Anda di halaman 1dari 2

Hasil Negara

Hasil nagara adalah suatu pendapatan negara yang didapati daripada hasil semua komponen
hasil yang terlibat. Hasil negara adalah terbahagi kepada 2 iaitu hasil tetap atau hasil ad-hoc.
Hasil tetap adalah hasil yang dimana negara dapat daripada pembayaran seperti cukai-cukai
yang dikutip pada setiap bulan atau tahun. Hasil ad-hoc pula adalah hasil yang diterima dari
masa ke semasa. Hasil-hasil ini yang digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir negara seperti
penbayaran gaji kepada penjawat awam, pembayaran pencen kepada pesara kerajaan,
penyaluran peruntukkan kepada agensi-agensi kerajaan terutamanya kepada hospital, sekolah
dan pasukan keselamatan seperti polis, tentera, bomba dan pertahanan awam. Hasil-hasil ini
juga digunakan untuk membiayai projek-projek pembangunan negara seperti penyediaan
pengangkutan awam, penyediaan internet berkelajuan tinggi, pembiayaan pinjaman pelajaran
dan lain-lain yang bertujuan untuk manfaat kepada rakyat. Terdapat juga projek seperti
perumahan rakyat kos rendah yang dibiayai oleh kerajaan bertujuan untuk membantu rakyat
yang kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.

Hasil-hasil pendapatan negara ini didapati melalui beberapa komponen penting yang
memainkan peranan sebagai medium kutipan hasil pendapatan negara. komponen-komponen
hasil tersebut adalah hasil cukai, hasil bukan cukai, terimaan bukan hasil dan hasil daripada
Wilayah persekutuan. Komponen-komponen ini bertujuan membantu melancarkan kutipan
hasil kepada negara dan digerakkan oleh agensi-agensi yang terlibat.

1. Hasil Cukai

Hasil cukai merupakan komponen pendapatan utama negara. Cukai yang terbahagi
kepada 2 iaitu cukai langsung dan tidak langsung adalah komponen yang paling penting
dalam mendapatkan hasil pendapatan negara. Cukai langsung adalah cukai yang ditadbir
dan dipungut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Cukai langsung adalah cukai
yang dipungut melalui hasil pendapatan individu, syarikat, petroleum, koperasi dan lain-
lain lagi. LHDN bertindak sebagai pemungut hasil cukai pendapatan melalui borang-
borang yang disediakan. Individu terutamanya membayar cukai pendapatan setiap tahun.
Cukai yang dikenakan adalah melalui pengiraan hasil pendapatan tahunan individu
tersebut. Cukai lain yang dikenakan adalah seperti duti setem atau cukai keuntungan
harta tanah. Cukai tidak langsung adalah cukai lain yang dikutip melalui hasil jualan
seperti SST dan GST, cukai perkhdimatan, cukai pelancongan, duti eksport dan import
yang dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Cukai-cukai ini dikutip
daripada hasil penggunaan perkhidmatan dan jualan yang dibayar oleh pengguna.
Contohnya, pengguna membeli barangan keperluan di pasar raya. Pengguna tersebut
telah dikenakan cukai SST dan jumlh cukai tersebut bergantung kepada jumlah barang
yang dibeli.

2. Hasil Bukan Cukai

Hasil bukan cukai adalah hasil yang dikutip daripada perkhidmatan oleh agensi kerajaan
kepada rakyat. Hasil ini adalah seperti bayaran permit pernigaan, pembaharuan lessen,
kompaun yang dikenakan, dan bayaran atau fi yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Bayaran-bayaran ini dikenakan mengikut fi yang ditetapkan oleh
kerajaan. Contohnya, pembaharuan lessen memandu telah ditetapkan sebanyak RM30
setahun dan perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh dan perlu pergi ke Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk proses pembaharuan lessen tersebut. Hasil sewaan,
dividen dan faedah daripada pelaburan di dalam dan luar negara juga adalah antara hasil
bukan cukai.

3. Terimaan Bukan Hasil

Terimaan bukan hasil adalah dimana semua lebihan perbelanjaan jabatan dan
kementerian, terimaan daripada agensi kerajaan dan pulangan lebihan daripada kumpulan
wang amanah,

Anda mungkin juga menyukai