Anda di halaman 1dari 19

Ketua Research & Development

Zulfadhli Talib (zul.byondsuccess@gmail.com)

Penulis

Zulfadhli Talib / Munira Abd Rashid / Fateen Nurillia

Editor
Zulfadhli Talib

Reka Bentuk Grafik

Amirul Hafis

Hak Cipta Terpelihara. Namun andai mahu share ilmu di media social, sila gunakan #ByondSuccess

Ebook ini diterbitkan oleh:

Byond Success Sdn Bhd (1113174-U)


85-1 & 85-2, Dataran DwiTasik,
Jalan Dwitasik 1,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras,Kuala Lumpur
PENDAHULUAN

Korporat bukanlah satu istilah asing bagi kita terutama bagi para
pengusaha bisnes. Dunia korporat seringkali digambarkan sebagai dunia bisnes
orang kaya, kemewahan, protokol, politik, formaliti, bangunan pencakar langit
dan lain-lain.

Malah dikaca televisyen juga sering memaparkan gaya hidup ahli-ahli


korporat melalui drama bersiri dan filem tempatan. Malangnya kita tidak
didedahkan dengan cara pengurusan bisnes gaya korporat yang betul.

Pengurusan bisnes gaya korporat merujuk kepada pengurusan syarikat


yang bersistem dan berstruktur. Ilmu urus syarikat seperti inilah yang kami
cuba kongsikan agar para pemilik bisnes dapat aplikasikan segala ilmu ini ke
dalam syarikat masing-masing agar perjalanan syarikat lebih tersusun lantas
berkembang pesat.
Kebanyakkan usahawan lebih cenderung kepada penghasilan duit dan
pendapatan syarikat. Namun, sistem pengurusan yang tidak stabil akan
mengakibatkan para pengusaha bisnes ini terpaksa membayar cukai
kebodohan yang tinggi berbanding membayar yuran kebijaksanaan.

Rahsia dunia korporat yang mempunyai legasi bisnes yang gah didalam
industi perniagaan bukanlah terletak kepada sejauh mana hasil pendapatan
syarikat. Kunci sebenar kelestarian sesebuah syarikat adalah terletak kepada
sistem pengurusannya yang teratur.

Pengurusan = proses rancangan, susunan, kawalan dan usaha kerjasama


antara ahli-ahli organisasi melakukan tugas dengan cekap dan berkesan bagi
mencapai matlamat sesuatu organisasi.

Perkara penting yang kita perlu tahu adalah bagaimana sesebuah


syarikat maju ini berfungsi. Bila kita tahu segala operasinya, maka kita akan
dapat kenal pasti segala sistem dan teknik yang diamalkannya.

Justeru, adakah kita bersedia untuk tahu lebih lanjut tentang dunia
pengurusan syarikat daya korporat.
DUNIA KORPORAT: 6 RODA PENGURUSAN

Perasan atau tidak watak-watak utama dalam kebanyakkan drama tv


membawa imej korporat dan kaya. Tugas mereka selalunya masuk ke pejabat
untuk kendalikan mesyuarat, sign cheque, membuat kerjasama antara syarikat,
mendengar presentation produk/tender.

Mereka juga digambarkan dengan kehidupan yang mewah seperti miliki


kereta mewah, rumah besar dan ada juga yang terpaksa kahwinkan anak demi
politik bisnes dan macam-macam lagi. Adakah sesebuah perniagaan realitinya
seperti itu?

Kesemua realiti yang kita lihat hanyalah berkonsepkan fizikal luaran atau
lifestyle dunia korporat. Dari sudut pengurusan perniagaannya pula, mereka
lebih cenderung kepada pengurusan yang bersistem dan berstruktur.

Kami bawakan kepada anda konsep 6 roda pengurusan yang mana telah
lama diamalkan secara sedar mahupun tidak sedar oleh kebanyakkan syarikat-
syarikat gergsasi dunia. 6 roda pengurusan ini terbahagi kepada dua dunia
iaitu:

+ Dunia buat duit


+Dunia urus duit
DUNIA URUS DUNIA BUAT
DUIT DUIT

DUNIA BUAT DUNIA BUAT


BISNES BISNES
Dalam 6 Roda Pengurusan Bisnes di Byond Success, bahagian di
sebelah kanan seperti marketing, sales dan operasi digelar sebagai dunia
buat duit dalam bisnes. Manakala bahagian disebelah kiri seperti admin, HR
dan finance digelar dunia urus duit.

