Anda di halaman 1dari 25

GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Nama Tharshini Kasivisvanathan No. Matrik 268684

Bulan dan Tahun APRIL 2021 Pusat UUM, Sintok


Pendaftaran

TUGASAN GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Tugasan Individu B. Kebebasan Asasi di Malaysia

(Perkara 1 : Kebebasan Diri)

Tarikh Akhir Serahan Pertemuan III Tarikh Penerimaan

Nama
Pensyarah DR. ROHIZAN HALIM

No. Soalan Markah Asas Markah Diperoleh

B 25

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Isi Kandungan

No. Perkara

1 Pengenalan

2 Teori berkaitan

3 Perkara-perkara kebebasan asasi

4 Perlaksanaan di Malaysia

5 Isu-isu yang berkaitan

6 Kekuatan dan Kelemahan

7 Analisis

8 Cadangan

9 Kesimpulan

10 Rujukan

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kebebesan Asasi di Malaysia

1. Pengenalan

Kebebesan asasi merupakan hak dan kebebasan yang kita miliki sebagai manusia. Sejak

manusia dilahirkan di dunia ini kebebasan asasi ini tidak boleh dinafikan berdasarkan

warna kulit, etnik, agama, umur, jantina, bahasa, fahaman politik dan status sosial. Ia

merupakan asas kepada kewujudan manusia. Demikian, kebebasan asasi perlu dipelihara

dan dijamin dengan baik di bawah undang-undang. Suruhanjaya Reid yang menyediakan

laporan dan perakuan bagi perlembagaan kelihatannya tidak berasa perlu untuk berbuat

demikian. Ini kerana suruhanjaya tersebut kelihatan begitu yakin bahawa hak-hak

berkenaan telah berakar dengan kuat di Tanah Melayu. Suruhanjaya berpendapat bahawa

tidak perlu diberikan kedudukan seperti yang diminta oleh beberapa kalangan yang

berasa bimbang terhadap kedudukan yang masa depan hak-hak berkenaan. Melihat

kepada apa yang berlaku setelah lebih 40 tahun Negara Merdeka, ternyata jangkaan

Suruhanjaya Reid meleset.

Setiap Perlembagaan bertulis mempunyai peruntukan yang menyatakan kebebasan asasi

dan remedi berperlembagaan, yang mana ini telah diperuntukkan dalam Perlembaagaan

Kanada, Amerika, India, Afrika Selatan, Hong Kong, dan kebanyakkan negara-negara

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

lain di Komanwel. Di Malaysia, kebebasan asasi termaktub dalam Perlembagaan

Perseketuan.

Kebebasan diri adalah seperangkat hak asasi manusia yang melekat pada manusia ynag

wajib dihormati, dijunjung tinggi dan dilindungi oleh Negara, hukum, pemerintah dan

setiap orang demi kehormatan serta perlindungan martabat manusia. Manusia juga

memiliki kebebasan untuk memutuskan tindakan mereka sendiri. Selain itu, untuk

mengimbangi kebebasan manusia memiliki kemampuan untuk bertanggungjawab atas

semua tindakan mereka. Kebebasan diri dan hak asasi manusia yang melekat dalam sifat

manusia sejak manusia dalam rahim yang membuat manusia sadar akan identitas dan

membuat orang hidup bahagia.

2. Teori yang berkaitan

Teori Universalisme merupakan salah satu teori yang kita dapat dikaitkan dengan konsep

kebebasan asasi diri. Semua nilai adalah bersifat universal dan tidak dapat dimodifikasi

untuk menyesuaikan adanya perbedaan budaya dan sejarah suatu negara menganggap

nilai-nilai kebebasan asasi diri berlaku sama di semua tempat. Kebebasan asasi diri tidak

dapat terpisahkan dari perkembangan universalisme niali moral. Hal tersebut mencakup

suatu pandangan moral dan keadilan yang berasal dari sejumlah domain pra-sosial.

Individu sebagai pemikul hak tertentu dan beberapa pandangan umum mengenai nilai

moral yang melekat dan adil bagi setiap individu secara rasional.

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kebebasan asasi diri manusia berangkat dari konsep universalisme moral dan

kepercayaan moral yang melekat pada seluruh umat manusia. Universalisme moral

meletakkan keberadaan kebenaran moral yang bersifat lintas-budaya dan lintas sejarah

yang dapat di identifikasi secara rasional. Oleh karenanya, kriteria untuk menentukan

suatu sistem keadilan yang benar-benar rasional yang harus menjadi dasar dari segala

konvensi-konvensi sosial dalam sejarah manusia. Hukum alam ini sudah ada sejak

sebelum manusia mengenal konfigurasi sosial dan politik. Sarana untuk menentukan

bentuk dan isi dari keadilan yang alamiah ada pada sebab yang terbebas dari

pertimbangan. Dalam universalisme, individu adalah sebuah unit sosial yang memiliki

hak-hak yang tidak dapat diarahkan pada pemenuhan kepentingan pribadi. Dalam model

relativsme budaya, satu komunitas adalah sebuah unit sosial. Dalam hal ini tidak dikenal

konsep seperti inividualisme, kebebasan memilih dan persamaan.

3. Perkara-perkara kebebasan asasi yang dijamin oleh Perlembagaan.

I. Perkara 5 : Kebebasan Diri

Kebebasan diri bermaksud tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau

dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang. Jika seseorang

ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh

alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan

dibela oleh seorang pengamal undang-undang pilihannya. Jika seseorang

ditangkap dan tidak dilepaskan,maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan yang

tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

tidak termasuk masa apa-apa perjalananyang perlu dibawa ke hadapan majistret

dan orang itu tidak boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran

majistret itu. Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan

atau penahanan mana-mana orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang

berhubungan dengan kediaman terhad, dan kesemua peruntukan Fasal ini

hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu perkara ini mulai dari

hari Merdeka. Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi

seseorang, selain seorang warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah

undang-undang yang berhubungan dengan imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca

seolah-olah perkataan “tanpa kelengahan yang tidak munasabah, dan walau

bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam tidak termasuk masa apa-apa

perjalanan yang perlu” telah digantikan dengan perkataan “dalam tempoh empat

belas hari”. Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi

sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam

Fasal ini mengenai majistret hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk sebutan

mengenai hakim mahkamah Syariah.

II. Perkara 6 : Keabadian dan kerja paksa dilarang

Keabadian dan kerja paksa dilarang tiada dapat seorang pun boleh ditahan sebagai

abdi. Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui

undang-undang membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-

maksud negara. Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang

sebagai akibat daripada sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini,

dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah pengawasan dan

kawalan suatu pihak berkuasa awam. Jika menurut mana-mana undang-undang

bertulis kesemua atau mana-mana bahagian daripada fungsi mana-mana pihak

berkuasa awam dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak berkuasa awam yang

lain, bagi maksud membolehkan fungsi-fungsi itu dilaksanakan, maka pekerja-

pekerja pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut adalah terikat untuk

berkhidmat dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut, dan perkhidmatan

mereka dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut itu tidaklah dikira

sebagai kerja paksa mengikut pengertian Perkara ini, dan tiada seorang pun

pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada daripada pihak berkuasa awam

yang mula-mula disebut atau kedua disebut itu oleh sebab pertukaran

pekerjaannya.

III. Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke

belakang perbicaran berulang.

Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan

yang tidak boleh idhukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau

peniggalan itu dilakukan atau dibuat, dan tiada seoarang pun boleh menganggung

hukuman yang lebih berat kerana sesuatu kesalahan daripada yang telah

ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu dilakukan. Seseorang

yang telah dbebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu

kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

jika sabitan atau pembabasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula

diperintahkan oleh sesuatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang

telah membebaskan atau mensabitkannya itu.

IV. Perkara 8 : Kesamarataan

Kesemua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat

perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Kecuali sebagaimana yang

dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi

terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir

atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-

apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam

pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan,

pemegang atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau

penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan

bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri. Tiada pihak berkuasan

awam mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin

atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian perseketuaan di luar bidang

kuasa pihak berkuasa itu. Perkara ini tidak melarang apa-apa peruntukan yang

mengawal selia undang-undang diri dan tidak melarang apa-apa peruntukan yang

mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan dengan hal ehwal mana-

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan orang yang

menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu. Di

samping itu, perkara ini tidak melarang apa-apa peruntukan bagi perlindungan,

kesentosaan atau pemajauan orang asli Semenanjung Tanah Melayu atau

perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang munasabah daripada jawatan-

jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam. Seain itu, apa-apa peruntukan

yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian sesuatu

Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-

mana pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di

bahagian itu sahaja, atau bagi pengundian dalam pemilihan itu. Tambahan pula,

apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang

bersamaan dengan suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari

Merdeka. Akhirnya perkara ini juga tidal melarang apa-apa peruntukan yang

mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar Melayu

kepada orang Melayu.

V. Perkara 9 : Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke

Perseketuan. Tertakluk kepasa fasal 3 dan kepada mana-man undang-undang yang

berhubungan dengan keselamatan Perseketuan atau mana-mana bahagiannya,

ketenteraman awam, kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap

warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh Persekutuan dan

bermastautin di mana-mana bahagiannya. Selagi mana-mana Negeri lain berada

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembangan ini berbanding dengan

Negeri-negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang

mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain,

ke atas hak-hak yang diberikan oleh fasal 2 berkenaan dengan pergerakan dan

kemastautinan.

VI. Perkara 10 : Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.

Setiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Semua

warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Semua

warganegara berhak untuk membentuk persatuan. Sekatan-sekatan ke atas hak

untuk membentuk persatuan yang diberikan dan dikenakan oleh mana-mana

undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan. Pada

mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Perseketuan atau

mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal 2, Parlimen

boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak,

taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetpkan atau

dilindungi oleh peruntukan Perkara 152. 153 atau 181 melainkan yang

berhubungan dengan pelaksanaanya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-

undang itu.

VII. Perkara 11 : Kebebasan Beragama

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk

kepada Fasal (4), mengembangkannya. Tiada seorang pun boleh dipaksa

membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukan khas kesemuanya atau

sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. Setiap

kumpulan agama berhak untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri,

menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau

khairat dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan

mentadbirkannya mengikut undang-undang. Undang-undang Negeri dan

berkenaan dengan wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan

Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat

pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang

menganuti agama islam. Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan

yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan

dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

VIII. Perkara 12: Hak berkenaan dengan pendidikan

Tanpa menjejaskan keluasan perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap

mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau

tempat lahir dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang

disenggarakan oleh sesuatu pihak berkauasa awam, dan khususnya, kemasukan

murid-murid atau pelajar-pelajar. Selain itu, dalam memberikan bantuan

kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam nagi penyeggaran atau

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan.

Tiap-tiap kumpulan agama berhk menubuhkan dan menyeggarakan institusi-

institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agam kumpulan itu sendiri, dan

tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana

undang-undang ynag berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam

pentadbiran mana-mana undang-undang itu tetapi adalah sah bagi perseketuan

atau sesuatu negeri menubuhkan atau menyeggerakan atau membantu dalam

menubuhkan atau menyeggerakan institusi-institusi islam atau mengadakan atau

membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama islam dan melakukan apa-apa

perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu. Tiada seoarng pun boleh

dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam

apa-apa upacara atau upacara sesuatu agama, selain agamanya sendri. Selain itu,

agama seseoramg yang dibawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan

oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

IX. Perkara 13 : Hak Terhadap Harta

Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan

harta dengan paksa tanpa pampasam yang memadai.

4. Perlakasanaan di Malaysia

i. Kebebasan berhimpun dan pergerakan

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Walaupun rakyat secara teknikal menikmati hak untuk berhimpun, perhimpunan

awam tertakluk kepada kelulusan polis. Akta Pertubuhan memerlukan pertubuhan

tujuh atau lebih orang mendaftar, dengan kerajaan menafikan pendaftaran kepada

kumpulan tertentu, termasuk organisasi hak asasi manusia, dan Akta Universiti

dan Kolej Universiti mengehadkan pembentukan kumpulan pelajar. Walaupun

rakyat Malaysia pada umumnya menikmati kebebasan untuk melancong di dalam

negara dan di luar negara, dan beralih ke luar negara dan kembali ke Malaysia,

penduduk di semenanjung Malaysia memerlukan pasport atau ID Kebangsaan

untuk memasuki negara Sabah dan Sarawak, dan rakyat tidak boleh melakukan

perjalanan ke Israel tanpa izinan rasmi.

ii. Kebebasan Beragama

Perlembagaan menjamin kebebasan beragama, tetapi juga menggambarkan Islam

sebagai agama rasmi. Antara cuti rasmi di Malaysia berbeza mengikut kawasan

adalah hari-hari suci umat Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Perkahwinan

antara orang Islam dan bukan Islam adalah tidak diiktiraf. Mahkamah Syariah

menguatkuasakan undang-undang Syariah dalam bidang tanggungjawab tertentu.

Dalam amalan, orang bukan Islam menghadapi diskriminasi agama, termasuk hak

untuk memiliki tanah. Tambahan pula di beberapa negeri, kemurtadan oleh umat

Islam boleh dihukum oleh kematian. Malaysia juga tidak akan mendaftar

perkahwinan antara agama lain dengan umat Islam.

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

iii. Kebebasan Politik

Walaupun Malaysia adalah pemerintahan beraja berperlembagaan berbilang parti,

parti yang sama telah memegang kuasa sejak 1957 dan parti pembangkang tidak

bersaing pada tahap bermain. Namun, parti itu telah dibatalkan daripada jawatan

pada tahun 2018, menamatkan pemerintahan mereka selama 61 tahun. Selama

bertahun-tahun, kuasa perdana menteri telah meningkat dan parlimen telah

menurun. Satu-satunya pegawai yang dipilih adalah anggota dewan negara dan

parlimen perseketuan. Sejak 1969, pegawai perbandaran dan lain-lain telah

dilantik sehingga kini.

iv. Kebebasan Bersuara

Kebebasan bersuara di Malaysia telah banyak dipertikaikan apabila banyak

perhimpunan dan protes termasuk “bersih” telah dilihat mempunyai ahli-ahlinya

ditangkap tanpa waran.

5. Isu-isu yang berkaitan

i. Kes memepersendakan Lagu Negaraku, Raja Melayu dan Perdana

Menteri melalui Facebook.

Pada 11 Julai 2011, BERNAMA melaporkan seorang pelajar Universiti

Malaysia Terengganu (UMT) telah didakwa menghina lagu Negaraku di

laman Facebook. Sehubungan itu, UMT telah membuat laporan polis

berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku,

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebook.

Menurut Timbalan Naib Caunselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT

Prof Dr Yahaya Ibrahim, laporan itu dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis

Gong Badak. Dr Yahaya berkata penuntut terbabit yang menggunakan nama

“Mohd Farizal” dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan

mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana

Menteri. Walau bagaimanapun, laporan tersebut turut menyebut bahawa pihak

pengurusan UMT masih tidak tahu sama ada dia mahasiswa UMT atau sudah

tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar, dan menyerahkan

kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Rajah 1: Petikan komen menjelekkan melalui Facebook

ii. Kes Menghina Sultan Terengganu Melalui Facebook

Laman sosial Facebook merupakan anatara laman sosial paling popular di

Malaysia. Facebook sebagai rangkaian sosial, memiliki berbilang berfungsi,

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

antaranya sebagai wadah menyambung silaturahim, bersembang, memuat naik

gambar, ucapan selamat, berniaga, dan sebagainya. Namun, terdapat pemilik

akaun Facebook yang menyalahgunakan fungsi dan sebagainya. Beberapa kes

sedang disiasat berhubung penghiaan terhadap institusi Raja di Malaysia yang

membabitkan laman sosial Facebook, termasuk terhadap Sultan Johor, Sultan

Kelantan dan Sultan Terengganu. Pada 20 Mei 2013, seorang pemilik akaun

Facebook bernama “Cucu Nabi” telah berkongsi gambar dari laman Facebook

Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu

dan menyiarkan gambar baginda berpakaian istiadat yang lengkap, tetapi

menulis komen yang menjelekkan dan memghina baginda Sultan Mizan. Isu

utama yang menjadi punca kemarahan pemilik akaun tersebut ialah

perhimpunan Black 505 di Terengganu. Ini jelas dinyatakan dalam postingnya

dua hari selepas itu, iaitu pada 22 Mei 2013.

iii. Kes Kematian Ganapathy semasa berada dalam siasatan Polis.

Pada 11 Mac 2021, ibu kepada S.Ganapathy membuat laporan di ibu pejabat

polis daerah (IPD) Gombak, mendakwa anaknya dipukul ketika dalam

tahanan sehingga menyebabkan kakinya perlu dipotong. Hasil laporan bedah

siasat Ganapathy yang meniggal dunia di hospital setelah ditahan polis

mendapati dia mati akibat kecederaan teruk di kaki dan bahu, menurut

peguam Ganapathy. Dalam laporan, ibu Ganapathy, 60, berkata anaknya

ditahan pada 24 Februari bagi memabantu siasatan terhadap seorang lagi

anaknya yang dikehendaki polis. Anaknya dalam keadaan sihat ketika ditahan

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

walaupun mempunyai sejarah penyakit diabetes dan masalah jantug, menurut

laporan itu lagi. Pada 8 Mac lalu, ahli keluarga mendiang menrima panggilan

daripada seorang sarjan yang memaklum bahawa Ganapathy telah dibebaskan

dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang.

Thanaletchumy mendakwa anaknya memberitahunya bahawa ketika dalam

tahanan dia dipukul oleh polis dengan menggunakan paip getah. Di hospital,

Ganapathy disahkan mempunyai masalah buah pinggang dan kakinya terpaksa

dipotong. Ganapathy merupakan seorang peniaga susu lembu dan mempunyai

dua anak berusia lima dan tujuh tahun, meniggal dunia pada 18 April di

Hospital Selayang.

Rajah 2 : S.Thanaletchumy (Ibu kepada Pemangsa)

6. Kekuatan dan Kelemahan

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

a) Kekuatan

Kebebasan asas adalah suatu bentuk hak yang harus dimiliki oleh setiap

warganegara atau rakyat yang berada di bawah sesebuah pemerintahan demokrasi.

Demokrasi adalah sesuatu sistem yang memberikan peluang kepada rakyat bagi

menglibatkan diri dalam pembuatan keputusan atau pembentukan dasar.

b) Kelemahan

Kebebasan secara keseluruhan hanya akan lebih mendatangkan keburukan

berbanding kebaikan. Ini adalah disebabkan jika kebebasan peribadi diutamakan

ia pasti akan mendatangkan ketidakpuasan hat pihak lain yang mempunyai hak

yang sama. Itulah sebabnya undang-undang tidak menganugerahkan kebebasan

mutlak kepada warganegara dan bukan warganegara. Ia semata-mata bertujuan

untuk menjaga keharmonian dalam negara.

7. Analisis

Dalam bahagian analisis ini, saya ingin menyorot secara sepintas lalu hak-hak dibawah

perlembagaan dan kenyataannya dalam kehidupan seharian, iaitu apakah hak kebebasan

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

diri berkenaan masih dapat dinikmati oleh rakyat. Oleh kerana setiap peruntukan

mempunyai aspek-aspek menarik yang tersendiri apa yang dipaparkan di sini ialah aliran-

aliran yag dominan bagi peruntukan-peruntukan berkenaan. Perlu dijelaskan bahawa

tema yang memandu analisis ringkas ini ialah demokrasi dan keperlembagaan,

terutamanya keperluan rakyat terbanyak mengambil bahagian dalam pembuatan

keputusan, ketelusan dan akauntabliti.

Perlu disebut terlebih dahulu bahawa kebebasan diri yang terkandung di dalam

perlembagaan tidak semuanya boleh dinikmati oleh semua orang. Sebahagian daripada

hak-hak berkenaan hanya boleh dinikmati oleh warganegara Malaysia sahaja. Ini wajar

disebut kerana selain menunjukkan kepentingan status kewarganegaraan di Malaysia,

kedudukan ini turut memberi bayangan tentang apakah yang dikatakan “kebebasan diri”

di Malaysia. Dengan kata lain sesuatu yang dijamin untuk semua orang, walaupun

warganegara atau sebaliknya boleh dikatakan sebagai benar-beanr penting dan asasi.

Perlu juga disedari bahawa kebebasan diri tidak bersifat mutlak, iaitu perlembagaan

mengizinkan sekatan dikenakan ke atas hak-hak yang diakanunkan di bawah Bahagian

Dua itu. Dalam pada itu ada juga peruntukan-peruntukan yang dikecualikan daripada

operasi bahagian tersebut. Ini adalah satu lagi ciri penting selain pemisahan antara

warganegara dan sebaliknya. Selain itu, peruntukan-peruntukan di bawah bahagian ini

boleh digantung oleh bahagian dan peruntukan lain dalam perlembagaan. Ini semua

dengan sendirinya menimbulkan persoalan tentang sejauh mana asasinya hak-hak

tersebut. Dari segi tafsiran ciri-ciri ini turut menyulitkan pemahaman dan pelaksanaan

kebebasan diri di Malaysia. Oleh sebab itu, penggunaan kaedah tafsiran perlu digunakan

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

dengan berhati-hati, yakin dengan cara yang tidak menyebabkan peruntukan-peruntukan

berkenaan hilang signifikan dan maknanya.

8. Cadangan

Dengan ini, saya ingin mencadangkan beberapa langkah-langkah untuk memperbaiki

keadaan di Malaysia mengenai kebebasan asasi. Ini didasarkan kepada kenyataan dan

masalah yang dibincangkan di atas. Apabila Suruhanjaya Reid gagal menjelaskan

landasan peruntukan-peruntukan berkenaan, sesuatu yang turut menyumbang terhadap

masalah yang kita hadapi sekarang. Bagaimanapun apa yang dikatakan sebagai kegagalan

ini bukanlah sesuatu yang tidak boleh diperbaiki. Lagipun apa yang menyebabkan

kebebasan kita itu menjadi kurang signifikan ialah cara pelaksanaanya yang berpunca

daripada tanggapan kita sendiri tentang sifat dan ruang-lingkup kebebasan asasi tersebut.

Dari sudut ini Perlembagaan juga tidak boleh dipersalahkan selama-lamanya kerana

mereka menyangka kita bertamadun dan sedar akan kepentingan kebebasan asasi kita.

Oleh kerana sebahagian daripada masalah dan ketidakadilan berpunca daripada cara

perlaksanaan peruntukan perlembagaan dan undang-undang, maka pihak-pihak

berkenaan perlulah mengkaji semula cara mereka melaksanakan kuasa-kuasa mereka. Ini

sangat relevan terutamanya dalam konteks polis dan mahkamah. Seperti yang telah

disebutkan pendekatan dan tindakan mereka mempengaruhi secara langsung ruang-

lingkup peruntukan-peruntukan mengenai kebebasan. Bagaimanapun perlu diakui

bahawa perubahan pendekatan ini memerlukan keberanian intelektual yang mana sesuatu

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

yang hanya boleh dicetuskan oleh kesedaran moral dan agama yang tulen dan kuat.

Dengan itu semua pihak akan menggunakan segala daya dan ruang yang memiliki untuk

tidak mengizinkan diskriminasi dan penindasan dalam apa bentuk sekalipun. Meskipun

kerangka perlembagaan yang ada boleh dikatakan mamapu untuk mengizinkan keadaan

dan perubahan di atas, pada hakikatnya itu semua terlalu bergantung kepada kekuatan

manusia yang melaksanakaanyya. Dengan kata lain rakyat, seolah-olahnya, diletakkan di

bawah ihsan para penguasa sedangkan seperti dinyatakan di atas tadi, kebebesan asasi

tersebut adalah sesuatu yang wujud serentak dengan kelahiran mereka. Institusi-institusi

berkenaan hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja. Meskipun pengalaman setakat

ini tidaklah begitu menceriakan, ia bagaikan harapkan pagar, pagar makan padi. Dengan

itu ada cadangan yang mahukansupaya sebuah penyemakan perlembagaan bagi tujuan

membincangkan senario yang ada dan kemudian memberi cadangan untuk

memperkuatkan perlindungan terhadap rakyat.’

9. Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kesimpulan mengenai kebebasan asasi di Malaysia isunya

bukanlah soal persepsi sama ada seseorang itu optimistik atau pesimistik. Kesimpulan ini

adalah sesuatu yang berdasar kepada kenyataan. Ia juga bukan soal perbezaan tanggapan

atas satu hal yang sama dimana diibaratkan oleh seorang sarjan seperti melihat air dalam

gelas yang setengah penuh yang juga boleh dikatakan separuh kosong. Jika kita melihat

kepada piawai antarabangsa, apa yang kita miliki di Malaysia lebih merupakan sebuah

gelas yang kosong atau tiga suku kosong atau suku penuh. Bukan separuh penuh atau

separuh kosong seperti yang dicadangkan oleh sarjana tadi. Mungkin boleh dikatakan

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

bahawa ideal yang dicita-citakan itu hanya boleh dihidupkan jika institusi yang berkaitan

menyedari kepentingan kebebasan asasi dijamin kepada rakyat. Badan kehakiman yang

insaf dan prihatin, agensi-agensi kerajaan yang sedar tentang kepentingan kebebasan

asasi tadi dalam pembangunanmanusia serta pihak media yang memahami ideal itu

adalah antara faktor-faktor yang perlu ada. Dalam pada itu kandungan dan ideal

peruntukan-peruntukan itu tidaka akn terlaksana jika perlembagaan masih difahami

secara harfiah dengan menagabaikan semangat dan falsafahnya. Ini semua menekankan

betapa perubahan dari segi pemahaman dan pelaksanaan peruntukan-peruntukan

kebebasan asasi ini memerlukan perubahan dan penyesuaian yang sama ada menyeluruh

serta mendasar dalm institusi-institusi berkenaan, eksekutif, badan perundangan, badan

kehakiman, kalangan akademik perlu mempunyai wawasan yang bersesuaian sekiranya

peruntukan-peruntukan tadi hendak diharapkan menjadi pelindung kepada kebebasan

asasi rakyat. Ertinya kesemua proses ini perlu berjalan serentak jika peruntukan-

peruntukan dalam Bahagian Dua Perlembagaan Perseketuan itu hendak benar-benar

dilaksanakan dalam bentuk dan semangatnya.

10. Rujukan

Abdul Aziz Bari. (2008). Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis. Shah Alam: Arah
Publications.

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Ahmad Sarji. (2003). Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep, implikasi dan cabaran. Terj.
Azwar Abd. Manan & Mohamad Abd Manaf. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad.

Asiah Sarji. (1996). Pengaruh persekitaran politik dan sosiobudaya dalam perkembangan
penyiaran radio di Malaya dari tahun 1920 – 1959. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asiah Sarji. (2002). Penyiaran dan pembangunan pemaparan nilai-nilai murni dan tidak murni
melalui penyiaran: analisis teori. Seminar penyiaran dan masyarakat. Universiti Putra Malaysia,
Serdang. 5 September.

http://cpps.org.my/resource_centre/Perlembagaan_Persekutuan.pdf

http://utusan.adamantsys.com/utusan/Mahkamah/20130411/ma_02/Nizar-dakwa-tidak-tahu-
Sultan-Johor-murka

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=952887

http://www.digitalnewsasia.com/sites/default/files/files_upload/PP%20v%20Rutinin%20Bin
%20Suhaimin%20-%20s233.pdf

http://www.malaysiakini.com/news/169582

http://www.mscmalaysia.my/news/introducing-msc-malaysia-certified-solutions#bog7

https://twitter.com/mbnizar [28 Mei 2012]

Kent, K.E. (1975). Mass communication, information control and development: a general
systems theory analysis. Tesis Ph.D. University of Minnesota, Amerika Syarikat.

Mafis Mohd Samuri. (2012). Penghakisan nilai agama melalui doktrin hak asasi manusia.

http://www.muftiwp.gov.my/vl/doc/Doktrin_Hak_Asasi_Manusia.pdf.[26 April 2013].

Mohamed Sharil Tarmizi. (2013).


http://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/
General/pdf/130524_Hina_Sultan_Trengganu.pdf

Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff & Muammar Ghaddaffi Hanafiah. (2015). Impak Media Baharu
Terhadap Sistem Nilai Masyarakat Melayu di Malaysia. Jurnal Komunikasi. Jilid 31(2) : 33-46
MSC (2011). http://www.skmm.gov.my.
Muhammad Adnan Pitchan (2013). Kawalan Dan Kebebasan Dalam Sistem Internet: Kajian Dari
Perspektif Dasar Dan Amalan. Tesis Sarjana Falsafah. Tesis PhD. Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan. Bangi. UKM.

268684
GMGA2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Muhamad Adnan Pitchan. (2013). Kawalan dan Kebebasan dalam Sistem Internet: Analisis dari
Sudut Cabaran Kerajaan dan Pembangunan Negara. Kertas Kerja yang

268684

Anda mungkin juga menyukai