Anda di halaman 1dari 2

Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan sejenis permainan bola berpasukan.

Dimainkan oleh
dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, mengelecek
melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau
menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut paling banyak maka pasukan itu
yang akan diisytiharkan menang bagi perlawanan ini.

Sejarah ragbi[sunting | sunting sumber]


Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis
mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.
Sukan ini dicipta berdasarkan sejarah yang berlaku secara spontan.

Universiti Cambridge kamudiannya mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat


peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian
Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.

Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama
dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan
antara negara diadakan. Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai
scrum bermaksud perbuatan atau kaedah memulakan semula permainan selepas suatu
pelanggaran apabila kedua-dua lawan pek kumpulan ke hadapan bersama-sama dengan kepala ke
bawah dan saling dan tekan untuk mendapatkan tanah manakala scrumhalf melemparkan bola dan
pemain tengah (hooker)cuba untuk rebut bola untuk pasukan mereka sendiri.pemain biasanya
dipanggil oleh pengadil (set banyak orang) tetapi boleh dibentuk secara spontan (longgar banyak
orang).

Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan
pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi
mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi. Perubahan beberapa aspek peraturan dalam
permainan ini pada 1907 mencetuskan lahirnya bola sepak Amerika.

Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan
Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga
1980. Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat (The United States of America Rugby Football
Union, USARFU) dibentuk pada 1975. Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah
negara di seluruh dunia.

Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar namun jika
betul cara bermain pemain tidak akan tercedera. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang
membentuk keperibadian seseorang malah memerlukan disiplin yang tinggi. Ragbi juga dianggap
sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa
perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka
sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini
adalah sahabat yang baik.

Permulaan[sunting | sunting sumber]


Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu
William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah
mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu
Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah
diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat
beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.

Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya
sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu
cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh
dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak
aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas
dahulu.

Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting
dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus
dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh
juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain!!!

Anda mungkin juga menyukai