Anda di halaman 1dari 2

BABAK 7 - Bolehkah Orang Mati Berbicara pada

Kita?

MICHAEL
(memulakan perbincangan)
“Ibu, ingatkah kamu waktu Mak Cik Gina pergi ke tukang tilik dan katanya mereka
ada pertemuan kumpulan untuk bercakap dengan orang-orang mati? Bolehkah
mereka betul-betul buat seperti itu?”

IBU
“Tidak,”
“Pengkhutbah 9:5 mengatakan bahawa orang yang mati tidak mengetahui apa-apa.”

MICHAEL
“Jadi, dengan siapakah orang-orang itu bercakap? Mak Cik kata, orang-orang yang dalam upacara
menghubungi roh orang mati itu bercakap dengan seseorang.”

IBU
“Syaitan boleh menyerupai kawan-kawan dan kekasih-kekasih yang sudah mati,”
“supaya orang mengenal mereka. Tetapi dia adalah roh, dan boleh menyerupai bentuk apa pun.”

MICHAEL
“Jadi, apabila orang memikirkan mereka bercakap dengan sahabat yang sudah mati, mereka sebenarnya
bercakap kepada Syaitan atau salah satu daripada malaikat-malaikatnya?”

IBU
“Ya. Kita panggil komunikasi seperti itu sebagai spiritualisme. Orang yang percaya dalam spiritualisme
mempercayai bahawa manusia tidak betul-betul mati melainkan terus hidup selama-lamanya. Mereka
fikir manusia terus maju, menjadi semakin baik, dan akhirnya menjadi tuhan-tuhan.”

MICHAEL
“Itu kedengaran seperti yang dikatakan Syaitan pada Hawa di Taman Eden,”

IBU
“Sama seperti itu, bukan?”
“Syaitan memberitahu Hawa, 'Tuhan tahu bahawa jika kamu memakan buah daripada pohon itu kamu
akan mengetahui yang baik dan yang jahat. Maka kamu akan menjadi seperti Tuhan!' Oleh kerana dusta
ini, Tuhan kemudian membuat peraturan-peraturan yang kukuh melawan ilmu sihir untuk Israel, supaya
bangsa Israel tidak akan bingung. Mereka tidak boleh mengizinkan ahli sihir tinggal di negeri mereka atau
mengamalkan ilmu sihir di mana-mana dekat mereka. Kamu boleh baca ini dalam Imamat 19:31.”

MICHAEL
(mencari ayat itu dan membaca)
“Jangan minta nasihat daripada orang yang berhubung dengan roh-roh orang mati. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan menjadi najis. Akulah Tuhan, Allah kamu.”

1
IBU
“Saya teringat cerita tentang ahli sihir di Endor dan bagaimana Raja Saul pergi menemuinya sebab dia
khuatir akan kesudahan peperangan pada keesokan hari. Dia melihat sesuatu yang nampaknya seperti
nabi Samuel.”

MICHAEL
“Tetapi maksudmu itu sebenarnya bukan Samuel?”

IBU
“Ya, Samuel sudah mati.”

MICHAEL
“Tetapi orang yang dilihat oleh Raja Saul memberitahu dia bahawa dia akan mati dalam peperangan esok
harinya, dan itu sebenarnya yang terjadi.”

IBU
“Betul. Tetapi Syaitan mengetahui apa rancangan-rancangannya untuk keesokan hari, dan kecuali Tuhan
menghalangkannya daripada berlaku, Syaitan boleh meramalkan apa yang hendak dilakukannya. Jadi,
ahli-ahli sihir kerap kali betul dalam ramalan mereka, tetapi mereka masih dipimpin oleh Syaitan, dan
kita harus menjauhi mereka.”

MICHAEL
“Saya percaya,” kata Michael.

IBU
“Oleh kerana Syaitan begitu jahatnya, kita harus menjauhinya seboleh-bolehnya.”
“Ingat, Syaitan boleh menguasai kita hanya jika kita memilih untuk mengalah kepada godaan-godaannya.
Tuhan sentiasa melindungi kita asalkan kita meminta perlindungan-Nya.”

********

Anda mungkin juga menyukai