Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA CADANGAN MENYEDIAKAN ALAT PENAPIS AIR UNTUK

KEGUNAAN MURID-MURID SK KELAR, PASIR MAS.

1. LATAR BELAKANG PROJEK

Pelaksanaan Penyedia alat penapis air untuk kegunaan murid-murid SK Kelar ini
khususnya bagi keperluan murid mendapat air minuman yang bersih.

2. OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan Penyedia alat penapis air untuk kegunaan murid-murid SK Kelar
ini adalah berdasarkan pertimbangan berikut:

2.1. Keadaan musim panas dan keberadaan murid terlalu lama di sekolah.
2.2. Memastikan murid-murid mendapat air minuman yang mencukupi selama
keberadaan di sekolah.
2.3 Menyediakan tempat untuk murid mendapat sumber air minuman yang bersih

3. ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan anggaran kos yang berjumlah RM 6000.00
Perincian bagi projek ini disertakan pada bahagian lampiran.

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselesaan untuk murid-murid mendapat sumber air minuman
yang bersih.
4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan.
4.3 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid
mendapatkan sumber air minuman yang bersih.

5. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional Penyedia alat penapis air untuk kegunaan murid-murid SK Kelar ini adalah
untuk :

5.1 Membuktikan bahawa NGO, pihak sekolah serta PIBG prihatin dan serius
terhadap kemudahan dan keselesaan pelajar.

1
6. PENUTUP

Penyedia alat penapis air untuk kegunaan murid-murid SK Kelar ini sememangnya
ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua warga sekolah, murid-murid dan ibubapa.
Ini kerana, dengan adanya alat penapis air untuk kegunaan murid-murid SK Kelar ini
maka guru, ibubapa dan murid akan mendapat keselesaan. Murid juga akan boleh
mendapat air minuman yang bersih untuk lebih sedia sesi pembelajaran waktu petang dan
aktiviti boleh dilaksanakan dengan lebih baik serta selesa. Sumbangan dari pihak
penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian warga sekolah ini. Pihak
jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya berusaha agar Penyedia alat penapis air
untuk kegunaan murid-murid SK Kelar dengan seberapa segera demi kemudahan semua
murid khususnya dan warga sekolah amnya. Pihak jawatankuasa mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
hasrat murni ini. Adalah diharapkan segala sumbangan yang disalurkan mendapat
kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Insya Allah, Sekian.

Disediakan oleh,

……………………………
(MAZILA BINTI ZAKARIA)
SETIAUSAHA PIBG
SK KELAR PASIR MAS

2
LAMPIRAN

Bil Perihal Kerja Kuantiti Kadar Harga Harga


(RM) (RM)

1 Penapis air 2 2900.00 5800.00

2 Pendawaian dan pemasangan plat 2 100.00 200.00

Jumlah RM 6000.00

Anda mungkin juga menyukai