Anda di halaman 1dari 5

TERHAD

BICARA PENGARAH KPTD KE – 16: BILANGAN 4 TAHUN 2022

KELUARGA KOR POLIS TENTERA DIRAJA

Salam kesejahteraan buat semua Perwira, Bintara dan warga KPTD


yang senantiasa dihormati dan dikasihi sekalian. Selamat menjalankan
tugas dengan penuh dedikasi dan integriti demi kelestarian Kor Polis
Tentera Diraja yang kita cintai. Dengan nama Tuhan Yang Maha Esa,
dipanjatkan doa agar seluruh warga KPTD sentiasa di dalam
perlindunganNya, dianugerahkan kesihatan, dikurniakan rezeki dalam
pelbagai bentuk dan dipermudahkan di dalam segala urusan baik
berkaitan penugasan di pasukan mahupun urusan peribadi dan
kekeluargaan. Harapannya, ia menjadi pemangkin kepada lonjakan
semangat dan prestasi semua warga dalam melaksanakan tugas dengan
tahap optimum demi KPTD khasnya dan Tentera Darat yang kita
sayangi.

Bagi sesi bicara Pengarah kali ini, pokok perbincangan adalah


berkaitan ‘Keluarga Kor Polis Tentera Diraja’. Mengambil semangat dari
konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri
pada 22 Ogos 2021, bagaimana kita sebagai satu organisasi/satu kor boleh
mengaplikasi nilai ‘Keterangkuman’, ‘Kebersamaan’ dan ‘Kesyukuran’
di dalam Keluarga Kor Polis Tentera Diraja bagi memperkukuhkan KPTD
untuk mengharungi pelbagai cabaran bagi mencapai visi, misi dan
matlamat yang kita hajatkan.

Bagi memperkukuhkan Keluarga Kor Polis Tentera Diraja, kita perlu


memperkasakan nilai-nilai persamaan dan mengecilkan dan
menghapuskan nilai-nilai perbezaan antara warga KPTD yang akhirnya
memudahkan kita untuk bersepakat untuk menjunjung amanah dan
mengharungi cabaran bersama. Konsep Keluarga Kor Polis Tentera Diraja
adalah inklusif dimana ianya merentasi sempadan agama, Bangsa, Kaum
dan Pasukan. Nilai kekeluargaan yang dipupuk dan diperkasakan akan
mengikat semua warga KPTD untuk bergerak sederap dan berjalan seiring
demi kemakmuran KPTD yang kita cintai ini. Sudah pasti didikan yang
diberikan kepada warga KPTD samada secara langsung atau tidak langsung

TERHAD
TERHAD

di Pusat Latihan atau di pasukan akan membantu membina keutuhan


Keluarga KPTD. Semua lapisan samada pemimpin atau warga yang
dipimpin perlulah memberi contoh yang terpuji bagi memperkasakan
nilai-nilai baik Keluarga KPTD. Semua warga KPTD tidak mengira pangkat
dan jawatan adalah saling melengkapi umpama anggota tubuh badan atau
kompenan sebuah kereta yang saling memerlukan. Peribahasa Melayu
mengatakan “Bagai Aur Dengan Tebing” atau “Bulat Air Kerana
Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat” atau “Cubit peha kiri
peha kanan terasa juga”, atau “Berat Sama Dipikul Ringan Sama
Dijinjing” atau Hati Gajah Sama Dilapah Hati Kuman Sama Dicecah”.

Bagi membina Keluarga KPTD yang kukuh dan kalis cabaran yang
mampu membina mercu tanda, terlebih dahulu kita perlu mencapai satu
titik pemahaman dan persetujuan bahawa menjadikan KPTD sebagai
suatu organisasi bersifat kekeluargaan akan memberi impak atau
memberi kebaikan yang positif kepada Kor Polis Tentera Diraja yang
kita cintai ini. Sifat keluarga yang berdasarkan kasih (love), hormat
(respect), kepercayaan (trust), melindungi (protecting) dan keikhlasan
(sincerity) akan memacu nilai-nilai positif di dalam Kor Polis Tentera
Diraja. Warga KPTD yang melakukan sesuatu dengan penuh
semangat/keghairahan yang dipacu oleh nilai kasih sayang, hormat,
percaya dan ikhlas akan melahirkan output yang luar biasa berbanding
mereka yang melakukan sesuatu dengan rasa keterpaksaan dan tiada
keihklasan melakukannya. Perbuatan yang sama namun natijahnya
berbeza kerana warga KPTD tidak akan merasakan ada keperluan atau
satu tanggungjawab untuk melindungi diri dan Keluarga KPTD dari
sebarang impak buruk hasil tindakannya seperti melanggar disiplin,
perbuatan jenayah, perbuatan yang salahlaku dan melaksanakan tugas
tanpa komitmen dan keikhlasan serta tidak didasari dengan kesedaraan
dan semangat untuk memelihara nama baik dan imej Keluarga KPTD.

Nilai pertama adalah Keterangkuman mencangkupi segenap warga


KPTD di peringkat pemerintahan meliputi pemimpin dan yang dipimpin.
Setiap warga KPTD ada peranan masing-masing yang tersendiri untuk
memakmurkan KPTD. Kita perlu saling menghormati dan mengasihi
sesama warga KPTD. Ibarat sebuah bahtera yang memerlukan Nakhoda
dan Kelasinya bagi mengharungi cabaran membelah samudera. Setiap
anak kapal memainkan peranan masing-masing bagi memastikan bahtera
berjaya ke destinasinya. Seorang Pemerintah tidak mampu melaksanakan
tanggungjawabnya untuk memerintah, mengetuai misi pasukan, untuk
melatih dan untuk mengurus anggota pasukannya dengan sempurna jika
tiada kerjasama dari warga pasukan dan begitulah juga seorang anggota
memerlukan lindungan payung dari pemerintahnya yang akan memberi
tugas yang jelas, melatih mereka, memimpin mereka dan mengurus semua
keperluan mereka. Keterangkuman pemimpin dan yang dipimpin ini akan
membina senergi bagi memacu kejayaan tanpa sempadan. Bagi mengurus
2

TERHAD
TERHAD

Keluarga KPTD di peringkat pasukan, semua pemimpin hendaklah


mengenali anggota masing-masing. Kenali anggota di bawah pemerintahan
ini umpama kita mengenali anak-anak kita sendiri. Keperluan tempat
tempat tinggal, perkembangan kerjaya, kecergasan, kesihatan, peralatan
persendirian mereka, didikan kerohanian, gaji dan sebagainya hendaklah
diurus dengan sempurna oleh semua peringkat pemimpin. Nilai-nilai
murni dan positif perlu dipupuk dan diperkasakan di dalam Keluarga KPTD.
Budaya integriti, keadilan, amanah, bermusyawarah, ilmu, ahlak terpuji,
kecergasan dan kesihatan fizikal dan mental perlu dijunjung oleh semua
pemerintah dan warga KPTD sebagai asas pembinaan sebuah Keluarga
KPTD yang cemerlang, kukuh dan mantap. Asas-asas budaya ini akan
melahirkan warga KPTD yang kalis cabaran, berjiwa kental dan
mempunyai nilai kepahlawanan yang jitu bagi melaksanakan amanah
masing-masing selaras dengan moto KPTD iaitu Sedia Berkhidmat untuk
negara tercinta.

Nilai kedua adalah Kebersamaan Keluarga KPTD telah sedia ada dan
perlu ditambah baik. Kebersamaan kita dalam pakaian seragam, beret
merah, pakaian Istiadat, penggunaan kereta peronda dan motosikal
penguatkuasa, lain-lain peralatan dan lagu kor yang kita nyanyikan
mampu memperkasakan nilai kebersamaan ini dikalangan warga KPTD.
Semua identiti ini sudah pasti menjadi indentiti segenap warga KPTD. kita
adalah warga Polis Tentera dengan norma tersendiri yang tiada pada
warga ATM yang lain dan sewajarnya kebanggaan itu dikongsikan dan
dipamerkan secara bersama di dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab. Perlu disedari dan dihayati oleh semua warga KPTD
bahawasanya Keluarga KPTD ini unik yang mempunyai identiti tersendiri.
Jika ada yang terlupa bahawa mereka adalah Polis Tentera atau tidak
bangga menjadi sebahagiannya atau lebih teruk lagi melakukan
kesalahan/jenayah yang tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang Polis
Tentera, adalah menjadi tugas kita untuk menyedarkan mereka dan
membantu mereka. Mereka memerlukan bantuan kita. Sebagaimana
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Seorang Mukmin itu adalah
cerminan bagi saudaranya yang mukmin”(Hadith Riwayat Al-Bukhari).

Perluas dan perkasakan nilai persamaan ini dan setiap warga KPTD
perlu berfikiran terbuka untuk mudah bekerjasama dan mengamalkan
toleransi terhadap perbezaan pendapat. Kita perlu sepakat dan bersatu
mengharungi/menghadapi sebarang cabaran untuk memelihara
keharmonian Keluarga KPTD. Hasrat murni ini perlu disokong oleh faktor-
faktor sokongan seperti setiap warga KPTD perlu bertanggungjawab
kepada Keluarga Kor Polis Tentera Diraja. Masing-masing berusaha
memupuk nilai kebersamaan dan sentiasa mempunyai objektif untuk
mewujudkan suasana harmoni, membantu/prihatin kepada setiap warga
KPTD yang memerlukan bantuan. Setiap warga KPTD juga perlu
memelihara kohormatan dan maruah Keluarga Kor Polis Tentera Diraja
dengan penuh disiplin dan kesabaran.
3

TERHAD
TERHAD

Nilai ketiga adalah Kesyukuran adalah elemen yang terakhir tetapi


adalah elemen yang terpenting sebagai satu Keluarga Kor Polis Tentera.
Wajarlah kita bersyukur kerana terpilih menjadi ahli Keluarga KPTD
yang membolehkan kita memperolehi pekerjaan dan memperolehi
rezeki bagi menampung keperluan isteri dan anak-anak kita. Rasa
syukur ini kita perluaskan lagi kerana keunikan KPTD itu sendiri yang
bertanggungjawab terhadap tugas Amal Makruf dan Nahi
Mungkar/melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Penghayatan rasa syukur ini amatlah penting bagi pembinaan Keluarga Kor
Polis Tentera yang jitu dan cemerlang. Tuhan Yang Maha Esa
mengingatkan bahawa jika kita syukur Tuhan akan menambah nikmatNya
dan jika kita kufur (lupa diri sebagai hamba) ketahuilah siksaan Tuhan
amatlah pedih.

Apa yang penting ialah kita perlu sentiasa menyatakan kesyukuran


dan terima kasih kita dengan berterusan menumpukan komitmen dan
berbangga dengan tugas yang dilaksanakan seterusnya memberikan yang
terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan samada semasa bertugas, latihan
dan berkursus. Orang yang bersyukur akan sentiasa melihat sesuatu
dengan pandangan yang positif dan menarik sesuatu yang positif di dalam
kehidupannya. Jika Keluarga KPTD ini dilimpahi dengan rasa kesyukuran
dan berterima kasih bukan sahaja kepada Tuhan tetapi juga sesama insan,
pastinya limpahan ini menarik unsur-unsur positif ke dalam Keluarga Kor
Polis Tentera Diraja yang akan menjadi sandaran kukuh untuk kita sama-
sama membina legasi mercu tanda. Tanpa kita sedari rasa syukur ini akan
memberi natijahnya kepada kesejahteraan dan memayungi segenap
warga KPTD.

Sebaliknya apabila kita mula mempersoalkan sana-sini, tidak


berpuas hati dengan apa yang kita miliki, mengadu domba, meluahkan
cercaan dan makian di media sosial, membuat fitnah dan menghantar
surat layang dan sebarang perlakuan negatif yang lain, sebenarnya kita
sedang mengimport unsur-unsur negatif di dalam diri dan Keluarga Kor
Polis Tentera Diraja. Natijahnya, segala kebanggaan, kecermerlangan dan
kejayaan Keluarga KPTD yang selama ini terpahat kukuh, akan perlahan-
lahan akan terkikis musnah. Jadilah kita umpama buih-buih di air
walaupun banyak tetapi tiada nilai dan harga diri. Nilai-nilai positif
perlulah dipupuk dan diperkasakan selaras dengan roh/semangat Rukun
Negara, Ikrar Kesatria, Etika Polis Tentera dan lagu Kor Polis Tentera
Diraja yang kita nyanyikan.

Selaku Pengarah Kor Polis Tentera Diraja, saya menyeru kepada


seluruh warga KPTD untuk sama-sama kita menjaga nama baik Keluarga
Kor Polis Tentera Diraja yang keramat ini. Marilah kita semai, kita bajai
dan kita corakkan Keluarga ini dengan segala nilai kebaikan dan penuh
rasa kekeluargaan dengan menolak sebarang unsur yang boleh
memisahkan tali persaudaraan/silaturrahim yang sedia terjalin kukuh.
4

TERHAD
TERHAD

Sama-sama kita doakan agar ukhuwah (persaudaraan) Keluarga KPTD ini


kekal memayungi aspirasi kita menjunjung amanah demi pertiwi tercinta.
Sayangi keluarga kita, Keluarga Kor Polis Tentera Diraja kita utamakan.
Majulah Kor Polis Tentera Diraja.

SATU HATI SATU JIWA SATU MATLAMAT

SEDIA BERKHIDMAT

Isnin, 31 Jan 2022


Pengarah KPTD

TERHAD

Anda mungkin juga menyukai