Anda di halaman 1dari 283

TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

1
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

ERISH

TENGKU FIRAS:

MY FOREVER LOVE

2
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

EBOOK CETAKAN NOVEMBER 2023

(EBOOK)

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari


terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk
tanpa kebenaran penulis terlebih dahulu.

Segala watak yang terdapat dalam cerita ini


hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan
dengan yang hidup ataupun yang telah mati.

PENERBIT

ERISH

3
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 1

BUNGA daisy di sebelah kanan, bunga ros


disebelah kiri. Huh, susahnya pilihan kali ini!
Dua-dua kegemaran dia!

Kedai bunga yang telah menjadi


kesukaannya sejak dia belajar di UiTM itu,
hari-hari dijejakkan kaki. Penuh bunga! Bunga
lain tak ambil perhatiannya langsung, tapi dua
bunga ini, lain.

"Sudah-sudahlah pandang bunga tu. Tak


pasal-pasal bunga tu ingat dia bogel."

Suara garau yang kedengaran dari


belakang, terus membuat dia tersentak. Gadis
itu beralih badan memandang ke belakang dan
dia mengeluh lega. Dahlah dia ponteng kelas,
gamaknya dia ingat tadi lecturer! Punca utama
4
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

dia ponteng sebab dia tahu dia dah terlambat.


Punca kedua, sebab kedai bunga kegemaran
dia ini. Kalau orang suruh pilih antara bunga
atau makanan, bunga for life!

"Kau ni memang suka sergah orang ke?"


Gigi diketap dan jambak bunga daisy itu laju
saja hinggap pada lengan jejaka tegap di
hadapannya.

"Kau tu yang pandang bunga tu semacam.


Orang syak kau mencuri nanti, Dayang."

"Eh, aku ada duitlah."

Sakit hati! Geramnya cakap dengan Tengku


Firas, anak Dato' Adhan. Suka sangat sindir
orang. Tahulah dia tu anak orang kaya, kita ni
budak kampung saja. Taraf bagai langit dengan
bumi.

5
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Duit kau tu banyak mana...?" Kening


dijongket dan tubuh dipeluk.

"Banyak ni!"

Dayang tolak kedua-dua jambak bunga di


tangan ke dada Firas. Dia senyum mengejek
sebelum melangkah beredar dari bayangan
jejaka itu. Firas sudah buat muka, berlapis
dahi sebelum wajah tampan itu mengeluarkan
bersin yang kuat.

"Dayang!" Dan dia bersin lagi. Mentang-


mentang aku ni tak boleh bau bunga, kau
balas dendam macam tu saja?

Dayang pegang bunga mawar yang dia


capai tanpa sebab. Ditatapnya lama dan dia
mengeluarkan keluhan berat. Dia benci betul
melihat wajah Firas yang angkuh! Terlalu
angkuh! Menjadi kegilaan ramai sebab harta

6
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

saja. Lepastu suka sangat sindir Dayang yang


hanyalah perempuan kampung. Yelah, dia tiba
di bandar untuk menuntut ilmu, tapi kehadiran
Firas benar-benar buatkan dirinya tercabar.

Jujur dari hati, dia pernah jatuh suka pada


Firas. Tapi melihatkan taraf mereka, kelakuan
Firas terhadapnya, hatinya tertutup untuk
Tengku Firas. Tidak sepenuhnya tetapi dalam
proses. Muktamad!

Dompet yang nipis diraba-raba. Aduhai,


sedihnya tengok dompet koyak ni. Kalau ada
duit syiling, mahu tercicir berterabur saja.
Niatnya untuk membeli sejambak bunga daisy
tadi terus terbatal. Punah harapannya tengok
hanya ada dua keping RM50 dalam dompet.
Tak ada orang nak hadiahkan, hadiahkan diri
sendiri sajalah.

7
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Lutut dilembutkan melangkah keluar dari


kedai. Biarlah buat hari ini dia tak dapat
tepati janji pada diri untuk beli bunga daisy.
Tengok bunga pun dah buat hati dia bahagia
sebernanya.

"Dik!"

Suara seorang wanita berbangsa cina dari


kaunter membuatkan langkah Dayang terhenti.
Siapa lagi dipanggil kalau bukan dia? Hanya
dia dan wanita berbangsa cina itu saja ada
dalam kedai ni. Sosok tubuh Firas jauh sekali
dia mahu lihat. Tak nampak langsung. Dah
pergi gamaknya.

Dayang berpaling dan wanita yang


kelihatan lebih tua darinya tiga hingga empat
tahun itu tersenyum dihadapannya. Dia
hulurkan sejambak bunga daisy. Laju saja dahi
Dayang berlapis.
8
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Itu boyfriend kamu suruh bagi."

Semakin berlapis dahi gadis jelita


bertudung bawal itu. Firas? Boyfriend? Ugh!

"Huh? Boyfriend?" Dia geleng dengan


gelak tawa gementar.

"Itu tadi... Lelaki sama kamu itu bukan


boyfriend ka? Dia suruh bagi kamu. Katanya
cakap saja boyfriend bagi."

Sungguh! Tak biasa dia bercakap dengan


orang berbangsa cina. Susunan ayat wanita itu
dia cuba fahamkan. Selepas beberapa detik, dia
kembali senyum tipis.

"Tapi saya tak beli."

Wanita itu terus geleng laju, menafikan


kata-kata Dayang.

"Boyfriend kamu sudah bayar."

9
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Okay, first of all, boleh tak dia ni berhenti


cakap Firas tu kekasih Dayang? Secondly, dah
kenapa lelaki yang suka sindir dia tu nak bagi
bunga pula? Thirdly, jaminan pada diri
Dayang, pasti ada sesuatu yang harus dibayar
jika dia terima bunga ini. Huh, ingat Dayang
ni bodoh sangat ke?

"Tak apa lah. Simpan saja bunga dan duit


yang sudah dibayar."

Balasnya penuh kelembutan. Hatinya


berkeras tak nak terima bunga itu. Kalau
orang lain bagi, mungkin dia terima. Jika Firas
yang beri, jauh sekali dia terima. Kemungkinan
besar, dia pijak-pijak saja bunga tu depan
muka Firas.

Baru saja Dayang mahu buka langkah,


lengannya dicapai laju.

10
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Jangan buat saya serba salah lah... Ambil


saja... Ini sudah dibayar punya..." Bebel wanita
itu dan Dayang pandangnya lama. Aduhai,
kenapalah dia buat aku serba salah pula?

Tangan dihulurkan, menerima huluran


wanita itu. Huh, langsung tak ikhlas menerima.
Sungguh!

"Thank you ya."

Senyuman diberikan dan wanita itu angguk,


memberi ruang kepada Dayang untuk beredar.
Langkah Dayang dibuka sambil matanya masih
menatap bunga daisy di tangan. Kad yang
ditampal laju saja dia buka. Serentak kakinya
melangkah keluar dari kedai bunga.

"Kau patut bersyukur..."

Suara garau yang dia paling benci itu


kedengaran dekat dengannya. Dia toleh ke

11
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

kanan dan terlihat Firas selamba bersandar


pada dinding kedai bunga tersebut dengan
tangan di dalam poket seluar.

Tangan dikeluarkan dan terus dia peluk


tubuh. Kakinya yang panjang itu melangkah
merapati Dayang yang masih memegang
sejambak bunga daisy dengan kedua-dua
tangannya. Serta-merta jejaka itu berhenti di
hadapannya, memandang Dayang dengan
pandangan tajam.

"Aku masuk kedai bunga ni sebab nak


belikan bunga daisy untuk kau. Kau tak rasa
serba salah ke buat hidung aku ni merah?"

Dia tunding kepada dirinya dan Dayang


menggulingkan mata. Diangkat bunga daisy itu
ke atas sekilas.

12
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Thanks untuk ni. Dan aku tak pernah


minta pun untuk kau belikan." Serentak itu
langkahnya beredar dari diri Firas.

Firas pandangnya bayangan Dayang yang


semakin menghilang dan rahangnya diketap.
Senyumnya sinis dan dia berdecit perlahan.
Dia geleng perlahan, tak sangka Dayang tak
pandang lelaki kegilaan ramai ini?

"Mana mungkin kau boleh tolak aku,


Dayang. Once kau dalam genggaman, aku
takkan lepas."

Dayang melangkah sambil matanya


membaca sepatah demi sepatah perkataan di
atas kad yang ditampal. Terhenti langkahnya.
Hari ini, kelakuan Firas semakin pelik.

"Library tonight atau rumah kau jadi


destinasi aku malam ni."

13
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Huh! Sekali lagi! Kena ugut. Itu perkara


biasa. Tapi hari ini makin melampau. Pagi
tadi, ada bungkusan makanan tiba di rumah
sewanya. Tengah hari, Firas salahkan dirinya
tentang kesalahan yang Dayang sendiri buat.
Petang ini pula Firas berikan sejambak bunga
berserta kad ugutan. Malam pula, apa jadi
gamaknya?

"Ingat aku takut ke? Lantak kau lah,


Firas."

Mulutnya mula membebel. Sungguh,


berkawan dengan Firas ni buat tambah dosa
saja. Dosa mengutuk!

14
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 2

JARI bergilir-gilir menghentak meja


dengan perlahan. Buku yang jelas highlight
kata-kata manis terus ditutup erat. Niatnya nak
beritahu sesuatu melalui buku ini pada Dayang
tetapi melihatkan tiada bayangan gadis itu,
hatinya panas membara. Betullah, Dayang
langsung tak pandang hartanya. Semua orang
mahukan dia kerana harta tapi bukan bagi
seorang Dayang Dahani.

Tangan kiri tak habis-habis mengusap bibir


merahnya sendiri. Mata mengerdip beberapa
kali. Senyuman tipis terukir.

"Kau main gila dengan aku, Dayang."

Dia geleng perlahan dan leher digosok


kasar.
15
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

“Kau tak kenal lagi siapa Tengku Firas.”

Tangan kanan digenggam sebelum dirinya


yang tegap itu bangun dari terus duduk,
menunggu ketibaan Dayang.

POPCORN tidak habis dikunyah dari


petang tadi. Fuh, jadi kegemaran dia betul
sejak duduk bandar ni. Jauh sekali jajan yang
biasa dimakan remaja zaman sekarang. Balang
popcorn tu gamaknya lebih tiga balang dekat
dapur. Balang ini saja dah nak habis
sedangkan baru buka petang tadi. Mata pula
tidak henti menatap drama korea di TV
jenama Samsung itu.

16
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Huh, sweet betul Lee Do-Hyun ni. Tak ada


ke putera raja nak lamar aku? Manalah tahu
bawa berkat untuk keluarga di kampung.

Guruh yang kuat membuat dia sedikit


terperanjat. Aduhai, kuat betul guruh. TV,
jangan buat hal. Tengah syok tengok ni!

Hujan yang lebat langsung tidak


diendahkan. Apa lagi dia nak buat? Assigment
dah siap, solat pun sudah. Bilik saja bersepah.
Biarlah, dia seorang saja hidup dalam rumah
ni.

Nana? Jangan ditanya. Dia memang suka


balik kampung. Sewa rumah dengan Dayang
tapi jauh sekali mahu duduk bersama.
Seminggu tu gamaknya dua hari saja dia
tinggal di rumah sewa ini. Entah apa motif
dia bayar sewa rumah.

17
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Pintu diketuk perlahan membuatkan anak


mata gadis itu beralih laju ke arah pintu
rumah. Aduhai, Nana ni tak bagitahu pula nak
balik. Tahulah kunci tak reti nak bawa. Ini
yang nak kena bebel ni, kau sabar.

Balang dibiarkan terbuka dan diletakkan di


atas meja. Dirinya yang bersila di atas sofa
empuk itu laju saja bangun dan melangkah
mendekati pintu rumah. Tak henti pintu
diketuk.

"Sabar, Nana. Kau jangan sampai aku


biarkan kau tidur depan rumah." Bebelnya
seorang diri sebelum pintu rumah dibuka
dengan kasar.

Melihat sosok tubuh badan seorang jejaka


membuatkan Dayang sedikit tersentak. Grill
pula dipandang. Aduhai, dah dibuka. Itulah,
Dayang... Orang dah kata kunci grill, kau suka
18
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

sangat kunci tengah-tengah malam. Tengok,


tangan gatal mamat kepala senget ni dah buka
grill macam ni rumah dia pula. Nasib dia
pakai hoodie hari ni, senang sikit nak tutup
aurat di kepala ni!

"Firas...?"

Melihatkan baju yang dipakai sudah basah


kuyup membuatkan Dayang sedikit risau.
Rambutnya juga basah teruk. Hujan-hujan ni,
datang juga si Firas. Gila betul mamat ni.

Tapi… Macam mana Firas tahu rumah


Dayang?

Rambut dibetulkan dan tangannya laju saja


diletakkan di pintu rumah Dayang. Senyuman
sinis kelihatan jelas terukir.

"Aku dah kata, Dayang. Jangan main gila


dengan aku. Aku tunggu kau macam orang

19
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

gila kat library. Kau nak aku tunjuk macam


mana aku jadi gila?"

Ugutnya perlahan dan Dayang menelan air


liur. Psiko!

"Pergi baliklah, Firas. Tengah-tengah malam


ni, tak manis orang tengok."

"Kau memang tak ada rasa serba salah


dekat aku kan, Dayang? Dari siang tadi, kau
sikit pun tak berterima kasih pada aku. Kalau
bukan sebab kau, aku tak basah kuyup tau."

Diungkit! Ya, itulah Firas yang dia kenal


selama ini. Suka ungkit kesalahan Dayang.
Dengan orang lain, baik saja. Huh, benci!

"At least, bagi aku masuk. Tea?"

Kening dijongket dan Dayang peluk tubuh.


Hatinya tak benarkan Firas masuk. Dia kisah
apa Firas basah kuyup? Kalau orang lain, dia
20
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

kasihan. Tapi Firas, jauh sekali mahu beri


simpati.

"Diam tanda setuju."

Laju langkah jejaka itu masuk ke dalam


rumah. Dayang yang ditolak tadi terus
tersandar pada pintu rumah. Terbeliak matanya
melihat tindakan Firas tadi, mahunya kena
tangkap basah macam mana?

"Keluar, Firas. Kau tak malu ke masuk


rumah anak dara orang?" Serta-merta suara
keras itu kedengaran.

Firas yang tidak mengendahkan itu


langsung duduk di atas sofa empuk. Jaket
yang basah tadi dibuka. T-shirt berwarna hitam
yang dipakai kelihatan basah habis! Nak
kasihan tapi... Lantak kau lah kalau kau
demam.

21
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Kau cuba layan tetamu tu baik sikit. Aku


datang cara baik ni."

Senyuman masih terukir. Jelas, bukan


senyuman ikhlas, malah senyuman sindiran.

"Tak, aku tak akan layan kau baik selagi


kau tak keluar."

"Habis tu? Kau nak aku buat apa kalau


aku tak keluar."

"Aku call polis." Selamba dia membalas.

Laju saja mereka membahas antara satu


sama lain. Oh, iyalah. Firas adalah pelajar law.
Berbahas itu celah gigi saja bagi dia. Dayang
pula, berbahas itu adalah bakat turun-temurun.
Gamaknya arwah moyangnya juga suka
berbahas dengan suami dulu.

"Aku nak pergi tandas lah, Dayang. Tandas


mana?" Dia bangun dengan keluhan berat.
22
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dayang sudah berlapis dahi. Ya Tuhan,


kenapa Kau hadirkan hamba-Mu yang seorang
ini padaku? Rasa nak sepak saja Firas keluar
dari rumah.

"Tandas rosak."

Wajah Firas berubah serta-merta. Dayang


pandangnya tanpa sedikit pun rasa kasihan
memang menggugat hati seorang Tengku Firas.

"I need to pee."

Selamba dia membalas membuat Dayang


mengeluh berat. Penatlah berbahas dengan dia
ni, lantaklah!

"Tandas dekat dapur tu rosak. Ada satu je


tandas."

"Dekat mana? Kau bagitahu, aku pergi


saja."

23
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Melihatkan ketidakselesaan Dayang, Firas


berubah fikiran. Huh, wajah Dayang yang
tenang itu sungguh buatkan Firas gila bayang.

"Bilik aku."

Jejaka yang tadi sedang sibuk melipat jaket


terus memandang Dayang laju. Bilik Dayang?
Fuh, gila!

"Tandas dapur apa yang rosak?" Bagai


cuba mengelak dia membalas.

"Air tak keluar, jamban tak boleh flush."

Wah... Memang tak dijejak kakilah


gamaknya si Firas ni.

"Bilik kau tak ada apa, kan?"

Risau pula jika ada kawan Dayang dalam


tu. Mahunya kena fitnah nanti!

"Tak. Kawan aku balik kampung.


Masuklah."
24
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dayang selamba berkata dan tundingkan


jarinya pada sebuah bilik di tepi rak buku
besar itu. Firas angguk sebelum buka langkah
ke bilik Dayang. Melihat wajah pucat Firas
tadi, dia risau Firas benar-benar memerlukan
tandas. Terpaksalah dia beri peluang pada
Firas. Ikutkan hati, tak mahu!

Teringat akan biliknya yang bersepah, baju


kotor yang disepuk di belakang pintu... Ha
sudah!

"Firas!"

Dia lari sekuat hati ke bilik miliknya itu.


Dalam hati berharap Firas tak tengok bilik
sepahnya. Huh, anak dara bilik sepah!

Tiada siapa di dalam bilik, Dayang tepuk


dahi sendiri. Firas dah masuk tandas lah tu.

25
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Bilik memang sepah, gamaknya Firas sumpah


seranah bilik ni tadi.

Laju tangan lembut gadis itu mencapai


semua barang-barang yang berterabur. Ada
yang diletakkan dalam almari, bawah katil,
laci. Tak lupa baju kotor dimasukkan ke dalam
laundry bag.

Bunyi flush dari dalam bilik air


membuatkan Dayang tegakkan pandangan.
Pintu bilik air dibuka dan sosok tubuh tegap
Firas kelihatan tersentak dengan kehadiran
Dayang di dalam bilik.

"Kau nak apa-apakan aku ke?" Tanya Firas


tanpa menapis. Sengaja dia berpura-pura takut
seakan-akan Dayang nak datang terkam dia
pula.

26
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Bantal yang dipegang laju saja dibaling


pada tubuh sasa itu. Ketawa Firas kedengaran
kuat, sengaja mengusik Dayang.

"Keluarlah, aku nak kemas."

"Baik, bos." Firas tabik. Sekilas itu


kakinya melangkah keluar dari bilik milik
Dayang. Setapak, dua tapak, tiga tapak.

"Dayang..." Suara Firas kedengaran dan


Dayang mengeluh berat. Apa lah lagi mamat
sewel ni nak?

"Apa dia?"

Laundry bag dihempas ke lantai. Dayang


buka pintu seluas mungkin dan pandang tubuh
Firas yang kaku tidak jauh dari biliknya. Dia
mendekati dan tak sempat ditegur, matanya
tangkap beberapa sosok tubuh berjubah di
hadapan rumah.

27
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas, semua salah kau!

28
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 3

"FIRAS, benda ni berpunca dari kau!"

Nafasnya laju memandang Firas. Hatinya


panas! Diberi dua pilihan. Kahwin atau bayar
denda. Kedua! Ya, dia pilih yang kedua.
Pilihan kali ini lebih senang dari memilih
bunga.

"Kau yang rancang, kan? Apa yang kau


tak puas hati dengan aku, Firas? Kau sengaja
datang rumah aku, call Jabatan Agama Islam,
fitnah aku!"

Tuduhnya melulu. Hatinya tak tenang


selagi tiada jawapan dari Firas. Semua ini
mimpi! Mana mungkin dia ditangkap khalwat
dengan Tengku Firas!

"Jawablah, Tengku Firas!"


29
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dada Firas ditolak kasar. Mata Firas yang


menatap dinding tadi laju saja beralih
memandang Dayang. Tajam pandangannya.

"Bukan aku lah!" Keras suaranya. Tegas!


Muktamad! Bukan dia yang buat!

"Kalau bukan kau, bayar denda. Semua ini


berpunca dari kau!"

Kepala didongak memandang Firas.


Matanya menahan air mata dari gugur. Kalau
abah dan umi tahu, tak terbayang hancurnya
hati kedua orang tua itu di kampung.
Menjangkakan anaknya menuntut ilmu, tiba-tiba
ditangkap khalwat.

"Aku budak kampung, Firas. Aku datang


bandar untuk menuntut ilmu. Duit makan pun
tak cukup, kau jangan harap untuk aku bayar

30
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

denda. Cukuplah benda ni tak diketahui oleh


keluarga kita."

Dayang berundur setapak, menundukkan


pandangan dan keluhan berat dikeluarkan. Firas
pandang Dayang dengan penuh kelembutan.
Wajah yang bengang tadi berubah menjadi
tenang. Wajah seorang jejaka berjubah yang
sedang duduk memandang mereka terus
dipandang sekilas dengan mata cantik milik
Firas.

"Kami takkan bayar denda. Saya akan


kahwin dengan dia tapi cukup hanya saya, dia
dan saksi sahaja yang tahu."

Dan Dayang pandang Firas laju. Air mata


yang ditahan gugur serta-merta. Firas pandang
Dayang perlahan dan laju dia tundukkan
pandangan. Ungkapan yang dikeluarkan dari
mulut sungguh tak disangka.
31
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

TUBUH Dayang yang terbaring di dalam


bilik ditatap perlahan. Firas tundukkan
pandangan dan senyuman sinis terukir. Dia
memandang Dayang kembali dan riak
wajahnya berubah.

Beg beroda itu laju saja dia masukkan ke


dalam bilik. Dayang yang mendengar itu terus
dia duduk, memandang kehadiran Firas tanpa
sebarang riak.

"Aku tidur sini. Rumah aku ada kawan-


kawan aku. Tak manis bawa kau balik sana."

Dayang angguk dan telefon yang dipegang


terus ditatap. Mesej dari keluarganya dipandang
sayu. Apa perasaan mereka jika tahu perkara
sukar dibayangkan ini terjadi?

32
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas pandang Dayang lama. Bengang


apabila kata-katanya tak dibalas walaupun
sepatah.

"Apa lepas kahwin kau bisu ke? Tak boleh


cakap?" Sindir Firas.

Dayang mengeluh berat. Ya Tuhan, tak


pernah dia terbayang tentang isu semalam.
Kahwin dengan cara kotor? Jauh sekali dari
bayangan Dayang.

"Saya nak cakap apa? Awak nak buat apa,


buatlah."

Gelaran diubah. Serta-merta Firas pandang


wajah Dayang yang sayu memandangnya.

Apa-apa jadi, Firas suaminya. Dia perlu


hormat Firas sekurang-kurangnya. Jika ini
takdir Tuhan, dia terima. Tapi mana mungkin
dia biarkan ibu bapanya di kampung. Apa nak

33
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

jadi, jadilah. Tapi dia kekal berdoa agar Razak


dan Nor tidak tahu tentang apa yang jadi di
bandar.

"Kau ada bagitahu siapa-siapa tak?"

Dayang geleng.

"Saya tak nak bagitahu siapa-siapa."

Firas senyum sinis. Bercekak pinggang


jejaka itu dibuatnya.

"Sampai bila kau nak sorokkan?"

"Sampai bila-bila."

"Habis tu kau nak kahwin dua? Aku suami


simpanan. Lelaki yang kau kahwini tu suami
diketahui ramai. Wah..."

Firas ni satu saja perangai paling Dayang


menyampah. Menyindir! Apa yang best sangat
menyindir? Tak reti jaga hati orang ke?

34
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"One day awak akan lepaskan saya juga.


Sekarang saya hormat awak sebab awak suami
saya. Full stop, Tengku Firas."

Tegas suaranya dan Firas gelak sinis. Dia


geleng perlahan, haih... Baru kahwin dah cakap
tentang lepaskan isteri?

"Dayang..." Dia sandarkan bahunya di


dinding bilik.

"Satu hal kau tak tahu pasal aku... Apa


yang aku nak, aku akan dapat. What's mine is
mine. Forever mine."

Dayang pandangnya perlahan, memahami


apa yang dia cuba sampaikan.

"Kau adalah hak aku, tanggungjawab aku.


Aku tak kira. Aku tak pernah deal dengan kau
untuk lepaskan kau. Tengku Firas bukan
manusia yang suka pakai buang."

35
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Sengaja walaupun ia benar. Tengku Firas


yang ada dalam dirinya bukan sekejam itu.
Dia tahu perangai dia kejam tapi tak sekejam
apa yang dianggap Dayang a.k.a isteri sah
Tengku Firas.

"Aku akan bagitahu mommy daddy. Aku


akan bagitahu semua orang termasuk keluarga
kau. Tapi bukan sekarang."

Sejadah yang terlentang di atas lantai


diangkat, dilipat dengan kasar.

Apa dia kata, semua itu benar. Tapi jauh


di sudut hati, dia hanya mahu dengan
perbahasan Dayang. Rindu gamaknya suara ayu
yang suka cari gaduh dengan dia tu.

Dayang senyum tipis. Mengangguk


perlahan sebelum letakkan tangan di dada.
Orang tuanya membesarkan dia dengan penuh

36
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

didikan agama. Jatuh hati itu tidak salah, yang


salah apabila bermaksiat. Sungguh, biar Tuhan
saja jadi saksi kejadian semalam. Tiada niat
walaupun sedikit untuk ditangkap khalwat
dengan Firas.

Ya, dia mengaku. Firas adalah lelaki


pertama yang dia jatuh hati apabila jejak saja
kaki di UiTM ini. Kelakuan Firas yang baik
dan humble pada semua orang membuatkan dia
jatuh hati mendadak. Tapi lain pula layanan
Firas pada dirinya. Mungkin juga kerana dia
adalah perempuan dari kampung... Begitu
angkuh anak orang kaya yang seorang ini.

Pernah jatuh hati. Dia tiada orang lain di


hati buat masa sekarang. Tak salah untuk jatuh
hati, lebih-lebih lagi pada suami sendiri,
bukan? Dari dia terus melawan kata suami,

37
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

baik dia biarkan saja dirinya jatuh pada Firas.


Apa yang jadi ada hikmah, percayalah.

"Saya terima apa saja awak cakap. Saya


tak ada hak untuk melawan lagi. Dayang yang
awak kenal semalam dan hari ini adalah
berbeza. Kalau dulu kita berkawan, mungkin
saya akan berbahas. Tapi hari ini kita dah
tukar status. Malang sekali, Tengku Firas.
Anggapan awak bahawa saya akan berbahas,
jauh dari hati."

Dan Firas tergamam. Tahu-tahu saja


Dayang ni. Macam mana gamaknya Dayang
tahu bahawa Firas sebernanya mahu cari
gaduh? Smart.

"Aku tak ajak berbahas. I'm telling you the


truth, Dayang Dahani."

38
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Dan saya pun cakap benda yang benar,


Tengku Firas."

Mata mereka bertemu. Dayang senyum


tipis sebelum tubuhnya bergerak, berdiri
menghala ke tandas biliknya.

"Sejujurnya aku cakap, Dayang..." Mata


Firas memandang sejadah yang dilipat. Suara
garaunya serta-merta menghentikan langkah
Dayang sebentar tadi.

"Aku berniat untuk buat kau takut pada


aku. Ya, aku gila. Aku gila semalam sebab
datang rumah kau. Tapi jauh di sudut hati,
aku tak pernah terbayang untuk ditangkap
khalwat dengan kau."

Firas pandang Dayang dengan penuh


kelembutan walaupun Dayang belakangkan
suaminya. Bagi Firas, Dayang miliknya. Apa

39
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

yang dia mahukan sudah tercapai walaupun


dengan cara kotor. Jika Dayang
menghormatinya, kenapa dia tak mampu
berlembut dengan si isteri.

Firas mengangguk lemah dan senyum tipis.


Jujur dari hati, Dayang telah ambil hatinya
sejak Firas menyedari kelakuan Dayang yang
lain daripada wanita lain. Dayang yang
sentiasa mengelak darinya, benci padanya,
tidak hiraukannya. Kelakuan Dayang yang suka
berbahas itu membuatkan Firas lebih jatuh
suka. Dia suka pada perempuan yang menjadi
diri sendiri, bukan perempuan yang sukakannya
kerana harta semata-mata.

Tengku Firas, anak Dato' Adhan. Mana


mungkin dia jatuh cinta pada seorang gadis
kampung! Tapi anggapan itu telah
membuktikan bahawa ia salah. Tepat hari ini,
40
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

tanpa sedikit pun ego, hatinya tidak lagi


menafikan perasaan yang sebenar.

"Abang tak buat, Dayang. Bukan abang


yang perangkap diri sendiri dengan Dayang...
Bukan abang..."

Dia nafikan perlahan. Suara yang tadi kuat


terus berubah lembut. Hari ini, dia berjaya
buktikan bahawa hatinya benar-benar sudah
jatuh hati pada seorang gadis kampung.

Dayang pusing memandangnya perlahan


dan melihatkan riak wajah Firas, Dayang
senyum tipis. Mendengarkan suara lembut itu,
hatinya lebih terbuka untuk terima Firas.

"Firas depan Dayang sekarang ni... Adalah


Firas yang dah jatuh hati pada seorang
perempuan kampung, Dayang.”

41
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 4

RAZAK terbatuk-batuk setelah menghirup


kopi panasnya. Hati diusap perlahan dan Nor
hanya memandang si suami dengan penuh
kerisauan.

"Abang tak baik-baik ni. Tak perlulah ke


kebun. Nanti saya bagitahu kawan abang tu
untuk datang ke kebun ya?"

Pujuk Nor sebelum pinggan berisi karipap


itu diletakkan dengan penuh hati-hati di atas
meja. Razak menggeleng laju, menafikan kata-
kata isterinya.

"Tak apa. Abang baik-baik saja. Kebun tu


tak cukup orang kalau abang tak ada, Nor..."

"Abang tak sihat masalahnya..."

42
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang sihat saja. Rindukan anak emas


awak gamaknya ni."

Nor tertawa kecil. Ada saja si suami ni


mahu menjawab. Yelah, si Dayang ni tak ada
pula mesej orang tuanya di kampung. Sibuk
mungkin.

"Kalau rindu, call saja lah anak awak tu,


abang."

Razak menggeleng sekali. Tersenyum tipis


sebelum karipap diambil dan digigit tanpa
sebarang bunyi. Sejujurnya, dia memang
rindukan anak tunggalnya. Apalah dibuat di
bandar itu? Tak mesej dari malam semalam,
sibuk lah tu.

Hati yang tak senang duduk dari semalam


terus dipendam. Dia memang tak sedap hati,
bagai ada sesuatu. Tapi kepercayaan kepada

43
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

anak lebih penting. Ini semua gara-gara rindu


saja!

DARI siang dia sedar kelakuan pelik si


isteri. Bukan ke mulut tu suka membebel?
Kenapa diam saja pagi ini? Baru dua hari
mereka berkahwin tapi Firas sudah cukup
kenal perangai Dayang. Hari ini berbeza
dengan hari-hari yang lain.

Blazer yang dipegang terus saja dia letak


di atas sofa. Punggung dilabuhkan di sebelah
isteri dan telefon Dayang yang ditatap isterinya
itu dikerling. Gelap saja skrin, apa gamaknya
dia fikirkan?

Firas senyum manis dan gerakkan bahunya,


melanggar bahu Dayang. Dayang tersedar dari

44
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

lamunan sebelum kepalanya menoleh


memandang si suami yang sudah segak
bergaya.

"Apa yang isteri abang tenung tu? Gelap


saja. Boyfriend tak contact?"

Dayang keluarkan tawa kecil dan diangguk


perlahan.

"Bila gamaknya si Adam tu nak chat, kan?


Call tak diangkat, chat tak dibalas." Dia jeling
Firas, cuba mengacau si suami. Bukan dia tak
tahu perangai Firas!

Firas ketap rahang. Jadi... Selama ini berita


tentang Adam dan Dayang bercinta itu
benarlah? Wah... Tak sangka dia berjaya
merampas Dayang dengan cara kotor.

Telefon Dayang dirampas dan dia buka


dengan kasar. Password? Fuh, tiada!

45
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"No password?" Kening dijongket.

"Nanti letak password, then tell me what's


your password."

Keras suaranya sebelum dia periksa


aplikasi whatsapp milik Dayang. Nana, umi,
abah, Lina, Dr. Chee dan bla, bla, bla.
Langsung tiada nama Adam. Mata laju saja
pandang namanya yang di pinned dan
disertakan bentuk love. Wah, berbunga hati!

Instagram menjadi pilihan seterusnya.


Mencari akaun Adam. Follow pun tidak, mana
datang mesej pula?

Telegram adalah destinasi seterusnya. Tiada.

Message. Tiada.

Tiktok. Tiada.

Facebook? Aplikasi itu langsung tiada


dalam telefon berjenama Samsung itu.
46
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang nak tengok."

Dia hulurkan telefon kepada Dayang. Dia


mahu Dayang sendiri buka chat nya dengan
Adam.

"Chat orang mana boleh tengok." Bebel


Dayang tak puas hati dan Firas tatapnya tajam.

"I don't care. You're my wife. I told you,


what's mine is mine. You're mine and I don't
like sharing my wife. Adam tak boleh dekat
satu meter pun dengan Dayang."

Tegas! Dayang tahan geli hati. Marah-


marah pun masih berlembut dengan isteri.
Haih...

Laju saja lengan Firas dipeluk. Berkerut


dahi jejaka itu dan Dayang senyum tipis.

"Abang nak tak kalau Dayang bagi saja


fon tu dekat abang. Belek sampai puas.
47
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Carilah nama si Adam tu. Sebab memang


takkan jumpa."

Firas menjeling. Tak puas hati betul


jawapan si Dayang ni!

"Abang percaya ke khabar angin Adam


dengan Dayang bercinta?"

Kali ini Dayang pula berlapis dahi.


Takkanlah Tengku Firas boleh percaya dengan
khabar angin tak masuk akal tu? Jauh sekali
untuk Dayang dan Adam bercinta. Ya, mereka
dari kampung yang sama tapi bercakap pun
tidak!

"If you are my husband, then put your


trust on me. Dayang dah cukup dengan
seorang Tengku Firas. Tak hamaklah dengan si
Adam pula."

"Betul?"

48
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dayang angguk.

"Yakin?"

Dayang angguk lagi.

"Pasti?"

Dayang angguk lagi.

"So tell me the truth."

Dayang jongket kening.

"Kenapa tenung telefon tadi?"

Dayang senyum tipis dan geleng kepalanya


perlahan. Berat hati tapi dah suami tanya...
Kenalah jawab.

"Dayang risaukan umi dengan abah... Apa


perasaan dorang kalau tahu pasal kita? Dayang
dah kecewakan dorang tanpa dorang sedar
sedangkan impian Dayang datang sini sebab
nak banggakan dorang..."

49
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Sayu luahannya membuatkan Firas angguk


lemah. Mendengarkan kata-kata Dayang, baru
dia sedar diri. Dia pun datang untuk
membanggakan keluarga, bukan mengecewakan
mereka tapi sebaliknya yang terjadi.

"Nak abang jujur?"

Dayang pandang si suami dan angguk laju.


Biar dia tahu kebenaran walaupun ia kadang
kala memerlukan air mata untuk menerima.

"Abang takut untuk bagitahu mommy,


daddy... Pasal kita. Ikutkan hati, boleh saja
abang bagitahu sekarang tapi... Mommy daddy
takkan setuju..."

"Sebab abang belajar lagi?"

"Tak, sebab taraf."

50
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dan benarlah anggapan Dayang selama ini.


Dia paling takut tentang tarafnya dengan Firas
tapi hari ini terbukti...

"Mommy daddy selalu cakap... Kahwin


dengan orang yang sama taraf. Yang sama
kaya dengan keluarga abang. Tapi perasaan
abang jatuh dekat Dayang, nak buat macam
mana?"

"Itu kan syurga abang."

"Tapi perlu ke abang biarkan diri abang


tersiksa dengan mengikut cakap mereka,
sayang? Abang dah kata... Apa abang nak,
abang akan dapat. Abang nak Dayang dan
sampai bila-bila Dayang."

"Sampai bila kena hidup pura-pura?" Tanya


Dayang sedikit perlahan, takut terguriskan hati
suaminya.

51
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Itu baru pasal keluarga. Kalau Nana tahu?


Nana nanti balik sini..."

"Nana...? Bagitahu sajalah.”

Firas ketawa kecil. Kawan saja, kan?

"Nana sekampung dengan Dayang. Mulut


dia celupar... Kalau... Dia bagitahu umi abah?"

Dan bunyi kunci jatuh mula kedengaran.


Dua pasang mata itu laju saja beralih
memandang hadapan, pintu rumah. Sosok
tubuh seorang gadis jelas kelihatan dan
Dayang lepaskan lengan Firas. Firas jauh
sekali mahu lepaskan. Dia pegang erat tangan
si isteri dan senyum tipis memandang gadis
yang tiba dengan mata yang mengerdip, cuba
kembali ke dunia nyata. Malang sekali, inilah
dunia nyata...

52
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 5

"HANG ni pasaipa, Dayang? Hang lupa


daratan ka? Hang lupa apa impian umi abah
hang? Hang dah takda maruah ka?"

"Mulut kau tu!"

Tegas suara jejaka yang memeluk tubuh,


mendengar amarah Nana yang dari tadi tak
habis-habis dikeluarkan. Dayang? Dia sudah
biasa. Ini bukan kali pertama dia kena bebel
dan dihina sebegitu keras.

Nana laju saja melangkah mendekati Firas.

"Ha, pasaipa? Mulut aku, biaq pi aku lah


nak cakap apa pun. Hang tu! Aku tahulah
hang tu anak Dato Adhan, Tengku Firas tapi
tak perlu sampai calarkan maruah perempuan
lain nah..."
53
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Calarkan maruah? Eh, dia tu bini aku lah.


Kau tak faham bahasa ke? Aku kahwin dengan
dia sebab sayang bukan sebab nak tutup
malu!"

Suara garau itu mula menengking. Kemeja


putih yang dipakai masih kelihatan kemas
walaupun ada sedikit renyuk. Wajah bengang
yang digambarkan memang jelas sedang
menahan amarah.

"Aku tatau apa nak cakap aih. Kalau umi


abah tahu, apa hang nak jawab, Dayang? Itu
baru umi abah, belum orang kampung lagi
nah."

Mata berkaca milik Dayang terus menoleh


memandang Nana. Dia takut jika dia
kecewakan umi abah. Dia takut jika dia
kecewakan semua orang yang berharap
padanya. Walaupun bebanan sudah diringankan
54
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

kerana cinta terbalas tetapi ia tetap terasa berat


akibat kerisauan terhadap orang tuanya.

"Jangan bagitahu umi abah, Nana. Kalau


aku tahu mulut celupar kau ni bagitahu
dorang..." Suara garau Firas mencelah.

"Kau tak kenal siapa Tengku Firas, kan?


Kalau kau rasa nak berkenalan, silalah
bagitahu dengan lapang dada."

Dia menegakkan tangan, menghala ke pintu


rumah bagai memberi greenlight kepada Nana
untuk membocorkan rahsia terbesar mereka.
Nana pandang sahabatnya dan Dayang gosok
mata berkacanya. Nafas terasa sukar
dilepaskan. Dia risau...

"Nasihat aku satu ja, Dayang. Kau sorok


macam mana pun, suatu hari nanti, depa akan
tau juga. Jangan disorok lama-lama. Lagi lama

55
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

hang sorokkan, lagi tinggi amarah depa. Kita


ni buat salah, mengaku, bukan berdiam."

Matanya beralih pada wajah tampan Firas.


Jari ditunding dan wajah tenangnya tadi
berubah serta-merta.

"Kau jaga kawan aku ni. Setitis air mata


dia, kau pun tak cukup kenal dengan Nazirah
Qysara nah, Tengku Firas. Hang jangan main
gila dengan aku."

Ugutnya dan Firas angkat tangan kanannya


bagai berjanji.

Soal kawan-kawan, biarlah mereka tahu.


Soal keluarga, itu kerisauan mereka. Malu
mereka, letak ditepi. Malu orang tua mereka,
mahu simpan dimana? Adhan dan Maryam
yang lebih memilih menantu sama taraf. Razak
dan Nor yang lebih gemar mendengar

56
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

pendidikan anak mereka dari kisah cinta yang


tidak masuk akal. Apa perasan kedua pasangan
suami isteri nanti?

MARYAM jatuh terduduk mendengar


berita gila itu. Adhan yang tadi sibuk
bermesyuarat turut ditarik masuk ke bilik
Maryam. Jejaka memakai kot kemas dengan
cermin mata itu laju saja menundukkan
pandangan.

"Bila?"

"Baru..."

"Baru tu bila?!" Tengking Adhan dan


Haqeem mengangkat kepala.

"Minggu lepas, Dato. Saya dah sahkan,


memang Firas nikah selepas ditangkap khalwat.
57
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Pada mulanya saya perasan dia selalu ikut


perempuan ni tapi gamaknya, dia sendiri
perangkap dirinya di rumah perempuan itu,
Dato."

Adhan masukkan tangan di poket. Matanya


memandang pemandangan di luar bangunan
tinggi itu. Keadaan di Kuala Lumpur pada hari
ini teruk. Sesak, cuaca panas. Tapi tak sepanas
hatinya dan sesesak dadanya sekarang ini.

"Haqeem."

"Ya, Dato?"

"Aku nak kau cari maklumat perempuan


tu. Mak bapa, adik-beradik, kawan-kawan,
tempat tinggal, keturunan. Segalanya aku nak
tepat ada di dalam genggaman aku."

"Firas?"

58
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Biarkan. Aku adalah manusia yang


memerhati. Aku nak tengok sampai bila dia
mampu sorokkan."

"Datin...?"

"Biar aku tenangkan dia. Kau buat kerja


kau, Haqeem. Aku nak semua maklumat tu
tepat. Jangan ada salah walaupun sekecil
habuk!"

"Baik, Dato."

Dan jejaka berambut kemas itu terus


mengangkat kaki, beredar dari bilik Maryam.
Maryam sudah terduduk, menekan-nekan
telefon bimbitnya. Adhan selamba melangkah
tanpa sebarang kata sebelum dia tarik telefon
si isteri tanpa kebenaran. Ditatapnya lama dan
nama si anak sulung itu jelas kelihatan.

59
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang, saya nak call Firas! Betul ke dia


kena tangkap khalwat dan nikah senyap-
senyap?!"

Gugur jantung si ibu mendengar. Adhan


hanya senyum tipis dan geleng perlahan.

"Biarkan dia, Maryam. Kita tengok sejauh


mana anak sulung awak tu mampu bertahan
seorang diri menjaga isteri dia."

"Saya dengar cerita, perempuan tu budak


kampung. Betul ke?"

"Tak dipastikan lagi, Yam. Sabar... Firas


takkan lupa daratan. Firas yang saya kenal
takkan jadi kacang lupakan kulit. Syurga dia
adalah awak."

Maryam tatap Adhan yang penuh


ketenangan di riak wajahnya. Lelaki berusia
50-an itu sudah makan garam lebih dari anak

60
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

sulungnya. Dia akan tengok, sejauh mana Firas


bertahan. Lambat-laun, perkara itu akan
dikeluarkan juga dari mulut si anak.

61
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 6

MATANYA tak henti menatap bayangan


isterinya yang setia duduk bersama seorang
jejaka yang dia cukup kenal. Adam. Jejaka
yang dia cukup benci sejak khabar angin
Adam dan Dayang bercinta.

Rahangnya tajam kelihatan. Hatinya panas.


Rasanya air manis dihadapan diisi banyak
ketulan ais tapi masih tak mampu sejukkan
hati panas ini.

Tudung bawal yang jatuh ke dada itu terus


dipandang oleh Adam. Dayang masih ketawa
terkekek-kekek mendengar jenaka jejaka itu
tetapi tangan Adam perlahan menyentuh tudung
bawal Dayang sebelum ia diangkat, diletakkan
di bahu Dayang kembali.
62
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Kau tak kenal lagi siapa Tengku Firas...


Kau nak kenal sangat, kan?"

Dia genggam tin coca cola di atas meja


sehingga kemek. Tangannya yang cukup
berurat menggambarkan hatinya semakin
membara dengan amarah.

"Kau akan kenal siapa Tengku Firas,


Adam."

"NOR!"

Jerit si suami dan isterinya lari anak-anak


mendekati suaminya. Ya Tuhan, dahlah lutut ni
sakit.

"Ya, abang?!"

"Ni anak awak call ni!"

63
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Jerit riang si suami tanpa memudarkan


senyuman di wajah. Telefon kecil itu terus
diletakkan kembali di telinga kanan.

"Abah dengan umi rindu sangat dengan


Dayang. Anak abah sorang ni memang
takdanya nak chatting-chatting dengan abah
umi dekat sini."

Bebel Razak dan tak sempat Dayang


menjawab, sosok tubuh Nor kelihatan. Telefon
terus dihulurkan kepada si isteri dan Nor
ambilnya laju. Senyuman yang diukir kelihatan
terlalu gembira apabila anak di bandar sudah
kembali bercakap dengan mereka walaupun
melalui telefon.

"Assalamualaikum." Suara ayu si gadis


kedengaran.

64
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Waalaikumusalam. Ya Allah, Dayang...


Dayang okay ka? Ada apa-apa jadi? Kenapa
tak call umi abah beberapa hari ni? Umi abah
risau tahu tak?"

Razak menepuk dahi dengan tawa kecil


manakala si anak sudah tersenyum tipis di atas
kerusi itu. Mendengar bebelan Nor
membuatkan dia sedar bahawa dia begitu rindu
dengan suara orang tuanya.

"Umi, Dayang okay saja dekat sini. Semua


baik-baik. Belajar okay, duit okay, Nana pun
ada saja jaga Dayang.

"Diri hang tu, Dayang. Okay dok?"

Dan Aina ukir senyuman tipis. Sejujurnya,


mana mungkin dia kata dirinya baik-baik saja?
Ya, walaupun sudah beberapa minggu
berkahwin, ketenangan dalam dirinya tidak

65
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

pernah wujud. Bahagia itu ada, ketenangan


jauh sekali. Lagi-lagi mendengar suara kedua
orang tuanya, sesak dada mengingatkan
kejadian Firas dengan dirinya.

"Dayang nak cakap sesuatu ni, umi..."

"Bagi ja tahu. Duit tak cukup? Umi suruh


abah masukkan ya?"

Dayang geleng laju.

"Duit cukup, alhamdullilah."

"Habis tu?"

"Dayang..."

Dan terasa bagai sesuatu mahu keluar


melulu dari mulutnya. Dia tekup mulut sendiri
dan matikan panggilan. Laju saja dia berlari,
melangkah mendekati tandas wanita.

"Tu bukan Dayang?"

66
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tegur Loqman dan Firas menoleh ke arah


hujung luar perpustakaan itu. Langkah Dayang
yang laju berlari itu membuatkan Firas sedikit
tertanya-tanya.

Firas berlapis dahi lama. Memerhati saja


tandas wanita yang Dayang jejak tadi.
Menunggu. Sedetik, dua detik, tiga detik,
empat detik, lima detik.

Dan sosok tubuh seorang gadis lari


mendekati meja Firas.

"Fuh... Aku rasa aku tak ada kejar


perempuan. Ni perempuan yang kejar aku."

Sengaja Farhan membuat jenaka, ketawa


terkedek-kedek beberapa jejaka di sebelah Firas
tapi Firas jauh sekali mahu ketawa. Dia dapat
rasakan ada sesuatu yang buruk telah terjadi.

67
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Lagi-lagi melihat riak wajah Amyra yang


berlari mendekati mereka. Sungguh!

"Firas, Dayang pengsan dalam tandas!"

"Huh?!"

Dan laju saja Firas melangkah,


meninggalkan segala barang-barangnya di meja
tersebut kecuali telefon dan dompet yang
sentiasa berada di dalam poket.

Langkahnya dibuka besar, lari tanpa


memikirkan apa lagi. Keutamannya adalah
Dayang. Yang dia fikirkan hanyalah isterinya,
Dayang Dahani binti Razak Sulaiman.

Masuk saja ke dalam tandas, dia lihat


beberapa pelajar perempuan sudah
mencangkung, memeriksa keadaan isterinya.
Laju saja kaki panjang itu mendekati dan

68
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

tangannya diletakkan di sekitar tubuh Dayang.


Tuhan, lindugilah isteri aku...

69
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 7

FIRAS genggam tangan si isteri dan


berulang kali dia kucup lemah. Matanya kuyu,
letih sangat. Dari siang tadi gamaknya dia
dekat hospital. Dah maghrib tapi isterinya
masih tak sedarkan diri. Melihat deringan
telefon milik Dayang, air liur ditelan seketika.
Umi... Abah... Itu tidak termasuk deringan
telefon miliknya. Mommy... Daddy... Fairuz...
Fuh!

Telefon menjerit sekali lagi. Mata kuyu


tadi terus dibuka dan dia pandang skrin
telefonnya perlahan. Nasib baik orang lain.
Mahunya ahli keluarga dia yang telefon, tak
dijawablah jawapannya.

70
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Panggilan diangkat dan telefon diletakkan


di telinga kiri. Tangan kanan masih memegang
tangan lembut milik isterinya, diusap tanpa
henti.

"Hm?"

"Adam kena buang uni."

Senget senyuman milik Firas yang diukir


secara tiba-tiba. Hanya dalam masa tiga hari,
segalanya berubah sekelip mata dalam hidup
Adam.

"Aku dah warning, bukan? Dia main gila


dengan aku..."

Suara garau itu perlahan membalas dan


tawa kecil jejaka di dalam panggilan mula
kedengaran.

Tengku Firas... Apa yang dia kata, semua


akan terjadi. Jika dia mengugut, maka
71
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

dengarlah katanya. Umur dan rupa tidak


mampu menilai kelakuannya. Dia boleh buat
lebih dari apa yang dianggap.

"Tengku Firas... Apa yang buat kau beria


sangat nak jumpa dengan aku?"

Tegur jejaka yang pendek sedikit daripada


Firas. Firas yang menggalas begnya dengan
satu bahu terus dibetulkan.

"Aku tak kenal kau siapa..."

Tangannya pegang kemeja biru cair yang


dipakai Adam. Diusapnya perlahan dengan
senyuman tipis.

"Dan kau pun tak kenal aku siapa."

Kolar pula disentuh dan dibetulkan


perlahan.

"Apa aku cakap, dengar baik-baik... Mata


aku ada dimana-mana. Semeter kau dekat
72
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

dengan Dayang, kau akan mula kenal siapa


Tengku Firas."

