Anda di halaman 1dari 120

1. Pilih pernyataan yang benar mengenai Kepimpinan.

A.Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai,membangunkan strategi dan
menentukan tindakan paling bersesuaian serta menyelaraskan semua aktiviti di setiap peringkat
organisasi demi mencapai matlamat organisasi.

B.Proses di mana pengurus bekerjasama dengan sumber manusia/pekerja untuk mencapai matlamat
Organisasi.

C.Proses di mana pengurus menyusun,mengagih dan menstruktur sumber-sumber organisasi untuk


melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi.

D.Proses di mana pengurus memantau aktiviti-aktiviti semasa,membandingkan prestasi dan


membuat tindakan pembetulan bagi memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dirancang.
2. Encik Luqman perlu mengagihkan segala sumber-sumber yang dimilikki syarikatnya dan
menyusun semua aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan oleh para pekerja dengan sistematik untuk
memastikan operasi syarikatnya dapat berjalan lancar bagi mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Tindakan Encik Luqman ini merujuk kepada....

A.Perancangan

B.Pengawalan

C.Pengorganisasian

D.Kepimpinan
3. Merujuk kepada rajah di bawah, penyataan yang paling TEPAT berkaitan dengan
peringkat ke-4 ialah....

A. Keperluan asas seseorang untuk terus hidup iaitu makanan, minuman, tempat perlindungan dan
lain-lain keperluan fizikal.

B. Dalam organisasi, pekerja akan dikelompokkan dalam satu kumpulan kerja dan mereka akan
berinteraksi serta bekerja bersama-sama bagi mencapai matlamat organisasi

C. Keperluan ini dapat dicapai sekiranya pekerja dapat menunjukkan prestasi kerja yang baik dan
diberi kenaikan pangkat, gaji yang tinggi, penghargaan kerja dan lain-lain ganjaran yang
melibatkan kenaikan status pekerja tersebut

D. Sebahagian organisasi mewujudkan suasana tempat kerja yang bersih dan kondusif, skim
pencen, insurans dan sebagainya bagi menjamin keselamatan dan masa depan pekerja.
● Mempunyai dua rantaian arahan : menegak dan melintang
● Pekerja perlu membuat laporan kepada dua orang ketua
● Struktur ini bercanggah dengan prinsip kesatuan arahan(unity of
command)

4. Berdasarkan ciri-ciri di atas manakah stuktur yang paling tepat?

A. Struktur divisional

B. Struktur fungsian

C. Struktur pelbagai

D. Struktur matrik
I. Merancang kos pelaksanaan projek mengikut rancangan masa
yang ditetapkan
II. Menentukan Unit minima yang patut dikeluarkan atau dijual
III. Merancang perbelanjaan organisasi bagi sesuatu tempoh tertentu
IV. Sebagai Panduan dalam melaksanakan projek mengikut masa
yang ditetapkan

5. Pilih pernyataan yang benar mengenai Kegunaan Carta PERT


berdasarkan pernyataan di atas.

A. I dan IV

B. III dan IV

C. I sahaja

D. II dan III
6. Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai pengurusan.

A. Proses mengurus, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi


untuk mencapai matlamat organisasi secara efektif dan efisien.
B. Mengkoordinasi dan mengawasi aktiviti kerja orang lain agar aktiviti mereka dapat disiapkan
dengan efektif dan efisien.
C. Satu penyusunan tenaga manusia secara terancang untuk mencapai matlamat tertentu.
D. Proses di mana pengurus bekerjasama dengan sumber manusia/ pekerja untuk mencapai
matlamat organisasi.
7. Encik Mal seorang pengurus yang cekap di sebuah syarikatnya di
Kuala Terengganu. Beliau memotivasi dan memimpin pekerja-pekerjanya
untuk mencapai matlamat organisasi. Fungsi pengurusan ini dikenali
sebagai_____________.

A Kepimpinan
B Pengurusan

C Pengorganisasian

D Pengawalan
8. “Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi individu
dengan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap individu lain”. Kenyataan
ini merujuk kepada kemahiran___________.

A Kemahiran Konseptual
B Kemahiran Teknikal
C Kemahiran Kemanusiaan
D Kemahiran Kepimpinan
9. Berikut adalah berkaitan dengan kemahiran konseptual:

I. Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi individu dengan memahami


perasaan, tingkah laku dan sikap individu lain.
II. Kemahiran yang digunakan untuk berfikir dan mengkonsepsualisasikan (memaujudkan)
sesuatu yang abstraks dan situasi yang kompleks.
III. Kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan
antara bahagian-bahagian dalam organisasi.
IV. Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia atau masyarakat.

A I, II
B I, II, III
C I, IV
D II, III
10. -Usahawan (entrepreneur)
-Menangani gangguan (crisis handler)
-Pengagih sumber (resource allocator)
-Perunding (negotiator)

Peranan di atas boleh dikategorikan di bahagian_________.

A Penjalin Hubungan Perorangan


B Pembuat Keputusan
C Penyelesai Masalah
D Pemberi Maklumat
11. “Merupakan analisis teknik menilai dan menyemak program yang
membolehkan seseorang pengurus merancang lebih awal dari segi masa untuk
menyempurnakan sesuatu projek.”

Antara yang berikut, pilih yang BENAR berdasarkan pernyataan di atas.

A. Belanjawan
B. Carta Pert
C. Titik Pulang Modal
D. Carta Gantt
● Melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurus atasan.
● Merangka keputusan jangka sederhana berpandukan objektif pengurus
atasan.
● Menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus bawahan.

12. Maklumat di atas menerangkan tentang suatu peringkat pengurusan.


Manakah yang berikut menunjukkan maklumat tersebut?

A. Pengurusan pertengahan
B. Pengurusan atasan
C. Pengurusan bawahan
D. Pengurusan tertinggi
13. Pilih kenyataan yang BENAR mengenai Keperluan Esteem.

A. Keperluan untuk mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh


mencederakan atau menjejaskan masa depannya.
B. Melibatkan seseorang individu menggunakan segala bakat dan potensi yang
ada pada dirinya untuk mencapai apa yang dihajati yang memberikan kepuasan
tertinggi bagi individu tersebut.
C. Berhubung dengan keperluan untuk mendapat atau menerima penghargaan diri,
penghormatan dan status yang diiktiraf oleh pihak lain.
D. Keperluan untuk berhubung dengan orang lain dan diterima oleh kumpulan atau
masyarakat.
14. Dalam Syarikat Hanz Sdn. Bhd, Stanley merupakan seorang pekerja yang
berkaliber. Pekerjaan yang beliau lakukan ialah menyelaraskan semua usaha
subordinat dengan memaklumkan kepada mereka visi yang dibentuk serta memberi
semangat kepada subordinatnya untuk menangani semua halangan.

Berdasarkan situasi di atas, Stanley merupakan individu yang sangat


penting dalam syarikat tersebut. Antara yang berikut, manakah yang
paling tepat mengenai Stanley?

A. Pemimpin
B. Penyelia
C. Pengurus
D. Kerani
15. Antara pernyataan di bawah, tentukan yang BETUL bagi kepentingan objektif.

I. Motivasi atas komitmen


II. Keputusan yang bernas
III. Hala tuju
IV. Piawaian

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
16.Yang manakah kenyataan yang BETUL mengenai Misi.

A. Sasaran atau hasil akhir yang cuba/dijangka dapat dicapai oleh


sesebuah organisasi terbentuk daripada misi.
B. Dinyatakan dalam bentuk yang lebih khusus berbanding misi
organisasi dimensi masa lebih jelas.
C. Sebagai panduan dan motivasi ahli organisasi-hala tuju yang
dikongsi bersama dapat memfokus usaha.
D. Satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah
organisasi
17.Cik Nursyakirah seorang pekerja yang suka menyumbang kepada
kemajuan firmanya iaitu Din Enterprise dan beliau juga seorang yang
mudah menerima perubahan yang positif di firmanya.Cik Nursyakirah
telah mengamalkan andaian pekerja yang manakah?

A. Andaian pekerja teori X


B. Andaian pekerja teori Y
C. Andaian pekerja teori Motivasi XY
D. Andaian pekerja teori V
18.Faktor-faktor yang dikaitkan dengan Kualiti Suasana Kerja(KSK).

I. Kerjasama yang bertambah dan lebih baik dalam kesatuan


pengurusan.
II. Kurang struktur penyeliaan dan banyak pembangunan efektif dalam
kumpulan kerja.
III.Persekitaran kerja yang tidak selamat dan tidak sihat.
IV.Pampasan yang sesuai dan munasabah.

A. I,IV
B. I,II,III
C. II,III,IV
D. I,II,IV
19.Satu bentuk kewangan yang memperuntukkan sumber kewangan
untuk pelaksanaan sesuatu aktiviti,projek atau program bagi sesuatu
tempoh tertentu.Kenyataan ini merujuk kepada alat perancangan:

A. Belanjawan
B. Carta Pert
C. Titik Pulang Modal
D. Carta Gantt
● Kerja dikembangkan secara horizontal dengan menambah skop tugas.
● Proses menyatukan beberapa tugas yang menggunakan kemahiran yang sama bagi
membentuk satu kerja baru dengan aktiviti yang lebih meluas.
● Pekerja akan bertanggungjawab mengawal dua atau tiga tugas dalam satu masa.

20.Kategori Reka bentuk kerja yang manakah menerangkan pernyataan


maklumat di atas?

A. Pusingan Kerja
B. Penggayaan Kerja
C. Peluasan Kerja
D. Kualiti Suasana Kerja(KSK)
21. Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai kemahiran kemanusiaan.

A. Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks yang melibatkan kesan


jangka panjang.
B. Pengetahuan berkaitan pekerjaan dan teknik yang diperlukan untuk
menjalankan tugas dengan cekap.
C. Kebolehan untuk bekerja dengan baik bersama orang lain samada secara
individu atau berkumpulan.
D. Melibatkan proses perancangan dan pengurusan strategik untuk mencapai
matlamat organisasi.
22. Syarikat Intan Payung Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang maju
kerana adanya Puan Natasha sebagai seorang pengurus yang
bertanggungjawab dalam tugasan yang diberikan. Setiap masalah yang timbul
beliau akan berbincang dengan wakil Kesatuan Sekerja bagi menyelesaikan isu-
isu tersebut bagi melancarkan urusan syarikat.
Proses ini dikenali sebagai ___________.

A. Perunding ( Negotiator )
B. Menangani gangguan ( Crisis handler )
C. Pemantau ( Monitor )
D. Jurucakap ( Spokesperson )
23. “Proses di mana pengurus menyusun, mengagih dan menstruktur sumber-
sumber organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat
mencapai matlamat organisasi.”

Kenyataan di atas merujuk kepada __________.

A. Pengorganisasian
B. Kepimpinan
C. Perancangan
D. Pengawalan
24. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri bagi struktur matrik.

I. Menggabungkan struktur divisional dan fungsian.


II. Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran,
kemahiran dan aktiviti kerja.
III. Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua.
IV. Struktur diagihkan mengikut produk, pengguna dan geografik.

A. I,II,III
B. I,IV
C. II, III, IV
D. I, III
● Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan piawai yang ingin
dicapai.
● Ia merujuk kepada perancangan dan rancangan yang hendak dilaksanakan
itu perlu mengandungi piawai tertentu.
● Piawai yang hendak dicapai ini perlulah ditetapkan dengan jelas dan boleh
diukur.

25. Berdasarkan pernyataan di atas, proses kawalan yang manakah memenuhi


pernyataan tersebut?

A. Membuat langkah pembetulan


B. Menetapkan piawaian
C. Membandingkan pencapaian dengan piawaian
D. Mengukur pencapaian
26.
Apakah yang dimaksudkan dengan perancangan?

A. proses di mana pengurus meyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk


melaksanakan tugas yang telah ditetapkan

B. proses di mana pengurus memantau aktiviti-aktiviti semasa bagi memastikan hasil akhir
kerja tercapai

C. proses di mana pengurus bekerjasama dengan sumber manusia untuk mencapai matlamat
organisasi

D. proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai


27.
Cik Farah merupakan seorang pengurus di Syarikat Vijaya. Beliau mempunyai kemahiran
kemanusiaan yang tinggi. Beliau juga sentiasa memimpin dan memotivasikan pekerjanya untuk
nencapai matlamat syarikata. Ia merupakan hubungkait antara

A perancangan strategik dan pengurus atasan

B perancangan taktikal dan pengurusan atasan

C perancangan taktikal dan pengurusan pertengahan

D perancangan strategik dan pengurus bawahan


28.
Puan Adriana merupakan seorang penyelia di Kilang Ali Furniture. Beliau mensasarkan
peningkatan pengeluaran set almari sebanyak 10% setiap bulan. Ia merupakan persediaan Kilang
Ali untuk memasarkan pengeluarannya ke luar negara.

Situasi diatas menunjukkan Puan Adrina terlibat dalam perancangan :

A perancangan taktikal

B perancangan operasian

C perancangan strategik

D perancangan piawaian
29.
Berikut adalah kepentingan perancangan

I menyediakan hala tuju organisasi

II membuat keputusan yang berkesan

III sebagai alat kawalan pengurus

Iv mengukur prestasi pengurus dan pekerja

A I dan II

B II dan III

C I dan III

D III dan IV
30.
● Memiliki kemahiran konseptual yang tinggi
● Melibatkan risiko yang tinggi
● Tempoh masa melebihi 3 tahun

A perancangan strategik
B perancangan taktikal
C perancangan operasian
D perancangan pengeluaran
31.
Benefit Cosmetics akan menjadi jenama kecantikan yang terbaik di dunia menjelang tahun
2025.

Apakah kepentingan perancangan bagi pernyataan di atas?

A. Sebagai alat kawalan pengurusan.


B. Tanda aras mencapai objektif.
C. Menyediakan hala tuju perniagaan.
D. Bertindak kepada persekitaran yang dinamik.
32. “ Syarikat akan mengeluarkan sebanyak 150 000 unit penggoreng udara dan 100 000 unit
ketuhar gelombang mikro pada tahun hadapan.”

Apakah ciri objektif yang dipenuhi oleh Syarikat Philips?

A. Mempunyai tempoh masa


B. Spesifik
C. Boleh dicapai
D. Boleh diukur
33.
Untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos untuk menentukan
titik di mana jumlah jualan akan menyamai jumlah kos.

Pilih jawapan yang BETUL bagi pernyataan di atas.

A. Carta Gantt
B. Titik Pulang Modal (TPM)
C. Carta Pertt
D. Belanjawan
34. Antara berikut, yang manakah kelebihan Syarikat Akasia untuk mencapai visi perniagaannya?

I. Menggunakan kos yang tinggi dalam proses pengeluaran


II. Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pembeli barangannya
III. Menjual barang yang berkualiti rendah dengan harga yang tinggi
IV. Menggunakan teknologi yang canggih dalam proses pengeluaran

A. I & II
B. III & IV
C. I & IV
D. II & IV
35. ● Mengenalpasti peluang, masalah dan ancaman yang dihadapi oleh perniagaan pada
masa ini dan masa hadapan.
● Bersedia dan boleh membuat pengubahsuaian mengikut situasi atau masalah yang
timbul berdasarkan strategi yang sedia ada.
● Operasi organisasi berjalan dengan lancar
● Persediaan awal supaya dapat menjimatkan kos operasi, mengurangkan
pembaziran dan pengurusan risiko dapat dilakukan dengan baik.

Pernyataan di atas merujuk kepada perkara :

A. Bertindak kepada persekitaran yang dinamik


B. Sebagai alat kawalan pengurus
C. Menyediakan hala tuju organisasi
D. Tanda aras untuk mencapai objektif
36 . Puan Aminah ingin meluaskan pasaran tudungnya ke pasaran antarabangsa pada 4 tahun
akan datang.

Apakah jenis perancangan yang Puan Aminah terlibat ?

A. Perancangan Operasian
B. Perancangan Teknikal
C. Perancangan Strategik
D. Perancangan Taktikal
37.
I. Pengagihan sumber kewangan yang terhad untuk pelbagai kegunaan

II. Merancang kemajuan projek

III. Merancang perbelanjaan yang telah ditetapkan

IV. Menentukan unit minima yang patut dikeluarkan untuk mendapat pulangan modal

Yang manakah kegunaan Belanjawan yang BETUL?

A. I DAN II

B. II DAN IV

C. I DAN III

D. Semua di atas
38. Yang manakah BETUL hubungkait jenis perancangan dan peringkat pengurusan?

JENIS PERANCANGAN PERINGKAT PENGURUSAN

A) Perancangan Taktikal Bawahan

B) Perancangan Operasian Atasan

C) Perancangan Teknikal Pertengahan

D) Perancangan Strategik Atasan


39. _______________ merupakan sasaran atau hasil akhir yang dijangka dapat dicapai oleh sesebuah
organisasi

A . Misi
B. Objektif
C. Visi
D. Wawasan
40. Megah Chocolate Holdings ( MCH) akan menguasai 40 peratus syer pasaran di Eropah bagi produk
makanan menjelang tahun 2025.

Apakah Kepentingan Perancangan Megah Chocolate Holdings terlibat?

A. Sebagai alat kawalan pengurus


B. Bertindak kepada persekitaran yang dinamik
C. Tanda aras untuk mencapai objektif
D. Menyediakan hala tuju organisasi
41.Diantara berikut yang manakah merupakan kepentingan perancangan “menyediakan
hala tuju organisasi “ ?

A. Pengurus juga dapat mengagih dan mengguna sumber dengan lebih efektif dan
efisien .
B. Perancangan membolehkan penetapan tanda aras yang hendak hendak dicapai .
C. memastikan operasi organisasi berjalan lancar .
D. melalui perancangan satu sistem kawalan dapat diwujudkan .
42. Yang berikut manakah merupakan perancangan yang tempoh lebih singkat iaitu
antara satu hingga tiga tahun ?

A. perancangan strategik
B. perancangan operasi
C. perancangan taktikal
D. perancangan suku tahun
-Pelbagai kepakaran diperlukan
-Proses membuat keputusan berdasarkan strategi organisasi
-Memerlukan pengurus berkemahiran konseptual yang baik
-Melibatkan risiko yang tinggi

43.Kategorikan perancangan yang manakah menerangkan pernyataan maklumat di atas ?

A. Perancangan suku tahun


B. Perancangan jangka panjang
C. Perancangan jangka pendek
D. Perancangan jangka sederhana
44. Alat perancangan yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan
( hasil ) dengan kos

A. Carta Gantt
B. Titik pulang modal
C. Carta pert
D. Belanjawan
45.Antara berikut yang manakah merupakan pengurus bawahan

A. penyelia jualan
B. ketua kelab
C. Pengarah urusan
D. CEO
46. Manakah antara berikut definisi Pengawalan?

A. Proses di mana pengurus memantau aktiviti- aktiviti semasa, membandingkan prestasi dan
membuat tindakan pembetulan bagi memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang
dirancang.
B. Proses di mana pengurus bekerjasama dengan sumber manusia/ pekerja untuk mencapai
matlamat organisasi.
C. Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai, membangunkan
strategi dan menentukan tindakan paling bersesuaian serta menyelaraskan semua aktiviti
di setiap peringkat organisasi demi mencapai matlamat organisasi.
D. Proses di mana pengurus menyusun, mengagih dan menstruktur sumber-sumber
organisasi untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat
organisasi.
47.
- Pengetahuan berkaitan pekerjaan dan teknik yang diperlukan untuk menjalankan tugas dengan
cekap.
- Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang tertentu.
- Mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti harian organisasi.

Apakah kemahiran yang dimaksudkan di atas?

A. Kemahiran Kemanusiaan
B. Kemahiran Konseptual
C. Kemahiran Taktikal
D. Kemahiran Teknikal
48. Syarikat Samsan Tech merupakan syarikat komputer di Ipoh. Syarikat tersebut telah mengalami
kerugian yang dianggarkan melebihi RM 5 juta. Puan Adawiah sebagai pengarah urusan telah
bermesyuarat dengan pekerjanya untuk membincangkan penyelesaian masalah bagi mengelakkan
masalah berulang

Apakah Gaya Kepimpinan yang dijalankan?

A. Autokratik
B. Demokratik
C. Lassez Faire
D. Islamik
49. Pilih peranan penjalin hubungan perorangan

I Tunggak
II Usahawan
III Penghubung
IV Jurucakap

A. I & IV
B. I & III
C. II & III
D. III & IV
50. "Digunakan oleh pengurus untuk mengenalpasti dan mengawal tindakan berasingan yang
dilakukan untuk menyiapkan sesuatu projek."

Pernyataan di atas merujuk kepada kegunaan...

A. Titik Pulang Modal


B. Belanjawan
C. Carta PERT/CPM
D. Carta Gantt
51. “Restoran McDonald’s mengamalkan pengkhususan kerja dalam
kalangan pekerja McD untuk perkhidmatan penyediaan makanan segera.”

Apakah elemen pengorganisasian yang berkaitan dengan situasi di atas?

A. Penjabatan
B. Autoriti staf
C. Pengkhususan kerja
D. keformalan
52. Puan Ayuni sebagai pengurus pemasaran telah mengarahkan
pasukan pemasaran untuk menjalankan penyelidikan pemasaran
berkaitan tren pakaian remaja masa kini. Ini dikenali sebagai autoriti
_________

A. Lini
B. Pemusatan
C. Keformalan
D. staf
53. Pilih kenyataan yang tepat mengenai delegasi pemusatan.

A. Proses membuat keputusan diagihkan ke semua peringkat yang lebih


rendah dala hirarki autoriti organisasi.
B. Pekerjaan di dalam organisasi diseragamkan dan sejauh mana
tingkahlaku pekerja di pandu oleh peraturan dan prosedur
C. Autoriti dan keputusan tertumpu pada pegurus peringkat pertengahan
D. Autoriti dan keputusan tertumpu pada pengurus peringkat atasan
54. - Gabungan antara struktur divisional dan struktur fungsian.
- Dikenali “sistem bebilangan arahan”
- Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua

Kategori pengenalan pengorganisasian yang manakah menerangkan


penyataan maklumat di atas?

A. Struktur divisional
B. Struktur matrik
C. Struktur fungsian
D. Jangkauan kawalan
55. Ciri-ciri struktur fungsian ialah

I. mengikut fungsi utama iaitu kemahiran.


II. struktur diagihkan mengikut produk, pengguna dan geografik.
III. kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran,
kemahiran dan aktiviti kerja
IV. setiap divisyen mempunyai jabatan fungsian masing-masing.

A. II dan III
B. I dan III
C. I dan II
D. Semua diatas
56. Antara berikut yang manakah kepentingan pengorganisasian untuk mencapai
matlamat organisasi?

I. Menghasilkan satu susunan tenaga kerja yang sistematik


II. Mewujudkan penyelarasan organisasi
III. Memastikan pengagihan sumber di antara jabatan dapat dilakukan dengan
saksama
IV. Menyediakan hala tuju organisasi.

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. I dan III
57. Berikut adalah yang berkaitan dengan autoriti lini kecuali..

A. Autoriti lini berkait rapat dengan objektif dan proses organisasi.


B. Pengurus bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan tugas
C. Pengurus hanya membuat sebahagian daripada keputusan dan kuasa diagihkan
kepada kakitangan bawahan
D. Autoriti lini mengalir ke bawah organisasi melalui arahan utama.
58. "Peringkat pengurusan adalah rendah kerana terdapat dua peringkat
pengurusan iaitu pengurusan atasan dan bawahan"

Apakah elemen pengorganisasian yang merujuk kepada pernyataan di


atas?

A. Delegasi
B. Kesatuan Arahan
C. Jangkauan Kawalan Luas
D. Jangkauan Kawalan Sempit
59. Delegasi tugas jenis pemusatan menggunakan struktur organisasi...

A. Divisional dan Fungsian


B. Matriks sahaja
C. Divisional dan Matriks
D. Fungsian sahaja
60. Megah Holdings mengalami krisis yang menjejaskan prestasi syarikat mereka
berpunca daripada kumpulan pengurusan sebelum ini yang terlibat dalam
penyelewengan projek tahun lalu dan terpaksa mengubah semula struktur
organisasi fungsian dengan barisan pengurus yang baharu dan diketuai
oleh Pengurus Besar. Apakah pengelasan seterusnya untuk pengurus baharu
yang berada di bawah Pengurus Besar?

A. Pengurus Kewangan, Pengurus Kawasan Utara, Pengurus Kawasan Selatan


B. Pengurus Kewangan, Pengurus Pengeluaran, Pengurus Peruncitan
C. Pengurus Kewangan, Pengurus Pemasaran, Pengurus Jualan
D. Pengurus Kewangan, Pengurus Pengeluaran, Pengurus Pemasaran
61. Rajah di atas merupakan rajah

A. Rantaian Arahan
B. Autoriti
C. Jangkauan Kawalan Luas
D. Jangkauan Kawalan Sempit
62.

I. Menggabungkan struktur divisional dan fungsian


II. Mempunyai 2 rantaian arahan; menegak dan melintang
III.Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam
kepakaran, kemahiran dan aktiviti kerja
IV.Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua

Pilih ciri-ciri struktur matrik

A. I,II,III
B. I,III,IV
C. I,II,IV
D. II,III,IV
Maju Subur Biotech Sdn Bhd. baru sahaja dua bulan ditubuhkan oleh En Darwish
Adlan.Syarikat beliau terlibat dalam bidang bioteknologi dan mempunyai pejabat
pengurusan di Bukit Cahaya Seri Alam. Sebagai sebuah syarikat yang baru
ditubuhkan, beliau sedang memikirkan bagaimana hendak menstrukturkan
organisasi syarikatnya.

63. Berdasarkan pernyataan di atas struktur apakah yang sesuai


digunakan oleh En Darwish Adlan

A. Struktur fungsian, divisyen produk dan divisyen geografik.


B. Struktur fungsian, divisyen produk dan divisyen pengguna.
C. Struktur divisyen produk, divisyen pengguna dan divisyen
geografik
D. Struktur fungsian, divisyen pengguna dan divisyen geografik
64. Pilih kenyataan yang tepat bagi maksud rantaian arahan

A. Garisan autoriti yang menunjukkan hubungan langsung antara ketua diatas


dengan bahagian paling bawah
B. Satu cara penumpuan kuasa pada individu tertentu dengan memberikannya
autoriti, tanggungjawab sumber dan kuasa.
C. Proses membuat keputusan diagihkan ke semua peringkat yang lebih rendah
dalam hirarki autoriti organisasi.
D. Pembahagian sesuatu aktiviti kerja/tugas kepada komponen-komponen yang
khusus.
65.
● Hak yang dimiliki oleh pengurus untuk mengarah dan mengawal aktiviti staf
bawahannya untuk mencapai objektif organisasi.
● Pengurus ini bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan tugas
bagi pencapaian matlamat organisasi.

Pernyataan diatas merujuk kepada

A. Autoriti Staf
B. Pemusatan
C. Pemencaran
D. Autoriti Lini
66. Yang manakah definisi pengorganisasian yang tepat?

A. Menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi


B. Menghasilkan satu susunan tenaga kerja yang sistematik bagi mencapai matlamat
organisasi
C. Proses di mana pengurus menentukan apa yang perlu dilaksanakan.
D. Proses di mana pengurus meenyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk
melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat dengan cekap
dan berkesan.
67.
I. Pengkhususan kerja
II.Delegasi
III.Autoriti Lini
IV.Autoriti Staf

Berdasarkan pilihan di atas,yang manakah elemen pengorganisasian

A. I,III,IV
B. I,II
C. II,III,IV
D. III,IV
68.

Rajah berikut merupakan

A.Struktur Divisional Mengikut Pengguna


B.Struktur Divisional Mengikut Geografik
C.Struktur Fungsian
D.Struktur Divisional Mengikut Produk.
69.
Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran,kemahiran
dan aktiviti kerja.

Pernyataan berikut merupakan

A.Pengeluaran
B.Struktur Fungsian
C.Struktur Divisional
D.Sumber Manusia
70. Pengurus merasa kurang kuasa untuk mengawal pekerja cawangan.

Berikut merupakan kelemahan Struktur Divisional

A.Divisional Mengikut Pengguna


B.Divisional Mengikut Geografik
C.Struktur Fungsian
D.Divisional Mengikut Produk
71.Pilih kenyataan yang tepat mengenai autoriti.

A. Hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu kerja.

B. Hak yang dimiliki oleh pengurus untuk mengarah dan mengawal aktiviti staf bawahanya.

C. Pengurus di setiap peringkat organisasi diberi kuasa untuk membuat keputusan dan melibatkan
pengurus bawahan di dalam penetapan objektif

D. Satu sistem atau jaringan formal tentang perkaitan dan perhubungan antara tugas dan aktiviti yang
berlainan
72.Garisan autoriti yang menunjukkan hubungan langsung antara ketua dan pekerja.

Ia merujuk kepada.....

A. Jangkauan kawalan
B. Autoriti
C. Rantaian arahan
D. Delegasi
73.Encik Qayyum bertindak memberikan sokongan kepada pengurus jabatan dengan
memberikan nasihat dan cadangan berkaitan pengeluaran produk tetapi pada masa yang sama
beliau tiada kuasa untuk membuat keputusan berkaitan pengeluaran produk syarikat.

Pernyataan tersebut merujuk kepada:

A. Delegasi
B. Autoriti staf
C. Keformalan
D. Kesatuan arahan
74.

i. Penekanan kepada tugas- tugas rutin

II. Pekerja bimbang mereka mahir dalam tugas tertentu sahaja

III. Kuasa selalunya didominasi oleh individu - individu yang ekstrovert

IV. Kurang komunikasi antara jabatan

Pilih kelemahan stuktur fungsian.

A. I , II dan III
B. I , III dan IV
C. III dan IV
D. I dan IV
75.

• Mempunyai dua rantaian arahan


• Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua
• Sukar untuk diuruskan

Berikut merupakan ciri bagi stuktur:

A. Stuktur fungsian
B. Stuktur matrik
C. Stuktur divisional
D. Rantaian arahan
76. Pilih penyataan yang salah mengenai pemimpin .

A. Pemimpin dilantik kerana ciri–ciri pemimpin yang ada padanya .


B. Pengorganisasian pempimpin Tidak mempunyai kedudukan formal
C. Pemimpin mempunyai sikap yang pasif .
D. Interaksi pemimpin bercorak peribadi .
77. Cik Byun merupakan pengurus dalam syarikat Prive . Sejak kebelakangan ini ,
Syarikat Prive mengalami kerugian yang mendadak . Untuk mengelakkan masalah ini
berlaku lagi, Cik Byun membincangkan jalan penyelesaian bersama pekerja
pekerjanya, Tetapi keputusan akhir tetap dibuat oleh Cik Byun

Apakah gaya kepimpinan ini ?

A. Gaya Kepimpinan Islamik


B. Gaya kepimpinan Laisez Faire
C. Gaya kepimpinan demokratik
D. Gaya kepimpinan Autokratik
78. “ Suatu balasan yang diingini oleh pekerja terhadap usaha dan kerja yang mereka lakukan “
Penyataan di atas merujuk kepada

A. Kaedah memotivasikan pekerja


B. Teori-teori motivasi
C. Pengenalan motivasi
D. Faktor - faktor perniagaan
79. Berikut adalah Kelebihan Gaya kepimpinan Demokratik

I Memberikan keputusan yang lebih berkualiti


II Dapat memajukan dan meningkatkan kemahiran pekerja
III Pemimpin kurang perduli dan prihatin terhadap projek sesuatu
IV Hubungan ketua dan pekerja akan lebih erat kerana saling bantu membantu dalam menjalankan
tugas.

A. I dan II
B. I , II , III dan IV
C. I , II dan IV
D. II , III , dan IV
80.
> Interaksinya menitikberatkan fungsi pengurusan yang bukan bersifat peribadi
> Lebih kepada memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai daripada mendorong pekerja
melaksanakan arahan unutk mencapai matlamat yang ditetapkan
>Mempunyai kedudukan yang formal dalam organisasi

Penyataan di atas merujuk kepada

A. Pemimpin
B. Pengurus
C. Pengurus Bawahan
D. Pengurus Atasan
81. Apakah jenis gaya kepimpinan yang perlu digunakan
sekiranya sesebuah organisasi itu menghadapi krisis .

A. Laisez Faire
B. Demokratik
C. Autokratik
D. Islamik
82. Berdasarkan Teori Motivasi Maslow , mengapakah keperluan
keselamatan itu penting kepada seseorang pekerja ?

A. Untuk memperoleh pendapatan bagi memenuhi keperluan asas


B. Untuk memastikan pekerja berasa lebih selamat untuk bekerja
C. Untuk menggalakkan pekerja beinteraksi dengan rakan-rakan
D. Untuk mencapai prestasi kerja yang baik dan diberikan kenaikkan
pangkat
83. Berdasarkan Teori Motivasi Herzberg , yang manakah faktor utama yang akan
menimbulkan kepuasan kerja .

A. Peluang - peluang mencapai sesuatu matlamat kerja yang mencabar ( Pencapaian )


B. Polisi syarikat dan pentadbiran yang adil
C. Status dan jaminan kerja
D. Kaedah penyeliaan berkesan
84. Apakah ciri-ciri Teori X berdasarkan Teori Motivasi XY McGregor

A. Rajin bekerja
B. Mengarah diri
C. Menerima tanggungjawab
D. Memerlukan kawalan secara dekat untuk bekerja dengan efektif
Pihak Pengurusan tertinggi bersama wakil jabatan bersetuju untuk menetapkan matlamat
syarikat dengan pencapaian keuntungan sebanyak RM15 juta menjelang akhir tahun ini
berdasarkan kapisiti sumber organisasi yang mereka ada sekarang .

85. Berdasarkan pernyataan di atas , ini merujuk kepada kaedah memotivasikan


pekerja …

A. Kualiti Suasana Kerja ( KSK )


B. Reka Bentuk Kerja ( Job Design )
C. Penetapan Matlamat ( Goal Setting )
D. Pengupayaan Kerja ( Job Empowerment )
Pengurus Besar

Pengurus Sumber
Pengurus Pemasaran Pengurus Pengeluaran Manusia

86. Yang manakah tepat mengenai rajah diatas:

A. Kesatuan arahan
B. Penjabatanan
C. Rantaian Arahan
D. Divisional
87. Garisan autoriti yang menunjukkan hubungan langsung antara ketua diatas dengan bahagian
paling bawah menggambarkan siapa melaporkan kepada siapa. Penyataan ini merujuk kepada
elemen pengorganisasian:

A. Jangkauan kawalan
B. Pengkhususan kerja
C. Rantaian arahan
D. Keformalan
88. Jenis-jenis autoriti terbahagi kepada 2 iaitu autoriti:

I. Lini
II. Pemusatan
III. Staf
IV. Keformalan

A. I,II
B. I,III
C. II,III
D. II,IV
89. Merupakan hak mutlak pengurus untuk membuat keputusan dan
mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu kerja. Penyataan ini
merupakan prinsip pengorganisasian:

A. Autoriti
B. Pengkhususan kerja
C. Keformalan
D. Penjabatan
90. Puan Khairina merupakan seorang Pengurus Syarikat Zapatos
yang mengeluarkan pelbagai jenis kasut. Beliau berhak untuk
mengarah dan mengawal aktiviti staf bawahannya untuk mencapai
objektif organisasi. Penyataan ini merujuk kepada:

A. Jangkauan kawalan luas


B. Jangkauan kawalan sempit
C. Autoriti staf
D. Autoriti lini
91. “Menentukan matlamat yang ingin dicapai,
membangunkan strategi dan menentukan tindakan paling
bersesuaian serta menyelaraskan semua aktiviti”.
Pernyataan ini merujuk kepada:

A Pengorganisasian
B Kepimpinan
C Pengawalan
D Perancangan
92. Pilih Kenyataan yang TEPAT mengenai Kemahiran Teknikal

A Kebolehan untuk bekerja dengan baik bersama orang lain samada


secara individu atau berkumpulan.
B Pengetahuan berkaitan pekerjaan dan teknik yang diperlukan untuk
menjalankan tugas dengan cekap.
C Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks yang melibatkan
kesan jangka panjang.
D Kemahiran yang digunakan untuk berfikir dan
mengkonsepsualisasikan (mewujudkan) sesuatu yang abstraks dan
situasi yang kompleks.
● Satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah organisasi.
● Merupakan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi.
● Sesuatu yang ideal dan unik untuk dicapai
● Ringkas, padat dan jelas

93. Antara berikut yang manakah menerangkan penyataan maklumat di atas?

A Visi
B Objektif
C Misi
D Matlamat
94. Berikut adalah ciri-ciri Pemencaran

I. Proses membuat keputusan diagihkan ke semua peringkat yang lebih rendah


dalam hirarki autoriti organisasi.
II. Proses pembuatan keputusan banyak dibuat oleh ibu pejabat dan amat sedikit di
cawangan.
III. Proses pembuatan keputusan banyak dibuat di peringkat cawangan.
IV. Keputusan dibuat oleh pihak atasan yang mempunyai autoriti. Pekerja hanya
menerima arahan yang telah diputuskan oleh pihak atasan.

A I, II, III
B II, III, IV
C II, III, IV
D I, III
95.Tuan Vimal merupakan seorang pengurus cawangan yang bijak. Beliau
akan membuat target hasil jualannya sebanyak RM30 juta pada setiap tahun.
Beliau juga akan memastikan untuk memujuk pekerja-pekerjanya mematuhi
apa yang beliau tetapkan untuk memajukan syarikatnya iaitu Paneh Molotop
Enterprise. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan penyataan di
atas?

A Tunggak
B Pemimpin
C Pengawai Penghubung
D Pengagih Sumber
96. Pilih keperluan yang terdapat dalam Teori Motivasi Maslow

A. Keperluan motivasi
B. Keperluan keselamatan
C. Keperluan penjagaan
D. Keperluan aktiviti
97. Puan Suraya merupakan pengurus jualan di Syarikat Symbold yang
mengeluarkan pelbagai jenis tudung. Beliau sering melibatkan pekerjanya dalam
perbincangan mengenai jualan produk. Beliau menerima segala cadangan para
pekerjanya dengan baik. Apakah gaya kepimpinan yang diamalkan oleh Puan
Suraya?

A. Gaya kepimpinan autokratik


B. Gaya kepimpinan laisez-faire
C. Gaya kepimpinan demokratik
D. Gaya kepimpinan islamik
98. ‘’Pekerja dipindahkan secara sistematik mengikut tempoh tertentu
dari satu bahagian ke bahagian-bahagian yang lain’’. Kenyataan tersebut
merujuk kepada

A. Pusingan kerja
B. Peluasan kerja
C. Pengayaan kerja
D. Motivasi kerja
99. Pilih faktor-faktor yang dikaitkan dengan kualiti suasana kerja

I. Jadual kerja dan tugasan yang mudah dan longgar


II. Pampasan yang sesuai dan munasabah
III. Ganjaran dalam bentuk kewangan
IV. Persekitaran kerja yang selamat dan sihat

A. I, II, III
B. I, II, IV
C. I, III, IV
D. I, II,III, IV
★ Membenarkan pekerja menentukan kaedah kerja
★ Memberi cadangan bagaimana menyelesaikan masalah
★ Menerima maklumat berkesan serta mengawal belanjawan kewangan

100. Pernyataan berikut merupakan kaedah memotivasikan pekerja bagi

A. Kaedah penetapan matlamat


B. Rekabentuk kerja
C. Kualiti suasana kerja
D. Pengupayaan kerja
101. Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai struktur fungsian

A. Pekerjaan di dalam organisasi diseragamkan dan sejauh mana tingkahlaku pekerja di pandu
oleh peraturan dan prosedur.

B. Suatu sistem atau jaringan formal tentang perkaitan dan perhubungan antara tugas dan
aktiviti yang berlainan.

C. Penerangan yang jelas tentang pekerjaan, peraturan organisasi dan prosedur yang jelas yang
meliputi proses kerja.

D. Merupakan pengelompokan kumpulan yang mempunyai persamaan atau berkait dalam


kemahiran pekerjaan.
102. Syarikat HaoJun sdn. Bhd menggunakkan struktur________________ sebagai struktur
organisasi dalam perniagaan. Kelebihan struktur tersebut ialah dapat meningkatkan tahap
perkhidmatan dan kemahiran pekerja kerana dilatih untuk memenuhi kehendak pengguna.

A. Struktur divisional mengikut produk

B. Struktur divisional mengikut pengguna

C. Struktur fungsian

D. Struktur matrik
103. ‘Juga dikenali sebagai struktur berbilang arahan’. Apakah nama struktur organisasi di atas?

A. Struktur matrik

B. Struktur divisional mengikut produk

C. Struktur divisional mengikut geografi

D. Struktur fungsian
104. Berikut merupakan ciri-ciri struktur fungsian

I. Dikelaskan mengikut fungsi utama

II. Setiap divisyen mempunyai jabatan fungsian masing- masing

III. Mempunyai dua rantaian arahan; menegak dan melintang

IV. Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran
dan aktiviti kerja

A. I dan II

B. II dan IV

C. III dan IV

D. I dan IV
105. Penumpuan kepada bidang tugas yang diberikan sahaja (pengkhususan kerja)

· Pertindihan penggunaan sumber dapat diminimakan.

· Penyelesaian masalah lebih cekap disebabkan pengkhususan kemahiran.

· Keputusan lebih cekap kerana dibuat secara berpusat.

Struktur organisasi manakah yang mempunyai kelebihan di atas?

A. Struktur divasional mengikut geografi

B. Struktur fungsian

C. Struktur berbilang arahan

D. Struktur matrik
106. Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai takrif kawalan

A. Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan piawai yang ingin dicapai.

B. Proses Tindakan pembetulan yang dilakukan ke atas tahap-tahap operasi tertentu yang
dikenalpasti menyebabkan penyimpangan.

C. Proses di mana pengurus memantau aktiviti- aktiviti, membandingkan dan membuat tindakan
pembetulan bagi memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dirancang.

