Anda di halaman 1dari 12

NILAI TERAS

T E N T E R A

L A U T

D I R A J A

M A L A Y S I A

KEMULIAAN | KESETIAAN | KEBERANIAN | KEBANGGAAN

Bangga Berkhidmat

NILAI TERAS
T E N T E R A L A U T D I R A J A M A L AY S I A

KEMULIAAN | KESETIAAN | KEBERANIAN | KEBANGGAAN

Bangga Berkhidmat

KATA ALUAN PANGLIMA TENTERA LAUT

ejak lebih 70 tahun yang lalu, Tentera Laut Diraja Malaysia telah
diberi tanggungjawab dan kepercayaan untuk menjaga kedaulatan
perairan serta kepentingan maritim Malaysia. Amanah ini perlu dipikul
oleh seluruh warga TLDM dengan penuh komitmen dan keikhlasan demi
memastikan kedaulatan negara sentiasa terpelihara. Tanggungjawab
ini hanya akan mampu terlaksana sekiranya setiap warga mempunyai
nilai teras dan jati diri yang kukuh.
Nilai Teras merupakan satu prinsip dan perisytiharan secara terbuka oleh
organisasi terhadap perlakuan yang dituntut daripada setiap warganya.
Penerapan nilai ini perlu ditanam dan disemai ke dalam diri setiap warga
agar menjadi satu sumber kekuatan setiap individu di dalam mengawal
tingkah laku mereka, yang seterusnya menyumbang kepada keutuhan
organisasi.
Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan merupakan
nilai teras yang menjadi prinsip TLDM dan perlu dihayati oleh setiap
lapisan warga TLDM. Penerapan, penghayatan dan berkelakuan sejajar
dengan nilai teras ini akan mencerminkan sikap dan cara hidup warga
yang berintegriti, taat, berani dan berbangga untuk berkhidmat dalam
TLDM khususnya dan ATM amnya.
Penerapan keempat-empat Nilai Teras di kalangan warga perlu bermula
seawal memasuki perkhidmatan dan berterusan sehingga menamatkan
perkhidmatan. Setiap lapisan warga perlu memberi penekanan
terhadap maksud yang tersurat dan tersirat disebalik Nilai Teras ini.
Usaha berterusan hendaklah dilaksanakan oleh semua peringkat agar
nilai teras ini menjadi suatu budaya hidup warga TLDM.
Saya berharap agar Buku Nilai Teras TLDM ini akan menjadi rujukan
kepada semua warga sebagai panduan dalam menghayati amalan nilai
teras yang telah digariskan. Huraian secara ringkas, mudah dan jelas
di dalam buku ini diharap dapat membantu dalam memahami maksud
Nilai Teras TLDM dan mengukuhkan nilai jati diri masing-masing.
Saya yakin bahawa warga yang mempunyai dan menghayati Nilai
Teras TLDM ini akan dapat berkhidmat dengan penuh keikhlasan demi
memartabatkan TLDM ke arah menjadi sebuah Tentera Laut Bertaraf
Dunia.
SEDIA BERKORBAN

LAKSAMANA TAN SRI ABDUL AZIZ BIN HJ JAAFAR


Panglima Tentera Laut
16 Ogos 2011

Bangga Berkhidmat

Visi Kami

Menjadi Tentera Laut Bertaraf


Dunia
(Sentiasa Cemerlang)

Misi Kami

Melindungi Kedaulatan dan


Kepentingan Maritim Negara

Cogan
Kata Kami

Sedia Berkorban

Kemuliaan

Nilai Teras
Kami

Kesetiaan
Keberanian
Kebanggaan

Bangga Berkhidmat

Nilai Teras

ialah,

sumber kekuatan moral untuk membentuk sikap,


gaya dan budaya hidup bagi mendokong misi serta
visi TLDM.

Nilai Teras diperlukan sebagai,


Panduan di dalam pembentukan sahsiah diri
warga
Panduan untuk pelaksanaan kerja yang
cemerlang
Peringatan tentang perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan
Pendokong cogan kata, misi dan visi
Penyumbang kepada peningkatan prestasi dan
pencapaian TLDM

Nilai Teras digunakan,


untuk kehidupan seharian pada setiap masa dan
dalam semua keadaan

Nilai Teras diterapkan melalui,


Pengajaran dan Pembelajaran
Kepimpinan Melalui Teladan

Bangga Berkhidmat

kemuliaan

KEMULIAAN ialah melaksanakan tugas


yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas,
bertanggungjawab dan profesional demi
kebaikan organisasi.
Saya MESTI,
Mengamal nilai-nilai murni berpandukan kepada
kepercayaan agama
Melaksana tugas yang terbaik sama ada susah atau
sukar
Mencapai yang terbaik dalam setiap perkara yang
dilakukan dengan ikhlas
Menghormati maruah orang lain tanpa mengira
pangkat, agama dan keturunan
Menghindari daripada sebarang perlakuan yang
menjurus kepada jenayah, rasuah, penyelewengan,
salah guna kuasa dan unsur-unsur negatif yang boleh
memudaratkan diri, perkhidmatan dan Negara.
Meletakkan kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia
melebihi kepentingan peribadi
Bangga Berkhidmat

kesetiaan

KESETIAAN ialah semangat setia kawan kepada


rakan sekerja dan ketaatan yang tidak berbelah
bahagi kepada organisasi, perkhidmatan serta
Negara.
Saya MESTI,
Mempertahankan kedaulatan Negara dalam apa jua
keadaan
Memegang teguh amanah yang diberikan dan tidak
berpaling tadah kepada rakan sekerja dan Tentera
Laut Diraja Malaysia
Menyokong dan mempertahankan sebarang
keputusan bersama
Mematuhi arahan dan peraturan
Sentiasa bersama dalam masa senang mahupun
susah

Bangga Berkhidmat

keberanian

KEBERANIAN ialah semangat keperwiraan


dan berpegang teguh kepada kebenaran serta
bertanggungjawab terhadap semua tindakan
saya.
Saya MESTI,
Memiliki semangat juang yang tinggi
Melapor sebarang aktiviti jenayah, penyalahgunaan
kuasa, penyelewengan atau sebarang perbuatan
yang melanggar peraturan, moral dan etika
Memperbetul perkara yang tidak betul
Mencabar proses sedia ada ke arah
penambahbaikan diri dan organisasi

Bangga Berkhidmat

kebanggaan

KEBANGGAAN ialah berkhidmat sebagai


anggota tentera laut dengan penuh rasa megah,
komited dan berdedikasi.

Saya MESTI,
Menjaga nama baik dan mengharumkan nama
Tentera Laut Diraja Malaysia
Menyumbang idea yang kreatif dan inovatif untuk
penambahbaikan organisasi
Memiliki dan memegang teguh nilai Kemuliaan,
Kesetiaan serta Keberanian dalam diri
Menjadi contoh terbaik dan mempamerkan disiplin
ketenteraan yang tertinggi
Mengamalkan penjimatan kos dalam setiap
pelaksanaan tugas
Menggandakan usaha dalam setiap tugas bagi
mencapai hasil yang melebihi jangkaan
Melaksanakan tugas yang berkualiti dan menepati
masa

Bangga Berkhidmat

BANGGA BERKHIDMAT
(Lagu Nilai Teras TLDM)
Berteraskan Empat Nilai Murni
Jadi Pemangkin Misi dan Visi
Menjana Tekad Untuk Berbakti
Bangga Berkhidmat Sentiasa Disegani
Kemuliaan, Berhati Luhur
Kesetiaan, Patuh dan Taat
Keberanian, Sedia Berkorban
Kebanggaan, Rela Berkhidmat
Ikrar Kami Sekata
Berkhidmat Dengan Bangga
Capai Wawasan Mulia
Tentera Laut Bertaraf Dunia
Lagu: Badan Kesenian (BAKES) TLDM
Lirik: Bahagian Pengurusan Strategik & BAKES TLDM

Bangga Berkhidmat

Sedia Berkorban

Anda mungkin juga menyukai