Anda di halaman 1dari 5

Kisah Lamaran Saidatina Khadijah RA Kepada

Nabi Muhammad SAW

Watak :
● Saidatina Khadijah - Sabreen
● Maisarah / Nafisah - Umairah
● Rasulullah SAW - Azila
● Waraqah - Umi
● Pencerita - Airis

Siti Khadijah Binti Khuailid merupakan seorang


usahawan wanita yang berjaya, dermawan dan jelita.

Pada suatu hari, Saidatina Khadijah menyuruh


pembantunya untuk menawarkan Rasulullah pekerjaan
untuk menguruskan dagangannya ditemani oleh seorang
budak yang dimiliki Khadijah bernama Maisarah. Oleh
sebab gelaraNya iaitu Al-Amin ( yang boleh dipercayai )
beliau telah membawa barang dangangan Khadijah ke
wilayah-wilayah lain di luar Mekah serta mendapat
keuntungan yang lumayan.

Sebaik sahaja pulang daripada berdagang. Maisarah


menceritakan keperibadian Rasulullah yang sangat mulia,
jujur dan bijaksana.Sebaik sahaja mendengar tentang
keperibadian Rasulullah SAW yang mulia itu. Sudah
terpikat hatinya sehingga membuatkan hatinya terbuka
untuk berumah tangga bersama Rasulullah.
Disebabkan oleh hatinya yang tidak boleh menahan lagi
perasaannya maka beliau menulis hasratnya kepada
Rasulullah SAW.

Saidatina Khadijah :
"Jika segala kenikmatan hidup diserahkan kepadaku,
dunia dan kekuasaan para raja Iran (Parsi) dan Rumawi
diberikan kepadaku, tetapi aku tidak hidup bersamamu
Muhammad, maka semua itu bagiku tidak lebih
berharga daripada sebelah sayap seekor nyamuk".

Beliau juga pernah bertemu bagi menyatakan perasaanya


terhadap Rasulullah SAW.

Saidatina Khadijah :
"Saudaraku, mengingatkan hubungan yang ada di antara
kita (bangsa Quraisy) dan kebesaran serta kemuliaan
saudara di kalangan kaum serta kejujuran, akhlak terpuji
dan sifat lurus dan amanah yang ada pada saudara maka
saya sangat ingin untuk hidup bersama dan berkahwin
dengan saudara wahai Muhammad!"

Namun, bagaimanapun harapannya boleh terhalang


dengan adanya adat tradisi kecuali beliau menunggu
pinangan Rasulullah itu sendiri akan tetapi beliau
terpaksa memecahkan tradisi tersebut bagi
merialisasikan impiannya. Lalu beliau meminta bantuan
rakannya Nafisah untuk bertemu Rasulullah SAW.
Nafisah:
"Wahai Muhammad mengapa tidak kamu sinari kehidupan
malammu dengan seorang isteri?"

Rasulullah SAW:
"Ini kerana aku tidak mempunyai sebarang persiapan untuk
berkahwin".

Nafisah:
"Kalau begitu apakah kamu akan menyambutnya dengan
senang hati jika aku mengundangmu kepada kecantikan,
kekayaan, keanggunan dan kehormatan,"

Rasulullah SAW:
"Apakah maksudmu?"

Nafisah:
"Siti Khadijah"

Rasulullah SAW:
"Apakah Khadijah sudi menerimaku, pada hal duniaku dan
dunianya jauh berbeza dan sedangkan beliau pernah
menolak lamaran-lamaran daripada pemuda-pemuda yang
jauh lebih mulia dan kaya daripadaku?"

Nafisah:
"Aku memperoleh kepercayaan daripada Siti Khadijah dan
akan ku buatkan beliau bersetuju. Kamu hanya perlu
menetapkan tarikh perkahwinan agar walinya (Amar bin
Asad) dapat mendampingimu berserta sahabat handai,
rakan taulan dan upacara perkahwinan dan perayaan dapat
diadakan,"

Rasulullah tidak lagi mempunyai alasan untuk berdolak


dalih malah terharu dengan permintaan Siti Khadijah lalu
memberitahu Nafisah untuk menyampaikan khabar yang
menggembirakan ini.

Pada suatu hari, sebelum Rasulullah mengambil upah


untuk mengetuai rombongan dagangan ke Syam.
Dikatakan Siti Khadijah didatangi satu mimpi yang aneh
menyababkan beliau segera bertemu sepupunya,pendeta
atau rahib agama Hanif, Waraqah Bin Naufal.

Siti Khadijah:
"Malam tadi aku bermimpi sangat menakjubkan. Aku
melihat matahari berputar-putar di atas Kota Mekah, lalu
turun ke arah bumi.Ternyata matahari itu turun dan
memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat agung itu
membuatkanku terpegun."Lalu aku terbangun daripada
tidurku itu"

Mendengarkannya itu Waraqah menjawab.

Waraqah:
"Akan ku sampaikan berita gembira kepadamu, bahawa
seorang lelaki agung dan mulia akan datang untuk
menjadi teman hidupmu.Dia memiliki kedudukan
penting dan kemasyhuran yang semakin hari semakin
meningkat,"
Akibat dari mimpi itulah ditakdirkan Siti Khadijah Binti
Khuailid menjadi isteri Nabi Muhammad SAW.

Anda mungkin juga menyukai