Anda di halaman 1dari 6

FORMAT KAJIAN KES 2023

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


TUGASAN SEJARAH
TINGKATAN ____
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU

Nama Murid : ..................................................................................................................

No. Kad Pengenalan : .............................................. Tingkatan : ...............................

Penyataan Masalah :

TAHAP
DIMENSI PENTAKSIRAN SKOR
PENGUASAAN
Mengumpul Maklumat
Merancang
Mengaplikasi
Membuat Refleksi
Berkomunikasi
Etika dan Kerohanian

KESELURUHAN

PERAKUAN MURID
Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik dan gambar
rajah yang dinyatakan sumbernya.

Tandatangan:…………………........................

PERAKUAN GURU PENGESAHAN KP

Tandatangan:…………………........................ Tandatangan:………………....................
Nama: KHAIRUL NISAH BINTI ABU Nama: SITI HANISAH BINTI IBRAHIM

Tarikh: ......../ ...... / 2023 Tarikh: ...... /........./ 202


FORMAT KAJIAN KES 2023

JADUAL KERJA

Bil Tarikh Perkara Catatan

1 2 Mei 2019 Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah iaitu Cikgu……… Panduan pemilihan
……………………………… tajuk kajian oleh
guru
Membuat perbincangan dengan guru dan rakan-rakan sekolah

2 3 Meil 2019 Membuat rujukan awal berkaitan dengan tajuk yang diberikan di Internet,
Laman Web dan buku.

3 4 Mei 2019 Objektif Kajian dicadangkan Perbincangan


dengan guru m/p
Kaedah Kajian dicadangkan untuk memudahkan rujukan maklumat. dan rakan-rakan

4 5 Mei 2019 Mendapatkan maklumat tentang orang sumber

5 6 Mei 2019 Transkrip temubual disediakan

6 7 Mei 2019 Menemuramah orang sumber

7 10 Mei 2019 Proses awal iaitu mengumpul maklumat berdasarkan sumber rujukan
dilakukan

8 12 Mei 2019 Menyiapkan proses awal

9 13 Mei 2019

Menghantar Perancangan dan Proses awal


-Objektif Kajian
-Kaedah Kajian
-2.1 Maklumat berdasarkan sumber rujukan

10 21 Mei 2019

Menulis huraiaan objektif 1 …………………………………………….

22 Mei 2019

Menulis ………………………………………………

11 23 Mei 2019
Menulis ………………………………………………….

12 11 Jun 2019 Menulis ………………………………………………………

13 12 Jun 2019 Menulis 3.5 Rumusan


Menulis 3.6 Rujukan

14 13 Jun 2019 -Menyusun hasil kerja dan melengkapkan kajian


-Menghantar laporan lengkap

15 17 Jun 2019 Pembentangan

MAKLUMAT DI DLM JADUAL KERJA BERGANTUNG KEPADA MURID, BERBEZA ANTARA MURID. DI ATAS
HANYA CONTOH ( TULISAN MERAH SILA HILANGKAN DLM LAPORAN MURID YA)
FORMAT KAJIAN KES 2023

Untuk membina ayat objektif KAJIAN kamu perlu gunakan kata kerja seperti berikut :

Mengenal pasti , menyenaraikan, membandingbezakan, mencirikan, menerangkan,


menghuraikan ,menjelaskan, mengklasifikasikan, mengkategorikan dll yang sesuai
Manakala, kaedah kajian yang perlu diaplikasikan mesti 3 dan keatas……jika tidak kurang markah

Jika kamu menonton rancangan dokumentari di televisyen/radio/ youtube- eduweb tv yang berkaitan
kajian kes ini merupakan kaedah audio visual…sila tulis butiran seperti tarikh ditayangkan, masa
dimainkan, tajuk dokumentari, saluran tv/radio tersebut dan rakam jika boleh atau sila catat maklumat
yang kamu perolehi dalam dokumentari dengan sistematik.

