Anda di halaman 1dari 17

PD 12301

ASAS PEDAGOGI PERGURUAN UGAMA

PERANAN GURU TERHADAP SEKOLAH DAN MURID

GURU 5M

23BS048 MUHAMMAD NABIL BIN HAJI MAIDIN

FAKULTI PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA MUDA PERGURUAN UGAMA-

PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER 1

SESI 2022/2023

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN


Isi Kandungan

1.0) Pengenalan.....................................................................................................................................3

2.0) Pengertian Guru.................................................................................................................................3

3.0) Peranan Guru Terhadap Sekolah.....................................................................................................4

4.0) Guru 5 (M)..........................................................................................................................................5

5.0) Guru Profesion Yang Terpuji............................................................................................................8

6.0) Tugas Dan Tanggungjawab Guru...................................................................................................10

7.0) Peranan Guru Dalam Bilik Darjah.................................................................................................13

8.0) Guru Sebagai Pengajar Yang Baik..................................................................................................13

9.0) Murid Datang Ke Sekolah...............................................................................................................14

10.0) Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan....................................................................15

11.0) Kesimpulan.....................................................................................................................................16
1.0) Pengenalan

Guru adalah tongak utama dan merupakan tulang belakang asas dalam memacu dan
memartabatkan sistem pendidikan negara sejak sekian lama. Kerjaya guru sering dipandang
mulia dan mendapat tempat yang istimewa di mata dan hati masyarakat. Sememangnya
tanggungjawab dan peranan guru sentiasa mendapat perhatian dan diiktiraf oleh segenap lapisan
masyarakat kerana bidang pendidikan ini mencakupi pelbagai jurusan dan aspek mahupun dari
segi rohani dan jasmani (Tiara Basman, 2013).

Justeru, peranan guru bukan sahaja sekadar mendidik, mengurus dan mentadbir institusi
persekolahan, penyampai ilmu pengetahuan, penyalur maklumat, jurutera sosial, doktor
pemulihan, pencetus idea, pencorak budaya, penjanaan minda, arkitek pembangunan,
pembentukan sahsiah, imam kepada pelajar malah sebagai agen perubahan, sosialisasi dan
penggerak generasi akan datang serta agen pembangunan Negara.1

2.0) Pengertian Guru

Guru merupakan salah satu tunggak utama dalam pelaksanaan pendidikan. Dalam perspektif
Islam, pendidikan dilihat sebagai satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri sendiri, Masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Pendidikan dari sudut Islam dilihat sebagai menyatupadukan semua ilmu pengetahuan dibawah
pengendalian al-quran dan As-sunnah yang merupakan teras di dalam pendidikan dan
kebudayaan Islam.2

Walaubagaimanapun, guru jugak adalah unsur yang amat penting dalam dunia pendidikan dan
mempunyai pengaruh yang besar terhadap keberkesanan sesuatu pendidikan. Keperibadian dan

1
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:3

2
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013
amalan pengajaran guru mempunyai pengaruh yang besar kepada minda jiwa pelajar. Pada usia
muda ini mereka akan melihat dan mengikuti segala tingkah laku, pergerakkan dan perkataam
guru. Murid akan lebih kuat terpengaruh dengan sikap dan penampilan guru berbanding dengan
orang lain. Apatah lagi masa murid banyak dihabiskan dengan guru. Oleh itu, guru sewajarnya
memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum memperbaiki anak muridnya.

3.0) Peranan Guru Terhadap Sekolah

Semua guru dipertanggungjawabkan untuk menjadi pembina modal insan. Oleh yang demikian,
pelbagai tugas harus dilaksanakan oleh guru di sekolah dan amanah ini perlu digalas dengan baik
supaya aset negara yang berharga ini tidak disalahgunakan dan akhirnya semua pihak berharap
agar mereka bakal menjadi pemimpin negara yang disegani suatu hari nanti. Profesionalisme
guru ini mempunyai pengalaman dan peribadi tinggi serta boleh memberikan sumbangan dan
impak yang besar kepada pembangunan Negara.

Oleh itu, orang yang memainkan peranan penting dalam proses penyebaran ilmu ini ialah
para guru. Mereka yang memilih profesionnya sebagai guru telah diberi tanggungjawab yang
penting lagi berat dalam proses pendidikan ini pendek kata guru diberi peranan sebagai pendidik
dan pendakwah di sekolah. Perkatan pendidik ini berasal daripada perkataan”didik” iaitu beerti
pelihara, ajar atau jaga dengan berhati-hati, setelah ia dijadikan satu kata ganti maka pendidik itu
beerti orang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan satu proses yang berterusan begi
menjaga dan memelihara pembesaran tubuh badan dan petumbuhan bakat denan rapi supaya
mereka dapat lahir sebagai orang yang berilmu, baik sahsiahnya sera dapat mengekalkan nilai-
nilai budaya di kalangan masyarakat mereka (Prof Andi Galigo, 2013). 3

Selain daripada mengajar murid di sekolah, guru juga mempunyai peranan yang lain seperti
mentadbir sekolah, membuat persediaan mengajar, menjadi ayah dan ibu untuk menjaga
kesejahteraan murid-murid dan sebagainya. Antara contohnya jika guru berperanan sebagai
pentadbir di sekolah, ia akan mengatur sekolah sehingga dapat melahirkan murid-murid yang
berpendidikan tinggi, menyedarkan guru-guru dibawahnya untuk sentiasa menjalankan tugas

3
Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep & Aplikasi, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam, 2008.
dengan penuh bertanggungjawab serta sentiasa memastikan keadaan sekolah sentiasa aman
Sejahtera sehingga melahirkan anak didik yang berdisiplin dan mempunyai akhlak mulia.

Manakala kepentingan untuk mempersiapkan persediaan mengajar pula adalah guru


mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran,
termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Persediaan mengajar oleh
guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan
individu guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid,
seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam
pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalam pengetahuan dan
pengalaman mereka. Setiap perkembangan pelajaran diikuti pula oleh aktiviti murid secara
terancang dan sebahagainnya spontan. Pendekatan berasaskan spiral curriculum membolehkan
murid mengembangkan ilmu sedia ada dan memantapkan pengalaman tersedia.

Mereka akan mengikuti pengajaran peringkat demi peringkat, langkah demi langkah,
fakta demi fakta, yang keseluruhannya secara sistematik dan efektif. Guru menerajui haluan
perkembangan pengajaran dengan murid-murid mengayuh bersama menuju ke destinasi yang
diketahui bersama. Usaha dan kebersamaan sedemikian boleh mempercepatkan perolehan
kandungan pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian. Penerangan disampaikan
secara susunan tanpa memasukkan terlampau banyak isi pelajaran dalam sesuatu masa
berasaskan pendekatan teach sequentially and globally.4

4.0) Guru 5 (M)

Terdapat sekurang-kurangnya lima komponen yang menjadi ciri guru iaitu mudarris, muaddib,
murabbi, mursyid dan Mu’allim yang dikenali sebagai 5M.
i. Mudarris
Perkataan mudarris bermaksud pengajar yang berasal daripada kata kerja ‫ درس‬atau ‫تدريس‬
yang bermaksud mengajar.

4
Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep & Aplikasi, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam, 2008.
Konsep mudarris merujuk kepada ciri pengajar yang berkesan yang melibatkan aspek
pengajaran dan pembelajaran bermula daripada persediaan mengajar sehingga kepada proses
P & P dan akhirnya penilaian kendiri.

Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid.
Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham.
Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid
(Ruziah Karim, 2013).

ii. Muaddib
Perkataan muaddib boleh diterjamahkan sebagai pembentuk adab yang bermaksud penyucian
atau berihkan seseorang daripada kekotoran. Konsep ta’adib merupakan proses mengasuh,
mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci , menitis dan menyuburkan akhlak
mulia dalam pembinaan dan Pembangunan diri insan. Ta’dib juga meliputi proses
pembentukan akhlak, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang insan.
Oleh itu, ta’dib bertujuan untuk membentuk dan mengembangkan insan supaya menjadi
muslim yang berilmu, beramal, soleh dan beriperibadi mulia kea rah melengkapkan diri
sebagai hamba Allah yang bertaqwa.

iii. Murabbi
Perkataan murabbi daripada kata kerja membesar, memelihara, memberi makan dan
mendidik supaya berakhlak mulia.

