Anda di halaman 1dari 22

TEMA:

NATIONAL GREEN TECHNOLOGY POLICY (PILLAR 1-ENERGY)

FIELDWORK 1

KURSUS/SEKSYEN : BBP 10502 KREATIVITI DAN INOVASI / 1 2023/2024

KUMPULAN :3

AHLI KUMPULAN : ADRIANNA LISSA ANAK WELINO


(CB220009)

KHAIRUL AIMAN BIN OTHAMAN


(CB220183)

MOHAMAD NORFARIZSHAM BIN MOHAMAD ZARIZAM


(CB220195)

MOHD SHAZRIN QUSHAIRIE BIN SAMSUL


(CB220189)

MUHAMMAD DANISH AIMAN BIN MOHD SHAHRUDDIN


(CB220181)

MUHAMMAD SUFI ARFAN BIN SAHALAN


(CB220190)

NUR ASHIKIN BINTI ADZMAN


(CB220136)

WAN NURANIS INTAN BINTI WAN MOHAMMAD


(AB220002)

NAMA PENSYARAH : PROF. TS. DR. TEE TZE KIONG

TARIKH : 30/10/2023
SENARAI AHLI KUMPULAN
Bil Gambar Ahli Nama Ahli No Matrik No Telefon

1 ADRIANNA LISSA CB220009 014-2860825


ANAK WELINO

2
KHAIRUL AIMAN CB220183 011-2101-1562
BIN OTHAMAN

3 MOHAMAD CB220195 019-7818505


NORFARIZSHAM
BIN MOHAMAD
ZARIZAM

4 MOHD SHAZRIN CB220189 014-646-9038


QUSHAIRIE BIN
SAMSUL

5 MUHAMMAD CB220181
DANISH AIMAN
BIN MOHD
SHAHRUDDIN

6 MUHAMMAD SUFI CB220190 011-57584699


ARFAN BIN
SAHALAN
7 NUR ASHIKIN CB220136 019-7816993
BINTI ADZMAN

8 WAN NURANIS AB220002 017-6268458


INTAN BINTI WAN
MOHAMMAD

1.0 Pernyataan Masalah dan Analisis

1.1 Pernyataan Masalah


Alat pemotongan yang pelbagai adalah sangat penting untuk para pekerja
bagi menghasilkan sesuatu kerja dengan baik. Ketiadaan alat pemotongan secara
lengkung jubin menjadi satu masalah terhadap para pekerja. Hal ini dikatakan
demikian kerana, lengkung yang dihasilkan pada jubin tidak dapat dibentuk dengan
kemas dan cantik jika tiada alat khusus untuk menghasilkan lengkung pada jubin.
Ianya juga dapat meningkatkan risiko kemalangan atau kecederaan bagi
seseorang pekerja yang kurang mahir dalam menghasilkan lengkungan
menggunakan alat pemotongan lurus yang biasa.
2.0 Mengenalpasti Keperluan Pelanggan

2.1 Definisi Pelanggan

Pelanggan adalah individu, kelompok atau organisasi yang membeli atau


menggunakan sesuatu objek, makanan atau barangan. Mereka memainkan peranan
yang sangat penting dalam perusahaan kerana golongan ini menjadi sumber pendapatan
utama bagi perusahaan.

Pelanggan juga membayar untuk barangan ataupun servis yang kita


lakukan. Dalam perniagaan, hubungan antara perniaga dengan pelanggan mestilah
dijaga untuk mengekalkan bisnes dan menaikan sesuatu produk. Memuaskan hati
pelanggan seperti menepati produk yang dicari oleh pelanggan juga dapat membuatkan
pelanggan itu sendiri akan setia dan menjadi pelanggan tetap dan ada juga yang
merekomendasikan produk kita kepada yang lain dan menaikkan lagi perusahaan kita.

Oleh itu, setiap perusahaan perlu berusaha untuk memenuhi kehendak


pelanggan agar dapat memuaskan hati mereka untuk mempertahankan bisnes dan
mencapai kemajuan.

2.2 Penyelidikan Berkaitan Keperluan Pelanggan

Memahami keperluan pelanggan adalah penting untuk memastikan pelanggan


ingin membeli produk yang kita hasilkan.Selain itu, produk yang akan dijual kepada
pelanggan mestilah mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Produk yang di
inovasi yang dapat memenuhi kehendak pelanggan akan dikira sebagai berjaya dan ianya
juga dapat memuaskan hati pelanggan dan kita juga dapat menjana pendapatan.
Penyelidikan berkaitan keperluan pelanggan adalah suatu proses dimana kita
membuat suatu analisis dan pemahaman yang lebih teliti dan mendalam tentang
keperluan, kehendak, masalah yang dihadapi dan jangkaan yang dihadapi oleh
pelanggan. Terdapat beberapa penyelidikan yang dibuat berkaitan keperluan pelanggan.
Penyelidikan yang dibuat bertujuan untuk mengumpul data dengan banyak dan tepat
tentang perkara yang dikehendaki oleh pelanggan.

Seterusnya, produk yang akan dihasilkan mengikut penyelidikan yang telah dibuat
mestilah dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan. Setiap faktor perlu
diambil kira dalam proses menghasilkan sesuatu produk agar produk berkenaan dapat
memberi manfaat dan memudahkan pelanggan yang menggunakan produk berkenaan
dalam kehidupan seharian mereka.

2.3 Pengumpulan Maklumat daripada Pelanggan

Pengumpulan maklumat daripada pelanggan adalah sebagai salah satu cara untuk
kita mengenalpasti dan meneliti masalah dan untuk menghasilkan sesuatu produk.
Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah membolehkan responden ataupun bakal
pelanggan menjawab soalan yang diberikan. Soalan yang diberikan adalah berkaitan
dengan produk yang akan dihasilkan. Hasil dari pengumpulan maklumat tersebut agar
dapat untuk sebanyak mana mungkin jawapan yang dikehendaki dan mengenalpasti
masalah yang dihadapi oleh pelanggan dan dapat untuk menangani masalah tersebut
dengan penghasilan produk berkenaan.

Antara cara yang kami gunakan untuk mengumpul maklumat daripada pelanggan
adalah dengan bertanya dengan beberapa orang pelanggan yang ada terlibat dalam
mengendalikan jubin seperti kontraktor, pekerja mahir, penyelia tapak, pengurus tapak
bina dan banyak lagi. Tujuan cara ini adalah untuk mencari masalah sebenarnya atau
masalah yang sering terjadi kepada pelanggan. Salah satu cara untuk mendapat jawapan
dari pelanggan adalah dengan penggunaan google form memudahkan sesi soal jawab
diantara pihak pelanggan dan produksi.

2.4 Penyediaan Instrumen Tinjauan

Kajian soal selidik telah dijalankan kepada responden atau bakal pelanggan
dengan membandingkan produk yang sudah sedia ada untuk memotong jubin secara
melengkung yang biasa digunakan iaitu mesin grinder. Kajian ini ditumpukan kepada
responden yang ada kaitan tentang kerja kerja memotong jubin dan responden yang ada
mengendalikan jubin.

Kajian soal selidik yang diadakan adalah dengan menggunakan ‘Google Form’
sebagai platform utama untuk memperoleh maklumat dan data yang cukup berkaitan
kajian yang dibuat. Seramai 12 orang responden yang dapat dikumpulkan. Responden
responden berkenaan adalah mereka yang ada menggunakan jubin seperti kontraktor,
pekerja mahir, penyelia tapak dan pengurus tapak.

