Anda di halaman 1dari 4

FORMAT SYARAHAN/CERAMAH/UCAPAN/TAKLIMAT

1. Syarahan,ucapan,ceramah dan taklimat biasanya disampaikan dalam satu majlis


rasmi yang dihadiri oleh tetamu khas dan orang ramai.
2. Syarahan biasanya disampaikan dalam bentuk pertandingan dengan diberikan tajuk.
Oleh itu, fakta atau isi-isi hendaklah dihuraikan dengan tepat, munasabah dan jelas.
3. Karangan ceramah pula lazimnya disampaikan untuk memberikan penerangan
tentang sesuatu tajuk oleh seseorang pakar dalam bidang tersebut. Seperti syarahan,
fakta, atau isi-isi ceramah juga perlu tepat, meyakinkan, dan jelas.
4. Isi ucapan merangkumi penerangan,pujian,sanjungan, nasihat, atau perangsang
kepada hadirin atau orang yang diraikan dalam sesuatu majlis keraian, ulang tahun,
sambutan Hari Guru, majlis perasmian, dan sebagainya.
5. Taklimat pula merujuk penerangan ringkas tentang sesuatu perkara dalam sesuatu
majlis, contoh taklimat kepada para peserta kursus, taklimat kepada peserta
pertandingan, taklimat kepada hakim pertandingan, taklimat kepada pelawat atau
ahli rombongan, dan sebagainya.

FORMAT SYARAHAN

1. Perenggan pendahuluan : memberi ucapan salam/ selamat sejahtera dan kata-kata


aluan. Jika syarahan untuk pertandingan, perlu ada frasa “ para hakim”. Nyatakan
tajuk syarahan yang akan disampaikan dan berikan definisi tajuk. Tulis kata
penghadapan( hadirin yang dihormati ) sebelum menulis perenggan yang
seterusnya.
2. Perenggan isi : tulis dua hingga tiga isi. Tulis kata penghadapan ( hadirin yang
dihormati ) sebelum menulis perenggan yang seterusnya.
3. Perenggan penutup : membuat kesimpulan menyeluruh daripada isi syarahan yang
disampaikan dan menyatakan harapan berkaitan dengan tajuk. Akhiri syarahan
dengan ucapan terima kasih.

FORMAT CERAMAH

1. Bahagian pendahuluan :
I. kata alu-aluan ( pengerusi majlis, tetamu terhormat dan orang yang hadir )
II. mengucapkan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan
ceramah.
III. Nyatakan tajuk ceramah dan memberikan definisi atau isu-isu berkaitan
dengan tajuk ceramah.
IV. Tulis panggilan hormat ( hadiring yang dihormati ) sebelum menulis
perenggan isi yang seterusnya.
2. Bahagian isi

I. Tulis sekurang-kurangnya tiga isi cukup


II. Setiap isi mesti diikuti dengan huraian dan contoh atau bukti yang sesuai
III. Tulis panggilan hormat ( hadirin yang dihormati ) sebelum menulis perenggan yang
seterusnya.

3. Bahagian penutup

I. Membuat rumusan
II. Menyatakan harapan
III. Mengucapkan terima kasih

FORMAT UCAPAN

I. Pendahuluan :

 Ucapan salam dan kata alu-aluan ( kata alu-aluan ini perlu disusun mengikut
protokol atau tahap kedudukan para jemputan yang hadir dalam sesebuah majlis )
 Letakkan kata penghadapan seperti hadirin yang dihormati sebelum memulakan
perenggan baharu.

II. Isi :

 Ucapan terima kasih kepada pihak penganjur majlis dan menyatakan tujuan
ucapan.
 Memberi penerangan, penjelasan, pengetahuan, nasihat, atau peringatan
kepada hadirin yang hadir.

III. Penutup :

 Menyatakan penghargaan dan harapan


 Kata-kata pujian
 Ucapan terima kasih

Contoh soalan
Kes seorang budak perempuan yang membunuh diri di Sarawak pada Mei 2019 setelah
mendapat undian sebanyak 69 peratus untuk mati di laman sosial Instagram telah
menggemparkan Negara. Jika kita lebih memahami dan mengenali symptom kemurungan,
berkemungkinan kita mampu untuk membantu dan menyelamatkan mangsa.

Sumber : Dewan Siswa, Bil. 12/2019

Petikan majalah di atas menyatakan bahawa masalah kemurungan dalam kalangan remaja
semakin membimbangkan beberapa banyak pihak. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak
telah membuat kajian untuk mengenal pasti punca kemurungan ini. Unit Bimbingan dan
Kaunseling sekolah anda telah mengadakan pertandingan syarahan. Anda berminat untuk
menyertai pertandingan syarahan tersebut. Tajuk syarahan anda ialah “ Faktor-faktor
Kemurungan dan Kebimbangan dalam Kalangan Murid Sekolah “.

Sediakan teks syarahan tersebut selengkapnya.

RANGKA KARANGAN

PENDAHULUAN :

Kata alu-aluan kepada para hadirin mengikut protokol.


Ucapan selamat
Menyatakan tajuk syarahan
Menjelaskan definisi kemurungan
Gangguan perasaan yang perlu dikawal
Mengelakkan situasi yang lebih parah
Ibu bapa, keluarga, guru-guru, dan rakan-rakan perlu memberikan dorongan
Cegah sebelum parah

ISI-ISI PENTING :

Harapan terlalu tinggi daripada ibu bapa


- Memaksa anak-anak memberikan tumpuan yang lebih terhadap
akademik
- Tiada masa untuk bersama-sama rakan, aktiviti beriadah, dan bersukan
- Membuat pengesanan lebih awal untuk mengelakkan perkara negatif
berlaku
- Murid yang kemurungan diberikan rawatan dengan segeranya
- Sudah terhantuk baru tengadah

Penggunaan media sosial yang keterlaluan


- Gangguan secara maya, buli siber
- Mengabaikan gaya hidup sihat, hilang keyakinan diri, dan hilang kemahiran
sosial
- Menghabiskan masa untuk melayari Internet
- Ketagihan laman rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, dan
Whatsapp
- Keresahan akibat ketagihan melampau

Mempunyai kecenderungan genetic ke arah kemurungan atau personaliti


rapuh
- Mewarisi daripada ahli keluarga terdekat
- Menghidapi gangguan mental
- Pernah mengalami penderaan semasa kanak-kanak atau anggota
keluarga terdekat pernah terlibat dengan gejala ketagihan dadah dan
alkohol

PENUTUP :

Semua pihak perlu membendung masalah kemurungan ini


Memberikan galakan, sokongan, dan harapan
Menyelesaikan masalah secara berhemah
Menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerakan
Ucapan terima kasih

Anda mungkin juga menyukai