Anda di halaman 1dari 3

Nasihat daripada saya yang tak seberapa ini buat pasangan pengantin baru, ataupun yang akan

berkahwin nanti,

1. Perbaiki skill komunikasi bersama pasangan.


2. Bersabarlah dengan penuh kesabaran sehingga mampu bersabar dan terus bersabar. Hehe.

Saya ingat lagi, masa zaman sebelum berkahwin dulu, saya kerap menghabiskan beberapa buah buku
berkaitan dengan skill komunikasi, memahami perspektif lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Dan
kebanyakkannya adalah buku dari Barat. Hehe.

Sehingga hasilnya, saya berjaya mengarang beberapa bab penting dalam buku saya sendiri iaitu buku Aku
Bukan Malaikat 1 & 2. Contoh seperti bab "Betul ke Jodoh dah ditetapkan? (boleh baca di sini
"www.tarbiahsentap.com/…/06/betul-ke-jodoh-dah-ditetapkan.ht… ",
"Bagaimana nak menikah tanpa couple" dan sebagainya.

Kenapa saya baca buku-buku ni? (seperti di dalam gambar).

Sebab masa sebelum berkahwin, saya kerap mendapat nasihat berkaitan dengan komunikasi. Ramai orang
beritahu saya, perempuan ini makhluk Allah yang unik dan kompleks.

Antaranya, boleh jadi, setiap jam atau minit emosinya boleh berubah2, kadang-kadang tanpa sebab!
Contoh, ada perempuan tiba-tiba menangis, bila ditanya kenapa, dia akan jawab tak tahu. Memang dia pun
tak tahu kenapa.

Hehe.

So, bila dah nak menghampiri fasa berkahwin, saya pun rasa sedikit confident bahawa saya sudah
memahami serba sedikit tentang perempuan. Takpe, yang penting confident tinggi, betul salah belakang
kira. Haha.

Apabila sudah berkahwin, saya pun cubalah mengaplikasikan beberapa jenis teori yang saya belajar
melalui buku-buku yang saya dah baca. Dengan harapan, boleh mengurangkan salah faham dengan isteri.

Tetapi.....

Saya terlupa satu lagi nasihat penting. Selain daripada komunikasi, saya mesti BERSABAR dan TERUS
BERSABAR.

saya banyak kali dengar nasihat sabar ini, tetapi itulah. Easier said than done. Pernah beberapa kali kami
salah faham, dan bila kami duduk berbincang, barulah saya faham. Seterusnya, antara punca perselisihan
berlaku adalah sebenarnya saya yang kurang sabar.

Teringat pula dengan nasihat beberapa abang senior dan pakcik2, antara nasihat mereka,

"fasa 5 tahun awal perkahwinan adalah bersabar dan perbaiki komunikasi. Teruskan bersabar dan
banyakkan berbincang.."

Ya, saya mungkin banyak membaca bagaimana memperbaiki komunikasi dengan pasangan. Tetapi saya
masih kurang bersabar. Sabar ini bukan semata-mata dengan isteri, malah bersabar dengan tekanan
keluarga, tekanan kewangan, sabar dengan masalah dalaman keluarga kedua belah pihak, sabar dengan
karenah isteri mengandung, bersabar dengan karendah anak yang asyik menangis, bersabar sebab tak
cukup tidur, bersabar sebab isteri tak seperti yang diharapkan, dan baaaanyak lagi. Tidak semestinya
bersabar kepada isteri saja.

Akhirnya, Alhamdulillah saya dan isteri jika ada apa-apa masalah, kami akan luahkan, tidak sembunyi,
kemudian berbincang. Masing2 akan rendahkan ego untuk akui kesalahan jika benar2 salah.
So, sekali lagi nasihat dari saya yang masih merangkak-rangkak dalam alam perkahwinan ini untuk anda
yang baru menjadi pengantin baru dan akan berkahwin nanti,

1. Paksa diri untuk baca buku berkaitan psikologi lelaki perempuan sangat penting, terutama untuk
LELAKI. Ya lelaki. Kenapa?

Serius bro, perempuan ni unik. Sumpah, sangat unik. Susah la nak cakap, nanti dah kahwin, hang tau la.

Contoh, kalau isteri saya nak luahkan sesuatu masalah pada saya, saya akan tanya dia,

"ini nak suruh dengar saja ke, atau nak minta solusi?"

Nanti dia akan tersengih. Biasanya jawapan akan diberikan,

"dengar je la.."

Hehe. Pada sebahagian perempuan, kita jadi pendengar setia masalah dia pun, dah cukup menyelesaikan
sebahagian masalah dia.

2. Apabila ada perselisihan, duduk bersama, luahkan masalah, dan selesaikan. Lelaki, mesti rasional di saat
perempuan emosi.

InsyaAllah, sakinah mawaddah dan rahmah Allah akan turun pada hambaNya yang sentiasa berbincang.

3. Lelaki, banyakkan rasional dan sabar, sabar dan terussssssss sabar. Jangan terikut dengan rentak emosi
isteri.

Dan kalau ada masalah, jangan lari! Hadapinya, dan selesaikannya.

4. JANGAN LETAK EXPECTATION pada pasangan. Jangan harapkan suami macam dalam drama, atau
isteri seperti bidadari dari kayangan.

Ingat, kita ini hidup di akhir zaman. Bukannya zaman Nabi. So, faham2 sajalah manusia akhir zaman
macam mana.

Kita pun faham karenah kita macam mana. Don't expect more. Tak kisahlah dia ustaz ustazah ke, engineer
ke, doktor ke, usahawan ke, atau sesiapa la.

5. Dan terakhir, sama-sama bangunkan agama di dalam rumahtangga. Sesekali, solatlah berjemaah
bersama isteri dan tadarus al Quran bersama. Tak mampu buat setiap hari, hujung minggu pun jadilah.

Ramai kes cerai berlaku sebab amal agama hilang dari rumahtangga. Bila bercerai, akhirnya, orang akan
menyalahkan takdir. Dan lebih ekstrem, ada yang menyatakan kahwin ini satu perjudian.

Kahwin bukan perjudiaan. Kahwin bukan tempat bertaruh nasib. Kahwin adalah sunnah Nabi. Dan
perkahwinan juga adalah pilihan dan takdir.

Kau ada pilihan untuk memilih pasangan yang baik pada sisi agama, atau memilih pasangan yang JAUH
daripada agama. Kemudian, kau terimalah takdir hasil dari pilihan yang telah kau buat.

Jadikahlah rumahtangga anda sebahagian dari Syurga dunia, sehingga anda betul-betul merasakan,

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah lagi hendak kau dustakan?"

Wallahu'alam.
Selamat pengantin baru.
Ikhlas daripada,

Shukery Azizan,
Penulis buku Aku Bukan Malaikat 1 & 2,
Shah Alam.

P/s : siapa nak tanya, boleh tanya di ruangan komen. Atau nak tambah nasihat pun, boleh tambah di
ruangan komen juga.
Moga2 dapat manfaat.

2. Siapa nak share, dipersilakan. Kalau nak copy paste, at least kredikan kepada saya. Moga saya tahu
tulisan saya terbang ke mana. Heh.

#Share
#ShukeryAzizan
#AkuBukanMalaikat
#AkuBukanMalaikat2

Anda mungkin juga menyukai