D. Proses kawalan ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal melibatkan
penetapan piawai, mengukur prestasi sebenar, membuat perbandingan antara prestasi dan
piawai dan melakukan tindakan pembaikan supaya objektif yang dirancang tercapai.
107. “Puan Najwa merupakan seorang pengurus yang boleh memilih diantara 3 tindakan
tersebut iaitu tidak berbuat apa-apa, membuat pembetulan keatas prestasi sebenar atau
menyemak semula piawaian.” Ini merujuk kepada

A. Membuat Langkah pembetulan

B. Mengukur pencapaian

C. Membandingkan pencapaian dengan piawaian

D. Menetapkan piawaian
108. Carta berjadual yang menunjukkan output yang sebenar dan dirancang dalam satu
tempoh masa.

A. Belanjawan

B. Titik pulang modal

C. Carta gantt

D. Carta pert/cpm
109.

i. mengukur prestasi pengurus dan pekerja

ii. jaminan kualiti produk

iii. menetapkan piawaian

iv. bersedia menghadapi ancaman

Berdasarkan pilihan di atas, yang manakah kepentingan bagi kawalan?

A. i,ii,iv

B. i,ii,iii

C. ii,iii,iv

D. i,ii,iii,iv
110. · Belanjawan

· Carta gantt

· Carta pert

· Titik pulang modal

perkara di atas merujuk kepada

A. Proses kawalan

B. Alat kawalan pengurus

C. Kepentingan kawalan

D. Alat-alat kawalan
111. Pilih kenyataan yang TEPAT mengenai proses kawalan.

A. Proses kawalan ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk megawal melibatkan penetapan piawai, mengukur
prestasi sebenar, membuat perbandingan antara prestasi dan piawai dan melakukan Tindakan pembaikan supaya objektif
yang dirancang tercapai.

B. Proses di mana pengurus memantau aktiviti- aktiviti, membandingkan dan membuat tindakan pembetulan bagi memastikan
hasil akhir kerja tercapai seperti yang dirancang

C. Proses memantau prestasi dan mengambil tindakan untuk memastikan hasil tercapai seperti yang dijangkakan.

D. Proses kawalan ialah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal melibatkan penetapan piawai, mengukur
prestasi sebenar dan melakukan tindakan pembaikan supaya objektif yang dirancang tercapai.
112. Encik Sahak sebagai pengurus telah membuat perbandingan di antara piawaian yang ditetapkan dengan prestasi
sebenar. Proses kawalan ini dikenali sebagai ….

A) Menetapkan Piawaian

B) Mengukur Pencapaian

C) Membandingkan Pencapaian dengan Piawaian

D) Membuat Langkah Pembetulan


113. Untuk mengawal atau memastikan aktiviti perniagaan dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.
Kenyataan tersebut merujuk kepada kegunaan alat kawalan

A) Carta Pert
B) Carta Gantt
C) Titik Pulang Modal
D) Belanjawan
114. Berikut adalah kepentingan kawalan.
I. jaminan kuantiti produk
II. mengukur prestasi pengurus dan pekerja
III. mengenalpasti ancaman dan peluang
IV. bersedia menghadapi ancaman

Antara yang berikut, manakah kepentingan kawalan yang betul

A) I,II,III

B) I,III,IV

C) II,III,IV

D) I,II,IV
115.

- Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos untuk menentukan titik di mana
jumlah jualan akan menyamai jumlah kos iaitu titik pulang modal.

- Ia tercapai bila Jumlah Hasil = Jumlah Kos

- digunakan untuk menentukan unit minima yang patut dikeluarkan atau dijual untuk mendapat pulangan modal.

Yang manakah alat kawalan yang merujuk kepada pernyataan di atas ?

A) Belanjawan

B) Carta gantt

C) Titik pulang modal

D) Carta pert
116.

Pilih pernyataan yang TEPAT mengenai takrif kawalan.

A. Proses di mana pengurus memantau aktiviti- aktiviti, membandingkan dan membuat tindakan pembetulan bagi
memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dirancang.

B. Ia merujuk kepada perancangan dan rancangan yang hendak dilaksanakan itu perlu mengandungi piawai tertentu.

C. Perbandingan ini dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti perbezaan di antara maklumat yang telah
dikumpulkan daripada penilaian prestasi sebenar dengan piawai yang telah ditetapkan

D. Tindakan pembetulan/pembaikan dilakukan ke atas tahap-tahap operasi tertentu yang dikenalpasti menyebabkan
penyimpangan.
117. En. Raju telah mendapatkan satu projek besar. Beliau ingin menyusun langkah agar projek tersebut
berjalan dengan lancar. Alat kawalan yang manakah sesuai untuk En. Raju mengunakan untuk
memastikan projek tersebut berjalan dengan lancar.

A. Belanjawan

B. Carta PERT/CPM

C. Carta Gantt

D. Titik Pulang Modal


118. .“sebagai panduan dimana pihak pengurusan dapat mengawal perbelanjaan seperti yang
ditetapkan.”Kenyataan tersebut merujuk kepada….
A. Titik Pulang Modal

B. Carta PERT/CPM

C. Carta Gantt

D. Belanjawan
119. .Berikut adalah proses kawalan

I.Menetapkan Piawaian

II.Mengukur Pencapaian

III.Mengenalpasti peluang dan ancaman

IV.Membuat Langkah Pembetulan

Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai


proses kawalan

A. I,II,III

B. I,II,IV

C. II,III,IV

D. I,III,IV
120..

• Digunakan oleh pengurus untuk mengenalpasti

• mengawal tindakan berasingan yang dilakukan untuk menyiapkan sesuatu projek.

• Jaringan atau gambarajah menunjukkan hubungan serta turutan berlakunya setiap kegiatan-kegiatan dalam projek tersebut.

• menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di
mana melaluinya masa terpanjang dikira

Yang manakah alat kawalan yang benar dengan merujuk maklumat diatas?

A. Carta Gantt

B. Belanjawan

C. Titik Pulang Modal

D. Carta PERT/CPM

©AP & A2P2 AP015 2021/2022

Anda mungkin juga menyukai