Anda di halaman 1dari 3

11/10/23, 2:44 PM Terbakar dan Melecur - PORTAL MyHEALTH

Terbakar dan Melecur


Pengenalan

Luka terbakar – didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu badan akibat daripada haba kering seperti
tenaga elektrik, geseran, kesan radiasi dan bahan api

Luka melecur – didefinisikan sebagai kerosakan pada tisu kulit akibat daripada bahan kimia, wap atau

cecair panas

Kecederaan ini diklasifikasikan kepada tiga tahap iaitu :

1. Tahap Satu (superficial) – Kecederaan yang hanya melibatkan lapisan luar kulit sahaja (lapisan

epidermis). Ia tidak menyebabkan penembusan lapisan kulit yang lain

2. Tahap Dua (partial thickness) – Kecederaan yang menyebabkan penembusan lapisan kulit,

menyebabkan lapisan bawah kulit mengalami kerosakan (lapisan dermis terlibat)

3. Tahap Tiga (full thickness) – Kecederaan yang menyebabkan kerosakan kepada semua lapisan kulit,

juga melibatkan kerosakan pada lapisan otot, ataupun tulang.

Rajah 1 : Tahap-tahap untuk Luka Terbakar dan Melecur

Tanda/Gejala

Tahap Satu (superficial)

Hanya melibatkan lapisan paling luar kulit (epidermis)

Menyebabkan kulit menjadi merah

Permukaan kulit kering

www.myhealth.gov.my/terbakar-dan-melecur/ 1/3
11/10/23, 2:44 PM Terbakar dan Melecur - PORTAL MyHEALTH

Tiada pembentukan lepuh (blister)

Menggelupas lapisan luar kulit (epidermis)



Kebengkakan pada bahagian terlibat mungkin akan muncul

Mangsa/pesakit akan berasa sakit dibahagian yang terlibat

Mangsa/pesakit akan berasa sakit apabila bahagian terlibat disentuh

Tahap Dua (partial thickness)

Melibatkan lapisan bawah kulit (epidermis & dermis)

Bahagian terbakar menjadi warna putih atau merah ceri

Bahagian luka menjadi lembap

Pembentukan lepuh (blister)

Mangsa / pesakit merasakan sakit yang kuat

Tahap Tiga (full thickness)

Melibatkan lapisan kulit sehingga ke derma & lapisan lemak

Bahagian yang tercedera menjadi kering

Luka mungkin mengalami pendarahan

Bahagian tercedera menjadi warna kelabu atau hitam

Mangsa / Pesakit merasa sedikit sakit atau tidak merasa sakit, akibat dari kerosakan saraf

Rawatan

Rawatan segera menggunakan konsep 3B & 3C

1. “Burn stop”– hentikan pembakaran, jika pakaian terbakar buka baju, jika susah untuk dibuka, jangan

memaksa untuk buka baju. Alihkan objek panas dari mangsa

2. “Breathing maintain” – pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka, tiada sekatan atau objek
menghalang pernafasan

3. “Body examine” – periksa tahap kebakaran dan anggota terlibat

4. “Cool”– sejukkan bahagian yang terbakar dengan mengalirkan air paip sekurang-kurangnya 10 minit

5. “Cover” – tutup bahagian yang terbakar dengan kain atau plastik bersih

6. “Carry” – bawa mangsa ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut

Komplikasi

www.myhealth.gov.my/terbakar-dan-melecur/ 2/3
11/10/23, 2:44 PM Terbakar dan Melecur - PORTAL MyHEALTH

Kesejukan melampau (Hipothermia) – Suhu badan menjadi kesejukan akibat dari kehilangan haba

badan berikutan kecederaan luka terbuka / penembusan kulit.



Hipovolemia – Kekurangan cairan dalam badan akibat dari kehilangan plasma badan dari luka terbakar

Pembentukan parut luka yang besar, akibat dari kecederaan luka terbakar

Jangkitan kuman daripada luka terbakar

Pencegahan

Pengendali bahan kimia – perlu memakai peralatan perlindungan diri bagi mengelakkan bahaya terhidu

bahan kimia atau tersentuh atau percikan bahan kimia yang boleh menyebabkan lecuran berlaku

Pastikan tangan kering semasa meggunakan alatan elektrik

Jauhkan kanak-kanak dari alat-alat elektrik yang panas

Memakai losyen pelindung matahari (sunblock lotion) apabila terdedah dibawah panas terik

Rehabilitasi

Lakukan cucian luka (wound dressing) di klinik atau hospital secara berterusan

Melakukan fisioterapi bagi anggota badan yang terlibat

Pembedahan plastik (jika perlu)

Rujukan

1. Ratini, M. (2015, April 1). Treating pains caused by burns. http://www.webmd.com/pain-


management/guide/pain-caused-by-burns

2. Edlich, R. (2015, September 1). Thermal burns. Retrieved from

http://emedicine.medscape.com/article/1278244

3. https://en.wikipedia.org/wiki/Burn

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019

Penulis : Nik Abdul Afiq bin Abd Aziz

Akreditor : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

www.myhealth.gov.my/terbakar-dan-melecur/ 3/3

Anda mungkin juga menyukai