Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI PANITIA PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2019

AKTIVITI : TALENT IDENTIFICATION AND DEVELOPMENT (TID) / KENALI BAKAT


TARIKH : JANUARI - OKTOBER
MASA : WAKTU PDPC PENDIDIKAN JASMANI
TEMPAT :
ULASAN  Talent Identification and Development (TID) merupakan salah satu program pengesanan bakat yang dilaksanakan ke atas
murid seawal umur 7 tahun. Program ini dilaksanakan untuk mengesan bakat yang ada pada murid SK Lambir Village dan
akan diserapkan ke program kebitaraan sukan yang sesuai dengan potensi yang ada pada murid tersebut. Program ini
dilaksanakan semasa guru mengelolakan aktiviti Pendidikan Jasmani di setiap waktu PDPC guru. Cara penilaian yang
dilaksanakan guru dalam mengenalpasti bakat ialah melalui pemerhatian. Melalui pemerhatian yang dilakukan, guru dapat
menjangkakan sukan yang boleh diceburi oleh murid tersebut.
 Program ini dilaksanakan sepanjang tahun sesuai dengan tempoh perkembangan fizikal murid. Hal ini kerana tempoh
perkembangan fizikal murid berbeza mengikut individu.
 Program ini juga merupakan asas kepada setiap jurulatih sukan untuk memilih murid untuk mengikuti latihan sukan dan
seterusnya terpilih untuk mewakili sekolah.
KEKUATAN  Guru dapat mengenalpasti bakat yang ada pada murid seawal yang mungkin.
 Guru dan jurulatih dapat merancang lebih awal kaedah latihan yang bersesuaian untuk membangunkan bakat murid yang
telah dipilih.
 Menjadi sumber asas untuk jurulatih sukan mendapatkan atlet atau pemain pelapis untuk program kebitaraan sukan
sekolah.
KELEMAHAN  TIADA
PENAMBAHBAIKAN  Data murid yang telah dipilih melalui program ini perlu didokumentasikan untuk proses pemantauan perkembangan fizikal
murid secara berterusan oleh guru.

Disediakan oleh ;

(Mohd. Firdaus Bin Salasa)


Ketua Panitia,
Panitia Pendidikan Jasmani,
SK Lambir Village.

Disahkan oleh ;

( Lau Siu Hee )


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
SK Lambir Village.

Anda mungkin juga menyukai