Anda di halaman 1dari 3

Penulisan Jurnal Mingguan

Minggu Praktikum: Minggu 4

Tarikh: 19 September 2023

Tajuk Jurnal: Bahan bantu mengajar (BBM) mempunyai paparan yang kurang jelas.

1.0 ISU YANG DIFOKUSKAN


Pada minggu ini isu yang menarik perhatian saya ialah isu bahan bantu mengajar (BBM) yang saya
hasilkan mempunyai paparan yang kurang jelas. Masalah ini timbul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi subjek Pendidikan Kesihatan untuk murid tahun 6 Teachers Saya telah memilih lagu india untuk digunakan
semasa mengajar sebagai set induksi. Namun begitu, semasa saya menayangkan slaid tersebut, saya dapati
terdapat paparan skrin menjadi kurang jelas bersama terdapat masalah audio.

2.0 ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU)

Masalah paparan pada skrin menyebabkan murid menjadi kurang berminat semasa sesi Pdp berlangsung.
Hal ini menyebabkan murid mengalami masalah untuk menonton lagu pada skrin dan lagunya tersekat. Perkara
ini dinayatakan sendiri oleh murid semasa saya mengajar iaitu murid mengatakan bahawa dia tidak dapat
menyanyikan lagu tersebut dengan betul. Masalah ini berlaku kerana saya tidak menguji terlebih dahulu skrin dan
pembesar suara.

3.0 KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS)

Atan Long (1981) menyatakan bahawa BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan
boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau ada pada slaid dan
dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. Menurut Nurul Haniza, Puteri
Roslina dan Salinah (2017), menyatakan bahawa tserdapat enam aspek yang perlu dititikberatkan dalam
pemilihan bahan untuk BBM iaitu sifat dan jenis bahan, kadar maju pembelajaran, pergerakan, warna,
suntingan, dan mudah alih. Oleh itu, dalam masalah yang saya hadapi, saya perlu membuat laporan
kepada guru kelas tentang isu tersebut.

4.0 CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Bagi mengatasi isu ini , saya melaporkan perkara ini kepada guru kelas bagi tindakan seterusnya. Saya
juga boleh menggunakan BBM yang tidak menggunakan papan skrin pada masa akan datang. Selain itu,
saya juga membuat persediaan awal sebelum sesi Pdp. Ataupun mengunakkan BBM yang tidak
mengunakan ga
5.0 TEMPOH MASA PENYELESAIAN :

Jangka masa yang Panjang

6.0 TINDAKAN SUSULAN

Saya membawa murid-murid ke kelas atau perpustakaan yang mempunyai paparan skrin yang baik. Dengan
hal ini, saya dapat mengatasi masalah paparan sementara guru kelas menerima laporan tersebut

7. 0 TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :

20 September 2023 (Rabu)

8.0 KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Murid dapat menonton lagu atau video yang dimainkan dalam paparan skrin dengan jelas dan tanpa ada
gangguan bunyi dan tidak tersekat.

9. 0 KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :

Saya berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan. Murid- murid dapat melihat hasil BBM dengan jelas
dan dapat memahami kandungan.

10.0 RUJUKAN

A. Long. (1981). Pedagogi: Kaedah Am Mengajar. Fajar Bakti, Kuala Lumpur.

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Salinah Ja’afar. (2017). PembelajaranBahasa Melayu
kanak-kanak pemulihan khas: pembinaan bahan bantu mengajar. JurnalPengajian Melayu, 28, 164-193.

Disemak oleh Guru Pemimbing Disemak Oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan: Tandangan:

Nama: Nama:

Tarikh: Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai