Anda di halaman 1dari 4

1.

0 RINGKASAN ARTIKEL JURNAL

Artikel “Persepsi Masyarakat Terhadap Program Kelas Pengajian Agama di Masjid

dalam Jajahan Kota Bharu, Kelantan” ini ditulis oleh Ramly Che Hussin dan Wan

Mohammad Ubaidillah Wan Abas daripada Open University Malaysia, Kelantan

Learning Centre. Artikel ini bertujuan untuk merungkai dan meninjau persepsi atau

tanggapan masyarakat terhadap pelaksanaan kelas pengajian agama di institusi masjid.

Melalui arikel ini juga dapat melihat secara jelas beberapa persepsi masyarakat

terhadap kelas pengajian agama di institusi masjid.

Penulis menggunakan kaedah kuantitatif sebagai metodologi utama dan disokong

oleh kaedah kualitatif sebagai metodologi kedua dalam proses pengumpulan data di

lapangan untuk mengenalpasti permasalahan persepsi dan salah tanggapan masyarakat

terhadap program kelas pengajian agama di institusi masjid. Bagi mendapat hasil yang

lebih baik, penulis telah mengaplikasikan teori yang biasa digunakan dalam

penyelidikan iaitu jumlah sampel yang besar terhadap dapatan hasil kajian bagi

mengurangkan ralat persampelan. Oleh itu kajian ini melibatkan populasi yang besar

iaitu semua ahli jemaah masjid-masjid dalam Jajahan Kota Bharu, Kelantan seramai

302 orang responden, 213 daripadanya adalah lelaki manakala selebihnya adalah

perempuan.

Penulis juga menerangkan tentang peranan masjid yang bermula dari zaman

Rasulullah SAW dahulu lagi. Peranan masjid iaitu sebagai pusat pengajian

sememangnya tidak boleh disangkal lagi, bukan sahaja ilmu islam malah juga tempat

penyebaran ilmu yang lain juga. Walaupun bergitu, semenjak bermulanya era

penjajahan British di Tanah Melayu pada abad yang ke 19 masihi telah membawa

perubahan kepada system penyebaran ilmu di Tanah Melayu. Pihak penjajah British

telah memperkenalkan dua jenis sistem Pendidikan yang bebeza iaitu sistem

1
pendidikan Islam dan sistem moden yang berasaskan kurikulum barat. Keadaan ini

terus berubah setelah institusi sekolah dan madrasah telah diperkenalkan. Institusi ini

telah mengambil alih fungsi masjid yang dahulunya sebagai pusat pendidikan dalam

masyarakat Islam. Impak daripada adanya sistem pendidikan dan tempat pengajian

yang baharu memberi kesan kepada instiusi masjid sebagai pusat pendidikan. Oleh

disebabkan adanya sistem pendidikan yang baru juga menyebabkan fungsi masjid tidak

lagi meluas, malah hanya tertumpu kepada penyebaran ilmu agama sahaja.

Penulis telah melakukan beberapa kaji selidik terhadap pandangan masyarakat

mengenai fungsi masjid sebagai pusat ilmu. Pelbagai latar belakang responden juga

telah diambil berat dalam kajian yang dilakukan oleh penulis bagi mendapat hasil yang

lebih tepat. Hasil dapatan daripada kajian ini menunjukkan hasil yang positif, lebih

50% responden percaya pengurusan masjid kini berada diurus dengan baik dan telah

dapat menarik ramai jemaah daripada pelbagai latar belakang dan peringkat umur.

Hasil kajian juga menunjukkan banyak ilmu yang diajar di masjid lebih bertumpu

kepada ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Antara faktor lain yang membantu daya

tarikan masjid ialah kebekesanan iklan yang kreatif, kebekesanan ilmu yang diajar di

masjid dalam melahirkan masyarakat yang baik. Terdapat lebih 50% responden

berpendapat daya tarikan yang kreatif dapat menarik minat dan keinginan penduduk

untuk datang ke masjid.

Seterusnya ialah penyediaan makanan dan minuman juga menjadi daya tarikan

masyarakat ke masjid, walaubagaimana pun terdapat 20% responden kurang setuju

dengan cara ini. Terdapat juga banyak masjid yang tidak dapat menyediakan juadah

makanan dan minuman kerana sumber kewangan yang terhad, lebih-lebih lagi masjid

yang berada di Kawasan terpencil dan di luar bandar. Penyusunan jadual kuliah yang

teratur juga menjadi daya tarikan yang baik kepada masjid, ini kerana ia dapat

2
memudahkan penduduk setempat untuk mengikuti kuliah mengikut waktu yang dirasa

sesuai.

Melalui kajian ini juga dapat kita lihat tenaga pengajar yang mengajar kuliah di

masjid mempunyai daya tarikan yang tersendiri, selain daripada gaya penyampaian dan

bahasa pengantar yang mudah difahami, lebih 42% daripada responden bersetuju

penceramah kite berkebolehan mengunakan alat teknologi seperti labtop dan LCD bagi

membantu sesi pengajaran dan pembelajaran di masjid menjadi lebih kreatif. Sesi soal

jawab yang telah diadakan ketika majlis ilmu juga dapat membantu penduduk

memahami persoalan yang terbuku dan menarik minat mereka untuk datang ke kuliah.

Melalui artikel ini penulis berkongsi maklumat dan bukti mengenai situasi dan

fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa kini. Beliau memfokuskan

kembali kajian terhadap pentingnya fungsi masjid itu sendiri serta penambahbaikkan

yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi keberkesanan dan daya tarikan terhadap

penyebaran ilmu di masjid. Penyebaran ilmu yang menyeluruh, penyusunan jadual

yang baik, penyampaian dan daya tarikan yang kreatif amatlah penting dalam menarik

minat masyarakat untuk lebih mendekati masjid.

Artikel ini membawa tujuan untuk memberikan maklumat yang lengkap kepada

kita berkenaan fungsi dan keadaan masjid pada masa kini. Penerimaan masyarakat di

malaysia mengenai fungsi masjid masih lagi tidak mendapat sambutan yang hebat

seperti zaman dahulu. Namun begitu, perubahan demi perubahan dilihat

mempengaruhi penerimaan masyarakat mengenai fungsi masjid dan masyarakat mula

didedahkan maklumat tentang kecelaruan ini dengan lebih lengkap. Hal ini

menyebabkan masyarakat di Malaysia mula sedar dan mengubah norma masyarakat

Malaysia yang biasa. Sebagai contoh, terdapat lebih 50% daripada responden yang

mengikuti kajian ini mempunyai pendapat yang positif bahawa cara daya tarikan yang

3
baharu dan kreatif diguna pakai oleh pihak masjid pada masa kini dapat menarik minat

mereka. Hal ini menunjukkan kesedaran masyarakat Malaysia terhadap fungsi dan

kepentingan masjid semakin meningkat.

Kesimpulannya, kesalahpahaman serta kekurangan daya tarikan terhadap institusi

masjid dapat diatasi dengan menunjukkan imej yang baik dan cemerlang. Kelemahan

ini juga dapat diatasi dengan adanya kerja sama antara semua pihak, terutamanya para

pentadbir masjid, mereka perlulah sentiasa berusaha untuk menambah baik institusi

masjid serta memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada. Program kelas

pengajian agama di masjid amatlah penting bagi melahirkan masyarakat yang

berkualiti termasuk aspek-aspek kerohanian, fizikal dan material.

Anda mungkin juga menyukai