Anda di halaman 1dari 22

Kod dan Nama Kursus:

LMCW 2022 / PENGURUSAN DAN ANALITIK DATA

Tajuk Tugasan Laporan Akhir:

STATISTIK JANGKITAN HIV DI MALAYSIA TAHUN 1997-2012

Nama dan No Matrik:

Puteri Nur Aisyah Shahlia binti Mohd Shahlan (K) (A176530)

Vilasini A/P Komurassamy (A175332)

Muhammad Ammar Arif bin Azhar (A175758)

Nur Hazirah binti Zainal Abidin (A176140)

Nur Atiqah binti Kamarulanuar (A177144)

Nama Pensyarah:

Dr. Ahmad Rizal bin Mohd Yusof

Sesi:

Semester 2 – 2020/2021
PENGENALAN

Berdasarkan laman web rasmi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Amerika
Syarikat (CDC) jangkitan HIV pada manusia berasal dari sejenis simpanse di Afrika
Tengah. Virus versi cimpanzi (disebut virus imunodefisiensi simian, atau SIV)
mungkin ditularkan kepada manusia ketika manusia memburu cimpanzi untuk daging
dan bersentuhan dengan darah mereka yang telah dijangkiti. Kajian menunjukkan
bahawa HIV mungkin telah merebak dari cimpanzi ke manusia sejak akhir tahun
1800-an. Selama beberapa dekad, HIV perlahan-lahan merebak ke seluruh Afrika dan
kemudian ke bahagian lain di dunia.
Sejak tahun 1986 ketika kes HIV pertama muncul di Malaysia, Human
Immunodeficiency Virus (HIV) atau jangkitan pemusnah daya ketahanan telah
menjadi salah satu cabaran kesihatan dan pembangunan yang paling serius di negara
ini. Pada awal wabak, pengguna ubat suntikan adalah faktor utama yang memetakan
grafik dengan pesat kerana tindak balas negara lebih memfokuskan diri pada
kesedaran dan pengesanan awal. Sekiranya HIV tidak dirawat, boleh melarat menjadi
AIDS (sindrom kurang daya ketahanan melawan penyakit). Buat masa ini, belum ada
penawar yang ditemui lagi. Setelah terdapat individu yang mendapat HIV, mereka
menghidapinya seumur hidup. Tetapi dengan rawatan perubatan yang betul, HIV
dapat dikawal. Pesakit HIV yang mendapat rawatan HIV yang berkesan dapat
menjalani kehidupan yang panjang dan sihat dan melindungi pasangannya.
Sumber yang dipetik daripada UNAIDS pada tahun 2010 menyebut hampir
98% wanita yang dijangkiti HIV/AIDS tinggal di negara yang sedang membangun
dan dalam kalangan negara maju kadar jangkitan wanitanya meningkat melalui
hubungan heteroseksual. Walaupun golongan lelaki yang menjadi punca penyebaran
penyakit HIV/AIDS ini akan tetapi golongan wanita dua kali ganda mudah dijangkiti
dengan penyakit ini melalui beberapa faktor sosiobudaya dan sosioekonomi.
Antaranya ialah budaya masyarakat yang menjurus ke arah sistem patriarki yang
membenarkan pembuatan keputusan dan pemberian kuasa sepenuhnya atau banyak
kepada golongan lelaki membuatkan golongan wanita tidak ada kuasa untuk membuat
sebarang keputusan. Misalnya, aktiviti pemerdagangan seks berleluasa dalam
kalangan wanita yang dipaksa untuk menjual diri mereka bagi meneruskan
kelangsungan hidup yang tersempit kerana paras kemiskinan kehidupan membuatkan
mereka terpaksa akur akan sistem patriarki. Manakala peningkatan yang dahsyat kes
HIV/AIDS bagi golongan lelaki adalah kerana kekerapan mereka melakukan
hubungan seks sesama lelaki dan hubungan seks dengan ramai wanita menyebabkan
mereka banyak mengidap HIV/AIDS.
Menurut laporan Mahani Ishak (2019), faktor risiko jangkitan HIV telah
menunjukkan satu perubahan yang ketara untuk tren lima tahun kebelakangan ini iaitu
peningkatan kes HIV disebabkan oleh hubungan lelaki sesama lelaki (MSM),
berbanding 10 hingga 15 tahun sebelumnya akibat penyalahgunaan dadah.
Sememangnya perbuatan hubungan kelamin antara lelaki dan lelaki merupakan suatu
fenomena sosial yang dilarang oleh agama dan juga adat budaya masyarakat setempat
sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran melalui surah Asy-Syu’araa’, ayat 165 dan
166 yang menyebutkan bahawa perbuatan hubungan sejenis adalah melampaui batas
dan dimungkari oleh Allah SWT. Tingkah laku ini boleh dikategorikan sebagai
tingkah laku sosial yang songsang atau dikenali sebagai devians.
Hubungan manusia dan masyarakatnya berlaku dengan tercetusnya peluang
komunikasi

SUMBER DATA
Kursus ini memerlukan perbincangan dalam menganalisa data mentah atau dikenali
sebagai data sekunder. Hasil daripada perbincangan kumpulan kami telah menyokong
sebulat suara untuk memilih tajuk statistik jangkitan HIV di Malaysia pada tahun
1997- 2012 untuk dianalisa. Data untuk kajian ini diperolehi daripada pangkalan data,
laman web Malaysian AIDS Council (MAC). Malaysian AIDS Council (MAC)
ditubuhkan pada tahun 1992 untuk berfungsi sebagai organisasi untuk menyokong dan
menyelaraskan usaha badan bukan kerajaan dan organisasi lain yang bekerja dalam
isu HIV/AIDS di Malaysia. MAC bekerjasama dengan agensi kerajaan, sektor swasta
dan organisasi antarabangsa untuk memastikan tindak balas yang komited dan
berkesan terhadap isu HIV/AIDS di Malaysia. Data untuk kajian ini diperolehi dengan
meneliti laporan tahunan mengenai perkembangan HIV di Malaysia yang diterbitkan
oleh MAC. MAC memperoleh data daripada sektor HIV/ STI, Bahagian Kawalan
Penyakit, Kementerian Kesihatan. Data ini merupakan data sekunder utama yang
digunakan bagi menganalisis statistik jangkitan HIV di Malaysia. Dari segi pencarian
data mentah dan data sekunder, pengkaji dapat mengetahui cara mengenalpasti data
yang diperlukan bagi tugasan ini. Dalam proses pencarian dan penggunaan data
mentah semua ahli kumpulan bekerjasama dalam meningkatkan kesefahaman dan
dapat mempersembahkan data dengan jelas dalam bentuk jadual atau graf.
JENIS DATA
JANGKITAN HIV
TAHUN
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
1997 3727 197 3924
1998 4327 297 4624
1999 4312 380 4692
2000 4626 481 5107
2001 5472 466 5938
2002 6349 629 6978
2003 6083 673 6756
2004 5731 696 6427
2005 5383 737 6120
2006 4955 875 5830
2007 3804 745 4549
2008 2988 704 3692
2009 2527 553 3080
2010 2984 668 3652
2011 2744 735 3479
2012 2704 734 3438
JUMLAH 68 716 9570 78 286
Sumber: HIV/STI Sector, Division of Disease Control, Ministry of Health Malaysia

Data yang digunakan dalam laporan ini menggunakan jenis data berstruktur
(kuantitatif). Selain itu, jenis data ini mempunyai organisasi yang paling tersusun serta
bentuk data yang paling mudah dan hampir siap untuk dianalisis. Seterusnya, data
jenis ini juga dipersembahkan dalam bentuk jadual dengan lajur dan baris serta data
ini juga dibahagikan kepada dua bahagian iaitu diskret dan selanjar. Pada bahagian
lajur terdapat jangkitan HIV dan baris terdapat tahun sebanyak 16 tahun. Data
berstruktur ini merupakan pada bahagian diskret yang mempunyai sukatan data
tertentu yang mana hanya mengambil nilai integer sahaja. Disamping itu, data diskret
ini adalah pada jenis bilangan dimana data jenis ini terbahagi kepada berangka yang
merupakan data bilangan dan kategori yang dikelaskan kepada nominal dan ordinal.
Data diskret digunakan di atas merupakan kategori nominal iaitu data tidak
mempunyai jujukan tetapi hanya membezakan sub kategori secara kualitatif serta data
boleh dikategorikan dengan label tertentu. Data ini yang tersusun memudahkan untuk
difahami serta dianalisis dengan baik.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji jumlah dan nilai min jangkitan HIV antara jantina di Malaysia pada
tahun 1997-2012
2. Membandingkan penyebaran jangkitan baru oleh kumpulan umur mengikut tahun
antara tahun 1997-2012
3. Menganalisis trend penyebaran jangkitan HIV mengikut kaedah penularan di
Malaysia pada tahun 1997-2012

METODOLOGI ANALISIS DATA


Metodologi kajian adalah kaedah dan teknik-teknik yang digunakan untuk
mengumpul dan menganalisis bukti atau data dalam sesebuah kajian. Menurut Kamus
Dewan (2005), metodologi kajian merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan
prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Metodologi kajian juga
biasanya melibatkan konsep seperti model teori, fasa, teknik kuantitatif atau kualitatif
dan lain-lain. Tujuan metodologi kajian digunakan adalah untuk membolehkan data
kajian lebih mudah dibaca dan difahami. Menurut Cohen dan Manion (1996), kaedah
kajian adalah kaedah yang digunakan dalam penyelidikan bagi mengumpul data.

Analisis data adalah salah satu proses penyelidikan yang dilakukan setelah semua data
yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah kajian diperoleh sepenuhnya. Tujuan
utama analisis deskriptif adalah untuk merumuskan data dengan cara yang jelas dan
mudah difahami (Nora Muda & Faridatulazna Shahabuddin). Ketajaman dan akurasi
dalam penggunaan alat analisis sangat menentukan ketepatan kesimpulan untuk
sebahagian besar fenomena sosial tersebut. Oleh itu, aktiviti analisis data adalah
aktiviti yang tidak patut dianggap remeh dalam proses penyelidikan. Teknik analisis
deskriptif biasanya merangkumi susunan jadual min dan kuantil, ukuran taburan
seperti varians atau sisihan piawai, dan tabulasi silang atau "taburan" yang dapat
digunakan untuk memeriksa banyak hipotesis yang berbeza. Hipotesis tersebut sering
mengenai perbezaan yang diperhatikan di antara subkumpulan. Jadual kaedah
mengikut subkumpulan dapat menunjukkan penting perbezaan antara subkumpulan,
dan analisis deskriptif semacam ini biasanya membawa kepada kesimpulan kausal.

Dalam kajian ini, analisis deskriptif akan dilakukan dengan menggunakan dua kaedah
iaitu analisis deskriptif berangka dan analisis deskriptif bergraf. Perisian yang
digunakan dalam menyediakan dan menganalisis data adalah perisian Microsoft Excel
365. Salah satu kelebihan terbesar Excel adalah fungsi utamanya iaitu keupayaan
menyusun sejumlah besar data ke dalam spreadsheet dan carta logik yang teratur.
Data pengkaji yang telah tersusun akan jauh lebih mudah untuk dianalisis terutamanya
apabila digunakan untuk membuat grafik dan perwakilan data visual yang lain. Lebih-
lebih lagi, perisian ini telah pun mempunyai formula dan template grafik yang sedia
ada. Namun demikian masih bergantung kepada kemahiran pengkaji untuk
memanfaatkannya.

ANALISIS DESKRIPTIF BERANGKA


Analisis deskriptif berangka akan meringkaskan data yang telah dikategorikan dalam
satu nilai bagi menggambarkan sukatan memusat dan taburan data. Analisis deskriptif
berangka yang akan digunakan adalah nilai min dan sisihan piawai. Min ialah purata
sesuatu data manakala sisihan piawai pula memberikan kepadatan dan penyebaran
sesuatu set data. Tujuan utama kaedah ini dipilih kerana ianya dapat meringkaskan
data yang diperoleh dengan hanya menggunakan satu nilai yang boleh
menggambarkan purata dan pusat lokasi data mentah tersebut.

Objektif pertama adalah mengkaji jumlah dan nilai min kes positif jangkitan
HIV antara jantina di Malaysia dari tahun 1997 hingga 2012. Kajian ini akan
menganalisis jumlah dan nilai min tahunan. Di mana pengkaji akan melihat setiap
data mentah yang diperolehi akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam perisian
Microsoft Excel 2016 bertujuan bagi pengumpulan dan penganalisis data. Hasil
daripada keseluruhan analisis akan dapat dilihat bahawa tahun akan menggambarkan
purata jumlah dan nilai min jangkitan HIV diantara jantina yang menunjukkan taburan
kes positif jangkitan HIV antara tahun 1997 hingga 2012 di Malaysia.

Seterusnya, objektif kedua adalah membandingkan penyebaran jangkitan baru


mengikut kumpulan umur dari tahun 1997 sehingga tahun 2012 di Malaysia.
Penggunaan teknik analisis data adalah dengan mengira nilai min bagi menentukan
hubungan antara penyebaran jangkitan baru dengan kumpulan umur. Nilai min akan
digunakan bagi melihat perbandingan kedua – dua set data.

Objektif ketiga pula ialah menganalisis trend penyebaran jangkitan HIV


mengikut kaedah penularan yang ada di Malaysia. Penggunaan hasil tambah data pada
setiap trend penyebaran jangkitan HIV dari tahun 1997 sehingga 2012 akan digunakan
bagi memenuhi hasil keseluruhan jumlah data. Ia bertujuan untuk membuat
perbandingan jumlah data kes yang telah direkodkan sekitar tahun 1997 sehingga
2012. Hasilnya akan dapat dilihat trend penyebaran jangkitan HIV mengikut kaedah
penularan dalam mencatatkan kaedah penularan yang paling tinggi diantara tahun
1997 sehingga tahun 2012.

ANALISIS DESKRIPTIF BERGRAF


Statistik deskriptif membentuk komponen utama dari semua analisis data kuantitatif
apabila digabungkan dengan beberapa analisis graf. Kesemua data statistik deskriptif
mewakili ukuran kebolehubahan atau ukuran kecenderungan pusat. Hal ini untuk
membantu memahami makna data yang dianalisis kepada pengkaji mahupun pembaca
melalui jadual, perbincangan umum dan graf. Oleh itu, pengkaji akan melakukan
analisis deskriptif graf dengan menggunakan kaedah visual asas seperti carta garis,
carta luas dan carta berpaksi dua dalam kajian ini. Hal ini dengan tujuan untuk
menampilkan data secara visual dan untuk memungkinkan perbandingan data yang
lebih jelas.

Bagi menganalisis secara deskriptif bergraf untuk objektif pertama, pengkaji


memilih untuk menggunakan graf garis. Berikut untuk mencapai objektif pertama,
pengkaji akan membina graf garis untuk membandingkan jumlah dan nilai min
tahunan kes pesakit HIV antara jantina di Malaysia dari tahun 1997 sehingga tahun
2012. Hal ini demikian terjadi kerana, graf garis adalah lebih bersesuaian untuk
membandingkan nilai satu atau beberapa pembolehubah pada masa yang berbeza atau
untuk melihat trend pembolehubah-pembolehubah tersebut merentas masa.

Seterusnya bagi mencapai objektif kedua, pengkaji memilih untuk


menggunakan carta palang bertindan secara menegak. Carta palang bertindan
merupakan bentuk carta palang biasa yang menilai lebih pembolehubah daripada satu
pemboleh ubah. Setiap bar dalam carta palang biasa dibahagikan kepada sebilangan
sub-bar lalu disusun bertingkat-tingkat mewakili kategori umur untuk
membandingkan penyebaran jangkitan baru mengikut kumpulan umur dari tahun
1997 sehingga tahun 2012 di Malaysia. Dengan menggunakan carta palang bertindan
setiap komposisi kategori umur yang berbeza dapat ditonjolkan untuk membentuk
data keseluruhannya.

Akhir sekali, bagi mencapai objektif yang ketiga, pengkaji memilih untuk
menggunakan menggunakan carta luas. Carta luas adalah lanjutan daripada graf garis,
di mana kawasan di bawah garis diisi. "Garis" sebenarnya satu siri titik, yang
dihubungkan dengan segmen talian. Selain kelihatan sedikit berbeza dari carta garis
biasa, carta luas mempunyai konotasi yang berbeza; Walaupun carta garis mengukur
perubahan antara titik, carta kawasan menekankan isi padu data (Milne, 2003). Oleh
itu dapat membantu untuk menunjukkan trend dan perubahan setiap komposisi
penyebaran jangkitan HIV mengikut kaedah penularan yang ada di Malaysia.

HASIL ANALISIS DATA


Data mentah yang diperoleh bagi menjalankan kajian ini telah dianalisis dengan
menggunakan kaedah analisis deskriptif berangka dan bergraf dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel 2016.
Hasil daripada analisis data berdasarkan objektif pertama iaitu mengkaji jumlah
dan nilai min jangkitan HIV antara jantina di Malaysia pada tahun 1997-2012 di
Malaysia adalah seperti berikut:

TAHUN NILAI MIN

1997 327

1998 385

1999 391

2000 426

2001 495

2002 582

2003 563

2004 536

2005 510

2006 486

2007 379
2008 308

2009 257

2010 304

2011 290

2012 287

Jadual 1: Jumlah dan Min jangkitan HIV antara jantina di Malaysia pada tahun 1997-
2012 di Malaysia

Jadual 1 menunjukkan jumlah dan min bagi statistik jangkitan HIV antara jantina di
Malaysia dari tahun 1997 hingga 2012. Berdasarkan kepada data tersebut, didapati pada
tahun 1997 hingga 1999 mencatatkan nilai min yang terus meningkat iaitu sebanyak 327
kepada 391 min manakala pada tahun 2000 hingga 2002 meningkat secara mendadak
daripada 426 kepada 582 min. Namun begitu, penurunan telah berlaku pada tahun 2003
hingga 2005 iaitu sebanyak 563 kepada 510 min. Pada tahun 2006 hingga 2012 telah
menunjukkan nilai min jangkitan HIV antara jantina di Malaysia terus menurun kemudian
meningkat sedikit dan menurun secara mendadak sebanyak 287 min pada tahun 2012.
Didapati daripada data tersebut pada tahun 2002 telah mencatatkan nilai min yang tertinggi
sebanyak 582 manakala nilai min terendah yang dicatatkan adalah sebanyak 257 pada tahun
2009.

Peningkatan kes pada tahun 2002 sebanyak 582 min adalah perkara yang amat
membimbangkan serta penurunan sebanyak 257 min pada tahun 2009 juga bukan sesuatu
yang boleh melegakan masyarakat di Malaysia. Hal ini boleh dikaitkan dengan apa yang telah
dinyatakan oleh Coggins (2007), peningkatan bilangan kes HIV terutamanya di Caribbean
disebabkan oleh lima faktor utama iaitu stigma dan diskriminasi, kekurangan pelaksanaan
(perundangan/polisi), kekurangan kawalan HIV di peringkat antarabangsa, faktor politik dan
sosial serta faktor ekonomi yang tidak stabil. Disamping itu, kes jangkitan HIV antara jantina
dari tahun 1997 hingga 2012 ini juga boleh dikaitkan dengan apa dijelaskan oleh Rajwani
(2010) setelah lima tahun telah dapat dikesan iaitu bermula tahun 1990 peningkatan yang
berlaku dari tahun ke tahun dan beliau menyatakan taburan dari segi demografi menunjukkan
kaum lelaki terutamanya yang berusia antara 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan yang
paling ramai mengidap AIDS disebabkan perkongsian jarum dalam kalangan penagih dadah
adalah penyebab utama jangkitan ini berlaku di negara ini.
Namun begitu, Rajwani (2010) telah menyatakan lagi bahawa dari aspek pekerjaan
pula mereka yang tidak bekerja pula adalah kumpulan terbesar terlibat dengan kes-kes
HIV/AIDS (Malaysia AIDS Council, 2010). Dapat disimpulkan bahawa peningkatan kes
jangkitan HIV terus meningkat selepas 4 tahun iaitu dari tahun 2012 hingga 2016 apabila
Haryani Ngah (2016) menyatakan bahawa nisbah jangkitan HIV lebih tinggi dalam kalangan
wanita. Akan tetapi, jumlah jangkitan menurun sebanyak 50 peratus daripada 6,987 pada
tahun 2002 kepada 3330 tahun lalu tetapi nisbah jangkitan HIV baharu wanita lebih
meningkat berbanding lelaki iaitu 1:10 pada 2002 kepada 1:5 pada tahun 2015 (Haryani
Ngah, 2016).

Bagi analisis deskriptif bergraf untuk objektif pertama, graf garis telah digunakan serta
hasilnya adalah seperti pada rajah 2 yang berikut:

Rajah 2: Jumlah dan Min Jangkitan HIV antara Jantina pada tahun 1997-2012 di
Malaysia
Berdasarkan graf garis di atas, nilai min jangkitan HIV antara jantina pada
tahun 1997 adalah sebanyak 327 min dan meningkat kepada 385 min jangkitan HIV
antara jantina pada tahun seterusnya. Pada tahun 1999-2002, jangkitan HIV antara
jantina di Malaysia terus meningkat secara mendadak sebanyak 391 min sehingga 582
min. Namun begitu, pada tahun 2003, nilai min jangkitan HIV antara jantina di
Malaysia menurun sebanyak 563 min dan terus menurun pada tahun 2004-2005
sebanyak 536 min dan 510 min. Seterusnya, nilai min jangkitan HIV antara jantina di
Malaysia pada tahun 2006 adalah sebanyak 486 min dan menurun secara mendadak
pada tahun 2008-2009 iaitu sebanyak 308 min dan 257 min. Akan tetapi, pada tahun
seterusnya nilai min jangkitan HIV antara jantina di Malaysia meningkat kepada 304
min. Pada tahun 2011-2012 nilai min jangkitan HIV antara jangkitan di Malaysia
telah menurun sebanyak 290 min dan 287 min.

Daripada hasil analisis graf garis berkenaan jumlah dan nilai min jangkitan HIV
antara jantina di Malaysia pada tahun 1997 sehingga 2012, didapati adalah nilai min
yang paling tinggi adalah pada tahun 2002 iaitu sebanyak 582 min manakala nilai min
yang paling rendah adalah pada tahun 2009 iaitu sebanyak 257 min. Hal ini boleh
dikaitkan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Kamal Solhaimi dan Ng (2005) ke
atas lelaki muda Malaysia menunjukkan kebanyakan daripada mereka mengamalkan
seks berisiko tinggi. Disamping itu, kajian yang sama juga menunjukkan mereka
kurang risau terhadap HIV berbanding risiko jika pasangannya mengandung serta
kebanyakan mereka mengakui kurang berkebolehan untuk menangani masalah
seksual mereka serta kurang pendedahan terhadap sumber maklumat kesihatan seks
merupakan punca dijangkiti HIV (Sarasuphadi, Kamal Solhaimi & Raja Iskandar,
2017). Dapat disimpulkan melalui kajian-kajian Kamal Solhami dan Ng (2005) serta
Sarasuphadi, Kamal Solhaimi & Raja Iskandar (2017) boleh dikaitkan dengan jumlah
peningkatan dan penurunan jumlah dan nilai min jangkitan HIV antara jantina pada
tahun 1997 hingga 2012 di Malaysia.

Kumpulan Umur Jumlah Jangkitan dari tahun 1997-2012

<13 963

13-19 1040

20-29 23960

30-39 33452

40-49 14350

50+ 3946

Tidak Diketahui 575

Jadual 2: Jumlah jangkitan HIV mengikut kumpulan umur di Malaysia pada tahun
1997-2012 di Malaysia
Analisa daripada Jadual 2 menunjukkan hasil tambah nilai data mentah bagi
penyebaran HIV mengikut kumpulan umur di Malaysia dari tahun 1997 hingga 2012.
Berdasarkan jadual di atas kita dapat melihat yang penyebaran HIV dalam kategori
umur 30-39 tahun adalah terbanyak dengan jumlah kes sebanyak 33452 iaitu 42.73%
daripada jumlah kes dari tahun 1997 hingga 2012. Kumpulan umur 20-29 tahun pula
merupakan kedua terbanyak dengan kes sebanyak 23960, 30.61% daripada jumlah kes
dari tahun 1997 hingga 2012. Seterusnya, sebanyak 14350 kes direkodkan dalam
kumpulan umur 40-49 tahun dan 3946 kes direkodkan dalam kumpulan umur lebih 50
tahun. Sebanyak 963 kes direkodkan dalam kategori umur kurang 13 tahun dan 1040
kes dalam kumpulan umur 13-19 tahun. Sepanjang tahun 1997 hingga 2012 sebanyak
575 kes tidak dapat dikenal pasti mengikut kategori umur.

Secara umumnya, jangkitan HIV boleh berlaku kepada sebarang peringkat umur.
Walau bagaimanapun, wabak ini lebih ketara berlaku di kalangan mereka yang
berumur di antara 20 hingga 49 tahun. Perkara ini secara langsung dapat dikaitkan
dengan cara penyebaran HIV. Dua cara utama yang membolehkan jangkitan HIV
adalah kontak seksual dan melalui jarum dadah. Hal ini boleh dikaitkan dengan kajian
yang dijalankan oleh Centres for Disease Control and Prevention (CDC) (2008).
Menurut kajian CDC, kebanyakan remaja yang berusia dalam lingkungan 15 hingga
24 tahun dijangkiti HIV disebabkan oleh amalan hubungan seks bebas. Golongan
remaja melakukan hubungan seks pada peringkat awal ketika mereka masih berada di
peringkat sekolah. Secara ringkasnya, menurut kajian CDC jangkitan HIV mudah
terjadi melalui hubungan seks secara heteroseksual. Fakta ini padan dengan kes HIV
yang direkodkan dalam kumpulan umur kurang 13 hingga 19 tahun dan 20 hingga 29
tahun. Menurut Kementerian Kesihatan, 70% jangkitan HIV disebarkan melalui
hubungan heteroseksual, terutamanya dari pekerja seks wanita kepada pelanggan
lelaki (Kaos, 2016). Perkara ini padan dengan hasil daripada kajian oleh CDC yang
menyatakan bahawa aktiviti pelacuran yang semakin menular mendorong kepada
peningkatan kadar HIV dalam kalangan masyarakat. Pengawasan Bio-Tingkah Laku
Bersepadu (IBBS) dalam pekerja seks wanita menunjukkan pekerja seks yang hidup
dengan HIV adalah sebanyak 4.2% pada tahun 2012 (HIV/STI SECTION, 2015).
Selain itu, penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja juga menjadi punca
penularan wabak HIV. Kajian oleh CDC juga mengaitkan kurangnya langkah
keselamatan yang diambil oleh remaja dan ibu bapa untuk menjauhkan diri daripada
HIV menyumbang kepada peningkatan penyakit ini dalam kalangan remaja. Dewasa
berumur 20 hingga lebih 50 tahun terjebak dalam aktiviti seks bebas dan
penyalahgunaan dadah menjadi mangsa terbanyak jangkitan HIV. Manakala kes
dalam kumpulan berumur lebih 50 tahun adalah kurang berbanding kumpulan umur
dewasa lain adalah kerana individu dalam kumpulan ini tidak begitu aktif jika
dibandingkan dengan kumpulan lain.

Bagi analisis deskriptif bergraf untuk objektif kedua, graf bar komposisi telah
digunakan supaya dapat memahami data ini lebih lanjut dan hasilnya dipamerkan
dalam rajah di bawah.

Rajah 3: Carta bar komposisi penyebaran jangkitan baru mengikut kumpulan


umur.

Secara keseluruhannya, graf bar di atas menunjukkan bahawa penularan


jangkitan baru HIV adalah paling tinggi dalam kumpulan umur 30 hingga 39. Dari
tahun 1997 sehingga 2002 pola penyebaran jangkitan baru mengikut kumpulan umur
30-39 meningkat dari tahun 1997 sehingga tahun 2002, dan mencatat bilangan
tertinggi 2846. Dari tahun 2002 bilangan mengikut kumpulan umur 30-39
menunjukkan pola penurunan dari tahun 2002 hingga 2009, dengan mencatat bilangan
terendah pada tahun 2009 sebanyak 1382. Pada tahun 2010 pula bilangan untuk
kumpulan umur 30-39 meningkat kembali ke 1595 dan menunjukkan pola penurunan
hingga tahun 2012 dan mencatat bilangan sebanyak 1406.
Penularan penyakit HIV dalam kumpulan umur 20-29 tahun adalah kedua
paling banyak dalam tempoh 1997 sehingga 2012. Pada tahun 1997 bilangan
penularan dalam kumpulan umur ini adalah 1423 dan meningkat kepada 1678 pada
tahun 1998. Seterusnya, menunjukkan penurunan hingga tahun 1999 dan mencatat
baingan sebanyak 1620. Mulai tahun 1999 sehingga tahun 2002 pola peningkatan
dapat dilihat dalam kumpulan umur ini. Pada tahun 2002 bilangan tertinggi
direkodkan dalam kumpulan ini iaitu sebanyak 2440. Selepas tahun 2002 kita boleh
melihat pola penurunan dalam bilangan direkodkan dalam kumpulan ini sehingga
tahun 2009 dengan bilangan paling rendah sebanyak 712. Selepas tahun 2009
bilangan kes direkodkan dalam kumpulan ini meningkat sehingga tahun 2012, dengan
merekodkan bilangan sebanyak 1002.
Seterusnya, penularan penyakit HIV ketiga paling banyak adalah dalam
kumpulan umur 40-49 tahun. Bilangan yang paling terendah untuk kumpulan umur ini
direkodkan pada tahun 1997 dan meningkat kepada 730 pada tahun 1998. Pada tahun
1999 bilangannya menurun kepada 676. Seterusnya pola peningkatan dapat dilihat
dalam kumpulan umur ini sehingga tahun 2002 dengan bilangan yang direkodkan
pada tahun 2002 adalah 1258. Dari tahun 2002 sehingga tahun 2005 pola penurunan
dapat dilihat dalam kumpulan ini. Pada tahun 2006 bilangan yang direkodkan dalam
kumpulan ini meningkat kepada 1120 dan menunjukkan pola penurunan sehingga
tahun 2009 dengan merekodkan bilangan sebanyak 604. Bilangan sebanyak 792
direkodkan pada tahun 2010 dan menurun sehingga 731 pada tahun 2012.
Penularan HIV dalam kumpulan umur lebih 50 tahun adalah keempat paling
banyak. Bilangan paling terendah direkodkan pada tahun 1997 sebanyak 102 dan
meningkat kepada 146 pada tahun 1998. Pada tahun 1999 pula bilangan direkodkan
menurun kepada 132 dan mengikuti dengan pola peningkatan sehingga tahun 2003.
Bilangan direkodkan pada tahun 2003 adalah 304 dan menurun kepada 290 pada
tahun 2004. Diikuti dengan peningkatan sehingga tahun 2006 dengan merekodkan
bilangan sebanyak 361. Dari tahun 2006 sehingga tahun 2009 pola penurunan dapat
dilihat dengan merekodkan bilangan sebanyak 243 pada tahun 2009. Bilangan
direkodkan meningkat kepada 326 pada tahun 2010 dan menunjukkan pola penurunan
sehingga tahun 2012.
Penularan HIV dalam kumpulan umur bawah 13 tahun dan 13 sehingga 19
adalah paling kurang berbanding kumpulan lain. Untuk kategori umur yang tidak
ketahui analisis tidak dapat dibuat kerana gagal mengenal pasti umur yang sebenar.

Bagi analisis data berdasarkan objektif ketiga iaitu menganalisis trend


penyebaran jangkitan HIV mengikut kaedah penularan di Malaysia pada tahun 1997-
2012. Hasil analisis deskriptif berangka adalah seperti berikut:

BIL KAEDAH PENULARAN JUMLAH KES


1 Homoseksual/Biseksual 2908
2 IDU (Injection Drug Use) 50646
3 Heteroseksual 18072
4 Penerimaan Darah 22
5 Penerimaan Organ 0
6 Kecederaan tusukan Jarum 0
7 Jangkitan Ibu kepada Anak 908
8 Tidak Pasti 5730
JUMLAH 78 286
Jadual 3: Jumlah Kes Penyebaran Jangkitan HIV Mengikut Kaedah Penularan
di Malaysia dari tahun 1997 hingga tahun 2012.
Analisa daripada jadual diatas menunjukkan hasil tambah nilai data mentah
bagi penyebaran jangkitan HIV mengikut kaedah penularan di Malaysia pada tahun
1997 – 2012. Dapat dilihat faktor penerimaan darah mencatatkan jumlah sebanyak 22
kes. Faktor jangkitan dari ibu dan anak mencatatkan jumlah sebanyak 908 kes, Bagi
jumlah jangkitan melalui faktor homoseksual atau bisexual mencatatkan jumlah kes
sebanyak 2908 kes. Faktor yang tidak diketahui yang menyebabkan jangkitan HIV
adalah mencatatkan jumlah kes sebanyak 5730, sebanyak 18072 kes bagi faktor
jangkitan daripada Heteroseksual, sebanyak 50646 kes dari jangkitan daripada IDU
(Injection Drug Use) manakala bagi faktor daripada pemindahan organ dan jangkitan
melalui kecederaan jarum tidak mencatatkan kes dari tahun 1997 hingga tahun 2012.

Hasil daripada nilai data yang dapat dilihat faktor IDU mencatatkan jumlah
kes yang tinggi. Faktor penyebaran jangkitan IDU pada mencatatkan jumlah kes
sebanyak 3014 pada tahun 1997 dan jumlah penyebaran yang tertinggi dicatatkan
adalah sebanyak 5176 kes pada tahun 2002 dan penyebaran melalui IDU ini
menunjukkan penurunan sehingga pada tahun 2012 hanya terdapat 1014 kes sahaja
dicatatkan.
Bagi analisis deskriptif bergraf untuk objektif ketiga, carta pai telah digunakan
dan hasilnya adalah seperti pada rajah berikut:

KAEDAH PENULARAN JANGKITAN HIV DI MALAYSIA DARI


TAHUN 1997-2012

4%
Homoseksual/Biseksual
7%
IDU (Injection Drug Use)
1%
0% Heteroseksual
Penerimaan Darah
23% Jangkitan Ibu kepada Anak
Tidak Pasti

65%

Rajah 4: Carta Pai Penyebaran Jangkitan HIV Mengikut Kaedah Penularan


Dari Tahun 1997 hingga Tahun 2012 Di Malaysia.

Berdasarkan rajah diatas menunjukkan pola penyebaran jangkitan mengikut


kaedah penularan antara tahun 1997 hingga tahun 2002. Pola penyebaran jangkitan
mengikut kaedah penularan menunjukkan kaedah penularan IDU merupakan kaedah
penularan yang paling tinggi dalam kesemua kaedah penularan yang dikelaskan
seperti dalam jadual 2.

Penyebaran jangkitan mengikut kaedah penularan melalui IDU atau suntikan


dadah merupakan kaedah penularan jangkitan kes yang paling tinggi dengan 70%
daripada kaedah jangkitan yang lain. Jumlah kes yang direkodkan pada tahun 1997 -
2012 adalah sebanyak 50,646 kes. Kaedah ini mudah dikatakan adalah perkongsian
jarum oleh penagih dadah. Orang yang mempunyai penyakit HIV/AIDS ini mudah
menjangkiti penyakit melalui suntikan jarum dan dikongsikan kepada orang yang
tidak mempunyai penyakit ini. Kaedah ini banyak digunakan oleh golongan muda
yang menjadi penagih dadah dan melakukan perkongsian jarum dengan penagih
dadah yang lain. Mereka menagih dadah adalah disebabkan oleh pemerasan seksual,
tekanan bekerja, kurang pengetahun dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kaedah
ini mula menunjukkan penurunan trend selepas tahun 2012 dimana kejayaan program
pertukaran jarum suntikan atau NSEP yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Kejayaan mereka membawa kepada pengurangan penyakit HIV dan AIDS
melalui perkongsian jarum.

Seterusnya. kaedah penularan HIV/AIDS kedua tertinggi yang dicatatkan


sepanjang tahun 1997 hingga tahun 2012 adalah melalui hubungan heteroseksual.
Penularan melalui kaedah ini mencatatkan sebanyak 18,072 kes dan mencatatkan
peratusan sebanyak 25% kes daripada kesemua kaedah penularan yang dikelaskan
dari tahun 1997 hingga tahun 2012. Heteroseksual merupakan salah satu daripada
orientasi seksual selain dari homoseksual dan biseksual secara umumnya.
Heteroseksual merupakan satu kecenderungan untuk melakukan daya pikat seksual
secara emosi dan romantik dengan orang lain yang mempunyai jenis kelamin yang
berlawanan. jangkitan melalui kaedah ini boleh berlaku jika pasangan tidak membuat
pemeriksaan kesihatan terhadap penyakit HIV dan AIDS sebelum berkahwin,
pergaulan bebas, seks rambang dan sebagainya. Selain itu, faktor struktur sosial
seperti kurang kesedaran dan pengetahuan, tanggapan kerohanian dan kebudayaan
yang diwarisi serta kemiskinan. Dalam kalangan wanita yang menghidapi penyakit
HIV dan AIDS sering kali melibatkan kekurangan atau ketiadaan kuasa dalam
memilih pasangan, menentukan hubungan seks, mendapatkan rawatan, memilih
pasangan, memilih pekerjaan, kuasa dalam mengekalkan tali perkawinan dan
sebagainya. Golongan wanita ini sering kali dibayangi oleh status dan kuasa suami
dan bapa dalam menentukan hal - hal dalam membentuk jati diri mereka sendiri.
Selain itu, faktor peribadi seperti tekanan rumah tangga dan ketidakpuasan hati dalam
isu seksual seperti berkahwin tanpa niat, kurang masa bujang atas desakan keluarga
untuk berkahwin dan kurang keserasian dalam hubungan batin terhadap pasangan
yang dikahwini dan menyebakan mereka terpengaruh dengan rakan - rakan dan
terlibat dalam risiko HIV seperti memiliki pasangan heteroseks dan homoseks.

Seterusnya. kaedah penyebaran ketiga tertinggi yang direkodkan adalah


penyebaran melalui perhubungan seksual homoseks atau biseksual. Penularan
jangkitan HIV dan AIDS melalui kaedah penyebaran ini merekodkan jumlah kes
sebanyak 2098 kes dari tahun 1997 hingga 2012 dengan peratusan sebanyak 4%
daripada kesemua kes yang direkodkan sepanjang tahun 1997 - 2012. Orientasi
seksual bagi homoseksual secara umum adalah menjalinkan hubungan emosi dan
romantis dengan orang yang sama jenis kelamin yang sama atau aktiviti seksual yang
dilakukan sesama lelaki yang dipanggil gay atau sesama perempuan yang lebih
dikenali sebagai lesbian. Biseksual pula adalah daya pikat seksual secara emosi dan
romantis yang terjadi diantara kedua -dua jantina iaitu lelaki dan juga wanita. Pendek
kata, kecenderungan biseksual berada diantara homoseksual dan heteroseksual.

Penyebaran penyakit HIV dan AIDS ini berlaku ekoran daripada penggunaan
bahan alkohol berlebihan, pergaulan seks bebas, siberseks, atau pelancongan seks.
Pengambilan bahan alkohol berlebihan atau pil dadah dan hiburan seks bebas di kelab
malam akan menyebabkan mudah terperangkap dalam aktiviti seks rambang. Selain
itu, pencabulan atau pemerkosaan yang menyebabkan terhadap golongan lelaki
berperwatakan lembut ini menyebabkan mereka juga termasuk ke dalam kancah
homoseksual dan mereka mula mencari hubungan seksual yang sama dengan mereka
di dalam media sosial menyebabkan mereka tidak dapat keluar dari dunia seksual
tersebut.

Kesimpulannya, jenis penyebaran HIV dan AIDS ini adalah melibatkan sosio
budaya seseorang dan juga berdasarkan kepada persekitaran setempat. Penglibatan
dalam pergaulan seks bebas, kurang pendidikan dan pengetahuan, faktor kemiskinan
dan sebagainya membolehkan seseorang individu untuk mendapatkan penyakit ini
adalah sangat mudah.

RUMUSAN

Di penghujung kajian ini, dapat disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan tentang


pengurusan dan analitik data ini membawa manfaat kepada semua pengkaji tanpa
mengira dalam jurusan. Melalui kursus ini, pengkaji didedahkan dengan kaedah-
kaedah mengurus dan menganalisa data dengan baik. Kemahiran ini amat wajar dan
perlu untuk didedahkan kepada pengkaji bagi kegunaan pembikinan tesis akhir tahun
mereka dan bagi kegunaan di alam pekerjaan kelak. Pengetahuan tentang komponen
data ini akan membantu meningkatkan nilai tambah dalam diri pengkaji di samping
menjadikan hasil kerja yang dilakukan tampak profesional dan mudah difahami.

Hasil daripada laporan akhir ini, pengkaji akan lebih cekap dengan
penyusunan data dan proses menganalisisnya. Pengkaji mampu membezakan jenis
data seperti data berstruktur dan tidak berstruktur beserta perinciannya. Contoh data
berstrukur adalah data diskret berangka-bilangan adalah data yang digunakan dalam
kajian ini. Seterusnya, pengkaji juga dapat mempelajari perihal sumber data yang
diperoleh dalam melakukan sesuatu kajian dan pentingnya untuk meletakkan nilai
integriti dalam memperolehi sesebuah data yang akan digunakan. Dalam kajian ini,
data yang digunakan adalah daripada sumber data sekunder yang didapati daripada
laman sesawang.

Pengkaji turut mempelajari langkah-langkah penyediaan data sebelum ia boleh


dianalisis dan dirumuskan bagi memudahkan proses analisis data yang akan
dilakukan. Penyediaan data merangkumi cara mencipta bentuk pameran data dan
penyusunan data. Kajian ini akan menggunakan analisis deskriptif berangka dan
bergraf bagi setiap objektif kajian. Penghasilan kajian ini juga akan mengajar pengkaji
melakukan pengvisualan data yang bukan sahaja lebih menarik malah dapat
membantu pengkaji memahami set data dalam masa yang lebih singkat. Misalnya,
penggunaan carta atau graf yang sesuai dengan set data seperti carta pai, carta palang
bertindan dan graf garis.

Tugasan ini dilihat mampu memberi pendedahan kepada pengkaji dalam


membuat pelaporan data yang merangkumi kedua-dua jenis laporan iaitu laporan
akademik dan laporan bukan akademik. Laporan akhir ini ditulis dalam bentuk
laporan akademik dan sebuah pameran infografik bagi hasil laporan bukan akademik.
Secara ringkasnya, tugasan ini telah banyak mendedahkan pengkaji kepada kaedah
mengaplikasi ilmu pengurusan data secara analitikal dan kritikal.
RUJUKAN

Mahani Ishak. 2019. Kes HIV Meningkat Akibat Seks Sesama Jenis. Berita Harian.
Dicapai pada 24 Jun 2021.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/12/638560/kes-hiv-
meningkat-akibat-seks-sesama-jenis
Descriptive Data Analysis. (2014). Urban Institute https://www.urban.org/research/
data-methods/data-analysis/quantitative-data-analysis/descriptive-data-
analysis#:~:text=Descriptive%20techniques%20often%20include
%20constructing,to%20examine%20many%20disparate%20hypotheses.. [20
May 2021]
Lemoine, J. (2015). Advantages & Disadvantages of Microsoft Excel | Techwalla .
https://www.techwalla.com/articles/advantages-disadvantages-of-microsoft-excel
[20 May 2021]
Malaysia Aids Council, Malaysia Aids Foundation, Snapshot of HIV & AIDS in
Malaysia. 2016. Pg, 4. HIV/ STI Sector, Division of Disease Control, Ministry of
Health Malaysia.
Mashrom Muda, Rahimah Abdul Aziz. 2015. Wanita dan HIV/AIDS di Malaysia:
Punca jangkitan dari aspek sosiobudaya. Journal of Society and Space
11(1): 73-86
Nicholas, J. (2006). Introduction to Descriptive Statistics.
https://www.sydney.edu.au/content/dam/students/documents/mathematics-
learning-centre/introduction-to-descriptive-statistics.pdf [20 May 2021]
Stephanie Glen. 2012. Area Chart: Simple Definition, Examples - Statistics How To.
https://www.statisticshowto.com/area-chart/ [20 May 2021]
Tham Jen Sern, Amira Sariyati Firdaus, & Hasmah Zanuddin. 2016. Government
Initiatives And Public Awareness On Hiv/Aids In Malaysia: Where Are We
After 30 Years?. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal Of Communication,
32(2).
Yi, M. (2019). A Complete Guide to Stacked Bar Charts. https://chartio.com/learn/
charts/stacked-bar-chart-complete-guide/ [18 May 2021]
Haryani Ngah. (2016). Nisbah Jangkitan HIV Lebih Tinggi Kalangan Wanita. Berita
Online. (17 Mei 2016)
Rajwani Bt. Md. Zain. (2010). AIDS dan Kematian: Impak Psikososial ke atas
Penjaga. Universiti Sains Malaysia. Disember 2010. ms. 4 dan 5.
Sarasuphadi Munusamy, Kamal Solhaimi Fadzil, Raja Iskandar Shah Raja Azwa &
Ahmad Sabri Abdul Samat. (2018). Faktor-faktor Sosial yang Mempengaruhi
Jangkitan HIV dalam Kalangan Lelaki Berketurunan India HIV Positif di
Malaysia. Akademika 88(1), April 2018:49-64. ms. 50.
Kaos, J. (2016, July 13). HIV mostly spread through heterosexual relations.
Retrieved June 24, 2021, from https://www.thestar.com.my/news/nation/
2016/07/14/hiv-mostly-spread-through-heterosexual-relations/
HIV/STI SECTION. (2015, April). Global AIDS Response Progress Report
Malaysia 2015. Retrieved from http://www.unaids.org/sites/default/
files/country/documents/ MYS_narrative_report_2015.pdf

Anda mungkin juga menyukai