Anda di halaman 1dari 13

NOVEL (DI SEBALIK DINARA karya Dayang Nor)

Peristiwa yg memberikan kejutan:


1. Farisha ialah anak kandung Dr Karl dan Medina
2. Alia ialah cyborg dan isteri Dr Karl
3. Aqram adalah adik Dr Karl.
4. Aqram bukannya pemuda tempoh yang Farisha berkenal di lapangan terbang. Aqram
ialah seorang yang sangat tua. (cyborg)
5. Farisha menaiki pesawat paling awal ke Lapangan Terbag senai untuk menghadiri
mesyuarat di Nasa Jaya. Dia menggunakan pesawat yg terakhir untuk kembali ke Kuala
Lumpur. (kerajinan, bertanggungjawab, berdikari Farisha)
6. Aqram boleh membaca dan menguasai fikiran orang lain
7. Pengambilan sampel DNA Farisha melalui cawan yang digunakan oleh Farisha di dalam
pesawat

Huraian: (why menarik/ kejutan)


1. Peristiwa ini menarik kerana watak utama diperkenalkan sebagai seorang wanita yang
rajin, bertanggungjawab dan berdikari
2. Kerana terdapatnya teknologi moden yang dapat membantu manusia melaksanakan
tanggungjawab mereka.
3. Kerana terdapatnya golongan masyarakat yang mahir menggunakan pelbagai peralatan
berteknologi tinggi.
4. Pembaca akan tertanya-tanya akan sebab mereka mencari Farisha. Hal itu akan
membuat pembaca meneruskan pembacaan.

Peristiwa yg menggambarkan sikap negatif


1. Karl yg memasukkan implan / cip mikro ke dalam badan Farisha yang masih bayi tanpa
menggunakan ubat bius
- Dia mengabaikan Farisha yg menangis kesakitan
- Peristiwa ini menunjukkan sikap yg terlalu taasub dalam membangunkan karya
sains dan teknologi sehingga mengabaikan aspek kemanusiaan
2. Dr Maxi yang membiarkan Shida meronta-ronta seperti orang kurang siuman selepas
dihubungkan secara telepati dengan karl.
- Dr Maxi juga enggan memadamkan memori yang dipindahkan oleh Karl ke
dalam memori Shida dan menggangap Shida seperti bahan uji kaji semata-mata.
- Sikap ini merupakan sifat yang amat tidak berperikemanusiaan dan melanggar
hak asasi Shida sebagai manusia.

Kepincangan masyarakat (problematic society)


1. Kepincangan dari aspek kemanusiaan iaitu terlalu obses terhadap Sains dan Teknologi
sehingga menjejaskan aspek tersebut. (hurai about the mikrocip in F when baby one)
2. Kepincangan dari segi institusi kekeluargaan
- Karl yang mempunyai hubungan sulit dengan Medina mengakibatkan keluarga
yang porak-peranda. Kesannya, Farisha tidak diberi kasih sayang dengan
baiknya.

Peristiwa kebijaksanaan
1. Farisha bijak untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan sistem
dinara walaupun kurang yakin pada mulanya
2. Farisha bijak membuat keputusan.
- Dia tidak menerima tawaran Soft Lab begitu sahaja. Farisha telah
membincangkan pilihan tersebut dengan abangya dahulu.

Persoalan: (must be general first then contoh)


❖ Bertanggungjawab / Kegigihan / Ketabahan /Kerajinan
- Bertanggungjawab menjalankan tugas dgn baiknya
- Cth: Farisha bertanggungjawab untuk menjalankan tugasnya di Soft Lab demi
menyelamatkan Sistem Dinara

- Bertanggungjawab menjaga keselamatan ahli keluarga


- Azraai bertanggungjawab menjaga keselamatan Farisha.
- Beliau telah memasang Retina Scanner pada pintu apartmen Farisha

- Bertanggungjawab menjalankan amanah pihak atasan


- Dr Maxi dan Aqram masih menjalankan tugasan mereka yang diberikan oleh Karl
masing-masing walaupun Karl berada di dalam koma.
- Karl telah mengarahkan Dr Maxi dan Aqram untuk mencari Farisha supaya dapat
menyelamatkan Sistem Dinara

Terms: pedoman (guidance), teladan, keinsafan, menyayat hati (heartbreak), kesayuan (sad)

RUMUSAN
Rumusan membincangkan _______ & _______

8 isi minimum

Watak + Tema + Harapan

MORFOLOGI

1. Kata Bantu
- Telah, sudah, pernah, selalu, sedang, tengah, masih, akan, belum
2. Kata adjektif
- Licin, kasar, cantik, lembut, bulat, bujur, tinggi, kecil, besar
3. Kata ganti nama diri
a. Aku, saya, patik, kami, beta, kita (Pertama)
b. Anda, awak, engkau, tuan hamba, tuanku, kalian, kamu (Kedua)
c. Baginda, beliau, dia/ia , mereka (Ketiga)
- Kata ganti nama diri singkat
a. Kau, ku, mu, nya
- Kata ganti nama tunjuk
a. Ini, itu, sana, sini, situ

4. Kata Bilangan
a. K.B tentu
- Satu, dua, tiga
b. K.B tak tentu
- Beberapa, segala, seluruh, sekalian, sesetengah
c. K.B pecahan
- Suku, setengah, separuh, tiga suku
d. K.B pisahan
- Setiap, tiap-tiap
e. K.B himpunan
- Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu
f. K.B tingkat
- Pertama, kedua, ketiga

5. Kata Penguat
- Amat, sungguh, paling, agak, terlalu, sekali, nian, benar, sangat

6. Kata Majmuk
- Air mata, buah mulut, cita rasa, daun telinga, aman damai, buta huruf, cantik
jelita, merah jambu, iri hati, kelam kabut, campur tangan, angkat kaki, gulung
tikar, hak cipta

7. Katu Majmuk Mantap


- Bumiputera, antarabangsa, matahari, warganegara, tanggungjawab, beritahu,
jawatankuasa, pesuruhjaya, sukarela

8. Kata Akronim
- (all short forms)
- cerpen> cerita pendek
- tadika> taman didikan kanak-kanak
- Proton
- Halaju
- Pewagam

9. Kata Hubung
- Dan, tetapi, atau, serta, seraya, sambil, lalu, walaupun, kerana, hingga, untuk,
bahawa, supaya

10. Kata terbitan


- Awalan (front imbuhan), Akhiran (end imbuhan), Apitan (front n back), Sisipan
(middle: semerbak, gemilang, sinambung)

11. Kata Penekan


- Contohnya, sepatutnya, bukannya, agaknya, sesungguhnya, hebatnya

12. Kata Sendi Nama


- Di, ke, dari, hingga, dengan, daripada, pada, bagi/untuk, sejak/sementara,
terhadap, antara, dalam, demi, tentang, oleh, akan, sampai

BAHASA MELAYU STANDARD


1. To be cancelled
- Maka
- Pun
- Lagi
- Lah
- Ini
2. To be changed
- Ia > dia/mereka
- Tak > tidak ada
- Hai > Wahai
- Sudah > selesai
- Seraya > sambil
- Berapa > beberapa (depends on situation)
- Penjurit > askar upahan (when hes in his own country)/pejuang/penjarah(when hes in other
country)
- Manila > Saya / aku
- Kula > Patik
- Manira > hamba
- Pakanira > tuan hamba
- Sum > perahu
- Orang penyuruh > pengikut/ orang suruhan
- Tidak kedep tembung > kurang ajar / tidak prihatin

AYAT
1.
a. Ayat Aktif
- Subjek + kata kerja + objek + keterangan
b. Ayat Pasif
- Objek + subjek + kata kerja + keterangan
- Ketiga (mereka, dia, ali, bapa, ibu,) - Buku itu dibeli oleh Ali

Aktif Pasif

Puan Aishah menasihati Ali agar Ali dinasihati oleh Puan Aishah agar
belajar bersungguh-sungguh kerana bersungguh-sungguh kerana
peperiksaan hampir tiba. peperiksaan hampir tiba.

Saya telah mencapai keputusan yang Keputusan yang baik dalam


baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
Malaysia (SPM) yang baru (SPM) yang baru diumumkan pada
diumumkan pada minggu lepas. minggu lepas telah saya capai.

Ketua Taman Desa Mawar menulis Surat aduan tentang masalah anjing
surat aduan tentang masalah anjing liar telah ditulis oleh Ketua Taman
liar kepada pihak Majlis Daerah Kuala Desa Mawar kepada pihak Majlis
Selangor Daerah Kuala Selangor.

1. Ayat Tunggal / Majmuk


a. Majmuk
- ________ supaya/lalu/sambil_______
b. Tunggal
2. Ayat songsang , ayat biasa
- Ayat biasa (subjek + predikat) . Ayat songsang (Predikat+subjek)
- Ayat biasa: Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara
- Ayat songsang: Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

ESSAY

1. Peribahasa
❖ - Bak kata peribahasa / bidalan / penempalan / pepatah / aforisme
❖ -Persis kata-kata mutiara, …
- “Sejak setahun jagung” | “Darah setampuk pinang” (sejak kecil)
- “Intan dengan kaca” (know how to differentiate good bad)
- Kerajinan: “Air mencari jenisnya” -ilmu
- “Rajin seperti semut” -general
- “Habis kapak berganti beliung” -solution
- “Sebelum belukar menjadi rimba” -before it is too late
- Bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa….. / sudah terang lagi bersuluh
- Sayang seribu kali sayang (unfortunately)
- “Ada bukti, ada payanya” -everything got pros and cons
- Bangsa membaca bangsa berjaya
- Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian
(bgaimana acuan bgtlah kuihnya)
- Sedang rebung baik dipatah, jadi buluh melepuh jari

2. Start paragraph with:


- Tak tumbuh tak melatu, tak sungguh orang tak kata (kalau terjadi sesuatu hal
tentu ada sebabnya) . Sememangnya …
- Tiada angin masakan pokok akan bergoyang. Sememangnya …
- Contoh kata-kata khidmat
- Peribahasa Melayu ada mengungkapkan ………… Aforisme ini membuktikan ….
- Mukadimah pembicaraan dimulakan dengan satu isu yang tak lapuk dek hujan
tak lekan dek panas dalam kalangan _____ iaitu isu _____
- Sebagai cambahan idea perbincangan yang perdana
- Cetusan minda yang pertama adalah
- Kupasan idea yg pertama
- Tirai perbincangan dibuka dengan kupasan idea yg pertama iaitu…
- Setiap penyakit mesti ada penawarnya yang mustajab. Lantaran itu, “penawar”
untuk mengatasi …… ialah……
- Memang tidak dapat dinafikan bahawa…….
- Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Aforisme ini membawa maksud
tafsiran tentang sesuatu yang seharusnya berkekalan. Malangnya sayang seribu
kali sayang, aforisme ini tidak dapat diaplikasikan kepada _______ di negara
kita. Oleh sebab itu, sebelum belukar menjadi rimba, marilah kita……..
- Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

3. Better sentences
- Sikap ________ dapat dijalin dan disulam serta dikait melalui…
- Dengan usaha yang berterusan dengan doa yang tidak putus-putus….
- Jika seseorang ___ tidak mempunyai nilai murni yang kukuh, bagaimanakah
mereka mampu untuk membezakan antara intan dengan kaca?
- Semua lapisan masyarakat haruslah………

4. Contoh: Seperti yang Nabi Mohammad bersabda(God).


- “Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga liang lahad” -Nabi Mohammad
活到老学到老
- Dengan hasrat mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu Tun Abdullah
Badawi untuk melahirkan negara yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di
persada dunia.
- “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah yang pertama” -Pendeta
Lao Tzu
- Bukan sekatat/Tidak akan menjadi angan-angan Mat Jenin (to say when it’s not
just a daydream, it’s actually working. Applicable on when uw say someone take
action to do stuff)
- “Agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh” -ahli
falsafah Albert Einstein.
(continue sentence with, Jika seseorang ___ tidak mempunyai nilai murni yang
kukuh, bagaimanakah mereka mampu untuk membezakan antara intan dengan
kaca?
- Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman dalam sesi Parlimen
tahun 2023 telah mengatakan bahawa syarikat gergasi perlulah menyediakan
peluang pekerjaan supaya belia mendapat pengalaman dan latihan kemahiran
yang mencukupi.
- “Berikanku sepuluh orang pemuda akan kugoncangkan dunia” - mantan Presiden
Indonesia Soekarno. (membuktikan kepentingan belia untuk memajukan negara
kerana mereka merupakan tulang belakang negara persis kata-kata mutiara,
pemuda hadapan bangsa, pemudi tiang negara.
- Rasulullah S.A.W bersabda “muliakanlah anak-anak kamu dengan mengajar
mereka adab dan ilmu agama.

5. Penutup
- Tidak simpul yang tidak dirungkaikan, tiada masalah yang tidak dapat
diselesaikan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya. Oleh sebab itu, ….
- Setiap penyakit mesti ada penawarnya yang mustajab. Oleh sebab itu……
- Sebagai penutup bicara, pelbagai kekangan akan dihadapi oleh ……. dlm
proses……. . Namun begitu, mereka haruslah ………
-

6. Better words
- Membincangkan > Menelusuri
- Kepentingan > Kemaslahatan
- Dididik > Ditarbiah
- Langkah > Uslub
- Lensa isi seterusnya difokuskan kepada manjaj kedua iaitu
- Dipupuk > Ditarbiahkan
- Penting sebagai kriteria…
- Kemelut > Masalah
- Marcapada > Zaman ini
- Keafdalan semangat …
Faedah Membaca

“Berikanku sepuluh orang pemuda akan kugoncangkan dunia,” merupakan kata-kata hikmat
yang diungkapkan oleh mantan Presiden Indonesia, Soekarno. Kata-kata hikmat tersebut
membuktikan kepentingan belia untuk memajukan negara kerana mereka merupakan tulang
belakang negara persis kata-kata mutiara, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Namun, sayang seribu kali sayang, kebanyakkan pemuda kini tidak sedar bahawa
kemaslahatan membaca. Isu ini yang meningkat bak cendawan tumbuh selepas hujan
merunsingkan banyak pihak miniti arus kemodenan ini. Oleh sebab itu, sebelum belukar
menjadi rimba, marilah kita menelusuri kemaslahatan (kepentingan) / usaha-usaha….

Cetusan minda yang pertama adalah membaca dapat meluaskan ilmu pengetahuan setiap
individu. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak maklumat seperti isu semasa dan
pengetahuan harian yang terdapat dalam buku, surat khabar dan majalah. Dengan membaca,
seseorang akan meneroka pelbagai ilmu yang bukan sahaja menambahkan ilmu malahan juga
memperbaiki keperibadian mereka. Bukankah ahli falsafah Albert Einstein pernah mengatakan
bahawa “Agama tanpa ilmu adalah buta dan ilmu tanpa agama adalah lumpuh”? Jika
seseorang tidak mempunyai nilai murni yang kukuh, bagaimanakah mereka mampu untuk
membezakan antara intan dengan kaca sama ada dalam kehidupan ataupun dalam pekerjaan
nanti? Jelaslah bahawa membaca menambahkan ilmu pengetahuan individu.

Lensa isi seterusnya difokuskan kepada manhaj kedua iaitu kemaslahatan meningkatkan
pencapaian bahasa. Membaca dapat mengelakkan kita daripada menjadi katak di bawah
tempurung. Aforisme ini membuktikan kita hanya hidup dalam linkungan yang kita tahu sahaja
dan tidak mengambil langkah untuk berkembang dan bertambah maju. Dengan pengetahuan
bahasa yang luas, kita dapat berkomunikasi dengan lebih banyak orang dalam masyarakat.
Melalui ini, kita akan mendapatkan berbagai-bagai peluang pekerjaan juga. Secara intihannya,
kita mestilah bersifat bagai air mencari jenisnya dalam membaca supaya meluaskan
pengetahuan bahasa di seantero dunia.

Dalam macarpada teknologi kini, ilmu pengetahuan tentang teknologi dan sains sangatlah
penting supaya dapat melaksanakan urusan harian terutamanya penggunaan e-dompet.
Terdapat banyak individu yang berpendapat bahawa urusan harian yang dilaksanakan secara
dalam talian lebih selesa berbanding dengan yang fizikal. Tidak dinafikan bahawa ketika kita
membaca, kita akan menjumpai perkara yang tidak pernah dipelajari dalam sekolah sebelum
ini. Sudah terang lagi bersuluh, pembacaan harian sejak setahun jagung yang tiada
putus-putus, ilmu pengetahuan kita tentang teknologi pasti akan meningkat.

