Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL

ISU REFLEKSI
TIDAK MENGENAL TULISAN JAWI
Ahmad Nazirul Bin Azmi Solah
PDPP Pendidikan Islam

Masalah
Pada minggu keenam PDPr secara atas talian, Pada minggu ini, suka saya
ingin memfokuskan isu berkaitan masalah murid tidak mengenal tulisan jawi. Saya
dapati bagi ketiga-tiga kelas saya penguasaan Jawi dikalangan murid dikatakan agak
lemah. Perkara ini dapat dilihat di mana ketika saya meminta murid membaca teks
dalam tulisan jawi, bacaan murid sedikit lambat dan teragak-agak dalam menyebut
perkataan tersebut. Selain itu juga ketika melakukan aktiviti menukarkan tulisan rumi
kepada Jawi juga, saya dapati murid mengambil masa yang agak lama dalam
menyiapkan tugasan yang diberikan.

Analisis Masalah
Isu masalah tidak mengenal tulisan jawi ini bukanlah merupakan isu baru malah
ia merupakan isu lama yang tidak berpenghujung. Masalah ini juga dirasai oleh semua
guru Pendidikan Islam di mana murid tidak mengenal tulisan jawi sama ada untuk
membaca dan menulisnya. Menurut Nik Rosila Nik Yaacob (2007) yang memetik
daripada Kang Kyoung Seouk (1990) tulisan Jawi merupakan medium asas untuk
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada
hari ini terutama dalam pembelajaran al-Qur'an. Kebiasaannya, guru mendapati murid
yang tidak menguasai Jawi akan lemah dengan bacaan al-Quran.

Seterusnya ialah berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan


pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Nik Rosila Nik
Yaacob, 2007: Awang Mohamad Amin, 1989). Justeru itu, murid akan sukar untuk
memahami PDPr yang dilaksanakan oleh guru Pendidikan Islam kerana PDP yang
dijalankan dan isi dalam buku teks juga ditulis dalam tulisan Jawi. Perkara ini
menyukarkan murid untuk memahami tajuk yang diajar oleh guru kerana murid tidak
dapat menggunakan pembelajaran kendiri.
Kesannya, murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan
menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dengan menggunakan
tulisan Jawi (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007: Muhammad Endut, 1992). Perkara
dibuktikan sebagaimana yang dinyatakan oleh Sharifah Norhaliza (2012) bahawa
murid yang tidak mengenal huruf jawi akan mengambil masa yang agak lama dalam
menyiapkan latihan yang diberikan oleh guru. Keadaan ini juga telah mengganggu
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu hal ini menyebabkan sebilangan
murid akan ketinggalan berbanding kawannya yang lain. Apabila wujud permasalahan
ini, murid-murid tersebut memerlukan bantuan individu dan juga bantuan program
pemulihan (Ahmad 2011).

Cadangan
Untuk menangani masalah ini, saya telah mengenal pasti beberapa langkah
yang boleh diambil. Antara kaedah-kaedah yang dapat saya cadangkan ialah:

a. Kaedah 1:
Saya menyediakan dan memberikan sifir Jawi kepada murid untuk dijadikan rujukan
kepada murid dalam menulis dan membaca jawi sama ada ketika kelas atau semasa
melakukan latihan yang diberikan oleh guru.

b. Kaedah 2:
Saya akan menggunakan dwi-bahasa iaitu tulisan Jawi dan tulisan rumi dalam PDPr
saya agar murid dapat belajar dan memperolehi tentang tajuk yang dipelajari ketika
PDPr secara atas talian dijalankan.

c. Kaedah 3
Saya akan menggunakan Google Jamboard supaya saya dapat membimbing murid-
murid dalam menulis dan membaca jawi ketika PDPr secara atas talian dijalankan.

Tempoh
14-18 Jun 2021 (Seminggu)
Tindakan Susulan
Tindakan seterusnya saya laksanakan ialah dengan sentiasa memberi latihan
dan ulangkaji kepada murid bagi menguasai bacaan dan menulis jawi dengan murid-
murid merujuk sifir jawi yang diberikan. Selain itu juga saya akan meminta pandangan
guru-guru senior yang berpengalaman dalam mengurus, mengendali dan mengatasi
permasalahan murid-murid seperti ini supaya murid-murid ini tidak ketinggalan
kemudian mampu menguasai ilmu jawi seperti murid yang lain. Saya juga akan cuba
mencari ruang dalam membimbing murid-murid yang lemah ini agar mereka tidak
merasa bosan dan tersisih semasa kelas PDPr secara atas talian dijalankan.

Di samping itu juga saya akan sentiasa memberi kata-kata semangat bahawa
jawi adalah penting dan tulisan asal Melayu. Oleh hal yang demikian, murid akan
bersungguh-sungguh untuk memperlajari dan menghargainya. Selain itu juga saya
akan sentiasa memberi peneguhan kepada murid seperti “Tahniah”, “Syabas”,
“Pandai kamu, sudah ada peningkatan” dan sebagainya agar murid akan lebih minat
untuk mempelajari tulisan jawi.

Kesimpulan
Konklusinya, masalah mengenal tulisan jawi ini perlu diberi penekanan supaya
ia tidak ditelan oleh arus pemodenan masa kini. Ini kerana menurut Mohd Alwee
Yusoff (2005) menyatakan bahawa tulisan jawi ialah tulisan melayu huruf Arab yang
telah lama wujud dan digunakan sebagai tulisan rasmi Melayu iaitu sejak 14 Masihi
atau sebelumnya. Ini membuktikan bahawa tulisan jawi merupakan tulisan bagi
bangsa Melayu yang dikenali sebagai Malaysia kini.

Oleh itu, para pendidik terutamanya dan ibu bapa perlu memainkan peranan
yang penting dalam menambahbaik tahap penguasaan jawi anak ketika dini supaya
anak kita tidak mengalami kesukaran apabila telah melangkah ke sekolah menengah.
Perkara ini memberi bebanan kepada guru sekolah menengah nanti.
Rujukan
Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat
Dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan
Pendidikan, Jil. 22, 161–172. Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti
Sains Malaysia. Di akses di laman sesawang http://apjee.usm.my/APJEE
_22_2007/JPP%2010%20Nik%20Rosila%20ART%2010%20(161-172).pdf
Ahmad Mohd Salleh. 2011. Siri Pendidikan Guru : Kurikulum, Metodologi dan
Pedagogi Pengajian Islam. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Sharifah Noorhaliza Wan Madehi. 2012. Penggunaan Kad Geng Jawi Dalam
Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf-huruf Jawi (Koleksi Artikel
Penyelidikan Tindakan PISMP Pendidikan Islam amb. Januari 2009).
Sarawak: IPGKBL.
Mohd Alwee Yusoff. (2005). Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya dalam
Masyarakat Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin Bil.21. 23-38. Akademi
Pengajian Islam Cawangan Nilam Puri. Kota Bharu Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai