Anda di halaman 1dari 2

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU 2
25.01.2016 29.01.2016

MASALAH:
Bahan bantu mengajar.
Pada minggu ini saya telah masuk mengajar kelas tahun 4 dan 5. Saya telah menghadapi
masalah dalam penghasilan BBM untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Pada
awalnya saya keliru bahan yang mana sesuai untuk PdP. Saya juga mengalami kekeliruan
dalam menyediakan BBM untuk set induksi.

ANALISIS MASALAH:
Masalah ini timbul kerana saya kurang jelas terhadap penggunaan BBM semasa
penyediaan RPH. Masalah ini menyebabkan saya mengalami kesukaran dalam penyediaan
RPH untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

CADANGAN:
Bagi mengatasi masalah ini, saya telah membuat beberapa cadangan yang boleh
digunakan bagi mengatasi masalah ini..
i.
ii.
iii.

Meminta bantuan guru pembimbing untuk tunjuk ajar dalam menyediakan BBM.
Berbincang dengan kawan.
Menerokai internet seperti cari dalam Youtube.

TEMPOH PENYELESAIAN:
Saya akan melaksanakan langkah yang nyatakan ini dalam minggu depan secepat
mungkin.

TINDAKAN SUSULAN:

Sebagai guru yang bertanggungjawab saya akan memastikan menggunakan bahan bantu
mengajar yang menarik supaya dapat menarik perhatian murid semasa aktiviti PdP
dijalankan.
KESIMPULAN:
Penggunaan BBM adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana ia akan membantu guru untuk menarik perhatian murid semasa menjalankan aktiviti
PdP. Ia juga akan menjadi dorongan murid untuk memberikan fokus dalam bilik darjah.

......................................

.............................................

....................................................

Tandatangan Pelajar Guru

Tandatangan Guru Pembimbing

Tandatangan Pensyarah Pembimbing

Nama:

Nama:

Nama:

Tarikh:

Tarikh:

Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai