Anda di halaman 1dari 2

Tuan/puan izinkan saya untuk memberi ulasan terhadap isu yang dikemukakan iaitu

berkaitan isu POLIS GEMUK. Saya pasti tuan/puan tertanya-tanya apakah sebab saya memilih
isu ini, ini adalah kerana saya tertarik dengan penulisan artikel yang bertarikh 24/9/2023
dimana isu ini sedang hangat diperkatakan.

Berdasarkan pemerhatian saya, pada masa ini kebanyakkan anggota polis tidak
mengambil berat perihal kesihatan mereka kerana mereka berpendapat bahawa mereka tidak
perlu bersusah payah untuk masuk ke sesi temuduga kerana terdapatnya sistem kenaikkan
pangkat iaitu ‘time base’. Akibatnya , perihal penjagaan kesihatan fizikal dipandang enteng
dan sambil lewa. Oleh itu bagi mengulas isu ini dgn lebih lanjut, saya akan mengaitkan isu ini
dengan tugas saya sebagai seorang anggota polis.

Buat pengetahuan tuan/puan saya merupakan seorang penyelia di pusat kawalan C4i.
sepanjang saya bertugas saya tidak pernah menghadapi sebarang isu atau masalah mengenai
fizikal saya. Diejek atau dijdikan bahan kutukan oleh rakan sekerja atau anak buah, tidak
pernah saya hadapi sepanjang saya bertugas di situ. Namun , apabila isu mengenai POLIS
GEMUK sedang hangat diperkatakan terutamanya dalam kalangan Masyarakat, persepsi
mereka terhadap polis yang tidak mempunyai fizikal yang ideal memberikan saya kesedaran
dan dalam masa yang sama ianya membuatkan saya merasa rendah diri. Saya seringkali
membezakan fizikal saya dengan rakan sekerja saya yang mempunyai berat dan bmi yang ideal,
yang jauh lebih kemas memakai uniform polis daripada saya dan lebih cergas menjalankan
tugas harian.

Bagi menyelasaikan masalah ini saya cuba dan berusaha untuk menurunkan berat badan
saya bagi mencapai bmi yang ideal.

Oleh hal yang sedemikian saya telah memilih beberapa inisiatif untuk saya mencapai
sasaran saya iaitu untuk mendapatkan berat dan bmi yang ideal. Antaranya, saya cuba untuk
mengawal cara pemakanan saya mengikut saranan pakar pemakanan dimana saya perlu
mengurangkan pemgambilan gula, makanan berminyak dan makanan berlemak tepu. Menurut
pakar pemakanan tersebut, bagi menurunkan berat dengan cara yang betul,individu tersebut
perlulah makan makanan yang kaya dengan protein, fibre dan serat. Seterusnya, saya juga
menyertai beberapa aktiviti sukan seperti kelas senam aerobik yang diadakan berdekatan
Kawasan perumahan saya. Pada setiap hari ahad, saya akan ke Tasik kelana Jaya bagi
mengikuti kelas tersebut. Selanjutnya , saya juga bergiat aktif dengan menyertai aktiviti sukan
yang diadakan di tempat saya bertugas kerana bagi saya ianya merupakan peluang yang
memberikan manfaat kepada saya.

Berkat usaha saya untuk mencapai berat dan bmi yang ideal mula membuahkan hasil.
Saya berjaya menurunkan beberapa kg dalam masa yang singkat dan saya mula perasan yang
saya kurang merasa letih serta lebih cergas untuk menjalankan tugas saya. Kesimpulannya,
usaha untuk menurunkan berat memberikan saya satu kepuasan. Saya menjadi lebih
bersemangat dan berkeyakinan diri sewaktu melaksanakan tugas saya sebagai seorang
anggota polis yang berkaliber.

Anda mungkin juga menyukai