Anda di halaman 1dari 3

i) Latar belakang

Syarikat ini ditubuhkan oleh Yong Paun Chaun pada tahun 1973.Selepas
menamatkan persekolahan Pang Chaun terus merantau ke Singapura pada tahun 1971
untuk belajar selok belok berkaitan dengan dunia tekstil. Selepas beberapa tahun dia
kembali semula ke tanah air dan menghasilkan pakaian wanita dengan jenama Padini.
Isterinya yang dua tahun lebih muda, Chin Lin kebetulan datang dari keluarga yang
turut sama menjalankan perniagaan pakaian. Chin Lin yang banyak membantu
suaminya itu hingga sekarang.Kemudian kakak Pang Chaun yang paling tua
menyertai perniagaan suami isteri tersebut. Yong Lai Wah sebelum itu adalah seorang
pegawai di sebuah pusat membeli-belah. Akhirnya dengan kapakaran Pang Chaun,
isterinya Chin Lin dan kakaknya, Lai Wah, ketiga-tiganya merempuh onak duri dan
dugaan dalam perniagaan sehinggalah sekarang apabila jenama Padini bukan saja
terkenal di dalam negara, tetapi juga di luar negara.Kejayaan mereka terus Meletup
apabila mereka mencipta jenama Vincci, produk khusus bagi pasaran wanita
merangkumi pakaian, kasut dan aksesori lain pada 1986.Tak cukup dengan itu,
mereka membangunkan pula pakaian jenama Seed, Padini Authentics, PDI, P&Co,
Miki dan Brands Outlet.Keseluruhannya mereka kini memiliki lebih 140 buah store
termasuk di Kemboja, Indonesia, Bahrain, Brunei, Myanmar, Oman, Qatar, Thailand
dan UAE.

Jenama P&Co dan PDI telah dilancarkan pada tahun 1999. Jenama P&Co telah
dicipta untuk memasarkan label untuk fashionista individualistik manakala PDI ialah
teman gaya yang sempurna untuk semua lapisan masyarakat. Padini membuka Kedai
Konsep Padini Pertama mereka dibuka di City Square, Johor Bahru. Kedai seluas
11,000 kaki persegi itu mempamerkan barangan daripada Padini, Seed, PDI, Vincci
dan P&Co.

Pada tahun 2000, Vincci mula memasuki pasaran Brunei dengan membuka kedai
asing pertamanya di Brunei dan Seed Cafe telah dilancarkan.Mereka menceburi
industri makanan dan minuman dengan Seed Cafe.Beberapa tahun setelah memasuki
pasaran Brunei, Vincci mula berkembang ke negara-negara lain seperti Thailand,
Indonesia, Filipina, Kemboja dan Arab Saudi. Pada tahun 2006, Brand Outlet pula
ditubuhkan.

ii) Ciri Keusahawanan

1. Berdisiplin dan konsisten


Usahawan yang berdisiplin dan konsisten dalam kerjayanya akan diiktiraf untuk
perkhidmatan yang berterusan serta mengambil kira pendapat semua pihak dalam
menjalankan perniagaannya.
Sebagai contoh, Yong Paun Chaun menjalankan perusahaannya dari tahun 1973
hingga kini dan jualan mereka meningkat dari tahun ke tahun.Ini menunjukkan
bahawa beliau sangat konsisten dan berdisiplin kerana perusahannya telah berjalan

Anda mungkin juga menyukai