Anda di halaman 1dari 8

ZON PERAK

PENTAKSIRAN TEORI
SEMESTER SEMESTER 4 SESI 2/2023
JABATAN TEKNOLOGI AWAM
PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN
DCA4033
KOD/KURSUS
INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM
CONTENT STANDARD
(CS)
3.0 Precast Concrete Frame, Panel and Box System

HASIL PEMBELAJARAN CLO 1


(COURSE LEARNING Classify an Industrialized Building System (IBS) to provide knowledge on t
OUTCOME) building construction using IBS including the system of IBS. (C3, PLO3)
PENTAKSIRAN TUGASAN PERATUS KESELURUHAN 15%
PERATUS
MARKAH MARKAH
MASA 1 JAM DIPREOLE
PENUH DIPEROLEH
H

TARIKH

NAMA PELAJAR
MUKA
NO K/P 1/3
SURAT
DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH

………………………………......... …………………………….........
( ) ( )
Tarikh : Tarikh :
ARAHAN
Anda dikehendaki menyediakan satu laporan bagi kajian sebuah projek IBS yang terdapat di
Malaysia.

Perkara-perkara berikut mestilah dipatuhi;

1. Tugasan adalah secara individu.


2. Format kertas tugasan:
 Pendahuluan
- Tajuk projek
- Gambar projek
- Latar belakang projek (sejarah, fungsi, kos, lokasi, saiz, keluasan)
 Komponen binaan
- Jenis komponen yang digunakan
 Proses pembinaan
- Kaedah pemindahan, pemasangan dan penyambungan
 Kesimpulan
- Kelebihan dan kekurangan penggunaan IBS untuk projek
berkenaan
 Rujukan
- Mengunakan format APA

3. Anda hendaklah menggunakan spesifikasi teknikal berikut sebagai panduan


penulisan laporan :
 Gunakan format muka hadapan yang diberikan di Lampiran.
 Jenis dan saiz font : Arial saiz 11
 Tajuk dan sub-tajuk hendaklah digelapkan (bold)
 Langkau baris (Spacing) 1.5
 Kriteria kertas : A4
 Penjilidan : Tape Binding.
 Penomboran muka surat hendaklah di bahagian tengah bawah setiap
muka surat.

4. Panjang penulisan sekurang-kurangnya 1,000 patah perkataan.


TUGASAN

DCA4033
INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM
(3. Precast Concrete Frame, Panel and Box Systems)

[ MENARA MERDEKA 118 ]

NAMA : BAKHTIAR JAMSARI BIN BAKHTIAR KAMAL


NO. KAD PENGENALAN : 040924 - 10 - 0703
ANGKA GILIRAN : AKV0922CA004
NAMA PENSYARAH : ENCIK MUHAMMAD NAZRIN BIN
IZHAR
1.0 PENDAHULUAN

Menara Merdeka 118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, merupakan


sebuah pencakar langit megatinggi dengan jumlah 118 tingkat setinggi 678.9 m (2,227
ka), yang kini dalam pembinaan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaan tersebut
menelan belanja sebanyak RM5 bilion. Apabila dijangka siap kelak pada 2022, ia akan
menjadi bangunan tertinggi di Malaysia menggantikan Menara Berkembar Petronas,
bangunan tertinggi di Asia Tenggara menggantikan Landmark 81 di Bandaraya Ho Chi
Minh, Vietnam dan juga akan mengambil alih tempat Menara Shanghai di Shanghai,
China sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia. Setakat ini, Merdeka 118 adalah
bangunan tertinggi di Malaysia yang masih dalam kerja pembinaan. Ia terdiri daripada
400,000 meter persegi ruang kediaman, hotel dan komersial.
Ia telah dibina di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan
Stadium Negara. Projek itu akan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Menara merdeka 118 ini berfungsi sebagai landmark senibina yang membanggakan
yang mencerminkan hasrat Malaysia untuk bersaing di peringkat global.
2.0 KOMPONEN BINAAN

Projek menara merdeka ini menggunakan teknologi IBS dalam pembinaannya.


Mengikut rujukan dokumen pembinaan, sistem IBS yang diaplikasikan semasa
pembinaan bangunan ini adalah Reusable Formwork System, Innovative System, Steel
Framing System dan Precast Concrete System. Manakala komponen IBS yang
digunakan ialah In-situ Precast Beam, In-situ Precast Column dan Permanent Steel
Formwork.
3.0 PROSES PEMBINAAN

Sistem struktur kerangka biasanya terdiri daripada elemen-elemen rasuk dan tiang
konkrit pratuang untuk membentuk struktur kerangka bangunan. Sistem ini digunakan
untuk pembinaan bangunan sederhana tinggi dan rendah sahaja. Elemen-elemen
konkrit pratuang lain seperti papak, dan dinding boleh dipasangkan dengan teknik-
teknik penyambungan tertentu selepas kerangka siap dibina.
Peranan utama rasuk dan tiang konkrit pra-tuang dalam sistem struktur ini adalah
untuk menanggung beban bangunan. Konsep kerangka dalam sistem ini adalah sama
dengan konkrit in-situ. Jadi ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kerangka
dirembat dan kerangka tidak dirembat. Sistem struktur kerangka boleh dibahagikan
kepada beberapa bentuk iaitu kerangka portal setingkat, kerangka portal bercondong,
kerangka multi-bay, kerangka northlight, kerangka bertingkat-tingkat dan sebagainya.
4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, apa yang saya dapat simpulkan dalam penggunaan IBS
dalam projek pembinaan ini ialah mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.
Kebaikan IBS dalam projek ini ialah rangka yang dipasang di tapak adalah sesuai
untuk semua keadaan iklim iaitu music sejuk, human dan panas. Seterusnya kebaikan
yang saya dapat dalam projek ini ialah rangka yang dipasang menggunakan tenaga
pekerja yang mahir atau separuh mahir. Oleh itu, kadar modal pusingan tenaga buruh
mudah didapati dengan memberikan latihan dalam masa yang singkat.
Selain itu, penggunaan IBS dalam projek ini juga mempunyai keburukannya.
Keburukan IBS dalam projek ini ialah segala perancangan hendaklah dilakukan di
bawah kawalan yang rapi dan kerja memunggah dapat dijalankan dengan mudah.
Akhir sekali, keburukan IBS yang saya dapat dalam projek ini ialah sistem bangunan
tidak mudah diubah dari segi konsep reka bentuk di mana terlalu luas pemilihan sistem
yang ada dan reka bentuk dibuat tanpa banyak perubahan dari segi konsep utama. Itu
sahaja apa yang saya dapat simpulkan tentang projek pembinaan menara merdeka
118.
5.0 RUJUKAN

1. https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/fakta-tentang-
merdeka-118-pnb-malaysia-54665
2. https://www.khalifahcopier.com/fakta-menarik-mengenai-menara-merdeka-
118/
3. https://cidbibsofficial.medium.com/10-bukti-projek-pembinaan-
menggunakan-kaedah-ibs-yang-anda-tahu-tanpa-anda-sedari-
7b6c240cabc6

Anda mungkin juga menyukai