Anda di halaman 1dari 3

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Selamat pagi diucapkan kepada

Yang berusaha,
En. Wan Zaini bin Wan Saad
Pengetua SMK Syed Sirajuddin

Barisan Guru Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru-guru serta para pelajar yang
dikasihi sekalian.

Pada pagi ini cikgu ingin berkongsi informasi mengenai Penyakit Mental, Jenis-jenis, symptom dan
Tips Menjaga Kesihatan Mental.

Kesihatan mental dan penyakit mental adalah dua perkara berbeza tetapi saling berkaitan .
Kesihatan mental merujuk pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak dalam
kehidupan seharian mereka.

Kesihatan mental yang baik dikaitkan dengan keupayaan seseorang untuk menjalani, menghargai
dan menikmati hidup dalam cara yang positif, produktif dan seimbang. individu dengan kesihatan
mental yang baik berupaya untuk menangani stres dan cabaran lain yang timbul dalam kehidupan
mereka.

Individu yang mempunyai kesihatan mental yang buruk pula, mungkin mendapati diri mereka tidak
dapat menangani stres, kesakitan dan masalah lain. Lebih dikenali sebagai gangguan mental,
penyakit mental adalah suatu kondisi kesihatan yang mempengaruhi dan boleh menyebabkan
perubahan pada keupayaan seseorang untuk berfikir, rasa dan bertindak. Individu yang mengalami
penyakit mental berasa sukar untuk membuat kerja-kerja biasa, mungkin mereka tidak dapat
berinteraksi dengan orang lain, dan dipengaruhi oleh perubahan pada mood dan kelakuan mereka.
Penyakit mental boleh dialami oleh sesiapa pun tanpa mengenal usia, dan gangguan tersebut.

Menurut Kesihatan Mental Amerika, terdapat lebih daripada 200 jenis klasifikasi penyakit mental
Antara jenis gangguan mental paling umum ialah:

 Keresahan, Paranoia, Skizofrenia, Gangguan makan, Insomnia, Kecelaruan bipolar,


Kecelaruan obsesif-kompulsif, Kecelaruan stres pascatrauma, Kemurungan, dan Fobia dsb

Penyakit mental boleh berpunca daripada beberapa faktor termasuklah:

 Pengalaman hidup yang buruk semasa kecil seperti trauma atau penderaan, Menghidapi
penyakit kronik untuk tempoh yang lama, Penyalahgunaan bahan, Faktor genetik atau
ketakseimbangan kimia dalam otak, Kerosakan, jangkitan atau kecacatan fizikal pada otak,
Kesunyian, hidup terasing dan kurang pendedahan sosial.
Terdapat beberapa tanda-tanda umum yang boleh dikenal pasti:

 Perubahan mood, khususnya perubahan mood dan emosi yang dramatik atau pantas.

 Kurang produktif dan hilang minat untuk melakukan aktiviti di sekolah, tempat kerja, rumah
dan aktiviti sosial lain.

 Perubahan waktu tidur dan selera makan yang dramatik, serta mengabaikan penjagaan diri.

 Tidak berupaya untuk menumpukan perhatian, masalah daya ingatan, berhalusinasi, dan
corak pemikiran atau pertuturan yang tidak logik.

 Lebih sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan dan bau.

 Berasa takut atau sangsi dengan orang lain.

 Berasa terasing daripada diri sendiri atau persekitaran.

 Berkelakuan luar biasa dan tidak tipikal.

 Menyalahgunakan bahan, mencederakan diri atau menunjukkan minat terhadap perbuatan


mencederakan diri

Mengalami satu atau dua tanda-tanda ini bukanlah diagnosis penyakit mental yang sah, tetapi
mungkin memerlukan penilaian lanjut oleh seorang profesional bertauliah. Jika anda atau seseorang
yang anda kenali mengalami beberapa simptom tersenarai di atas, anda mahupun mereka
disarankan untuk dapatkan rundingan seorang profesional kesihatan mental. Sesiapa yang
menunjukkan niat atau berfikir untuk membunuh diri mesti mendapatkan bantuan dengan segera.

TIPS MENJAGA KESIHATAN MENTAL:

1. Mengamalkan cara hidup yang sihat

2. Luangkan masa untuk penjagaan diri dan belajar untuk jadi diri sendiri

3. Rehat daripada menggunakan media sosial

Penggunaan media sosial dikatakan boleh meningkatkan risiko berasa cemas dan tertekan. Sudah
menjadi sebahagian daripada lumrah manusia yang sering membandingkan kehidupan kita dan
kehidupan orang lain yang dilihat di media sosial.
4. Tetapkan rutin harian

Rutin harian termasuk menetapkan waktu tidur dan bangun, belajar, makan dan bersenam. Rutin
harian boleh membantu memberikan pelajar rasa mereka bertanggungjawab untuk mengawal
kehidupan sendiri.

Rutin harian juga membantu anda kekal sibuk sepanjang hari dan tidak akan duduk terperap di
dalam dorm sahaja. Anda juga akan menjalani kehidupan seharian yang lebih produktif dan
bermanfaat.

5. Cari perkara yang perlu disyukuri

Bersyukur dapat membahagiakan anda! Syukur adalah tentang menghargai apa yang sudah anda
miliki dan bergembira dengannya. Dengan rasa syukur, kita melatih otak untuk fokus melihat perkara
positif walaupun dalam situasi tidak menyenangkan. Ini bukan sahaja menjadikan kita lebih bahagia,
tetapi juga dapat meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.

6. Jangan takut untuk mendapatkan bantuan

Jika anda berada dalam waktu yang sukar dan bergelut dengan kesihatan mental, jangan sesekali
berasa takut untuk mendapatkan bantuan. Cari kawan yang selesa untuk anda berkongsi cerita dan
mengadu, jangan pendam seorang diri.

Anda mungkin juga menyukai