Anda di halaman 1dari 2

22/07/2023, 20:32 Ayat 1 hingga 7 Surah Al-Fatihah.

(Bacaan, Hafazan dan Kefahaman)

Ayat 1 hingga 7 Surah Al-Fatihah. (Bacaan, Hafazan dan Kefahaman)


1.6 Segala Puji Bagi Allah SWT

Standard Pembelajaran:

Membaca ayat 1-7 Surah Al-Fatihah dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih
Menghafaz ayat 1-7 Surah Al-Fatihah dengan betul, bertajwid, lancar dan fasih
Menyatakan terjemahan ayat
Menerangkan perkara-perkara berikut:
Pujian hanya kepada Allah SWT
Beriman kepada Hari Akhirat
Menyembah Allah dan meminta pertolongan daripadaNya
Jalan yang diredhai Allah SWT
Menghuraikan pengajaran ayat 1-7 Surah Al-Fatihah dan menghubungkaitkan dengan kehidupan
Memulakan sesuatu amalan dengan Basmalah

Al-Fatihah Ayat 1-7


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. ‫ِبْس ِم ِهّٰللا الَّر ْح ٰم ِن الَّر ِحْي ِم‬
1.

2. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. ‫َاْلَح ْم ُد ِهّٰلِل َر ِّب اْلٰع َلِم ْي ن‬

Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. ‫الَّر ْح ٰم ِن الَّر ِحْي ِم‬


3.

Pemilik hari pembalasan. ‫ٰم ِلِك َيْو ِم الِّد ْي ِن‬


4.

5. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. ‫ِاَّي اَك َن ْع ُبُد َو ِاَّي اَك َن ْس َت ِع ْي ُن‬

6.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, ‫ِاْه ِد َن ا الِّص َر اَط اْلُمْس َت ِقْي َم‬

(Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, ‫ِص َر اَط اَّلِذ ْي َن َاْن َع ْم َت َع َلْي ِهْم ۙە َغ ْي ِر اْلَم ْغ ُضْو ِب‬
7. dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. ‫َع َلْي ِهْم َو اَل الَّض ۤا ِّلْي َن‬ ࣖ

Pujian Hanya kepada Allah SWT


Ucapan Basmalah mengajar kita supaya melakukan sesuatu ikhlas kerana Allah
Ucapan Alhamdulillah ialah kata pujian yang dikhususkan bagi Allah sebagai tuhan yang mencipta dan mentadbir alam
Menyebut Ar-Rahman dan Ar-Rahim menunjukkan puji-pujian kepada Allah yang menunjukkan rahmat dan kasih sayang kepada hambaNya

Beriman kepada Hari Akhirat


Ayat 4 menjelaskan bahawa hanya Allah yang memerintah pada hari akhirat
Hari Akhirat merupakan hari pembalasan terhadap amalan manusia selepas kemusnahan alam dunia
Hanya Allah berkuasa menghukum dan membalas perbuatan manusia
Segala amalan manusia akan disoal, dihitung dan ditimbang oleh Allah
Semua manusia pada hari itu akan berada di bawah kekuasaanNya

Menyembah Allah dan Meminta Pertolongan hanya daripadaNya


Allah mengajar erti Ubudiyah dan Istia'nah
Ubudiyah: mengkhususkan pengabdian diri hanya kepada Allah
Segala ibadah yang dilakukan hanya ditujukan kepada Allah
Istia'nah: Memohon kepada Allah untuk mendapat kebaikan dan menolak keburukan dunia dan akhirat

Jalan yang Diredhai Allah SWT


Allah mengajar kita supaya memohon hidayah ke jalan yang benar
Hidayah: perkara yang paling penting dalam kehidupan manusia untuk capai kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Golongan yang benar dan mendapat petunjuk

https://app.pandai.org/note/read/kssm-pi-07-01-06/KSSM-F1-PI-01-06 1/2
22/07/2023, 20:32 Ayat 1 hingga 7 Surah Al-Fatihah. (Bacaan, Hafazan dan Kefahaman)

Pengajaran Ayat
Kita hendaklah memulakan sesuatu pekerjaan dengan membaca Basmalah untuk mendapat keberkatan
Kita hendaklah memuji Allah SWT dengan lafaz Alhamdulillah untuk mensyukuri nikmat kurniaanNya
Kita hendaklah meyakini ganjaran dan balasan Allah pada hari Kiamat sebagai motivasi untuk beramal soleh dan menghindari kejahatan
Kita dituntut agar berdoa hanya kepada Allah SWT bagi menghindari perbuatan syirik
Setiap muslim hendaklah memohon hidayah Allah agar istiqamah beramal dengan ajaran Islam

© 2023 Pandai.org All Rights Reserved Made with  in Malaysia

https://app.pandai.org/note/read/kssm-pi-07-01-06/KSSM-F1-PI-01-06 2/2

Anda mungkin juga menyukai