Terdapat 3 bahagian yang berada dalam ‘google form’ iaitu bahagian A (Sedikit
pengenalan dari responden), bahagian B (produk yang sedia ada)dan bahagian C
(Pengenalan produk inovasi). Maklumat yang diperolehi daripada responden dapat
digunakan untuk menghasilkan produk yang inovasi dan memuaskan hati pelanggan.
2.4.1 Facebook

Kami telah membuat akaun ‘Facebook’ untuk mempromosikan produk kami


melalui media sosial yang sedia ada. Melalui media sosial tersebut kami memperkenalkan
produk kami kepada pengguna ‘Facebook’ yang lain. Dengan cara ini bukan sahaja kami
dapat mempromosikan produk bahkan kami juga dapat mengambil kritikan daripada
pengguna media sosial tersebut. Dengan kritikan yang diberikan, kami dapat belajar
perkara baru dan dapat membuat penambahbaikan pada produk kami. Link‘Facebook’
https://www.facebook.com/people/Portable-Curve-Tiles-Cutter/100069992377731/
2.4.2 Google Form

Kami menggunakan ‘Google Form’ untuk mendapatkan maklumat berkaitan


dengan produk kami. Kami telah menghantar lebih borang soal selidik ini kepada lebih 10
orang untuk menjawab dan memberi pandangan berkaitan dengan produk kami.

2.5 Menilai Tinjauan Pelanggan

Selepas memperolehi maklumat dari responden dari ‘google form’, jawapan


yang diperolehi dapat digunakan untuk kajian ini. Majoriti daripada responden bersetuju
tentang inovasi ‘Portable Curve Tiles Cutter’.
Bahagian A (Pengenalan Responden)

1. Umur

Berdasarkan kepada respond yang diperolehi,seramai 5 orang responden


berumur 20 tahun sehingga 30 tahun (41.7%) dan diikut dengan 31 tahun sehingga
40 tahun juga seramai 5 orang (41.7%) juga. Seramai 2 orang iaitu (25%) berumur
41 tahun sehingga 50 tahun.

2.

Terdapat 4 kategori bangsa yang terdapat dalam kajian selidik ini iaitu
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Seramai 10 orang responden (83.3%) berbangsa
Melayu dan diikuti dengan 1 orang (8.3%) untuk bangsa Cina dan 1 orang (8.3%)
juga untuk bangsa lain-lain.

3.Pekerjaan yang ada menggunakan jubin

Seterusnya, soalan yang diberikan adalah adakah pekerjaan responden


ada menggunakan jubin. Soalan ini amat penting kerana produk inovasi kami
adalah berkait dengan jubin. Jika responden ada menggunakan jubin dalam
pekerjaan mereka, ianya memudahkan kami untuk mengenalpasti masalah dan
dapat menanganinya. Semua responden 12 orang (100%) menjawab ya. Ini
bermaksud mereka pernah memotong lengkung jubin.

4.Tempoh pengalaman responden dalam kerjaya mereka


Soalan terakhir untuk bahagian A iaitu tentang tempoh pengalaman
responden dalam kerjaya mereka. Ianya penting untuk mengetahui
pengalaman responden dalam bidang mereka. Semakin lama tempoh
pekerjaan mereka,semakin luas pengalaman mereka dalam bidang
mereka. Sebanyak 6 orang responden (50%) berkhidmat dalam 1 - 5 tahun.
Seterusnya,sebanyak 4 orang responden (33.3%) 6 tahun - 10 tahun dan 2
orang responden (16.7%) berkhidmat selama 11 tahun sehingga 15 tahun.
Bahagian B (Produk yang sedia ada)

1.Penggunaan mesin grinder untuk memotong lengkung jubin.

Soalan yang diberikan adalah mesin grinder yang selalu digunakan untuk kerja
kerja memotong lengkung pada jubin.Keseluruhan responden 12 orang (100%)
menjawab ya.Ini bermakna mereka semua pernah atau selalu menggunakan grinder
untuk memotong lengkung pada jubin.Soalan ini penting untuk memudahkan responden
menjawab soalan-soalan seterusnya.
2.Penggunaan mesin grinder yang boleh mendatangkan bahaya.

Soalan seterusnya adalah penggunaan mesin grinder yang leceh dan berbahaya
jika tidak tahu cara untuk memakai. Sebanyak 11 orang responden (91.7%) bersetuju
dengan soalan tersebut manakal 1 orang responden (8.3%) menjawab tidak. Penggunaan
mesin grinder agak berbahaya jika tidak mahir atau lalai ketika menggunakannya ini
kerana mata pemotongnya yang tajam dan sentiasa berpusing dengan laju ketika
memotong. Banyak kemalangan yang berlaku semasa menggunakan mesin ini di tapak
bina.

Mesin grinder ini tidak boleh diberhentikan sesuka hati jika berlaku kemalangan
kerana ianya berpusing dengan laju ketika diaktifkan. Selain itu, mesin grinder ini agak
leceh untuk dikendalikan dan memerlukan kemahiran serta ketelitian semasa memotong
dan mengakibatkan jubin yang dipotong tidak kemas dan tidak mengikut ukuran jika tidak
mahir semasa menggunakannya.
3.Penggunaan tenaga elektrik untuk menghidupkan mesin grinder

Seterusnya, tenaga elektrik yang diperlukan jika hendak menggunakan mesin


grinder untuk memotong jubin. Kesemua responden 12 orang (100%) bersetuju dengan
soalan yang diberikan. Mesin grinder memerlukan tenaga elektrik untuk
menggunakannya. Jika tiada tenaga elektrik,ianya tidak dapat digunakan.

Contohnya, sekiranya melakukan kerja pemotongan jubin yang tiada sumber


elektrik, kita memerlukan generator untuk memberikan tenaga elektrik.Ianya agak leceh
dan tidak mesra pengguna.
4.Penggunaan mesin grinder menyebabkan pencemaran bunyi

Soalan seterusnya yang berkaitan dengan penggunaan mesin grinder yang


menyebabkan pencemaran bunyi kerana bunyi bising ketika memotong. Kesemua
responden 12 orang (100%) bersetuju dengan soalan tersebut. Penggunaan grinder
ketika memotong menghasilkan bunyi yang bising ketika kerja kerja memotong jubin dan
boleh mengakibatkan ketidakselesaan kepada orang orang di sekitar.

Pencemaran bunyi yang dihasilkan bukan sahaja mengganggu orang di sekeliling


tetapi ianya juga mengganggu orang lain dari berehat.

3.0 Keperluan Pelanggan

3.1 Pretasi

Prestasi sesuatu produk merujuk kepada kualiti, inovasi, kebolehpercayaan dan


faedah yang diberikan oleh produk kepada pelanggan atau pengguna. Produk yang
berjaya biasanya mempunyai beberapa pencapaian yang boleh dikenal pasti dan diukur.
Prestasi produk boleh diukur melalui pelbagai kaedah, termasuk jualan, maklum balas
pelanggan, anugerah industri dan impak pengguna yang positif. Produk yang secara
konsisten memberikan nilai tambah kepada pelanggan dan memenuhi jangkaan mereka
boleh dianggap sebagai produk yang berjaya dan mempunyai prestasi yang baik di
pasaran.

Disini kami akan membuat perbandingan diantara pretasi produk kami iaitu
‘Portable Curve Tiles Cutter’ dengan mesin grinder yang sering dipakai.

BIL. Portable Curve Tiles Cutter Mesin Grinder

1. Tidak memerlukan tenaga elektrik untuk Memerlukan tenaga elektrik untuk


menggunakannya. menggunakannya

2. Tidak memerlukan kemahiran yang Memerlukan kemahiran yang tinggi


tinggi untuk mengendalikannya kerana untuk mengendalikannya kerana
sudah mempunyai ‘setting’ tersendiri lengkungan dibuat secara manual

3. Tiada pencemaran bunyi dihasilkan Pencemaran bunyi berlaku kerana


bunyi yang dihasilkan dari mesin ini
ketika memotong jubin

4. Risiko kecederaan yang kurang Risiko kecederaan yang tinggi

3.2 Kos

Kos untuk menghasilkan sesuatu produk adalah salah satu faktor penting untuk
penghasilan sesuatu produk. Mengenalpasti kos bahan agar produk yang dihasilkan
mengikut bajet yang ditetapkan. Kemudian,bahan yang digunakan mestilah mudah untuk
didapat dan senang dikerjakan. Pengiraan untuk projek inovasi kami termasuklah kos
bahan, kos upah, dan kos overhead. Di bawah adalah jadual untuk pengiraan kos yang
mungkin digunakan :
3.2.1 Kos bahan

BI BAHAN Kuantiti Kos produk


L

1 Plat besi 1 Rm 100.00

2 Bolt dan Nut 10 pcs Rm 16.50

3 Skru 30 pcs Rm 14.00

4 Besi Hollow 1 Rm 24.00

5 Rubber Matte 1 Rm 20.00

6 cutter blade wheel tiles 1 Rm 13.00

7 Rod besi 1 Rm 20.00

Jumlah Rm 207.50

3.3 Kualiti

Berdasarkan kepada produk kami iaitu ‘Portable Curve Tiles Cutter’, kami telah
menggunakan bahan yang mempunyai kualiti yang terbaik dan tahan lama. Bahan yang
kami gunakan adalah bahan yang tahan lasak seperti. Ini kerana produk kami ini akan
digunakan diluar kawasan seperti tapak bina, jadi ia memerlukan ketahanan yang tinggi.

Penggunaan logam yang berkualiti tinggi adalah bahan utama produk ini. Logam
adalah antara bahan yang kuat dan tahan lasak berbanding bahan bahan yang lain.
Selain itu juga, ianya mudah untuk dikerjakan dan mesra alam. Penggunaan logam
seperti besi hollow dan plat besi memberi kekuatan dan daya tahan yang lama. Selain itu
juga,logam yang dipilih adalah tidak berat dan memudahkan pengguna untuk
membawanya kemana-mana sahaja.

Seterusnya, produk yang dicipta memberi fokus untuk memudahkan pengguna


produk menggunakan produk. Selain dari kualiti produk yang diperhatikan, produk ini
malah dapat membantu penggunanya untuk memudahkan diri mereka semasa
menggunakannya. Jubin yang dibentuk akan kelihatan kemas dan seragam dan kurang
pembaziran yang akan dilakukan.

4.0 Penerimaan Produk

4.1 Analisis Soal Selidik

Bahagian ini membentangkan analisis jawapan yang diperoleh daripada soal


selidik yang direka bentuk untuk mengumpul maklumat tentang keutamaan dan keperluan
dari produk yang dihasilkan. Soal selidik yang diberikan bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada orang awam berkaitan tentang produk kami.

Borang soal selidik telah diedarkan kepada 12 orang responden yang ada terlibat
dalam menggunakan jubin dalam pekerjaan mereka dengan menggunakan ‘google form’.
Data yang dikumpul melalui soal selidik memberikan pandangan berharga tentang
keperluan dan keutamaan khusus bagi mencipta sesuatu produk yang memberi kepuasan
kepada pelanggan. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti masalah utama yang kerap
terjadi kepada seseorang yang menggunakan mesin grinder untuk memotong lengkung
pada jubin.

Dengan respon yang diberikan oleh semua responden, maklumat-maklumat dapat


diperolehi dan pembaikan untuk inovasi yang bakal dicipta. Selain itu, analisis ini boleh
membantu membimbing pengeluar, institusi dan pihak berkepentingan lain dalam proses
pembuatan inovasi ini.

Bahagian berikut membentangkan analisis terperinci tentang jawapan soal selidik,


mengetengahkan penemuan utama, tema dan cadangan yang dikenal pasti melalui data
dikumpul.

1. Pengenalan produk

Pengenalan produk perlu diperkenalkan terlebih dahulu kepada responden agar


mereka lebih faham tentang konsep sesuatu produk. Pengenalan ini memberi
pendedahan kepada responden tentang semua ciri-ciri dan kelebihan produk yang
diperkenalkan.

Seterusnya, setiap pengenalan mestilah mempunyai lakaran ataupun gambarajah


tentang produk. Gambar rajah mestilah jelas dan boleh dipahami oleh responden. Ini
dapat membantu responden untuk membayangkan dan memahami produk yang
diperkenalkan.

Gambar rajah dibawah merupakan pengenalan bagi produk kami iaitu ‘Portable
Curve Tiles Cutter’ iaitu sejenis inovasi yang baharu yang dapat memotong lengkung
untuk jubin tanpa memerlukan tenaga elektrik seperti menggunakan mesin grinder.
2. Adakah ‘Portable Curve Tiles Cutter’ perlu diperkenalkan

Kesemua responden 12 orang (100%) bersetuju dengan soalan yang diberikan.


Mereka bersetuju jika ‘portable Curve Tiles Cutter’ diperkenalkan dipasaran.
3. Adakah ‘Portable Curve Tiles Cutter’ lebih bagus berbanding menggunakan
mesin grinder

Kesemua responden 12 orang responden (100%) bersetuju dengan soalan


berkenaan. Ini kerana penciptaan ‘Portable Curve Tiles Cutter’ dicipta dari
penambahbaikan dari mesin grinder itu sendiri. Setiap kelemahan mesin grinder telah
dianalisis dan ‘Portable Curve Tiles Cutter’ dicipta hasil dari penelitian berkenaan.

4. Adakah responden berminat jika produk ini dipasarkan


Kesemua responden 12 orang (100%) bersetuju dengan soalan ini. ’Portable
Curve Tiles Cutter’ ini dicipta untuk memudahkan pengguna untuk memotong jubin dan
dapat ukuran yang dingini dengan lebih kemas berbanding menggunakan alatan yang
lain. Responden berminat untuk membeli produk ini kerana ianya memudahkan mereka
untuk memotong jubin.
5. Cadangan harga produk

Sebanyak 7 orang responden (68.2%) menjawab RM50-rm100 manakala 3 orang


responden (18.2%) memilih RM110-Rm150 dan 2 orang responden (13.6%) memilih
RM160-Rm200.
5.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, produk kami ini mendapat sambutan yang tinggi daripada


pengguna-pengguna yang biasa menggunakan pemotong jubin untuk melakukan kerja.
Kita dapat lihat dari pengumpulan data dari borang soal selidik berkaitan dengan
penerimaan pelanggan, dimana produk kami ini sangat diperlukan bagi memudahkan
kerja pemotongan jubin. Selain itu, produk kami tidak menghasilkan bunyi yang sangat
kuat apabila digunakan. Ini akan menjadikan lebih ramai pengguna selesa menggunakan
produk kami ini. Tambahan pula, produk kami juga dapat memotong jubin dengan
pelbagai bentuk yang diingini. Ini akan menjadikan kerja pemotongan jubin menjadi lebih
cepat dan memenuhi kehendak pelanggan. Oleh disebabkan demikian, kami berjaya
menghasilkan produk yang berkualiti dan murah. Produk kami ini sesuai digunakan oleh
pelajar mahupun pekerja pemotong jubin. Akhir sekali, kami juga telah membuat akaun
“Facebook” bagi mempromosikan produk kami ini. Dengan secara tidak langsung dapat
memperkenalkan produk ini dengan lebih meluas lagi melalui media sosial.

Anda mungkin juga menyukai