Anda di halaman 1dari 35

AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN MALAYSIA

IJAZAH SARJANA MUDA PENULISAN DENGAN KEPUJIAN (KREATIF)

SESI AKADEMIK I 2022/2023

AWA 6082 : UNDANG-UNDANG DAN KEUSAHAWANAN SENI

NAMA PENSYARAH : DR. AMIRUL IMRAN

TUGASAN : LAPORAN HAK ASASI MANUSIA

Nama No Matrik
Nurul Adila Binti Mazlan 20213159
Nur Anis 'Izyani Syafiqah Binti Wahab 20213038
Muhammad Nizar Irfan Bin Salim 20213127
Mohamad Saufi Bin Tahir 20213039
Iffah Hazirah Binti Mohmad Yazet 20213037
Intan Syazana Binti Hassha'ari 20213035
Nurin Amani Binti Mohd Isa 20213124
Nur Afrina Zahira binti Hishamuddin 20213123
Balqis Binti Mohd Bakri 20213125
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN 1

TAKRIFAN TOPIK 2

PERBINCANGAN DAN HURAIAN TOPIK 3-8

CONTOH KES 9 - 29

KESIMPULAN 30
1.0 PENGENALAN

Kewujudan undang-undang serta dasar berkenaan Hak Asasi Manusia, maka


seseorang individu yang dilahirkan di sesebuah negara itu berhak untuk hidup dalam keadaan
yang aman dan harmoni. Pada dasarnya, konsep kesetaraan Hak Asasi Manusia merupakan
satu hak asasi untuk semua manusia tanpa mengira kewarganegaraan, jantina, asal-usul, etnik,
bangsa mahupun agama. Hak ini wujud bagi menjamin agar setiap manusia mendapat
perlindungan serta tingkat penghormatan yang sama rata dari aspek kebebasan untuk
meneruskan kehidupan, dengan tujuannya agar dapat menjamin setiap manusia merdeka sejak
dilahirkan. Dalam kata lainnya, Hak Asasi Manusia memberi fokus pada tingkah laku dan
tindakan seseorang individu memperlakukan seseorang individu yang lainnya mengikut dasar
kemanusiaan yang sebenar.

Ini bermakna dengan adanya Hak Asasi Manusia ini, maka tiada seorang individu pun
boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan terhadap dirinya kecuali individu tersebut
sendiri dari aspek perbuatan atau percakapannya yang melanggar peraturan-peraturan atau
undang-undang persekutuan di dalam sesebuah negara tertentu. Malah, individu yang
melakukan kesalahan juga perlu diberikan hak kepadanya dalam mempertahankan dirinya
sebelum dijatuhkan hukuman mengikut Hak Asasi Manusia. Pengisytiharan Sejagat Hak Asasi
Manusia 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah titik permulaan
pengakuan antarabangsa tentang hak asasi manusia. Pada 9 September 1999 Parlimen
Malaysia telah meluluskan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597). Di mana
tujuan penggubalan akta ini untuk menubuhkan satu badan suruhanjaya bebas iaitu
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), pembentukan ini juga dapat memberikan
pendidikan dan perlindungan berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.

1
2.0 TAKRIFAN TOPIK

Kepentingan hidup di bawah undang-undang hak asasi adalah perlindungan terhadap


hak-hak sebagai manusia. Hak asasi manusia sebagai hak kebebasan yang layak bagi setiap
individu mahupun kelompok untuk menuntut kuasa di bawah perundangan. Undang-undang
hak tersebut merangkumi pelbagai aspek sama ada dari segi hak fizikal mahupun hak rohani.
Hak asasi manusia berupaya sebagai hak pada hakikat dan keberadaan sebagai makhluk
Tuhan yang Maha Esa untuk dihormati, dilindungi dan dijunjung tinggi oleh negara termasuk
pemerintahan, hukum dan martabat manusia.

Menurut Thomas Hobbes, hak manusia merupakan jalan keluar untuk mengatasi
keadaan yang disebut “homo homini lupus, bellum omnium contra omnes.” Senario ini umpama
manusia sebagai binatang buas dalam legenda kuno yang disebut “Leviathan” iaitu tajuk
sebuah buku oleh Thomas Hobbes. Melalui konsep Thomas Hobbes tersebut, ia mendorong
terbentuknya perjanjian masyarakat sebagai rakyat yang menyerahkan hak-haknya kepada
pemerintah. Pandangan beliau tersebut merupakan teori yang mengarah kepada pembentukan
monarki absolut.

Namun demikian, John Locke berpendapat bahawa manusia tidak mutlak yang
menyerahkan seluruh hak-hak asasi manusia kepada penguasa. Hak-hak yang berkaitan
dengan perjanjian negara sahaja diutamakan di bawah perundangan, manakala hak-hak
individu berkenaan kehidupan peribadi masih bergantung kepada hak masing-masing.

Kertas kerja yang berjudul ‘Undang-Undang Hak Asasi Manusia’ ini akan menjelaskan
definisi secara tepat dan ringkas untuk mengelakkan berlakunya kesilapan dalam penggunaan
istilah serta penerangan yang menyimpang daripada topik asal. Definisi judul akan dijelaskan
satu-persatu seperti berikut :
Undang-Undang : Peraturan yang digubal oleh pemerintah negara dan mesti dipatuhi oleh
masyarakat dalam sesebuah negara demokrasi.
Hak : Kuasa atas sesuatu atau keinginan untuk berbuat sesuatu.
Asasi : Menjadi dasar undang-undang yang tidak mengganggu hak-hak orang lain.
Manusia : Makhluk yang mempunyai akal, seseorang yang mempunyai sifat-sifat manusia.

2
3.0 PERBINCANGAN DAN HURAIAN TOPIK

Di dalam hak asasi manusia terdapat 9 perkara yang disebutkan bagi memelihara hak
asasi manusia daripada sudut individu atau kumpulan bagi setiap sektor sama ada sektor
kebebasan diri, pergerakan, ekonomi, pendidikan, perundangan dan seumpamanya yang mana
bila diambil hak seseorang atau kumpulan itu secara paksa ia menjadikan hak orang itu tidak
diadili dan individu atau kumpulan itu merasakan hak asasinya dirampas atau diabaikan. 9
perkara tersebut yang disebutkan dalam hak asasi manusia adalah seperti berikut:

Perkara 5. Kebebasan Diri


(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali
mengikut undang-undang.
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi
menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka
mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas
hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke
hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang
boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela
oleh seorang pengamal undang-undang pilihanraya.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan
yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak
termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak
boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu.

Dengan syarat bahawa fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan
mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan
kediaman terhad, dan kesemua peruntukan fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu
bahagian perlu Perkara ini mulai hari Merdeka. Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam
pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di
bawah undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, fasal ini hendaklah dibaca
seolah-olah perkataan “tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun
dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)”
telah digantikan dengan perkataan “dalam tempoh empat belas hari”. Dan dengan syarat

3
selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan
oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan
sebagai termasuk sebutan mengenai hakim mahkamah Syariah.
(5) Fasal (3) dan (4) tidaklah terpakai bagi orang asing musuh.

Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.


(1) Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
(2) Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang
membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.
(3) Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada
sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja
paksa mengikut pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di
bawah pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam.
(4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian
daripada fungsi mana-mana pihak berkuasa awam dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak
berkuasa awam yang lain, bagi maksud membolehkan fungsi-fungsi itu dilaksanakan, maka
pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut adalah terikat untuk berkhidmat
dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut, dan perkhidmatan mereka dengan pihak
berkuasa awam yang kedua disebut itu tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian
Perkara ini, dan tiada seorang pun pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada
daripada pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut atau kedua disebut itu oleh sebab
pertukaran pekerjaannya.

Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan


perbicaraan berulang.
(1) Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak
boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan
atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana
sesuatu kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan
itu dilakukan.
(2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan
atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu

4
mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau
mensabitkannya itu.

Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan
yang sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh
ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan,
tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada
apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam
pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan,
pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan
apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.
(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa
dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan
bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan
di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.
(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang--
(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;
(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang
berkaitan dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan
oleh sekumpulan orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang
menganuti agama itu;
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli
Semenanjung Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli
sesuatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam
perkhidmatan awam;
(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di
sebahagian sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan
kepada mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri
atau di bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu;

5
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang
bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari
Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam
Rejimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.


(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke
Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam,
kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan
bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagaan
ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang
mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas
hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.

Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.


(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)--
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan--
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman
awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi
keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat
peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa
kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;

6
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan
(c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau
mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh
meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan,
keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan
Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya
sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.

Perkara 11. Kebebasan beragama.


(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal
(4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas
kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak--
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau
khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut
undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana
undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau
prinsip moral.

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

7
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir--
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu
pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar
atau pembayaran fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa
awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di
mana-mana institusi pendidikan (sama ada diselenggarakan oleh suatu pihak berkuasa
awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).
(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi
bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada
diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang
berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang
itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau
menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi
Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan
melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil
bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya
sendiri.
(4) Bagi maksud Fasal (3), agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah
ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.

Perkara 13. Hak terhadap harta.


(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan
paksa tanpa pampasan yang memadai.

8
4.0 KES UNDANG-UNDANG HAK ASASI MANUSIA

Kes 1: Najib Menyatakan Bahawa Hak Kebebasan Dirinya Dinafikan

Memetik suatu kenyataan akhbar Najib Razak ada menyatakan bahawa "Nyawa,
kebebasan dan hak saya untuk mendapat perbicaraan yang adil, kini terancam”. Hal ini bermula
apabila timbul isu penarikan diri peguam bela Najib Razak di saat akhir. Isu hak asasi manusia
berkaitan perkara 5 iaitu kebebasan diri dan perkara 8 iaitu kesamarataan ini berlaku pada kes
perbicaraan rayuan terakhir yang membabitkan dana SRC International Sdn.Bhd (SRC).

Pada awalnya, peguam bela utama Najib Razak yang bernama Hisyam Teh Poh Teik
memohon menarik daripada mewakili Najib Razak bagi perbicaraan rayuan akhir kes SRC
Internationanal Sdn. Bhd. Bagaimanapun, pihak Mahkamah Persekutuan telah menolak
permohonan itu. Terdahulu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang telah mewakili Najib
Razak untuk kes sama telah menemui jalan gagal di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.
Bahkan, Najib Razak tidak dibenarkan menggunakan khidmat Queen Counsel. Najib Razak
yang mempercayai bahawa ada keadilan yang perlu diperjuangkan bagi kes tersebut maka,
Najib Razak memohon Hisyam dan pasukannya untuk mewakilinya. Malangnya, Hisyam Teh
Poh Teik dan pasukannya telah kesuntukan masa bagi membuat hujah pembelaan di
Mahkamah Rayuan. Isu penarikan diri ini berlaku apabila mereka memerlukan masa untuk
meneliti dokumen bagi prosiding pembelaan tetapi permohonan untuk memperoleh masa yang
lebih untuk membuat penelitian dokumen kes tidak dibenarkan oleh pihak mahkamah.

Lantaran itu, ketika prosiding tersebut peguam bela yang mewakili Najib Razak tidak
dapat mengutarakan hujah pembelaan akibat tiada persiapan yang lengkap dan hanya hujah
pendakwaan sahaja yang dilakukan. Jadi, ini membuatkan Najib tidak diwakili mana-mana
peguam setelah peguamnya menarik diri dan tidak dapat meneruskan sesi hujah pembelaan.
Berkenaan isu Najib Razak ini jelaslah bahawa hak kebebasan diri yang termaktub dalam
hak-hak asasi manusia telah dinafikan apabila kelayakannya untuk diwakili oleh seorang
peguam bela telah dinafikan sedangkan, di dalam hak asasi manusia ada menyebut bahawa
seseorang individu walaupun disabitkan dengan kesalahan perlu mendapatkan dan di
perlakukan dengan baik mengikut peraturan.

9
Menurut perkara 5 iaitu hak kebebasan diri dalam persekutuan perlembagaan
berkenaan hak-hak asasi manusia menyatakan bahawa perkara 5 kebebasan diri (1) Tiada
seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut
undang-undang, (2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim
Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi
undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika
mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya
orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan melepaskannya dan, (3) Jika seseorang
ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan
dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh seorang
pengamal undang-undang pilihanraya.Selain itu, isu ini juga berkenaan perkara 8 iaitu
kesamarataan yang menyatakan bahawa (1) Semua orang adalah sama rata di sisi
undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang dan,
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini, tidak boleh
ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan,
tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada
apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam
pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan,
pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan
apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Kes 2: Isu Mahkamah Rayuan yang Mensabitkan Mahkamah Syariah Negeri Sembilan
Tidak Berperlembagaan.

Isu ini pada mulanya hanya melibatkan mahkamah syariah apabila tiga orang mak nyah
didakwa di Mahkamah Syariah Negeri Sembilan akibat berpakaian wanita dan sabit kesalahan
boleh didenda tidak kurang Rm1000 atau dipenjara kurang tempoh 6 bulan atau kedua-duanya.
Akibat merasa tidak puas hati dengan sabitan kesalahan yang dikenakan kerana merasakan diri
mereka tidak diadili dengan baik mereka membuat laporan terhadap mahkamah syariah kerana
merasakan undang-undang Mahkamah Syariah Negeri Sembilan tersebut tidak
berperlembagaan. Undang-undang yang diperkatakan tersebut adalah seksyen 66 yang
menyatakan bahawa ia merupakan suatu kesalahan apabila lelaki berlagak seperti perempuan.

10
Tiga orang lelaki tersebut pada mulanya membuat pengaduan di mahkamah tinggi
namun ditolak. Kemudiannya membuat rayuan ke mahkamah rayuan berkenaan
undang-undang mahkamah syariah yang dikatakan tidak berperlembagaan itu. Berkenaan itu,
hujah-hujah penghakiman ringkas yang dikemukakan oleh Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk
Mohd Hishamudin Yunus pada 7 November lalu pada memutuskan bahawa Seksyen 66,
Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 sebagai tidak keperlembagaan
(unconstitutional). Keputusan ini telah menaikkan kemarahan dan ketidakpuasan hati orang
ramai yang melihat seolah penghakiman tersebut tidak mengambil kira isu agama dan budaya
orang Islam dan Melayu. Hakim Mahkamah Rayuan dilihat tidak memandang isu ini daripada
perspektif agama Islam yang sememangnya melarang sama sekali umat Islam daripada
menyerupai seperti memakai pakaian wanita atau lelaki bagi jantina yang berlawanan dengan
diri mereka. Hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan terhadap Mahkamah Syariah
Syariah Negeri Sembilan dilihat seolah-olah berat sebelah tanpa mengambil kira skop kerja
Mahkamah Syariah dan kesalahan tiga orang lelaki yang terbabit. Bahkan, ia seperti telah
mengkritik sistem perundangan syariah yang sememangnya garis panduan perundangan di
mahkamah syariah berdasarkan garis panduan agama Islam.

Walaupun isu ini melibatkan organisasi iaitu mahkamah syariah tetapi ia tetap
melibatkan perkara 5 dalam hak asasi manusia iaitu kebebasan diri yang menyatakan bahawa
semua hal (1) hingga (4) iaitu (1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan
kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. (2) Jika pengaduan dibuat kepada
Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa seseorang
sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka mahkamah itu hendaklah menyiasat
pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas hati bahawa tahanan itu adalah sah,
hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke hadapan mahkamah itu dan
melepaskannya. (3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa
segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding
dengan dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihanraya. (4) Jika seseorang
ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang tidak
munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk
masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak boleh
ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu: Dengan syarat bahawa Fasal
ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana orang di bawah
undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua

11
peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini mulai
hari Merdeka. Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain
seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang
berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan "tanpa
kelengahan yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat
jam (tidak termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu)" telah digantikan dengan perkataan
"dalam tempoh empat belas hari. Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal
penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah,
sebutan dalam fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan
mengenai hakim mahkamah Syariah. Selain itu, ia juga melibatkan perkara 8 iaitu
kesamarataan yang menyatakan bahawa perkara ini tidak mendakwahkan atau melarang (b)
apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan
dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan
orang yang mengikuti mana-mana agama, kepada orang yang mengikuti agama itu.

Kes 3: Permohonan Penukaran Jantina di Mahkamah Tinggi

Mahkamah Tinggi di Kuala Terengganu telah menolak permohonan seorang lelaki, Mohd
Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang mahu menukar nama dalam Mykad kepada nama wanita iaitu
Aleesha Farhana Abdul Aziz selepas menjalani pembedahan penukaran jantina. Mohd Asyraf
Hafiz membuat permohonan penukaran jantina pada 25 Mei 2011. Sebelumnya, Mohd Ashraf
telah melakukan pembedahan pada tahun 2009 di Thailand dan merahsiakan mengenai ujian
perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuat daripada ahli keluarga. Pembedahan
tersebut dilakukan setelah mendapat kelayakan oleh Pusat Perubatan Pantai daripada segi
psikologi. Tujuan Mohd Ashraf melakukan penukaran jantina adalah bagi memudahkannya
untuk diterima masuk ke pusat pengajian tinggi dan melanjutkan pelajaran.

Hakim mahkamah Datuk Mohd Yazid Mustafa berkata, permohonan Mohd Ashraf ditolak
selepas mengambil kira tiga faktor utama iaitu kewujudan alat kelamin semasa pemohon
dilahirkan, kewujudan organ dalaman dan kromosom. Keputusan mahkamah menolak
permohonan itu juga adalah kerana mengambil kira hujah Peguam Kanan Persekutuan, Aida
Adha Abu Bakar. Beliau berjaya meyakinkan pihak mahkamah dengan hujah-hujah yang
disampaikan bahawa permohonan berkenaan sememangnya tidak wajar untuk diluluskan. Hal
ini adalah dikatakan kerana jantina asli pemohon bukanlah wanita tulen sehingga ingin

12
mengubah kejadian Allah S.W.T. Alasan atau tujuan pemohon untuk menukar jantina tidak
boleh dijadikan hujah untuk mendapatkan kebenaran dari pihak mahkamah.

Pemohon juga gagal menampilkan laporan lengkap daripada mana-mana pihak hospital
mengenai pembedahan jantina yang dibuat. Manakala sepanjang proses mahkamah
berlangsung, bukan hanya Mohd Ashraf yang gagal menghadirkan diri di mahkamah, malah
tidak ada seorang doktor yang dipanggil untuk menjadi saksi dan memberi keterangan. Semasa
proses persidangan, pemohon hanya diwakili oleh peguamnya, Horly Isaach. Walau
bagaimanapun, keputusan mahkamah tidak mematahkan semangat untuk memperjuangkan
hasratnya sehingga tetap berusaha membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.
Pemohon, Mohd Ashraf mengatakan bahawa proses rayuan tetap diteruskan selagi ada ruang
mengikut perundangan undang-undang di Malaysia.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu tidak mempunyai kuasa untuk melakukan


pengisytiharan penukaran jantina serta tidak ada sebarang peruntukan undang-undang dalam
negara Malaysia yang membenarkan permohonan pemohon menukar status jantina di dalam
Mykad atau mana-mana dokumen pengenalan diri. Kesalahan ini merupakan satu kesalahan
jenayah Syariah yang boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Syariah. Akta Kesalahan
Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997, misalnya memperuntukkan berkaitan
dengan kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan [Seksyen 28]. Pada 1983 telah diputuskan
bahawa pembedahan pertukaran jantina adalah haram daripada segi syarak. Jika seseorang itu
cuba melakukan pertukaran jantina, perbuatan itu adalah haram dan boleh dikenakan tindakan
melanggar fatwa yang telah diwartakan.

Perkara 8, Akta A1130 menerangkan bahawa semua orang adalah sama rata dan
berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Namun, perkara ini
melarang diskriminasi terhadap isu yang semata-mata atas alasan agama, keturunan atau
jantina dalam mana-mana undang-undang di bawah sesuatu pihak. Berkait isu Mohd Ashraf
Hafiz yang mengajukan permohonan penukaran jantina di Mahkamah Tinggi adalah salah di sisi
perundangan. Jantina seseorang itu ditentukan ketika dilahirkan dan tidak boleh ditukar hanya
kerana berlakunya pembedahan penukaran jantina di bahagian kelamin atau sebagainya.
Tindakan atau keinginan Mohd Ashraf jelas bertentangan dengan agama sehingga
menjatuhkan maruah agama Islam di mata masyarakat.

13
Jabatan Agama Islam telah menguatkuasakan undang-undang syariah di semua negeri
yang melarang lelaki beragama Islam untuk berpakaian seperti wanita. Perkara ini dilarang
bukan sekadar untuk mengelakkan keperibadian tidak bermoral, malah sememangnya haram di
sisi agama Islam secara mutlak. Pesalah boleh disabitkan di bawah Seksyen 66 Enakmen
Jenayah Syariah 1992, dihukum 6 bulan penjara atau denda RM1000. Sebagai penganut
beragama Islam, kesalahan ini tertakluk kepada undang-undang syariah untuk melindungi hak
kebebasan diri. Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa yang
mengharamkan pembedahan penukaran jantina atau alat kelamin. Walau bagaimanapun,
undang-undang yang dikeluarkan tidak memberi kuasa penuh kepada mana-mana pihak
hospital agar berhenti melakukan prosedur pembedahan.

Mohd Ashraf yang gagal dalam permohonan penukaran nama dan jantina pada Mei
2011, telah meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital
Sultanah Nur Zahirah pada 30 Julai 2011 kerana mengalami masalah jantung dan tekanan
darah rendah. Bimbingan yang ditawarkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melahirkan rasa kecewa kerana belum sempat memberi
bimbingan kepada pemohon. Walau bagaimanapun, jenazah Mohd Ashraf selamat dikebumikan
dengan status jantina seorang lelaki.

Kes 4: Penafian Memukul Isteri yang Hamil sehingga Koma

Penderaan fizikal merupakan jenayah yang menyebabkan kecederaan kekal atau


trauma kepada mangsa. Kes penderaan fizikal yang dilakukan oleh Rosmaini Abd Raof (38) ini
telah dihadapkan ke mahkamah akibat kurang rasa tanggungjawab sebagai seorang suami.
Menurut ACP Mohd Padzli Mohd Zain (Ketua Polis Daerah Johor Bahru) berkata, pihak terbabit
merupakan seorang peniaga yang tinggal di alamat A 102 Perumahan Polis, Taman Derga
Jaya, Alor Setar, Kedah.

Kes tersebut dirujuk pada 4 Mei 2021, mendapati bahawa seorang penjawat awam yang
sedang hamil dibelasah teruk oleh suaminya dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah,
Johor Bahru, Johor sebaik insiden itu terjadi. Kejadian itu berlaku di sebuah pusat kediaman di
Blok B, Scott Tower, Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru. Mangsa, Jahidah Nordin
(43) mengalami kecederaan teruk di bahagian belakang badan, kepala, muka dan patah tulang
rusuk serta dihentak pada bahagian tangan.

14
Jahidah Nordin merupakan isteri kedua daripada empat orang isteri kepada Rosmaini
Abd Raof. Ketika kejadian tersebut, mangsa sedang hamil anak pertama kira-kira berusia 4
minggu. Menurut Fazariah Nordin (38) adik kepada mangsa mengatakan bahawa Jahidah
Nordin telah selamat melahirkan anak lelaki pada 30 November 2021 secara pembedahan di
Hospital Tuanku Jaafar. Mangsa dan anaknya itu dijaga oleh Fazariah Nordin di sebuah pusat
kediaman di Seremban. Perkembangan Jahidah masih dalam keadaan sama iaitu tiada
sebarang perubahan dan penglihatannya semakin teruk sehingga mangsa perlu dipantau dari
semasa ke semasa. Mangsa juga telah melakukan pembedahan kali kedua kerana luka
pembedahan dijangkiti kuman kira-kira seminggu selepas melahirkan anak.

Punca isteri kedua itu dibelasah teruk tidak dapat ditunjukkan bukti dan alasan yang
kukuh kerana tertuduh menafikan kenyataan tersebut. Rosmaini Abd Raof menafikan hak
kebebasan isterinya dan tidak bersalah dalam kejadian memukul isterinya yang sedang hamil
sehingga koma. Disebabkan itu, tertuduh dihukum berdasarkan perkara 5, kebebasan diri,
bahawa tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali
mengikut undang-undang.

Kes jenayah tersebut menyebabkan tertuduh ditahan dan dibicarakan di Mahkamah


Seksyen Johor Bahru, Johor atas kesalahan memukul isterinya dengan sengaja. Tertuduh
menepis dakwaan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mabel
Sheela Victor Mutiah pada 17 Jun 2021. Mahkamah memutuskan tertuduh didakwa mengikut
seksyen 325 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan
denda, serta 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun,
jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh mendapatkan pembelaan dalam perkara 5, hak kebebasan diri iaitu jika
seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh atas
alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dan dibela oleh
seseorang pengamal undang-undang pilihanraya. Pihak tertuduh tidak memiliki peguam, maka
tertuduh membuat rayuan untuk mempertimbangkan denda atas alasan mempunyai
tanggungan empat isteri dan tujuh orang anak. Dalam perbicaraan kes ini, pegawai pendakwa
raya, Nur Sulehan Abd Rahman yang menawarkan jaminan sebanyak RM 30,000 sebagai hak
kebebasan kepada tertuduh. Menurut Hakim Mabel Sheela Victor Mutiah, dua penjamin telah

15
mengikat jamin sebanyak RM 7,000 dengan syarat tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan
perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Hukuman tertuduh berdasarkan perkara 149(1) Akta Parlimen menyebut bahawa


tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di
dalam atau di luar Persekutuan, untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang
atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu,
maka apa-apa peruntukkan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau
mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukan itu tidak selaras dengan mana-mana
peruntukan perkara 5,9, atau 10, atau walaupun, jika tidak kerana perkara ini, peruntukan itu
akan terkeluar daripada kuasa perundangan Parlimen; dan perkara 79 tidaklah terpakai bagi
Rang Undang-undang untuk sesuatu Akta yang sedemikian atau bagi apa-apa pindaan kepada
sesuatu Rang Undang-Undang yang sedemikian. Walau bagaimanapun, tertuduh telah
dibebaskan setelah setahun direman.

Kes 5: Penyalahgunaan Hak Bersuara yang Diberikan dan Hak Beragama

Hak bersuara di Malaysia adalah satu hak yang tertakluk kepada Perlembagaan
Persekutuan perlembagaan begitu juga dengan hak beragama. Dalam Alexander Navin Vijaya
Chandran ini telah ditahan oleh pihak berkuasa atas sebab penyalahgunaan hak bersuara yang
diberikan . Kesalahan yang dilakukan ada mempersendakan dan menggunakan hak bersuara
sebagai bahan lawak beliau ketika bergurau dan melakukan persembahan lawak dalam satu
rancangan televisyen. Hal ini jika dibiarkan juga telah melanggar undang-undang perlembagaan
persekutuan yang ada pada negara Malaysia. Beliau (pesalah), dikatakan bukan sahaja
menyalahgunakan hak bersuara di dalam rancangan tersebut. Malah, membawa lawak beliau
dengan menggunakan isu agama sebagai bahan jenaka beliau. Persendaan melibatkan agama
menjadikan ianya sebagai satu isu sensitif kepada masyarakat Melayu di Malaysia.

Kes tersebut di rujuk pada 13 Julai 2022, berkenaan dengan penyalahgunaan hak
bersuara dan hak beragama yang dipersendakan oleh salah seorang peserta berbangsa India
dalam rancangan Stand up Comedy. Kejadian tersebut berjaya dikesan oleh pihak berkuasa
selepas penularan rakaman videonya itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat
Malaysia. Reaksi yang diberikan oleh bangsa Melayu yang marah dan juga bangsanya sendiri
yang kecewa selepas melihat rakaman videonya dengan lantang menghina kesucian agama

16
Islam. Dalam fasa tersebut juga dikatakan beberapa netizen ada yang mempertahankan
perbuatannya itu atas sebab hak dan juga prinsip kebebasan ekspresi. Namun, hal tersebut
dibenarkan berlaku di negara luar sahaja dan tidak boleh dilakukan di Malaysia kerana undang-
undang dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini tidak membenarkan bergurau dan
menyentuh isu sensitif agama ini dalam apa-apa perkara.

Di Malaysia mempunyai jaminan hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh Perkara
10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini sepertimana yang termaktub di bawah
undang-undang antarabangsa, kebebasan hak bersuara dalam konteks tempatan juka
bukanlah bersifat mutlak, malah boleh disekat di atas pelbagai alasan dan tujuan. Dalam isu ini
juga ianya termaktub di bawah Perkara 10 (2)(a), parlimen boleh menggubal hak kebebasan
bersuara bagi tujuan menjaga keselamatan negara, menentang fitnah, memelihara prinsip
moral dan beberapa sebab lain. Perkara 10 (4), menyatakan bahawa memberi kuasa kepada
Parlimeb untuk menggubal undang-undang bagi melarang beberapa perkara sensitif seperti
berkenaan dengan status hak keistimewaan orang melayu. Dalam hal ini atau isu ini juga
boleh dirujuk dibawah Perkara 149 dan Perkara 150 iaitu proklamasi darurat dibawah
Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kes yang dilakukan oleh Alexander Navin Vijaya Chandran ini, mengikut
kedudukan undang-undang. Beliau boleh dijatuhkan hukuman melalui Akta Hasutan 1948
kerana menghina dan menghasut agama lain untuk membuat perkara yang dilakukannya di
platform lain jika tidak diambil tindakan. Dalam Akta Hasutan 1948 ini jika seseorang yang
menyatakan pandangan atau melakukan sesuatu perkara yang cenderung kepada hasutan
tindakan akan diambil ke atas individu tersebut. Terdapat beberapa peruntukan di bawah Kanun
Keseksaan yang termaktub di bawah Bab XV kanun tersebut. Dalam kes atau isu yang
dilakukan oleh beliau ini tindakan yang boleh dikenakan ke atas individu ini mengikut
peruntukan yang diberikan, beliau boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 298, perbuatan
melukakan perasaan agama seseorang dengan menyebut apa-apa perkataan. Hukuman di
bawah Seksyen ini adalah penjara tidak melebihi setahun atau denda, atau kedua-duanya
sekali. Bagi Seksyen 298A pula, dimana menjenayahkan apa-apa perkataan yang boleh
menyebabkan berlakunya ketidakharmonian dalam kalangan penduduk. Dalam S3ksyen ini
ianya lebih serius dan hukuman yang akan dikenakan juga memperuntukan hukuman penjara
sekurang-kurangnya 2 tahun namun tidak boleh melebihi 5 tahun ke atas pesalah. Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh diguna pakai sekiranya kenyataan tersebut

17
dinyatakan melalui media elektronik. Bagi seseorang yang disabitkan atas kesalahan ini boleh
dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun.

Kes 6: Hak Kebebasan Beragama

Hak kebebasan beragama merupakan salah satu bahagian di dalam peruntukan


undang-undang Hak Asasi Manusia yang terdapat di Malaysia di dalam Perkara 11 dalam
Perlembagaan Malaysia dengan agama Islam diiktiraf sebagai agama persekutuan. Walau
bagaimanapun, menurut Perkara (3)1 Perlembagaan Persekutuan, penganut-penganut agama
lain masih bebas untuk mengamalkan agama mereka. Setiap individu mempunyai hak untuk
mengajukan dan menjalankan agamanya serta dipraktekkan dengan aman dan harmoni. Di
Malaysia hari ini, isu berkenaan agama sering menjadi kontroversi kerana terdapat berbilang
kaum yang menganuti agama berbeza. Jadi, terdapat individu yang tidak bertanggunghjawab
gemar memainkan sentimen agama. Maka, dengan wujudnya undang-undang berkenaan hak
kebebasan beragama ini memberikan kebebasan kepada semua masyarakat untuk bebas
beragama sejak dilahirkan tanpa mempersoalkan status agama individu lain. Di dalam Artikel
18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat juga telah menyatakan bahawa,

“Setiap orang mempunyai hak kebebasan berfikir, mempunyai kepercayaan dan


agama; hak ini meliputi hak untuk menukar agama atau kepercayaan dan
kebebasan, sama ada berseorangan atau dalam komuniti dengan orang lain dan
secara terbuka atau tertutup, mengamalkan agama atau kepercayaan dalam
pengajaran, amalan, ibadat dan kepatuhan.”

Ini menjelaskan bahawa setiap individu berhak menentukan agama dan kepercayaan
sendiri apabila sudah mencapai tempoh umur yang matang. Walau bagaimanapun, terdapat
kawalan ke atas hak kebebasan beragama yang terdapat di Malaysia bagi tujuan menjaga
kesucian agama Islam daripada penyebaran agama bukan Islam. Antara kawalan antaranya
boleh dilakukan oleh undang-undang yang dibuat di Parlimen, kawalan yang dikenakan oleh
undang-undang subsidiary serta kawalan dalam pindaan perlembagaan dan juga kawalan
melalui tafsiran mahkamah.

Terdapat juga kes berkenaan hak kebebasan beragama melalui tafsiran mahkamah
yang mendapat perhatian masyarakat antaranya adalah kes Siti Fatimah Tan, 39 yang

18
dibenarkan murtad daripada agamanya iaitu Islam. Kes bermula apabila Siti Fatimah Tan
berbangsa Cina melalui peguamnya menuntut kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang di
Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang untuk membenarkan Siti Fatimah Tan menukar kembali
kepada ajaran Islam kepada agama lamanya iaitu Buddha. Siti Fatimah Tan membuat tuntutan
bahawa dirinya tidak yakin akan ajaran agama Islam yang dianutnya itu malah hanya menukar
agama bagi memenuhi syarat untuk membolehkan beliau untuk berkahwin dengan suaminya
yang turut menganuti ajaran Islam. Siti Fatimah Tan juga mengakui bahawa beliau masih lagi
mengamalkan ajaran agama lamanya iaitu Buddha serta masih menyembah berhala dan
memakan khinzir. Permohonan tuntutan menukar agama itu dilakukan oleh beliau sejurus
selepas ditinggalkan oleh suaminya yang menghilangkan diri tanpa alasan. Mengikut Hak
Beragama dari aspek Islam sendiri seseorang individu itu akan diperakui murtad melalui tiga
perkara iaitu perbuatan, pertuturan dan iktikad yang menyimpang daripada ajaran Islam. Kes ini
telah mendapat perhatian dan liputan seluruh masyarakat dan media Malaysia kerana
melibatkan sentimen agama Islam serta pertama kali terjadi di Malaysia. Walau bagaimanapun,
Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang merasa kesal di atas perkara yang terjadi kerana
sudah menjadi tanggungjawab Majlis Agama Islam Pulau Pinang untuk membimbing para
mualaf, tetapi perkara itu tidak terjadi dalam kes Siti Fatima Tan. Prosiding berakhir dengan Siti
Fatima Tan dibenarkan untuk membuang status Islam pada kad pengenalannya.

Walaupun kes ini telah menjadi sensitif, tetapi kes ini telah menjadi bukti kepada hak
kebebasan beragama yang menjadi undang-undang hak asasi sebagai seorang manusia yang
lahir di Malaysia dari aspek hak kebebasan berfikir meliputi menukar agama dan kepercayaan
secara aman dan damai.

Kes 7: Kerja Paksa

Kanagavalli dan Kovalan telah mula bekerja sebagai pengawal keselamatan di syarikat
Dura Guard masing-masing pada April 2018 dan November 2019.. mereka dijanjikan gaji
berjumlah RM1,200 dan elaun tetap sebanyak RM500 (menjadikan gaji bulanan mereka
RM1,700). Akan tetapi, pihak majikan menetapkan untuk mereka bekerja 12 jam sehari, tanpa
cuti rehat mingguan mahu pun cuti umum berbayar. Malah, mereka juga tidak menerima
sebarang dokumen perkhidmatan dan slip gaji. Lebih menyedihkan, sekiranya mereka
mengambil cuti, gaji mereka akan dipotong. Menjelang Julai 2020, mereka berdua telah

19
diberhentikan serta merta oleh syarikat berkenaan dan pemberhentian mereka itu tanpa
sebarang notis dan tawaran pertukaran ke tempat lain.

Tidak berpuas hati dengan layanan itu, mereka berjumpa dengan Parti Sosialis Malaysia
(PSM) bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kes mereka seterusnya difailkan di Jabatan
Tenaga Kerja Kuala Lumpur. Selepas berlakunya perbicaraan, Mahkamah Buruh Kuala Lumpur
mendapati pihak majikan gagal membayar gaji overtime (OT), sedangkan mereka perlu bekerja
lebih 4 jam pada setiap hari, termasuk pada cuti umum dan hari minggu. Mahkamah juga
mendapati elaun sebanyak RM500 setiap bulan itu pula tidak sepadan dengan kadar OT.

Selepas meneliti isu tersebut, pada 19 Mac lalu – Mahkamah memutuskan Dura Guard
perlu membayar semua tuntutan gaji lebih masa yang tidak dilunaskan dan bayaran ganti notis
pemberhentian kerja mereka. Majikan juga diarahkan supaya membayar amaun itu dalam masa
dua minggu selepas tarikh keputusan kes.

Kronologi di atas merujuk kepada Perkara 6 (1) dan (2) di bawah Perlembagaan
Persekutuan iaitu keabdian dan kerja paksa dilarang yang merangkumi dua perkara yang
berkaitan dengan kes. (1), tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi. Membawa naratif
bahawa tiada seorang pun individu yang layak ditahan melakukan apa-apa kerja atau dipaksa
bekerja tanpa menerima apa-apa imbalan yang sesuai dengan skop kerjanya kerana itu
menyamai abdi atau hamba. (2), segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen
boleh melalui undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi
maksud-maksud negara. Ini merujuk kepada bahawasanya segala perkhidmatan wajib yang
memerlukan tenaga pekerja bagi menjamin keselamatan perlulah mengikut undang-undang dan
akta buruh.

Apabila membicarakan tentang undang-undang buruh atau pekerjaan (Employment


Law) di Malaysia, sudah tentu mengenai Akta Kerja 1955. Ia sememangnya satu perundangan
buruh yang amat penting yang menyediakan satu rangka kerja undang-undang yang
menyeluruh meliputi pampasan, layanan adil, kesihatan dan keselamatan di tempat kerja, cuti
tahunan dan cuti, jaminan kerja, isu bersalin di tempat kerja, keselamatan sosial, kerja dan gaji,
kesatuan sekerja dan cuti sakit. Terdapat dua permasalahan dalam kes yang menyebabkan
syarikat tersebut didakwa dan diarahkan membayar tunggakkan gaji kepada dua bekas
pekerjanya. Pertama, Seksyen 60A (1) di bawah Akta Kerja 1955, iaitu pekerja tidak boleh

20
diarahkan bekerja: (1). Lebih dari 5 jam berturut-turut tanpa rehat yang tidak kurang daripada 30
minit, (2). Lebih dari 8 jam sehari, (3) Lebih tempoh masa (in spread-over period) 10 jam sehari
dan (4). Lebih 48 jam seminggu.

Mengikut garis panduan waktu bekerja di atas, syarikat tersebut telah melanggar
undang-undang dan hak pekerja dengan menyuruh pekerja berkhidmat selama 12 jam tetapi
dalam kontrak ia dimaklumkan bahawa waktu bekerja hanya lapan jam sahaja. Tambahan pula
majikan menyuruh mereka bekerja pada hari minggu dan hari cuti umum. Mengikut
undang-undang buruh, majikan wajib memberi mana-mana hari paling kurang satu hari kepada
pekerja sebagai hari rehat mingguan. Dalam Akta Kerja 1955, ia terletak di bawah Seksyen 59.
Dalam kes ini, majikan tidak memberi hari rehat mingguan kepada dua pekerja tadi. Berkenaan
hari cuti umum atau Akta Hari Kelepasan Am 1951 yang juga di bawah Akta Kerja 1955,
menuntut majikan memilih lima daripada sebelas hari cuti umum yang wajib iaitu Hari
Kebangsaan, Hari Keputeraan Agong, Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari
Wilayah jika bekerja di Wilayah Persekutuan, Hari Pekerja dan Hari Malaysia. Ini merujuk
kepada Seksyen 60D (1) (a) & (b), di bawah Akta Kerja 1955.

Kerja lebih masa adalah jumlah jam kerja yang dilakukan melebihi waktu kerja biasa
dalam satu hari. Waktu kerja biasa adalah bilangan jam bekerja yang diletakkan dalam kontrak
perkhidmatan. Dalam kes ini dua pekerja tersebut tidak dibayar mengikut kiraan jam lebih
masa. Mereka diwajibkan bekerja selama lapan jam sahaja namun majikan menyuruh bekerja
selama 12 jam, empat jam itu dikira sebagai kerja lebih masa namun tidak dibayar.. Majikan
tidak dibenarkan untuk membenarkan pekerja bekerja lebih masa melebihi 104 jam sebulan di
mana kerja yang dilakukan pada hari rehat, cuti umum, hari yang menggantikan cuti umum
tidak akan dikira. Kadar untuk kerja lebih masa adalah seperti berikut:

Hari Kadar

Hari bekerja / Hari tidak bekerja (selain 1.5 x Kadar Gaji Satu Jam
daripada senarai di bawah

Hari Rehat 2 x Kadar Gaji Satu Jam

21
Hari Cuti Umum 3 x Kadar Gaji Satu Jam

Seksyen 59, 60A dan 60D, Akta Kerja 1955 (Akta 265), Peraturan 2, Peraturan-peraturan Kerja
(Had Kerja Lebih Masa) 1980.

Terdapat beberapa perlindungan asas yang diberikan kepada pekerja yang


diberhentikan secara tiba-tiba, antaranya, majikan hendaklah memberikan tempoh notis
atau membayar gaji ganti notis mencukupi mengikut kontrak perkhidmatan, namun tidak
kurang daripada yang ditetapkan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Kerja. Seksyen ini
membawa pengertian, panjang tempoh notis tersebut hendaklah sama bagi kedua-dua
majikan dan pekerja dan hendaklah ditetapkan oleh peruntukan yang dibuat secara bertulis
bagi notis tersebut dalam syarat-syarat kontrak perkhidmatan. Jika panjang tempoh notis
tidak disebut dalam kontrak, maka peruntukan berikut hendaklah dipatuhi:

1. Empat minggu notis jika pekerja telah bekerja sedemikian selama kurang daripada dua
tahun pada tarikh notis itu diberikan;
2. Enam minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama dua tahun atau lebih tetapi
kurang daripada lima tahun pada tarikh tersebut;
3. Lapan minggu notis jika ia telah bekerja sedemikian selama lima tahun atau lebih pada
tarikh tersebut.

Jika rujuk semula kronologi kes, dua pekerja tadi bekerja selama kurang dua tahun dan
seharusnya mereka menerima empat minggu notis sebelum diberhentikan namun mereka tidak
menerima sebarang notis dan diberhentikan serta-merta tanpa penawaran ke bahagian lain.
Jelas sekali, hak mereka telah dianiaya oleh pihak majikan yang sewenang-wenangnya
memberhentikan mereka. Notis penamatan kontrak hendaklah diberikan secara bertulis
mengikut Seksyen 12 (4) Akta Kerja 1955. Oleh itu, majikan hendaklah membayar ganti rugi
notis kepada dua pekerja tadi, mengikut kaedah pengiraan seperti berikut:

22
Disebabkan majikan gagal membayar upah kerja lebih masa dan ganti rugi notis, makan
dua pekerja tadi telah menuntut pampasan dengan khidmat nasihat di Parti Sosialis Malaysia
(PSM), kemudian kes mereka difailkan di Jabatan Tenaga Buruh Kuala Lumpur dan melalui
proses perbicaraan di Mahkamah Buruh. Akhirnya pada 19 Mac 2021, nasib menyebelahi
mereka apabila Mahkamah Buruh memutuskan syarikat untuk membayar sejumlah RM36,002
iaitu semua tuntutan gaji lebih masa yang tidak dilunaskan dan bayaran ganti notis
pemberhentian kerja mereka. Majikan juga diarahkan supaya membayar amaun itu dalam masa
dua minggu selepas tarikh keputusan kes. Ini menunjukkan nasib pekerja tadi terbela jika
mengikut yang saluran benar dan terkumpulnya bukti-bukti yang kukuh, undang-undang telah
membataskan sikap tamak dan sewenang-wenangnya majikan terhadap pekerja.

Kes 8: Hak Kanak Kanak (Dilindungi)

Adik Bella didera sehingga badan melecur. Seorang remaja berusia 13 tahun dipercayai
melecur hampir seluruh badannya. Remaja tersebut Bernama Bella dipercayai didera oleh
penjaganya. Kes terbabit mendapat perhatian selepas seorang sukarelawan memuat naik video
keadaan fizikal Bella pada Mei 2021 kemudian pada Ogos 2021 mula dakwa di mahkamah
mengenai kes penderaan tersebut. Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan
iaitu mengabai dan menganiaya Bella sehingga menyebabkan remaja itu mengalami
kecederaan fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju, antara Februari dan
Jun 2021, mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman
maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Setelah perbicaraan, Siti Bainun diarahkan membela diri dan Hakim Izralizam Sanusi membuat
keputusan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie
terhadapnya. Berikut di bawah adalah kronologi tentang kes adik Bella:

1. Bella ditemui sekitar lapan tahun lalu mundar mandir seorang diri tanpa penjaga di
setiap lorong tanpa hala tuju Kuala Lumpur.
2. Ada pihak mendakwa, adik Bella merupakan anak yatim piatu. Namun dakwaan tidak
dapat disahkan secara rasmi, namun tiada pihak tampil untuk menuntut Bella.
3. Apabila ia dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pihak JKM
mengambil Bella dan menempatkannya di Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan
Najihah sehingga berumur 12 tahun.
4. Bella kemudian dibawa ke Mahkamah Kanak Kanak untuk di ambung perintah

23
penjagaan di rumah kebajikan tersebut. Dia dikatakan gembira dan bahagia tinggal di
sana.
5. Ada penjaga yang dipanggil abah dan emak yang sangat mengasihi Bella di sana.
6. Semasa berada di mahkamah, kebetulan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun ada di
sana untuk uruskan hal mahkamah anak-anak lain.
7. Apabila melihat adik Bella, Siti Bainun meminta hakim memberi peluang kepadanya
untuk menjaga Bella. Siti Bainun mendakwa, dia menyukai kanak-kanak itu.
8. Semenjak itu Bella dibawa untuk menetap di Rumah Bonda sejak Julai 2020 sehingga
hujung Oktober 2020 kerana Siti Bainun pun tinggal situ.
9. Penghuni Rumah Bonda sempat berkenalan dan bermesra dengan Bella yang
menetap lebih kurang empat bulan di sana.
10. Selepas itu Bella dibawa menetap bersama Siti Bainun di kediaman berjenis
kondominium miliknya.
11. Sukarelawan Rumah Bonda terputus hubungan dan tidak lagi mendengar sebarang
khabar berita mengenai Bella.
12. Sekitar Februari atau Mac 2021, sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan adik
Bella di kondominium berkenaan. Ketika itu Bella belum tiada kesan kecederaan secara
fizikal tetapi dirinya tampak muram dan tidak ceria.
13. Namun Bella ada memaklumkan dia tidak mahu tinggal dengan Bonda (Siti Bainun).
14. Bella didakwa banyak berkurung dalam bilik dan tidak gembira seperti tinggal di
Rumah Bonda.
15. Sukarelawan Rumah Bonda berjumpa dengan Siti Bainun dan memberitahu agar
Bella dipulangkan semula kepada JKM memandangkan remaja itu tidak gembira tinggal
di sana.
16. Siti Bainun bagaimanapun dikatakan menolak dan meminta sukarelawan tersebut
tidak masuk campur dalam urusan Bella.
17. Pada 23 Jun 2021, kesemua penghuni Rumah Bonda termasuk yang menetap di
kediaman Siti Bainun dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19.
18. Ketika itu semuanya terdedah. Luka yang dialami Bella tidak dapat disorok lagi
daripada pengetahuan doktor dan sukarelawan Rumah Bonda.
19. Dari situlah bermula kes adik Bella yang disyaki didera terbongkar.
20. Namun ketika itu ia hanya diketahui oleh beberapa pihak sahaja dan tidak secara
meluas sehinggalah usahawan dan sukarelawan, Mona Din menularkan isu terbabit.
21. Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,

24
sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan
sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan
kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
22. Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di
mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya seorang remaja perempuan Sindrom
Down berusia 13 tahun.

Kanak-kanak merupakan mereka yang berusia di bawah 18 tahun menurut Akta


Kanak-kanak 2001. Kanak-kanak merupakan golongan yang lemah, naif dan wajar dilindungi
serta disayangi. Kanak-kanak mula hendak mengenal dunia dan belajar sesuatu maka kita
sebagai orang dewasa perlu melindungi mereka dengan selayaknya kerana mereka tidak
bersifat menghukum malah amat suka bertanya. Kanak-kanak merupakan bakal pemimpin
generasi masa hadapan oleh yang demikian ibu-bapa, guru-guru, masyarakat dan pemimpin
bertanggungjawab untuk memastikan setiap kanak-kanak ini membesar dalam persekitaran
yang harmoni, mempunyai persefahaman serta mendapat kasih sayang. Menurut
Perlembagaan Persekutuan yang telah dikuatkuasakan bahawa tiada seorang pun boleh
diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang. Selain
itu juga, Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) telah memproklamasikan bahawa zaman kanak-kanak berhak mendapat jagaan dan
bantuan khas. Bukan itu sahaja malah, kanak-kanak patut diberi perlindungan dan bantuan
yang diperlukan supaya ia boleh membentuk personaliti yang harmoni membesar dalam
persekitaran keluarga yang penuh kasih sayang, bahagia dan ada persefahaman.

Perundangan yang dibentuk dalam konteks melindungi hak kanak-kanak


• Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468)
• Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308)
• Pengambilan Anak Angkat (Akta Pengangkatan Anak Angkat 1952)
• Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002)
Hak Kanak-kanak
• Mempunyai keluarga
• Hidup berkomuniti
• Makanan yang mencukupi
• Bermain dan beribadah
• Pendidikan

25
• Dilindungi
• Peroleh kewarganegaraan
• Diberi bantuan

Konvesyen Hak Kanak-Kanak telah dibentangkan dalam Perhimpunan Pertubuhan


BangsaBangsa Bersatu (PBB) pada 20 november 1989. Merupakan satu dokumen yang
memberikan perlindungan kepada kanak-kanak daripada:-
• pengabaian
• penderaan
• eksploitasi
• jaminan kanak-kanak mendapat haknya
Konvesyen Hak Kanak-Kanak
• Perkara 2: tiada diskriminasi
• Perkara 3: diberi perlindungan
• Perkara 6: hak untuk hidup

Kes 9: Kes Lina Joy, Hak Kebebasan Beragama

Kes Lina Joy sebenarnya bermula dengan permasalahan yang timbul ketika
permohonan pertukaran Lina Joy untuk nama serta agamanya di Jabatan Pendaftaran Negara,
JPN adalah tidak diluluskan kerana pemohon adalah orang yang beragama islam. Nama
sebenarnya adalah Azlina binti Jailani yang dilahirkan seorang Islam. Mendakwa bahawa dia
tidak pernah percaya kepada Islam, bahawa sejak 1990 dia telah mempercayai sepenuhnya
Kristian dan telah menghadiri Misa setiap hari Ahad, dan bahawa pada 11 Mei 1998 dia telah
dibaptis, dan mempamerkan sijil pembaptisan, dengan saman pemula bertarikh 15 Mei 2000 ,
apabila dia berumur tiga puluh enam tahun, dia memohon di Mahkamah Tinggi pengisytiharan
tertentu terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, defendan pertama, dan Kerajaan
Malaysia, defendan kedua. Pengisytiharan itu diminta berdasarkan Fasal (1) Perkara 11
Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin setiap orang "hak untuk menganuti dan
mengamalkan agamanya", yang dikatakannya memberinya kebebasan mutlak untuk
meninggalkan Islam dan menjadi seorang Kristian, yang tidak boleh disekat atau dikawal secara
sah oleh mana-mana undang-undang, seperti Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah
Persekutuan) 1993, oleh Mahkamah Syariah, atau oleh mana-mana undang-undang lain. pihak
berkuasa.

26
Kesan daripada pengisytiharan itu adalah untuk menegakkan pendiriannya dan
mengesahkan statusnya sebagai seorang Kristian, supaya, dia berharap, kemajuan dalam
hidupnya tidak lagi dihalang oleh sebarang ketidakpastian tentang agamanya atau oleh
sebarang dakwaan bahawa dia seorang Muslim.

Akibat daripada pengisytiharan itu, dia juga memohon perintah supaya defendan
memasukkan dalam apa jua rekod atau daftar tentang dirinya yang mungkin ada dalam
simpanan mereka fakta bahawa dia telah meninggalkan Islam. Dalam affidavit untuk
menyokong permohonannya, dia menyatakan masalah dan kebimbangan yang dia akan terus
hadapi melainkan pengisytiharan dan perintah itu diberikan. Mengenai kebimbangan, dia
merujuk kepada laporan tertentu dalam ceramah akhbar daripada pihak tertentu yang
mengambil tindakan terhadap orang Islam yang meninggalkan Islam. Daripada masalah, dia
menekankan masalah memadam perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya, mengatakan
bahawa dia ingin melangsungkan perkahwinan bukan Islam dan mendirikan rumah tangga dan
berkeluarga, tetapi selagi kad pengenalannya menunjukkan bahawa dia seorang Muslim dia
tidak akan dapat mencapai keinginannya. Apa yang berlaku ialah Jabatan Pendaftaran Negara
JPN telah enggan menerima permohonannya untuk pemadaman itu.

Dalam kes ini Lina Joy melawan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kerajaan
Malaysia dan defenden-defenden dalam Mahkamah Rayuan Malaysia dalam Perkara Aturan 15
Kaedah 16 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan Dalam Perkara Akta Spesifik Relif
1959 dan khususnya Seksyen 41 dan dalam perkara Perlembagaan persekutuan dan
khususnya Artikel 11(1) dan dalam perkara Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah
Persekutuan) 1993.

Walaubagaimanapun, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan melalui Hakim


bahawa seseorang yang menganut dan mengamalkan agama Islam mestilah merangkumi
aspek teologi dan undang-undangnya. Teologi dalam amalan agama manakala undang-undang
yang dimaksudkannya pula adalah prosedur berkaitan keluar agama dalam undang-undang
yang memerlukan pengesahan Mahkamah Syariah. Semua ini tertakluk kepada seksyen 74 (2)
EPAI yakni hanya mahkamah Syariah yang boleh mengisytihar bukan islam. Selain itu Lina Joy
perlu menyertai pemulihan akidah, Langkah-langkah kembali kepada ajaran serta bertaubat.

27
Hasil analisis kes, dapat disimpulkan bahawa JPN jelas nyata dan terang tidak lagi
bersuluh langsung tiada kuasa untuk menukar status agama seorang islam kepada agama lain.
Ianya perlu mendapatkan pengesahan dari Mahkamah Tinggi Syariah mengenai status agama.
Orang Islam pula telah tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkaitan. Hak bagi
menganut dan mengamalkan bukan sahaja meliputi amalan agama akan tetapi juga undang
undang yang mengikat, yakni Per 74 (2) EPAI iaitu prinsip kebebasan beragama adalah tidak
mutlak, Ianya terikat dengan undang-undang berkaitan, dan dalam kes ini, ia terikat dengan
undang-undang Islam di peringkat negeri.

Kes 10 : Kes penahan Bumi Langit.

Seorang lelaki berusia 39 tahun merupakan pemilik akaun Twitter Bumi Langit telah
ditahan pada 23 November 2022, Khamis, kerana telah memuat naik sebuah rakaman berbaur
isu perkauman di laman sosialnya. Suspek direman selama tiga hari dan telah dibebaskan
dengan jaminan polis pada 26 November 2022. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta
Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 atas penggunaan tidak
wajar perkhidmatan dan rangkaian perkhidmatan. Pihak polis mendakwa suspek telah
menyebarkan hasutan berkenaan isu perkauman tetapi suspek menjelaskan bersama bukti
bahawa suspek hanya berusaha menghentikan kebencian atau pergaduhan perkauman yang
tular di media sosial terutamanya Tiktok. Bahagian II Kebebasan Asasi, Perkara 10. Kebebasan
Bercakap, Berhimpun dan Berpersatuan. Peranggan (b) fasal (1) apa-apa sekatan yang
didapati perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan persekutuan atau mana-mana
bahagiannya atau ketenteraman awam ini merujuk kepada usaha dan niat baik suspek dalam
menangani isu perkauman yang dicetuskan oleh sesetengah pihak.

Di bawah Akta 301 : Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, kesalahan 8(1)
mana-mana orang yang tanpa sebab yang munasabah didapati memiliki apa-apa hasil
penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak
melebihi lima ribu ringgit. Akta ini merujuk kepada bahan rakaman yang dimiliki oleh suspek
mempunyai tujuan dan sebab yang kukuh kerana suspek berniat untuk menghentikan
pergaduhan atau salah faham yang sedang berlaku. Suspek juga menegaskan kepada pihak
polis untuk mengambil tindakan provokasi dan hasutan bagi pemilik akaun yang rata-rata dari
kalangan penyokong sebuah parti politik dengan niat untuk menimbulkan pergaduhan.

28
Hal ini boleh dikaitkan di bawah Akta 301 : Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,
Kesalahan kerana menyiarkan berita tidak benar, 8 (a) (1) jika dalam apa-apa hasil penerbitan
ada disiarkan dengan niat jahat, apa-apa berita yang tidak benar, makan pencetak, penerbit,
penyunting dan penulis berita itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh
ribu ringgit atau kedua-duanya.

Akhir sekali, pihak polis juga mendakwa penahanan suspek telah menghina Yang Di
Pertuan Agong (YDPA) tanpa memberikan keterangan secara rasmi. Bahagian II Kebebasan
Asasi, Perkara 5 Kebebasan Diri, iaitu Perkara 5(3) jika seseorang ditangkap maka dia
hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh alasan-alasan dia ditangkap dan dia
hendaklah dibenarkan berunding dan dibela oleh seorang pengamal undang-undang
pilihanraya, Ini menjelaskan bahawa penangkapan suspek tanpa menjelaskan sebarang bukti
oleh pihak polis atas tuduhan menghina Yang Di Pertuan Agong (YDPA).

29
5.0 KESIMPULAN

Secara tuntasnya rakyat Malaysia seharusnya memanjatkan rasa syukur dan bertuah
kerana Perlembagaan Persekutuan sendiri telah menetapkan hak asasi manusia sebagai satu
prinsip yang kekal dan sedia ada di Malaysia. Hal ini adalah unik jika nak dibandingkan dengan
negara-negara lain. Malaysia juga adalah satu negara yang berdaulat yang membawa maksud
mempunyai hak dalam perundangan dan pendirian mereka sendiri. Maka, setiap manusia
mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri. Oleh yang demikian, terbentuknya undang-undang
hak manusia seperti yang diterangkan serta dibincangkan berkenaan hak asasi manusia. Setiap
individu juga perlu tahu hak-hak yang sudah termaktub dan sedia ada supaya diri mereka
mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Hak ini merupakan hakikat tentang keberadaan manusia sebagai makhluk yang wajib
dihormati dan dilindungi tidak kira sama ada pada persekitaran, masyarakat dan negara demi
mendapatkan sebuah kehidupan yang baik. Walaubagaimanapun, dalam hak-hak yang
terbentuk ini tidak semestinya individu itu boleh melanggar peraturan dan melampaui batas
sehingga merasakan manusia boleh melakukan apa sahaja kerana mempunyai hak. Apa yang
ingin dizahirkan ialah janganlah mempertikaikan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan
Persekutuan. Dalam masa yang sama, kepentingan yang sah di sisi undang-undang orang
bukan Islam dan bukan Melayu boleh dilaksanakan tanpa sekatan. Sebagai individu dan
manusia yang bertanggungjawab kita mestilah mahukan kehidupan yang aman damai dan
harmoni maka jalanilah hidup berpandukan undang-undang yang telah ditetapkan.

30
RUJUKAN

Ahmad Hasbi. ( 2021, Disember 31). Mengalir Air Mata Jahidah, Disentuh Anak Buat Kali
Pertama. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/utama/2021/12/794685/mengalir-air-mata-jahidah-disentuh-anak-b
uat-kali-pertama

Azma Lazim. (2021, Jun 17). Lelaki Pukul Isteri Kedua Hingga Koma, Rupanya Ada 4 Isteri, 7
Anak. Sinar Harian.
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=178322

Azril Mohd Amin. (2014, November 13). Isu Mak Nyah: Mahkamah Rayuan Tidak Timbang Tiga
Perkara Mengenai Islam. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-mak-nyah-mahkamah-rayuan-tidak-timbang-tig
a-perkara-mengenai-islam-48312

Bari, A. A. (2000). Kebebasan dan Hak-Hak Asasi di Bawah Perlembagaan Persekutuan-Satu


Analisis Umum. Jurnal undang-Undang dan Masyarakat, 4, 87.

Bernama. (2021, Mei 19). Polis Kesan Saksi Kes Cederakan Isteri Sehingga Parah. Astro
Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-kesan-saksi-kes-cederakan-isteri-sehingga-pa
rah-298657

Bernama. (2022, November 23). Kes Bella: Siti Bainun Bebas Atau Bela Diri Diketahui Esok.
Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1030271/kes-bella-siti-bainun-bebas-atau-
bela-diri-diketahui-esok

Farah Marshita Abdul Patah (2022, Ogos 18). Nyawa, Kebebasan dan Hak Saya Kini
Terancam-Najib. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/990020/nyawa-kebebasan-dan-hak-saya-k
ini-terancam-najib

Hafidz Hakimi Bin Haron (2022, Ogos 1). Melawak Jangan Sampai Dihukum Undang-Undang
Penghinaan Agama. Malaysia Gazette.
https://malaysiagazette.com/2022/08/01/melawak-jangan-sampai-dihukum-undang-undang-pen
ghinaan-agama/

Hambali, K. M., & Haled, M. H. M. (2008). Toleransi Beragama dan Amalannya di Malaysia:
Rujukan Kepada Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Jurnal Usuluddin, 27, 81-92.

Ismail N. (2011). Undang-Undang Buruh – Masa Kerja dan Kerja Lebih Masa.
https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-masa-kerja-dan-kerja-l
ebih-masa

Ismail N. (2012). Akta Kerja 1955: Notis Berhenti Kerja.


https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akta-kerja-1955-notis-berhenti-kerja

M.Star. (2011, Julai 18). Tukar Nama Wanita, Mahkamah Tolak Permohonan Ashraf. M.Star.
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/07/18/tukar-nama-wanita-mahkamah-tolak-permo
honan-ashraf

M.Star. (2011,Julai 30). Lelaki Tukar Jantina Meninggal. M.Star.


https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2011/07/30/lelaki-tukar-jantina-meninggal

Neoh, J. (2008). Islamic state and the common law in Malaysia: A case study of Lina Joy.
Global Jurist, 8(2).

Nurul Izzatull Hani Seman. (2021, Jun 17). Pukul Isteri Hingga Koma, Peniaga Mengaku Tidak
Bersalah. Astro Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pukul-isteri-hingga-koma-peniaga-mengaku-tidak-b
ersalah-303608

Pa and Ma. (2021, November 26). Wanita Koma Dibelasah Suami Bakal Lahirkan Bayi. Astro
Awani.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/wanita-koma-dibelasah-suami-bakal-lahirkan-bayi-
332955
PakDin.my. (n.d). Lelaki Cetuskan Kontroversi Mohon Tukar Jantina Di Mahkamah Dimasukkan
Ke Wad ICU.
https://pakdin.my/6865/?amp=1

Undang-Undang Malaysia: Perlembagaan Persekutuan.


http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/Perlembagaan%20Persekutuan-Ma.Html

Wartawan Sinarplus. (2022. April 18). Siapa Bella? Berikut Kronologi Bagaimana Dia Boleh
Berada di Rumah Kebajikan hingga Ditemui Melecur Teruk. Sinar Harian.
https://m.sinarharian.com.my/mobile-article?articleid=247629

Yaqin Bakharudin. (2020, Mac 20). Irsyad Al-Fatwa Siri Ke - 467 : Hukum Menukar Nama Mak
Nyah dengan Gelaran Nama Wanita. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4358-irsyad-al-fatwa-siri-ke-467-h
ukum-menukar-nama-mak-nyah-dengan-gelaran-nama-wanita

Anda mungkin juga menyukai