Anda di halaman 1dari 2

CERPEN : OREN

Kupasan Cerpen: Oren


Karya: Saifullizan Yahaya

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada
mulanya enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang
dan dijadikan sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren
terjawab juga apabila ayah memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa
lama kemudian, seekor kucing lain juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah
menimbulkan konflik kepada Oren. Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi
keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan sikap Oren yang berasa iri hati dengan
Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah ketiadaan Oren, ayah amat
berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi realitinya Oren telah
ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.

TEMA

Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan
Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara
binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang
sepenuhnya.

PERSOALAN

i. Hubungan baik antara manusia dan haiwan


Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-
dua kucing tersebut

ii. Konflik antara Oren dan Kelabu


Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan
membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan
Kelabu.

iii. Berkongsi minat yang sama


Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

NILAI
i. Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka
ii. Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya
iii. Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

PENGAJARAN

i. Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain
manusia.
ii. Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak
menganiayai orang lain,
iii. Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk
menjamin kesejahteraan dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai