat saya, peristiwa ini menarik kerana tiada orang yang sudah mati boleh terus
hidup dalam jasad orang lain, tetapi Karl mampu merealisasikan kejadian ini.

Peristiwa kedua ialah peristiwa yang menggambarkan kebijaksanaan Farisha.


Buktinya, Farisha mampu menggodam sistem Bank Sapurba. Kebijaksanaannya berpunca
daripada pelbagai implan dan mikrocip yang telah dimasukkan ke dalam badannya. Pada
pendangan saya, peristiwa ini menarik kerana seseorang itu juga boleh menjadi bijak jika ada
mikrocip dalam dirinya.

Peristiwa Karl menjadikan Farisha sebagai bahan uji kaji. Karl menanam pelbagai jenis
implant dalam tubuh Farisha agar Farisha menjadi genius. Peristiwa ini dianggap menarik kerana
kebijaksanaan Karl berjaya memperlihatkan kemajuan dan kecanggihan sains dan teknologi
dalam kehidupan manusia.

Sudah terang lagi bersuluh menunjukkan bahawa kedua-dua peristiwa ini menarik
bagi novel yang saya pelajari ini.

***Pilih dua peristiwa dalam tiga peristiwa yang disenaraikan di atas***

Anda mungkin juga menyukai