Konsep tarbiah ialah proses menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih saying, mendidik,
mengajar, menyubur dan memelihara fitrah kanak-kanak serta memupuk bakat dan
kebolehan yang wujud dalam diri mereka dengan dorongan yang beransur-ansur agar dapat
berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut.
5

5
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:169
Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk
keperinadian, sikap dan tabiat anak didiknya.

iv. Mursyid
Perkataan Mursyid bermaksud pemberi petunjuk. Konsep irsyad ialah proses memberi
arahan, aduan, bimbingan dan petunjuk serta menjaga, mengikuti, menasihati dan memimpin
ke jalan yang benar.

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar, terutamanya dalam
bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab
memimpin dan membimbing perjalan Rohani murid untuk sampai kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dalam proses tarbiyyah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar
dari sudut Zahir yakni syariat dan makna yakni batin.

v. Mu’allim

Mu’allim bererti guru yang bermaksud mengajar secara berperingkat-peringkat. Proses Al-
Ta’lim memerlukan masa yang Panjang dan dilaksanakan berperingkat-peringkat atau
perlukan ulangan yang berulang kaji.

Konsep ta’lim boleh ditakrifkan sebagai satu proses pemberitahuan, pengajaran, pemindahan
dan penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada seorang guru kepada pelajarnya.
Ilmu pengetahuan itu pula bersumberkan wahyu Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 6

Seorang Mu’allim lebih menumpukan ilmu akal. Sebagai guru yang bersifat Mu’allim, isi
kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nila-nilai
murni dalam proses melahirkan insan bermoral.7

5.0) Guru Profesion Yang Terpuji

6
Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep & Aplikasi, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam, 2008,
hlm: 80
7
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:169
Guru merupakan salah satu tunggak utama dalam pelaksanaan pendidikan. Dalam
perspektif Islam, pendidikan dilihat sebagai satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri sendiri, Masyarakat, alam sekitar dan negara kea rah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat (Tiara Basman, 2013).

Pendidikan dari sudut Islam dilihat sebagai menyatupadukan semua ilmu pengetahuan di bawah
pengendalian al-quran dan as-sunnah yang merupakan teras di dalam pendidikan dan
kebudayaan Islam.

Guru berperanan besar dan penting dalam mendidik dan mengasuh anak bangsa agar dapat
mengenal baik dan buruk, dosa dan pahala, halal dan haram seterusnya memimpin mereka ke
jalan yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Bahagia di dunia dan akhirat dan masuk ke
dalam Syurga.8

Profesion guru adalah satu profesion yang mulia, ianya adalah profesion yang telah dipikul oleh
para Nabi, sebagaimana doa Nabi Ibrahim alaihissalam bagi negeri Mekah al-Mukarramah dan
penduduknya dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 129:

‫َر َّبَنا َو اْبَع ْث ِف ِهْي ْم َر ُس ْو اًل ِّم ُهْنْم َيْتُلْو ا َعَلِهْي ْم ٰا ٰيِتَك َو ُيَع ِّلُم ُهُم اْلِكٰت َب َو اْلِح َمْكَة َو ُيَز ِّك ِهْي ْم ۗ ِا َّنَك‬

‫َاْنَت اْلَع ِزْيُز اْلَح ِكُمْي‬


Tafsirnya: “Wahai Tuhan kami, utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka
sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) serta hikmah kebajiksanaan
dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah
yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”

Kedudukan guru juga di dalam al-Quran dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

8
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:4
‫َاُّيَهُّيا اِذَّل ْيَن ٰا َم ُنْٓوا ِاَذ ا ِق ْيَل َلْمُك َتَفَّس ُح ْو ا ىِف اْلَم ٰج ِلِس َفاْفَس ُح ْو ا َيْفَس ِح اُهّٰلل َلْۚمُك َو ِا َذ ا ِق ْيَل اْنُزُش ْو ا‬
‫َفاْنُزُش ْو ا َيْر َفِع اُهّٰلل اِذَّل ْيَن ٰا َم ُنْو ا ِم ْنْۙمُك َو اِذَّل ْيَن ُاْو ُتوا اْلِع َمْل َد َر ٰج ٍۗت َو اُهّٰلل ِبَم ا َتْع َم ُلْو َن َخِبٌرْي‬
Tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat
duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah
melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,
supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”

Guru juga adalah sebagai pewaris para nabi sebagaimana hadith Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wassalam:

‫العلامء ورثه الانبياء‬


Maksudnya: “Ulama (guru-guru) pewaris para Nabi” (Hadith Riwayat Abu Daud)9

6.0) Tugas Dan Tanggungjawab Guru

Menyebarkan ilmu pengetahuan

Menyebarkan ilmu pengetahuan adalah di antara tugas utama para guru setelah menguasaiilmu
pengetahuan berkenaan, berdasarkan kepada ilmu penegtahuan tersebut akan mendatangkan
manfaat yang besar untuk kehidupan dunia dan akhirat seterusnya mengamalkan dan
mempraktikkannya akan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah At-Taubah ayat 122:

9
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:169
‫َو َم ا اَك َن اْلُم ْؤ ِم ُنْو َن ِلَيْنِفُر ْو ا ۤاَكَّفًۗة َفَلْو اَل َنَفَر ِم ْن ِّلُك ِف ْر َقٍة ِّم ُهْنْم َط ۤا َفٌة ِّلَيَتَفَّقُهْو ا ىِف اِّدل ْيِن َو ِلُيْنِذ ُرْو ا‬
‫ِٕى‬
‫َقْو َم ُهْم ِا َذ ا َر َجُع ْٓوا ِا َلِهْي ْم َلَع َّلُهْم ْحَي َذ ُرْو َن‬
Tafsirnya:

“dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang),
oleh itu hendaklah keluar sebahagian Sahaja daripada tiap-tiap puak di antara kamu, supaya
orang-orang yang tinggalitu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam ugama, dan
supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu Kembali
kepada mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

Manakala, di dalam hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassalam:

Maksudnya : “Dari Abu Bukrah Radhiallahu anhu berkata Rasulullah shallallahu ‘Alaihi
Wassalam bersabda: ingatlah! Hendaknya yang hadir ini menyampaikan kepada yang tidak hadir,
mungkin orang yang diberi tahu akan lebih ingat (menyedari) daripada yang mendengar” (Hadith
Riwayat Al-Baihaqi)10

Mendidik dan mengasuh

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassalam dalam dakwahnya selama 23 tahun iaitu 13 tahun di
Makkah dan 10 tahun di Madinah. Telah berjaya mendidik dan mengasuh anak bangsanya
berubah kepada:

i. Beriman kepada Allah

Firman Allah subhanahu Wa Ta’ala di dalam surah al-ikhlas:

Tafsirnya:

10
Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep & Aplikasi, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam, 2008,
hlm: 56
“katakanlah (wahai Muhammad): Tuhan ku ialah Allah yang maha Esa. Allah yang
menjadikan tumpuan sekalian Makhluk untuk memohon segala hajat. Ia tidak beranak, dan
tidak pula diperanakkan, dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya”

ii. Berbuat kebaikan11

Firman Allah subhanahu Wa Ta’ala di dalam surah Al-Ma’idah ayat 48:

‫َو َأنَز ْلَنٓا َلْي َك ٱْلِكَتٰـ َب ِبٱْلَحِّق ُم َص ِّد ًۭقا ِّلَم ا َبَنْي َيَد ْيِه ِم َن ٱْلِكَتٰـ ِب َو ُم َهْي ِم ًنا َعَلْي ِه ۖ َفٱْح مُك َبْيُهَنم ِبَم ٓا‬
‫ِإ‬
‫َأنَز َل ٱُهَّلل ۖ َو اَل َتَّتِب ْع َأْه َو ٓاَء ْمُه َّمَعا َج ٓاَء َك ِم َن ٱْلَحِّق ۚ ِلٍّۢلُك َجَع ْلَنا ِم نْمُك ْرِش َعًۭة َو ِم َهْناًۭج اۚ َو َلْو َش َءٓا‬
‫ٱُهَّلل َلَجَع َلْمُك ُأَّم ًۭة َٰو ِح َد ًۭة َو َلٰـ ِكن ِّلَيْب ُلَو ْمُك ىِف َم ٓا َء اَتٰى ْمُك ۖ َفٱْس َتِب ُقو۟ا ٱْلَخَٰرْيِت ۚ ىَل ٱِهَّلل َم ْر ِج ُع ْمُك‬
‫ِإ‬
٤٨ ‫ِمَج يًۭع ا َفُيَنِّب ُئمُك ِبَم ا ُكنْمُت ِف يِه ْخَت َتِلُفوَن‬
Tafsirnya:

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya
dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli
Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau
mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan)
suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah
menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu),
tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu.
Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada
Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu
berselisihan padanya.” (Prof Andi Galigo,2013)

11
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:169
iii. Berbuat baik kepada jiran12

Firman Allah subhanahu Wa Ta’ala di dalam surah Muhammad ayat 22-23

٢٢ ‫َفَهْل َع َس ْيْمُت ن َتَو َّلْي ْمُت َأن ُتْفِس ُد و۟ا ىِف ٱَأْلْر ِض َو ُتَقِّط ُع ٓو۟ا َأْر َح اَم ْمُك‬
‫ٱ‬ ‫ٱ‬ ‫ِإ‬
٢٣ ‫ُأ۟و َلٰٓـِئَك ِذَّل يَن َلَع ُهَنُم ُهَّلل َفَأَّمَص ُهْم َو َأَمْع ٰٓى َأْبَص ٰـَر ْمُه‬

Tafsirnya:

“Maka apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu akan berbuat kerusakan di bumi dan
memutuskan hubungan kekeluargaan?” 22

“Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah; lalu dibuat tuli (pendengarannya) dan
dibutakan penglihatannya.” 23

7.0) Peranan Guru Dalam Bilik Darjah

Kebanyakan Guru Menggunakan Kaedah Yang Sama (Stereotaip) Dalam Pengajaran Iaitu
Bercakap, Menerangkan Atau Menjelaskan Dan Akhir Sekali Memberi Latihan.

Ada tiga kategori guru:

1. Kategori 1 : SETEROTAIP (KAEDAH YANG SAMA)


Guna Kaedah Pengajaran & Pembelajaran yang sama.
2. Kategori 2 : SETEROTAIP & KADANGKALA ADA PERUBAHAN
Guna Kaedah Pengajaran & Pembelajaran yang sama tetapi kadang-kadang
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza.
3. Kategori 3 : BERLAKU PERUBAHAN TETAPI AKHIRNYA SETEROTAIP
12
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:11
Guna Kaedah Pengajaran & Pembelajaran yang sama (Tiara Basman, 2013).

8.0) Guru Sebagai Pengajar Yang Baik

Guru sangat berperanan untuk menjadikan murid-murid menjadi aktif di sekolah terutamanya di
dalam bilik darjah. Oleh itu, ada empat asas dalam pengajaran dan pembelajaran yang perlu
dilakukan oleh para guru, antaranya adalah:13

 Guru perlu menggalakkan murid supaya cergas berfikir untuk sentiasa membiasakan
mereka berfikir bukan Sahaja di sekolah, bahkan di luar persekolah dan membiarkan
mereka sentiasa bergerak dengan aktif, dan perkara ini sangat membantu bagi
memberikan tubuh badan yang sihat.
 Guru perlu menggalakkan gaya utama murid.
 Guru perlu mengawasi kegiatan murid di sekolah, iaitu sentiasa memerhatikan murid-
murid agar sentiasa berdisiplin dan ditegur jika ada sebahagian murid yang tidak
berdisiplin.
 Guru perlu ada kemahiran menyebarkan ilmu pengetahuan kerana cara pengajaran sangat
penting bagi penerimaan murid di dalam pembelajaran mereka. Jika guru tidak pandai
mengambil perhatian murid-murid, maka pengajaran dan pembelajaran yang diajarkan
tidak berkesan.14

9.0) Murid Datang Ke Sekolah

Ada beberapa tujuan yang perlu diterapkan di dalam diri murid-murid apabila mereka datang ke
sekolah, antaranya adalah:

 Belajar Hidup Bermasyarakat


Ini dimaksudkan sentiasa memberikan murid-murid untuk sentiasa membiasakan diri
dengan hidup beremah mesra, berkerjasama diantara satu dengan yang lain. Seterusnya

13
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:179
14
Abdul Rahman Abdul Majid Khan, Guru sebagai penyelidik pusat penerbitan, Brunei Darussalam 2013, hlm:16
menghargai perpaduan, berperangai baik, bertolak ansur dan hormat menghormati sesama
murid, dan yang paling penting terhadap guru.
 Mendapat Asas Melengkapkan Diri
Para murid akan sentiasa disediakan agar mereka mempunyai kebolehan bercakap dan
membaca, kebolehan menzahirkan fikiran secara bertulis, kebolehan menghuraikan kata-
kata dan Amanah serta berani berhadapan dengan khalayak ramai.
 Ingin Hidup Bergembira
Murid-murid akan datang ke sekolah jika disana mempunyai pelbagai permaianan atau
keseronokkan yang dapat mengembirakan hati dan fikiran mereka. Oleh itu, di dalam
bilik darjah, murid-murid perlu diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan.
 Ingin Membuat Persiapan Ke Peringkat Pendidikan Tinggi
Antara salah satu tujuan murid-murid datang ke sekolah adalah untuk mempersiapkan
diri bagi menuju ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu, Guru perlu membantu murid-
murid supaya menggunakan kelengkapan asas yang sudah mereka perolehi dan memberi
peluang kepada murid-murid bersekolah dengan riang dan gembira.

10.0) Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan

Apa yang dimaksudkan dengan guru berkualiti itu adalah guru yang mempunyai sifat
berdedikasi, inspiratif dan inovatif. Kemudian guru tersebut sudah mahir dan mempunyai
kefahaman yang sangat tinggi dan mendalam tentang subjek atau ilmu pengetahuan yang sudah
sedia ada. Seterusnya, guru berkualiti juga mempunyai sifat yang berpegang teguh kepada etika
professional di dalam profesi perguruan, serta setiap pengajaran dan pembelajarannya mudah
difahami oleh para murid.15

Selain itu juga, untuk menjadi guru yang berkualiti perlu ada ilmu pengetahuan kerana tanpa ada
ilmu pengetahuan, maka akan sia-sia pengajaran yang disampaikan oleh guru tersebut. Oleh itu,
ilmu pengetahuan ini sangat penting di dalam kehidupan seharian, dan bahkan umat Islam sudah
diwajibkan untuk menimba ilmu. Selain itu juga, dengan adanya ilmu pengetahuan, maka akan

15
Abdul Rahman Abdul Majid Khan, Guru sebagai penyelidik pusat penerbitan, Brunei Darussalam 2013, hlm:16
mudah bagi seseorang membantu dirinya atau murid-murid mendapatkan kejayaan dunia dan
akhirat.

Manakala transformasi pendidikan adalah proses perubahan dalam sistem pendidikan Negara
Brunei Darussalam yang menerapkan prinsip Maqasid Syariah. Penekanan terhadap
Pembangunan guru dan pendidikan berperanan penting dalam membentuk Masyarakat yang
maju dan berdaya saing (Tiara Basman, 2013).

11.0) Kesimpulan

(Tiara Basman, 2013) Guru boleh disifatkan sebagai pelita ummah. Tanpa guru, ummah akan
berada dalam kegelapan. Guru yang banyak berperanan memandu anak bangsa kejalan yang
boleh memberikan kesempurnaan kehidupan di dunia dan akhirat. Dalam erti kata yang lain,
guru berfungsi sebagai agen pembentuk bangsa daripada masa hadapan, baik atau buruknya anak
bangsa yang terbentuk itu, banyak bergantung kepada sejuah mana penghayatan terhadap
peranan guru tersebut dapat merealisasikan tujuan sebenar jin dan manusia itu diciptakan iaitu
semata-mata untuk menyembah dan mengabdikan diri kepada Allahu Subhanahu Wa Ta’ala.
Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Ad-Dzhariyat ayat 56:

‫ٱ ٱ‬
‫َو َم ا َخ َلْقُت ْلِج َّن َو نَس اَّل ِلَيْع ُبُد وِن‬
‫ِإْل ِإ‬
Tafsirnya: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu, selain menyembahKu”.16

16
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:22
RUJUKAN

1. Tiara Basman. 2013. Melestarikan Aspek Kerohanian Dalam Profesion Perguruan

Ugama, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam.

2. Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2019, Guru Sebagai Penyelidik, Pusat Penerbitan,

Brunei Darussalam.

3. Ghazali Basri, 2008, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep & Aplikasi, Pusat

Penerbitan, Brunei Darussalam.

4. Raja Ahmad Shalaby, 2004, Tokoh-tokoh Guru Nusantara, watan, Malaysian.

5. Mok Soon Sang, 2009, Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Watan, Malaysia.

6. Professor Abdul Rahim Mohd Saad, Peranan Teknologi Pendidikan kea rah

kecemerlangan dalam pendidikan, Malaysia, 1998.

7. Omaardin Haji Ashaari, Peranan tugas dan tanggungjawab di Sekolah, Malaysia, 1998.

Anda mungkin juga menyukai