Anda di halaman 1dari 2

Ester – Panggilan seorang wanita yang beriman dan berani.

AYAT : Ester 4 : 16 – “Pergilah, kumpulkanlah semua orang Yahudi yang terdapat di


Susan dan berpuasalah untuk aku; janganlah makan dan janganlah minum tiga hari
lamanya, baik waktu malam, baik waktu siang. Aku serta dayang-dayangku pun akan
berpuasa demikian, dan kemudian aku akan masuk menghadap raja, sungguhpun
berlawanan dengan undang-undang; kalua terpaksa aku mati, biarlah aku mati.”

Ester adalah nama Persia yang artinya “Bintang”. Selain itu Ester juga berati “Dewa
Kesuburan” dan “Dewa Peperangan”.

Nama lain Ester “Hadasa” (bahasa Ibrani) artinya sejenis tumbuhan yang melambangkan
cinta kasih. Ia seorang gadis yang cantik parasnya dan elok perawakannya (2:7).
Ester seorang gadis Yahudi berasal dari suku Benyamin (suku terkecil dari bangsa Israel
yang tidak terlalu dianggap -2:5).
Ester adalah anak Abihail (2:15) yang menjadi yatim piatu dan diasuh oleh Mordekhai-
saudara sepupunya (2:7).
Ester dan bangsa Yahudi lainnya adalah orang-orang tawanan yang diangkut ke
pembuangan Babel, sehingga status sosial mereka sangat rendah bahkan sama sekali tidak
berharga (2:5).

Ester adalah permaisuri Persia, kerajaan terkuat di dunia pada masa itu. Tetapi ada
satu masalah yang besar.

Haman, penasihat raja yang jahat telah meyakinkan raja untuk membunuh semua
orang Yahudi di dalam kerajaannya. Malah, suatu tarikh telah ditetapkan untuk itu.
Apa yang tidak diketahuinya, malah raja juga tidak mengetahuinya, adalah Permaisuri
Ester juga adalah seorang yang berbangsa Yahudi.

Ester mengetahui rancangan jahat itu daripada bapa saudaranya, Mordekhai. Ester
menghantar
hambanya untuk mengetahui mengapa bapa saudaranya itu duduk di luar istana
sambil menangis, dengan abu melitupi badannya dan pakaiannya yang dikoyakkan.

Hamba-hamba itu kembali dengan berita akan rancangan jahat itu.

Ester terkejut, tetapi ada yang lebih mengejutkan. Bapa saudaranya, Mordekhai
memintanya bertemu dengan Raja dan memberitahu bahawa dia adalah seorang
yang berbangsa Yahudi dan meminta raja untuk menyelamatkan bangsanya.

Ini membuatkan Ester merasa lebih takut kerana adalah melanggar peraturan untuk
datang dan
bertemu dengan raja tanpa undangan raja itu sendiri. Sesiapa yang melanggar
peraturan ini akan dibunuh, walau pun dia seorang permaisuri, kecuali raja
menghulurkan tongkatnya dan mengalu- alukannya. Ini adalah sesuatu yang jarang
dilakukan oleh raja itu, tetapi untuk menyelamatkan bangsanya, Ester bersetuju untuk
melakukannya. Sebelum dia pergi, dia meminta seluruh bangsa Yahudi di dalam
kerajaan itu berpuasa selama tiga hari dan terus berdoa baginya dan agar Tuhan akan
menyelamatkan mereka semua. “Selepas tiga hari,” dia berjanji, “Saya akan bertemu
dengan raja, dan jika saya binasa, binasalah.”
Tuhan menjawab doa mereka.

Raja Ahasyweros menghulurkan tongkatnya dan mengalu-alukan Ester untuk duduk


di sampingnya. Dia mahu mengetahui apakah yang begitu penting sehingga Ester
sanggup merisikokan nyawanya dengan datang tanpa undangan.

Ester tidak langsung memberitahunya, tetapi dia mengundang raja dan Haman ke
suatu jamuan
istimewa. Apabila raja kemudiannya mengetahui bagaimana Haman telah
memperdayakannya untuk mengeluarkan suatu perintah membunuh semua yang
berbangsa Yahudi, dia merasa sangat marah.

Haman akhirnya dihukum bunuh dan bangsa Yahudi terselamat.

Ester, walau pun merasa takut, tahu apa yang harus dia lakukan, dan dia telah
melakukannya.

Saya ingin menjadi seorang yang berani seperti Permaisuri Ester. Saya mahu pergi
ke mana Tuhan mahu saya berada!
Bagaimana dengan anda?
Mahukah anda?

“Saya mahu pergi!, Utuslah saya!”

Anda mungkin juga menyukai