Dia lepaskan baju Adam dan tangannya


digosok, bagai membuang habuk kecil yang
terlekat di tapak tangannya.

Adam senyum dan geleng perlahan.

"Kenapa kau kena ambil kisah pasal orang


kampung macam aku dan Dayang? Setahu
aku... Taste Tengku Firas bukan dak-dak
kampung, kan?"

Wajahnya dirapatkan ke telinga Firas,


tersenyum sinis dia menggerakkan bibir.

"Untuk pengetahuan kau... Aku dan


Dayang... Pernah buat lebih..."

Firas sedikit pun tidak terasa, jauh sekali


marah. Kerana kulit putih milik Dayang, dia

73
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

orang pertama yang sentuh. Apa yang Adam


kata itu semua dusta.

Adam jauhkan wajahnya dari telinga Firas


dan senyuman manis dia ukirkan.

"Aku dan Dayang satu kampung. Aku rasa


satu uni tahu benda tu, kan?" Tangan
dimasukkan ke dalam poket.

"Terima kasih kerana sudi berbual dengan


aku."

Dia tunduk sedikit, pura-pura menghormati


sebelum beg galas dibetulkan dan langkahnya
dibuka, melanggar tubuh sasa milik Firas dan
melangkah tanpa endahkan apa-apa lagi.

"Adam."

Langkah Adam terhenti dan Firas betulkan


lengan kemejanya. Dilipat sehingga siku

74
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

sebelum tubuhnya pusing memandang Adam


yang sudah menatapnya dari tadi.

"Ingat cakap aku. Jangan main gila dengan


Tengku Firas. Dalam seminit, hidup kau
boleh..." Tangan yang digenggam terus terbuka
luas.

"Puf!"

Senyuman mengejek diukir di wajah


tampan milik Firas. Dia pula membetulkan beg
galas dan melangkah. Kali ini, dia tidak
bergurau. Hak dia, hanya dia boleh dekat.
Hanya dia boleh sentuh. Dayang adalah
haknya, miliknya. Mana mungkin dia biarkan
Adam dekati mahu pun mereka satu kampung?

"Tapi kau sedar tak kau hancurkan hidup


budak tu?"

75
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tanya jejaka di dalam panggilan,


mematikan lamunan Firas. Firas keluarkan
keluhan berat dan mata kuyunya terus menatap
wajah si isteri yang masih tidak sedarkan diri
di atas katil wad.

"Aku pernah bagitahu kau... Jangan cabar


kesabaran aku... Bila dia dah sampai limit, nak
kembali pada asal pun susah."

"And I'm not gonna get myself close to


your wife." Perlahan jenaka jejaka itu
kedengaran sebelum Firas keluarkan tawa kecil.

"Kalau isteri kau tahu, kau tak rasa dia


marah?"

"Biarkan. Dia marah macam mana pun,


Tengku Firas takkan lepaskan apa yang dia
dapat." Kening dijongket, senyuman tipis pula
diukir.

76
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Well, aku dah cukup kenal dengan kau,


Firas."

"Lagi-lagi bila dah kena jaga dua orang ni,


kesabaran aku senang hilang."

Firas ketawa kecil, tak mahu larutkan lagi


perasaan dendam tadi.

"Wait... Dayang pregnant?"

"Hm." Firas angguk dan kembali usap


tangan si isteri dengan penuh kelembutan.

"Mommy daddy? Parents dia? How, Firas?"

Persoalan itu jugalah dia tanya pada


dirinya. Macam mana, Firas? Macam mana
kau nak terus terang pada keluarga kau,
keluarga Dayang? Macam mana kau nak
membesarkan anak kau dengan berdua bersama
isteri saja sedangkan kau masih belajar?

"Aku letak telefon dulu."


77
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Topik diubah dan jejaka yang berada di


dalam panggilan itu terus mengangguk kesal.
Dia tahu Firas juga sedang rungsing. Bukan
dia tak kenal nada suara Firas apabila dia
tertekan.

"Firas..."

Niatnya yang mahu mematikan panggilan


terus terbatal. Telinga dibuka, mendengar apa
yang mahu disampaikan.

"Need anything, bagitahu. Aku ada. Aku


ada kat belakang kau."

Firas angguk dan matikan panggilan.


Selama dia hidup, dia tidak pernah dikenali
dengan gelaran hidup dalam tanggungan orang.
Tengku Firas adalah lelaki yang akan cuba
hidup tanpa bantuan orang lain. Tapi jika ia

78
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

melibatkan perasaan dan nyawa isteri serta


anaknya, mampu ke dia bertahan?

Pipi Dayang diusap dengan penuh kasih


sayang. Senyuman tipis diukir.

"Abang tak terfikir benda ni akan jadi


terlalu awal..."

"Dan abang tak pernah terfikir perasaan


kecewa umi abah, mommy daddy jika dorang
tahu benda ni, sayang."

Ya, dia teruk. Dia kejam dan dia adalah


lelaki yang akan buat apa saja untuk peroleh
haknya. Tapi dia adalah manusia yang paling
taat pada ibu bapanya. Malah dia adalah lelaki
yang sering dipuji kerana menjaga adik
lelakinya dengan penuh kasih sayang. Apa
gamaknya reaksi kedua orang tuanya itu jika
dia beritahu tentang cucu?

79
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 8

SEJAK kelmarin, isterinya masih tak henti


termenung bagai bebanan di dada terlalu tinggi
menggunung. Jika ia memberi kesan pada
dirinya, macam mana pula dengan isterinya
yang kandungkan darah dagingnya sendiri?

"Dayang tak nak jawab ke?"

Suara garau itu menegur lalu matanya


teralih memandang telefon yang dari tadi
menjerit di sisi Dayang.

Dayang geleng perlahan, dia takut jika dia


kecewakan Razak dan Nor. Apa perasaan si
pekebun dan suri rumah itu nanti? Mereka
orang susah... Kahwin dengan anak orang
kaya, jauh sekali dari fikiran mereka.
Mengandung anak suami sendiri juga akan
80
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

dianggap teruk pada mereka nanti kerana Firas


tidak pernah dikenali sebagai menantu Razak
dan Nor.

Firas duduk di sisi Dayang dan tangannya


diusap perlahan. Senyuman tipis kelihatan jelas
di wajah Firas. Dan Dayang tahu, jejaka itu
juga sedang runsing dengan apa yang jadi.

"Sampai bila kita nak sorok? Dorang patut


tahu kewujudan cucu dorang, kan...?"

"Kalau kehadiran anak ni adalah bebanan


abang, Dayang mampu tanggung seorang diri.
Tak apa, biar malu itu tanggung pada Dayang
sorang. Mommy daddy mesti nak tengok anak
sulung dorang berjaya, kan?"

Firas tatap si isteri lama. Sampai ke situ


Dayang berfikir. Jauh. Jauh dari apa yang dia
fikir. Mana mungkin dia biarkan isterinya

81
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

tanggung seorang diri. Dayang adalah


tanggungjawabnya. Anak itu tanggungjawabnya.
Dia takkan biarkan isterinya terasa diabai
walaupun sedikit.

"Esok Dayang boleh keluar, kan?"

Dayang angguk laju.

"Kita jumpa umi abah."

HONDA HR-V yang baru saja tiba di


hadapan rumah Razak Sulaiman itu terus
dimatikan enjin. Mata Firas teralih memandang
si isteri yang masih menundukkan pandangan.
Dia nampak ketakutan Dayang apabila matanya
tepat memandang mata isterinya. Hati boleh
tipu, tapi mata mampu membuatkan kita
menilai segalanya.
82
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tangan Dayang digenggam perlahan.


Dayang pandang suaminya sayu dan hatinya
berat terasa. Bebanan tidak hilang mahu pun
sedikit walaupun sudah tiba di hadapan rumah
orang tuanya.

"Percaya cakap abang, dorang akan terima.


Umi, abah akan faham. Esok lusa, kita ke
rumah mommy daddy pula, ya?"

"Kalau abang dihalau sekali pun, abang


akan jaga isteri abang, jaga anak kita."

Perut kempis milik Dayang pula disentuh.


Sejujurnya, hati Firas turut terasa bebanan dari
KL lagi. Kelemahan Tengku Firas hanya satu...
Kehilangan isteri dan anaknya.

"Dayang tak akan biarkan abang dihalau."

"Good girl."

83
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Kepala Dayang diusap lembut. Melihat


kehadiran orang tua Dayang di tangga hadapan
pintu rumah, serentak itu Firas mengangguk.
Dayang buka pintu dengan penuh hati-hati,
menjejakkan kaki di tempat dimana dia
membesar. Firas serta-merta membuka pintu,
merelakan diri keluar bersua muka dengan ibu
bapa mentuanya.

'Ya Allah, apa pun jadi... Kau jagalah anak


isteriku.'

Senyuman Razak dan Nor serta-merta


diukir apabila melihat kehadiran anak tunggal
mereka. Mereka lari mendekati Dayang dan
Dayang biarkan tubuhnya dipeluk erat.
Senyuman tipis terukir di wajah Firas. Jika dia
adalah lelaki lain, mungkin dia akan lepaskan
Dayang demi kebahagiaan keluarga Dayang

84
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

tapi malang sekali, dia adalah Tengku Firas.


Haknya akan menjadi miliknya. Selamanya.

Razak dan Nor beralih pandangan


memandang sosok tubuh jejaka yang berdiri
tidak jauh dari mereka. Bebanan di dada
semakin berat. Lutut pula lemah. Perasaan
takut yang menjatuhkannya...

NOR peluk anaknya dengan erat. Tipu jika


dia kata tidak terkejut. Malah Razak juga
kelihatan terkejut pada awalnya. Tapi riak
wajah mereka tenang, bagai ditangkap khalwat
ini perkara biasa. Firas hanya mampu
tundukkan pandangan, takut dengan suara
garau bapa mentuanya.

85
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abah tak boleh nafikan yang abah


kecewa..."

Dan mata Dayang sudah berkaca, tunggu


mahu gugur saja. Firas pula angkat kepala,
memandang Razak dengan penuh simpati.

"Abah kecewa sebab tak mampu buat


majlis besar-besaran untuk anak abah. Abah
kecewa dengan diri abah yang tak mampu
hadir mahu pun majlis lafaz akad nikah anak
abah."

Firas bangun, dia buka langkah sebelum


melutut di hadapan Razak. Tangan Razak
dicapai dan dikucup perlahan.

"Tak pernah dalam hati ni terdetik untuk


kahwin dengan Dayang dengan cara tu, abah.
Firas orang bandar tapi Firas masih ada
maruah diri. Kalau diikutkan, Firas mampu

86
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

bayar denda. Tapi kenapa nak kena tolak


rezeki yang sudah terang lagi bersuluh di
depan mata?"

Razak pandangnya dengan penuh kesabaran


di dada. Mereka berdua besarkan Dayang
dengan penuh didikan agama. Dayang seorang
yang jujur, jauh sekali mahu dengar dia
menipu. Nana juga sudah beritahu perkara
sebenar melalui panggilan telefon. Nana dan
Dayang? Sungguh, percaya Nana lebih adalah
pilihan yang bijak. Dayang buat salah, Nana
tak pernah sekali pun menyokong, malah
dinasihati. Apa yang Firas dan Dayang
beritahu, sama seperti apa yang Nana beritahu.
Melihat rupa wajah Firas yang cukup tampan
itu, Nor sudah menilai bahawa Firas seorang
jejaka baik.

87
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abah maafkan Firas, ya? Benda tu salah


Firas dan Firas akan cuba jaga isteri dan anak
Firas sebaik abahnya menjaga."

Razak menggeleng dengan senyuman tipis.

"Jaga dia lebih baik dari abah jaga."

Dan Firas kucup tangan orang tua itu


lama. Air matanya bergenang. Penerimaan
orang tua Dayang jauh sekali dari
anggapannya. Mereka terima Firas...

Razak tarik tubuh Firas dan dipeluk erat


tubuh menantu. Air mata si bapa akhirnya
gugur tetapi kali ini dengan senyuman terukir.

"Abah percaya pada Firas ya, nak?"


Bisiknya perlahan dan Firas angguk lemah.

Sungguh, perkara yang dia tak pernah


terfikir akan terjadi! Penerimaan sebegitu rupa?
Mustahil tapi apa yang tidak mustahil bagi
88
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

keluarga yang terima segalanya dengan lapang


dada. Mungkin kehadiran Firas adalah yang
terbaik buat Dayang walaupun dengan keadaan
sebegitu.

Dayang perlahan memeluk si ayah apabila


pelukan Firas tadi sudah dileraikan. Jejaka itu
pindah pada Nor dan dikucup perlahan tangan
orang tua itu.

"Terima kasih sebab sudi terima anak


umi."

Firas geleng laju dan dongak memandang


si ibu.

"Terima kasih sebab lahirkan perempuan


sesempurna bidadari."

89
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 9

DINGIN! Jelas di mata Dayang bahawa


suaminya dingin semacam malam ni. Pagi tadi
bukan main bebanan dalam hati lah apa lah.
Lepas berbual dengan Razak dan Nor tadi,
terus dingin!

Melihat kehadiran Firas yang baru tiba


dalam bilik terus menarik perhatian Dayang.
Tubuh yang tadi sedang baring, perlahan dia
duduk bersandar di atas katil. Beg baju Firas
laju saja dicampak ke atas katil dan dibuka
kasar beg tu. Nampak! Dia memang sengaja
tunjuk bengang. Selalunya kalau dia marah
pun dia diam, riak wajah tenang. Tapi jauh
sekali hari ini. Memang sengaja nak tunjuk
dekat isteri yang dia tengah marah.

90
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dayang bangun, mendekati tubuh Firas dan


dia tarik lengan Firas perlahan.

"Tak apa, Dayang susun. Abang pergilah


mandi."

"Tak payah..."

Nadanya keras membalas. Langsung tak


nak pandang wajah Dayang mahupun sedikit.
Apa gamaknya salah dia hari ini?

"Tak apa... Dayang susunkan. Abang dah


minum kopi yang Dayang buat tadi?"

Diam, tangannya masih bergerak


mengeluarkan baju dari beg galasnya itu. Satu-
satu baju dikeluarkan tanpa menghiraukan si
isteri yang masih dipenuhi rasa kasihan
terhadap dirinya.

91
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang dah penat drive dari KL, tak


apalah. Dayang kemas. Dayang simpan dalam
almari, ya?"

Tangan Firas sekali lagi dialihkan. Dia


mahu Firas duduk rehat, biar jejaka itu
bertenang dari amarah tanpa diketahui punca.

"Abang cakap tak payah, tak payahlah!"

Ditepis tangan Dayang kasar. Nafasnya


naik turun tak henti. Mata tajamnya
memandang Dayang dengan penuh amarah
membuatkan Dayang sedikit gementar. Jejaka
itu laju saja menutup pintu dan kunci dengan
amarah penuh di dada.

"Abang..."

"Apa yang Dayang tak bagitahu abang?


Bagitahulah sekarang! Kenapa abang kena
dengar benda tu dari mulut umi abah pula

92
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

sedangkan isteri sendiri serba sempurna. Mulut


ada, lidah ada, telinga ada. Cakap!"

"Abang, apa yang Dayang tak bagitahu?"

"Adam."

Nama itu disebut kembali. Ya, dia benci


nama itu. Dengar saja sudah buat darah
mendidih apatah lagi melihat wajah tampan
hitam manis tersebut.

"Banggalah? Bangga tipu abang? Cakap


yang Dayang langsung tak bertegur sapa
dengan Adam lah, tak rapat dengan dia lah.
Tapi umi abah dengan mak bapa Adam
memang dah rancang nak jodohkan korang
dua, kan?"

"Apa lagi Dayang tipu? Cakap yang Adam


tu sungguh tak ada hati dengan Dayang. Wah,
tak ada hati tapi sanggup buat rayuan nak

93
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

sama U dengan Dayang sebab nak jaga


Dayang."

"Lepastu semalam selamba makcik dia je


datang meminang Dayang! Kan?!"

Tengking jejaka itu buat kali terakhir.


Sungguh, kecemburuan yang kekal dalam
dirinya tidak mampu dikawal. Cuba lah
berulang kali sekali pun, memang begitu
jugalah cemburu butanya.

Firas sambung mengeluarkan bajunya


dengan kasar. Dayang sentuh bahu si suami
sebelum keluhan perlahan dikeluarkan.

"Firas, dengarlah dulu..."

Firas baling baju terakhir yang dikeluarkan


itu ke atas katil. Dia angguk perlahan sebelum
kepalanya menoleh memandang wajah sayu si
isteri.

94
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Memang layak dia kena buang U."

Ketap rahang jejaka itu menjawab sebelum


Dayang berlapis dahi.

"Kena buang U? Bila? Kenapa tak ada


siapa cakap dengan Dayang?"

Firas panas hati. Kenapa isterinya kena


kisah? Yang kedua, dah kenapa pula dia boleh
terlepas cakap?

Towel yang digantung terus ditarik kasar.


Matanya langsung tak nak pandang Dayang,
bengang! Apa yang mamat tu tak faham
bahasa? Dayang milik dia! Sampai bila-bila
milik Tengku Firas!

Dia berpaling ke arah pintu bilik. Lebih


baik mandi dari terus berpanas hati dalam
bilik ni. Buang masa, tambah dosa saja buat
apa?

95
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Lengan Firas ditarik kasar.

"Dayang tanya ni!"

Laju kepalanya menoleh.

"Ya, Dayang! Boyfriend yang Dayang


sayang, sanjung sangat tu kena buang U!
Punca dia ada dekat depan mata Dayang!"

Jarinya laju ditunding kepada diri sendiri.


Rambut yang tadi kemas, kini sudah serabut
akibat kemarahan yang membara.

"Suami Dayang yang buat dia kena buang


U. Puas hati?"

"Apa abang buat...?"

Tanyanya perlahan dan Firas senyum sinis.


Kepalanya digeleng perlahan dengan rahang
yang tajam kelihatan.

"Abang cakap apa? Jangan cabar abang.


Tengku Firas yang mungkin Dayang nampak
96
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

baik selama ni boleh buat lebih dari apa yang


Dayang anggap. Don't play around with me,
Dayang Dahani."

Melihat raut wajah Dayang yang


memandangnya dengan penuh simpati, hatinya
menjadi lebih panas. Simpati? Huh, kau
kasihankan kekasih kau tu, sebab tu kau
tunjuk raut wajah yang minta simpati!

"Abang dah cakap dengan dia, jangan rapat


dengan Dayang tapi dia degil. Okay, kita
tengok... Kita tengok sejauh mana dia mampu
tahan."

"Abang... Abang nak buat apa? Kalau betul


abang buat dia kena buang U, abang tak ada
rasa kasihan walaupun sedikit ke dekat dia?"

"Tak! Sebab dia sentuh isteri abang!


Dayang, hak abang! Abang tak nak jantan lain

97
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

pandang Dayang macam abang pandang


Dayang."

Ya, cemburu yang bagai naik gila! Macam


mana lagi dia nak bagitahu dunia bahawa
Dayang adalah miliknya?

"Abang jangan melampau lah!"

Firas pandang Dayang lama. Melampau...?


Sejujurnya dia lebih kepada terasa. Dia buat
kerana dia sayang! Dia jadi begini sebab dia
gilakan isterinya sendiri! Tapi kenapa Dayang
salah anggap pada perbuatannya? Ya, ada cara
lain tapi ini adalah cara Tengku Firas. Jangan
cabar dia!

"Cemburu abang tu, kawal sikit. Dia


kawan Dayang. Umi abah yang amanah dia
jaga Dayang sebelum kewujudan abang sebagai
suami Dayang!"

98
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Kawal?" Dahinya berlapis.

"Dayang tahu tak? Hati abang tak pernah


puas bila dengar khabar angin Dayang dengan
Adam bercinta. Setiap kali abang dengar,
abang sakit hati walaupun bukti terang depan
mata. Ya, pertemuan kita setiap kali itu bukan
kebetulan. Abang jaga Dayang. Dayang tak
pernah terfikir ke macam mana abang boleh
tahu rumah sewa Dayang?"

"Orang dok borak rancak, Dayang dengan


Adam bercinta! Hot couple! Date sana sini.
Tapi abang tak pernah percaya..."

"Hari ini, Dayang buktikan abang salah...


Apa abang nampak selama ni tu salah..."

"Eh, gamaknya abang saja yang sayangkan


Dayang, kan? Perempuan kampung macam

99
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dayang mana pernah pandang abang yang jadi


kegilaan perempuan ni. Terbalik..."

Tawa gementar itu terus dikeluarkan. Dia


keluarkan segala yang dia pendam selama ini.
Biarlah Dayang nak anggap dia apa sekali
pun.

"Apa abang cakap ni...? Dayang sayang


abang sebab tu Dayang suruh abang kawal
cemburu abang! Percaya pada Dayang."

"Dayang nak abang percaya apa kalau


isteri sendiri tipu abang pasal seseorang yang
telah dirancang untuk berkahwin dengan
Dayang suatu hari nanti?"

Kali ini tiada riak wajah yang bengang,


malah lebih kepada sedih. Wajah itu jelas
kecewa memandang Dayang.

100
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Tapi Dayang tahu Tengku Firas takkan


sesekali lepaskan apa yang dia dah dapat.
Dayang, abang punya. Milik Tengku Firas.
Bukti?"

Firas pandang perut Dayang perlahan. Dia


berat hati kembali. Perasaan bercampur-baur.
Oh, begini ke rasanya apabila tepuk sebelah
tangan tetapi tak berbunyi?

"Anak dalam tu... Anak abang..."

Sayu suaranya sebelum dia keluar beredar


meninggalkan ruang bilik mereka. Towel yang
digantung di atas bahu, terus ditarik kasar ke
lengan. Dia main gila dengan aku? Kau betul-
betul nak kenal dengan Tengku Firas, bukan?

101
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 10

MENDENGAR tawa dua jejaka pujaan


hati di hadapan rumah membuatkan Dayang
laju saja membuka pintu. Terkejut mata kedua-
dua jejaka itu.

"Ha panjang umur." Tegur Razak dan


tertawa kecil orang tua itu.

"Abah, balik lambat-lambat ni kenapa?"


Dayang capai tangan si ayah, menariknya
masuk ke dalam rumah.

"Abah cuba tengok jam tu? Ni


membawang apa dekat masjid tadi? Dah
macam makcik-makcik."

Cekak pinggang anaknya membebel. Razak


peluk leher si anak, meliku kepalanya dengan
siku tajam Razak.
102
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abah!"

"Abang, jangan dikacau Dayang tu. Dia


risaukan abang tadi."

Tegur Nor yang baru saja tiba dengan dua


cawan teh sebelum diletakkan di atas meja.
Mereka labuhkan punggung ke atas sofa lama
itu sebelum tubuh Dayang dilepaskan dari
tangan Razak.

"Tak ada apalah. Saja bawa si Firas ni


jalan kat kampung. Alang-alang tu, orang
masjid tegur si Firas."

"Apa kata dorang?"

Razak senyum tipis dan hirup teh panasnya


perlahan.

"Bakal menantu a.k.a menantu abang ni


nak kahwin dengan Dayang bulan depan."

103
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Sempat ke, abang? Risau perut tu


membesar, apa pula kata orang."

"Cakap sajalah yang anak kita ni dah


bernikah di KL sana tu. Balik kampung nak
buat majlis kahwin. Apa susah?"

"Betul juga tu. Firas dengan Dayang bila


nak buat majlis kahwin? Umi takut nanti jatuh
fitnah. Biasalah mulut orang kampung,
bukannya boleh dikawal."

Firas angguk faham. Yelah, dia tahu duduk


di kampung kena hati-hati sikit. Lain dari di
bandar.

"Firas bila-bila pun on. Sayang bila nak


buat majlis?"

"Dayang tak nak buat selagi mommy daddy


tak tahu."

104
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dan itu mengambil perhatian Firas


sepenuhnya. Ya, dia gembira dilayan dengan
baik di kampung sehingga dia lupa dia ada
tanggungjawab di bandar. Mommy, daddy...
Mereka akan terbuka hati menerima Dayang
seperti ibu bapa mentuanya?

TUBUH Firas dipeluk perlahan dan Firas


tepisnya lembut.

"Orang kampung tak tahu pasal kita."

Itu saja jawapan dari Firas sebaik saja dia


menepis tangan Dayang yang singgah di
tubuhnya tadi.

Yelah, mereka di luar rumah. Di pondok


yang Razak bina dahulu bersama kawan-kawan
dia. Pondok dimana Dayang meluangkan masa
105
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

bermain permainan yang sedia ada. Pondok


yang menjadi tempat kegemarannya apabila dia
mahu melihat bintang berkelipan di langit.
Hari ini, dia dapat duduk bersama suami
tercinta mahu pun dia tahu, Firas masih dingin
dengannya.

"Abang marah Dayang lagi, ya?"

Firas geleng dan Dayang senyum kecil.

"Apa yang Dayang perlu buat untuk


buktikan cinta Dayang pada abang?"

Firas pandang si isteri dengan perlahan.


Hatinya tersentuh tetapi dia sendiri tak tahu
apa yang Dayang perlu lakukan untuk buktikan
cintanya. Firas ada cara sendiri untuk dia
buktikan, tapi Dayang?

"Keluarga Adam kawan rapat dengan umi


abah. Dulu, Dayang selalu keluar naik basikal

106
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

petang-petang dengan dia. Apa jadi pada


Dayang, dia sentiasa salahkan diri dia. Malang
sekali, suatu hari tu... Dia mainkan Dayang..."

"Eh, Dayang..." Suara garau itu menegur.

"Hm?"

Dayang yang mengayun-ayunkan kakinya


itu terus menoleh memandang Adam di
sebelah.

"Aku kan..."

"Aha..."

"Aku ingat kan... Aku nak setuju jelah


dengan perancangan walid tu."

"Pasal apa?"

Jongket keningnya, ditambah pula dengan


lapisan di dahi. Entah apa si Adam ni cuba
sampaikan sebernanya.

107
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Pasal kita." Dan Dayang serta-merta


memandang Adam.

Melihat pada riak wajahnya, dia tahu


Adam tak bergurau. Pasal kita? Pasal apa lagi?
Dah terang lagi bersuluh tentang keluarga
mereka yang mahu satukan mereka lepas habis
belajar. Walaupun terlalu awal, biarlah perkara
ini dipersetujui oleh mereka berdua dulu. Nanti
tak ada lah timbul isu lain pula.

"Kau nak ke hidup dengan aku?"

Adam tertawa.

"Nak. Kau adalah perempuan pertama yang


aku suka, kau tahu."

Selamba saja dia meluah dan Dayang


terkedu.

"Kau cakap apa?"

"Aku suka kau. Full stop!"


108
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Adam letakkan muktamad. Apa yang dia


cakap, itulah kebenarannya.

"Aku..."

"Jujurnya, aku pun suka kau..."

Dayang senyum tipis, segan di hati. Fuh...


Gila...

"Okay, dah record!"

Jeritan beberapa suara lelaki kedengaran.


Mereka yang baru tiba itu terus membuatkan
Dayang terkedu. Matanya yang sedikit berkaca
beralih memandang Adam dan Adam hanya
pandangnya tanpa sebarang riak.

"Adam...?"

"Dayang... A-Aku... Aku tipu je..."

Dayang senyum tipis. Senyuman sama


yang dia berikan pada Firas hari ini. Firas

109
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

bersila, memandang Dayang dengan penuh


kasihan.

"Waktu tu kiteorang umur SPM dan benda


tu jadi kat kampung. Malu sangat sebab video
tu viral kat budak-budak kampung yang lain.
Sejak dari tu... Adam dengan Dayang memang
tak berkawan. Bertegur sapa, jauh sekali..."

"Waktu Dayang masuk U, Dayang nampak


bayang-bayang dia. Baru tahu rupanya dia buat
rayuan untuk masuk U sama dengan Dayang...
Umi abah kata dorang amanahkan Adam jaga
Dayang...”

"Dayang memang tak banyak berbual


dengan dia tapi bila dia explain pasal apa
yang jadi waktu dia mainkan Dayang, Dayang
berkawan balik dengan dia. Itu saja..."

110
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas mengeluh berat dan capai tangan


Dayang perlahan.

"Abang, orang kampung nampak nanti.


Duduk berdua pun boleh jadi buah mulut,
inikan pula pegang..." Bisik Dayang kerisauan.

Firas jongket kening dan geleng kepalanya.

"Kad nikah ada dalam ni." Dompet di


dalam poket terus ditepuk.

"Berani dorang nak ngata isteri abang. Ha


ngata lah."

"Haih... Dengan orang kampung pun nak


cari pasal?" Ejek Dayang sebelum tertawa
kecil.

"Eh, mestilah. Orang yang dorang ngata tu


isteri abang. Apa ingat abang nak kisah pasal
dorang? I care about my wife."

111
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dan itulah satu-satunya kelebihan menjadi


Tengku Firas. Dia adalah lelaki yang akan
mengutamakan isterinya lebih dari semua
orang. Bukti? Bila-bila masa saja jejaka itu
mampu buktikan.

"Abang nak minta maaf... Abang tahu


abang melampau... B-Betul apa yang sayang
cakap siang tadi."

"Abang tak nak Dayang diambil orang.


Sebelum dorang ambil langkah, I'll take my
step first. Dan itu cara abang ajar dorang..."

"Tapi dibuang U tu sesuatu yang teruk...


Dia dah belajar situ berapa tahun dah? Kan
susah kalau dia kena buat rayuan masuk U
lain?"

112
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Perlahan tangan kanan Dayang bergerak ke


pipi Firas. Firas tatapnya perlahan dan
senyuman tipis milik Dayang kelihatan.

"Dayang marah abang tadi bukan sebab


Dayang suka Adam... Kalau orang lain di
tempat Adam pun, Dayang akan marah. Apa
kalau orang yang di tempat Adam tu
perempuan, abang nak cop Dayang les?"

Tersembur jejaka itu akhirnya. Ketawa


besar suaminya sebelum ia disambut tawa
Dayang. Mana mungkin dia akan cop isteri dia
ni suka sesama jenis? Jauh sungguh bayangan
Dayang kali ini!

"Tapi kalau Dayang di tempat abang..."

"Doa."

Laju saja dia menjawab. Tangan yang tadi


di pipi Firas terus turun ke dada jejaka itu.

113
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang, suami Dayang. Kisah silam


tentang nak jodohkan and so on... Ia hanya
kisah silam. Doa adalah kunci. Balas pada
manusia bukan kerja kita, abang."

"Tapi abang tak boleh bayang kalau abang


betul hilang Dayang."

"Allah takkan uji hamba-Nya melebihi


kemampuan hamba-Nya, abang. Lepas hujan,
ada pelangi. Kalau ditakdirkan kita berpisah,
itu takdir Allah. Mungkin akan ada yang lebih
baik dari Dayang."

"Dimana terletaknya perempuan lain yang


lebih sempurna dari isteri abang, Dayang?"
Disoalnya kembali.

"Rahsia Allah, siapa tahu?"

"Dayang nak tahu rahsia abang tak?"

114
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang gay? Huh, dah agak!" Dia petik


jari di hadapan Firas serta-merta.

"Orang nak try abang, sorang pun tak


dilayan! Jual mahal! Suka lelaki rupanya."

"Amboi... Sedapnya ngata suami."

Bercekak pinggang jejaka itu balas dan


ketawa mereka kedengaran kuat di pondok
kecil itu.

"Dayang tahu tak pengorbanan abang


masuk kedai bunga selalu sebab abang dapat
tahu Dayang suka bunga daisy? Apa yang
wangi dengan muka buruk tu? Nak
dibandingkan dengan suami Dayang ni..."

Dia berdehem seketika.

"Rupa ada, bau wangi, badan sasa, hati


setia, tanggungjawab ada."

115
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dayang hanya mendengar pujian suaminya


terhadap diri sendiri itu. Huh, suka puji diri
sendiri. Tahulah semua benda tu betul tapi
jangan dipuji sangat!

"Pagi tadi siapa yang tak bangun subuh?"

"Err..." Dan hanya itu dia mampu


keluarkan. Kepala digaru walaupun tidak gatal.

"Kita fix solat sama-sama, ya?"

Rambut Firas dikemaskan dan Firas angguk


tanpa segan silu. Benarlah...

Sebelum dia berkahwin dengan Dayang,


sejadah jauh sekali mahu disujud. Kopiah yang
disimpan dalam almari gamaknya sudah
berhabuk. Itu tak cerita tentang al-Quran lagi.
Ya Tuhan, terima kasih hadirkan seorang gadis
sesempurna bidadari ini untukku.

116
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 11

PLASTIK diambil dan pengepit di dalam


bekas makanan besar berwarna kuning itu pula
dicapai. Firas sudah garu kepala. Huh, apa dia
tahu tentang makanan kampung? Sungguh,
memang dia tak tahu apa-apa!

"Ni isi apa, Mak Siah?"

Tanya Dayang sedikit kuat. Bunyi


kenderaan lalu lalang membuatkan suasana di
gerai tepi jalan itu sedikit huru-hara.

"Ada kentang, ada sardin."

Karipap yang ditunding dengan pengepit


terus dipandang Firas. Sejak bila karipap ada
inti lain-lain?

"Abang nak kuih tak?"

117
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tanya Dayang dan kepalanya menoleh ke


arah Firas yang sedikit tinggi.

Jejaka yang memeluk tubuh itu terus


menggaru cuping telinga dengan lapisan di
dahi. Bekas makanan lut sinar yang dicapai
tadi dibelek tanpa henti.

"Ni apa...?"

Dayang geleng dengan senyuman tipis.


Mak Siah sudah ketawa kecil memandang
kelakuan Firas yang benar-benar
menggambarkan dia adalah orang bandar.

"Ini popia, cik abang oi. Yang ini, kuih


ketayap." Ditunjukkan satu per satu kuih di
hadapan.

Firas angguk, baru dia kenal kuih-muih di


hadapannya ini.

118
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Yang ni apa? Bebola coklat?" Kuih


berbentuk roda dan berwarna coklat itu laju
saja ditunding.

"Itu kuih keria."

Fuh! Jauh sekali dari apa yang dia teka!


Bentuk dah bulat. Warna pun macam inti
coklat. Sebab itulah dia sebut bebola coklat.
Malah nama sebenanya kuih keria. Jauh betul!

"Kuih keria tu, Dayang suka makan."

"Rasa dia rasa coklat ke?"

Mak Siah yang mendengar itu hanya


mampu menggeleng dengan senyuman. Bukan
dia tak dengar berita dari Razak semalam
tentang kehadiran Firas, tunang Dayang.
Tunang? Hm... Macam dah jauh sangat
jawapannya.

119
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dayang geleng perlahan. Kepala Firas


digaru sekali lagi. Aduhai, susahnya. Nak cuba
takut tak sedap pula. Kadang-kadang lidah dia
ni memilih!

"Abang nak apa-apa tak? Dayang nak


order."

"Order apa?" Terkebil-kebil jejaka itu. Dah


tadi pasal kuih, ini nak order apa pula?

"Breakfast, Encik Suami."

"O-Oh."

Dia angguk faham. Iyalah, dia lupa.


Datang ke sini, mustahil nak beli kuih je.
Pastilah ada makanan yang berat sikit.

"Dayang makan apa? Apa yang sedap?"

Dagu Dayang diraba dengan tangannya


sendiri. Senyuman tipis kelihatan manis di

120
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

mata Firas membuatkan jejaka itu tertawa


kecil.

"Nasi lemak Mak Siah ni... Tip top!"

"Okay! Masa untuk menggemukkan diri!"

Kuat suara Firas membuatkan Dayang


pukul lengan Firas sedikit. Firas ketawa kecil
dan Dayang tersenyum tipis sebelum
melangkah beredar. Lebih baik dia order
makanan cepat. Tak ada lah nanti lambat
balik.

Seorang gadis jelita bertudung sarung


datang mendekati Firas. Dijenguk-jenguk kuih-
muih di situ.

"Marsha, hang jangan dok gatal dengan


orang bandar tu nah... Tunang dia ada kat sini
aih..."

121
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Jerit salah seorang lelaki tua yang sibuk


berbual dengan sekumpulan kawan-kawannya
yang lain di meja makan.

Gadis bernama Marsha yang setia di tepi


Firas itu terus memandang Firas dengan
senyuman tipis. Firas hanya tersenyum dan
pandang kuih-muih di hadapan kembali.
Terkebil-kebil dia. Apa memang Marsha tu nak
ngorat dia ke tadi? Tak nampak gaya nak
ngorat pun...

Marsha beredar tanpa sebarang kata. Firas


tersenyum melihat kuih koci di hadapan. Fuh!
Kalau cakap pasal kuih, memang kuih koci
jadi pilihan utama! Setiap minggu, dia wajib
makan kuih koci. Lagi-lagi yang dijual oleh
Nek Mah berdekatan universiti mereka.

Baru saja mahu ambil plastik di tepi,


matanya teralih memandang Dayang di hujung
122
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

gerai. Tangannya terus digenggam erat. Rahang


diketap. Wajah manis tadi terus masam
mencuka.

Gelak tawanya... Senyumannya... Dan


jejaka itu...

Adam.

Firas berubah serta-merta apabila melihat


dua sosok tubuh itu sedang gelak ketawa di
hujung gerai. Adam yang bagai memeluk
tubuh manakala Dayang yang elok menutup
mulut, menahan tawa.

"Jantan ni memang tak faham bahasa..."

Ungkapnya perlahan. Telefon dikeluarkan


dan wajah bengisnya langsung tak berubah.
Laju saja telefon diletakkan di telinga kanan
dan tangan kiri dimasukkan ke dalam poket.

123
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Melihat Dayang yang sedikit terkejut


dengan telefonnya yang menjerit, meminta
untuk dijawab itu buat dia jongket kening.
Dayang jawab panggilan sebelum dia beralih
memandang tempat dimana Firas berdiri.

"Seronok dating?" Tanya Firas sedikit


menyindir.

"Abang..."

"Tadi beria nak beli makanan. Mana?"


Kening dijongket sekali lagi.

"Dayang tengah tunggu ayam goreng.


Abang nak balik dulu ke?"

"Kenapa? Supaya Dayang dapat bebas


dengan Adam? Itu yang Dayang nak?"

Soalannya tadi terus disalah anggap. Firas


sudah bengang manakala si isteri hanya
mampu menahan perangai cemburu si suami.
124
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Tak, yang abang nak cemburu sangat ni


dah kenapa? Dekat tempat awam, kan?"

"Tak kisahlah tempat awam sekali pun!


Hati tu siapa tahu?! Kalau dah jatuh sayang,
jatuh cinta, bomoh jalan tepi Dayang pun tak
dapat nak teka lah.”

"Firas, control yourself."

"Balik."

"Dayang tunggu Pak Tam goreng ayam..."

"Abang cakap balik. Nak kena heret ke?"

Dan Firas terus matikan panggilan. Tak


ada selera dah nak makan. Sungguh, hatinya
tak dapat menahan cemburu. Lagi-lagi apabila
jejaka itu adalah Adam.

Langkah dibuka tanpa hiraukan si isteri.


Dia berjalan beredar dari gerai dengan
rahangnya yang tajam kelihatan.
125
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Kau nak tahu apa yang Tengku Firas


boleh buat kan? We'll see..."

SUDAH beberapa jam berlalu. Dari gerai,


berjalan ke rumah, sarapan, kemas baju, makan
tengah hari dan mereka sudah berada di dalam
kereta menuju ke Kuala Lumpur. Masih dingin
si suami di sebelah. Dayang tak tahu apa lagi
yang dia boleh buat untuk ubah suaminya.
Kecemburuan yang melampau membuatkan dia
sendiri rasa tak bebas.

Tangan besar Firas terus dicapai perlahan.

"Abang..."

Firas tepis dan letakkan tangan di stereng


kereta tanpa memandang. Matanya fokus

126
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

memandang jalan raya yang penuh dengan


kenderaan.

"Sampai bila abang nak marah Dayang...?


Dayang cuma berbual dengan dia, itu saja..."

"Abang tak suka dia pandang Dayang


pun... Ini kan pula berbual."

"Dia ada mata, dia boleh lihat siapa saja,


abang..."

"Walaupun isteri Tengku Firas?" Firas


berdecit dan geleng perlahan.

"Sekurang-kurangnya abang tak kejam


sehingga membunuh, Dayang. Abang boleh
buat... Jangan cabar abang."

"Abang boleh kawal tak cemburu tu?


Abang buat Dayang rasa tiada kebebasan
langsung."

127
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Hanya disebabkan seorang jantan, kau


cakap aku tak bagi kau kebebasan?"

Suaranya tegang. Dayang pandang Firas


lama dan wajah Firas sudah kelihatan
memahan amarah. Apabila gelaran pun sudah
tukar, benarlah bahawa Firas sudah capai tahap
maksimum.

"Abang..." Telefon Dayang menjerit.


Terpotong kata-katanya tadi.

Dayang pandang skrin telefon dan dahinya


berlapis. Abah? Ada tinggal barang ke?
Rasanya semua dah bawa. Atau ada apa-apa
jadi pada umi?

Laju saja panggilan dijawab. Telefon


diangkat dan diletakkan di telinga kiri.

"Assalamualaikum, abah."

"Dayang... Adam kena tangkap khalwat."


128
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dan Dayang toleh memandang si suami.


Firas sudah mengusap bibirnya dengan tangan
kanan sebelum senyuman sinis diukir.

"D-Dia kena tangkap khalwat dengan


Marsha..."

Panggilan laju dimatikan. Telefon terus


dilepaskan dan matanya berkaca. Ya Tuhan...
Apa yang dah jadi...? Tak sampai 24 jam,
jejaka di sebelahnya ini sudah mampu buat
melebihi batasan.

"Abang buat apa...?"

"Aku buat apa, Dayang?"

Firas ketawa kecil dan pandang si isteri.


Serta-merta wajahnya berubah.

"Aku buat apa yang aku mampu buat. Kau


tak kenal suami kau, Dayang..."

129
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Eh, abang jangan melampau lah! Abang


bukan saja dah calarkan maruah Adam tapi
abang rosakkan hubungan keluarga dorang!
Abang tak ada hati perut ke...?"

"Kau tahu tak apa aku rasa sejak


kewujudan Adam?"

"Aku nampak cara dia pandang kau, cara


dia cakap dengan kau. Kalau dulu aku tak
mampu buat apa... Sebab kau bukan hak aku...
Tapi sekarang..."

Kereta diberhentikan. Lampu isyarat di


hadapan jelas menunjukkan lampu merah,
mahunya dia jalan saja, kemungkinan saman,
kemungkinan mati. Fuh, dua-dua berat.

Wajah Dayang dipadang sayu.

"Dayang takkan rasa apa yang abang rasa...


Abang tak pernah dapat kasih sayang yang

130
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dayang, umi dan abah bagi... Salah ke abang


cuma menjaga hak abang sebagai suami dan
menantu?"

"Abang mungkin berduit, abang mungkin


sempurna di mata orang tapi abang tak ada
apa yang Dayang ada... Apa yang orang lain
ada..."

"Kasih sayang. Abang tak ada benda tu."

Dan wajah yang tadi bengis, sekarang


berubah sayu. Dia angguk perlahan dan
pandang hadapan kembali. Dayang terdiam
serta-merta. Kasih sayang apa yang Firas cuba
maksudkan?

131
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 12

SELESAI saja bacaan doa, si suami


pusing menghadap si isteri dan serentak itu,
Dayang hulurkan tangannya. Dikucup lembut
tangan Firas, dalam hati memohon maaf
dengan apa yang dah terjadi.

Firas tatap si isteri lama. Jika keadaan


tegang ini berterusan, mampukah dia kekalkan
perasaan cinta si isteri?

"Abang minta maaf..."

Dayang dongak memandang si suami dan


tangan yang memegang tangan Firas masih tak
dilepaskan.

"Dayang yang patut minta maaf... Dayang


ingkar arahan abang... Dayang tak dengar
cakap abang..."
132
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas senyum tipis dan usap kepala si


isteri. Dia tarik isterinya yang masih
bertelekung itu, bersandar di dadanya.

"Abang tak pernah expect abang akan


kahwin, Dayang... Kalau kasih sayang seorang
ibu pun abang susah nak dapat, ini kan pula
kasih sayang seorang isteri?"

Gelengnya perlahan. Dia peluk pinggang si


isteri erat sebelum dikucup lembut kepala
Dayang.

"Dulu... Masa abang suka Dayang, hati


abang panas dengar khabar angin Dayang
dengan Adam. Tapi apa abang boleh buat?
Abang hanya boleh jaga dari jauh. Abang
hanya boleh tengok sayang dari jauh. Bila kita
kahwin, abang tak nak seorang pun lelaki
pandang isteri abang."

133
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Tapi Dayang isteri abang. Mana mungkin


Dayang ada lelaki lain..."

"Abang takut kasih sayang Dayang


berubah. Kalau hari ni Dayang layan abang
dengan penuh kasih sayang, tak mustahil esok
lusa ia berubah pada Adam, kan?"

"Mustahil. Betul, Dayang pernah suka dia


dulu. Even Adam adalah first love Dayang
sebab dia kawan baik Dayang dulu."

Dayang duduk tegak dan pusingkan badan


menghadap si suami yang masih menunjukkan
riak wajah tenangnya.

"Tapi malang sekali... Dayang jatuh cinta


pandang pertama dengan Tengku Firas masa
Dayang masuk UiTM." Riak wajahnya sedih.

"Malang, Dayang cakap?" Pura-pura marah


jejaka itu dibuatnya.

134
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Tengku Firas ini lah yang jatuh cinta


dengan Dayang sebab perangai suka mengelak
dia tu tau."

Ketawa kecil suami isteri itu sebelum


Dayang usap tangan si suami dengan penuh
kelembutan.

"Cinta tak sama taraf, mana mungkin ia


terjadi."

Firas senyum kecil dan usap pipi Dayang


perlahan. Mata mereka bertemu dan dia tarik
si isteri ke dalam dakapan.

"Taraf tak menentukan apa-apa, sayang.


Best apa duduk kampung. Duduk kampung
dapat ketenangan. Duduk bandar dapat
kebebasan. Dua benda yang kedengaran seperti
kelebihan tetapi malangnya, ia hanyalah
keburukan semata-mata."

135
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang suka duduk kampung?"

"Ini kali pertama abang duduk dekat


kampung dan abang rasa seronok. Orang
kampung ramah dengan abang. Tapi yang tak
seronok tu, keadaan tegang kita..."

"Dayang minta maaf sebab tak dapat buat


abang gembira dekat kampung.”

Firas geleng dengan senyuman tipis.

"Abang happy apa... Sebab Dayang."

Dayang dongak memandang Firas dan


Firas tundukkan pandangan. Wajah ayu
isterinya dipandang sayu. Senyuman tipis tadi
masih terukir. Gila tak gembira? Isterinya
adalah tanggungjawabnya, keutamaannya,
segalanya bagi Tengku Firas.

"Boleh kita dua berubah jadi lebih baik?"

"M-Maksud Dayang?"
136
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang buang sifat dendam abang...


Dayang buang sifat Dayang yang abang tak
suka."

Firas terkedu. Buang sifat dendam? Itu


adalah sifat semula jadi bagi Tengku Firas.
Dia pendam segalanya dari kecil. Bila dah
besar, sukar sekali untuk dipendam. Kerana ia
hanya akan berubah menjadi dendam.

"Abang tak suka Dayang rapat dengan


lelaki, lebih-lebih lagi Adam... Cemburu adalah
sifat semula jadi seorang manusia tapi untuk
abang... Abang tak mampu kawal."

"Kalau macam tu, esok abang berkepit


dengan Dayang sajalah. So maksudnya Dayang
rapat dengan sorang laki saja." Jari telunjuk
diangkat dan Firas tertawa kecil.

137
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Bila difikirkan balik, ada kala dia pun rasa


dirinya melampau. Tapi itulah diri Firas. Firas
yang mampu buat apa saja untuk miliki
haknya. Firas yang tidak kenal erti putus asa.
Apabila dia kata Dayang adalah miliknya,
maka fahamilah bahawa Dayang memang benar
miliknya. Apa yang bukan haknya, dia takkan
hirau walaupun sedikit.

MELIHAT si gadis itu menenungnya


membuatkan dia langsung tiada perasaan
gelisah. Namanya sudah tercemar dekat
kampung ni. Satu kampung kenal siapa Adam
Dzaki. Hanya kerana satu kesalahan kecilnya.
Hanya kerana satu kesilapannya. Hanya kerana
seorang jejaka. Tengku Firas!

138
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Menyebut saja nama jejaka itu, hatinya


panas. Dia teringat kejadian siang tadi.
Kejadian sebelum tercetusnya peristiwa
memalukan itu.

Adam melangkah mendekati rumah Razak,


dengar khabar bahawa Dayang nak pulang.
Laju saja langkahnya berjalan ke halaman
rumah Razak.

Mendengar tapak kasut seseorang, Firas


angkat kepala dari terus menunduk. Siapa pula
yang datang waktu-waktu dia nak balik KL ni?

"Assalamualaikum."

Suara garau suara seorang jejaka yang


amat dikenali membuatkan dia mengeluh berat.
Suara dari belakang itu membuat dia
mengucap seketika di dalam hati. Ya Tuhan,

139
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

cukup-cukuplah dia sudah dingin dengan si


isteri...

"Waalaikumusalam."

Jawabnya keras dan badannya menoleh


memandang Adam di belakang.

"Nak balik dah ke?"

"Ada kau nampak aku macam baru sampai


ke?"

Adam geleng dengan senyuman mengejek.

"Eh, tak ada. Aku saja tanya."

"Pergi balik."

Halaunya perlahan dan tubuhnya memusing


ke arah bonet kereta kembali. Sibuk saja
kacau orang tengah susun beg kat bonet kereta
ni.

140
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Firas... Tetamu datang, takkan tak


dijemput masuk?"

"Eh, tetamu macam kau memang


diharamkanlah jejak kaki dalam rumah ni. Kau
tak tahu ke?" Kasar nadanya tanpa
memandang.

"Sayang kan... Dayang masih rindukan


aku... Nampak tak siang tadi betapa
gembiranya tunang kau tu dengan aku?"

Sindir Adam membuatkan hati Firas sedikit


panas dengan amarah yang terkumpul. Kalau
mereka dekat bandar, memang dah kena
penumbuk sebiji dah si Adam ni.

"Eh, tapi sayang sekali... Aku dah merasa


dia."

141
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Kepalanya menoleh dengan senyuman


sinis. Wajah Adam berubah sekelip mata.
Nampak benar dia sedang menahan amarah.

"Tak percaya?" Firas berdecit dan gosok


lehernya perlahan.

"Pergilah heret dia. Check kat hospital.


