Anda di halaman 1dari 13

BAB 7 IDEOLOGI

Hasil pembelajaran :
Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat;
(i) menjelaskan ciri-ciri utama modenisme yang membawa kepada munculnya ideologi
Pascamodenisme,
(ii) menghuraikan perkembangan fenomena Pascamodenisme dan manifestasi relativisme,
(iii) menganalisis implikasi relativisme pascamoden dalam menafikan kebenaran dan hakikat
pascamoden dalam kehidupan semasa.

1. PENGENALAN

Apakah ideologi?
 Secara umumnya, ideologi berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu gabungan antara
idea1 (pemikiran, cetusan pemikiran) dan logi, dalam bahasa Greek logos, bermaksud ilmu.
 Idealogi bermaksud ilmu tentang idea. Ideologi juga sering diistilahkan sebagai fahaman.
 “faham2 (ajaran) yang dipakai atau yang dicita-citakan untuk dasar pemerintahan dan lain-
lain.” (Kamus Dewan Edisi Keempat)
 “salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani individu yang membentuk
sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial, ekonomi dan perkara yang
bersangkut paut dengan sejarah dan sosiogeografi manusia.” (Ensaiklopedia Brittanica, 2010)
 Berikut ialah pengertian ideologi oleh beberapa tokoh dan sarjana:
Destertt de Tracy :Ideologi adalah pembelajaran terhadap idea-idea (pemikiran tertentu).
Thomas H :Ideologi adalah suatu cara untuk melindungi kekuasaan pemerintah agar dapat
bertahan dan mengatur rakyatnya.
Karl Marx :Ideologi merupakan alat untuk mencapai kesamarataan dan kesejahteraan bersama
dalam masyarakat.
 Ideologi merupakan sistem pemikiran dan idealisme yang mendasari sikap, pemikiran dan
tindakan seseorang terhadap sesuatu, termasuk dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Permulaan ideologi:
 Ideologi dikaitkan dengan idea-idea yang bersifat falsafah.
 Jika sekadar di peringkat idea falsafah, ia masih bersifat teoritikal. Apabila idea ini cuba:

FALSAFAH IDEA (TEORI)

(i) diamalkan, dihayati dalam (ii) digerakkan menjadi satu kebangkitan


kehidupan (aspek politik, sosial ataupun gerakan politik, ekonomi,
dan ekonomi) sosial, melibatkan mobilisasi manusia,
rakyat dan negara

1
buah fikiran, gagasan.
2
(i) fahaman pengetahuan dalam fikiran mengenai sesuatu, pengertian. (ii) kepercayaan (pegangan) individu atau
masyarakat tentang sesuatu.
2

IDEOLOGI

 Contoh: Dialectical Idealisme Hegel diambil oleh Karl Max menjadi Dialectical Materialism.
Seterusnya Karl Max mencetuskan Karl Marxis. Kemudian idea falsafah ini diterjemahkan
untuk negara dan dinamakan komunis. Oleh itu, komunisme itu adalah ideologi.
 Jika setakat idea falsafah, mungkin tidaklah memberi impak atau bahaya dalam kehidupan kita.
Apabila idea ini diterjemahkan sebagai ideologi dalam kehidupan manusia, ini akan
mendatangkan masalah ataupun ancaman. Dalam konteks agama, agama juga boleh menjadi
ideologi. Golongan ekstremis menjadikan agama sebagai ideologi politik mereka. Ini boleh
mewujudkan satu bentuk kekeliruan dalam masyarakat yang akan mengganggu pemikiran
mereka dan juga akan cuba mengubah tingkah laku manusia supaya sesuai dengan ideologi
tersebut.

II: PERUBAHAN PEMIKIRAN IDEOLOGI BARAT

Garis Masa Ideologi Barat:

Modenisme Pascamodenisme
Medieval * Ideologi - Sekularisme, *Ideologi Relativisme,
* Gereja/Agama Humanisme, Liberalisme Subjektivisme, Skeptisisme

(a) Teosentrik:
 Masyarakat Barat pada ketika ini berpegang teguh dan berpaksikan kepada Tuhan.
 Kehidupan beragama menjadi kehidupan dominan masyarakat Eropah dahulu.
(b) Antroposentrik:
 Kehidupan masyarakat Barat berubah daripada berpaksi kepada Tuhan atau kehidupan
beragama kepada manusia.
 Era Renaissance atau kebangkitan kelompok masyarakat sekular ini mula membuang
agama dan Tuhan.
(c) Modenisme:
 Masyarakat Barat berusaha mencari alternatif baru menggantikan nilai agama yang sekian
lama mendasari kehidupan mereka dengan corak hidup moden. (Kamal Azmi, 2013).
Muncul pelbagai kaedah ilmu seperti rasional, sains, empirikal dan logik.
 Kewujudan pelbagai ilmu ini telah melahirkan fahaman modenisme.
(d) Pascamodenisme:
 Lahir hasil reaksi atau penentangan kepada modenisme.
 Hari ini, dunia sedang berada dalam satu era baru, iaitu cara pemikiran dan penteorian baru
tentang kehidupan manusia dan masyarakat.

2
3

III: IDEOLOGI SEMASA

(a) Sekularisme sebagai asas ideologi moden:


 Dari sudut etimologi, sekularisme berasal daripada perkataan Latin saeculum yang
bermaksud tempoh masa yang tertentu.
 Dari sudut terminologi:
Oxford Advanced Learners’ Dictionary, Corenlis van Peursen, ahli teologi
secularism bermaksud, Belanda mendefinisikan sekularisme
“a belief that religion should not be sebagai pembebasan manusia dari
involved in the organization of society, kongkongan agama, kemudian dari
education, etc.” kongkongan metafizik yang mengatur akal
dan bahasanya.
Muhammad Qutb: Muhammad al-Bahi:
Fahaman falsafah yang memisahkan Peraturan dan pelaksanaan untuk
urusan keduniaan daripada urusan mengetepikan setiap bentuk keimanan
keagamaan, iaitu dengan memisahkan dengan kepercyaan bahawa agama dan
peranan agama dan Tuhan daripada segala urusan gereja atau ketuhanan tidak boleh
urusan kehidupan manusia. dicampurkan dengan tugas-tugas kerajaan.

 Konsep utama dalam sekularisme,


(i) Pemisahan antara suci (sacred) fan tidak suci (profane).
(ii) Pemisahan antara rohani (spirit) dan material/benda (matter).
(iii) Pemisahan antara wahyu (revelation) dan akal (reason).

 Ciri-ciri utama sekularisme:

Disenchantment Menghilangkan (melupuskan) makna spiritual


of nature (kepercayaan) daripada alam kehidupan.

Pemisahan alam tabi’e dari makna rohaniah


(tuhan, dewa dan lain-lain)

Alam tabi’e bebas dari kekuasaan tuhan, dewa, roh.

Maka manusia boleh mengeksploitasi dan memanipulasi alam


dengan sesuka hati tanpa takut, was-was, pantang dan sebagainya.

De-sacralization Menghilangkan unsur-unsur keagamaan dalam politik daripada


of Politics hal ehwal manusia.

Penafian kepimpinan yang disahkan oleh agama

Menafikan wujudnya keturunan dewa-dewi, perkenan dari alam


ghaib, tauliah dari tuhan.

Setiap manusia boleh dan berhak menjadi pemimpin walaupun


3
tidak mempunyai kelayakan rohaniah, akhlak dan akal.
4

De-consecration Menghilangkan unsur-unsur penyucian


of Values nilai (agama) daripada minda dan tingkah
laku manusia.
Penafian kesucian dan kekekalan nilai-nilai.

Sistem nilai sebagai hasil kebudayaan bersifat relatif


dan sementara sahaja – termasuk agama.

Agama hanyalah alat untuk mendapatkan sokongan,


pengaruh dan sebagainya.

(b) Fahaman Modenisme:


 Dari segi etimologi berasal dari perktaan Latin modo, bermaksud recently atau just now.
 Menurut Shamsul Amri (1995):
 Modenisme dan modeniti merupakan dua komponen utama yang menjadi teras kepada
proses modenisasi.
o Modeniti sebagai asas material kepada modenisasi.
o Modenisme pula merupakan gagasan ideologikal yang mengiringi fenomena
modenisasi.
 Modenisasi pula walaupun tidak diterjemahkan secara khusus, tetapi disebut sebagai
proses sosial yang membawa perubahan terhadap politik, ekonomi dan ideologi.

Perkembangan modenisme:

 Rasa tidak puas hati dan kemarahan golongan intelektual Barat yang akhirnya memberi
ruang kepada kelahiran Zaman Renaissance, Pencerahan (Enlighment) dan Modenisme.
 Modenisme ialah aliran pemikiran dan gerakan yang berjuang untuk menggantikan segala
pemikiran tradisionalisme agar sesuai dengan keadaan semasa yang dianggap ‘moden’.
 Ia juga gerakan penentangan terhadap agama kerana modenisme lahir daripada ideologi
sekularisme (zaman Renaissance).
 Muncul kaedah ilmu moden seperti rasional, empirikal, saintifik dan logik yang
bersesuaian dengan kehidupan zaman ini.
 Fahaman ini muncul sekitar abad ke-18, digerakkan oleh gerakan dan pemikiran
Enlighment yang dibawa oleh golongan ahli-ahli falsafah seperti Emmanuel Kant di
Jerman, John Locke dan David Hume di Britain.
 Karl Max melancarkan Gerakan Enlighment yang mendokong falsafah rasionalisme dan
nilai kebebasan serta kebolehan manusia.

 Aliran ini menekankan:


 Akal fikiran rasional dalam menentukan kebenaran, mencipta sesuatu kejayaan atas
dasar kemanusiaan (humanisme) bukan keagamaan,
 Manusia boleh mencapai kemajuan dengan akal fikiran semata-mata untuk
mewujudkan masyarakat manusia yang baru (rasionalisme).
 Matlamat utama aliran pemikiran ini untuk mengejar kesenangan duniawi, pengabaian
moral dan menolak tanggungjawab manusia kepada tuhan / agama.

4
5

 Aliran ini berkembang berterusan dengan kejayaan dan pencapaian sains dalam bidang
fizik, astronomi, kimia dan sebagainya.
 Ini telah mengukuhkan lagi pandangan ahli-ahli pemikiran aliran ini bahawa hanya dengan
akal fikiran yang rasional, dengan ilmu sains dan melalui kaedah saintifik, mereka dapat
mencipta sesuatu kejayaan atas dasar kemanusiaan, bukan lagi atas dasar keagamaan.
 Keyakinan pemikiran dan gerakan ini diteruskan pada abad ke-20 dengan adanya
perkembangan kejayaan-kejayaan sains, khususnya bidang Fizik.
 Muncul ahli-ahli falsafah yang baharu seperti Golongan Vienna yang membawa aliran
Positivisme Logikal dalam falsafah Sains serta ahli-ahli falsafah seperti Bertrand Russell
dan Karl Popper.
 Mereka menekankan pemikiran rasional dan kaedah saintifik dalam menyelesaikan
masalah sama ada masalah alam tabi’e mahupun masalah kemanusiaan (Mohd Hazim
Shah, 2020).

 Beberapa gagasan Modenisme:

Manusia sebagai Subjek dimiliki Pendewaan akal Emansipasi


pusat (centre) dunia alam fenomena fikiran dan wanita
(nature) dan alam pembebasan dari
nomena (intelligible) keagamaan
Individu memiliki Manusia bebas Asas kepada Membebaskan
keistimewaan dan menentukan kewujudan wanita dari
potensi diri yang pendirian bagi kehidupan baharu tradisi sebagai
dapat membentuk dan menghasilkan buah seperti penghapusan ibu, isteri.
menentu- arah fikiran untuk ikatan sosial dalam
mengikut acuan dan merubah sesuatu masyarakat.
potensi diri sendiri. keadaan.

“All our knowledge begins “No man’s knowledge “In so far as a


with senses, turns into here can go beyond his scientific statement
understanding, and ends experience”. speaks about reality,
with reason. There is John Locke (An Essay it must be
nothing higher than Concerning Human falsifiable; and in so
reason”. Emmanuel Kant Understanding.)
far as it is not
falsifiable, it does
not speak about
reality”. Karl
 Modenisme yang berkembang di Barat dan menjadi rujukan kemajuan dalam acuan Barat oleh
banyak negara lain adalah kemuncak pengaruh rasionaliti, kebendaan dan budaya popular
Barat terhadap pihak lain. Teori sosial ini berkembang dalam tradisi intelektual dan pemikiran
Barat serta menghasilkan perubahan zahir (nyata, kelihatan dari luar) yang sifatnya semasa.
 Barat dilihat sebagai model kemajuan dan menjadikan sains dan teknologi sebagai sesuatu
yang paling utama. Peranan agama menjadi semakin terbatas dan ia muncul dalam kepercayaan
peribadi bukannya dalam negara atau sistem politik.

5
6

(c) Pascamodenisme:
 Dari sudut terminologi, pascamoden:

Encyclopedia of Cultural Jean Francois Lyotard – Charles Jencks (1989):


Anthropology (1996): The Postmodern Condition: Satu daripada anjakan
Satu gerakan dari pelbagai Tiada kebenaran terhadap utama ke arah dunia
sistem atau falsafah, metanaratif yang akhirnya pascamoden ialah
bermula dalam reka bentuk membawa kepada penafian berlakunya perubahan
dan falsafah estetik. terhadap wahyu dan berubah dalam epistemologi,
kepada pandangan dunia kefahaman terhadap
yang berasaskan sains pengetahuan dan
semata-mata. bagaimana pengetahuan itu
berkembang dan dikaitkan
dengan anggapan-anggapan
lain.

 Pascamodenisme merupakan fenomena baharu kesan dari ketidakpuasan hati terhadap gagasan
modenisme yang dilihat gagal dan menindas manusia.
 Fahaman Pascamodenis ini telah wujud di Barat sejak tahun 1960-an dan kemunculannya
merupakan satu reaksi atau penentangan terhadap modenisme.
 Menurut Lacey (1999) dan Proctor (1991) modenisme amat yakin bahawa hanya akal, sains
dan kemajuan yang boleh menentukan kebenaran dan hakikat. Apabila ideologi ini dilihat
terbukti gagal mencapai matlamat dihajati, lahirlah pascamodenisme sebagai fenomena baharu
kesan ketidakpuasan hati terhadap gagasan modenisme yang dilihat bukan sahaja gagal tetapi
turut menindas manusia.

 Ciri-ciri utama pascamodenisme :


 Anti-realis.
 Permainan bahasa
 Menentang metanaratif
 Sikap tidak mengambil kisah kehilangan sejarah, jati diri, agama dan tradisi.

 Fahaman pascamodenisme:
(i) menentang modeniti yang dibawa golongan Englighment dan Positivisme Logikal,
(ii) menentang rasionaliti, objektiviti dan kaedah saintifik,
(iii) menentang dan mengadakan suatu pemberontakan terhadap logocentricism. Mereka
menganggap pendekatan logocentricism yang hanya menekankan akal yang rasional
semata-mata dan tidak seimbang kerana manusia bukan hanya terdiri daripada aspek
intelektual tetapi juga aspek emosi, intuitif (kesedaran disebabkan gerak hati bukan
berfikir), kerohanian dan sebagainya. Thomas Kuhn mempersoalkan objektiviti ilmu sains
dalam pemikiran modenisme, iaitu ilmu sains juga mengandungi aspek bukan
rasional/logikal, boleh dipengaruhi oleh faktor psikologi dan sosiologi (berkait dengan
perasaan manusia), bukan berdasarkan logik semata-mata.

6
7

Konsep-konsep Asas Pascamodenisme:

(i) Tidak ada kebenaran yang hakiki dan  Kebenaran bergantung kepada gagasan
tetap. budaya semata-mata.
 Setiap budaya dalam masyarakat mempunyai
kebenaran masing-masing.
 Kebenaran adalah rencam (tidak jelas
kelihatan) lagi relatif iaitu tidak mutlak
(nisbi) dan bergantung kepada kerangka
rujukan tertentu.
(ii) Kesemua hakikat kewujudan adalah  Sosial atau masyarakat memainkan peranan
gagasan (konstruk) sosial. penting dalam menentuksn krhidupan
pascamoden.
 Minda manusia mencipta fahaman mengenai
realiti dan kebenaran berdasarkan sistem dan
amalan masyarakat yang sedia ada.
 Gagasan minda merupakan asas bagi segala
benda yang kita pandang terhadap hakikat
kewujudan.
 Faham tentang Tuhan, baik buruk, bahasa,
malah jantina datang dari gagasan sosial,
yang sebenarnya berasal dari gagasan minda
juga.
 Bagi golongan pascamoden apa yang disebut
sebagai jantina (lelaki dan perempuan)
sekadar gagasan sosial.
 Kita semua dibentuk oleh masyarakat
menjadi lelaki ataupun menjadi perempuan.
 Jantina dibina oleh gagasan sosial bukan
biologi.
(iii) Bahasa adalah sekadar gagasan sosial  Bahasa yang digunakan dalam wacana atau
yang “berbicara” tanpa makna yang hakiki. perbincangan tidak lagi memiliki kejelasan
Bahasa hanyalah alat perhubungan dalam makna.
kewujudan manusia.  Bahasa tidak mempunyai rujukan yang tetap
dan pasti, tetapi boleh berubah mengikut
konteks dan budaya.
(iv) Penolakan segala bentuk cerita-  Menolak metafizik.
cerita/hikayat/idea besar* tentang  Menolak tentang cerita-cerita kehidupan
kehidupan. manusia, asal-usul manusia, ke manakah
* Dapat memberi : arah manusia akan pergi? dan apakah
 Asas rasa (senses) hubungan manusia dengan manusia, manusia
 Arah tuju kepada kehidupan dengan alam, manusia dengan Tuhan?
seperti kebenaran, moraliti,
ketuhanan, adat tradisi, sejarah.
Semua ditolak oleh
pascamodenis

7
8

(Ziauddin Sardar, 1995)


(v) Ilmu berkait rapat dengan keadaan dan  Ilmu ialah kuasa yang menentukan segala-
konteks yang berpaksi kepada kuasa. segalanya.
(vi) Asas pemahaman pascamoden ialah  Pemikiran tidak ditunjangi oleh dogma
pembuangan adat dan norma menjadikan agama, adat budaya dan fahaman politik.
gaya hidup yang ringkas.  Nilai-nilai diperoleh sekadar dari amalan
biasa dalam masyarakat.
 Berbeza budaya serta berubah mengikut
masa.
 Tidak ada nilai akhlak yang tetap atau kekal
sepanjang masa, sifat baik atau buruk
bergantung kepada keadaan. Nilai-nilai ini
pula ditentukan oleh manipulasi (perdaya)
dan dominasi kumpulan tertentu.
 Pascamodenisme merupakan (i) cara pemikiran dan penteorian baru. (ii) tentang kehidupan
manusia dan masyarakat hari ini.
 Pascamodenisme mempunyai nilai-nilai yang membawa impak bahaya kepada masa hadapan
masyarakat dan agama. Dalam istilah moden, Barat mempraktikkan bahawa zaman ini ialah
zaman yang punya cara dan gaya serba baru.
 Asas pemahaman pascamoden ialah pembuangan adat dan norma menjadikan gaya hidup yang
ringkas; pemikiran tidak ditunjangi oleh dogma agama, adat budaya dan fahaman politik.
Tegasnya, pasmoden merupakan penolakan semua prinsip agama dan moral secara total.

 Tokoh-tokoh aliran pascamodenisme ialah:

Jean-Francois Lyotard Jacques Derrida Michel Foucault


(The Postmodern (Deconstruction and (Discourse and Discursive)
Condition) Difference)
 “..the postmodern was  “Deconstruction is when  “Maybe the target
characterized precisely you spell stuff wrong, nowadays is not to
by mistrust of the grand and the wronged you discover what we are but
narrative that had spell it, the to refuse what we are.
formed an essential part deconstructioner it is.” We have to imagine and
of modernity.” build up what we could
be to get rid of this kind
of political double-bind
of the discourse which
simultaneously
individualizes us and
reinforces the totalizing
power structures of our
society.”

8
9

 Penolakan Pascamodenisme Terhadap Modenisme:


 Modenisme gagal mewujudkan pemulihan ke arah masa depan kehidupan yang lebih
baik sebagaimana yang diharapkan oleh para pendukungnya.
 Ilmu pengetahuan moden tidak mampu melepaskan diri daripada penyalahgunaan
kuasa keilmuan demi kepentingan kekuasaan.
 Terdapat banyak percanggahan antara teori dengan falta dalam perkembangan ilmu
moden.
 Keyakinan bahawa ilmu pengetahuan moden mampu memecahkan segala persoalan
yang dihadapi manusia adalah meleset apabila kini munculnya pelbagai penyakit
sosial.
 Ilmu moden kurang memerhatikan dimensi mistik dan metafizik manusia kerana terlalu
menekankan sifat fizikal individu.

Modenisme Pascamodenisme
Naratif besar Naratif kecil
Barat = kemajuan Barat = penjajahan
Keluarga sebagai unit asas Keluarga alternatif?
Kesahihan dan keaslian Simulacra3 dan realiti ciptaan
Penggunaan massa Niche4 dan identity kumpulan
Sejarah sebagai fakta Sejarah ditulis pemenang
Pertarungan kelas vs Pertarungan etnik
Agama tradisional Sekta-sekta (Sects)
Budaya tahap tinggi Budaya rendah
Keseriusan niat dan tujuan Permaian niat dan tujuan
Kebenaran : Mutlak & Objektif Kebenaran : Relatif & Subjektif
Sentralisasi Desentralisasi
Konstruksi Dekonstruksi
Hermeneutik5 Nihilisme6
Hierarki Anarki

IV. IDEOLOGI RELATIVISME PASCAMODEN

(a) Takrif:
 Relativisme merupakan istilah yang digunakan untuk menggambarkan sesuatu perkara yang
bersifat:
(i) tidak tetap dan tidak mutlak.
(ii) boleh berubah mengikut suasana persekitaran dan
(iii) menganggap kebenaran itu boleh dilihat dari pelbagai sudut.

3
Berasal daripada perkataan Latin “simulacrum” ( bermaksud semacam, serupa, persamaan) ialah gambaran atau
tiruan seseorang atau benda.
4
Bidang atau jurusan.
5
Ilmu atau kaedah tafsiran teks yang menonjolkan peranan dan pandangan pembaca dalam pembentukan makna,
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman.
6
Fahaman yang menolak semua nilai dan kepercayaan sedia ada dan semua orang berhak mengikut kemahuannya
sendiri.

9
10

Contoh: Dalam sains, kitab oleh menerima teori A sebagai benar, di suatu sudut lain, kita boleh
menerima teori B juga sebagai benar.
Kebenaran itu bukannya bersifat suatu yang mutlak.

 Kita boleh memberi pelbagai sudut pandangan dan akan wujudlah pelbagai cara berbeza untuk
memahami akan hakikat kebenaran itu.

(b) Ciri-ciri relativisme:

Menafikan Menafikan Menafikan Menafikan


universalisme absolutisme objectivisme monisme
o Tidak wujud satu o Tidak wujud o Nilai kognitif, o Tiada bidang
persetujuan nilai-nilai yang etika dan yang
sejagat bersifat tepat dan estetika tidak menyediakan
berkenaan tidak berubah bebas dari hanya satu
kebenaran, seperi nilai pengaruh minda. pandangan,
kebaikan dan kebenaran, o Nilai ini tidak penilaian dan
lain-lain, kebaikan, mampu bebas norma yang
keburukan dan tanpa bergantung tepat.
lain-lain. kepada o Relativisme
pemikiran mungkin
manusia (yang menerima nilaian
saling berbeza). tempatan tetapi
bukan nilaian
sejagat.

(c) Kritikan terhadap Ideologi Relativisme:

 Ahli-ahli falsafah telah mengkritik fahaman / ideologi ini dengan penghujahan;

Hujah pertama:

o Ideologi ini mengatakan tidak wujud suatu pun kebenaran yang mutlak. Ini adalah satu
kenyataan yang seolah-olah berbalik kepada kenyataan yang dibuat itu sendiri.
o Secara mudahnya untuk memahami ideologi ini, apabila kita mengatakan “tidak ada
kebenaran yang mutlak”, ini bermakna; Apakah yang kita cakap itu juga tidak benar secara
mutlak?
o Secara logiknya, ideologi ini juga dengan sendirinya bercanggah.

Hujah kedua:

o Sekiranya kita mahu menerimanya atas dasar lain, atas dasar apakah kita mahu
menerimanya?
o Menurut dasar logik sudah menunjukkan bahawa tidak ada asasnya. Oleh itu, kita harus
jelas bahawa mungkin ada unsur yang benar dalam sesuatu pandangan yang membolehkan
kita mengatakan bahawa setiap pandangan itu mungkin ada elemen kebenarannya.

10
11

o Akan tetapi, jikalau itu yang dimaksudkan, maka kita tidak semestinya menerimanya atas
dasar Relativisme yang merupakan sesuatu yang lebih besar atau global dari segi skopnya
kerana ia melibatkan secara sweeping pandangan sebegitu.
o Sebaliknya apa yang kitab oleh kita katakan bahawa setiap pandangan itu mungkin ada
kebenarannya, tetapi ini tidak semestinya membawa kepada ideologi Relativisme.

 Dari sudut fahaman agama:

o Relativisme telah memberi cabaran kepada fahaman keagamaan kerana menafikan


kewujudan hakikat atau kebenaran yang mutlak.
o Fahaman keagamaan lebih bersifat dogmatik dan stabil; tidak boleh diubah ataupun
dicabar; penerimaannya bersifat mutlak dan tidak boleh diragui akan kebenaran yang
disampaikan oleh sesuatu agama. Contohnya, Kepercayaan kepada Tuhan, adalah satu
kebenaran yang mutlak dan tidak boleh diragui.
o Sekiranya kita menerima Relativisme, kita mungkin menganggap bahawa fahaman yang
mengatakan Tuhan itu wujud boleh diterima tetapi pada masa yang sama kita oleh
mengatakan bahawa Tuhan tidak wujud juga boleh diterima.
o Maka kita akan berhadapan dengan masalah logik . Dalam logik kita tidak boleh menerima
kedua-dua itu benar kerana ini membawa kepada percanggahan.
o Oleh itu, dari sudut mana-mana agama pun tidak menerima iedologi ini kerana mungkin
menimbulkan keraguan dalam kepercayaan mereka terhadap agama tersebut dan kalau ada
agama yang menerima Relativisme, agama itu dengan tersendiri akan tertolak sebenarnya.

 Ahli-ahli sains juga menolak ideologi ini kerana;

o menerima ideologi ini bermakna membawa implikasi bahawa kajian sains tidak bersifat
objektif. Ini kerana terdapat pelbagai teori yang masing-masing mempunyai status yang
sama (teori yang tepat) dan para ahli sains boleh memilih teori mana yang mahu digunakan.
Namun begitu, keadaan ini mustahil berlaku dalam sains.
o Di dalam kajian sains menurut ahli falsafah sains, Thomas Kuhn sebagai scientific
community hanya akan menerima satu sahaja paradigma saintifik.Umpamanya dalam
bidang fizik mereka menerima pakai teori Einstein dan tidak lagi menerima teori-teori lain
seperti teori Newton dan sebagainya. Mereka tidak boleh mengatakan “Oh, teori Einstein
benar”, tetapi dilihat dari sudut lain teori Newton juga benar. Jika mereka mengambil sikap
sebegitu (sikap menerima kedua-dua teori adalah benar), kajian saintifik tidak boleh
diteruskan.
o Walaupun teori Newton masih digunakan di dalam bidang mekanik dan kejuruteraan, ianya
diterima secara pragmatic, iaitu dari segi kegunaan praktikal. Tetapi dari segi ontology,
iaitu teori yang menggambarkan hakikat sebenar mengenai alam tabii, maka teori Newton
telah digantikan oleh teori Einstein.

11
12

(d) Implikasi Relativisme Pasacamoden:

 Undang-undang  Penolakan autoriti dan tradisi


 Sejarah  Menulis semula sejarah. Sejarah sebagai fiksyen.
 Sains  Metologi “anyting goes”. Anti-sains.
 Falsafah  Anti-realisme, kebenaran subjektif, dekonstruksi.
 Masyarakat yang berasa unggul dan mengukur budaya orang
lain berdasarkan budaya mereka sendiri.
 Budaya  Bebas memilih mana-mana budaya yang disifatkan baik dan
berkualiti.
 Tercetusnya perpecahan kaum keran reletivisme budaya
memandang bahawa tidak ada budaya yang lebih dari budaya
lainnya.
 Moral  Kemerosotan nilai-nilai moral kerana setiap pandangan tidak
ada hak mutlak atau salah.
 Sosial  Gejala sosial akan bertambah kerana tidak ada yang boleh
menilai sesorang itu salah atau tidak seterusnya menyebabkan
gejala sosial semakain meningkat.

V: LANGKAH MENGHADAPI PASCAMODEN

 i. Kita memerlukan naratif. Menurut Md. Salleh (2000), manusia masih memerlukan naratif
besar. Ia bermakna kita memerlukan sejarah. Sejarah membawa kita tahu asal usul kita. Ke
mana kita akan pergi. Kita memerlukan visi dalam kehidupan. Tanpa visi kehidupan, kita akan
hilang punca dan arah tujuan hidup.
 ii. Kita perlu memperkasakan individu sebab pascamoden mengutamakan kolektif, group.
Jadi, peer pressure sangat kuat dalam pascamoden, group identification, bukan individu.
 iii. Sejarah, sastera dan agama mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan. Ia
memandu kehidupan dan memberi perspektif kepada kehidupan.
 iv. Projek pecerahan insan yang sebenarnya dalam konteks falsafah di Malaysia seperti Rukun
Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Sejahtera mesti diteruskan.

VI: KESIMPULAN

 Aliran ideologi atau kefahaman begitu mempengaruhi kehidupan seseorang. Ia seolah-olah


menjadi pegangan dalam kehidupan dan menjadi panduan dalam membuat keputusan. Ini
seterusnya akan mencorakkan tindakan seseorang itu dalam kehidupannya.
 Oleh itu, ideologi yang ingin dipegang perlulah didasari dengan justifikasi kukuh dan seiring
dengan logik akal serta perlu meraikan fitrah insan bukan hanya dari segi fizikal semata-mata
malahan mempunyai unsur rohani, emosi dan nilai tempatan.

12
13

Rujukan

Ahmad, S. A. (2021). Bab 7 Ideologi dan Pemikiran Kontemporari. In N. H. Ismail, R. Abd


Wahab, S. Abdullah, & M. H. Abdul Murad (Eds.), Falsafah dan Isu Semasa (pp. 136-
151). UUM Press.
Gellner, E. (2013). Postmodernism, reason and religion. Routledge.
Khalid, M. M. (2020, April 23). Tajuk 7 Ideologi Semasa [PowerPoint Slides]. Slideshare.
https://www.slideshare.net/emkay84/tajuk-7-ideologi-semasa-232474748
Long, A. S. (2021). Sejarah Falsafah (2nd ed.). Penerbit UKM.
Muhammad, A. (Ed.). (2022). Modul Falsafah & Isu Semasa. Islamic and Strategic Studies
Institute (ISSI), Kuala Lumpur.
(n.d.). Pusat Rujukan Persuratan Melayu @PRPM. https://prpm.dbp.gov.my/
Lacey, H. (1999). Is science value free?: Values and scientific understanding. Routledge.
Pusat Pengajian Teras USIM. (n.d.). UTP1012 Bab 7 Ideologi [PowerPoint Slides].
Proctor, R. N. (1991). Value-free science?: Purity and power in modern knowledge. Harvard
University Press.
Yunos, N. (n.d.). Tajuk 7 Ideologi dan Isu semasa [PowerPoint Slides].

13

Anda mungkin juga menyukai