Anda di halaman 1dari 7

NOTA KULIAH 2 : LEMBAH SUNGAI INDUS

 Kuliah lalu dibincangkan tentang-tamadun India yang berperingkat-peringkat


selama 4500 tahun sejak 2500 SM. Setiap peringkat 1000 tahun.
 Kemunduran dan kejatuhan adalah disebabkan oleh golongan manusia yang
berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai oleh ibubapa/ nenek
moyang mereka.
 Mereka tidak berusaha kerana sudah puas dengan yang ada. Ciri-ciri ini kita
dapat lihat dalam tamadun tertua India iaitu Tamadun LSS.
 Sila lihat rujukan Basham, Wheelar banyak membincangkan hal ini. Beliau
sendiri pernah buat kaji purba/galian dibidang dan menulis buku. Basham adalah
secara ringkas-satu pengenalan.
 Kawasan LSS adalah terletak di negara Pakistan di masa sekarang di Barat Laut
benua kecil India. Tetapi pada zaman purba 2500SM-1500SM, tidak ada negara
Pakistan.

Tamadun LSS
 Semua perbincangan adalah berdasarkan bukti kaji purba.Kajian di LSS sejak
1920 oleh sarjana-sarjana seperti Sir John Marshall dan Wheelar. Kajian ini
mendedahkan terdapatnya tamadun di antara
2500-1500SM
 Apa yang ditunjukkan oleh kawasan ini bukan sahaja suatu yang dikenali
sebagai budaya Harapp dan Mohenjo-daro iaitu tapak-tapak galian yang telah
membuahkan hasil yang lumayan.
 Prof Basham gelarkan sebagai Harappan Culture.Bukan sahaja budaya tetapi
juga tamadun ( satu perbendaharaan yang dirancangkan dengan cekap)
Contoh:
1. Jalan-jalan raya yang lebar serta lorong yang lebar.Ini untuk orang berjalan dan
kereta lembu terutamanya untuk pedestrian.
2. Rangkaian longkang yang tertutup untuk mengalirkan air buangan dari rumah. Ini
untuk menjaga kebersihan Bandar serta mengelak penyakit. Kemudahan seperti
ini tidak terdapat dalam mana-mana tamadun dunia pada zaman itu.
3. Terdapatnya rumah-rumah bata yang bertingkat-tingkat dan bumbung yang rata.
Bilik mandi dilengkapi dengan telaga- untuk mandi dsb.
4. Rangkiang- tempat/store untuk simpanan bijiran seolah-olah gudang. Rangkiang
ini juga dapat menjaga bijirin drp rosak.
5. Kolam permandian- di tengah-tengah Bandar. Ini untuk membersihkan diri sblm
menjalankan upacara kerohanian.
6. Pengkalan di Sungai Sindhu dan anak-anak Sungai Sindhu untuk angkut barang-
barang.
7. Ada tembok pertahan untuk mempertahankan kota daripada serangan luar.

Contoh
1. Kaji purba juga menunjukkan bahawa mereka gunakan pelbagai peralatan. Ada
yang dibuat daripada gangsa.(artifact)
2. Pakaian kapas digunakan bersama alat-alat perhiasan daripada emas,permata
dan gading.
3. Bahan-bahan makanan- bijirin, jelai, madu tetapi tidak makan daging.
4. Ada system tulisan-artifak yang penting. Gambar digunakan untuk menerangkan
pernyataan iaitu jenis piktograf seperti juga tulisan tamadun Cina, Mesopotamia
dan Egpt/Mesir. Nampaknya dalam tamadun-tamadun awal berbentuk pictograf,
system tulisan penting kerana melalui fikiran dan pengetahuan dirakamkan.
5. Pengangkutan-perahu dan kereta lembu.
6. Patung-patung yang diperbuat dari batu pasir, gading, batu, logam gangsa dll.
Patung digunakan sebagai sat symbol untuk sesuatu. Patung-patung berupa
manusia dan binatang ditemui. Ini menggambarkan sesuatu idea menerusi
symbol-simbol juga merupakan satu cara hidup yang maju.Setiap patung
menerangkan pelbagai pekara.
7. Juga artifak jenis mohor/mitirai(seal) not the animal. Mohor ini mempunyai ukiran
manusia, binatang dan gambar, tulisan dsb.Juga symbol.
Sekarang kita mesti kaji apakah pentingnya penemuan-penemuan di LSS ini.
1. Ia berkembang/ diwujudkan dari satu budaya yang tetap berdasarkan pertanian
di LSS. Budaya ini berkembang lebih awal.
2. Tamadun LSS bersifat perbendaharaan iaitu adanya pembinaan Bandar. Pasti
ada pentadbiran yang cekap.
3. Kemajuan perbandaran dicapai dengan perindustrian bata,logam (gangsa) ada
industri kain kapas, barabg-barabg perhiasan. Perindustrian ini perlukan
teknologi. Rumah, rengkian, longkang dsb menunjukkan kepakaran yang tinggi.
Contoh longkang tertutup, kebersihan bandar dijaga.
 Kemudahan ini teratur oleh itu mesti ada pihak pentadbiran yang cekap.
Kemudahan boleh diwujudkan tetapi memeliharanya lebih susah. Rangkaian
jalan raya rumah yang dilengkapi dengan bilik mandi menunjukkan suatu
pencapaian tamadun yang tinggi.
 Tembaga dan timah dicampur untuk dapat gangsa. Alat pembaris sendiri
menunjukkan banyak pemikiran. Ada fikiran tentang ukuran dsb.
 Dari segi pengeluaran seperti bijirin, kapas, mohor-mohor secara besar-besaran
menunjukkan akan kewujudan perniagaan. Rengkian diperlukan untuk simpan
bijirin.
 Pengkalan untuk angkut logam- menunjukkan adanya hubungan perdagangan
dengan tamadun lain khasnya Mesopotamia. Tetapi belum ada hubungan
dengan A/T. Hanya dengan timur tengah.
 Apabila kita lihat peri penting peralatan, kesan negatif juga harus difikirkan.
Contoh perindustrian batu-bata untuk pembinaan memerlukan pembakaran kayu
yang banyak mass production of bricks- banyak pokok dibinasakan.
 Ini akan mengakibatkan hakisan tanah, kelodak di muara sungai dan banjir
berlaku di Bandar-bandar LSS. Akibatnya kejatuhan LSS.Berlaku juga di Bandar-
bandar moden.
 Ada pandangan yang nyatakan bandar-bandar di LSS dibina kembali sebanyak 9
kali. Oleh kerana hakisan tanah tidak diatasi masalah banjir sudah melarat dan
pihak pentadbir tidak berjaya dalam mengatasi masalah.
 Ini merupakan satu pengelakkan dalaman yang membawa kehancuran LSS. Ini
adalah akibat negatif kerana tidak memelihara alam sekitar. Zaman moden ini
pun manusia belum sedar akan masalah ini.

Bidang Rohani
 Ada bukti-bukti patung – mohor yang tunjukkan bahawa masyarakat LSS
percaya bahawa Tuhan adalah ibubapa kepada segala makhluk. Pemikiran ini
ada pada penduduk India sejak awal hingga sekarang. Ada rasional.
 Konsep ketuhanan memang abstrak tidak terikat dengan rupa-rupa tertentu.
Tetapi beberapa sifat tuhan digambarkan dalam patung-patung- orang yang
bijaksana akan memahaminya. Orang yang jahil tidak akan memahaminya.
 Oleh kerana manisia mengenali ibubapa mereka yang lahirkan, pelihara dan
saying mereka maka tuhan juga dianggap sama.
 Konsepo seperti ini diwujudkan supaya mudah difahami. Penemuan patung dewi
ibu (mother goddess) membuktikan hal ini. Tuhan dianggap bersifat keibuan.
 Banyak patung-patung dewi ibu ditemui. Setiap rumah mempunyai patung ini.
Dalam bahasa tamil dikenali sebagai Amman iaitu kata dasarnya Amma (Emak).
Pemujaan ini terus kekal sehingga sekarang.
 Konsep bangsa pula dikenali dengan mohor proto-Shiva. Duduk bersila,
termenung, dikekelingi oleh rupa-rupa manusia, gajah, harimau, badak, rusa dan
kerbau. Semuanya mewakili makhluk-makhluk di alam ini. Konsep ini ialah
Pasupati. PATI-Tuhan PASU-Jiwa.
 Konsep lingam juga dikaitkan dengan lingam adalah tanda/symbol kelakian.
Patung-patung berupa lingam juga ditemui di LSS.
 Selain daripada ini terdapat juga pemujaan pokok, binatang dsb. Kerana semua
ini memiliki kejiwaan Tuhan. Kuasa tuhan ada di mana-mana sahaja. Ini satu
aspek istimewa orang-orang India. Orang tak faham hal ini dan anggap ini karut.
 Kepercayaan ini dikaitkan dengan pemeliharaan alam semulajadi. Ini diberikan
alas an kerohanian kerana mudah diamalkan. Ini untuk menjaga kesuburan
alam. Tetapi ada masyarakat yang memusnahkan hutan berlebihan untuk
mengejar kemajuan. Tetapi masa yang pohon juga dipuja. Bertentangan.
 Lembu pula dihormati kerana membantu manusia iaitu memberi susu, tenaga,
pengangkutan.Oleh kerana lembu amat berguna ianya dihormati. Pembunuhan
Lembu adalah dosanya sama seperti bunuh sami. Hukuman bunuh dikenakan
suatu ketika dahulu.
 Kolam permandian di tengah-tengah Bandar. Tujuannya membersihkan diri
secara fizikal dan mental. Jasmani dan rohani. Kebersihan penting jika
seseorang hendak memikirkan tuhan.
 Pembersihan ini mesti diikuti dengan pembersihan diri rohani dengan kesetiaan,
jujur dan benar. Amalan ini ada dikalangan orang-orang India sejak awal-awal
sehinga sekarang. Amalan ini ada pada lain-lain agama moden juga seperti
Muslim, Kristian. Tetapi yang penting ialah niat dan kejujuran serta kesetiaan.
Kalau tidak ianya tidak berguna.
 Kesimpulannya, kita tahu akan kewujudan satu tamadun yang kaya. Peri
pentingnya ialah tamadun ini berdasarkan pemikiran, kemahiran. Alam sekitar
yang dirosak akan membawa masalah.
 Walaupun ada kesucian tentang pohon- nampaknya masih hutan ditebang
berlabihan. Dari segi kerohanian konsep PASUPATI, tuhan seperti ibubapa
makhluk. Akhirnya kolam permandian menegaskan kebersihan fizikal dan batin.
 Siapakah yang memperkembangkan LSS. Apakah bangsanya dan bahasanya
kerana penduduk India multi etnik sejak awal-awal lagi. Jadi cuba cari siapa
yang membangunkan LSS.
 Dari segi bangsa penduduk India boleh dibahagikan kepada dua golongan iatu
Dravida dan Indo-Arya. Kedua-dua golongan ini ada banyak golongan-golongan
kecil. Empat bahasa utama DRAVIDA- TAMIL, TELUGU, MALAYALAM dan
KANNADAM serta 16 loghat lagi.
 Hanya dalam pertuturan- kebanyakan pemakai bahasa dravida 130 juta
menduduki di India Selatan. Tetapi pada zaman purba ada kemungkinan dravida
menduduki kawasan yang meluas termasuk LSS. Ini dikenali dengan loghat
BRAHUI di Balucistan- walaupun dikelilingi bahasa-bahasa Arya.Ada
kemungkinan besar nenek-moyang dravida mendududki kawasan yang lebih
meluas.
 INDO-ARYA termasuklah loghat-loghat tempatan di India utara, tengah, timur
laut dan barat laut ini bermula sejak 1500 SM. Bahasa-bahasa- SANSKRIT,
PUNJABI, SINDHI, GUJARATI, HINDUSTANI, URDU, SIMHALA dll-orang-orang
Indo-Arya 720 juta bersama dengan 130 juta dravida jumlah 850 juta orang.
 Oleh itu golongan Indo-Arya amat besar. Tetapi sebelum 1500 SM mereka ini
tidak wujud. Kata awalan Indo digunakan bersama Indo-Iranian, Indo- European-
kerana bahasa-bahasa Sanskrit dsb ada kaitan dengan bahasa latin dan Persia.
 Berasal dari keluarga yang sama. Dengan adanya maklumat ini kita boleh kaji
bahasa penduduk LSS dan untuk jawapan soalan ini bukti-bukti kajipurba
(galian) amat penting.
 Ada empat jenis bukti untuk mengenal golongan penduduk LSS
1. Patung-patung lelaki dan wanita menggambarkan rupa fizikal manusia-kulit
hitam, rambut kerinting, bibir manusia tebal.
2. Tengkorak- tinggalan rangka manusia. Jenis-jenisnya penting. Antropologi fizikal
dapat kenali jenis kaum menerusi bentuk tengkorak.Jangan kata tengkorak
berbibir tebal dan berambut kerinting. Orang-orang ini mesti diperkenalkan
dengan tengkorak di museum.
3. Tulisan pictograf di mohor-mohor-ini ditafsir oleh sarjana-sarjana.
4. Beberapa artifak- patung ibu, pasupati iaitu proto-Shiva, patung lingam.
Bangunan kolam permandian yang mencerminkan sesuatu amalan atau tradisi
sesuatu golongan yang masih ada.

 Berdasarkan keempat-empat faktor diatas membuat satu teori bahawa


pegembang LSS ialah nenek moyang orang-orang Tamil @ Dravida.
 Kemungkinan besar orang dravida meluas dibenua India dengan wujudnya 1.4
juta orang yang gunakan Brahui di Balucistan, Agghanistan. Mereka ini adalah
keturunan yang masih ada selepas 4 ribu tahun.
 Orang-orang Arya-ada bukti kedatangan mereka dari wilayah Parsi (Persia) ke
LSS 1500 apabila mereka menyerbu LSS.Tamadun ini runtuh kerana ini juga.

SEBAB-SEBAB KEMUNDURAN
Ini sebelum penyerbuan orang-orang Arya lagi.
1. Kemunduran fikiran mulai 1800SM
2. Kerosakkan Bandar atau kemerosotan Bandar-bandar
3. Kelalaian pentadbir menjaga keselamatan rakyat.
4. penyerbuan Arya yang tidak dapat diatasi.
Kemunduran fikiran di LSS walaupun capai kemajuan yang tinggi ianya tidak
mencukupi. Ini mungkin ada generasi baru sudah puashati dengan kemajuan yang ada
dan lebih suka dengan keseragaman seperti rumah bentuk sama, batu-batu yang
sama, sis. Tulisan tak berubah untuk satu jangka waktu yang lama.Periuk bjuga
merupakan keseragaman. Mahathir sendiri mengingatkan supaya jangan berpuas hati
dengan apa yang ada .Ipoh 23/7/93.

 Pohon-pohon yang ditebang tidak ditanam semula. Walaupun Bandar-bandar


dibina semula sekurang-kurangnya 9 kali. Ini menampakkan kemunduran. Iaitu
masalah asal tidak dikenal pasti tetapi hanya diambil langkah-langkah
pertahankan.
 Jalan-jalan raya mulai tidak rata kerana banjir dan ruang-ruang rumah penduduk
mulai menjadi kecil dengan tambahan kepada tembok-tembok untuk elak banjir.
 Keselamatan penduduk nampaknya diabaikan kerana Bandar-bandar LSS tidak
pernah diancam dengan serius oleh itu tentera tidak dipentingkan. Semangat
perwiraan tiada.Tiada peralatan bagi askar.
 Di katakan- bukti-bukti menunjukkan bahawa penduduk LSS berasa tidak
selamat-menyoro barang-barang kemas didalam tanah. Ertinya zaman ini tidak
selamat kerana ada pencuri.
 Orang –orang Arya-satu golongan sampai ke timur tengah satu golongan lagi ke
Eropah. Yang sampai ke LSS melamggarnya beberapa kali mengancam
kecekapan pentadbiran perbandaraan. Serangan besar- merobohkan bangunan
perompakan dan pembunuhan yang ramai berlaku.
 Mazmur Veda menyebutkan pembinaan bangunan di langit maksudnya yang
tinggi lambai.Orang Arya bersenjata, berkuda, kenderaan rata.mereka berani
kerana tiada apa-apa untuk mereka kehilangan (negara) kerana mereka
berpindah randah.
 Keruntuhan ini menyebabkan kematian arkitek-arkitek, tumbuh pondok-pondok
kecil kerana orang-orang Arya tidak tahu bina semula dan akhirnya Bandar itu
ditinggal dan ditumbang.
 Tamadun ini hanya dikenali pada tahun 1920an.orang-orang arya tidak mahu
duduk di LSS kerana tempat itu sudah dikotorkan dengan tumpahan darah.Lalu
berpindah ke Lembah sungai Ganges. Memperkembangkan bahasa-bahasa
Indo-Arya.
 Iaitu campuran bahasa tempatan dan Arya. Juga budaya Arya berdasarkan
tradisi tempatan dan yang dibawa oleh orang-orang Arya. Jadi itu ialah budaya
Indo-Arya.
 Perlu diambil perhatian bahawa orang-orang Tamil di Selatan bukanlah mereka-
mereka yang dihalau dari LSS hubungan diantara LSS dan India Selatan berlaku
pada abad ke 3SM sahaja.
Kesimpulan
1. Bukti-bukti menunjukkan orang-orang/nenek moyang dravida kembangkan LSS.
2. Kemunduran dalaman wujud.
3. Diserbu Arya.
4. Hilang kepakaran/kemahiran
5. Orang-orang Arya mulakan perkampungan di Lembah Sungai Ganges.
6. Budaya dan bahasa mereka adalah campuran tempatan.
7. Arya tidak serbu India Selatan
8. Golongan dravida di Selatan India adalah golongan berasingan.

Anda mungkin juga menyukai