Anda di halaman 1dari 3

CABARAN DALAM CERITA REDHA : BEAUTIFUL PAIN

1. CABARAN YANG DIHADAPI OLEH IBU BAPA


Antara cabaran yang terdapat dalam filem Redha: Beautiful Pain adalah ibu bapa
kurang pengetahuan dalam mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh anak.
Cabaran ini terbukti apabila Puan Alina iaitu ibu kepada Daniel perasan akan
kelakuan pelik yang ditunjukkan oleh anaknya justeru terus berusaha untuk mencari
punca atau masalah yang dihadapi oleh Daniel. Puan Alina juga meminta bantuan
adiknya untuk mencari cara dan tempat rawatan bagi merawat masalah anaknya.
Sebagai seorang ibu, mereka ingin melakukan yang terbaik untuk anak mereka,
namun disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang diagnosis ini mereka keliru
dan sukar untuk membuat keputusan. Semestinya para ibu merasa sangat sedih dan
sukar untuk menerima kenyataan. Tetapi selepas dapat menerima keadaan Daniel,
Puan Alina perlahan-lahan mencari cara untuk membuat intervensi awal dalam
memberi sokongan dan mencari kaedah bagi membantu anaknya menjalani rutin
hariannya.

Selain itu, mengalami kesukaran dalam penerimaan keluarga. Hal ini dapat
ditunjukkan dimana Encik Razlan iaitu ayah kepada Daniel tidak dapat menerima
kenyataan bahawa satu-satunya anak mereka terdiri dari golongan kanak-kanak
kurang upaya. Encik Razlan menyatakan bahawa anaknya itu normal seperti kanak-
kanak lain tetapi sedikit lambat dalam pertuturan sahaja. Disebabkan oleh tidak
mendapat sokongan daripada suaminya, Puan Alina merasa kecewa dan hanya
bergantung dengan adiknya (Shaha) dan juga kawan baiknnya (Cik Katrina) untuk
mencari kaedah bagi membantu masalah yang dihadapi oleh Daniel. Oleh itu,
penerimaan tentang anak yang berkepeluan khas ini adalah sangat penting kerana
seorang ibu sangat memerlukan sokongan yang kuat dari ahli keluarganya sebagai
tulang belakang bagi mendidik anak yang istimewa.

Seterusnya, ibu bapa mengalami tekanan dan beban emosi ketika mereka belajar
untuk mengatasi diagnosis dan menyesuaikan diri dalam membesarkan anak
autisme. Cabarannya dimana Encik Razlan mula mendapat tekanan semasa mengajar
Daniel melakukan rutin harian selepas kematian isterinya. Selain itu, emosi Encik
Razlan mula berubah dan terganggu apabila dapat tahu tentang kekurangan anaknya
seolah-olah dia tidak menerima takdir anaknya sendiri. Ini terbukti apabila Encik
Razlan memarahi isterinya apabila rakan-rakan Puan Alina mengetahui tentang
keadaan anak mereka. Oleh itu, sebagai ibu bapa mereka perlu mengawal emosi dan
pada masa yang sama perlu meluangkan masa untuk mempelajari dan memahami
ciri-ciri dan tingkah laku anak berkeperluan khas ini.

Yang terakhir, pandangan masyarakat luar terhadap anak berkeperluan khas.


Pandangan masyarakat ini akan menambahkan lagi tekanan kepada ibu bapa dimana
mereka dipersalahkan kerana tidak pandai menjaga dan mengawal tingkahlaku anak-
anak. Selain itu, ibu bapa akan menanggung malu apabila dipandang serong oleh
masyarakat luar. Cabaran ini dapat dilihat apabila Encik Razlan dimarahi oleh
seorang lelaki kerana anaknya telah mengganggu keluarga mereka yang sedang
makan. Hal ini boleh dikaitkan kerana kanak-kanak istimewa ini suka menyentuh
ataupun mendekati orang yang tidak kenali. Oleh yang demikian, masyarakat yang
tidak peka terhadap tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas ini sering
menganggap mereka tidak menghormati orang lain. Justeru, membuat andaian
bahawa ibu bapa kanak-kanak ini kurang dalam memberi didikan yang baik kepada
anak mereka.

2. CABARAN YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK AUTISTIK


Kanak-kanak berkeperluan khas ini menunjukkan tingkahlaku hiperaktif dan
tingkahlaku yang boleh membahayakan diri. Dimana Daniel tidak dapat mengawal
setiap tindakan yang dilakukan oleh dirinya sendiri. Ini dapat ditunjukkan dengan
tingkahlaku Daniel yang suka keluar rumah sesuka hati tanpa memikirkan risiko yang
boleh membahayakan diri mahupun ibu bapa. Selain itu, Daniel menunjukkan sikap
hiperaktifnya dimana dia pernah lari melepaskan diri di “Supermarket”. Kanak-kanak
autism ini tidak dapat berfikir bahawa segala tindakan yang mereka lakukan adalah
baik ataupun boleh membahayakan diri sendiri. Jadi, tingkah laku seperti ini akan
menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa terhadap anak mereka. Oleh itu, ibu bapa
perlu sentiasa mengawasi anak-anak dalam kondisi yang baik dan selamat.
Seterusnya, kesusahan dalam menjalani kehidupan harian. Daniel memerlukan
bantuan dalam melakukan rutin hariannya seperti mandi, makan, memakai baju dan
sebagainya. Cabaran ini terbukti apabila Encik Razlan memaksa anaknya untuk
memberus gigi dan mereka berdua mula bergelut antara satu sama lain. Hal ini
mungkin disebabkan oleh kanak-kanak autism ini tidak suka dipeluk atau memeluk
orang lain. Daniel tidak dapat melakukan rutin hariannya dengan baik kerana
kurangnya pengetahuan ayahnya tentang kanak-kanak autism. Selain itu, Daniel juga
menjadi punca ayahnya putus harapan kerana tidak sanggup untuk menjaga anaknya
seorang diri selepas Puan Alina meninggal dunia. Oleh itu, ibu bapa yang mempunyai
anak istimewa ini seharusnya mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menjaga dan
mendidik anak.

Selain itu, sukar untuk membina hubungan dengan rakan sebaya. Kanak-kanak
autism sukar untuk mendapat kawan dan dilihat seperti tidak berminat untuk
berkawan dengan orang lain sehingga membuatkan diri mereka sering dipulaukan
dan disisihkan oleh rakan sekelas. Sebagai contoh, rakan sekelas Daniel selalu
mengejek dengan menyatakan bahawa dirinya seorang yang gila kerana mengulang-
ulang perkataan dan bermain bersendirian. Daniel juga akan melakukan pergerakan
yang luar biasa seperti menggoyangkan badan, menepuk tangan atau mengepak
tangan “hand flapping” yang boleh menyebabkan orang lain tidak selesa untuk
berkawan dengannya. Oleh itu, masalah yang mereka hadapi ini telah membuatkan
diri mereka sukar dan tidak tahu bagaimana cara untuk bersosial dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai