Anda di halaman 1dari 49

PENULIS

PENANG (RAHMAT ARIFFIN)

http://panduanbisnesinternet.com/blog
VIRAL MARKETING

HAKCIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan untuk mengedar Ebook ini secara percuma, menjual semula,
mencetak kembali kandungannya, menerbitkan semula, mengeluar atau
mengulang mana-mana bahagian Ebook ini, samaada sebahagian atau
keseluruhan isi kandungan, ilustrasi dan maklumat dalam apa jua bentuk, baik
dari segi elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan
dan persetujuan dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada penulis. Penulis
tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, jika didapati
sesiapa melanggar Hakcipta Ebook ini.

PENGECUALIAN DAN NOTIS PEMBERITAHUAN

Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan penulis sendiri.


Penulis telah berusaha sedaya upaya untuk memastikan Ebook yang diterbit ini
mengandungi maklumat yang tepat dan sesuai dengan topik yang dibincangkan.
Oleh sebab teknologi Internet sentiasa berubah-ubah, Penulis tidak
bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah atau kesalahan maklumat di
dalam Ebook ini. Penulis tidak boleh dianggap memberikan khidmat
perundangan, perakaunan atau khidmat professional kepada pembaca. Sekiranya
nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat
professional daripada pakar yang berkelayakan.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 2


VIRAL MARKETING

Isi Kandungan

Kenapa dan Bagaimana Viral Marketing Berfungsi ......................................... 4


Apa yang Berkesan dan Apa yang Tidak Berkesan ....................................... 7
Kepelbagaian Aspek Viral Marketing ............................................................... 9
Ebook Anda adalah Jurujual Viral Anda ........................................................ 11
Apa Yang Ebook Boleh Lakukan Untuk Anda ............................................... 13
Ebook dan Program Affiliate .......................................................................... 16
3 Langkah Mendapatkan ‘Freebies’ untuk Ebook Anda ............................... 18
Viral Marketing Menggunakan Forum ............................................................ 20
Manfaatkan Forum Sepenuhnya ..................................................................... 22
Viral Marketing Forum yang Berjaya ............................................................. 24
Viral Marketing Menerusi Peralatan Mobile ................................................... 26
Menggunakan Video Untuk Viral Marketing ................................................... 28
Menggunakan Perkongsian Fail Untuk Viral .................................................. 30
Menggunakan Emel untuk Mencapai Objektif ............................................... 31
Humor disebarkan Melalui Emel Viral ............................................................ 33
Bagaimana Mendapatkan Emel Untuk Viral ................................................... 35
Menggunakan Ruang Chat Untuk Viral .......................................................... 37
Kempen Viral Marketing Menggunakan Ebook .............................................. 39
Teknik Buzz Dalam Viral Marketing ................................................................ 40
Faktor Kenapa Ebook Sesuai Untuk Pemasaran Viral .................................. 42
“Folksonomies” – Teknik Viral Marketing Terkini ......................................... 44
Para Pengusaha B2B Pun Sesuai ................................................................... 46
6 Idea untuk Viral Marketing ............................................................................ 48

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 3


VIRAL MARKETING

Kenapa dan Bagaimana Viral Marketing Berfungsi

Anda mungkin tertanya-tanya apakah kaitan virus


dengan teknik pemasaran?

Viral Marketing merupakan satu panggilan untuk


mana-mana strategi yang menggalakkan
seseorang individu menyampaikan atau berkongsi
sesuatu mesej pemasaran dengan rakan-rakan
atau ahli keluarganya. Ini akan membuka satu
peluang untuk mengembangkan sesebuah perniagaan itu.

Sama seperti penyebaran virus, strategi ini akan mengambil kesempatan


terhadap penggandaan itu untuk meledakkan mesej ke seluruh negara atau
dunia.

Pemasaran Viral atau Viral Marketing seakan-akan satu perkara yang


buruk atau tidak baik tetapi sebenarnya ia tidak. Bahkan ia merupakan satu
perkara yang sangat baik untuk pemasaran dan berkesan.

Ia merupakan satu cara yang sangat berkesan untuk menjana trafik yang
tinggi ke laman web atau laman jualan anda.

Bayangkan bagaimana virus merebak dari


seseorang kepada seseorang yang lain. Seorang
pesakit apabila bersin boleh mengakibatkan virus
merebak dan berjangkit kepada orang di
sekelilingnya…

Mereka yang menerima jangkitan virus itu akan


menyebabkan berlakunya penggandaan virus
melalui jangkitan kepada orang lain pula. Akhirnya apa yang akan berlaku
ialah epidemik.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 4


VIRAL MARKETING

Ini adalah konsep sebenar viral marketing. Idea di sebalik teknik pemasaran
ini ialah untuk menggalakkan seseorang itu menyebarkan mesej pemasaran
anda kerana mereka yang ingin berbuat demikian, bukan melalui paksaan
dari pihak anda.

Doktor biasanya akan memberikan tip-tip bagaimana untuk mengelakkan


jangkitan virus di musim selsema; jauhkan diri dari mereka yang batuk,
sentiasa basuh tangan anda, jangan sentuh mata, hidung dan mulut. Virus
hanya merebak dengan serta-merta
jika terdapat peluang untuk mereka
berbuat demikian.

Viral Marketing emel berfungsi


dengan sempurna di Internet kerana
komunikasi segera telah menjadi
semakin mudah dan murah.

Format digital menyebabkan proses membuat salinan menjadi amat mudah.


Dari sudut pemasaran, anda mesti meringkaskan mesej pemasaran anda
agar ianya mudah untuk dipindahkan tanpa perlu menurunkan kualitinya.

Lebih ringkas lebih baik!

Ingatlah konsep K.I.S.S = Keep It Simple Stupid

Ringkas dan mudah adalah lebih senang untuk diingati dari panjang dan
menyusahkan.

Plan Viral Marketing yang bijak akan mengambil kesempatan ke atas


motivasi umum manusia. Keinginan untuk lebih senang dan tamak
merupakan dorongan kepada orang ramai. Begitu juga dengan keinginan
untuk menjadi terkenal, cinta dan kefahaman terhadap sesuatu yang
dipelajari.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 5


VIRAL MARKETING

Desakan untuk berhubung telah melahirkan jutaan laman web dan mesej-
mesej emel. Kebanyakan orang suka bersosial melainkan segelintir sahaja.
Mereka ini berkecuali.

Menurut kajian para Saintis Sosial Masyrakat bahawa setiap orang


mempunyai jaringan terdiri dari 8 hingga 12 orang yang rapat dengan
mereka. Para pengguna Internet juga mempunyai jaringan mereka
tersendiri malah mungkin lebih ramai lagi dan meliputi seluruh dunia.

Mereka mengumpul alamat-alamat emel dan laman web kegemaran mereka.


Program-program affiliate pula mengeksploitasi jaringan seperti itu.
Belajarlah cara untuk menyelitkan mesej anda di tengah-tengah komunikasi
orang ramai supaya anda boleh menggandakan penyebarannya.

Jika anda boleh mencipta satu strategi pemasaran yang dibina di atas dasar
motivasi dan kebiasaan umum, maka anda mempunyai peluang yang cerah
untuk ‘mencuri’ perhatian orang ramai.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 6


VIRAL MARKETING

Apa yang Berkesan dan Apa yang Tidak Berkesan

Hentikanlah memaksa orang forward emel anda kepada orang lain!

Cubaan mendesak atau ‘merasuah’ seseorang untuk


menghantar mesej anda kepada rakan-rakan atau
keluarganya sudah tidak relevan lagi di zaman ‘bisnes
internet’ ini.

Viral marketing yang sebenar ialah mesej anda disebarkan secara sukarela
oleh seseorang pembaca itu disebabkan oleh kehebatan isi kandungannya,
bukan kerana dipaksa atau didesak oleh anda.

Apa yang sudah pasti tidak berkesan:

 Mencadangkan agar emel anda itu diforward kepada rakan-rakan atau


kenalan pembaca tidak akan berkesan.

 Menambah ayat-ayat menyuruh ke arah itu seperti “Sila sebarkan


mesej ini kepada rakan-rakan dan kenalan anda” ini hanya akan
menyebabkan mesej anda itu didelete.

Apa yang pasti akan berkesan:

 Menawarkan sesuatu yang berbaloi atau berharga untuk dikongsi oleh


pembaca seperti diskaun terhadap sesuatu produk, maklumat berguna
atau menawarkan insentif untuk perkongsian tersebut; ini akan
memberi lebih kesan kepada kejayaan viral marketing.

 Maklumat semasa yang tepat, kajian atau apa-apa sahaja elemen


yang berguna di dalam emel anda akan mendorong para pembaca
berkongsi emel tersebut dengan kenalan dan keluarga mereka.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 7


VIRAL MARKETING

 Kandungan yang berinteraktif seperti kuiz atau pertandingan,


sememangnya terbukti memberi kesan terhadap seseorang individu
untuk menyebarkannya kepada rakan-rakannya.

 Lawak jenaka dan kartun yang menghiburkan juga merupakan antara


bahan-bahan penyebab emel anda disebarkan oleh para pembaca.

Soalnya, kenapa?

Jawapannya, semua itu adalah perkara yang mampu menggembirakan


pembaca dan menarik perhatian mereka. Hiburan adalah salah satu elemen
yang sesuai untuk dikongsi bersama. Bahan-bahan multimedia yang menarik
akan sentiasa dijadikan bahan perkongsian oleh seseorang itu dengan
rakan-rakannya.

Tetapi satu perkara yang harus anda ingat…

Anda mungkin boleh menghantar emel-emel yang kaya dengan janji-janji


yang hebat belaka, tetapi jika pengunjung tidak berpuas hati dengan isi
kandungan laman web anda (tidak sama dengan apa yang anda coretkan
dalam emel anda) maka bersedialah untuk mencapai teknik viral
marketing… versi negatif.

Jadi pastikan semua produk atau servis yang ingin dipasarkan itu benar-
benar bermutu.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 8


VIRAL MARKETING

Kepelbagaian Aspek Viral Marketing

Sejak awal lagi kewujudan emel telah menandakan kelahiran strategi viral
marketing.

Sejak itu juga, viral marketing telah berubah daripada merupakan sebuah
strategi pemasaran kepada satu bentuk seni dalam perniagaan dan terdapat
banyak cara untuk mencapai viral marketing yang berjaya.

Tujuh daripada cara-cara tersebut ialah:

1. Emel : Merupakan jalan komunikasi terawal di internet tetapi masih


wujud dan masih digunakan hingga kini.

2. Newsletter : Merupakan ‘extension’ bagi emel dan merupakan satu


alat yang sangat efektif. Jika anda boleh menyelitkan maklumat yang
berguna, newsletter anda akan membantu menarik jumlah
pengunjung yang tinggi ke laman web anda.

3. Blogging : Tidak dapat dinafikan blog merupakan salah satu perkara


yang mesti dimiliki oleh seseorang IM. Ianya sangat berpotensi
membantu anda mencapai viral marketing yang berjaya.

4. Laman Social / Chat : Laman sosial seperti Twitter, Facebook,


MySpace dan sebagainya adalah tempat terbaik untuk menyebarkan
produk atau informasi. Begitu juga Chat seperti YM, Skype dan
sebagainya yang disediakan boleh menggalakkan para pengunjung
berinteraksi dengan anda atau sesama mereka dan ini sudah tentu
merupakan satu perkara yang baik. Anda juga boleh menggunakan
ruang chat tersebut untuk memasukkan ‘special event’ tertentu seperti

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 9


VIRAL MARKETING

menyediakan tenaga mahir untuk menjawab soalan para pengunjung


pada masa-masa tertentu.

5. Skrip ‘Tell A Friend’ : Jika anda meletakkan kenyataan seperti


“Segala maklumat yang anda berikan tidak akan dijual atau dikongsi
dengan pihak ketiga” maka ianya berkemungkinan besar dapat
membantu mengembangkan senarai pelanggan yang berpotensi.

6. Klip Video : Memasukkan klip video yang menarik akan mengekalkan


jumlah trafik yang berkualiti ke laman web anda.

7. Permainan ‘Flash’ : Walaupun ia memerlukan sedikit kos dari pihak


anda, ia merupakan salah satu alat yang sangat berkesan untuk
mencapai viral marketing anda. Sebaik sahaja ianya diaktifkan, anda
tidak perlu lagi bersusah-payah menguruskannya.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 10


VIRAL MARKETING

Ebook Anda adalah Jurujual Viral Anda

Ebook adalah masa depan dan masa depan bermula dari sekarang.

Sebelum ini, patah-patah perkataan yang dicetak di atas permukaan kertas


dan dikumpulkan menjadi sebuah buku merupakan
satu-satunya cara sesuatu ilmu atau maklumat itu
disebarkan.

Anda boleh membawanya ke mana sahaja dan


menyimpannya di rak-rak buku, dalam laci meja dan
sebagainya. Bagaimanapun zaman sudah berubah,
sekarang ini zaman ebook sudah tiba.

Pemasaran ebook pula mempunyai sedikit perbezaan


berbanding hanya ebook.

Pemasaran ebook mengandungi teks, imej, link ke laman web dan pengawal
navigasi. Pemasaran ebook merupakan satu perkara yang penting bagi
sesebuah pemasaran Internet.

Dengan pemasaran ebook anda boleh menonjolkan cerita anda melalui cara
yang berkesan dan boleh menarik pengunjung ke laman jualan anda. Ebook
anda boleh menjadi jurujual anda yang terbaik.

Pertama sekali, ebook anda hendaklah hendaklah mengandungi maklumat


yang berguna dan menarik. Ia hendaklah mengandungi link-link ke laman
web dan laman jualan anda.

Seterusnya, pastikan terdapat ruang di dalam ebook tersebut di mana anda


menyatakan pembaca dibenarkan menyebarkan ebook itu kepada sesiapa
mereka kehendaki.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 11


VIRAL MARKETING

Kebenaran untuk memberikan ebook secara percuma dalam ebook

Beritahu mereka yang mereka boleh meletakkannya di laman web mereka


untuk didownload secara percuma, boleh digunakan sebagai produk bonus
dan boleh juga dijadikan ‘bundle’ disamping produk-produk lain.

Ini adalah satu cara untuk menghasilkan viral marketing bagi produk dan
servis anda. Masih ingat tentang link-link ke laman web anda yang
dimasukkan ke dalam ebook tersebut?

Akhir sekali, sebelum anda menyebarkan ebook itu ke seluruh dunia,


pastikan segala perkataan dan ejaan adalah betul dan setiap link yang
terdapat di dalamnya berfungsi dengan baik.

Segala kesilapan yang terdapat di dalamnya hanya akan merosakkan


reputasi anda, bukan memberikan nilai yang positif kepada anda.

Hantarkan ebook anda ke direktori ebook. Kebanyakannya membenarkan


anda menguploadkan ebook anda ke laman direktori mereka secara
percuma.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 12


VIRAL MARKETING

Apa Yang Ebook Boleh Lakukan untuk Anda

Ebook yang mengandungi mesej pemasaran anda dan link ke laman web
anda telah terbukti merupakan satu teknik viral marketing yang berkesan.

Teknik ini menggunakan kesan multiplikasi untuk


‘meledakkan’ penyebaran mesej anda melalui
pembaca yang melakukannya secara sukarela.

Inilah juga prinsip asas yang digunakan oleh


penyedia-penyedia email seperti Hotmail, Yahoo,
Gmail dan sebagainya untuk menyebarkan mesej
mereka.

Apabila ‘Email Provider’ telah menetapkan dalam sistem emel percuma


mereka, semua mesej-mesej yang dihantar kepada para subscriber
mempunyai nota kaki yang memaklumkan kepada pembaca bahawa sistem
emel itu milik mereka iaitu Hotmail, Gmail atau Yahoo.

Orang yang menghantar emel kepada


rakan-rakan mereka secara tidak
langsung membantu mengiklankan
laman emel percuma tersebut.

Menggunakan ebook viral sebagai satu


metod pemasaran adalah menjimatkan.
Ianya tidak akan mengambil masa yang
lama untuk dibuat bahkan lebih cepat
lagi jika anda menggunakan ebook
‘rebrandable’ yang telah sedia untuk digunakan. Anda hanya perlu mencari
di Internet.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 13


VIRAL MARKETING

Anda akan dapati banyak sekali ebook-ebook ‘rebrandable’ yang boleh


digunakan dalam apa sahaja subjek yang anda inginkan.

Salah satu cara menyebarkan ebook ialah dengan menawarkannya kepada


para pengunjung sebagai hadiah jika mereka menjadi subscriber anda. Jika
mereka menyebarkannya kepada kenalan dan keluarga mereka, maka
secara tidak langsung ianya telah membantu mengembangkan lagi bisnes
anda.

Ebook berkemampuan mencapai jumlah pembaca yang ramai dan ini sudah
tentu merupakan salah satu kelebihan ebook.

Ebook juga senang untuk dihasilkan dan anda boleh menghasilkan ebook
sendiri dari ‘PLR Content’ seperti artikel-artikel PLR atau dari laman direktori
artikel seperti ezinearticles.com, GoArticles.com dan sebagainya.

Namun pendekatan yang paling mudah ialah dengan menggunakan bahan-


bahan PLR (Private Label Rights), termasuklah artikel-artikel dan laporan-
laporan yang dihasilkan khusus untuk lesen tersebut (PLR).

Menggunakan sebahagian dari ebook utama anda, contohnya tiga bab dari
ebook tersebut adalah sesuai untuk dijadikan ebook viral.

Ebook di bawah ini adalah contoh terbaik ebook viral.

_______________________________________________

Saya sebagai penulis dan pengeluar ebook ini telah membenarkan


anda untuk meletakkan link affiliate anda sendiri di dalam ebook
ini jika sekiranya anda salah seorang ahli yang berdaftar dengan
Website saya (pendaftaran percuma di www…….)

Sebaik sahaja pendaftaran dilakukan, anda akan menerima email


yang mengandungi link ke laman khas yang untuk kit

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 14


VIRAL MARKETING

penjenamaan (branding kit) bagi ebook ini dan anda boleh


memasukkan link affiliate anda ke dalamnya.

Apabila anda menyebarkan salinan ebook ini (yang telah


dijenamakan atas nama anda) dan jika ada seseorang yang
menyertai keahlian tersebut melalui link affiliate anda atau
membeli One Time Offer, anda akan dapat komisyen Clickbank.

Bagaimana kuasa viral marketing berfungsi dalam hal ini…

Dengan melakukan perkara ini, saya menggalakkan orang ramai


menjual ebook ini (atau memberikannya) menerusi Internet dan
pada masa yang sama saya dapat melakukan jualan ‘back end’
dan mendapatkan ahli baru untuk laman keahlian saya.

Tetapi bukan itu sahaja…

… perkara yang hebat tentang teknik ini ialah ahli-ahli yang baru
tersebut akan menyebarkan salinan ‘branded’ mereka sendiri
(untuk mendapatkan komisyen bagi OTO) dan secara tidak
langsung akan terus mempromosi laman keahlian saya.

Beginilah viral marketing ebook berfungsi, walaupun mudah tetapi


sangat berkesan.

Berminat untuk mendapatkan salinan ‘branded’ anda sendiri? Klik


di SINI.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 15


VIRAL MARKETING

Ebook dan Program Affiliate

Ebook sangat serasi untuk digabungkan dengan program-program affiliate.

Promosi Viral mampu memberikan keuntungan melalui program affiliate


yang anda sertai apatah lagi jika anda mempunyai ebook yang diberikan
percuma. Anda perlu memanfaatkan kelebihan Pemasaran Viral ini di dalam
ebook percuma anda seperti memasukkan link affiliate ke dalam ebook
tersebut. Usaha anda dikira berjaya atau affiliate tersebut akan dikira
membuat jualan apabila seseorang pembaca ebook itu membuat pembelian
menerusi link tersebut.

Jika anda penyedia program affiliate pula akan mendapat keuntungan dari
jumlah trafik yang tinggi ke laman web anda hasil promosi yang dilakukan
oleh para ejen affiliate anda tersebut.

Pastikan yang mesej anda itu mengandungi ‘call


to action’ yang jelas dan tegas (tetapi bukan
memaksa). Pastikan juga yang pembaca faham
maksud ayat-ayat ‘call to action’ anda itu demi
memastikan yang mereka mengambil tindakan
yang sewajarnya.

Pastikan arahan anda itu juga lengkap untuk


membolehkan para pembaca tahu BAGAIMANA
untuk bertindak, selaras dengan kehendak anda.
Jangan menyukarkan atau memeningkan pembaca dengan pelbagai link-link
yang tidak relevan.

Ingatlah prinsip K.I.S.S, ‘Keep It Simple Stupid’!

Anda perlu mengambil kesempatan untuk menarik perhatian pembaca


dengan seberapa segera kerana mereka hanya akan meluangkan masa

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 16


VIRAL MARKETING

selama tujuh saat sebelum mengalihkan perhatian kepada perkara lain atau
menutup website anda.

Jika anda mengambil masa lebih dari itu untuk membuatkan mereka faham
atau menarik perhatian mereka dengan tujuan anda, maka anda
berkemungkinan besar terlepas peluang. Jangan jadikan mesej anda terlalu
bersastera atau puitis sehingga sukar untuk difahami atau kurang jelas.

Jika tidak, anda juga yang akan rugi. Anda mesti menghormati pembaca
dengan menjelaskan apakah mesej yang anda ingin sampaikan kepada
mereka.

Setelah anda yakin anda telah mempunyai ebook yang bernilai untuk
sesebuah program affiliate, dekatilah mereka yang terlibat dengan
menonjolkan idea anda dan yakinkan mereka bahawa usaha anda akan
membawa keuntungan bersama.

Viral marketing menggunakan ebook adalah satu daripada beberapa teknik


yang berkesan dalam menarik perhatian pelanggan dan subscriber kepada
bisnes anda dan dalam menarik pengunjung ke laman web anda.

Dalam masa yang singkat anda akan dapati bahawa ini adalah cara yang
terbaik untuk meningkatkan jumlah jualan, subscriber dan referal anda.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 17


VIRAL MARKETING

3 Langkah Mendapatkan ‘Freebies’ untuk Ebook


Anda

Hadiah, bonus dan produk-produk


percuma adalah perkara-perkara yang
tidak asing lagi bagi mereka yang biasa
membuat pembelian online. Kesemua itu
diberikan kepada para pelanggan dalam
usaha untuk menggalakkan lagi mereka
membuat pembelian di lain masa.

Bagaimanakah caranya anda boleh mengumpul, memilih dan menawarkan


hadiah yang sama nilainya dengan produk berbayar dan memberikannya
kepada pembaca yang menerima ebook anda?

Terdapat tiga langkah untuk melakukannya:

1- Kenalpasti keyword anda dalam setiap bab ebook anda - Sekarang,


taip keyword-keyword tersebut ke enjin carian kegemaran anda. Di
dalam proses mencari ebook percuma berdasarkan subjek yang sama
yang dihasilkan oleh mereka yang lebih arif dari anda atau seseorang
yang sentiasa memberikan sesuatu yang ‘fresh’ terhadap subjek
tersebut. Masukkan link kepada ebook percuma tersebut dalam setiap
bab ebook anda.

2- Cari hadiah atau produk percuma yang relevan atau sesuai dengan
ebook anda di internet. Anda perlu mencari sebarang produk yang
mempunyai kaitan rapat dengan ebook anda. Contohnya, jika anda
menjual alat-alat berkebun, carilah ebook percuma berkaitan dengan
panduan berkebun atau tip berkebun dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 18


VIRAL MARKETING

3- Produk percuma dari penyedia produk percuma – Anda boleh


mengunjungi halaman-halaman yang menyediakan produk percuma
seperti program Giveaway atau seumpamanya. Download produk-
produk percuma dari situ yang ada kaitan dengan topik ebook anda.

Tawarkan kepada para pembaca sesuatu yang bernilai dan berharga kepada
mereka di samping ebook anda. Ingat, semua orang sukakan hadiah
percuma!

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 19


VIRAL MARKETING

Viral Marketing Menggunakan Forum

Terdapat beberapa jenis forum yang berlainan di Internet, yang berbeza


sedikit berbanding dengan forum-forum yang biasa. Forum-forum tersebut
ialah yang berasaskan ‘marketing’ atau ‘special interest’. Kedua-dua jenis
forum ini biasanya dirujuk sebagai ‘forum terbuka’.

Bagaimanapun, terdapat juga forum berasaskan bisnes dan profesional yang


tidak membenarkan segala jenis pengiklanan atau ‘self-promotion’ dilakukan
di sana.

Forum-forum yang dibina khusus untuk menyediakan bantuan kepada para


pengguna sesebuah program juga biasanya tidak membenarkan ahli-ahlinya
melakukan promosi di laman mereka.

Anda boleh melakukan promosi dengan berjaya di sesebuah forum yang


disertai. Anda hanya perlukan 2 perkara utama untuk tujuan itu; membina
reputasi yang baik di kalangan ahli-ahli forum tersebut dan membina
hubungan yang baik dengan mereka.

Walaupun ini merupakan pengiklanan percuma, ia masih memerlukan


jumlah pelaburan tertentu dari pihak anda dan ianya melibatkan pelaburan
masa dan tenaga.

Untuk berjaya dalam pemasaran forum, apa yang diperlukan ialah


menonjolkan minat peribadi dalam topik utama di forum yang disertai itu.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 20


VIRAL MARKETING

Ini bermakna, anda mesti menjadikan diri anda sebagai ahli yang aktif di
forum itu dan membina hubungan yang positif dengan para ahli dan
moderatornya.

Ia juga bermakna, anda harus aktif mengambil bahagian dalam mana-mana


perbincangan dan membantu ahli-ahli yang lain.

Melalui cara ini, anda boleh membina reputasi sekaligus mula membina
bisnes anda sendiri kerana secara fitrahnya, manusia hanya suka berurusan
dengan orang-orang yang mereka percaya.

Oleh kerana tujuan utama anda berforum ialah untuk bertukar-tukar


maklumat dan idea, maka anda haruslah menghormati objektif ini dan
jangan melangkauinya.

Forum-forum pemasaran di mana setiap orang mempunyai produk untuk


dijual dan dipromosi, biasanya mempunyai peraturan yang lebih ketat.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 21


VIRAL MARKETING

Manfaatkan Forum Sepenuhnya

Pada masa sekarang, pemasaran forum telah dianggap sebagai percuma,


organik viral marketing.

Namun disebabkan kebanyakan IM yang menyertai


forum semata-mata untuk memasarkan produk dan
servis mereka, perbuatan dan sikap mereka telah
menimbulkan kesan yang bertentangan daripada
yang sepatutnya.

Jika pemasaran melalui forum dilaksanakan di forum yang tidak sepatutnya


(bukan forum pemasaran) maka ia akan menimbulkan kekacauan di
kalangan ahli-ahlinya dan moderator forum boleh membatalkan akaun
mereka (ban) hanya dengan beberapa klik mouse sahaja.

Untuk menjadikannya lebih efektif, pemasaran jenis ini memerlukan


komitmen, tanggungjawab dan penghormatan yang sepatutnya.

Keperluan yang pertama ialah untuk membawa minat peribadi menjadi topik
utama di forum. Mengunjungi forum tersebut hendaklah dijadikan rutin
harian, begitu juga membina hubungan baik dengan ahli-ahli yang lain dan
para moderator forum tersebut. Aktif dalam membantu ahli-ahli yang
memerlukan bantuan juga adalah satu keperluan.

Selain itu, mematuhi setiap peraturan forum juga adalah satu kewajipan.
Apabila kesemua ini dilakukan dengan baik, seseorang IM itu akan dapat
membina reputasi positif dan kredibiliti dan oleh kerana orang ramai secara
semulajadi akan berurusan dengan pihak yang mereka percaya, maka
bisnes akan lahir dari situ secara tidak langsung.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 22


VIRAL MARKETING

Penyalahgunaan pemasaran forum telah menyebabkan banyak forum-forum


yang ‘menggubal’ peraturan-peraturan yang agak ketat untuk melindungi
ahli-ahlinya dari diganggu oleh taktik pemasaran yang ‘agresif’ itu.

Sesetengah forum hanya membenarkan seseorang ahli menggunakan ruang


signature setelah dia membuat 100 posting yang sah dan ada juga forum-
forum yang langsung tidak membenarkan penggunaan ruang signature.

Para Usahawan Internet (IM) hendaklah faham bahawa tujuan sesebuah


forum itu dibina adalah untuk dijadikan sebagai satu tempat untuk bertukar
pendapat dan idea di atas topik-topik tertentu. Ia bukan satu tempat untuk
mengiklan dan mempromosi produk atau servis.

Dengan memfokuskan kepada topik dan membuat posting soalan dan


jawapan, reputasi seseorang IM itu akan berkembang dan akan membuka
peluang bisnes secara tidak langsung.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 23


VIRAL MARKETING

Viral Marketing Forum yang Berjaya

Teknik dan strategi Viral Marketing di dalam forum mungkin agak berbeza
berbanding teknik lain, anda perlu melakukan beberapa perkara terlebih
dahulu dengan teliti :

Mencari Forum :

1. Menyertai forum-forum yang relevan atau yang mempunyai kaitan


dengan niche atau produk anda. Contohnya anda memasarkan
produk-produk kesihatan, maka anda perlu mencari dan menyertai
forum-forum yang berkaitan dengan perbincangan kesihatan.

2. Pilih forum yang popular sahaja. Sia-sia anda menghabiskan masa dan
tenaga menyertai forum yang hanya mempunyai ahli yang sedikit dan
posting yang tidak begitu banyak. Apabila memilih forum untuk
disertai, pastikan anda menyemak dua perkara ini; kedudukan laman
forum (page ranking) dan jumlah ahli-ahli yang aktif dalam forum
tersebut.

3. Pilihlah forum yang membenarkan penggunaan ‘tag signature’. Sebaik-


baiknya, anda telitilah terlebih dahulu peraturan-peraturan forum yang
ingin disertai dan berikan perhatian lebih terhadapnya. Masa adalah
emas. Jadi pastikan perkara ini terlebih dahulu sebelum membuat
keputusan untuk menyertainya.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 24


VIRAL MARKETING

Selepas menjadi ahli forum :

Baiklah, anda sudah pun mempunyai 2-3 forum yang relevan dengan bisnes
anda. Apa yang patut dilakukan seterusnya ialah :

1. Pastikan tag signature anda ringkas dan sentiasalah update. Sebaik-


baiknya anda hanya perlu memasukkan hanya satu link sahaja ke
bahagian signature iaitu link ke laman web anda.

2. Jangan sesekali membuat posting yang hanya semata-mata


mengandungi iklan. Jika seseorang IM itu melakukannya juga, ini
menunjukkan dia seorang yang kurang berpengalaman. Paling ringan,
posting seperti itu akan dibuang (delete) oleh moderator dan paling
teruk, akaun anda akan diban.

3. Jadilah ahli yang aktif di setiap forum yang disertai. Luangkan masa
sekurang-kurangnya sejam setiap hari untuk forum tersebut. Juga
jangan lupa untuk meluangkan masa berkenalan dengan ahli-ahli dan
moderator forum itu.

Apabila seseorang IM itu telah menjadi ahli yang tetap, mereka sepatutnya
akan membina reputasi yang baik dan tanpa perlu mempromosikan bisnes
mereka, ahli-ahli yang berminat dengannya akan mendekati mereka.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 25


VIRAL MARKETING

Viral Marketing Menerusi Peralatan Mobile

Peralatan mobile seperti telefon bimbit dan PDA merupakan kemudahan-


kemudahan yang sangat berguna dalam membantu menggerakkan
pengiklanan viral.

Bagaimanapun kita perlu menapis semua


perkara yang masuk ke dalam telefon kita
termasuklah iklan promosi yang tidak
diingini atau spam.

Peralatan-peralatan mobil merupakan


medium opt-in yang unggul, maka ia
adalah satu cara untuk seseorang IM
berhubung dengan pengguna… jika ianya dipersetujui oleh pengguna
tersebut. ‘DIPERSETUJUI’ atau ‘SETUJU’ merupakan kata kunci di sini. Jadi
bagaimanakah seseorang IM itu patut memanfaatkan pendekatan ini?

Tiga cara utama untuk mencapai tujuan ini ialah:

1. Menawarkan bahan-bahan eksklusif seperti nada dering, wallpaper


atau sebagainya. Ia merupakan bahan yang unik untuk telefon bimbit.

2. Berikan tip atau informasi bernilai dan bermanfaat - Pastikan


bahan-bahan yang ditawarkan itu bernilai dan bermanfaat kepada
para pengguna contohnya seperti menawarkan tip-tip makanan untuk
kesihatan atau resipi masakan melalui peralatan mobil.

3. Objektif yang jelas - Biasanya, satu atau dua objektif bisnes akan
memandu ke arah kejayaan: Hasil tambahan dari kemesraan jenama.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 26


VIRAL MARKETING

Faktor kemesraan dan mesej dalam bentuk teks merupakan keutamaan


dalam mana-mana bentuk komunikasi.

Kenapa? Kerana kita belum lagi dibebani dengan masalah spam mobil, maka
ambillah peluang ini untuk mengutamakan mesej berbanding suara.

Pemasaran mobil sudah wujud agak lama tetapi bagi kita para IM, masih
ada ruang untuk diterokai.

Video mampu menawarkan peluang pemasaran yang lebih baik. Pengguna


lebih cenderung ke arah video yang mengandungi hiburan atau maklumat
yang mereka cari maka di sinilah peluang untuk anda.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 27


VIRAL MARKETING

Menggunakan Video Untuk Viral Marketing

Semakin ramai pengiklan menggunakan video sebagai medium untuk


menyiar dan menyebarkan iklan-iklan mereka di Internet.

Pengiklanan melalui video di Internet sememangnya sesuatu yang berkesan.

Pengguna lebih mudah memberikan lebih perhatian kepada iklan-iklan di


video berbanding medium pengiklanan yang lain.

Memang benar pembikinan video lebih memerlukan kos berbanding dengan


baner iklan yang biasa. Bukan itu sahaja, pembikinan iklan video juga
memerlukan lebih tumpuan yang kerja tetapi ia merupakan satu pelaburan
yang sangat berbaloi.

Jika anda ingin memaksimumkan keberkesanan pengiklanan video anda,


perkara yang mesti diambil perhatian ialah di mana anda harus
menggunakannya. Video yang akan dipaparkan di Internet haruslah
berinformasi manakala video yang akan dipaparkan di televisyen pula
haruslah mempunyai unsur-unsur hiburan.

Sama seperti perkara lain, terdapat cara yang baik dan buruk dalam
menggunakan pengiklanan video.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 28


VIRAL MARKETING

Sekarang ini ramai IM yang menggabungkan bahan-bahan audio-visual ke


dalam format iklan seperti baner atau pop-up.

Walaupun cara ini berpotensi untuk mencapai jumlah pengguna yang agak
besar, biasanya ia tidak begitu berkesan dalam menarik perhatian mereka
disebabkan oleh penggunaan kandungan ‘flash’ di dalamnya. Kandungan
‘flash’ ini biasanya lebih berpotensi mengganggu perhatian pengguna
daripada menarik perhatian mereka.

‘Video streaming’ di laman-laman tertentu menawarkan peluang yang lebih


besar dalam menarik pengguna yang berminat dengan mesej-mesej
‘branded’ tetapi berkemungkinan mencapai bilangan pengguna yang lebih
besar melainkan jika ia menjana pendapatan viral.

Jangan lupa untuk menjadikan video anda itu mudah untuk diguna dan
disebarkan. Saiz dan format video tersebut adalah penting dalam viral
marketing.

Jika video anda itu dihasilkan dalam


format yang asing atau menggunakan
program yang jarang digunakan oleh
orang ramai, pada pendapat anda adakah
video tersebut akan disebarkan dengan
‘rancak’ dan meluas?

Jika anda menggunakan video, kesannya


akan lebih mendalam jika dijadikan ‘attachments’ berbanding streaming.
Lagipun attachment adalah murah untuk dilakukan.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 29


VIRAL MARKETING

Menggunakan Perkongsian Fail Untuk Viral

Terdapat jutaan pengguna Internet setiap hari yang menunggu untuk


mendownload. Sudah tentu, ramai di antara mereka yang hanya ingin
mendapatkan produk percuma.

Saya berikan contoh muzik kerana ramai orang suka


menggunakan servis perkongsian fail untuk
mendownload muzik disebabkan oleh dua perkara, iaitu
ianya adalah percuma dan banyak servis perkongsian
fail yang boleh dipilih.

Hal ini disebabkan syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan seperti


itu menyedari satu hakikat; pengguna internet adalah ‘pengongsi fail’.
Sebelum kewujudan Internet, orang ramai menggunakan kaset sebagai
medium hiburan yang kemudiannya dikongsi bersama rakan-rakan. Begitu
juga dengan CD.

Jadi bagaimanakah anda boleh memanfaatkan semua ini untuk menjayakan


kempen viral marketing anda?

Cuba fikirkan.

Setelah seseorang itu mendownload fail MP3 anda ke dalam hard disk, maka
bermulalah viral marketing. Setelah dua orang sahabat berkongsi fail anda,
secara tiba-tiba ia berada dalam dua buah komputer dan begitulah
seterusnya.

Anda akan dapati dalam waktu yang singkat, fail-fail anda boleh dilihat di
mana-mana sahaja. Di dalam paradigma yang baru ini, anda menawarkan
fail muzik percuma melalui medium yang menghubungkan anda secara terus
dengan para pengguna.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 30


VIRAL MARKETING

Menggunakan Emel untuk Mencapai Objektif

Viral marketing adalah sebahagian dari strategi kempen yang digunakan


untuk mencapai objektif. Ia bukanlah objektif itu sendiri.

Jika objektif utama sesebuah kempen emel


itu ialah penjenamaan (branding), anda
haruslah menonjolkan penjenamaan itu
melalui mesej yang akan menggalakkan para
pengguna menyebarkannya kepada orang
lain.

Menghasilkan mesej yang mengandungi


tawaran yang berkualiti atau satu insentif
untuk perkongsian itulah yang dipanggil sebagai viral marketing.

Jika sekadar meminta atau mencadangkan kepada penerima emel anda


supaya mereka menyebarkannya kepada rakan-rakan dah keluarga mereka,
itu tidak boleh dinamakan viral marketing.

Mesej di bahagian bawah emel anda yang berbunyi, “Sila sebarkan emel ini
kepada rakan-rakan anda” sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan
viral marketing. Sebaliknya, jika sesuatu produk itu terdiri daripada bahan-
bahan yang berbaloi untuk dikongsikan bersama seperti diskaun berharga,
maklumat penting, lawak jenaka, video yang menghiburkan dan kesemua ini
disertakan bersama emel, maka viral marketing akan terjadi dengan sendiri
dengan jayanya.

Apa yang penting ialah, mesej anda hendaklah berkualiti dan mempunyai
nilainya yang tersendiri. Perlu mengandungi maklumat yang relevan atau
hasil kajian dan sebagainya yang merupakan sebahagian dari contoh bahan-
bahan yang akan menggalakkan orang ramai berkongsi mesej anda.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 31


VIRAL MARKETING

Kandungan yang interaktif seperti kuiz juga mampu menggalakkan


perkongsian terutama sekali jika ianya terbukti menghiburkan. Ujian
personaliti, kuiz ‘fitness’, teka kata dan seumpamanya juga mempunyai nilai
hiburan yang unik.

Fail-fail yang mengandungi elemen multimedia juga biasanya akan dikongsi


oleh para pengguna.

Memang ianya memerlukan pelaburan dari segi masa dan wang tetapi ianya
tidak dapat dinafikan sangat berbaloi. Faktor teknikal sahaja pun sudah
memadai untuk menjadikan mesej anda itu berharga.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 32


VIRAL MARKETING

Humor disebarkan Melalui Emel Viral

Satu kajian dari Sharpe Partners, sebuah agensi pemasaran interaktif,


mendedahkan bahawa 89% orang dewasa di Amerika berkongsi bahan-
bahan internet melalui emel.

Ini adalah satu berita baik bagi mana-mana syarikat yang menggunakan
emel sebagai medium promosi bisnes mereka.

Kajian tersebut telah mendedahkan satu perkara yang menarik berkaitan


dengan jenis kandungan yang biasanya dikongsikan melalui emel. Bahan-
bahan yang selalu dikongsikan oleh para pengguna Internet melalui emel
ialah lawak jenaka.

Perkara yang kedua biasanya dikongsi melalui emel ialah berita semasa,
diikuti oleh maklumat kesihatan dan perubatan, keagamaan dan spiritual,
permainan, bisnes dan maklumat kewangan peribadi serta hobi atau sukan.

Jadi ia merupakan satu perkara yang senang untuk dilihat berdasarkan hasil
kajian tersebut ialah, lawak jenaka adalah bahan-bahan yang bermanfaat
untuk kempen viral marketing anda.

Kartun, lawak jenaka serta klip video yang melucukan adalah antara bahan-
bahan yang boleh disertakan ke dalam emel anda. Orang ramai akan
berkongsi perkara-perkara yang boleh membuatkan mereka ketawa.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 33


VIRAL MARKETING

Ingat, orang ramai suka berkongsi lawak jenaka atau gambar-gambar lucu
berbanding dengan perkara-perkara lain dan ia boleh menjadi senjata viral
anda.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 34


VIRAL MARKETING

Bagaimana Mendapatkan Emel untuk Viral

Viral marketing mempunyai pelbagai kemungkinan dan cara untuk mencapai


objektif anda. Bagaimanapun, sama seperti perkara-perkara lain,
perancangan awal yang rapi dan objektif yang jelas merupakan dua perkara
penting dalam menjayakan kerja-kerja anda.

Saya mencadangkan kepada anda supaya


menggunakan sistem autoresponder untuk menghantar
mesej-mesej anda. Aweber & Getresponse adalah
dua penyedia sistem autoresponder terkenal dan
terbaik manakala TrafficWave pula menjimatkan.

Perkara pertama, pastikan anda tidak terlibat dengan apa jua jenis spam.
Spam masih lagi berleluasa ketika ini walaupun pelbagai sekatan telah
dilakukan, anda tidak seharusnya terlibat dengan aktiviti spam.

Imej profesional anda juga akan binasa dengan sebab spam.

Perbuatan spam memerlukan sebuah database yang dipenuhi oleh alamat-


alamat emel yang kemudiannya boleh dijadikan sasaran untuk menghantar
mesej-mesej yang tidak diundang oleh pemilik emel tersebut.

Teknik SPAM ini hanya akan mengundang kemarahan penerima emel


sekaligus membunuh kempen yang anda jalankan. Ia juga tidak akan
menimbulkan keinginan mereka untuk mengunjungi laman web anda.

Anda perlu ‘personalize’ dengan membina laman web anda dengan sentuhan
peribadi. Anda mesti pastikan yang laman web anda itu yang akan
membuatkan pelanggan merasa selamat, dilindungi dan diambil berat.

Emel adalah penting kerana ia akan menjadi satu jalan komunikasi di antara
anda dan para pelanggan.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 35


VIRAL MARKETING

Cara yang betul untuk mendapatkan keizinan emel ialah dengan cara
memberitahu para pelanggan di bawah borang Opton bahawa alamat emel
mereka tidak akan sekali-kali didedahkan kepada pihak ketiga. Perkara yang
seterusnya ialah untuk memastikan mereka tahu bahawa emel mereka
adalah penting demi untuk manfaat yang mereka akan terima di masa akan
datang bagi membolehkan mereka menerima sebarang maklumat, diskaun,
produk percuma dan sebagainya dari anda

Contohnya kupon atau diskaun produk anda hanya akan diberikan kepada
ahli-ahli berdaftar sahaja. Setiap emel yang anda hantar akan memberi
kesan kepada viral marketing.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 36


VIRAL MARKETING

Menggunakan Ruang Chat Untuk Viral

Melakukan SPAM di ruangan chat atau sistem


‘instant messaging’ dengan mesej-mesej promosi
atau iklan adalah satu perbuatan yang buruk atau
tidak beretika. Namun jika ianya dilakukan
dengan cara yang betul, medium-medium seperti
ini boleh menjadi satu jalan komunikasi yang baik
dengan pasaran – terutama sekali dengan para
pelanggan.

Pernahkan anda ke ruang chat dan menghantar mesej? Jika pernah maka
anda bolehlah belajar beberapa rahsia pengiklanan-web untuk memasarkan
produk dan servis anda di ruang chat. Ruang chat biasanya terbahagi
kepada beberapa kategori.

Anda perlu mencari ruang chat yang betul di mana ia merupakan tempat
sasaran pelanggan anda berkumpul. Jika tidak ada, maka anda boleh
membinanya sendiri.

Ingat, ruang chat yang dihasilkan bukan bertujuan untuk mempromosikan


produk anda semata-mata.

Bahkan ia bertujuan untuk menarik para prospek yang mempunyai minat


terhadap produk atau servis seperti yang anda tawarkan.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk berkaitan dengan aktiviti


berkebun, maka ruang chat yang anda bina itu hendaklah diletakkan nama
yang relevan dengan berkebun, bukan nama produk anda tersebut.

Satu lagi cara menggunakan ruang chat untuk mempromosikan bisnes anda
ialah dengan menyediakan ruang chat di laman web anda.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 37


VIRAL MARKETING

Hostkan satu seminar online berkenaan dengan subjek yang menjadi


kemahiran anda, di ruang chat anda sendiri. Gunakan ruang chat tersebut
untuk bertemu dan menjawab segala permasalahan pelanggan anda.

Sentiasalah umumkan aktiviti istimewa anda dan pastikan para pelanggan


benar-benar menyedarinya.

Contohnya, tentukan masa atau hari di mana akan ada seseorang yang
mahir menjawab persoalan para pelanggan anda.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 38


VIRAL MARKETING

Kempen Viral Marketing Menggunakan Ebook

Sekarang, mari kita lihat bagaimana menggunakan ebook untuk memulakan


kempen viral marketing anda.

Pertama, anda hasilkan sebuah ebook (yang benar-benar berkualiti dan


mengandungi link ke laman web, sales page atau affiliate link ke produk-
produk yang anda cadangkan) dan berikannya kepada tiga orang kenalan
anda atau lebih. Di dalam ebook itu anda galakkan tiga orang kenalan tadi
menyebarkannya kepada kenalan dan keluarga mereka pula. Sebelum anda
menyedarinya, ebook tersebut telah pun tersebar di Internet seperti api
yang marak.

Maklumat digital akan tersebar dengan cepat dan mudah maka dalam waktu
yang singkat ribuan orang sedang menatap ebook percuma anda. Pastikan
yang para pembaca ebook tersebut tahu yang mereka boleh
menyebarkannya secara bebas di Internet.

Apabila anda menghasilkan ebook, anda berhak untuk memberikan kepada


orang ramai hak-hak (rights) yang tertentu. Salah satu hak tersebut ialah
anda membenarkan para pembaca memberikan ebook anda itu kepada
orang lain secara bebas. Pastikan hal ini jelas kepada pembaca.

Anda boleh menulis ebook itu sendiri, gunakan kandungan PLR atau
dapatkan perkhidmatan penulis bebas (Ghostwriter).

TIP: Anda tidak perlu membeli software Adobe Acrobate Ebook yang mahal
itu untuk menghasilkan ebook. Memadai dengan hanya menggunakan
OpenOffice, sebuah software sumber percuma (OpenSource) ebook yang
cukup mudah dan cepat dalam menghasilkan ebook.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 39


VIRAL MARKETING

Teknik Buzz Dalam Viral Marketing

Teknik Viral marketing ini sebenarnya adalah


teknik yang telah lama wujud – ia idea lama
yang telah diguna-pakai ratusan atau ribuan
tahun dulu. Persoalannya di sini, apakah
pentingnya teknik buzz dalam menjayakan viral
marketing ini?

Teknik Buzz atau desas-desus penting dalam


menjayakan promosi sesuatu bisnes. Sebagai
contoh, sesebuah movie menerima desas-desus
ketika di awal pra-pelancarannya lagi.

Desas-desus atau ‘buzz’ adalah penting dan ianya berfungsi dalam setiap
viral marketing yang dijalankan. Samada ia dijalankan untuk bisnes yang
kecil atau bisnes yang baru hendak dimulakan, ia akan mendatangkan kesan
yang positif terhadap bisnes tersebut. Peringkat perancangan sesebuah
kempen viral itu akan menentukan objektif dan membina tema viral untuk
buzz yang diperlukan.

Terdapat tiga komponen utama untuk setiap kempen viral yang boleh
digunakan oleh mana-mana jenis bisnes :

1. Material kreatif : Agen viral yang mewujudkan mesej yang ingin


anda sebarkan dalam format digital (imej, video, teks dll.).
Strateginya ialah dengan mengumpulkan bahan-bahan yang
berpotensi tinggi untuk dikongsikan oleh orang ramai bersama kenalan
dan keluarga mereka. Hiburan dan iklan biasanya merupakan perkara-
perkara yang selalu dikongsi oleh pengguna.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 40


VIRAL MARKETING

2. Seeding : Meletakkan agen online di tempat yang mempunyai potensi


yang besar untuk penyebaran dilakukan. Download material viral
secara terus atau link-link ke laman web pihak ketiga disediakan
dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan penyebaran sebelum
para pengguna sampai ke laman destinasi kempen.

3. Penjejakan / Tracking : Mengukur tahap penyebaran kempen untuk


mengetahui tahap keberkesanannya. Adalah penting untuk anda
mengetahui apa yang berhasil dan apa yang tidak. Satu-satunya jalan
untuk mendapatkan maklumat tersebut ialah dengan menjejaki
keputusan ‘seeding’.

Pengajaran telah pun dipelajari, trend telah pun dibina dan terdapat sains
yang terlibat dalam menjayakan desas-desus.

Teknik desas-desus di sini ialah untuk kekal dan jika terus digunakan secara
strategik, ia akan memberikan impak positif yang besar terhadap bisnes
anda.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 41


VIRAL MARKETING

Faktor Kenapa Ebook Sesuai Untuk Pemasaran Viral

Salah satu produk digital yang mendapat sambutan ramai dan diterima
maklumatnya ialah melalui ebook, khasnya ebook percuma. Ia merupakan
salah satu senjata utama di dalam menjayakan kempen viral marketing. Di
bawah adalah empat sebab utama kenapa fakta ini adalah benar dan akan
terus digunakan di masa akan datang.

1. Ebook adalah murah dan mudah untuk dihasilkan. Jika anda sudah
mempunyai beberapa artikel yang telah dihasilkan sebelum ini
berkenaan dengan subjek yang anda promosi, anda hanya perlu
mengumpulkan kesemuanya untuk dijadikan ebook.

Jika anda tidak boleh menulis, anda boleh gunakan sahaja ebook
‘rebrandable’. Anda juga boleh mencari ‘rebrandable’ ebook ini melalui
enjin carian kegemaran anda menggunakan kata kunci “rebrandable
ebook”. Anda akan mendapat banyak sekali keputusan carian yang
boleh anda pilih darinya.

Salah satu cara yang baik untuk menyebarkan ebook anda ialah
dengan menawarkannya secara percuma kepada para pengunjung
laman web anda atau sebagai bonus jika mereka subscribe kepada
newletter anda. Jika ebook anda mengandungi material yang boleh
dikongsikan oleh pembaca bersama kenalan dan keluarga mereka,
maka akan timbul viral marketing secara tidak langsung di situ.

2. Ebook berkemampuan untuk mencapai jumlah pembaca yang besar.


Satu-satunya faktor yang menyekat kemampuan ini ialah minat. Oleh
itu, ia adalah sangat penting untuk memasukkan unsur-unsur yang
boleh menggalakkan berlakunya viral marketing ke dalam ebook anda

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 42


VIRAL MARKETING

(contoh infomasi buat dui, lawak jenaka atau sebagainya). Ingat,


orang ramai suka untuk mengetahui perkara-perkara yang dunia
umum mengetahuinya. Mereka akan menyebarkan apa sahaja yang
menunjukkan mereka adalah golongan yang tahu.

3. Ebook adalah satu jalan untuk menjual produk-produk lain selain dari
yang anda sasarkan. Contoh, jika anda ingin menjual produk
berkebun, pelanggan anda juga mungkin berminat dalam bab
penyemaian, teknik menjadikan tapak semaian lebih subur, tip lanskap
dan sebagainya.

4. Ebook adalah sangat berkesan dalam membina reputasi anda. Ia akan


menggalakkan para pembaca menyebarkan ebook anda jika ia benar-
benar berkualiti dan bermanfaat kepada mereka.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 43


VIRAL MARKETING

“Folksonomies” – Teknik Viral Marketing Terkini

Satu fenomena pengguna baru yang dipanggil ‘tagging’ atau ‘folksonomies”


(singkatan dari ‘folks’ dan ‘taxonomy’). Tagging adalah hebat kerana
mencipta struktur organisasi untuk bahan-bahan online.

Folksonomies bukan sahaja membolehkan


orang ramai berkongsi bahan-bahan di
bawah tags, bahkan lebih baik lagi,
menyebarkannya di bawah taxonomy
global yang mereka ciptakan.

Tagging pula berfungsi seperti ini; melalui


penggunaan laman web seperti Facebook, del.icio.us, Flickr dan sebagainya.
Pengguna berkerjasama dalam mengkategorikan bahan-bahan online di
bawah keyword-keyword tertentu atau tags.

Sebagai contoh, seseorang itu boleh memposting foto-foto dari iPod mereka
ke laman Facebook atau Flickr dan memfailkannya di bawah tag “iPod”.

Imej-imej tersebut kemudiannya bukan sahaja boleh dilihat di bawah iPod


pengguna tadi bahkan boleh dipaparkan di bawah komuniti iPod
menggunakan tag yang sama (iPod). Hingga ke saat ini, Flickr mempunyai
lebih dari 3500 foto yang berlabel “iPod”.

Tagging sangat berkesan kerana ia merupakan pelengkap semulajadi kepada


pencarian sesuatu fail. Taip perkataan “blog” di enjin carian Google dan ia
akan memaparkan keputusan carian tanpa mengetahui apakah ia benar-
benar relevan dengan pencarian anda.

Laman web besar atau kecil semuanya sudah berada dalam ‘keretapi’
foksonomy. Kesemuanya memanfaatkan penggunaan struktur tag untuk
membantu pengguna memudahkan pencarian mereka.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 44


VIRAL MARKETING

Walaupun sistem tag masih belum mencapai tahap sempurna, para IM


haruslah memanfaatkannya demi kebaikan bisnes mereka. Mulalah
subscribe ke RSS feeds untuk memantau bagaimana pengguna
mempraktikkan tag terhadap maklumat berkenaan produk, servis dan
syarikat anda.

Laman-laman folksonomy juga boleh digunakan secara teliti, untuk


melancarkan kempen-kempen viral marketing – dengan ingatan. Para IM
hendaklah menjelaskan siapa diri mereka, kenapa mereka memposting link
atau foto dan mengelak dari terlibat dengan sebarang jenis spam.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 45


VIRAL MARKETING

Para Pengusaha B2B Pun Sesuai

Mereka menggunakan viral marketing emel sebagai alat pemasaran…


apakah maknanya pada pendapat anda?

Viral marketing boleh berfungsi dengan baik kepada penyedia B2B, selama
mana perkara-perkara di bawah adalah benar:

1. Produk dan servis hendaklah mempunyai nilai kepada penghantar,


begitu juga kepada penerima.

2. Tawaran hendaklah sesuatu yang boleh diberikan. Anda tidak


sepatutnya menawarkan produk yang tidak dapat dibekalkan apabila
permintaan melambung tinggi.

3. Tawaran hendaklah bahan-bahan yang senang untuk dihantar. Emel


dan laman web merupakan medium terbaik untuk merealisasikan
perkara ini.

4. Kempen viral marketing hendaklah menggunakan network yang sedia


ada untuk memindahkan mesej.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 46


VIRAL MARKETING

Asas viral marketing telah wujud sejak sekian lama. Ia adalah sesuatu yang
berkaitan dengan menggalakkan para pengguna menyebarkan maklumat
tentang bisnes anda kepada kenalan dan keluarga mereka.

Mereka yang menyebarkannya akan mendapat sesuatu sebagai balasan atau


‘upah’. Ia mungkin dalam bentuk pemberian atau servis yang berkaitan
dengan bisnes anda.

Penggunaan emel akan memudahkan perkongsian maklumat dengan rakan-


rakan, terutamanya jika ia melibatkan sesuatu bahan yang percuma dan
menyeronokkan. Dalam jutaan manusia sebagai pengguna Internet di
seluruh dunia, potensi pertumbuhan akan menjadi sangat besar.

Perkara-perkara yang hebat tentang viral marketing ialah ianya percuma


dan bergerak secara sendirinya. Sebaik sahaja anda membuat tawaran dan
menyediakan fasiliti untuk para referral, viral marketing akan tersebar
seperti virus, cuma ianya adalah virus yang baik dan bermanfaat kepada
anda.

Untuk memulakan viral marketing bagi bisnes anda, pertama, mulakan


dengan database pelanggan anda. Galakkan pengguna lama untuk
mendapatkan pelanggan baru untuk anda.

Kedua, pergi ke sumber-sumber referral anda. Penyedia servis, network


luaran dan kenalan-kenalan anda boleh digalakkan untuk menyediakan
referal yang akan membawa kepada kewujudan bisnes.

Jika pengguna anda merupakan pemilik bisnes yang mengalami tekanan


kerja, tawarkan balasan yang menyediakan kerehatan, keseronokan dan
kelapangan, seperti bercuti ke mana-mana destinasi, sebagai contoh.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 47


VIRAL MARKETING

6 Idea untuk Viral Marketing

Di bawah ini adalah 6 idea untuk membantu anda memulakan kempen viral
marketing:

1. Dapatkan hak penjenamaan ke atas sesebuah ebook viral. Benarkan


pembaca menyebarkan ebook percuma anda itu kepada para pelawat
mereka. Pelawat mereka pun akan menyebarkannya juga. Sekarang
viral marketing ebook anda sudah pun bermula.

2. Jika anda berkebolehan membina forum atau laman perbincangan,


anda benar-benar mempunyai alat yang sangat berguna. Benarkan
para pengguna menggunakan forum anda untuk laman web mereka.
Sesetengah pengguna tidak mempunyainya. Hanya masukkan baner
iklan anda di bahagian atas laman perbincangan tersebut.

3. Anda berbakat dalam pembikinan laman web? Hasilkan templet-


templet, grafik dan sebagainya kemudian upload ke laman web anda.
Benarkan orang ramai menyebarkan rekaan web percuma anda seperti
grafik, bentuk tulisan, templet dan lain-lain. Masukkan iklan anda ke
dalamnya atau minta para pengguna meletakkan link ke laman web
anda di laman web mereka. Pastikan anda menyertakan sekali link ke
laman web anda di bahagian ‘hakcipta’ dan minta ianya tidak dibuang
dari semua jenis produk anda.

4. Tulis ebook - Benarkan orang ramai meletakkan iklan-iklan dalam


ebook percuma anda dan sebagai pertukaran, mereka hendaklah
menyebarkan ebook percuma itu kepada para pengunjung laman web
atau subscriber mereka.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 48


VIRAL MARKETING

5. Tuliskan artikel yang berkaitan dengan produk atau servis anda.


Benarkan orang ramai mencetak semula artikel anda itu di laman web,
newsletter dan e-zine mereka. Masukkan resource box anda dan
opsyen untuk cetakan semula di bahagian bawah setiap artikel.

6. Anda boleh mencari produk-produk di Internet dengan mudah yang


menjual lesen-lesen tertentu kepada anda. Cari produk yang berkaitan
dengan ‘branding rights’ di Internet.

Hakcipta Terpelihara (C), 2010 Page 49

Anda mungkin juga menyukai