Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum W.B.

T, Nama saya Abdul Rahman Bin Ahmad


Fairuz dan pada hari ini saya akan menyampaikan salah sebuah
subtopic yang terdapat dalam Chapter 2 iaitu Culture and
Interpersonal Communication. Subtopic yang bakal saya
sampaikan adalah Principles for Effective Intercultural
Communication. Intercultural Communication merujuk kepada
komunikasi dua hala yang melibatkan mereka yang mempunyai
kepercayaan, nilai dan cara budaya yang berbeza daripada kita
mahupun orang lain. Ianya kerana dalam kehidupan masyarakat
yang berbilang kaum di dalam negara Malaysia, kita tida
semestinya sahaja bergaul dengan bangsa kita sahaja. Namun,
kita juga harus bergaul dengan bangsa yang lain kerana itulah
caranya untuk kita hidup dengan harmoni dalam masyarakat
negara kita yang berbilang kaum ini. Di dalam negara kita ini,
terdapat tiga buah kaum yang tinggi majoritinya iaitu kaum
melayu, cina dan india. Walaubagaimanapun, terdapat bangsa
lain seperti iban, kadazan, Bidayuh, orang asli seperti puak jakun
dan senoi dan banyak lagi cabang kaum orang asli di dalam
negara kita ini. Oleh itu, tidak ada satu hari pun yang kita tidak
akan bergaul atau berkomunikasi Bersama dengan bangsa lain.
Ianya kerana kehidupan seharian kita yang berada di dalam
negara yang mempunyai kepelbagaian kaum ini sudah
semestinya membuatkan kita perlu berkomunikasi dengan
bangsa lain. Sebagai contoh, jika kita merupakan seorang
pelajar. Sudah semestinya akan ada seorang pelajar yang dating
dari bangsa lain. Oleh itu, kita sudah semestinya bergaul dan
berkawan dengan mereka kerana sudah menjadi lumrah seorang
pelajar untuk berkawan dengan rakan sekelas kita tidak kira apa
pun bangsa mereka. Oleh itu, untuk kita mengamalkan konsep
Intercultural Communication ini kita perlu mengenal pasti
perbezaan atau recognize different jika mengikut subtopic dalam
Chapter ke dua ini. Dalam Recognize Different ini kita boleh
mengenal sesuatu bangsa itu dengan pelbagai cara. Namun cara
yang paling mudah adalah dengan mengenal pasti melalui
Difference In Dialect and Accent. Sebagai contoh, saya sendiri
mempunyai kawan yang datang daripada negeri di pantai timur.
Oleh itu, beliau sering menggunakan dialek atau loghat mengikut
negeri masing-masing. Ianya kerana walaupun mereka
mempunyai persamaan bangsa dengan saya. Namun mereka
bercakap mengikut dialek dan loghat lain kerana adat negeri
mereka yang berlainan dengan saya yang lahir dan membesar di
bahagian selatan negara Malaysia. Oleh itu, jika kita mahu
mengamalkan konsep Intercultural Communication Bersama
bangsa ataupun mereka yang mempunyai adat yang lain. Kita
seharusnya mengenaml pasti perbezaan antara diri mereka dan
diri kita sendiri agar kita dapat berkomunikasi dengan mereka
tanpa mencetuskan sebarang konflik Bersama mereka. Sekian itu
penerangan dan penjelasan saya untuk Chapter Kedua iaitu
Principles for Effective Intercultural Communication. Terimas
Kasih.

Anda mungkin juga menyukai