Anda di halaman 1dari 5

SMK DUSUN NANDING

KM 17, JALAN HULU LANGAT


43100 HULU LANGAT

Kertas kerja

PROGRAM SEKOLAHKU CERIA- KELESTARIAN ALAM


SEKITAR

TAHUN 2017

DISEDIAKAN OLEH

NORLIZA BINTI MAT ALI


PENGENALAN

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan.
Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini. Allah
telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran manusia. Bumi yang luas dijadikan
tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai
sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis
haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana
yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, alam
sekitar sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya
alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih
merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar
dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan
membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen
secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati
keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas
dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita
menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan
nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang
boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktivti riadah yang dijalankan
dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Selain itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari semasa ke
semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan suasana persekitaran yang
sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman
pokok-pokok ini juga bertujuan mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan
karbon dioksida. Akhirnya, pemanasan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti pokok-pokok akan
dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan mengawal hakisan tanah dan
banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber ekonomi negara kita.

RASIONAL
Aspek kesedaran penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar semakin terhakis dalam
kalangan generasi muda sedangkan pembelajaran dalam suasana yang nyaman dan
persekitaran yang bersih serta indah akan menyediakan suasana pembelajaran yang
kondusif ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah. Program ini diadakah untuk
memberi kesedaran kepada warga sekolah akan pentingnya alam sekitar yang bersih, indah
dan selamat kepada kecemerlangan dalam semua aspek.

MATLAMAT
Mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif untuk pembelajaran di samping memberi
kesedaran kepada warga sekolah akan pentingnya alam sekitar.
OBJEKTIF
1. Memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.
2. Melaksanakan aktiviti mesra alam dengan lebih berkesan.
3. Meningkatkan semangat kerjasama antara warga sekolah.
4. Menjalin hubungan erat antara pihak sekolah dengan pihak luar.
5. Meningkatkan kemahiran keusahawanan dalam kalangan murid.
6. Mewujudkan persekitaran yang cantik dan menarik serta selamat.
7. Menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan warga sekolah.

TEMA
Sekolah Kita, Bumi Kita, Tanggungjawab Kita Bersama.

BUTIRAN PELAKSANAAN
Tarikh : sepanjang tahun
Tempat : SMK Dusun Nanding

KUMPULAN SASAR
Warga SMK Dusun Nanding

KEWANGAN
1. Sumbangan PIBG
2. Sumbangan NGO
3. Sumbangan Koperasi SMKDN Berhad
4. PCG Panitia KHB

JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi:
Pn Maheran binti Abdul Rahman ( Pengetua )

Timbalan Pengerusi :
En Mohd Fareed Faheim bin Mohd Elyas Majeed (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi :
En Abu Mansor Mat Urdi Bin Yahaya (PK HEM)
En Abdul Aziz bin Isa (PK Kokurikulum)
Pn Sa’adah bt Rahmad (PK Petang)
Pn Nor Haliza bt Hashim (PK Pendidikan Khas)

Penyelaras :
Cik Zuraida Salina bt Zulkifli
Setiausaha
Pn Norliza bt Mat Ali

Bendahari
Pn Zaroslaili binti Awang

Ahli Jawatankuasa :
1) En Rozaini bin Abdul Rahim
2) En Rosli bin Abdul Rahman
3) Pn Maslina bt Sukri
4) Pn Lee Mei Li
5) Pn Marina bt Ishak
6) Pn Siti Nor Hidayah bt Abdul Rahman
7) Cik Syahriah bt Ahmad Sofian
7) Pn Norazida bt Mahmud Muslim
8) En Mohamad Daud bin Shahril
9) En Roazuwan bin Muhamad

STRATEGI PELAKSANAAN

BI PROJEK TEMPOH KOS PELAKSANAAN STATUS


L (RM) KEMAJUAN
1 Taman herba Sepanjang 2000 Di belakang blok D
tahun - Sumbangan
PIBG
- Jualan anak
benih
2 Tanaman sayuran Ogos- 3000 Di kebun KHB
‘Green kit’ Oktober - Sumbangan
2017 MARDI
3 Penanaman pokok Oktober 5000 Sekitar sekolah
‘Hijaukan Bumi’ 2017 - Sumbangan
NGO
- Sumbangan
Koperasi
4 Program Kitar Oktober 1500 Selepas PT3
Semula 2017 - Kerjasama
dengan UPM
5 Papan Kenyataan Sepanjang 200 Laluan 2
Sekolah Lestari tahun Blok B
- Sumbangan
panitia PSK

6 Gotong Royong Mac 2017 1500 Sekitar sekolah


Perdana - Sumbangan
PIBG
7 Tanaman Hiasan Sepanjang 500 Sekitar sekolah
tahun - Sumbangan
MPAJ
8 Taman Ros Januari- 500 Antara blok A dan B
Oktober - Sumbangan
2017 PIBG
9 Projek Lada Januari – 5000 Di kebun PPKI
Fertigasi Mei 2017 - Sumbangan
NGO

PENUTUP
Diharapkan agar semua program yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya untuk
mewujudkan suasana pembelajaran aktif dan kondusif kepada warga sekolah selain
memupuk perasaan sayang akan alam sekitar dan mempunyai kemahiran keusawanan
dalam kalangan murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NORLIZA BINTI MAT ALI) ( ABU MANSOR MAT URDI BIN YAHAYA)
Penolong penyelaras Unit 3K Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Dusun Nanding SMK Dusun Nanding

ULASAN PENGETUA

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

DILULUSKAN/ TIDAK DILULUSKAN

(MAHERAN BINTI ABDUL RAHMAN)


Pengetua
SMK Dusun Nanding

Anda mungkin juga menyukai