Secara asasnya, orang-orang dalam dunia kiri berfikir secara logik,


analisis, data, akta dan nombor. Merekalah orang yang sediakan plan dan
strategi untuk melestarikan kestabilan syarikat. Tugas mereka lebih kepada
persediaan untuk kurangkan risiko yang besar bila sesuatu perkara buruk
berlaku dalam syarikat.

Orang-orang yang duduk dalam dunia kanan adalah lebih kepada cara
buat bisnes dan selalunya mereka sering bersangka baik dan bersikap
positif.

Mereka jarang merancang apa risiko dan perjalanan syarikat kerana


tiada masa dan hanya buat saja segala operasi syarikat selagi mana mampu.
Kebanyakan pemilik bisnes biasanya duduk dalam 3 department ini – sales,
marketing dan operation.

Sebab itu jangan persoalkan atau salahkan orang lain ke mana duit
kita pergi walau kita dah buat banyak duit dalam syarikat. Puncanya
department dalam dunia kiri itu sendiri pun kita tidak mahu ambil tahu.
Mengapakah bahagian-bahagian ini penting dalam pengurusan bisnes?
DEPARTMENT DALAM DUNIA URUS BISNES

#1 - Pentadbiran atau Administration

Dalam bab pengurusan pentadbiran, kita bukan saja mesti tahu kendalikan
jenis perniagaan yang kita daftarkan, malah kita wajib ada staff untuk
uruskan pelbagai dokumen utama yang terlibat seperti:

• Dokumen perjanjian.
• Dokumen perniagaan & syarikat
• Jadual tahunan
• Mesyuarat
• Laporan
• Surat menyurat urusan rasmi

Orang admin perlu peka dengan sebarang jadual, sering buka emel
untuk sebarang notification, belajar terima arahan daripada pihak
organisasi tertinggi dan tahu bagaimana nak sampaikan mesej kerana
admin merupakan pengantara maklumat antara pihak atasan dan pekerja
bawahan.
A D M I N

A D M I N
U A A N E
T T N V T

H A A E W

O B G N O

R A I T R

I S N O T

T E G R H

Y D Y

#2 - Sumber Manusia atau Human Resources

Bahagian sumber manusia atau human resource merupakan


bahagian yang bertanggungjawab dengan segala polisi dan proses yang
melibatkan pengambilan tenaga kerja baru dalam organisasi termasuk
buang pekerja lama.
Department HR lah yang paling penting kerana mereka yang uruskan
pelbagai kerenah staf dalam syarikat. Tugas mereka adalah bangunkan tim
dalam syarikat. Syarikat bakal berkembang apabila tim di dalamnya
berkembang.

Kerana itu kita sebagai majikan perlukan mereka memandangkan


staff adalah aset yang berharga dalam syarikat.

“You can take my factories, burn up my buildings, but give me my people


and I’llbuild the business right back again.”
- Henry Ford –

H U M A N

H U M A N

I P . D E
R G O V E
E R . I D
A M S S
D O
E R
#3 - Kewangan atau Finance

Laporan kewangan sentiasa ada di mana-mana. Termasuk bil makan


di restoran bersama networking yang juga dikira sebagai laporan kewangan
yang kita boleh claim dalam syarikat

Syarikat mampu berkembang saat kita tahu penyata kewangan


sebenar. Jika tidak, selama ini buat bisnes syok sendiri saja. Lama-lama tak
mustahil akan bankrap andai segala macam kos tidak diambil tahu.

Orang Finance akan susun laporan kewangan, buat semakan akaun


tahunan syarikat, sediakan maklumat pelabur dan peminjam untuk nilai
keuntungan syarikat dan lain-lain.
F I N A N C E

F I N A N C E
N U C E O V
I E N A
C M C
N O B O D T L
M E U R U
A
E R N O A
N T F L T
O E
C /
S R
I T A
A R U
E D C
L A
A I
M T S
H
P
L
A
N
#4 – Jualan atau Sales

Dalam perniagaan, department jualan merupakan nadi yang


menyelamatkan syarikat. Dengan hasil jualan, kita dapat tampung hampir
keseluruhan perbelanjaan syarikat. Hasil jualan yang tinggi mampukan
kukuhkan kedudukan syarikat untuk satu tempoh yang lama.

Tanggungjawab department sales adalah mencari pelanggan, menjual


produk dan perkhidmatan. Kelancaran jualan sesebuah syarikat adalah
bergantung kepada tuntutan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan.

Kalau bahagian finance merangka bajet tahunan yang perlu syarikat ada,
bahagian jualan pula perlu cuba untuk mencapai target jualan. Orang di
department sales yang akan buat jualan dan uruskan customer service.

#5 - Pemasaran atau Marketing

Department sales tak akan bergerak kalau tidak disokong oleh bahagian
marketing. Marketing yang bantu syarikat kita raih sales. Department
marketing yang bantu promote produk dan perkhidmatan syarikat kita.
Masih ingatkah iklan syampu Sunsilk yang dilakonkan oleh isteri Dato’
Aliff Syukri? Atau iklan sabun Trojan?

Bagaimana pula dengan iklan Fair and Lovely yang dilakonkan oleh Anne
Ngasri? Atau iklan syampu Herbal Essence (syampu kelapa dan orkid bagus
untuk rambut)?

Mesti ingat kan?

Sebenarnya itulah marketing. Tugas marketing adalah pastikan orang


ramai tahu akan kewujudan sesuatu produk atau perkhidmatan.

Orang marketing perlu ada idea-idea yang fresh untuk bantu tingkatkan
sales syarikat. Kita akan ingat sesuatu benda yang unik dan menarik. Benda
yang kita tidak jemu, kita akan suruh orang ulang dan ulang dan ulang lagi.
Kalau dulu, bidang marketing hanya berfungsi di radio, akhbar dan tv.
Tapi sekarang, media sosial juga dijadikan sebagai platform untuk luaskan
marketing produk dan perkhidmatan.

Sebelum mulakan sesuatu, marketing yang akan beritahu department


sales apa yang perlu dibuat dan bagaimana.

Department ini juga yang akan beri cadangan dan pandangan kepada
orang di bahagian jualan tentang harga dan promosi produk.

Bahagian marketing yang akan buat research and development (R&D),


strategi marketing. Mereka yang akan pantau pembangunan produk dan
perkhidmatan berdasarkan permintaan pelanggan.

Mereka akan selidik bagaimana syarikat lain pasarkan produk. Marketing


juga bantu department sales tetapkan harga jualan produk. Ia termasuklah
dalam memilih pemborong, pengedar dan peruncit.
#6: Operasi atau Operation

Kalau nak sistem bisnes kukuh, kena ada sistem operasi yang berkesan. Fungsi
department operation dan sales hampir sama, namun department ini yang
pastikan kelicinan perjalanan finance, sales dan marketing syarikat.

Tugas department operation terbahagi kepada tiga, iaitu:

Tingkatkan jualan

Kendalikan unit-unit Laksanakan


pengeluaran barang & strategi operasi
perkhidmatan

Department operation yang akan tentukan target dan pantau


perkembangan sales. Operation juga bekerjasama dengan department sales
dan marketing untuk tentukan sales produk dan perkhidmatan.
Department ini juga yang pastikan objektif sales tercapai. Langkah pengurusan
yang operation amalkan adalah seperti:

Perancangan

Penyusunan

Pengarahan

Pengawal
KESIMPULAN

Alhamdulillah dan tahniah anda berjaya habiskan baca Ebook Sebalik


Tabir: Urus Bisnes Gaya Korporat. Kini, tiba masa kita praktikkan ilmu dalam
ebook ini terhadap syarikat kita pula. Oleh itu, kami doakan kita semua berjaya
capai apa yang dimahukan.

Salam success!
Jika anda serius nak dapatkan kebebasan masa sebagai owner
bisnes dan boleh bercuti dengan tenang tanpa risau operasi bisnes
terganggu,

...anda WAJIB hadir ke program Advanced My Document dan ketahui


11 rahsia pengurusan syarikat khas untuk owner bisnes yang nak
kembangkan dan 'automate' bisnes dengan mudah dan sistematik.

Klik sini untuk daftar sekarang

Anda mungkin juga menyukai