Anda di halaman 1dari 4

PELAJARAN 6 – MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH

BACA TERJEMAHAN AYAT DI BAWAH UNTUK MENJAWAB SOALAN GOOGLE FORM


Baca ayat dengan betul dan maksudnya.

AYAT 133

Terjemahan Ayat al-Quran


Dan segeralah kamu kepada ٰ‫َو َس ا ِر ُع وا ا َ ىلٰ َم غْ فِ َرةٰ ِم ْن‬
(mengerjakan amal yang baik untuk ِ
mendapat) keampunan daripada Tuhanmu ْٰ‫َرب ِ ُك‬
Dan (mendapat) syurga yang lebarnya
seluas segala langit dan bumi, yang
ُٰ‫الس َم ا َوات‬ َّ ‫َو َج ن َّةٰ َع ْرضُ هَا‬
disediakan bagi orang yang bertakwa. ٰ‫َو ْاْل َ ْر ُضٰ أُ عِ َّد تْٰ لِ ل ْ ُم ت َّقِ َي‬
AYAT 134

Terjemahan Ayat al-Quran

Iaitu orang yang mendermakan hartanya


ٰ‫الَّسا ِء‬
َّ َّ ٰ‫ونٰ ِف‬ َ ُ‫اَّل ي َنٰ ي ُنْ فِ ق‬ ِ َّ
pada masa senang dan susah ٰ‫الَّضا ِء‬
َّ َّ ‫َو‬
Dan orang yang menahan kemarahannya َ ‫َوالْ ََك ِظ ِم َيٰ ا ل ْغَ ْي ظ‬
Dan orang yang memaafkan kesalahan
orang lain
ٰ‫َوال ْ َع ا ِف َيٰ َع ِنٰ الن َّ ِاس‬
Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang yang
berbuat perkara yang baik.
ٰ‫اّللٰ ُ ُِي بٰ ا ل ْ ُم ْح ِس نِ َي‬ ُ َّ ‫َو‬
AYAT 135

Terjemahan Ayat al-Quran


Dan juga orang yang apabila melakukan ٰ‫اَّل ي َنٰ ا َذ ا ف َ َع ل ُوا ف َا ِح شَ ة‬ ِ َّ ‫َو‬
perbuatan keji ِ َ
Atau menzalimi diri sendiri ُ
ٰ‫أَ ْوٰ َظ ل ُم وا أَ ن ْف َس هُ ْم‬
Mereka (segera)ingat kepada Allah َ َّ ‫َذ كَ ُروا‬
ٰ‫اّلل‬
Lalu memohon ampun akan dosa mereka ٰ‫ف َ ْاس تَ غْ فَ ُروا ِ َُّل ن ُوِبِ ِ ْم‬
Dan sememangnya tidak ada yang
ُ َّ ٰ‫ُوبٰ ا َّّل‬
ٰ‫اّلل‬ َ ‫َو َم ْنٰ ي َغْ فِ ُرٰ اَّل ن‬
mengampunkan dosa melainkan Allah ِ
1
Mereka juga tidak meneruskan perbuatan
keji yang telah dilakukan itu, sedang
‫َول َ ْمٰ ي ُ ِِص وا ع َ َ ىلٰ َم ا ف َ َع ل ُوا‬
mereka mengetahui (akan kesalahan dan
akibatnya)
ٰ‫َو ُهْٰ ي َ ْع ل َ ُم و َن‬
AYAT 136

Terjemahan Ayat al-Quran


Orang yang demikian sifatnya, ٰ‫أُ ول َ َٰ ئِ َكٰ َج َزا ُؤ ُهْٰ َم غْ فِ َرةٰ ِم ْن‬
balasannya ialah keampunan daripada
Tuhan mereka ٰ‫َر ِِب ِ ْم‬
Dan syurga yang mengalir di bawahnya ‫َو َج ن َّاتٰ ََتْ ِري ِم ْنٰ ََتْ ِتِ َا‬
beberapa batang sungai, mereka kekal di
dalamnya ‫َاِل ي َنٰ ِف هي َا‬ِ ِ ‫ْاْل َ ْنْ َ ُارٰ خ‬
Dan demikian itulah sebaik-baik balasan
(bagi) orang yang beramal
ٰ‫َونِ ْع َمٰ أَ ْج ُرٰ ال ْ َع ا ِم لِ َي‬

TUGASAN HARI INI : KHAMIS 16/4/2020


SALIN NOTA BERMULA MAKSUD TAUBAT HINGGA PENGAJARAN AYAT,
KEMUDIAN JAWAB SOALAN DALAM GOOGLE FORM YANG DIBERI.

MAKSUD TAUBAT
Taubat bermaksud kembali mentaati Allah SWT setelah melakukan
maksiat atau dosa.

TUNTUTAN BERTAUBAT
Seorang yang melakukan dosa dituntut untuk segera bertaubat. Amalan
ini merupakan ciri orang yang bertakwa. Allah SWT telah menyediakan
syurga untuk orang yang bertakwa.

CIRI ORANG YANG BERTAKWA


Saya berazam untuk menjadi orang yang bertakwa dengan cara:

1. Memohon keampunan
Apabila melakukan dosa sama ada terhadap Allah SWT atau
manusia, saya segera memohon keampunan dan kemaafan serta
memulangkan haknya. Saya juga berazam tidak akan mengulangi
dosa itu lagi.

2
2. Menafkahkan harta
Saya istiqamah menyumbangkan harta sama ada pada waktu
senang atau susah. Saya tetap mendermakannya walaupun hanya
sedikit. Tiada alasan yang menghalang saya untuk melakukan
ketaatan kepada Allah SWT.

3. Menahan kemarahan
Saya memilih untuk menahan emosi marah sedangkan saya boleh
melepaskan kemarahan tersebut. Saya yakin bahawa kekuatan
emosi ini didorong sifat takwa kepada Allah SWT.

4. Memaafkan
Saya memaafkan kesalahan orang lain waaupun mampu untuk
membalasnya. Memaafkan kesalahan orang lain lebih tinggi
kedudukannya berbanding menahan kemarahan. Sifat ini
menjadikan saya lebih tenang kerana tiada lagi rasa benci dan
dendam dalam hati.

SYARAT TAUBAT
1. Ingat kepada Allah dengan rasa menyesal atas dosa yang
dilakukan.
2. Beristighfar memohon keampunan daripada Allah SWT.
3. Berhenti daripada melakukan dosa dan berazam untuk tidak
mengulanginya lagi.
4. Jika dosa berkait dengan orang lain, maka hendaklah meminta
maaf daripadanya, memulangkan haka tau hartanya dan meminta
supaya dihalalkan.

PENGAJARAN AYAT
1. Umat Islam hendaklah segera bertaubat serta melakukan amal
soleh agar menjadi orang yang bertakwa dan mendapat ganjaran
syurga.
2. Umat Islam hendaklah membelanjakan harta ke jalan Allah SWT
seperti bersedekah sama ada ketika dalam keadaan senang
mahupun susah.
3. Umat Islam hendaklah menahan kemarahan agar pergaduhan
dapat dielakkan.
4. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita agar
hidup lebih harmoni.
5. Umat Islam hendaklah sentiasa memohon keampunan Allah SWT
dengan berzikir dan beristighfar serta berazam tidak melakukan
dosa lagi.

3
4

Anda mungkin juga menyukai