Gamaknya ada anak dah dalam tu."

Ditapis secukup-cukupnya. Tiada siapa


perlu tahu mereka dah berkahwin walaupun
orang itu adalah Adam.

"Kau tak tahu hukum ke?"

Adam jongket kening dan Firas terus


sandarkan dirinya di kereta, memeluk tubuh
dengan pandangan tajam diberikan kepada
Adam.

"Habis kau? Tak tahu hukum?"

"Aku buat apa?"


142
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Adam beriak tenang. Sungguh, dia tak buat


apa yang mendapatkan dosa sia-sia, bukan?

"We'll see..."

Dan lamunannya mati. Motor dihadapan


masih ditatap lama. Dia sedar Marsha sedang
memandangnya dari jauh tapi dia sedikit pun
tidak terggugat iman.

"Jahanam kau, Firas..." Perlahan dia


berkata. Dendam di hati kali ini kembali
membara.

Matanya dipejam perlahan. Hatinya kembali


terguris apabila suara samar-samar milik
keluarganya dan keluarga Marsha kedengaran
dari dalam rumah.

Kaca yang pecah membuatkan jejaka itu


terbangun dari tidur. Matanya dibuka perlahan
dan hari yang masih cerah menyakitkan

143
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

matanya sedikit. Esakan seorang gadis


kedengaran di sisinya dan dahinya berlapis.

"ADAM!"

Jeritan Janah pula kedengaran membuatkan


dia bangun terduduk dengan perlahan. Matanya
memandang hadapan dan terlihat si ibu sudah
mengalirkan air mata dengan tangan di dada.

"M-Mak?"

Langsir diselak dan kelibat si bapa pula


kelihatan. Bapanya terkebil-kebil melihat
keadaan bilik Adam. Adam berlapis dahi,
masih kedengaran esakan gadis tadi. Dia
pandang ke tepi dan terlihat seorang gadis
sudah menangis teresak-esak, menutup
badannya dengan selimut yang tebal.

"Allah..."

144
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Fikry sudah mengucap, dadanya sesak. Tak


sangka ini perangai anaknya selepas dibuang
universiti.

"Walid, mak... Tak..."

Dia cuba bangun tetapi melihatkan bajunya


di lantai mengambil perhatiannya. Dia berundur
di atas katil sehingga dirinya tersandar di
dinding bilik.

"Abang Adam..."

Suara Marsha mematikan lamunannya


kembali. Dia buka mata dan pandang di sisi.
Si gadis sudah labuhkan punggung di sebelah,
menghulurkan secawan teh panas kepada
Adam.

Adam pandang hadapan kembali dan


matanya bagai berkaca. Ya Tuhan... Benarkah
dia yang buat? Atau ini semua angkara Firas?

145
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tak dinafikan, Firas akan buat apa saja untuk


buktikan dia adalah Tengku Firas yang tidak
boleh dibuat main. Tapi dia juga perlu sedar
diri. Dia adalah lelaki... Lelaki yang juga
penuh dengan nafsu... Apa benar tadi dia yang
buat? Atau sebaliknya?

"Kau dengar suara tu?"

Dia dongak memandang tingkap yang


masih terbuka. Suasana malam tetapi di dalam
rumah masih cerah menyala. Suara ahli
keluarganya dan keluarga Marsha kedengaran
samar-samar.

"Aku hidup demi mereka. Aku hidup untuk


tanggung mereka. Aku belajar di bandar untuk
mereka. Untuk tanggung adik aku yang masih
sekolah... Tapi sedih, kan? Semuanya punah
hari ini. Dan ianya berkaitan dengan kau...
Malang sekali."
146
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Senyuman tipis dia ukir. Nak salahkan


Marsha? Dia tak tahu kebenaran. Nak salahkan
diri sendiri? Mungkin juga. Nak salahkan
Firas? Tak mampu... Jika ia adalah angkara
Firas, ia adalah salah dirinya sendiri. Dia tahu
Firas tak boleh dibuat main tapi dia tetap
main dengan api.

"Marsha minta maaf. Marsha..."

"Apa yang jadi, Marsha?"

Kepalanya menoleh memandang Marsha


perlahan. Air mata yang bergenang jelas
kelihatan. Soal keluarga, lelaki sekuat dia pun
mampu mengalirkan air mata.

"Aku ada buat apa-apa ke pada kau? Aku


tewas ke tadi, Marsha? Kenapa aku tak ingat
apa-apa? Adakah ia berpunca dari aku? Kau?
Atau orang lain?"

147
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tanyanya tanpa sedikit pun nada marah.


Dia hanya mahu tahu. Kebenaran yang
disimpan. Jika benar dia dianiaya, biarlah
Tuhan saja tunjukkan kebenaran.

Marsha geleng perlahan dan letakkan


cawan teh di sisi Adam. Dia bangun dengan
senyuman tipis sebelum beredar meninggalkan
Adam tanpa sebarang kata. Adam pandangnya
dengan penuh sayu. Mungkin salah dia...
Tanya tanpa memikirkan hati Marsha. Tanya
tanpa melihat keadaan. Benda baru jadi,
pastilah perempuan sebaik Marsha itu terasa.

"Ya Allah..."

Tangannya pegang pemegang motor


perlahan. Diusapnya lembut. Motor ini dah
macam nyawa dia dah. Dulu semasa dia
belajar di KL, setiap minggu dia call

148
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

keluarganya. Tanya khabar mereka, hal kedua.


Khabar motor adalah paling penting! Fuh...

149
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 13

PASANGAN suami isteri itu berkepit saja


hari ini. Dari siang sampai malam, tak mahu
lepas! Pelajar lain sudah naik hairan. Ada juga
yang naik benggang. Dengar cerita Firas
sendiri mengaku dia sedang bercinta dengan
Dayang. Mahu beritahu mereka sudah kahwin?
Tunggulah lepas mereka jalankan majlis
perkahwinan.

Mendengar penceritaan Dayang, tersenyum


saja jejaka itu. Siap tongkat dagu. Bukan
telinga yang dipasang, tapi mata. Mata tak nak
lepas memandang si isteri. Benarlah kata
orang. Bercinta lepas kahwin ini lebih bahagia,
bukan?

150
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Jari dipetik dan Firas tersedar dari


lamunan. Matanya dikerdip beberapa kali,
mengambil tawa Dayang.

"Jaga pandangan, Firas... Orang ingat kita


bercinta..."

Beri amaran Dayang dibuatnya. Firas


berdehem dan pandang tempat lain. Baru
Dayang mahu kembali bersuara, rungutan Firas
kedengaran kuat.

"Huh, mana boleh! Tak pandang sesaat pun


dah rindu! Tak boleh, tak boleh! Nak kena
pandang juga."

Dia kembali tongkat dagu memandang


senyuman manis Dayang. Tak mampu nafikan,
dia benar-benar jatuh cinta pada Dayang.
Semua orang nampak! Kalau macam ini lah,
orang buta pun mampu nampak.

151
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Awak tu kalau pandang Dayang, tak ingat


dunia dah. Terus lupa kat mana diri tu, kan?"

"Cantik sangat. Memang lupa diri."

Dia angguk dengan senyuman, menyetujui


apa saja si isteri kata.

Telefon Dayang menjerit minta diangkat.


Tangannya gatal memegang telefon dan laju
saja dia mengangkat.

"Hello, assalamualaikum."

"Waalaikumusalam... Dayang?"

Dan senyuman Dayang tadi mati seketika.


Mendengarkan suara ini, kasihan di hati
terukir. Ya Tuhan, sayu saja suara jejaka ini
kedengaran.

"Adam..."

Dia senyum tipis dan Firas terus


mengangkat kepala memandang Dayang.
152
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tangan digenggam dan rahang laju diketap.


Adam lagi?

"Kau marah aku ke, Dayang...? Kau tahu


cerita, bukan?"

"Aku siapa nak marah kau? Kecewa itu


ada tapi untuk apa? Kita bukan siapa-siapa
pun."

"Tapi abah dengan umi nak jodohkan


kita... Ingat tak?"

"Kau tahu kan aku dah tunang dengan


Firas...?"

Adam berubah riak. Dia terus mengeluh


berat dan Dayang pandang wajah si suami
yang masih menatapnya lama.

"Kenapa kau tipu aku, Dayang? Bukan kita


dah setuju?"

"Bukan kau yang mainkan aku, Adam?"


153
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dia soal kembali dan Adam senyum tipis.


Iyalah, salah dia. Benar, dia memang mahu
bersama Dayang. Dari kecil dia suka dengan
Dayang. Tapi cabaran budak kampung untuk
mempermainkan Dayang itu membuatkan dia
hilang sabar...

"Apa kurang aku, Dayang? Kau tak kenal


Tengku Firas tu sangat pun, bukan?"

"Kau tak kurang apa-apa, Adam. Semua


orang ada kekurangan dan kelebihan. Sama
macam aku, sama macam Firas."

"Kau tahu aku kena buang uni sebab dia,


kan?"

Dayang terdiam. Ya, dia tahu. Tapi apa dia


mampu buat? Sekejam-kejam Firas sekali pun,
dia faham Firas mempunyai cemburu yang tak
mampu dikawal. Jauh sekali untuk dia ugut

154
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas dengan lepaskannya. Jatuh cinta dengan


Firas dan berkahwin dengan jejaka itu adalah
memori paling indah. Mana mungkin dia
lepaskan begitu saja?

"Dayang, jawablah..."

"Aku letak dulu, Adam."

"Dayang..."

"Assalamualaikum."

"Dayang!"

Dan panggilan dimatikan. Dayang


keluarkan keluhan berat sebelum matanya
pandang si suami di sebelah. Wajah Firas jelas
kelihatan dia sedang benggang. Dia sedang
cemburu! Kalau lelaki lain, mungkin tidak.
Tapi kalau ia adalah Adam...

"Firas..."

"Saya pergi dulu..."


155
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas mengelak, meletakkan buku-bukunya


di dalam beg dengan kasar. Tangan Firas laju
saja dicapai Dayang.

"Kita dekat uni..." Amaran diberikan.

"Abang mengelak dari Dayang." Tegas


suara Dayang dan Firas tepis tangan isterinya
perlahan.

"Tak manis orang tengok kita bersentuhan


dan dengar panggilan awak."

"Tak, Dayang tak kisah. Bagitahu satu


dunia yang Dayang ni hak abang!"

Berubah wajah Dayang serta-merta.


Mungkin kerana tiada siapa tahu mereka
adalah suami isteri, Firas naik gila.

"Jangan merepek."

156
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang terus-menerus cemburu! Dayang


isteri abang, hak abang, milik abang! Semua
orang patut tahu benda tu."

Dan Firas pandang sekeliling. Ada


beberapa pelajar sudah memandang mereka
dengan pandangan yang ragu-ragu. Jika ini
soal orang lain, mungkin mereka tak ambil
tahu. Tapi ini soal Tengku Firas, jejaka
kegilaan ramai. Hari-hari, ada saja yang cuba
mengorat tapi mana dilayannya?

"Dayang jangan merepek. Abang tak ada


mood sekarang ni."

Bisiknya tegas dan Dayang peluk Firas


erat. Firas tersentak. Kepala Firas perlahan
ditekup di bahu Dayang dan gadis itu kucup
telinga Firas perlahan.

157
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Dayang isteri abang... Abang tak perlu


cemburu sebab hati Dayang, milik abang...
Datanglah sejuta lelaki sekali pun, jika dia
bukan Tengku Firas, Dayang takkan kisah."

Bisiknya perlahan dan Firas gugur jantung.


Hatinya yang tadi panas, cepat saja lembut
dengan pelukan dan kata-kata Dayang. Buat
seketika, dia lupa dimana mereka berada.

"Salah ke abang cemburu, sayang? Berdosa


besar ke?" Pelukan Dayang dibalas.

"Tak, tak... Tak salah... Cuma yang salah


bila abang pendam seorang diri dan dendam
pada lelaki tu..." Balasnya perlahan dan Firas
senyum kecil.

"Abang minta maaf..."

158
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Dah, tak apa. Dayang okay... Dayang ada


untuk tenangkan abang, okay? Dayang akan
ada..."

Dia usap badan Firas perlahan dan Firas


senyum kecil. Kasih sayang seorang isteri yang
dia tak pernah dapat dari orang lain mahu pun
seorang ibu. Nasihat itu sudah biasa tetapi
perjanjian? Itu luar biasa bagi Tengku Firas...

"Kita ada masalah besar..."

Dayang cuba leraikan pelukan dan Firas


senyum tipis. Dia tahu orang sedang
memandang mereka. Pasangan berpelukan di
universiti ini mungkin biasa tetapi perempuan
yang bertudung labuh serta seorang jejaka
yang digelar anak dato dan menjadi kegilaan
ramai, tidak biasa... Dengan perempuan lain
pun dia tidak bersentuh, kenapa dengan
seorang gadis yang bertudung labuh ini?
159
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Biarkan... Abang suka Dayang peluk


abang..."

Dan Dayang usap rambut jejaka itu pula.


Firas senyum tipis, menyedari dia merasa
bahagia walaupun dia tahu ada masalah yang
bakal tiba. Apabila seorang isteri memeluk si
suami, tiada masalah yang akan tiba bagi
mereka.

SETIAP kali mereka melangkah, pasti ada


mata memandang. Tidak dinafikan, Dayang
rasa dirinya dihina. Tapi perlukah dia risau
apabila Tengku Firas di sisi? Soal keluarga?
Mereka sudah tahu kebenaran. Apa yang dia
perlu risaukan?

Mungkin... Soal masyarakat sekelilingnya?

160
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Sebab tu aku cakap... Perempuan yang


tertutup bagai ni, tak boleh percaya! Dorang ni
lagi teruk dari pelacur."

Bisik nadanya di akhir ayat. Dayang


terhenti manakala Firas sudah pejam mata
dengan langkah yang ikut terhenti. Dia dengar
tapi dia cuba tidak endahkan. Apabila Dayang
berhenti, hatinya panas membara. Dayang tak
boleh menitiskan setitik pun air mata!

Tangan Dayang dilepaskan dan kakinya


melangkah mendekati suara tadi. Kedua
sahabat itu tersentak melihat kehadiran Firas di
hadapan mereka.

"Anak dato dah mai dah."

Bebel jejaka itu dan kawannya ketawa


riang. Firas letakkan tangan di poket sebelum
tangan kanannya memberi isyarat untuk mereka

161
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

datang mendekatinya. Setapak mereka


melangkah dan Firas dekatkan kepalanya ke
telinga salah seorang jejaka itu.

"Kau pernah rasa nak kenal dengan Tengku


Firas tak?"

Suara garau yang tegang dari Firas


membuat jejaka itu meremang seketika. Rasa
seram pula apabila diugut.

Dia geleng laju dan Firas senyum sinis.

"Kalau tak nak, mulut tu jaga sikit. Takut


makan diri."

Dan Firas terus tepuk bahu jejaka itu


sebelum kakinya melangkah kembali kepada
Dayang. Dia pegang lengan si gadis dan jalan
dengan perlahan, beredar meninggalkan
kawasan tersebut.

"Abang cakap apa tadi?"


162
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Dayang tahu apa Tengku Firas akan


cakap, kan?"

Dayang senyum tipis dan angguk perlahan.


Tangan Firas singgah ke belakang Dayang dan
langkah mereka masih diteruskan.

"Selagi Dayang dengan abang... Tak ada


apa yang boleh buat Dayang sakit. Abang
janji."

Dayang pandang si suami dengan


senyuman manis kali ini. Dijaga oleh seorang
Tengku Firas itu memang bahagia, bukan?
Tengku Firas yang mungkin kelihatan angkuh
tetapi kasih sayang yang diberi tidak terhingga
jika sudah menjadi miliknya. Wajahnya yang
sentiasa riak tenang tetapi banyak yang
dipendam di dalam hati. Semuanya hanya
ditunjukkan pada si isteri.

163
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Akan dia jaga suaminya dengan penuh


kasih sayang. Itu janjinya hari ini.

164
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 14

FIRAS mengetap rahang. Kebenaran telah


terbongkar hari ini. Tersebar gambar Firas dan
Dayang berpelukan di universiti itu. Ni siapa
punya kerja kalau bukan anak perempuan salah
seorang lecturer di universiti itu?

Mahu saja dapat di tangan pihak berkuasa,


dah tentu Dato' Adhan yang banyak memberi
sumbangan itu dipanggil ke universiti untuk
penjelasan selanjutnya. Firas pandang si ibu
dan si ayah tanpa sedikit pun perasaan.
Kecewa seorang ibu? Ya, hari ini jelas
kelihatan di hadapannya.

"Dah sebulan tapi Firas langsung tak


bagitahu mommy, bagitahu daddy!" Tengking si
ibu dan Firas hanya beriak tenang.
165
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Apa yang Firas pandang perempuan tu?


Bukan ke perempuan tu perempuan kampung?"

Adhan balas kecewa dan Firas geleng


dengan senyuman sinis.

"Apa tadi, mommy? Firas tak bagitahu?


Wah... Cepatnya daddy dapat tahu pasal isteri
Firas? Atau sebernanya daddy dah lama tahu?"

Terus jejaka itu sandarkan dirinya di meja


makan dengan gaya berpeluk tubuh.

Cepat saja dia tangkap! Bukan dia tak


kenal dengan Adhan dan Maryam yang
sentiasa berlakon itu. Sebab itu dia langsung
tak ada kesedihan di hati apabila melihat si
ibu pura-pura kecewa. Mereka hanya kisahkan
tentang taraf Dayang!

"Perempuan kampung yang daddy


maksudkan tu is my wife!"

166
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Tapi bukan menantu daddy!"

"Dia dah cukup dapat title isteri Tengku


Firas. Kenapa perlukan title menantu Dato'
Adhan dan Datin Maryam?"

Kening dijongket dan Adhan sudah naik


bengang. Sedikit pun tengkingan orang tuanya
tak menakutkan bagi dia. Dia dah besar, dia
perlu kawal dirinya bukannya orang lain yang
perlu atur hidupnya.

"Eh, Firas. Dia tak sama taraf dengan kita


lah!" Marah Maryam pula dan Firas tatap
mereka lama.

"Kenapa perlu kisah pasal taraf? Tak bawa


masuk kubur pun lah taraf tu, Datin Maryam."

"Firas!"

Tengking si ayah pula dan Firas terus


pusing menghadap meja makan. Dia letakkan
167
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

sekeping kad di atas meja sebelum diketuk


lembut meja tersebut.

"Majlis kahwin akan diadakan minggu


depan... Tapi..." Dia berdecit dan pandang
keluarganya lemah.

"Firas nak mommy daddy datang... Tapi


mommy daddy nak ke datang kampung macam
tu?"

"Habis tu? Firas nak?"

Firas tanpa memikirkan apa-apa, dia


angguk sahaja.

"Why not? Firas pergi sana dapat


ketenangan. Kampung is more better than
bandar yang sesak ni, mommy. You should go
there."

Tersenyum tipis dia menjawab dan


langkahnya terus berjalan mendekati kedua ibu
168
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

bapanya. Dia hulur tangan, mahu menyalam si


bapa tetapi tidak disambut. Begitu juga dengan
si ibu.

Kecewa? Ya, pasti. Tapi... Dia mungkin


lupa, ini juga kesilapannya.

"Firas balik dulu..."

"Firas... Firas kenal daddy macam mana,


kan?"

Wajah si ayah mula beriak kecewa dan


Firas senyum tipis.

"Firas keluar saja, sesen pun daddy takkan


bagi kat Firas. Apa nak jadi, jadi lah."

Firas angguk perlahan.

"Firas pun nak hidup bahagia... Tapi


mommy jangan risau. Syurga Firas masih dekat
mommy."

169
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Pilihannya muktamad. Dia lebih memilih


Dayang. Ya, dia sayangkan orang tuanya tapi
Dayang adalah satu-satunya perempuan yang
berinya kasih sayang dengan penuh ikhlas.
Adhan dan Maryam? Jauh sekali... Mereka
hanya menjaga Firas kerana tanggungjawab.

Firas melangkah keluar dengan riak tenang.


Tapi hatinya bagai disiat-siat. Mungkin dia
nampak tidak kisah tetapi itulah Tengku Firas.
Dia boleh tipu semua orang tapi bukan
Dayang.

KAKI yang jejak ke lantai rumah itu terus


disambut si isteri. Dayang senyum tipis
memandang Firas dan Firas geleng perlahan.
Dayang angguk lemah, memahami apa yang

170
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

suaminya cuba sampaikan. Baru saja kakinya


mahu beredar, lengan Dayang ditarik kasar
oleh Firas. Mata mereka bertemu dan Dayang
tolak Firas perlahan.

Apa Firas lebih memilih keluarganya? Itu


sudah tentu. Syurganya di telapak kaki si ibu.
Mana mungkin dia memilih untuk hidup
dengan gadis kampung?

"Dayang akan suruh umi abah batalkan


perkahwinan."

Itu saja yang dia mampu ungkap. Dia


tahu, ini perbualan terakhirnya dengan Firas.

"Dayang ingat abang nak lepaskan Dayang


dengan anak ni?"

Tanyanya perlahan dan Dayang dongak


memandang si suami.

171
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang pernah kata, abang bukan manusia


yang suka pakai buang. Mommy daddy terima
ke, tak terima ke, you're mine. Abang takkan
lepaskan Dayang sesuka hati."

Tegas suaranya membuatkan Dayang


berundur seketika.

"Tapi itu kan mommy daddy abang..."

"Dorang ada bagi perhatian ke kat abang?


Do they ever care about their son? Apa
dorang bagi kasih sayang ke kat abang?"

Dia geleng lemah.

"Abang membesar tanpa kasih sayang


sedikit pun. Apa abang nak, abang tak pernah
minta. I will get it by my ownself. Duit yang
abang dapat, abang tahu dorang bagi tak
ikhlas. Dorang jaga abang atas tanggungjawab,
bukan kasih sayang."

172
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dan Dayang perlahan mendekatinya dan


peluknya erat. Firas kucup bahu si isteri dan
peluknya kembali. Matanya berkaca seketika.
Dia kehilangan orang tuanya sedangkan mereka
masih hidup. Peluang yang ada di depan mata
untuk bahagia bersama si isteri, mana mungkin
dia sia-siakan.

Tangan Firas selamba bergerak ke perut si


isteri. Mata Dayang ditatap lama sebelum
diukir senyuman manis di wajah tampan itu.

"Kita terus hidup macam ni, ya? Dayang,


abang and baby kita."

Dayang senyum manis sebelum dia tarik


Firas ke dalam dakapan. Anugerah yang tidak
terhingga dia dapat. Apa amalannya pada
Tuhan sehingga Tuhan memberikan seorang
lelaki yang sayangnya lebih dari diri sendiri,
malah keluarga juga?
173
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

KASUT hitamnya menjadi kehadiran


pertama di dalam bilik kerja yang besar itu.
Dengan pakaian yang kemas, dia melangkah
menghampiri lelaki tua yang mungkin beza
sedekad dengannya. Melihatkan kerusi yang
membelakanginya itu, dia terus datang
mendekati.

"Dato."

Tegurnya dengan suara yang garau dan


keras. Dia sedia menurut apa sahaja yang
lelaki tua di hadapannya ini pinta.

"Aku ada kerja untuk kau."

"Apa saja, Dato."

"Kau ingat perempuan yang anak aku


gilakan?"
174
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Jejaka itu berlapis dahi. Anak dato gilakan


siapa? Ada perempuan lain ke selain isterinya?

"Dayang?"

"Ya..."

Dan lelaki tua yang bergelar dato itu terus


senyum sinis.

"Kau dah dapat tangkap apa aku nak


cakap, kan?"

"Tapi, Dato..."

Dan lelaki tua itu bangun. Dia pandang si


jejaka dengan penuh senyuman tipis. Diusap
lemah kot jejaka yang dipakai membuatkan si
jejaka menelan air liur sedikit.

"Kau kasihankan dia?"

Jejaka itu geleng pantas.

175
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Bukan ke itu hanya akan merumitkan


hubungan dato dengan anak dato?"

"Aku tak suruh kau bunuh pun. Cedera


sikit sudahlah..."

Dan jejaka itu angguk laju. Jika itu yang


dia perintahkan, demi duit, dia sanggup.

BERJALAN bersama yang tercinta lebih


seronok daripada menaiki kereta, bukan? Dapat
meluangkan masa lebih lama, itu yang pasti.

Tangan mereka tak mahu lepas. Firas


masih dengar bebelan si isteri tanpa sebarang
kata. Banyak saja mulut murai tu nak
bercerita. Kalau bukan pasal uni, pasti pasal
orang kampung. Yang si suami tu hanya
mendengar dengan senyuman manis. Dihargai
176
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

saja apa yang si isteri ceritakan. Nanti kalau


hilang, pasti rindu.

"Eleh, anak Pak Jamil tu!" Firas petik jari,


riak lagaknya muncul.

"Anak dia belajar overseas, apa dia ingat


orang belajar kat Malaysia ni tak pandai ke?"

Kutuk Firas dan Dayang ketawa kecil.


Orang suruh puji, bukan tunjuk lagak diri.

"Sayang..."

Firas berhenti melangkah dan matanya


memandang kedai yang tidak jauh dari mereka.

"Hm?"

"I saw something there..."

Dia muncungkan bibir dan Dayang berlapis


dahi. Gadis itu tolehkan pandangan dan apa
yang dia nampak membuatkan dia sedikit

177
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

terpesona. Bukan kedai bunga yang baru buka


tapi bunga daisy yang jelas tergantung!

"Can i go?"

"Sayang, abang tak boleh bau bunga lah..."


Bebel Firas sebelum menggeleng perlahan.

Dayang peluk lengan suaminya erat dan


kerdip mata beberapa kali. Nak pergi mana-
mana, kena minta izin suami dulu. Itulah sifat
seorang Dayang yang tidak lupa bahawa dia
adalah seorang isteri kepada Tengku Firas.

Firas mengeluh dengan senyuman tipis.

"Fine..."

"Oh, yeah!"

Jerit Dayang sebelum dia lepaskan


tangannya dari lengan Firas. Firas melihat
dengan senyuman tingkah laku si isteri.
Macam budak kecil nak pergi kedai mainan.
178
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Gila betul isteri dia ni dengan bunga daisy.


Malanglah si suami ni allergic bau bunga.

Dia hanya melangkah, melihat si isteri


melintas jalan dengan pantas. Setapak, dua
tapak, tiga tapak...

"DUSH!"

Satu bunyi kuat kedengaran dan senyuman


Firas tadi serta-merta hilang. Lututnya lemah.
Dirinya bagai hilang kawalan. Bukankah isteri
dia sedang melintas jalan? Kenapa dia dengar
bunyi hon dan melihat sebuah lori laju
bergerak? Dan kenapa tiada bayangan isterinya
sekarang?

Dia pandang ke tepi dan ramai orang


bagai berkumpul di tengah jalan tersebut. Dia
lari tanpa memikirkan lututnya yang lemah itu.
Ditolak semua tubuh manusia di situ, dia perlu

179
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

pastikan yang dilanggar itu bukan isterinya


walaupun matanya jelas menangkap tadi.

Melihat Dayang terbaring dengan


berlumuran darah membuatkan dia jatuh
melutut. Mata yang tadi sepet mengukir
senyuman manis, kini berkaca meratapi si
isteri.

"Sayang..."

Dia tarik kepala si isteri, letakkannya di


peha yang berotot itu. Wajah isterinya ditampar
berulang kali.

"Sayang... Bangun..."

Macam orang bodoh dia mengejutkan si


isteri. Air matanya gugur dan dia peluk erat
kepala isterinya. Orang sekeliling masih sibuk
merekod video dan mengambil gambar.

180
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas lap air matanya dan tarik salah satu


tangan jejaka yang masih setia memandang
mereka.

"B-Bang... C-Call ambulans... I-Isteri


saya..."

Dan tepat pada masa, guruh yang kuat


secara tiba-tiba kedengaran. Kalau tadi cuaca
mendung, sekarang sudah gelap.

Mata Firas tatap wajah si isteri. Air


matanya kembali gugur dan dia gerakkan
tangannya ke perut kempis si isteri.

"Sayang... T-Tahan sikit..."

Bisiknya lemah. Hari ini, dia tewas. Dia


benar-benar tewas apabila air matanya gugur
tak henti. Hujan yang turun langsung tidak
membuatkan dia berhenti dari memeluk si

181
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

isteri. Jarinya diletakkan di bawah hidung


Dayang dan...

"Allah..."

Tiada pernafasan walaupun sedikit.

"Isteri abang kuat... D-Dayang dah janji


nak jaga anak ni dengan abang... Tahan sikit,
sayang. Tahan sikit..."

182
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 15

TAK sempat buat majlis perkahwinan, satu


kampung kecoh dengan kisah Firas dan
Dayang. Katanya bertunang tetapi dah
mengandung? Bila diceritakan semula, mereka
yang mengutuk, laju saja memohon maaf. Ada
segelintir yang malu melihat Firas dan Dayang
apabila mereka ketahui bahawa suami isteri ini
kahwin kerana ditangkap khalwat. Tapi Razak
dan Nor sedikit pun tidak menyalahi si
menantu.

Mendengarkan kata-kata doktor, Firas jatuh


terduduk. Mungkin ini takdir bagi mereka. Dia
kehilangan anak dan sekarang si isteri sedang
koma di atas katil. Itu pun jika Dayang

183
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

berjuang untuk terus hidup, maka dia akan


hidup. Jika tidak...

Firas hadir ke kelas tanpa hiraukan kata-


kata orang sekeliling. Dia jalan selangkah demi
selangkah. Dia masih tak boleh lupakan
senyuman terakhir Dayang sebelum gadis itu
lari dan dilanggar sebuah lori di depan
matanya sendiri.

"Aku gagal jaga dia..."

Matanya berkaca, mengungkapkan dengan


perlahan. Langkahnya masih diteruskan,
selangkah demi selangkah.

"Dia percayakan aku untuk jaga dia..."

"Dia percaya pada janji aku..."

Dan air mata jejaka itu gugur. Langkahnya


terhenti, mengenang nasib. Dayang kelihatan
bahagia hidup dengan dia tapi kenapa dia tak
184
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

mampu jaga Dayang sebaik-baiknya?


Pandangannya kabur, jantungnya berdegup
kencang. Dia bagai mahu pitam, kakinya bagai
melawan untuk terus melangkah. Malang
sekali, dia hampir jatuh akibat terlalu pening.

"FIRAS!"

Suara seorang jejaka menyambut bahu


Firas membuatkan Firas semakin berkaca mata.
Tiada apa lagi yang dia fikirkan selain
daripada isterinya yang sedang bertarung
nyawa di hospital.

"Kau okay tak?"

Tanya Farhan sebelum menarik tubuh Firas


duduk di atas kerusi di cafeteria itu.

"A-Aku pening..."

185
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Ucapnya perlahan dan Farhan pandang


Loqman di tepi. Dia hulurkan tangan dan laju
saja Loqman keluarkan air mineral.

"Minum ni..."

Farhan buka penutup botol sebelum dia


beri jejaka itu minum. Firas dengan gelojoh
menelan air mineral, bagai tak minum sebulan!

"Firas, tak payah masuk kelas lah. Kau


teruk sangat ni..."

"A-Aku okay..." Firas menjawab lemah dan


Adib geleng.

"Kau tak okay, Firas. Jangan degillah!"


Marah si Farhan dan Firas terdiam seribu
bahasa.

"Han..."

"Hm?"

186
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Farhan pegang bahu Firas dan Firas bagai


terkebil-kebil mahu bercakap.

"H-Hantar aku pergi hospital. A-Aku nak


jumpa Dayang..."

"Firas, kau tak sihat... Aku balik hantar


rumah kau..."

"Aku nak jumpa isteri aku... A-Aku kena


ada dengan dia..."

"Firas, kau boleh tak jaga diri kau? Dah


berapa hari kau jalan terhuyung-hayang macam
tu? Kau terlalu fikirkan masalah, Firas...
Fikirkan diri kau tu sikit..."

"I-Isteri aku tengah bertarung nyawa,


Farhan... H-Hantar aku... Tolong?"

Farhan pandang Loqman perlahan dan


jejaka itu mengeluh berat sebelum diangguk
kepala, memberi pesetujuan.
187
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Hospital Dayang kat mana?"

FIRAS jalan memegang dinding. Dia


masih tak mampu jalan seperti sedia kala.
Kepalanya pening dan dirinya lemah, bagai
mahu pitam. Kerusi ditarik dan dia labuhkan
punggungnya. Wajah isterinya di atas katil
masih dipandang sayu. Tangan lembut Dayang
terus ditarik dan digenggam.

"Assalamualaikum, isteri abang... Abang


datang ni... Sayang dengar suara abang, kan?"

"Dayang... A-Abang jadi tak biasa hidup


sorang... Abang tak mampu jaga diri abang...
Dayang tak penat ke siksa abang macam
ni...?"

"Tengok tu..."
188
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas pandang meja di hujung katil dengan


senyuman tipis.

"Hari-hari abang beli bunga daisy untuk


sayang... Harini, abang minta maaf ya? Kepala
abang sakit... Abang tak sempat nak pergi beli.
Ini pun Farhan hantar abang."

"Dayang tak marah abang kan, sayang?"

Dan air mata isterinya mengalir. Senyuman


tipis milik Firas mula diukir dan dia kucup
tangan isterinya lemah.

"Dayang kenal abang, kan?"

"Abang tengah cari lagi siapa yang langgar


Dayang. Bila abang dapat... Abang... Akan
tarik dia ke mahkamah."

"Bukan ke Dayang kata... Dayang tak suka


abang balas dendam cara kotor?" Matanya
berkaca.
189
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang janji abang akan jumpa Adam.


Abang akan minta maaf dengan dia, akui silap
abang. Tapi Dayang pun kena bangun ya?
Janji dengan abang... Dayang akan bangun
lepas abang cuci salah silap abang..."

Firas tersenyum dan usap pipi isterinya


lembut. Dikucup berulang kali tangan Dayang
dan air matanya mengalir perlahan.

ADAM pandang gadis itu tanpa sepatah


kata. Dah berminggu tetapi mereka masih tidak
bertegur sapa seperti pasangan suami isteri
yang lain. Walaupun layanan Marsha
terhadapnya jelas berbudi bahasa, namun
hatinya masih tak puas hati dengan kejadian
yang berlaku.

190
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Adam melangkah beredar dari ruang tamu.


Tak mahu naikkan amarah dalam hati, lebih
baik dia solat saja dulu.

"Abang..."

Suara ayu itu membuatkan Adam terhenti


langkahnya.

"Abang nak solat."

Jawabnya tanpa memandang tetapi


tangannya dicapai Marsha lembut.

"Abang..."

Adam tepis tetapi Marsha kembali


mencapai lengan si suami. Adam pusing
menghadapnya dan geleng perlahan.

"Abang terima Marsha sebagai seorang


manusia dah cukup. Belum tiba masanya untuk
abang terima Marsha dengan apa yang dah
jadi."
191
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Kalau betul abang terima Marsha, kenapa


tak pernah layan Marsha macam seorang
isteri?" Tanyanya lembut.

"Marsha sakit, abang tak kisah. Marsha


masak, abang tak makan, Marsha cuba ada
dengan abang, abang yang mengelak."

"Duit nafkah abang dah bagi, kan?"

"Marsha tak cakap tentang duit nafkah..."

Adam angguk perlahan dan mengeluh


berat.

"Apa yang Marsha pandangkan sangat


dengan abang yang kerja repair kereta ni? Apa
yang Marsha gilakan lelaki yang bernasib
malang ni sampai sanggup buat diri sendiri
kena tangkap khalwat?"

Marsha tundukkan pandangan. Adam masih


tak tahu kebenaran dan dia sudah mula
192
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

menuduh melulu. Kecewa? Ya, dia kecewa


dengan suaminya. Namun apa boleh buat?
Miliki Adam sudah cukup, bukan?

"Maaf... Marsha takkan kacau abang dah..."

Marsha geleng perlahan sebelum buka


langkah ke dapur. Setapak, dua tapak,
lengannya ditarik lembut.

"Abang tak habis cakap lagi..."

Marsha pusing badannya sebelum mata


Adam dipandang sayu.

"Abang nak cakap apa?"

"Marsha kenal Tengku Firas, betul?"

Marsha diam. Fuh, air liur ditelan. Mati


gamaknya dia lepas ni.

"Dia suruh buat ke, Marsha?"

"Marsha nak masak..."

193
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang tanya ni, jawablah! Sampai bila


Marsha nak sorok kebenaran dari abang?! Ke
nak tunggu surat mahkamah sampai baru
Marsha nak bagitahu?!"

Mata Marsha berkaca serta-merta. Surat


mahkamah... Cukup ditapis tapi dia faham...

Dia angkat kepala dan senyum tipis


memandang Adam.

"Apa gamaknya ada pada diri Dayang tu


sampai boleh buat Adam Dzaki jatuh cinta
dengan dia, kan...?"

"Marsha tahu ini bukan soal Dayang..."


Keras suara si suami dan Marsha angguk
lemah.

"Kenapa? Marsha kemaruk nak tidur


dengan Firas? Dapat tidur dengan jantan tu

194
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

and dia suruh Marsha acah-acah tidur dengan


abang sampai kena tangkap basah. Betul?"

Marsha diam serta-merta. Hatinya disiat-


siat. Sebegitu jijik dia dituduh? Dengan suami
sendiri? Ya Tuhan...

"Sampai macam tu abang tuduh Marsha..."

Air matanya mengalir perlahan. Buat kali


pertama, Adam nampak air mata yang
bukannya pura-pura. Air mata yang benar
menunjukkan hatinya disiat-siat.

"Astaghfirullalhazim..." Mengucap lemah


jejaka itu.

"Marsha, abang minta maaf... Abang tak


maksudkan benda tu..."

Dia cuba dekati Marsha tetapi gadis itu


berundur perlahan.

195
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Tak... Tak apa... Mungkin sebab abang


nampak Marsha rapat dengan banyak jantan...
Jijik betul kan isteri abang?"

"Marsha, abang tak maksudkan macam


tu..."

Sungguh, dia hilang kawalan sehingga


menuduh melulu tadi. Dia cuma penat mencari
kebenaran. Isteri depan mata tapi dia sendiri
tak nak beritahu.

"Marsha masak dulu..."

Dia melangkah beredar dan Adam


pandangnya sayu. Mengucap jejaka itu
dibuatnya. Tadi hati dah panas, nak pergi solat
tapi ditahan pula. Kan dah melepas pada si
isteri.

196
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 16

TELEFON yang berdering kuat


membuatkan jejaka itu mengangkat kepala.
Terjaga dia dibuatnya. Tangan Dayang
dipandang dan matanya teralih memandang
wajah isterinya pula. Masih tutup mata...

Bilik yang gelap itu membuatkan Firas


tercari-cari telefon bimbitnya yang menjerit
tadi. Apabila dicapai, nama seorang jejaka
kelihatan.

"Hello?"

"Firas, dah tidur?"

Firas angguk lemah.

"Hm, dah..."

"Sorry kacau kau pagi-pagi buta ni."

197
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"It's okay, bro... Kenapa?"

Firas urut dahinya dan pejam mata. Letih


sangat duduk hospital dari siang.

"Aku dah jumpa orang tu..."

"Siapa?"

Diam. Sesaat... Dua saat...

"Shafiq?"

"Kita jumpa esok? Aku susah nak explain


dalam call."

Firas angguk lemah. Dada diusap perlahan,


hatinya bagai terasa dengan sesuatu. Sesuatu
yang dia rasa Shafiq berat hati untuk beritahu.

"Kat mana?"

"Aku datang hospital. Kau tak boleh lepas


bini kau, kan?"

198
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas senyum tipis. Benar, dia tak boleh


tinggal isterinya walaupun sesaat. Dia jadi
hilang kawalan. Selagi isterinya tak pulih,
selagi tu dia akan hadap dirinya yang sukar
dikawal kerana risau keterlaluan.

"Sambunglah tidur. Esok kita jumpa."

"Aku tunggu..."

Dan panggilan dimatikan. Firas letakkan


telefon di atas meja dan dia bangun perlahan.
Punggungnya dilabuhkan di atas katil dan
wajah Dayang diusap lembut.

"Sayang... Abang ada great news..."


Tersenyum dia berkata.

"Abang dah jumpa siapa yang langgar


sayang. Abang janji... Abang akan bawa dia ke
mahkamah. Sayang bangunlah ya? Kita

199
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

selesaikan benda ni sama-sama. Abang takut


abang tak mampu..."

Firas geleng perlahan. Dia seakan-akan


mendengar bahawa si isteri sedang
memujuknya untuk berehat.

"Tak... Abang tak penat... Untuk Dayang,


abang akan buat apa saja. Untuk isteri abang
hidup bahagia, abang akan buat apa saja..."

Tipis senyuman yang diukir sebelum dahi


isterinya dikucup lembut.

"Bangun untuk abang ya, sayang? Abang


tunggu... Abang akan tetap tunggu..."

Dan air matanya bergenang. Dia peluk


isterinya perlahan dan kucup telinga isterinya
berulang kali. Dalam hati tak henti mendoakan
pemulihan isterinya. Sabar, Firas. Tuhan itu
ada. Dia akan sentiasa ada. Sungguh, sabar itu

200
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

kunci. Lambat-laun, insyaAllah isterinya akan


bangun.

DALAM fikiran, dia bercelaru. Khabar


duka tentang kemalangan yang menimpa
Dayang benar-benar buat dia risau. Tapi pada
yang sama, sedarkah dia bahawa dia juga
mempunyai isteri yang sedang berseorangan di
dalam bilik?

Rumah kampung yang disewa ini tak ada


banyak bilik. Cukup untuk keluarga kecil.
Sepanjang perkahwinan, sekali pun Adam tak
pernah tidur sebilik dengan isterinya. Katanya,
biarlah Marsha tidur di dalam dan dia tidur di
ruang tamu. Dia masih belum bersedia untuk
terima Marsha sebagai seorang isteri.

201
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Kerana kesilapan yang telah terjadi atau


cintanya terhadap Dayang?

Kata Razak, Dayang dijaga baik oleh Firas


tetapi dia masih koma. Mendengar khabar
gadis itu masih hidup sudah cukup baik untuk
dirinya. Dan khabar berita tentang Dayang dan
Firas sudah berkahwin, benar-benar
mengejutkan dirinya. Patutlah Firas sindirnya
dengan kata-kata sebegitu, sudah menjadi isteri
dia rupanya...

Kecewa? Itu pasti tapi takdir Tuhan, siapa


mampu lawan?

Melihat lauk yang sudah sejuk di bawah


tudung salji membuatkan dia tatapnya lama.
Makanan sudah siap sejak siang tadi tapi dia
langsung tak sentuh. Si isteri bersusah-payah
masak tapi dia tak pernah merasa. Sekejam
itukah dia?
202
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Bilik Marsha dikerling perlahan. Sejak


kejadian siang tadi, Marsha terus masak dan
berkurung. Dia langsung tak nak keluar. Berat
benar tuduhan Adam siang tadi... Air mata
yang dia lihat tak sama dengan air mata
semasa mereka ditangkap khalwat. Dan dia
tahu Marsha benar-benar terasa dengannya...

Adam senyum tipis dan buka api gas.


Takkan nak makan makanan sejuk macam ni?
Panaskan sajalah.

Saat menjadi minit. Akhirnya dia panaskan


juga semua lauk yang terhidang di atas meja.
Teh o ais air tangannya juga sudah siap
terhidang. Sekarang, Marsha saja menjadi
masalahnya.

Kaki melangkah ke bilik Marsha sebelum


ia diketuk perlahan.

203
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Marsha... Abang masuk ya?"

Ucapnya lembut dan dia pulas tombol


pintu. Pintu dibuka luas dan dia jenguk
memandang Marsha yang masih sibuk menatap
telefon. Gadis itu angkat kepala dan dia terus
gosok matanya yang merah. Bukan Adam tak
sedar tapi dia buat-buat tak perasan saja. Apa
gadis itu masih terasa dengan dia?

"Marsha..."

Adam labuhkan punggungnya di sebelah


Marsha dan gadis itu beriak tenang.

"Abang nak Marsha buat air ke?"

Adam geleng perlahan dan dia tatap gadis


itu lama.

"Marsha masih terasa dengan abang ya...?"

Marsha geleng acuh tak acuh. Benarlah,


dia masih terasa.
204
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang minta maaf... Abang tak


maksudkan macam tu pun. Cuma abang frust
lah bila Marsha tak bagitahu abang kebenaran
kes kita dulu..."

"Abang terlepas kata tadi... Abang minta


maaf ya?"

Marsha geleng laju.

"Tak apa... Marsha okay... Abang nak


makan? Marsha panaskan lauk kejap..."

Dia bangun dari terus duduk di sebelah


Adam tetapi jejaka itu tariknya duduk kembali.

"Abang dah panaskan dah... Kita makan


sama nak?"

Lembut suaranya membuatkan Marsha


tundukkan pandangan. Makan bersama? Tak
pernah... Majlis perkahwinan mereka adalah
makan bersama yang pertama dan terakhir...
205
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Kalau abang tak selesa, tak apa... Abang


makan lah dulu. Marsha makan lepas abang
makan."

"Tak, abang betul nak makan dengan


Marsha. Abang dah panaskan lauk, siapkan teh
o..."

Dan Marsha pandangnya lama. Dia


mengeluh berat sebelum senyuman tipis diukir.

"Tapi boleh jujur dengan abang dulu...?


Abang tak marah, abang janji... Marsha kenal
abang macam mana. Kita kawan dari kecil..."

Marsha senyum tipis. Iyalah... Marsha


berkawan rapat dengan Aishah, adik Adam
yang masih bersekolah. SPM rasanya tahun
ni... Tapi malang sekali, Marsha jatuh suka
pada Adam. Kelakar... Tapi itulah
kebenarannya.

206
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Masa kita kawan dulu... Abang selalu


nampak Marsha dengan lelaki lain-lain.
Kebenarannya, Marsha tak macam tu pun...
Marsha anggap abang akan cemburu sebab
Marsha dah jatuh suka dekat abang... Tapi
abang tak pernah pandang Marsha, jauh
sekali... Marsha bukan Dayang, kan?"

Ceritanya perlahan. Berat hati untuk


beritahu kebenaran tapi dia berharap agar ini
bukan perbualannya dengan Adam yang
terakhir.

"Bila Abang Firas datang... Marsha kenal


dia... Marsha kenal dia masa Marsha pergi
bandar dulu dengan mama papa... Pada
awalnya dia tak kenal Marsha jadi Marsha
cuba dekat dengan dia bila abang ada di
sekitar kami... Anggapan Marsha, abang

207
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

cemburu... Malang sekali, abang gelak tawa


dengan Dayang..."

Ya, pada hari Dayang dan Firas keluar


membeli makanan di gerai Mak Siah, Marsha
sengaja mengambil kesempatan mendekati
Firas. Tujuannya untuk membuat Adam
cemburu tapi nampak gaya...

"Abang Firas dapat tahu Marsha suka


abang dari kecil... Dia yang rancang untuk
Marsha dan abang ditangkap khalwat... Dia tak
bayar apa pun pada Marsha. Sebaliknya, kami
membantu antara satu sama lain. Dia nak
malukan abang dan Marsha nak hidup dengan
abang."

Matanya berkaca memandang Adam.


Sungguh, dadanya sesak bercerita.

208
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Marsha tak mampu nak suka orang lain


selain abang... Bila Marsha dapat tahu Abang
Firas dengan Dayang sebernanya dah kahwin,
Marsha setuju untuk malukan diri sendiri
dengan abang... Marsha nak abang sedar
yang... Marsha ada untuk gantikan Dayang...
Dayang itu isteri orang, memang patut Abang
Firas cemburu bila abang dekat dengan isteri
dia. Lagi-lagi dia tahu pasal hal perancangan
keluarga abang dengan Dayang untuk jodohkan
korang dua..."

Marsha gosok matanya perlahan dan


mengeluh berat.

"Kalau abang rasa ini dah cukup untuk


hantar surat mahkamah, buatlah... Marsha tak
mampu nak paksa abang suka Marsha, kan?
Kalau sebagai isteri pun, abang tak mampu

209
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

jatuh sayang pada Marsha, apatah lagi sebagai


kawan?"

"Marsha... Tak... Marsha jangan ingat apa


yang abang cakap pada Marsha siang tadi.
Abang tengah naik angin masa tu. Bila marah,
kita cakap lepas, kan? Macam tu juga
abang..."

Tangan Marsha dicapai perlahan dan dia


usap lembut.

"Kenapa tak terus-terang dari awal? Kan


senang abang nak jatuh sayang pada Marsha
lagi cepat."

Tawanya keluar dan Marsha menyambut.


Adam usap rambut si isteri dengan senyuman
manis.

"Kita makan, kita solat sama... Nak?


Malam ni abang tidur dengan Marsha, ya?"

210
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dan laju saja Marsha angguk. Impiannya


tercapai. Apa dia berjaya buat Adam jatuh
cinta padanya? Adam Dzaki yang tak pernah
pandang dia langsung, tapi hari ini mereka
mulakan percintaan sebagai sepasang suami
isteri.

Adam buka dakapan dan Marsha peluknya


perlahan. Dahi Marsha dikucup lembut. Tak
henti tangan kasar itu mengusap rambut lurus
si isteri. Adam tersenyum manis menerima
pelukan hangat Marsha.

Mulai hari ini, dia bukan lagi jejaka yang


mencintai Dayang Dahani. Dia akan belajar...
Belajar mencintai seseorang yang halal
buatnya, seseorang yang sudah bergelar
isterinya... Marsha Fazilah.

211
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 17

WAJAHNYA riak tenang. Tangan terus


memeluk tubuh, memandang pemandangan di
luar hospital itu dari tingkap bilik. Shafiq
bersandar di dinding bilik, memandang Firas
yang mungkin sudah membara api kemarahan
di hati.

Mata Firas dipejam dan dia dongak


kepalanya perlahan.

"Firas..."

"Kau dah check betul-betul?"

Tanya Firas nada keras dan Shafiq angguk


perlahan.

212
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Dah tiga empat kali aku check, Firas.


Aku berat hati nak bagitahu kau sebab tu aku
kena datang hari ni."

Firas masukkan tangan ke dalam poket dan


pusing memandang Shafiq. Dia angguk lemah
sebelum tubuh isterinya di atas katil dikerling
perlahan.

"Tak apa, aku handle."

"Firas, kau jangan buat benda diluar


kawalan kau..."

"Aku tahu, Shafiq... Aku tahu..."

Dia tipiskan senyuman dan tepuk bahu


Shafiq beberapa kali. Keluhan berat
dikeluarkan. Sungguh... Tuhan saja faham
perasaannya hari ini. Tak cukup dengan
kesedihan isterinya koma, ditambah lagi ujian
dengan kebenaran yang sebenar.

213
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Rest lah... Aku balik dulu, ya?"

Firas hanya mampu mengangguk. Mulutnya


bagai terkunci, lemah sangat hati ni rasa. Tapi
Shafiq tahu, Tengku Firas takkan berdiam diri.
Dia tahu siapa Tengku Firas...

Shafiq melangkah, mahu keluar dari bilik.


Baru saja mahu membuka pintu, suara garau
Firas kedengaran kuat.

"Shafiq."

Shafiq berpaling.

"Bawa aku."

"Tapi Dayang?"

Shafiq pandang tubuh Dayang yang


terbaring itu perlahan.

Firas menggeleng.

214
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Umi dengan abah akan sampai... Aku dah


janji dengan Dayang untuk bawa orang yang
langgar dia ke mahkamah. A-Aku dah janji tak
nak buat kerja kotor lagi..."

"Firas... Tapi tu mommy daddy kau..."

Dan Firas tatap Shafiq lemah. Dia tahu...


Dia tahu itu adalah orang tuanya. Tapi janji
tetap janji. Dayang adalah kebahagiaannya.
Jujur dari hati, dia lebih memilih si isteri
daripada orang tuanya.

BUNYI tapak kasut itu berlari kedengaran


kuat di pejabat milik Dato' Adhan. Ramai
pekerja memandang. Jarang sekali nak tengok
si Haqeem ni lari lintang-pukang.

Jejaka itu terus masuk tanpa mengetuk.


215
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"DATO!"

Tercungap-cungap dia dibuatnya. Adhan


dan seorang pekerja lelaki yang sibuk berbual
tentang hal kerja terus terhenti. Maryam pula
masih terduduk sopan di sofa yang disediakan,
membelek fail yang sedia ada. Mereka bertiga
serentak memandang pintu dan dahi mereka
berlapis seketika.

"We talk later."

Dia senyum tipis memandang pekerjanya


dan jejaka itu bangun dengan fail di sisi.

"Okay, Dato. Just call me when you need


me."

Dia tunduk hormat sebelum melangkah


beredar meninggalkan sosok tubuh orang tua
itu. Pekerja itu keluar dan Haqeem melangkah
masuk. Pintu yang sudah ditutup itu dipastikan

216
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

rapat sebelum Adhan melangkah mendekati


jejaka yang sentiasa berpakaian kot itu.

"What's wrong?"

"Dato... S-Saya rasa... Firas dalam


perjalanan. He knows... Dia tahu Dato yang
hantar orang untuk langgar isteri dia."

Dan pintu dibuka kasar secara tiba-tiba.


Mereka berpaling dan terlihat pembantu
peribadi Adhan pula bagai gelisah memandang
mereka. Tak sempat bertanya, seorang jejaka
masuk tanpa sebarang kata. Melihatkan sosok
tubuh itu, Maryam bangun serta-merta.

"Maaf, Dato. Saya dah cuba halang anak


Dato tapi..."

Tangan Adhan diangkat. Pembantu


peribadinya yang jelas memakai dress berwarna

217
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

kuning terus terdiam dan angguk sebelum


berundur, menutup pintu dengan rapat.

"Firas... What are you doing here?"

Tanya Adhan sinis. Dah lama si anak tak


bertanya khabar, tup, tup, muncul pula?

"Firas..."

Maryam senyum tipis melihat kehadiran


anaknya. Ya, kecewa itu ada tetapi jauh sekali
mahu buang anak sulungnya ini.

"Eh, kenapa Dato tanya? Saya datang ni


nak puji Dato."

Firas mula bersuara dan senyumannya sinis


kelihatan. Dia memandang Haqeem perlahan
dan Haqeem menundukkan pandangan,
berundur ke belakang tanpa sebarang kata.
Sejujurnya, anak dengan bapa, sama saja.
Menakutkan.
218
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Dato dengan Datin pandailah. Smart."

Dia berdecit. Punggungnya disandarkan


pada meja kerja bapanya sebelum tubuh
dipeluk.

"Dato dengan Datin nak tahu satu cerita


tak?"

Adhan pandangnya dengan pandangan


tajam manakala si isteri sudah pandang
anaknya dengan pandangan sayu. Haqeem...
Dulu dia rapat dengan Firas. Tapi sejak
kebelakangan ini, dia terpaksa ikut kata Adhan
untuk mendapatkan duit lebih. Sejujurnya, dia
tahu apa yang Firas mahu sampaikan.

"Haritu... Ada sepasang suami isteri keluar


bersama. Perempuan tu happy sangat dengan
suami dia... Dorang senyum, dorang gelak...

219
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tiba-tiba dorang nampak kedai bunga." Firas


gelak kecil.

"Perempuan tu suka bunga tau. Bunga


daisy. Tapi malang sekali, suami dia tak kasi
sebab suami dia ni allergic bau bunga. Isteri
dia degil, beri sajalah, kan?" Ceritanya dengan
senyuman terukir.

"Masa isteri dia lintas, ada lori langgar


dia..."

Senyumannya perlahan-lahan pudar. Dia


terus memandang bawah, menahan sebak di
dada. Sekuat mana pun dia tunjuk pada semua
orang, dia tewas sekiranya ia soal isterinya.

"Allah saja tahu apa perasaan suami dia


masa tu, Dato... Isteri kena langgar depan
mata... Apa gamaknya dosa suami isteri tu,
kan...?" Soalnya lemah.

220
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Good news dia... Isteri dia hidup. Dah


better sikit tapi masih koma..."

Firas angkat kepala memandang tiga sosok


tubuh badan di hadapannya itu lama.

"Tapi anak dia mati..."

Matanya berkaca dan dia gelak kecil, cuba


mengawal perasaan.

"Isteri dia mengandung tau... Suami dia lah


orang yang paling happy kalau Dato dengan
Datin nak tahu. Sedih kan? Anak dia tak
sempat tengok dunia... Tapi anak dia dah
pergi. Isteri dia masih koma... Ada peluang ke
untuk isteri dia hidup, Datin Maryam?"

Mata merah itu pandang si ibu sayu.


Sungguh, itu bukan saja mengejutkan Maryam,
malah Haqeem dan Adhan juga turut

221
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

terperanjat. Mengandung? Kenapa mereka


langsung tak tahu pasal tu?

"D-Dayang mengandung, Firas...?" Haqeem


lembut bertanya dan Firas mengeluh perlahan.

"Anak Firas, mommy... Daddy... Darah


daging Firas..."

"Firas, m-mommy tak tahu..."

Firas geleng laju.

"Tak, mommy jangan tipu Firas! Mommy


tahu! Mommy tahu daddy suruh Haqeem hantar
orang langgar isteri Firas!"

"Firas, mommy tak tahu dia mengandung..."

"Kenapa bukan Firas, daddy...? Kenapa


bukan Firas yang kena? Kenapa tak bunuh
sekali Firas...? Bukan ke itu yang Dato' Adhan
nak...?"

222
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas menunduk, menekup matanya. Air


mata cuba ditahan. Ya Tuhan... Beratnya ujian
kali ini.

Firas pandang Haqeem sayu dan Haqeem


melangkah mendekati Firas yang sudah
dianggap adik kandung sendiri sejak dia
bekerja dengan Adhan. Tangannya diangkat,
mahu menyentuh bahu Firas tetapi Firas tepis
laju.

"Jangan sentuh aku..."

"Firas, aku salah..." Dia menyalahkan


dirinya.

"Aku gilakan duit. Dato bayar aku banyak,


Firas..."

"Duit tu boleh kembalikan nyawa anak aku


ke, Haqeem?"

223
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Terkedu mereka bertiga dan Firas senyum


tipis.

"Daddy tahu tak? Masa Firas suka Dayang


kan, Firas tak mampu buat apa. Firas cuma
boleh berangan. Dia perempuan pertama yang
Firas idamkan untuk hidup bersama. Tapi Firas
tak pernah sangka kahwin dalam keadaan
sebegitu. Bila isteri Firas mengandung, Firas
rasa nak bagitahu satu dunia. I-I'm gonna be a
dad... Firas tak sabar nak habis belajar, Firas
nak kerja, nak jaga anak bini Firas... But who
knows? My own parents musnahkan impian
Firas..."

"Daddy tak ada niat, Firas. Firas tahu kan


daddy ni macam mana?" Suara garau lelaki
tua itu menjawab dan Firas angguk perlahan.

"Firas tahu. Tapi kenapa Dayang...? K-


Kenapa isteri Firas...? Kenapa bukan Firas
224
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

yang kena langgar, daddy? Apa dosa isteri


Firas pada daddy? Daddy tak pernah jumpa
dia pun..."

Benar, apa dosa gadis itu pada keluarga


Firas? Hanya disebabkan taraf? Hanya
disebabkan kebahagiaan yang anaknya miliki,
mereka hancurkan segalanya? Itukah
kebahagiaan seorang bapa?

"Firas dah janji untuk... Bawa orang yang


langgar dia ke mahkamah..."

Dan beberapa anggota polis yang kemas


berseragam itu terus melangkah masuk ke
dalam bilik milik Adhan.

"Firas?" Wajah si anak dipandang sayu.


Berubah wajah kedua orang tuanya. Pasangan
suami isteri itu digari kemas dan Adhan
pandang Haqeem pula.

225
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Haqeem...?"

Jejaka itu menoleh memandang Adhan


dengan tangan yang sudah merelakan diri
untuk digari.

Firas tatap mereka lama. Kaki mereka


melangkah dan mata mereka memandang si
anak sayu. Ya, hatinya berat merelakan mereka
pergi digari begitu. Tapi pesalah seperti mereka
perlu dihukum, bukan? Adik? Oh, Fairuz... Tak
apa lah. Adiknya masih bersekolah. Jika dia
perlu jaga, maka dia akan jaga. Buat masa
sekarang, biarlah Fairuz duduk saja bersama
Shafiq.

Tangan di dada terus dia genggam. Mata


yang berkaca tadi menjadi sepet akibat
senyuman tipisnya. Dayang, abang dah
tunaikan janji abang...

226
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 18

TANGAN kasar jejaka itu terus mencapai


tangan lembut si isteri. Hati Tengku Firas
menjadi lembut apabila wajah si isteri
dipandang sayu.

"Sayang... Abang ada berita baik..."

"Mommy dengan daddy dah terima


hukuman. Dorang dalam penjara..."

Firas gelak kecil, bukan gila tetapi seakan-


akan mendengar rungutan manis si isteri.

"Abang berat hati, sayang. Tapi dorang


kena belajar dari kesilapan, kan? Biarlah abang
dengan Dayang saja, ya?"

"Dah nak dua bulan Dayang tak cakap


dengan abang. Dayang betul marah abang ke,

227
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

sayang? Tak nak bangun cakap dengan abang?


Tak rindu abang ke, Dayang?"

"Abang ada sad news untuk Dayang.


Abang..." Perlahan keluhannya dikeluarkan.

"Abang berhenti belajar... Abang kerja tau.


Abang nak jaga Dayang. Kalau tak, siapa nak
bagi isteri abang makan?"

Dia ketawa kecil. Air matanya serta-merta


menitis, menyedari dia sedang bercakap
seorang diri.

"Tolong bangun, sayang... Abang gagal


jaga sayang, takkan sayang merajuk lama
macam ni...?"

Tangan Dayang dikucup perlahan. Air


matanya mengalir dan matanya dipejam. Tak
tertahan rindu ini. Sukar untuk hidup tanpa si
isteri di sisi.

228
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Firas..."

Firas mengeluh berat. Dia pusing


memandang sosok tubuh seorang jejaka di
belakangnya yang baru saja tiba dengan
makanan di sisi.

"Fiq... Dayang tak nak bangun ke...? Dia


merajuk dengan aku ya, Fiq?"

"Firas, kau merepek apa ni?" Dia melutut


di hadapan Firas dan Firas geleng perlahan.

"Aku dah tepati janji aku. Aku dah bawa


mommy daddy pergi jail. Kenapa dia tak nak
bangun, Fiq? Aku tak larat nak hidup sorang...
Dah lama dia tak masak untuk suami dia,
Fiq... Dah lama dia tak bual dengan aku,
peluk aku..."

"Firas! Kau kenapa ni?!"

229
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tak tertahan sebak di dada, Firas terus


ditengking. Mata merah Firas ditatap lama.
Sungguh, Firas tak pernah menunjukkan
kesedihannya pada sesiapa tetapi hanya kerana
isterinya, jejaka ini tewas serta-merta.

"Isteri kau koma, Firas. Dia masih


perlukan rehat... Bagilah dia rehat, Firas... Kau
tak kasihankan isteri kau ke?"

"Aku rindu Dayang, Fiq. Aku rindu isteri


aku..."

Dan Shafiq terus berdiri, memeluk


sahabatnya yang terduduk sayu di atas kerusi.
Badan Firas diusap kasar, menenangkannya
supaya bersabar.

"Ada orang nak jumpa kau, Ras..."

"Siapa...?"

230
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas bertanya lemah dan Shafiq senyum


kecil. Mungkin inilah masanya untuk dia dan
Firas memohon maaf pada orang itu.

ADAM peluknya erat dengan senyuman.


Dia nampak Firas keluar dari bilik dengan pipi
yang basah. Mata Firas tak boleh menipu.
Jelas jejaka itu baru lepas meratapi si isteri
yang masih tak sedarkan diri di atas katil.

"Adam..."

Firas sebut perlahan sebelum dia peluk


jejaka itu erat. Air mata Firas mengalir sekali
lagi. Melihatkan wajah Adam, dia sebak.
Banyak dosanya dengan jejaka ini dan Dayang
tak pernah berhenti menasihatinya untuk

231
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

berubah. Apabila perkara seteruk ini sudah


terjadi, pastilah dia memilih untuk berubah.

"Firas... Apa nangis ni?"

"Aku minta maaf, Dam... Aku minta


maaf..."

Adam senyum tipis memandang Shafiq dan


Marsha yang berdiri bersebelahan, memandang
Firas dan Adam yang masih memeluk antara
satu sama lain erat.

"Dah... Aku dah maafkan kau... Lama dah,


Firas. Aku faham kau sayang isteri kau, kan?"

Adam leraikan pelukan dan usap bahu


jejaka di hadapannya itu perlahan. Senyuman
tipis dikeluarkan.

"Aku takut nak datang jenguk Dayang...


Maaf ya?"

232
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas ketawa kecil dengan air mata yang


masih membasahi pipi. Dia lap air matanya
dan geleng perlahan.

"Janji kau dah datang kan sekarang?"

"Aku dengan Marsha memang kat bandar.


Tadi si Marsha ni mengadu sakit perut, tu
yang pergi check. Kau nak tahu apa?"

Kening Firas dijongket perlahan.

"Aku nak jadi abi..."

Dan Firas senyum manis. Air mata


bergenang kembali. Sebak tetapi dia gembira.
Dia gembira untuk Adam. Tapi mendengarkan
perkataan itu, dia sedar dia gagal menjadi
seorang suami dan ayah yang baik. Dia gagal
lindung anaknya untuk terus hidup.

"Allah..." Firas peluk Adam sekali lagi,


menepuk tubuh jejaka itu.
233
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Aku happy untuk kau, Adam..."

Adam ketawa kecil dan usap badan Firas


perlahan. Entah kenapa Firas dapat rasakan
usapan itu bagai sesuatu.

"Kau adalah suami yang baik, Firas. Apa


yang jadi, bukan salah kau. Jangan pernah
salahkan diri kau, ya?"

"Walaupun anak aku pergi, Adam?"

"Allah sayang anak kau. Takdir Allah ni


kita tak boleh halang, Firas. Tapi percaya
cakap aku. Ada hikmah atas semua yang jadi.
Mungkin Allah nak kau jaga Dayang betul-
betul dulu?"

"Adam...”

"Ya...?"

Pelukan masih tak dilepaskan, dia tak


mahu. Dia selesa berada dalam pelukan Adam.
234
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dia perlukan pelukan seseorang. Pelukan yang


dia tak pernah dapat sejak kecil. Pelukan
seseorang dengan penuh kasih sayang.

"Kalau Marsha izinkan, boleh kau pujuk


Dayang untuk bangun?"

Pelukan akhirnya dileraikan. Adam berlapis


dahi dan pandang jejaka di hadapannya dengan
penuh simpati. Tengku Firas yang dulu dia
kenal, dengan apa yang di hadapannya
sekarang... Lain...

Tengku Firas yang dahulu, tiada keperitan


dalam hidup. Dia seorang yang akan buat apa
saja untuk tuntut haknya. Dia kejam. Tapi
Tengku Firas yang di hadapannya ini... Dia
tewas dengan segala perkara. Isteri, anak dan
diri sendiri. Adam tahu, dalam hati jejaka itu
tak henti menyalahkan diri.

235
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Jika ikutkan hati, Adam masih sakit hati.


Dia ditangkap khalwat sebab Firas. Dia
dibuang universiti juga sebab Firas. Tapi
mungkin ada hikmah. Lihatlah... Kalau dia tak
dibuang universiti, mampukah dia menjaga
Marsha dengan baik walaupun dia tidak tahu
bahawa dia akan kahwini Marsha dengan
keadaan sehina itu? Jika dia tak kahwini
Marsha, pernahkah dia sedar ada bidadari yang
lebih manis dan cantik dalaman menunggunya
selama bertahun-tahun.

"Tolong pujuk Dayang untuk bangun,


Adam. Dia mesti dengar cakap kau... Aku dah
janji dengan dia, kalau aku bawa pesalah ke
mahkamah dan mohon maaf pada kau, dia
akan bangun. Dia dah janji, Adam..."

"Firas, dia masih sakit..."

236
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Aku sakit tunggu dia, Adam..." Mata


jejaka itu berkaca kembali.

"Aku rindukan senyuman isteri aku... Salah


ke, Adam? Besar betul dosa aku, kan?
Sampaikan isteri aku pun tak nak bangun
untuk aku..."

"Abang Firas jangan cakap macam tu.


Dayang tu sayang abang. Semua orang boleh
nampak..."

"Kalau macam tu, Marsha pujuklah


Dayang... Abang tak pandai hidup sorang lepas
kahwin dengan dia..."

Marsha senyum kecil dan pandang Adam


lembut. Si suami itu tersenyum tipis
memandang isterinya dan dia mengangguk
lemah. Shafiq yang sudah melihat itu hanya

237
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

mampu tersenyum kembali. Jika itu mampu


buatkan Firas tersenyum, maka buatlah.

238
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 19

"Assalamualaikum, Dayang..." Suara suami


isteri itu serentak kedengaran di dalam bilik
itu.

"Dayang..." Marsha capai tangan kawannya


dan usapnya lembut.

"Kiteorang baru datang. Minta maaf ya


lambat?"

Adam senyum tipis memandang Dayang


yang masih terbaring di atas katil. Dulu, dia
pandang gadis itu dengan penuh rasa cinta.
Tapi sekarang, jauh sekali. Kerana cinta
hatinya sekarang sedang duduk di atas kerusi,
memegang tangan Dayang dengan penuh
kelembutan.

239
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Dayang... Kiteorang rindu nak dengar


suara kau. Tak... Senyum kau pun dah cukup
tau." Adam bersuara lemah.

"Kau tak kasihankan umi, abah ke,


Dayang? Dorang pergi umrah. Dorang kata
dorang nak banyakkan doa untuk kau di sana."

"Tapi jangan risau. Firas jaga kau. Kau tak


kasihankan dia? Dia nampak penat sangat,
Dayang. Kalau bukan untuk dia, bangun untuk
umi, abah, ya?"

"Firas sayang betul dekat kau. Dua bulan


dia setia menunggu kau untuk bangun. Jangan
siksa dia lagi, ya? Bangun dan teruskan hidup
kau dengan dia, Dayang..."

Marsha mencelah sebelum Adam yang


mendengar itu kembali tersenyum. Firas itu

240
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

kuat. Jika dia, gamaknya sudah tak larat


menunggu kesedaran isteri.

"SAYANG!"

Jeritan Firas membuatkan Dayang terus


cubit pinggang si suami. Firas ketawa kecil,
aduh! Sakit pula kena cubit. Tapi dia masih
terhibur.

"Kita beli untuk baby nak?"

Baju bayi itu diangkat tinggi tetapi Dayang


geleng. Ini bukan isteri meragam, tapi suami
meragam!

"Kita tak tahu gender baby lagi, abang..."

"Ala tak apa! Ini cantik."

241
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang... Jangan membazir. Belum tiba


masanya, okay? Kita beli lain kali..."

"Tapi abang nak beli untuk baby." Dia


masih memegang erat baju itu. Betul-betul tak
nak lepas!

Dayang mengeluh berat. Suami dia ni suka


sangat membazir. Laju betul nak beli baju
baby padahal baru tiga hari lepas dapat tahu si
isteri mengandung.

"Fine but just one, okay?"

Firas ketawa kecil, sukanya!

Jejaka itu tundukkan badan, memandang


perut kempis si isteri.

"Baby, ayah beli ni tau. Baby suka tak?


Ayah suka baju ni. Nampak macam anak
ayah! Sebiji! Kan?"

242
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Bualnya bagai sudah berkawan lama.


Dayang hanya geleng dengan senyuman,
gembira betul si Firas ni.

Firas letakkan telinga di perut si isteri,


bagai mendengar apa jawapan anaknya.

"Huh? Baby nak stroller? Okay, jom kita


cari!"

"Tengku Firas! Hei, jangan membazir!"


Marah Dayang dan Firas merungut kasar.

"Baby yang nak!"

Dayang ketawa dan tarik lengan si suami.


Sibuk betul nak tengok stroller. Bukan dia tak
kenal Firas. Kalau dah tengok tu memang nak
beli gamaknya!

Tangan Firas digenggam dengan tangan si


isteri. Melangkah bersama mereka, senyuman

243
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

masih terukir. Ya Tuhan, kegembiraan tiada


batasan apakah ini?

Tangan Dayang yang begerak di tangannya


serta-merta membuatkan dia bagai tersentak.
Terasa lain sentuhan ini.

Dan matanya dibuka. Dahinya berlapis di


dalam bilik gelap itu. Ya Tuhan... Mimpi
rupanya... Mengucap jejaka itu dibuatnya.

Dia pandang si isteri yang masih tidak


sedarkan diri itu. Tersenyum tipis sebelum
kepalanya ditunduk, baik sambung tidur.

Harapannya punah apabila tangan Dayang


yang digenggam itu menggerakkan jari-jarinya.
Jantungnya gugur dan dia bagai terkebil-kebil
memandang si isteri.

"Sayang?"

244
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas bangun dan tatap wajah si isteri.


Perlahan gadis itu berkerut dan buka mata
kuyunya.

"Allah..." Firas tersenyum dan matanya


berkaca.

"DOKTOR!" Dia menjerit bagai nak gila


sebelum langkahnya mula dibuka, lari laju
keluar dari bilik. Isterinya dah buka mata. Ya
Tuhan, bahagianya rasa... Walaupun hanya
mata yang dibuka, bukannya mulut.

AIR matanya bergenang. Firas tatap


isterinya lama tetapi dah itu kebenarannya, apa
lagi dia perlu buat?

Rambutnya diusap lembut dan Firas


genggam tangan kiri Dayang dengan tangan
245
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

kirinya. Dia senyum tipis walaupun sudah


terlihat air mata yang bergenang di mata
jejaka itu.

"Dayang nak salahkan abang, abang terima.


Abang tak pandai jaga isteri, ada hati nak ada
anak..."

Kutuk dirinya dan Dayang gerakkan tangan


kirinya ke pipi si suami.

"Abang jaga Dayang hampir dua bulan pun


dah cukup baik. Dayang tak pernah salahkan
abang... Dayang percaya ini takdir Allah.
Mungkin nanti kita dapat lebih baik, siapa
tahu?"

"Lebih baik? Anak tu kan rezeki dari


Allah. Kenapa sayang nak lebih baik?"

"Twin ke?"

246
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas ketawa kecil mendengar kata-kata


Dayang. Tengah sedih dan sakit pun masih
boleh tersenyum gadis kuat ini.

"Abang ada janji dengan Dayang masa


Dayang koma. Abang janji nak mohon maaf
kat Adam dan..."

"Dan bawa pesalah ke mahkamah..."

Sambung Dayang lemah. Firas tatapnya


lama. Dayang sedarkah janji mereka itu?

"Dayang mimpi abang cakap dengan


Dayang... Tapi Dayang tak mampu nak
jawab..."

Firas kucup tangan si isteri yang masih


mengusap pipinya itu. Dia usap tangan Dayang
perlahan dan diletakkan kembali di pipinya.

"Dah... Jangan fikir pasal apa-apa dah.


Isteri abang dah buka mata pun abang rasa
247
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

nak sujud syukur saja sekarang ni. Abang


tunggu Dayang bangun, itu dah cukup perit
untuk abang..."

"Doktor kata, kaki Dayang masih tak


mampu pulih sepenuhnya. Kalau Dayang
lumpuh sampai mati, abang tetap dengan
Dayang?"

"Dayang merepek apa? Dayang kenal


abang, kan?"

Dayang senyum tipis. Pastilah dia kenal


suaminya. Koma selama sebulan lebih ini
langsung tidak membuatkan dia lupa sedikit
pun tentang suaminya. Suaminya yang sentiasa
berbual dengan dia walaupun dia tak mampu
membalas.

"Tengku Firas bukan manusia yang suka


pakai buang."

248
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas ketawa kecil mendengar kata-kata


Dayang sebelum dia angguk, menyetujui apa
yang Dayang katakan.

"Abang ada something untuk Dayang..."

"Apa dia?"

Keningnya dijongket dan Firas masih


tersenyum. Mungkin anggapan Dayang tak
membuatkan gadis itu gembira keterlaluan tapi
cukup untuk melihat senyumannya, bukan?

JARI ditunding perlahan. Tangan kanan


masih memegang stereng kereta manakala
kepala sepasang suami isteri itu sudah menoleh
memandang pembinaan rumah yang tidak jauh
dari mereka.

"Rumah kita..."
249
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang?"

Dayang berlapis dahi, memandang si suami


dengan penuh perasaan di dada. Benarkah apa
dia dengar ini? Rumah ini dua kali ganda
lebih cantik dari rumah sewa mereka yang
berdekatan dengan universiti itu. Rumah teres
itu masih tidak siap sepenuhnya tapi dah boleh
bayang rupanya.

"Abang guna duit saving abang. Selama ni


abang hidup dengan duit mommy daddy.
Sekarang masa untuk abang tanggung diri
abang, tanggung isteri abang, keluarga kecil
abang."

"Tapi gaji abang tak banyak... Tak apalah,


Dayang selesa saja duduk rumah sewa kita..."

Firas geleng dan tangannya mencapai


tangan si isteri. Kepalanya ditegakkan

250
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

memandang hadapan, jalan raya ni bukannya


baik sangat pun. Bunyi batu pun dah tahu
yang jalan ni sedang diperbaiki sebernanya. No
wonder, mereka di kawasan baru. Dah tentulah
jalan tak berapa elok.

"Hei, awak tu study je. Ni suami awak ni


yang kerja."

Dia ketawa kecil, mengungkapkan kata-kata


yang benar walaupun pahit sebernanya.

Dayang usap tangan Firas lembut. Dia tahu


Firas bukannya nak kerja sangat. Firas top
student! Bidang Law itu petik jari dah boleh
lulus untuk Firas. Tapi dia tinggalkan
impiannya untuk Dayang? Begitu sayangkah
Firas padanya?

"Abang tak sedih?"

Firas senyum tipis dan geleng laju.

251
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Tak apa. Mungkin rezeki abang bukan


pada cita-cita abang. Apa yang ada depan
mata abang sekarang ni dah cukup tau."

"Nanti Dayang dah kerja, abang sambung


belajar, ya?"

Firas senyum tipis. Hati berat nak


mengangguk tapi menjadi seorang peguam
adalah cita-citanya dari kecil. Dia selalu
berjumpa dengan peguam bapanya. Dah jadi
idola gamaknya peguam tu pada dia.

"Abang nak pastikan saving abang cukup


and anak isteri abang hidup selesa dulu. Hidup
abang sekarang adalah Dayang. Benda tu dah
ditetapkan, abang tetapkan benda tu."

"Kasih sayang abang dah cukup dah.


Jangan korbankan diri untuk Dayang. Lambat-
laun, kita akan mati juga."

252
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Ucap si isteri sayu. Dia tak berkenan


apabila Firas sentiasa mengutamakannya
sehinggakan impian pun sanggup dikorbankan.
Bukan begitu kasih sayang yang Dayang
mahukan.

"Tapi kasih sayang tak boleh bagi perut


kenyang, kan?"

Dayang terdiam. Benarlah, kasih sayang


memang tak pernah mengenyangkan perut.
Jauh sekali untuk selamatkan nyawa seseorang.
Dalam dunia ni, duit adalah keutamaan. Nak
makan, kena ada duit. Nak hidup pun kena
ada duit. Lambat-laun, akan mati juga tetapi
sampai bila mahu hidup hanya bertemankan
kasih sayang?

"Abang..."

253
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Hm?" Firas senyum tipis, menoleh ke


arah si isteri.

"Thank you..."

Firas gelak kecil dan tarik Dayang


bersandar di bahunya. Tangan si isteri masih
digenggam, tak mahu lepas. Hari ini, hatinya
tiada bebanan mahu pun sedikit. Semuanya
sudah selesai. Kerisauannya terhadap si isteri,
masalah bersama Adam dan kedua ibu
bapanya... Ya Tuhan, terima kasih...

254
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

BAB 20

KOMPANG ditepuk kuat. Bunyi yang


sentiasa menghiasi majlis perkahwinan itu
kedengaran bahagia di telinga kedua pengantin
itu. Walaupun satu kampung dah tahu kisah
sebenar, majlis perkahwinan tetap dihadiri oleh
semua penduduk kampung yang masih senang
dengan kehadiran orang bandar seperti Firas di
kampung mereka.

Nasi minyak yang dihidang terus dilahap


oleh tetamu-tetamu yang hadir. Fuh, kali
terakhir mereka makan nasi minyak semasa
majlis perkahwinan Adam dan Marsha. Kini,
kawan mereka pula kahwin walaupun
sebernanya dah nikah beberapa bulan lepas.

255
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Kau tengok si Adam dengan Marsha.


Dulu dengar cerita si Marsha tu gila ngorat
Firas. Si Adam dengan Dayang pula memang
dah dijodohkan dengan mak pak depa. Alih-
alih, kahwin dengan orang lain."

"Tu lah, Mak Lah. Saya dengar juga cerita


tapi tak adalah nak ambil tahu sangat."

Semakin rancak makcik-makcik bawang di


meja bulat yang besar itu berbual. Rasanya
dah 20 minit nasi minyak di hadapan tak
bersentuh. Nak buat hiasan saja gamaknya.

Adam hulurkan tangan dengan senyuman


membuatkan Firas pandang tangan jejaka itu
lama. Dosa masih terasa di dada. Rasa
bersalah walaupun sudah berulang kali Adam
kata bahawa dia baik-baik saja.

256
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dia capai tangan Adam dan mereka


bersalaman mesra. Isteri Adam di sebelah
kelihatan sudah buncit, ada cahaya mata
mereka dalam tu. 8 bulan sudah, tunggu lagi
beberapa minggu, insyaAllah anaknya dapat
melihat dunia.

"Nanti anak abi boleh buli Uncle Firas


dia."

Bebel Adam dan Firas tepuk dadanya


kasar. Orang tengah seronok jadi pengantin,
dia suruh buli jadi penjaga anaknya pula.

Ketawa mereka kedengaran perlahan di


hadapan pelamin itu. Dayang yang sedang
duduk di atas pelamin perlahan-lahan
menundukkan tubuhnya, mengusap betis yang
masih terasa sakit sedikit. Dah berapa bulan
dah sejak dia sedar dari koma. Penat si Razak
dan Nor nasihatkan dia untuk buat majlis
257
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

perkahwinan secepat mungkin, tak mahu jatuh


fitnah. Firas setuju saja tapi bukan Dayang.
Dia nak orang melihatnya sebagai pengantin
sempurna bukannya seorang pengantin yang
duduk di atas kerusi roda. Iyalah, perkahwinan
pertama dan bakal menjadi yang terakhir...

"Apa nama anak buah aku? Dah pilih?"

Tanya Firas lembut dan Adam tarik si


isteri mendekati dirinya. Bahu Marsha dipeluk
kemas dengan senyuman manis.

"Muhammad Akhbar bin Adam Dzaki."

Dan Firas mengukir senyuman manis.


Kalau dulu dia terasa sebak bercakap tentang
anak, sekarang tidak lagi. Perlahan-lahan dia
menerima takdir. Dengan isteri di sisi, dia
berjaya terus hidup tanpa kesedihan. Benarlah,
perancangan Tuhan adalah yang terbaik.

258
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"MasyaAllah, sedap kan nama anak Adam,


yang?"

Dia menoleh memandang si isteri yang


masih duduk di atas pelamin. Gadis itu
tersenyum dan cuba bangun walaupun kaki
masih sakit. Tangannya dicapai Firas dan dia
perlahan-lahan berjalan mendekati Marsha dan
Adam.

"Akhbar... Sedap nama tu." Ucapnya


lembut dan Marsha angguk laju.

"Muhammad tu Marsha bagi. Akhbar tu


Abang Adam yang nak. Muhammad starts
from M, Marsha... Akhbar starts from A,
Adam." Terangnya lagi dan ketawa kecil
Dayang kedengaran.

Bijak! Dahlah sedap nama tu, pandai


mereka pilih. Iyalah, kenapa perlu nama yang

259
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

moden? Lagi pun mereka berasal dari


kampung kecil saja, biarlah mereka tidak lupa
asal usul mereka dengan nama yang diberikan.

"Nanti Akhbar boleh belajar main bola


dengan Auntie Dayang. Auntie Dayang dia ni
kan pernah kalahkan budak-budak kampung
sebelah."

Kutuk atau memuji? Nada mengutuk tetapi


kata-katanya memuji. Sengaja Marsha ungkit
kembali zaman kecil mereka. Dayang ini
nampak saja ayu tapi bila main bola, Adam
pun boleh pengsan kena bola tu. Sepak bukan
main...

"Ni, Uncle Firas dia ni kaki rugby!"

Mendabik dada Firas mencelah mengambil


tawa mereka sekali lagi. Suasana riuh-rendah
di situ langsung tidak diendahkan. Biarlah

260
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

sahabat itu berbual mesra. Rasanya kali


terakhir mereka berjumpa beberapa bulan lepas
untuk berikan kad kahwin, lepas tu terus
pulang ke bandar.

"Abang Shafiq mana?"

Marsha kembali bersuara. Mata dari tadi


melilar mencari sosok tubuh jejaka itu.
Biasanya tak boleh berenggang dengan Firas,
hari ini tak nampak pula dia.

"Amboi, dah minat dekat Abang Shafiq dia


ke?"

Perli Adam dan Marsha pukul bahu


suaminya manja. Ketawa Adam kedengaran.
Mana mungkin Marsha bertukar kasih, dia
gilakan Adam dari kecil. Kalau dulu dia boleh
menunggu bertahun-tahun, bila dah dapat,
takkan nak lepaskan?

261
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Biasalah dia dengan tunang dia tu. Bukan


tunang dia yang siap lambat, dia yang siap
sejam."

Firas pula mengutuk dan mereka angguk


laju. Dulu masa nak keluar bersama pun,
Shafiq siap bagai naik gila. Berjam-jam!

"Abang!"

Suara seorang remaja lelaki kedengaran


dan mereka menoleh ke luar khemah. Terlihat
bayangan seorang remaja menarik tangan
seorang lelaki tua. Firas pandangnya lama.

"Fairuz?"

Firas berlapis dahi. Bukan pelik dengan


kehadiran adiknya tetapi kehadiran orang di
belakang adiknya. Adiknya sudah tentu hadir!
Dia yang jaga adik dia. Tapi...

262
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Beberapa anggota polis bagai memerhatikan


mereka di luar khemah. Firas pandang mereka
lama dan mereka mengangkat tangan, bagai
memberi peluang untuk Firas dan kedua orang
tua di hadapannya itu berkomunikasi.

"Abang, tengok siapa datang!"

Sorak Fairuz yang setia berbaju melayu


itu. Adam dan Marsha berdiri jauh sedikit dan
Dayang masih setia di sebelah suami. Mata
Firas tak berkelip memandang kedua orang tua
di hadapan mereka ini. Berpakaian kemas.
Baju kurung dan baju melayu...

"Assalamualaikum, anak daddy."

Suara garau itu mula kedengaran dan Firas


bagai tersentak. Mulutnya langsung tak mampu
keluarkan sepatah pun perkataan.

263
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Mata lelaki tua itu berpindah lembut ke


arah Dayang. Senyuman yang masih terukir
membuat ketakutan Dayang tadi terus hilang.

"Menantu daddy sihat?"

Dan Dayang tersenyum manis. Dia angguk


laju sebelum tangannya dicapai oleh perempuan
tua itu pula.

"Dayang..." Ucap perempuan tua itu dan


Dayang pandangnya sayu.

"Mommy minta maaf, Dayang... Mommy


salah... Mommy sepatutnya terima Dayang dari
awal."

Dayang senyum dengan air mata yang


bergenang. Dia usap tangan Maryam sebelum
bahu Firas ditepuk lembut.

"Firas tak selesa ya daddy datang?"

264
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Tanya Adhan lembut sebelum Firas geleng


dan peluk si bapa perlahan. Adhan tepuk
badan Firas beberapa kali sebelum dia ukirkan
senyuman manis.

"Jaga Dayang baik-baik... You are Tengku


Firas. Tengku Firas yang akan buat apa saja
untuk tuntut hak dia, betul?"

Firas angguk laju. Dia berubah sekali pun,


dia masih Tengku Firas. Tengku Firas yang
dimiliki Dayang Dahani sepenuhnya.

Adhan pandang menantunya pula. Pelukan


dileraikan dan dia terus melangkah setapak
mendekati Dayang. Dayang laju saja menarik
tangan Adhan, mengucupnya dengan penuh
kesyukuran.

"Dayang..."

"Ya, daddy?"

265
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Adhan gelak kecil. Tak pernah dia merasa


ada seorang anak perempuan. Hari ini, impian
itu tercapai walaupun penuh sebak di dada.

"Jaga anak daddy baik-baik. Tengku Firas


ni nampak je garang tapi..."

"Dalam dia ada taman rama-rama lagi."

Bebel orang tua itu dan Dayang ketawa


kecil disambut Maryam dan Firas. Firas usap
kepala si ibu, memeluknya erat tanpa sebarang
kata. Walaupun tidak merasa kasih sayang
mereka, mereka tetap ibu bapanya. Yang
membesarkannya dengan sempurna.

"Nanti lawatlah mommy daddy ya?" Bisik


Maryam dan Firas angguk lemah.

"Firas minta maaf, mommy... Firas tak


lawat mommy daddy sebab Firas takut Firas

266
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

tak mampu lawan perasaan marah dan sedih


Firas... Firas tak kuat..."

"Anak mommy kuat... See, you're here


now. Berdiri sebagai seorang pengantin.
Sebagai seorang suami kepada Dayang."

Firas angguk mendengar kata-kata Maryam.


Dia kucup pipi si ibu sebelum pelukan
dileraikan.

"Mommy daddy okay...?"

Adhan tersenyum tipis.

"Lebih baik biarkan diri masuk penjara


daripada hidup dalam rasa bersalah sebab
bunuh cucu sendiri, kan?"

Firas senyum acuh tak acuh. Mulut tidak


memberi peluang untuk bersuara. Perit apabila
mengingatkan tentang hal itu. Baju anak

267
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

mereka masih ada di rumah, masih cantik.


Tapi nyawa anak mereka masih ada ke?

Mereka menoleh ke luar khemah dan


terlihat sosok tubuh sepasang suami isteri
memandang mereka dengan dahi yang berlapis.
Adhan angkat tangannya dan orang tua itu
melangkah mendekati mereka. Jika besannya
adalah orang kampung, maka terima sajalah.
Kenapa perlu menyesal? Kenapa perlu kisah
tentang taraf? Macam Firas katakan, bukan
boleh bawa mati pun...

268
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

EPILOG I

KUAT batuknya dari ruang tamu. Shafiq


menggeleng perlahan dan pandang Dayang
yang sibuk menyiapkan teh panas untuk si
suami.

"Teruk demam dia kali ni."

Shafiq menggeleng, memeluk tubuh bagai


kerisauan melampau di dada.

"Itu lah. Sampai tak boleh nak jalan sikit


pun. Lepastu ada hati nak pergi kerja." Bebel
Dayang dan Shafiq ketawa kecil.

"Eh, entah-entah sebab tu..." Celah Miera


dan Dayang geleng laju.

"Tak mungkin lah!"

"Sebab apa?"

269
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Shafiq berlapis dahi dan kedua wanita itu


sudah menggaru kepala. Aduh, tunang Shafiq
ni memang tak boleh jaga mulut betul.

Melihatkan tingkah laku kedua wanita itu


mula merubah, Shafiq sandarkan tubuhnya di
meja makan.

"What is it, ladies?"

Kening dijongket dan Miera pandang


Dayang perlahan. Dayang hanya mengangguk,
benda dah kantoi tak boleh nak sorok.

"Dayang tak sakit apa pun tapi laki dia


yang sakit. So maybe..."

"W-Wait... A-Are you serious, Dayang?!"

Dan cepat saja Shafiq tangkap. Benarlah,


lelaki ini budak pandai! Tak habis cakap lagi
tapi dia dah dapat teka.

Dayang angguk lemah.


270
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Baru tahu semalam tapi tiba-tiba dia


demam. Tak ada lah aku nak bagitahu."

"So Firas tak tahu lagi?"

Shafiq bertanya dengan nada yang tinggi.


Ini berita baik! Kenapa dirahsiakan pula?

"Tahu apa?"

Suara garau seorang lelaki kedengaran di


tepi dapur dan mereka menoleh laju. Jejaka itu
bagai berlapis dahi, menyepetkan mata dan
tangan memegang dinding. Pening sangat lah
tu. Orang suruh baring, gatal sangat nak
berjalan.

"Abang... Dayang suruh rehat, kan?"

Dayang marah lembut sebelum kakinya


melangkah mendekati Firas dan capai lengan
jejaka itu.

271
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Tadi kan dah pergi klinik. Abang okay..."


Firas angguk lemah sebelum dia pegang kerusi
pula menjadi tongkatnya.

"Pergi klinik lagi sekali, Firas. Takut yang


sakit tu sebernanya Dayang, bukan kau."

Sengaja Shafiq mencelah perbualan suami


isteri itu. Kepala Firas digaru tanpa rasa gatal.
Apa yang Shafiq maksudkan ni?

"Someone's gonna be a dad..."

Shafiq melangkah dengan tangan di poket,


diikuti si tunang ke ruang tamu. Melihat
perubahan wajah Firas, mereka tahu Firas akan
mula menjerit sekejap lagi.

"Dayang?"

Wajah Dayang ditatap lama dan Dayang


gigit bibir. Pregnancy test di dalam poket terus
dikeluarkan, dihulurkan kepada Firas dan Firas
272
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

capainya lembut. Melihat dua garis itu,


senyuman terukir serta-merta.

"I-I'm gonna be a dad, sayang?"

Dayang senyum tipis dan angguk sekali.


Firas tarik isterinya ke dalam dakapan dan dia
ketawa kecil. Dalam hati sudah menjerit bagai
nak gila.

"Kenapa Dayang tak bagitahu abang? Bila


sayang check?”

"Semalam... Dayang nak bagitahu abang


tapi abang demam. Terbatallah niat Dayang..."
Wajah suaminya dipandang perlahan.

"Abang marah ke?"

Firas ketawa kecil. Mana mungkin dia nak


marah? Berita gembira kot!

273
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang tak boleh nak marah sebab nanti


anak ayah dengar ayah marah. Nanti dia ingat
ayah marah dia pula."

Perut Dayang diusap serta-merta. Dahi


Dayang dikucup lama sebelum dia kembali
tarik Dayang ke dalam dakapan.

"Are you happy now, abang?"

"Mana boleh abang nafikan..."

Mereka tertawa sekali lagi. Firas pejam


mata dengan senyuman manis. Ya Tuhan,
rasanya baru dua bulan sejak majlis
perkahwinan mereka tapi sudah bakal mendapat
cahaya mata yang baru? Syukurlah…

"Dah, nanti abang suruh Nana jaga Dayang


dekat uni. Dayang tu jaga diri. Abang tak ada
sebelah Dayang dekat uni tu."

274
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dah mula bebel si suami. Bukan tak kenal


perangai Firas yang risau keterlaluan tu. Dah
macam nak beranak esok.

"Nana tu busy, abang. Majlis kahwin kita


pun dia tak sempat datang haritu. It's okay.
Dayang boleh jaga diri."

"Tak okay. Ke Dayang nak abang suruh


siapa-siapa jaga Dayang?"

Dada Firas ditepuk manja.

"Jangan ngada. Isteri abang ni pandai jaga


diri. Jangan nak bazir duit okay, Tengku
Firas?"

"Eh, kenalah bazir duit. Nak bazir pun kat


isteri abang, bukan skandal lain..."

Pinggang Firas dicubit kuat.

"Huh, beranilah ada perempuan lain.


Dayang bakar rumah dia."
275
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Firas adu kesakitan. Aduh, kuat pula bini


aku cubit hari ni. Biasanya tak berbisa macam
ni.

"Haih... Marah?"

"Marah lah."

Dayang mencebik dan Firas ketawa kecil.


Dia usap pipi Dayang lembut, menatap mata
cantik isterinya.

"Mana ada perempuan lain yang sempurna


macam Dayang. Cuba bagitahu abang, siapa?
List kan."

"Eee orang serious, dia main-main!"

"Eh, serious lah ni!"

Marah Firas pula dan kembali ketawa


mereka. Firas angkat kepala Dayang
mendongak memandangnya dan dia tersenyum
dengan mata yang sepet.
276
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Abang tak nak hilang baby lagi... Please?


Dayang perlu berteman. Abang tak izinkan
Dayang pergi mana-mana seorang diri, okay?"

Dayang mengeluh berat dan angguk lemah.


Jika itu pilihan suaminya, apa dia boleh buat?

"Good girl." Kepala Dayang yang ditutup


tudung sarung itu diusap lembut.

"Now pergi siap. Baby nak shopping."

"Tengku Firas! Awak tu sakit lagi lah!"

Bercekak pinggang si isteri marah. Tak


sedar diri, jalan pun terhuyung-hayang, ada
hati nak keluar.

277
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

EPILOG II

AIR matanya menitis melihat si kecil itu


mengenggam jarinya dengan sekuat hati.
Tersenyum manis si ayah memandang dan si
kecil itu bagai memandang bapanya dengan
mata bulatnya.

"Kenapa anak ayah tak tidur lagi ni? Awak


tak penat ke menangis, sayang?"

Tanya Firas lembut dan dia ketawa kecil.


Si anak bagai mahu membalas dengan mulut
yang tiada gigi yang kelihatan.

"Abang..."

Dayang yang baru membuka mata dari


tidur itu terus memandang si suami yang
masih setia mendukung anaknya.

278
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Sayang, need anything?"

Firas labuhkan punggungnya di katil wad


itu dan Dayang geleng laju. Dia hulurkan
tangan, meminta si anak dari Firas. Firas
berikan anak kecilnya dengan penuh hati-hati
sebelum wajah Firas kembali dipandang oleh
Dayang.

"Tadi dia dah tidur kan, abang? Abang


kacau dia?"

Firas ketawa. Apa pula dia kena tuduh?


Dia pun baru saja lepas solat isyak.

"Dia melalak tadi. Abang dukung, terus


diam dia."

Dayang terus jatuhkan pandangan


memandang si anak. Dia geleng dengan
senyuman sebelum pipi lembut anaknya diusap
manja.

279
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Dini... Apa nangis malam-malam ni? Bagi


ayah rehat, kesian ayah."

Dan anak perempuan yang digelar Dini itu


terus menggerakkan mulut bagai mahu
bercakap.

"Apa budak kecil ni nak bebel gamaknya?"

Tanya Firas dan Dayang gelak kecil.


Iyalah, tak faham apa pun yang Dini cuba
sampaikan. Suka betul dia bila didukung, terus
berhenti menangis.

"Abang pergilah tidur. Dayang jaga dia..."

Firas geleng laju.

"Abang tak penat pun, sayang. Dayang tu


pergi tidur. Nanti lepas abang tidurkan dia,
abang tidur ya?"

280
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

Dan Dayang angguk lemah. Lagi dia


lawan, lagi dibahas si Firas ni. Bukannya
boleh kalah dengan pelajar law ni.

"Come..."

Firas hulurkan tangan dan Dayang berikan


si kecil itu dengan penuh hati-hati. Sempat
Firas mengucup dahi isterinya dengan
senyuman. Firas kembali mendekati sofa di
hujung bilik dan dia dodoikan anaknya,
berharap si kecil itu tidur.

"Kenapa Dini tak nak tidur ni? Nak


berbual ya?"

Firas angguk kecil, hanya melayan si kecil


itu yang masih tak mahu pejam mata.

"In the future, I will tell you, how much i


love your mom, okay?"

"Sekarang susah, nanti ibu dengar."


281
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

"Our love story gonna be your favourite


love story ever. I promise."

Bisik Firas sebelum dia kucup dahi anak


perempuannya pula. Dia pandang hadapan dan
terlihat isterinya menatapnya dengan senyuman
manis.

Bahagia, itu yang dia mampu tafsirkan


dirinya sekarang. Hilang impian tak apa, hilang
kebahagiaan, siapa yang akan ganti?

Tengku Firas adalah seorang ayah


sekarang. Dia adalah ayah pada umur yang
sangat muda. Umur yang belum mencecah 24
tahun pun. Tapi dia akan tetap kuat kerana
sokongan si isteri tetap di sisi. Anak
perempuannya adalah semangatnya. Mulai saat
ini, setiap hari dia akan pulang dengan
senyuman, menyedari ada dua bidadari yang
menunggunya pulang ke rumah. InsyaAllah.
282
TENGKU FIRAS: MY FOREVER LOVE | ERISH

EPILOG III

“Wanita dinikahi kerana empat perkara.


Kerana hartanya, keturunannya,
kecantikkannya dan agamanya. Maka
pilihlah wanita yang taat beragama,
nescaya engkau beruntung.”

(HR. BUKHARI)

- TAMAT -

283

Anda mungkin juga menyukai