Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

Bismillahirrahmaniraahim, Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

(GB) Yang Berusaha _____________________________ Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tunku


Abdul Rahman

(YDP) Yang Dihormati Naib Yang DiPertua PIBG _________________________________

(GPK)
Yang Berusaha ___________________________________________(GPK Pentadbiran)
Yang Berusaha ___________________________________________(GPK HEM)
Yang Berusaha ___________________________________________(GPK Kokurikulum)

Guru-guru, ibu bapa dan penjaga serta seluruh pelajar yang disayangi sekalian.

Beras kunyit saya taburi,


Air mawar direnjis wangi.
Berkembang kasih menabur budi,
Undangan tuan amat disanjungi.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah
Kebangsaan Tunku Abdul Rahman kerana sudi mengundang saya ke Majlis Anugerah
Kecemerlangan Akademik ini.
Tahniah dan syabas pihak pentadbir, semua guru, AKP dan seluruh warga sekolah.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada ibu bapa yang telah menunjukkan komitmen yang
tinggi dengan hadir ke majlis ini.
Semoga majlis ini dapat dijadikan asas permulaan anjakan paradigma menjana modal insan
yang terbilang.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,


Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar bukan hanya terletak pada usaha dan kesungguhan
guru semata-mata. Selain guru yang diumpamakan lilin membakar diri ini, ibu bapa juga perlu
mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malah tuan-tuan dan puan-puan, bagi saya faktor
yang paling utama kejayaan terletak pada diri pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai motivasi
yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

Pada kesempatan ini saya ingin melontarkan cabaran kepada murid-murid agar dapat
membuktikan bahawa anda mampu meneruskan kejayaan yang lebih gemilang. Berusahalah dengan
lebih gigih berbekalkan ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru untuk memperoleh kejayaan dan
seterusnya mengharumkan nama sekolah.
Hadirin sekalian,

Saya percaya majlis pada hari ini selari dengan matlamat memberi dorongan dan
memotivasikan murid-murid agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
Diharapkan semoga program seperti ini dapat berterusan pada masa-masa akan datang bukan sahaja
untuk murid yang cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang tetapi ada peningkatan atau
kemajuan.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua murid atas kejayaan anda.

Jika murid mendengar kata


Tidak guru berkata cela
Jika ibu bapa bekerjasama
Tidaklah anak berdukacita

Jika kita seia sekata


Tidak akan timbul sengketa

Jika seiring kita berusaha


Pasti semua akan berjaya

Akhir kata, dengan lafaz “Bismillahirahmanirrahim” saya merasmikan Majlis Anugerah


Kecemerlangan Akademik Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman. Sekian, wabillahi taufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai