Anda di halaman 1dari 25

SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022

PERATURAN PERTANDINGAN BERBASIKAL


(LELAKI & WANITA)

1.0 PERATURAN AM

1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini


akan dijalankan mengikut Undang-Undang UCI (Union Cycling
Internationale) yang terkini.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka


peraturan dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan di dalam peraturan


berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

1.3.1 Sebarang kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada


PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022.

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh


Jawatankuasa Khas Teknikal SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022
berasaskan kepada Undang-Undang UCI.

1.4 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Teknikal


SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 adalah muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN

2.1 Acara Lebuhraya : 14 - 17 September 2022


2.2 Acara BMX : 17 - 18 September 2022
2.3 Acara Trek : 19 - 22 September 2022
2.4 Acara Basikal Bukit : 22 - 24 September 2022

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 1/25


3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

3.1 Tempat pertandingan untuk acara berbasikal adalah seperti berikut :

3.1.1 Acara Lebuhraya


- Bandar Baru Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan
3.1.2 Acara BMX
- Arena BMX Nasional, Nilai, Negeri Sembilan
3.1.3 Acara Trek
- Velodrom Nasional Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan
3.1.4 Acara Basikal Bukit
- Taman Cabaran Putrajaya

4.0 PENYERTAAN

4.1 Penyertaan adalah terhad kepada pasukan-pasukan negeri dan


kontinjen yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia
sebagai kontinjen jemputan. Penyertaan mestilah dibuat melalui Majlis
Sukan Negeri.

4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan lelaki dan
satu (1) pasukan wanita yang terdiri daripada :-

PERANAN Lelaki Wanita

Pengurus Pasukan 1 1

Jurulatih 2 1

Mekanik 1 -

Peserta 16 14

JUMLAH 20 16

4.3 Jumlah peserta yang dibenarkan untuk setiap pasukan bagi semua
acara adalah sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Peraturan
Pertandingan Berbasikal (Lelaki / Wanita) Perkara 9.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 2/25


5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA

5.1 Hanya peserta yang lahir pada 1 Januari 1999 hingga 31 Disember
2006 kecuali bagi acara BMX iaitu pada 1 Januari 1999 hingga
31 Disember 2008 sahaja yang layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan.

5.2 Semua peserta hendaklah didaftarkan menggunakan system I-Games


sekurang-kurangnya 6 bulan (180 hari) sebelum perasmian dengan
borang pendaftaran yang lengkap dengan gambar dan bertandatangan
beserta salinan kad pengenalan mengikut Peraturan Am Perkara 4.8.

5.3 Hanya peserta yang didaftarkan dengan yuran pendaftaran RM100.00


seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja yang layak
menyertai prtandingan ini.

5.4 Selepas Mesyuarat Pendaftaran Delegasi (DRM) penggantian tidak lagi


dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecederaan dan mendapat kelulusan
Pengerusi Jawatankuasa Khas Teknikal mengikut Peraturan Am
Perkara 6.3. Borang permohonan pertukaran mestilah disertakan
bersama laporan perubatan daripada hospital kerajaan dan diserahkan
kepada Urusetia Tetap Sukan Malaysia selewat-lewatnya sehari
sebelum mesyuarat/taklimat pengurus pasukan. Penggantian atlet
hanya dibenarkan dari senarai panjang yang telah didaftarkan pada
30 April 2022. Walau bagaimana pun tiada sebarang pertukaran atlet
boleh dibuat semasa dan selepas Mesyuarat / Taklimat Pengurus
Pasukan.

5.5 Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9, atlet-atlet yang


berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana kontinjen /
negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Majlis Sukan
PDRM. Manakala bagi atlet-atlet yang berkhidmat dengan Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) adalah tertakluk kepada Pekeliling Majlis Sukan
Angkatan Tentera di mana anggota tetap hendaklah mewakili negeri
tempat bertugas dan anggota kerahan mewakili negeri asal mereka
kecuali mendapat kebenaran bertulis. Walau bagaimanapun, pelepasan
mewakili negeri asal untuk anggota tetap dibenarkan sekiranya tawaran

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 3/25


jawatan diterima selepas tarikh tutup pendaftaran senarai panjang
(longlist).

5.6 Kelayakan atlet kebangsaan adalah merujuk kepada Peraturan Am


Perkara 4.6, Sukan Malaysia XX, MSN 2022.

5.7 Taraf pemastautin peserta tertakluk kepada Peraturan Am Pekara 21.5.

6.0 MESYUARAT / TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN

6.1 Mesyuarat / Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari
sebelum pertandingan pertama dijalankan iaitu pada 13 September
2022 jam 11.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Veledrom
Nasional, Nilai

6.2 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengemukakan senarai


nama peserta bersama dengan kad pengenalan Awam / Polis / Tentera.

6.3 Senarai peserta yang disahkan semasa Mesyuarat / Taklimat Pengurus


Pasukan adalah muktamad.

7.0 LESEN

7.1 Setiap peserta dan pegawai pasukan yang mewakili pasukan negeri
diwajibkan mempunyai lesen tahun 2022 yang dikeluarkan oleh
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yang dipohon
melalui persatuan negeri yang diwakilinya.

7.2 Setiap pasukan tidak dibenarkan sama sekali menghantar salinan lesen
untuk tujuan menyertai pertandingan. Lesen hendaklah yang asal dan
ditunjukkan semasa pemeriksaan lesen oleh Komisar yang ditugaskan.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 4/25


8.0 ACARA-ACARA

8.1 Acara- acara yang akan dipertandingkan adalah seperti berikut

JARAK / MASA
BIL ACARA
LELAKI WANITA
A LEBUHRAYA
1 Ujian Masa Perseorangan 39.9 km 29.9 km
2 Kriterium 63.0 km 42.0 km
3 Lepas Beramai-ramai (Perseorangan) 158.5 km 113.6 km
4 Lepas Beramai-ramai (Berpasukan) 158.5 km 113.6 km
B TREK
5 Sprint • •
6 Kilometre / 500 meter Ujian Masa 1 km 500 m
7 Individual Pursuit 4 km 3 km
8 Keirin • •
9 Scratch Race 15 km 10 km
10 Omnium
i) Scratch Race 10 km 7.5 km
ii) Tempo Race 10 km 7.5 km
iii) Elimination Race • •
iv) Points Race 25 km 20 km
11 Team Sprint 750 m 750 m
12 Team Pursuit 4 km 4 km
C BMX
13 BMX Race 336 m 336 m
D BASIKAL BUKIT
14 Downhill 1.5 km 1.5 km
15 Cross Country 1’30” 1’30”

9.0 PERATURAN

ACARA LEBUHRAYA

9.1 Ujian Masa Perseorangan (Lelaki)


Ujian Masa Perseorangan (Wanita)

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 5/25


9.1.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba
lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.1.2 Waktu pelumbaan dan kedudukan pelumba akan disediakan


sekurang-kurangnya 1 hari (24 jam) sebelum perlumbaan. Setiap
pelumba akan bermula di atas “launching ramp” dan akan
dilepaskan setiap 1 minit giliran yang telah diundi.

9.1.3 Setiap pelumba akan dikawal oleh Polis Trafik di depan dan
kenderaan pasukan di belakang. Penggunaan “loud hailer”
dibenarkan daripada kenderaan pasukan sahaja.

9.1.4 Semua pelumba dikehendaki memakai hard shell helmet yang


bersesuaian dan mempunyai ciri-ciri keselamatan.

9.1.5 Pelumba yang mencatatkan masa yang terbaik akan diisytiharkan


sebagai pemenang.

9.1.6 Semua basikal yang digunakan adalah dikehendaki mematuhi


ukuran yang telah diluluskan oleh UCI. Setiap pelumba wajib
untuk membawa basikal untuk pemeriksaan sekurang-kurang 15
minit sebelum masa pertandingan. Basikal yang telah diperiksa
tidak dibenarkan untuk dibawa keluar daripada kawasan
pemeriksaan.

9.1.7 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

9.2 Kriterium (Lelaki)


Kriterium (Wanita)

9.2.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar enam (6) orang pelumba


lelaki dan empat (4) orang pelumba wanita.

9.2.2 Pengadilan akan diadakan secara Kiraan Mata di mana mata


akan dikira pada setiap 3 pusingan sekali pecutan dengan jumlah
mata 5, 3, 2 dan 1. Pendahulu setiap pusingan (bukan pusingan
pecutan akan diberikan satu (1) mata.

9.2.3 Tiga (3) “Repair Pit” akan disediakan. Hanya kerosakan basikal
yang sahih (valid mishap) sahaja layak mendapat satu (1)

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 6/25


pusingan berkecuali (neutral lap). Pelumba yang berkenaan
diminta berkayuh (dengan tidak sesekali melawan arus
perlumbaan) ke “Repair Pit” yang disediakan untuk mendapatkan
bantuan dari pasukan masing-masing dan seterusnya menunggu
sehingga ketibaan kumpulannya (group). Walau bagaimanapun
pusingan berkecuali ini tidak dibenarkan pada kedudukan tiga (3)
pusingan terakhir.

9.2.4 Pelumba-pelumba yang telah mendapat pusingan berkecuali,


apabila menyambung semula perlumbaan, dia tidak layak untuk
memungut sebarang mata di pecutan yang berikutnya (pecutan
yang terdekat)

9.2.5 Berikut ini adalah diterima sebagai kerosakan basikal yang


sahih:

i) kejatuhan yang sahih,


ii) kebocoran tayar basikal,
iii) pecah / patahnya bahagian penting basikal.
Yang lain-lain daripada ini tidak diambil-kira sebagai sahih.
9.2.6 Pelumba yang telah di “overlapped” tidak dibenarkan
meneruskan perlumbaan.
9.2.7 Penentuan kemenangan adalah seperti berikut berdasarkan
Peraturan UCI, Perkara 2.7.023:

a) Pemenang adalah pelumba yang menghabiskan bilangan


pusingan yang paling banyak;
(The winner shall be the rider who covered the greatest
number of laps);

b) Dalam kes bilangan pusingan seri, jumlah mata yang


dimenangi akan menjadi penentu;
(In the case of a tie on laps, the number of points won
shall decide);

c) Dalam kes pusingan dan mata seri, bilangan kemenangan


semasa pusingan pecutan akan menjadi penentu;
(In the case of a tie on laps and points, the number of
wins during the intermediate sprints shall decide);

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 7/25


d) Sekiranya masih lagi seri, kedudukan pelumba semasa
pecutan terakhir akan menjadi penentu;
(If the riders are still tied, the place during the final
sprint shall decide);

e) Lain-lain peraturan terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

9.3 Lepas Beramai-ramai - Perseorangan & Berpasukan (Lelaki)


Lepas Beramai-ramai - Perseorangan & Berpasukan (Wanita)

9.3.1 Kedua-dua acara ini; perseorangan dan berpasukan akan


dijalankan serentak.

9.3.2 Setiap pasukan dibenarkan menghantar enam (6) orang pelumba


lelaki dan empat (4) orang pelumba wanita.

9.3.3 Hanya satu (1) buah kereta bagi setiap pasukan dibenarkan untuk
mengiringi pelumba semasa di dalam perlumbaan. Ketinggian
kereta tersebut mestilah tidak melebihi 1.66m (tidak termasuk
“roof bars / roof rack”). Peraturan UCI Perkara 2.2.032.

9.3.4 Pelumba-pelumba akan diberikan sajian (feeding) selepas 30 km


dan 10 km sebelum tamat perlumbaan. Sajian (feeding) hanya
boleh diberikan melalui kenderaan pasukan sahaja.

9.3.5 Keputusan pertandingan akan dihakimi mengikut susunan


pelumba yang melintasi garisan penamat.

9.3.6 Penentuan pemenang untuk kategori berpasukan adalah


ditentukan berdasarkan Peraturan UCI, Perkara 2.3.044:

a) Kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah masa tiga (3)


pelumba terbaik dari setiap pasukan yang telah
menamatkan perlumbaan.

b) Sekiranya catatan masa sama (seri), penentuan


kemenangan ditentukan berdasarkan jumlah kedudukan
(ranking) tiga (3) pelumba terbaik dari setiap pasukan yang
telah menamatkan perlumbaan.

c) Sekiranya masih lagi sama (seri), penentuan kemenangan

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 8/25


adalah berdasarkan kedudukan (ranking) pelumba terbaik
dalam pasukan yang terlibat.

9.3.7 Lain-lain peraturan terkini akan dibincangkan semasa mesyuarat


pengurus-pengurus pasukan.

ACARA TREK

9.4 Sprint (Lelaki)


Sprint (Wanita)

9.4.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba


lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.4.2 Format Perlumbaan:


a) Peringkat Kelayakan (200 m Ujian Masa) - Pelumba
bermula dari garisan 200 meter. Catatan masa digunakan
untuk memilih pelumba dan kedudukan untuk peringkat
seterusnya - peringkat pecut (sprint competition).
b) Peringkat 1/8 Akhir - Satu saringan akan dijalankan.
Pelumba yang menang akan mara ke peringkat Suku
Akhir.
d) Peringkat Suku Akhir - Satu saringan akan dijalankan.
Pelumba yang menang akan mara ke peringkat Separuh
Akhir.
e) Peringkat Separuh Akhir - Dua saringan atau tiga saringan
sekiranya perlu. Pelumba yang menang akan ke peringkat
Akhir bagi penentuan pingat Emas dan Perak dan
pelumba yang kalah akan bertanding bagi menentukan
pingat Gangsa
f) Peringkat Akhir - Penentuan pingat Emas, Perak dan
Gangsa. 2 saringan atau 3 saringan sekiranya perlu.
g) Format perlumbaan di atas adalah tertakluk kepada jumlah
pelumba yang mengambil bahagian.

9.4.3 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 9/25


9.5 Kilometre Ujian Masa (Lelaki)
500 m Ujian Masa (Wanita)

9.5.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba


lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.5.2 Jarak perlumbaan: 1 km untuk lelaki dan 500 meter untuk


wanita.

9.5.3 Format Perlumbaan:


a) Peringkat Kelayakan - Masa yang dicatat oleh setiap
pelumba digunakan untuk memilih lapan (8) pelumba
yang layak ke peringkat akhir.
b) Peringkat Akhir - Kedudukan pemenang ditentukan
berdasarkan catatan masa pelumba di peringkat akhir.

9.5.4 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

9.6 Individual Pursuit

9.6.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba


lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.6.2 Jarak perlumbaan: 4 km untuk lelaki dan 3 km untuk wanita.

9.6.3 Format perlumbaan :


a) Pusingan Kelayakan bagi memilih empat pelumba terbaik
berdasarkan catatan masa mereka dan pelumba ini akan
mara ke peringkat akhir.
b) Dua pelumba yang telah membuat catatan masa yang
paling baik akan bertanding bagi merebut pingat Emas dan
Perak dan dua pelumba lagi akan bertanding bagi merebut
pingat Gangsa.
c) Kedudukan tempat ke lima dan seterusnya ditentukan
berdasarkan catatan masa semasa Pusingan Kelayakan.

9.6.4 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 10/25


9.7 Keirin

9.7.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba


lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.7.2 Pelumba-pelumba mula bersaing dalam acara pecut selepas


melengkapkan tiga pusingan di belakang pacer bermotor yang
akan meninggalkan trek apabila perlumbaan berbaki tiga
pusingan.

9.7.3 Format Perlumbaan :


a) Pusingan Pertama (First Round)
b) Pusingan “Repechages” Pertama sekiranya perlu
c) Pusingan Kedua (Separuh Akhir)
Dua (2) “heat” perlumbaan akan dijalankan; enam (6)
pelumba bagi setiap “heat”. Tiga pelumba terbaik dari
setiap “Heat” akan ke pusingan akhir bagi penentuan
tempat 1 - 6 manakala baki pelumba akan ke peringkat
akhir bagi penentuan tempat 7 - 12.
d) Pusingan Akhir
Dua (2) “heat” perlumbaan akan dijalankan bagi
penentuan tempat 7 - 12 dan 1 - 6
e) Format perlumbaan di atas adalah tertakluk kepada jumlah
pelumba yang mengambil bahagian.
9.7.4 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa
mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

9.8 Scratch
9.8.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba
lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.8.2 Jarak perlumbaan: 15 km untuk lelaki dan 10 km untuk wanita.

9.8.3 Perlumbaan sebenar akan bermula selepas satu pusingan


“neutral”. Kedudukan pemenang ditentukan berdasarkan
kedudukan pelumba yang melintasi garisan penamat semasa
pusingan akhir dengan mengambil kira jumlah pusingan yang
telah dihabiskan.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 11/25


9.8.4 Sekiranya jumlah pelumba yang akan bertanding melebihi had
yang dibenarkan iaitu 24 orang pelumba bagi trek 250 meter,
pusingan kelayakan akan diadakan bagi memilih pelumba ke
pusingan akhir.

9.8.5 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

9.9 Omnium
9.9.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba
lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.9.2 Omnium adalah pertandingan tunggal (single competition) yang


terdiri daripada empat acara yang mesti dijalankan dalam satu
hari mengikut susunan yang telah ditetapkan.

Susunan dan jarak perlumbaan bagi setiap acara seperti


berikut :
JARAK
ACARA
LELAKI WANITA
i. Scratch Race 10 km 7.5 km
ii. Tempo Race 10 km 7.5 km
iii. Elimination Race • •
iv. Points Race 25 km 20 km
9.9.3 Penentuan kemenangan adalah ditentukan berdasarkan
kutipan mata setiap pelumba seperti berikut:

a) Bagi setiap acara; Scratch Race, Tempo Race dan


Elimination Race, pelumba yang berada di kedudukan
(ranking) pertama akan diberikan 40 mata, kedudukan
kedua - 38 mata, kedudukan ketiga - 36 mata dan
seterusnya. Pelumba yang berada di kedudukan (ranking)
ke dua puluh satu dan seterusnya akan mendapat 1 mata.

b) Bagi perlumbaan Points Race, jumlah mata adalah


berdasarkan mata terkumpul yang dimenangi oleh pelumba
semasa pusingan pecutan dengan kiraan mata 5, 3, 2, 1
dan pecutan terakhir 10, 6, 4, 2. Mana-mana pelumba yang

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 12/25


telah mendapat satu pusingan (gains a lap) akan diberikan
20 mata manakala pelumba yang telah kehilangan satu
pusingan (loses a lap) akan dikenakan penalti 20 mata.

c) Pemenang Omnium ialan pelumba yang telah memperoleh


jumlah mata tertinggi berdasarkan kutipan mata bagi
semua empat acara di atas.

Sekiranya kutipan mata sama, penentuan pemenang


ditentukan berdasarkan kedudukan (ranking) pelumba
semasa pecutan terakhir bagi acara Points Race.

9.9.4 Sekiranya jumlah pelumba yang akan bertanding melebihi had


yang dibenarkan iaitu 24 orang pelumba bagi trek 250 meter,
pusingan kelayakan akan diadakan bagi memilih pelumba ke
pusingan akhir.

9.9.5 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

9.10 Team Sprint

9.10.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar satu pasukan lelaki


yang terdiri dari tiga (3) pelumba dan satu pasukan wanita yang
terdiri dari tiga (3) pelumba.

9.10.2 Jarak perlumbaan: 750 meter (3 pusingan).

9.10.3 Format perlumbaan :


a) Peringkat Kelayakan bagi memilih empat pasukan terbaik
berdasarkan catatan masa mereka dan pasukan ini akan
mara ke peringkat akhir.
b) Peringkat Akhir - Dua pasukan yang telah membuat
catatan masa yang paling baik akan bertanding bagi
merebut pingat Emas dan Perak dan dua pasukan lagi
akan bertanding bagi merebut pingat Gangsa.
c) Kedudukan tempat ke lima dan seterusnya ditentukan
berdasarkan catatan masa semasa Peringkat Kelayakan.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 13/25


9.10.4 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa
mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

9.11 Team Pursuit

9.11.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar satu pasukan lelaki


yang terdiri dari empat (4) pelumba dan satu pasukan wanita
yang terdiri dari empat (4) pelumba.

9.11.2 Jarak perlumbaan: 4 km.

9.11.3 Format perlumbaan :


a) Peringkat Kelayakan bagi memilih empat pasukan terbaik
berdasarkan catatan masa mereka dan pasukan ini akan
mara ke peringkat akhir.
b) Peringkat Akhir - Dua pasukan yang telah membuat
catatan masa yang paling baik akan bertanding bagi
merebut pingat Emas dan Perak dan dua pasukan lagi
akan bertanding bagi merebut pingat Gangsa.
c) Kedudukan tempat ke lima dan seterusnya ditentukan
berdasarkan catatan masa semasa Peringkat Kelayakan.

9.11.4 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

ACARA BMX

9.12 BMX Race - Lelaki dan Wanita

9.12.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba


lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.12.2 Trek Perlumbaan

a) Trek BMX hendaklah berukuran di antara 300 meter hingga


400 meter dengan keluasan minima 10 meter pada garisan
permulaan dan tidak kurang 6 meter sepanjang laluan trek.

b) Starting hill hendaklah tidak kurang dari ketinggian 1.5


meter dan tidak melebihi 8.0 meter.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 14/25


9.12.3 Basikal

a) Basikal BMX yang mempunyai roda 20 inci (Kategori


Standard)

b) Basikal mesti mempunyai 1 brek (belakang), brek hadapan


adalah pilihan.

c) Panjang handle bar tidak melebihi 74cm. Ketinggian


handle bar dari handle stem tidak melebihi 30cm.

d) Handle Bar grip adalah wajip dan mesti menutupi hingga


penghujung handle bar.

e) Panjang batang Hub (wheel axles) mestilah tidak melebihi


5mm.

f) Setiap basikal mestilah mempunyai nombor plat yang di


bekalkan oleh penganjur semasa pendaftaran, nombor plat
basikal mestilah sama dengan nombor badan pelumba.

9.12.4 Pakaian

a) Seluar panjang: Wajib memakai seluar yang longgar dan


tahan lasak (pemakaian jeans tidak di benarkan sama
sekali). Jika memakai seluar pendek yang di bawah paras
lutut, diwajibkan menggunakan protective gear (Knee &
shin pad). Seluar dari material Lycra tidak dibenarkan
sama sekali.

b) Baju atau Jersey: Wajib memakai baju atau jersey yang


berlengan Panjang. Baju diwajibkan dimasukkan ke dalam
seluar (tuck in). Baju dari material Lycra tidak dibenarkan
sama sekali.

c) Pemakaian FULL FACE helmet dengan Visor yang


panjang minimum 10cm adalah diwajibkan.

d) Pemakaian sarung tangan penuh (FULL GLOVE) adalah


diwajibkan.

e) Pelumba mestilah memakai nombor badan yang


dibekalkan oleh pihak penganjur semasa pendaftaran,

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 15/25


nombor badan pelumba mestilah sama dengan nombor
plat basikal.

9.12.5 Peraturan Perlumbaan

a) Ujian Masa Perseorangan

i. Undian akan dilakukan untuk menetapkan pelumba


dalam sesi Ujian Masa

ii. Tujuan ujian masa adalah untuk memilih pelumba untuk


dimasukkan ke dalam MOTO masing-masing.

iii. Pelumba yang tidak memulakan Ujian Masa (DNS) tidak


layak untuk ke perlumbaan Kelayakan.

iv. Pelumba yang tidak menghabiskan Ujian Masa (DNF)


layak untuk ke perlumbaan Kelayakan, kedudukan
MOTO akan berdasarkan kedudukan terakhir di dalam
keputusan Ujian Masa. Jika terdapat lebih dari seorang
yang tidak menghabiskan Ujian Masa, kedudukan MOTO
akan ditentukan secara rawak pada kedudukan terakhir.

v. Format untuk penentuan MOTO selepas Ujian Masa


seperti lampiran A. (Contoh untuk 32 pelumba). Format
berbentuk Zig Zag bermula dari pelumba yang terpantas
hingga pelumba yang paling perlahan.

Lampiran A.

No. Moto Moto Moto Moto


1 2 3 4
1 1 2 3 4
2 8 7 6 5
3 9 10 11 12
4 16 15 14 13
5 17 18 19 20
6 24 23 22 21
7 25 26 27 28
8 32 31 30 29

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 16/25


b) Perlumbaan MOTO (3 Pusingan)

i. Semasa perlumbaan kelayakan, pelumba hanya di


benarkan untuk tidak memulakan perlumbaan hanya
sekali sahaja, sekiranya lebih dari sekali, pelumba
tidak layak untuk meneruskan perlumbaan. Pelumba
yang tidak memulakan perlumbaan akan di beri mata
(DNS= jumlah pelumba di dalam senarai mula + 2)

ii. Bagi pelumba yang tidak menamatkan perlumbaan


(DNF), mata akan di berikan mengikut jumlah
pelumba yang memulakan perlumbaan

iii. Sistem Kiraan Mata :

- Pelumba yang menghabiskan perlumbaan pada


kedudukan no 1, akan di berikan sebanyak 1 mata,
dan seterusnya untuk pelumba ke 2, 3 hingga
terakhir

- 4 Pelumba yang mempunyai mata terendah dalam


tiga perlumbaan MOTO akan berlumba untuk
pusingan seterusnya.

- Jika terdapat persamaan mata setelah 3


pelumbaan MOTO, kedudukan pelumba akan di
kira mengikut kedudukan pada perlumbaan
terakhir, perlumbaan kedua & perlumbaan
pertama.

c) Perlumbaan Separuh Akhir


i. Merupakan perlumbaan kalah mati
ii. Hanya satu (1) perlumbaan sahaja akan di jalankan
iii. Hanya empat (4) pelumba terbaik dari perlumbaan
separuh akhir akan ke perlumbaan Akhir
iv. Hak pemilihan Gate untuk perlumbaan separuh akhir
di tentukan oleh kedudukan mata yang terkumpul
pada perlumbaan kelayakan, pelumba yang
mempunyai mata terkecil berhak untuk memilih Gate

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 17/25


terlebih dahulu. Jika terdapat mata yang sama,
sebagai tie breaker, masa terpantas semasa
pelumbaan terakhir akan digunakan.
v. Penentuan untuk kedudukan pelumba untuk Separuh
Akhir pertama dan kedua ditentukan oleh Lampiran B
& C.

Lampiran B Lampiran C
Separuh Akhir Separuh Akhir
dengan 3 Moto dengan 4 Moto
Separuh Separuh Separuh Separuh
Moto Akhir Akhir Moto Akhir Akhir
Pertama Kedua Pertama Kedua
1 1&3 2&4 1 1&3 2&4
2 2&4 1&3 2 2&4 1&3
3 2&3 1&4 3 2&4 1&3
4 1&3 2&4

d) Perlumbaan Akhir
i. Merupakan perlumbaan kalah mati
ii. Hanya 1 perlumbaan sahaja akan dijalankan
iii. Pemenang untuk perlumbaan kejohanan ini akan di
tentukan pada perlumbaan akhir.
iv. Hak pemilihan Gate pada perlumbaan akhir adalah
berdasarkan pada masa yang tercatat pada
perlumbaan separuh akhir. Pelumba yang
mencatatkan masa terpantas semasa perlumbaan
separuh akhir berhak untuk memilih Gate terlebih
dahulu.

9.12.6 Kesalahan dan Penalti

a) Amaran Rasmi – Amaran akan dikeluarkan oleh pihak


komisar bertugas kepada pelumba yang didapati
melakukan kesalahan semasa berlumba. Amaran tersebut
akan dicatat di dalam keputusan perlumbaan.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 18/25


b) Penyingkiran (Relegation) - Pelumba yang didapati
melanggar peraturan perlumbaan yang serius boleh
dikenakan tindakan penyingkiran dari posisi perlumbaan
sebenar. Denda yang dikenakan untuk penyingkiran
adalah, jumlah pelumba yang memulakan perlumbaan
pada moto tersebut + 2 mata.

c) Hilang kelayakan (Disqualification) - Pelumba yang


didapati bersalah secara serius di dalam perlumbaan
boleh dikenakan tindakan ini. Pihak komisar akan
membuat keputusan dengan mengkaji kesalahan yang
dilakukan oleh pelumba

d) Selain dari peraturan yang terdapat di sini, peraturan dari


buku peraturan UCI akan digunapakai di dalam
perlumbaan BMX.

ACARA BASIKAL BUKIT

9.13 Down Hill Individual - Lelaki


Down Hill Individual - Wanita

9.13.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar dua (2) orang pelumba


lelaki dan dua (2) orang pelumba wanita.

9.13.2 Laluan perlumbaan mestilah mempunyai 95% kayuhan


menuruni bukit dan berakhir di tempat yang lain yang mana
kedudukannya lebih rendah daripada permulaan.

9.13.3 Setiap pelumba akan dilepaskan seorang demi seorang setiap


2 minit giliran mengikut undian pada pusingan “official timed
run” dan pusingan akhir.

9.13.4 Pelumba wajib menyertai latihan rasmi (official training)


mengikut jadual yang telah ditetapkan.

9.13.5 Masa yang terbaik dicatitkan oleh pelumba akan dikira sebagai
pemenang.

9.13.6 Pelumba diwajibkan memakai full-face helmet lengkap dengan

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 19/25


visor, body armour, full-glove. “Knee and shin guard” diwajibkan
bagi pelumba yang tidak memakai “protective long pants”.

9.13.7 Jersi mestilah berlengan panjang. Kain jenis lycra tidak


dibenarkan.

9.13.8 Pemakaian nombor basikal serta full-face helmet dan pakaian


keselamatan diwajibkan semasa menjalani latihan rasmi.
Memotong atau melipat nombor perlumbaan tidak dibenarkan.

9.13.9 Lain-lain peraturan terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus pasukan.

9.14 Cross Country Olympic Format (XCO) - Lelaki


Cross Country Olympic Format (XCO) - Wanita

9.14.1 Setiap pasukan dibenarkan menghantar empat (4) orang


pelumba lelaki dan tiga (3) orang pelumba wanita.

9.14.2 Maksimum hanya 80 pelumba sahaja dibenarkan dalam setiap


perlumbaan.

9.14.3 Masa minima dibenarkan untuk acara lelaki dan wanita ialah
1 jam 15 min dan masa maksima yang dibenarkan ialah 1 jam
30 min.

9.14.4 Trek Cross Coutry Olympic hendaklah di antara 4km – 6km bagi
setiap pusingan.

9.14.5 Pelumba akan diberi peluang meninjau dan melakukan latihan


rasmi terlebih dahulu sebelum menyertai kejohanan tersebut
dan latihan tidak dibenarkan semasa kejohanan dijalankan.

9.14.6 Laluan kejohanan hendaklah disediakan 48 jam sebelum


latihan rasmi dijalankan. Pelumba diwajibkan memakai nombor
basikal serta helmet semasa menjalani latihan rasmi.

9.14.7 Pelumba adalah dikehendaki memasang Nombor Pelumba di


badan dan Nombor Plate pada basikal dan tidak dibenarkan
melipat atau merosakkannya.

9.14.8 Pelumba dikehendaki bersedia di “call-up boxes” 20 minit


sebelum perlumbaan dimulakan untuk tujuan pemeriksaan
SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 20/25
nombor, basikal dan helmet.

9.14.9 Pelumba akan dipanggil ke garisan permulaan mengikut


susunan ranking UCI. 6 pelumba akan disusun pada setiap grid
permulaan.

9.14.10 Seseorang pelumba tidak dibenarkan mendapat bantuan


teknikal sepanjang laluan perlumbaan daripada mana-mana
pihak kecuali dari pelumba sepasukan sahaja.

9.14.11 Pelumba dibenarkan mendapat bantuan di dua (2) zon Sajian


dan Teknikal (Feeding & Technical Zones) yang disediakan
oleh pihak penganjur. Hanya pegawai pasukan yang memakai
kad akreditasi Sajian dan Teknikal dibenarkan masuk ke zon
Sajian dan Teknikal.

9.14.12 Lain-lain peraturan yang terkini akan dibincangkan semasa


mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

10.0 TOPI KELEDAR (HELMET)

10.1 Semua pelumba diwajibkan memakai topi keledar (hard shell helmet)
mengikut kesesuaian acara semasa latihan dan pertandingan.’

11.0 PAKAIAN

11.1 Semua peserta adalah dikehendaki memakai jersi yang mempunyai


identiti negeri masing-masing semasa kejohanan seperti berikut;
a) 1 Bendera Negeri di hadapan jersi berukuran 64cm2 maxima,
b) (Crest) Negeri di hadapan jersi berukuran 64cm2 maxima,
c) Nama Negeri; di bahu dan lengan berukuran 5cm maxima, di sisi
jersi dan seluar berukuran 9cm maxima.

11.2 Label jenama (manufacturer’s label) hanya dibenarkan satu (1) sahaja
di jersi dan juga pada setiap kaki seluar (one on each leg of the short)
dengan ukuran tidak melebihi 30cm2.

11.3 Jersi yang berlogo selain daripada 11.1 dan 11.2, dan berlogo iklan tidak
dibenarkan sama sekali. Peraturan ini dikecualikan untuk seluar
keselamatan bagi acara Downhill dan BMX.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 21/25


11.4 Contoh baju/jersi untuk semua disiplin pertandingan yang akan
digunakan semasa kejohanan mesti dibawa untuk pemeriksaan oleh
komisar bersama-sama pemeriksa lesen pelumba dan pegawai.

12.0 KOMISAR / PEGAWAI PERTANDINGAN

12.1 Majlis Sukan Negara/Jawatankuasa Khas Teknikal akan melantik


Delegat Teknikal dan Pegawai-pegawai Teknikal setelah berunding
dengan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia tertakluk kepada
Peraturan Am Perkara 14.1.

12.2 Delegat Teknikal akan mencadangkan kepada Majlis Sukan Negara


pegawai-pegawai teknikal / komisar yang akan bertugas sepanjang
kejohanan ini berlangsung tertakluk kepada Peraturan Am Perkara
14.1.

12.3 Keputusan oleh Ketua Komisar dalam setiap acara adalah


muktamad. Peraturan UCI 1.2.132 Without prejudice to article
12.1.012 on disciplinary matters, no appeal shall be admitted
against observations of fact, assessments of the situation in races
and application of the competition regulations by the
commissaires' panel or, where appropriate, an individual
commissaire, or against any other decision taken by them.

13.0 RAYUAN / TATATERTIB

13.1 Semua pasukan boleh membuat rayuan berkaitan Peraturan Teknikal


yang berkaitan dengan status kelayakan penyertaan pelumba. Hanya
Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat rayuan. Rayuan
hendaklah dibuat secara bertulis kepada Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan Lumba Basikal Sukan Malaysia XX, MSN 2022 dan
disertakan dengan wang sebanyak RM 200.00 tunai serta lesen.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 22/25


14.0 JAWATANKUASA RAYUAN/ TATATERTIB

14.1 Pelantikan Jawatankuasa Rayuan / Tatatertib dan Prosedur Aturcara


Mesyuarat adalah terdiri dari Jawatankuasa Teknikal Dan Pertandingan
Berbasikal Sukan Malaysia XX, MSN 2022 seperti berikut:-

13.1.1 Delegat Teknikal

13.1.2 Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dalam kes
rayuan itu.

14.2 Delegat Teknikal adalah Pengerusi Juri Rayuan mengikut Para 15.2
Peraturan Am Sukan Malaysia XX, MSN 2022.

14.3 Jawatankuasa Rayuan / Tatatertib akan bersidang dalam masa 30 minit


setelah menerima laporan dari Pengadil atau Pegawai Pertandingan
dan akan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatatertib perlu
diambil.

14.4 Jawatankuasa Bantahan / Tatatertib berhak mendapat sebarang


maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara
yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

15.0 HADIAH-HADIAH

15.1 Pingat-pingat kemenangan akan disediakan seperti berikut :

Kategori Lelaki
ACARA EMAS PERAK GANGSA
Ujian Masa Perseorangan 1 1 1
Kriterium 1 1 1
Lepas Beramai-ramai (Perseorangan) 1 1 1
Lepas Beramai-ramai (Berpasukan) 1(6) 1(6) 1(6)
Sprint 1 1 1
Kilometre Ujian Masa 1 1 1
Individual Pursuit 1 1 1
Keirin 1 1 1
Scratch Race 1 1 1
Omnium 1 1 1

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 23/25


ACARA EMAS PERAK GANGSA
Team Sprint 1(3) 1(3) 1(3)
Team Pursuit 1(4) 1(4) 1(4)
BMX Race 1 1 1
Down Hill Individual (DHI) 1 1 1
Cross Country Olympic (XCO) 1 1 1
JUMLAH 15 (25) 15 (25) 15 (25)

Kategori Wanita

ACARA EMAS PERAK GANGSA


Ujian Masa Perseorangan 1 1 1
Kriterium 1 1 1
Lepas Beramai-ramai (Perseorangan) 1 1 1
Lepas Beramai-ramai (Berpasukan) 1(4) 1(4) 1(4)
Sprint 1 1 1
Kilometre Ujian Masa 1 1 1
Individual Pursuit 1 1 1
Keirin 1 1 1
Scratch Race 1 1 1
Omnium 1 1 1
Team Sprint 1(3) 1(3) 1(3)
Team Pursuit 1(4) 1(4) 1(4)
BMX Race 1 1 1
Down Hill Individual (DHI) 1 1 1
Cross Country Olympic (XCO) 1 1 1
JUMLAH 15 (23) 15 (23) 15 (23)

15.2 Semua atlet diwajibkan memakai jersi / seluar perlumbaan atau


track suit, memakai kasut track atau kasut sukan (tanpa kacamata
jenis ‘sun-glass’ serta topi) semasa menaiki podium untuk
menerima hadiah.

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 24/25


15.3 Pemenang tidak dibenarkan membawa bendera semasa menaiki
podium untuk upacara penyampaian hadiah (The winners are not
allowed to bring on the podium national/regional flags or any other
symbol of culture and religion. Flags is only allowed after the
official prize presentation ceremony is completed.)

15.4 Pemberian pingat-pingat kemenangan adalah tertakluk kepada


Peraturan Tetap Perkara 15.3.

Disediakan oleh:-
Jawatankuasa Khas Teknikal
SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022

SUKAN BERBASIKAL– SUKAN MALAYSIA XX, MSN 2022 25/25

Anda mungkin juga menyukai