Contoh boleh rujuk di bawah


Pernyataan masalah

Kedudukan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang strategik telah menarik
minat British untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil dari Alam melayu
bagi menjamin kepentingan politik dan ekonominya. Buktikan.

Objektif kajian

Melalui tugasan tingkatan 3 ( TST3 ) ini, saya dapat mengenal pasti latar
belakang atau sejarah awal Negeri-Negeri Selat (NNS). Seterusnya, saya dapat
menghuraikan faktor-faktor perluasan kuasa British NNS dan menilai kesan daripada
pembentukan NNS terhadap Alam Melayu. Akhir sekali, saya dapat menjelaskan
beberapa keunikan warisan NNS di Malaysia. ( ini adalah objektif yang diambil dari
cadangan )

Kaedah kajian
Berdasarkan kajian sejarah ini saya telah menggunakan tiga kaedah kajian iaitu
penyelidikan perpustakaan, melayari internet dan kaedah lawatan dan pemerhatian.
Bagi kaedah penyelidikan perpustakaan saya telah mengunjungi perpustakaan sekolah,
bagi mendapatkan dan mengumpul bahan dan maklumat untuk memudahkan saya
menyiapkan tugasan ini. Antara buku-buku yang telah saya baca dan kaji ialah ‘Sejarah
Politik Malaysia’ dan sebagainya.
Selain itu, bagi kaedah yang kedua, saya telah melayari internet untuk
mendapatkan jurnal dan maklumat tambahan yang lain. Saya telah melayari laman web
berikut iaitu https://prezi.com/s0rjhgmddc3e/negeri-negeri-selat/ tentang NNS.
FORMAT KAJIAN KES 2023

Kaedah terakhir yang saya jalankan ialah lawatan dan pemerhatian yang mana
saya telah mengakses laman web perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah
Keramat untuk mendapatkan buku yang sesuai.
CONTOH LAIN BAGI PENULISAN KAEDAH KAJIAN

Terdapat beberapa kaedah kajian yang dilakukan untuk mengumpul maklumat secara sistematik
dan relevan bagi menjayakan tugasan ini antaranya adalah:

1. Kaedah Temubual:

Kaedah Temubual dipilih kerana maklumat yang diperolehi adalah tepat dan benar merujuk kepada
tempat kajian. Nama orang sumber yang telah ditemubual ialah _________________________. Beliau
telah ditemubual pada __________________________di Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang.

2. Kaedah Melayari Internet

Saya menggunakan kaedah melayari internet bagi mendapatkan maklumat berkaitan tugasan. Antara
laman web yang saya layari ialah...............................................................,
……………………………………………….., …………………………………………………………………

3. Kaedah Lawatan dan Pemerhatian

Kaedah lawatan dan pemerhatian juga dilaksanakan oleh saya. Saya telah melawat tempat-tempat yang
berkaitan tajuk tugasan. Antaranya ialah …………………………… dan ……………………………………………………………

LAPORAN
Kedudukan Pulau Pinang, Melaka dan Singapura yang strategik telah menarik minat
British untuk dijadikan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil dari Alam melayu bagi menjamin
kepentingan politik dan ekonominya. Buktikan. SALIN SEMULA PERNYATAN MASALAH SAJA

Disediakan oleh : Azhar Bin Sulaiman ( 3 Taqwa 2021 )

Mulai dengan pengenalan kepada tajuk dalam 1 perenggan pun cukup dan dibina sendiri, jangan
masukkan isi disini ya

Zaman prasejarah boleh dibahagikan kepada empat iaitu bermula dengan zaman paleolitik,
zaman mesolitik , zaman Neolitik dan zaman logam. Bagi negara malaysia tiada zaman mesolitik. Setiap
zaman ini dikenali melalui tempoh masa dan ciri spesifik yang lain. Oleh itu, menerusi kajian kes ini saya
akan menghuraikan dengan lebih mendalam berkaitan 3 zaman prasejarah yang wujud di Malaysia.

Perenggan kedua dan seterusnya, huraian isi bagi objektif 1 ( mesti masukkan kajian literature
sekurangnya 1 sahaja bagi setiap objektif, diambil / disunting drpd bahan seperti kamus, majalah/
jurnal/bahan internet yg berkualiti)
FORMAT KAJIAN KES 2023

Menurut Mohd Bin Samsudin at el ( 2018 ) menjelaskan bahawa (tulisan biru adalah contoh
kajian literature telah dimasikkan) zaman prasejarah bermaksud zaman sebelum manusia mengetahui
dan mengenal tulisan yang mana zaman ini terbahagi kepada dua iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam.
Kenyataan/ FAKTA ini turut dipersetujui/ dijelaskan oleh Chandaraman ( 2004 ) di dalam bukunya yang
bertajuk Tamadun Dunia. ( di sini telah saya masukkan / membuat suntingan kajian literatur pada
objektif 1 dari sumber buku : 2 buah buku ) Manakala, zaman batu ialah zaman di mana manusia
menggunakan peralatan batu …….TERUSKAN MEMASUKKAN MAKLUMAT YANG TEPAT

Seterusnnya, huraian isi untuk objektif 2 ( kalau boleh masukkan kajian literature, diambil /
disunting bahan seperti kamus, buku teks, majalah/ jurnal/bahan internet yg berkualiti) berapa banyak
perenggan bergantung kepada isi

Bagi rumusan/ kesimpulan kamu perlu masukkan maklumat seperti berikut TAPI MESTI BUAT DALAM
SATU PERENGGAN YA….BUKAN BUAT POINT SEPERTI INI DAN BUATLAH PENJELASAN
SAMA…..JGN LURUS BENDUL SGT
Pengetahuan:

● Memahami dengan lebih teliti berkaitan ciri-ciri kehidupan masyarakat Zaman


Prasejarah.
Nilai Murni:

● Menghargai sumbangan masyarakat Zaman Prasejarah yang dapat dinikmati oleh


generasi hari ini seperti penciptaan teknologi (contoh; kapak, pisau dll).
Nilai Patriotisme:

● Mewujudkan perasaan cinta akan negara seperti berusaha mengekalkan kedaulatan


negara
Harapan:
Generasi masa kini perlu berganding bahu untuk mengekalkan kedaulatan negara agar
negara terus dipandang tinggi di mata dunia.

Pengetahuan tu apa ???


Pengetahuan tu maksudnya ringkasan ringkas tentang tajuk yang kamu buat, jika zaman
prasejarah, berkaitan zaman prasejarahLAH, AMBIL ISI RINGKASAN YG BETUL PENTING
SAJA…BUKAN TULIS MELERET2….PANJANG BERJELA
FORMAT KAJIAN KES 2023

Nilai murni/ nilai patriotism ….boleh rujuk dalam contoh soalan dan jawapan KBAT
( saya ada beri di gc juga ni/ yg penting kamu pandai aplikasikan bahan dan huraian
dgn baik) ya untuk buat bahagian cadangan dan rumusan

Akhir sekali , tulis sumber rujukan dengan tepat ikut “ SISTEM APA edisi ke-7 adalah yang
terkini”. Rujuk link ini https://anyflip.com/cndx/czfk/basic
Contoh :

Internet

http://www.theborneopost.com/2015/09/03/14

http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm

sepatutnya kamu kena masukkan nama tajuk, bila dipost, siapa post dll rujuk SISTEM APA

Buku

Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn.
Bhd.

Orang Sumber:

Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No. 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala Lumpur.

LAMPIRAN
- semua bahan lampiran kamu scan , screenshot, atau apa cara yg mudah, kamu masukkan dlm word,
paling mudah, susun bhn dalam jadual, contoh 1 page 4 gmbr bhn saja .
- Pelajar juga perlu lampirkan sekali Skrip Temubual Orang Sumber. Jika guna kaedah ini ya

Pastikan bhn lampiran JELAS & TERANG GMBR, JGN KABUR/ BERBAYANG HITAM

Anda mungkin juga menyukai