Sebagai penutup bicara, pelbagai kekangan pasti akan dihadapi oleh kita dalam proses
memupuk sifat membaca harian. Namun begitu, kita seharusnya berjiwa kental kerana
bukankah pendeta Lao Tzu pernah mengatakan bahawa perjalanan seribu batu bermula
dengan satu langkah yang pertama? Kita adalah pelapis negara yang dinamik dan membawa
negara ke mercu yang lebih tinggi sejajar dengan hasrat mantan Perdana Menteri kita yang
kelima iaitu Tun Abdullah Badawi untuk melahirkan negara yang Cemerlang, Gemilang,
Terbilang di persada dunia.

(422 patah perkataan)


Langkah-langkah memartabatkan bm

“Berikanku sepuluh orang pemuda akan kugoncangkan dunia,” merupakan kata-kata hikmat
yang diungkapkan oleh mantan Presiden Indonesia, Soekarno. Kata-kata hikmat tersebut
membuktikan kepentingan belia untuk memajukan negara kerana mereka merupakan tulang
belakang negara persis kata-kata mutiara, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Namun, sayang seribu kali sayang, masih ada lagi insan yang tidak menghargai bahasa
kebangsaan terutamanya dalam kalangan generasi muda. Mereka mengagung-agungkan
bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan sebagainya. Isu ini yang meningkat bak
cendawan tumbuh selepas hujan merunsingkan banyak pihak miniti arus kemodenan ini. Oleh
sebab itu, sebelum belukar menjadi rimba, marilah kita menelusuri kemaslahatan (kepentingan) /
usaha-usaha….

Cetusan minda pertama untuk memartabatkan bahasa melayu adalah dengan memastikan
urusan rasmi negara seperti surat-menyurat menggunakan Bahasa Melayu. Tindakan ini
sewajarnya diimplementasi di setiap peringkat daripada jabatan kerajaan, kerajaan negeri,
pihak berkuasa tempatan hingga ke keselamatan kampung. Hal ini dikatakan demikian supaya
rakyat ditunjukkan bahawa Bahasa Malayu adalah bahasa rasmi yang digunakan dalam urusan
yang melibatkan pentadbiran di negara ini. Secara izharnya, kita haruslah menggunakan
bahasa Melayu dalam kebanyakan perkara khususnya perkara rasmi sebagai tauladan kepada
masyarakat untuk mempraktikkan ia dalam kalangan diri mereka sendiri.

Lensa isi seterusnya fokus kepada manhaj kedua iaitu kepentingan untuk melibatkan diri dalam
pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan bahasa Melayu. Memetik
pernyataan aktiviti Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia
(RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan
bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Aktiviti ini telah berjaya menarik penyertaan peserta
daripada serata dunia seperti Korea Selatan, Rusia dan Kanada. Bulan kian terang, bayang
kian jelas bahawa keunikan dan keindahan Bahasa Malaysia akan menjadi buah mulut dan
disebarkan ke masyarakat dunia yang duduk beribu jauhnya daripada tanah nusantara apabila
rakyat melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ini.

Di samping itu, kerajaan seharusnya menghapuskan sekolah vernakular. Bahasa merupakan


agen perpaduan yang asas dan sewajarnya dipupuk dan diperkukuhkan sejak kecil. Kita boleh
lihat kesan penubuhan sekolah vernakular pada hari ini di mana terdapat warganegara
Malaysia yang tidak fasih malah tidak mampu bertutur dalam Bahasa Malaysia. Hal ini
disebabkan oleh sekolah vernakular yang sering mementingkan bahasa Inggeris kerana
dianggap sebagai bahasa antarabangsa. Kesannya, generasi muda tidak dapat berkomunikasi
dalam masyarakat daripada kaum Cina dan India kerana terdapat batasan bahasa. Secara
intihannya, sudah terang lagi bersuluh, penghapusan sekolah vernakular adalah salah satu
langkah memartabatkan bahasa melayu.

Sebagai penutup bicara, rakyat Malaysia yang menghargai bahasa melayu pasti dapat memacu
negara ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti slogan yang diuar-uarkan oleh
mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi. Kita
seharusnya mengelak daripada menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan
dengan mementingkan bahasa asing dan menidakkan kebolehan bahasa kebangsaan kita iaitu
bahasa Melayu. Bak kata pepatah Melayu, yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik
itu budi, yang indah itu bahasa.

(492 patah perkataan)


Kepentingan memartabatkan bm

“Berikanku sepuluh orang pemuda akan kugoncangkan dunia,” merupakan kata-kata hikmat
yang diungkapkan oleh mantan Presiden Indonesia, Soekarno. Kata-kata hikmat tersebut
membuktikan kepentingan belia untuk memajukan negara kerana mereka merupakan tulang
belakang negara persis kata-kata mutiara, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara.
Namun, sayang seribu kali sayang, masih ada lagi insan yang tidak menghargai bahasa
kebangsaan terutamanya dalam kalangan generasi muda. Mereka mengagung-agungkan
bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan sebagainya. Isu ini yang meningkat bak
cendawan tumbuh selepas hujan merunsingkan banyak pihak miniti arus kemodenan ini. Oleh
sebab itu, sebelum belukar menjadi rimba, marilah kita menelusuri kemaslahatan….

Tirai perbincangan dibuka dengan kupasan idea yg pertama iaitu keindahan bahasa Melayu
merupakan agen perpaduan yang asas antara rakyat Malaysia. Perpaduan sebuah negara
amat penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Di Malaysia, terapat tiga kaum utama
iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Bahasa Melayu dapat digunakan sebagai alat untuk
meningkatkan persefahaman perpaduan kebangsaan antara penduduk yang berbilang kaum.
Dengan ini, golongan belia haruslah memartabatkan bahasa Melayu supaya mengelakkan
daripada sebarang masalah seperti tidak dapat berkomunikasi dalam masyarakat daripada
kaum Cina dan India kerana terdapat batasan bahasa. Secara izharnya, bahasa Melayu
mendukung tanggungjawab dalam perpaduan rakyat Malaysia.

Cetusan minda seterusnya tentang kemaslahatan memartabatkan bahasa Melayu adalah


bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu dan maklumat dalam negara kita. Hal ini dikatakan
demikian kerana terdapat kebanyakan urusan rasmi negara seperti surat-menyurat
menggunakan Bahasa Melayu. Bukan itu sahaja, semua sektor pendidikan di Malaysia
menggunakan bahasa ini sebagai bahasa pengantar dan kertas peperiksaan bahasa Melayu
telah menjadikan syarat wajib lulus dalam semua jenis peperiksaan. Akibatnya, bahasa
kebangsaan akan menjadi bahasa rujukan ilmu dan informasi dalam kalangan pelajar di negara
kita. Secara intihannya, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa rakyat Malaysia mestilah
memartabatkan bahasa Melayu supaya tidak menghadapi cabaran dalam menggamit kerjaya
idaman dalam negara kita.
Di samping itu, bahasa Melayu melambangkan identiti negara Malaysia. Bahasa Melayu juga
seringkali menjadi cerminan budaya, sejarah dan nilai-nilai masyarakat. Sekiranya seluruh
rakyat Malaysia memartabatkan bahasa Melayu, identiti negara bukan sahaja dapat dipelihara,
malah juga dapat meningkatkan imej negara di persada dunia. Hal ini dikatakan demikian
kerana negara kita akan dijadikan contoh baik terhadap negara asing yang menghargai warisan
dan budaya negara kita. Dengan ini, perasaan bangga pun akan menyusup masuk ke dalam
jiwa kita sebagai anak Malaysia kerana melihat berleluasanya penggunaan bahasa ini dalam
kalangan rakyat tempatan. Oleh itu, sudah terang lagi bersuluh bahawa bahasa Melayu penting
kerana melambangkan identiti negara kita.

Sebagai penutup bicara, rakyat Malaysia yang menghargai bahasa Melayu pasti dapat memacu
negara ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti slogan yang diuar-uarkan oleh
mantan Perdana Menteri kita yang kelima iaitu YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi. Kita
seharusnya mengelak daripada menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan
dengan mementingkan bahasa asing dan menidakkan kebolehan bahasa kebangsaan kita iaitu
bahasa Melayu. Bak kata pepatah Melayu, yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik
itu budi, yang indah itu bahasa.

Anda mungkin juga menyukai