Anda di halaman 1dari 14

PD 12301

ASAS PEDAGOGI PERGURUAN UGAMA

ANALISIS MOTIVASI DAN KECENDERUNGAN BAKAL-BAKAL GURU

KUPU SB

23BS047 HAJI MOHD RUDZAINI BIN HAJI MOHAMAD

FAKULTI PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA MUDA PERGURUAN UGAMA-

PENDIDIKAN ISLAM

SEMESTER 1

SESI 2022/2023

KOLEJ UNIVERSITI PERGURUAN UGAMA SERI BEGAWAN


Isi Kandungan

1.0) PENGENALAN..................................................................................................................2

2.0) PENGERTIAN MOTIVASI..................................................................................................3

3.0) PENGERTIAN KECENDERUNGAN.................................................................................4

4.0) PENDIDIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM................................................................4

5.0) GURU PROFESION MULIA...............................................................................................6

6.0) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU........................................................................8

7.0) SIFAT YANG PERLU ADA PADA SEORANG GURU....................................................11

8.0) KESIMPULAN.....................................................................................................................13
1.0) PENGENALAN

Guru merupakan salah satu tunggak utama dalam pelaksanaan pendidikan. Dalam perspektif
Islam, pendiidkan dilihat sebagai satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran
dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi mmebentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk
membangun diri sendiri, Masyarakat, alam sekitar dan negara kearah mencapai kebaikan di
dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Pendidikan dari sudut Islam dilihat sebagai menyatupadukan semua ilmu pengetahuan dibawah
pengendalian al-quran dan As-sunnah yang merupakan teras di dalam pendidikan dan
kebudayaan Islam.

Walaubagaimanapun, guru jugak adalah unsur yang amat penting dalam dunia pendidikan dan
mempunyai pengaruh yang besar terhadap keberkesanan sesuatu pendidikan. Keperibadian dan
amalan pengajaran guru mempunyai pengaruh yang besar kepada minda jiwa pelajar. Pada usia
muda ini mereka akan melihat dan mengikuti segala tingkah laku, pergerakkan dan perkataam
guru. Murid akan lebih kuat terpengaruh dengan sikap dan penampilan guru berbanding dengan
orang lain. Apatah lagi masa murid banyak dihabiskan dengan guru. Oleh itu, guru sewajarnya
memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum memperbaiki anak muridnya.1

1
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:158
2.0) PENGERTIAN MOTIVASI

Motivasi bermaksud dorongan, daya penggerak atau kekuatan yang menyebabkan


berlakunya sesuatu perbuatan. Motivasi juga dapat dilihat untuk mencapai kejayaan pada
berbagai segi kehidupan melalui peningkatan kemampuan dan kemahuan. 2

3.0) PENGERTIAN KECENDERUNGAN

Kecenderungan bermaksud minat atau kesukaan untuk membuat sesuatu perkara.


Kecenderungan berada dalam kelas nomina atau kata benda. Dengan begitu, maka kata ini bisa
digunakan untuk mengungkapkan nama seseorang, tempat, benda, dan segala hal yang
dibendakan.3

4.0) PENDIDIK MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Terdapat sekurang-kurangnya lima komponen yang menjadi ciri guru ugama iaitu mudarris,
muaddib, murabbi, mursyid dan Mu’allim yang dikenali sebagai 5M.
i. Mudarris
Perkataan mudarris bermaksud pengajar yang berasal daripada kata kerja ‫ درس‬atau ‫تدريس‬
yang bermaksud mengajar.

Konsep mudarris merujuk kepada ciri pengajar yang berkesan yang melibatkan aspek
pengajaran dan pembelajaran bermula daripada persediaan mengajar sehingga kepada proses
P & P dan akhirnya penilaian kendiri.

Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid.
Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham.
Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

ii. Muaddib
2
Raja Ahmad Shalaby, Tokoh-tokoh Guru Nusantara, watan, Malaysian 2004, hlm:3

3
Raja Ahmad Shalaby, Tokoh-tokoh Guru Nusantara, watan, Malaysian 2004, hlm:3
Perkataan muaddib boleh diterjamahkan sebagai pembentuk adab yang bermaksud penyucian
atau berihkan seseorang daripada kekotoran. Konsep ta’adib merupakan proses mengasuh,
mendidik, membentuk, membimbing, menanam, menyuci , menitis dan menyuburkan akhlak
mulia dalam pembinaan dan Pembangunan diri insan. Ta’dib juga meliputi proses
pembentukan akhlak, disiplin, tingkah laku, sahsiah dan seluruh adab sopan seseorang insan.
Oleh itu, ta’dib bertujuan untuk membentuk dan mengembangkan insan supaya menjadi
muslim yang berilmu, beramal, soleh dan beriperibadi mulia kea rah melengkapkan diri
sebagai hamba Allah yang bertaqwa.

iii. Murabbi
Perkataan murabbi daripada kata kerja membesar, memelihara, memberi makan dan
mendidik supaya berakhlak mulia.

Konsep tarbiah ialah proses menjaga, membesarkan, mencurahkan kasih saying, mendidik,
mengajar, menyubur dan memelihara fitrah kanak-kanak serta memupuk bakat dan
kebolehan yang wujud dalam diri mereka dengan dorongan yang beransur-ansur agar dapat
berkembang dengan baik selaras dengan kematangan yang dilalui oleh kanak-kanak tersebut.

Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk


keperinadian, sikap dan tabiat anak didiknya.4

iv. Mursyid
Perkataan Mursyid bermaksud pemberi petunjuk. Konsep irsyad ialah proses memberi
arahan, aduan, bimbingan dan petunjuk serta menjaga, mengikuti, menasihati dan memimpin
ke jalan yang benar.

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar, terutamanya dalam
bidang kerohanian. Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab
memimpin dan membimbing perjalan Rohani murid untuk sampai kepada Allah Subhanahu
Wa Ta’ala dalam proses tarbiyyah yang teratur. Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar
dari sudut Zahir yakni syariat dan makna yakni batin.

4
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:169
v. Mu’allim

Mu’allim bererti guru yang bermaksud mengajar secara berperingkat-peringkat. Proses Al-
Ta’lim memerlukan masa yang Panjang dan dilaksanakan berperingkat-peringkat atau
perlukan ulangan yang berulang kaji.

Konsep ta’lim boleh ditakrifkan sebagai satu proses pemberitahuan, pengajaran, pemindahan
dan penyampaian maklumat dan ilmu pengetahuan daripada seorang guru kepada pelajarnya.
Ilmu pengetahuan itu pula bersumberkan wahyu Allah Subhanahu Wa Ta’ala. 5

Seorang Mu’allim lebih menumpukan ilmu akal. Sebagai guru yang bersifat Mu’allim, isi
kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nila-nilai
murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

5.0) GURU PROFESION MULIA

Guru merupakan salah satu tunggak utama dalam pelaksanaan pendidikan. Dalam
perspektif Islam, pendidikan dilihat sebagai satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-sunnah bagi membentuk sikap,
kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangun diri sendiri, Masyarakat, alam sekitar dan negara kea rah
mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.

Pendidikan dari sudut Islam dilihat sebagai menyatupadukan semua ilmu pengetahuan di bawah
pengendalian al-quran dan as-sunnah yang merupakan teras di dalam pendidikan dan
kebudayaan Islam.

Guru berperanan besar dan penting dalam mendidik dan mengasuh anak bangsa agar dapat
mengenal baik dan buruk, dosa dan pahala, halal dan haram seterusnya memimpin mereka ke
jalan yang diredhai Allah Subhanahu Wa Ta’ala, Bahagia di dunia dan akhirat dan masuk ke
dalam Syurga.6
5
Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep & Aplikasi, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam, 2008,
hlm: 80
6
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:4
Profesion guru adalah satu profesion yang mulia, ianya adalah profesion yang telah dipikul oleh
para Nabi, sebagaimana doa Nabi Ibrahim alaihissalam bagi negeri Mekah al-Mukarramah dan
penduduknya dalam firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Al-Baqarah ayat 129:

‫َر َّبَنا َو اْبَع ْث ِف ِهْي ْم َر ُس ْو اًل ِّم ُهْنْم َيْتُلْو ا َعَلِهْي ْم ٰا ٰيِتَك َو ُيَع ِّلُم ُهُم اْلِكٰت َب َو اْلِح َمْكَة َو ُيَز ِّك ِهْي ْم ۗ ِا َّنَك‬

‫َاْنَت اْلَع ِزْيُز اْلَح ِكُمْي‬


Tafsirnya:

“Wahai Tuhan kami, utuslah kepada mereka seorang rasul dari kalangan mereka sendiri, yang
akan membacakan kepada mereka ayat-ayat (firman) serta hikmah kebajiksanaan dan
membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang
Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”

Kedudukan guru juga di dalam al-Quran dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

‫َاُّيَهُّيا اِذَّل ْيَن ٰا َم ُنْٓوا ِاَذ ا ِق ْيَل َلْمُك َتَفَّس ُح ْو ا ىِف اْلَم ٰج ِلِس َفاْفَس ُح ْو ا َيْفَس ِح اُهّٰلل َلْۚمُك َو ِا َذ ا ِق ْيَل اْنُزُش ْو ا‬
‫َفاْنُزُش ْو ا َيْر َفِع اُهّٰلل اِذَّل ْيَن ٰا َم ُنْو ا ِم ْنْۙمُك َو اِذَّل ْيَن ُاْو ُتوا اْلِع َمْل َد َر ٰج ٍۗت َو اُهّٰلل ِبَم ا َتْع َم ُلْو َن َخِبٌرْي‬
Tafsirnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat
duduk kamu (untuk orang lain), maka lapangkanlah seboleh-bolehnya, supaya Allah
melapangkan (serba-serbinya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,
supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah) Allah
Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”7

7
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:5
Guru juga adalah sebagai pewaris para nabi sebagaimana hadith Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi
Wassalam:

‫العلامء ورثه الانبياء‬


Maksudnya:

“Ulama (guru-guru) pewaris para Nabi”

(Hadith Riwayat Abu Daud)

6.0) TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU

Menyebarkan ilmu pengetahuan

Menyebarkan ilmu pengetahuan adalah di antara tugas utama para guru setelah menguasaiilmu
pengetahuan berkenaan, berdasarkan kepada ilmu penegtahuan tersebut akan mendatangkan
manfaat yang besar untuk kehidupan dunia dan akhirat seterusnya mengamalkan dan
mempraktikkannya akan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah At-Taubah ayat 122:

‫َو َم ا اَك َن اْلُم ْؤ ِم ُنْو َن ِلَيْنِفُر ْو ا ۤاَكَّفًۗة َفَلْو اَل َنَفَر ِم ْن ِّلُك ِف ْر َقٍة ِّم ُهْنْم َط ۤا َفٌة ِّلَيَتَفَّقُهْو ا ىِف اِّدل ْيِن َو ِلُيْنِذ ُرْو ا‬
‫ِٕى‬
ࣖ ‫َقْو َم ُهْم ِا َذ ا َر َجُع ْٓوا ِا َلِهْي ْم َلَع َّلُهْم ْحَي َذ ُرْو َن‬
Tafsirnya:

“dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang),
oleh itu hendaklah keluar sebahagian Sahaja daripada tiap-tiap puak di antara kamu, supaya
orang-orang yang tinggalitu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam ugama, dan
supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu Kembali
kepada mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).8

8
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:6
Manakala, di dalam hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassalam:

Maksudnya : “Dari Abu Bukrah Radhiallahu anhu berkata Rasulullah shallallahu ‘Alaihi
Wassalam bersabda: ingatlah! Hendaknya yang hadir ini menyampaikan kepada yang tidak hadir,
mungkin orang yang diberi tahu akan lebih ingat (menyedari) daripada yang mendengar” (Hadith
Riwayat Al-Baihaqi)9

Mendidik dan mengasuh

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wassalam dalam dakwahnya selama 23 tahun iaitu 13 tahun di
Makkah dan 10 tahun di Madinah. Telah berjaya mendidik dan mengasuh anak bangsanya
berubah kepada:

i. Beriman kepada Allah

Firman Allah subhanahu Wa Ta’ala di dalam surah al-ikhlas:

Tafsirnya:

“katakanlah (wahai Muhammad): Tuhan ku ialah Allah yang maha Esa. Allah yang
menjadikan tumpuan sekalian Makhluk untuk memohon segala hajat. Ia tidak beranak, dan
tidak pula diperanakkan, dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya”

ii. Berbuat kebaikan

Firman Allah subhanahu Wa Ta’ala di dalam surah Al-Ma’idah ayat 48:

‫َو َأنَز ْلَنٓا َلْي َك ٱْلِكَتٰـ َب ِبٱْلَحِّق ُم َص ِّد ًۭقا ِّلَم ا َبَنْي َيَد ْيِه ِم َن ٱْلِكَتٰـ ِب َو ُم َهْي ِم ًنا َعَلْي ِه ۖ َفٱْح مُك َبْيُهَنم ِبَم ٓا‬
‫ِإ‬
‫َأنَز َل ٱُهَّلل ۖ َو اَل َتَّتِب ْع َأْه َو ٓاَء ْمُه َّمَعا َج ٓاَء َك ِم َن ٱْلَحِّق ۚ ِلٍّۢلُك َجَع ْلَنا ِم نْمُك ْرِش َعًۭة َو ِم َهْناًۭج اۚ َو َلْو َش َءٓا‬

9
Ghazali Basri, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep & Aplikasi, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam, 2008,
hlm: 56
‫ٱُهَّلل َلَجَع َلْمُك ُأَّم ًۭة َٰو ِح َد ًۭة َو َلٰـ ِكن ِّلَيْب ُلَو ْمُك ىِف َم ٓا َء اَتٰى ْمُك ۖ َفٱْس َتِب ُقو۟ا ٱْلَخَٰرْيِت ۚ ىَل ٱِهَّلل َم ْر ِج ُع ْمُك‬
‫ِإ‬
٤٨ ‫ِمَج يًۭع ا َفُيَنِّب ُئمُك ِبَم ا ُكنْمُت ِف يِه ْخَت َتِلُفوَن‬
Tafsirnya:

“Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa
kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya
dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli
Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau
mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang
kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan
(tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau
Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang
satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan
kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal
soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu
kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”

iii. Berbuat baik kepada jiran10

Firman Allah subhanahu Wa Ta’ala di dalam surah Muhammad ayat 22-23

٢٢ ‫َفَهْل َع َس ْيْمُت ن َتَو َّلْي ْمُت َأن ُتْف ِس ُد و۟ا ىِف ٱَأْلْر ِض َو ُتَقِّط ُع ٓو۟ا َأْر َح اَم ْمُك‬
‫ِإ‬
٢٣ ‫ُأ۟و َلٰٓـِئَك ٱِذَّل يَن َلَع ُهَنُم ٱُهَّلل َفَأَّمَصُهْم َو َأَمْع ٰٓى َأْبَص ٰـ َر ْمُه‬

Tafsirnya:
10
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:11
“Maka apakah sekiranya kamu berkuasa, kamu akan berbuat kerusakan di bumi dan
memutuskan hubungan kekeluargaan?” 22

“Mereka itulah orang-orang yang dikutuk Allah; lalu dibuat tuli (pendengarannya) dan
dibutakan penglihatannya.” 23

7.0) SIFAT YANG PERLU ADA PADA SEORANG GURU

i. Taqwa
Taqwa ialah patuh dan taat kepada Allah subhanahu Wa ta’ala dengan hati dan perlakuan
dengan melaksanakan semua suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya yang kemudian
akan mendorong untuk sentiasa berpegang dan mengamalkan nilai-nilai dan perbuatan-
perbuatan baik dan murni. Kemuliaan seorang guru akan banyak bergantung kepada
ketinggian sifat ketaqwaanNya.

Dalil Al-Quran Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

Tafsirnya: “sesungguhnya semulia-mulia kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa
diantara kamu”

ii. Sabar
Sifat Sabar adalah penting dalam profession guru. Seorang guru, akan berdepan dengan
pelbagai masalah yang perlu diselesaikan sama ada masalah Pelajaran disebabkan oleh
pengaruh-pengaruh yang menyebabkan pelajar-pelajar kurang berminat untuk berlajar
ataupun masalah akhlak dan disiplin. Hanya guru yang sabar Sahaja akan berjaya melahirkan
pelajar-pelajar yang baik.11

Sifat sabar adalah sebahagian daripada iman. Sepertimana dalam hadith Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wassalam yang bermaksud “sabar sebahagian daripada iman” (Hadith
Riwayat Al-Baihaqi)

iii. Ikhlas

11
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:12
Ikhlas adalah sifat hati, segala sesuatu pekerjaan, perbuatan atau kegiatan diniatkan untuk
memperolehi keredhaan Allah subhanahu Wa Ta’ala. Guru yang Ikhlas tidak akan
memandang ganjaran material, kemewahan dan kesenangan sebagai motif utama ia bekerja.
Sifat ini sangat penting kerana ia akan menentukan taahap prestasi dan mutu penghasilan
sesuatu pekerjaan yang di buat.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah At-Taubah ayat 105:

Tafsirnya:

“Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin
akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang
Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang
telah kamu kerjakan.”

iv. Amanah
Amanah tidak akan tertunai melainkan dengan mencapai hasil yang memuaskan pihak yang
mengamanahkan. Pekerjaan yang dilakukan “asal siap Sahaja” dan tidak mencapai tahap
hasil yang dikehendaki setentunya Amanah yang diberikan itu tidak tertunai. Dalam konteks
perguruan, Amanah yang perlu ditunaikan ialah pelajar-pelajar berkenaan menjadi pandai dan
memperolehi ilmu pengetahuan.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam surah An-Nisa ayat 58:

Tafsirnya:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara
manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan
(suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya
Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”12

v. Bertanggungjawab

12
Abdul Rahman Abdul Majid Khan, Guru Sebagai Penyelidik, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam, 2019, hlm: 79
Tugas seorang guru, jika dikaitkan dengan tujuan Allah Subhanahu Wa Ta’ala menciptakan
jin dan manusia semata-mata menyembah dan mengabdikan diri kepadaNya, menjadi suatu
tugas yang bukan mudah. Ringkasnya, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
membentuk anak bangsa hamba Allah yang taat sebagai Amanah yang mesti di pikul oleh
para guru.13

8.0) KESIMPULAN

Guru boleh disifatkan sebagai pelita ummah. Tanpa guru, ummah akan berada dalam kegelapan.
Guru yang banyak berperanan memandu anak bangsa kejalan yang boleh memberikan
kesempurnaan kehidupan di dunia dan akhirat. Dalam erti kata yang lain, guru berfungsi sebagai
agen pembentuk bangsa daripada masa hadapan, baik atau buruknya anak bangsa yang terbentuk
itu, banyak bergantung kepada sejuah mana penghayatan terhadap peranan guru tersebut dapat
merealisasikan tujuan sebenar jin dan manusia itu diciptakan iaitu semata-mata untuk
menyembah dan mengabdikan diri kepada Allahu Subhanahu Wa Ta’ala. Sebagaimana Firman
Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Ad-Dzhariyat ayat 56:

Tafsirnya: “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia itu, selain menyembahKu”.14

RUJUKAN
13
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:17
14
Tiara Basman, Melestarikan Aspek Kerohanian dalam profesion perguruan ugama, pusat penerbitan, Brunei
Darussalam 2013, hlm:22
1. Tiara Basman. 2013. Melestarikan Aspek Kerohanian Dalam Profesion Perguruan
Ugama, Pusat Penerbitan, Brunei Darussalam.
2. Abdul Rahman Abdul Majid Khan, 2019, Guru Sebagai Penyelidik, Pusat Penerbitan,
Brunei Darussalam.
3. Ghazali Basri, 2008, Falsafah Pendidikan Islam Huraian Konsep & Aplikasi, Pusat
Penerbitan, Brunei Darussalam.
4. Raja Ahmad Shalaby, 2004, Tokoh-tokoh Guru Nusantara, watan, Malaysian.
5. Mok Soon Sang, 2009, Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Watan, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai