Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab al-risywah (‫)الِّر ْش َو ُة‬. Al-Fayyumi berkata:
al-Risywah (‫ )الِّر ْش َو ُة‬adalah sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada hakim atau orang lain,
agar hakim itu memenangkannya, atau agar hakim itu memutuskan hukum sesuai dengan apa
yang diinginkannya. (Lihat al-Misbah al-Munir fi Gharib al-Syarh al-Kabir, 3/411)

Ibn al-Athir pula menyebut: al-Risywah (‫ )الِّر ْش َو ُة‬adalah sesuatu yang menghubungkan
kepada keperluan/hajat dengan cara pujukan. (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith wa al-Athr,
2/226)

Dari segi istilah, al-risywah merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan
kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 22/219) Dr Yusuf
al-Qaradhawi menyebut: "Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah
menerima rasuah. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa
atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang
merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda
kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya." (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm.
627)

Istilah rasuah telah digunapakai dalam bahasa Melayu yang bermaksud pemberian untuk
menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat)

Manakala menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ialah


penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu
kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.
Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.[1]

Menurut undang -undang Malaysia yang terkandung dalam Seksyen 3(a), (b) dan 4(a)(b),
Akta Pencegahan Rasuah 1961 (Pindaan 1971) mentafsirkan rasuah sebagai: “menerima atau
memberi apa-apa suapan sebagai dorongan, upah atau galakkan kepada seseorang untuk
melakukan sesuatu perbuatan atau untuk tidak melakukan sesuatu perbuatan yang ada
hubungan dengan prinsipalnya.”

Dalil Pengharaman Rasuah

Pengharaman rasuah adalah jelas sama ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Larangan
rasuah dalam al-Quran diambil daripada celaan Allah SWT terhadap kaum Yahudi yang biasa
mengambil rasuah. Allah SWT berfirman:

‫َس َّماُعوَن ِلْلَك ِذِب َأَّك اُلوَن ِللُّسْح ِت‬


Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala
yang haram (rasuah dan sebagainya) ( Surah al-Maidah (42)

Imam al-Baghawi menjelaskan ayat ini dengan mengatakan: “(Ayat) ini turun berkenaan para
hakim Yahudi, Ka’ab al-Asyraf dan yang sepertinya. Mereka menerima rasuah dan memutuskan
hukum untuk memenangkan orang yang merasuah mereka.” (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 3/58)

Begitu juga dengan firman Allah SWT:

‫َو اَل َت ْأُك ُلوا َأْم َو اَلُك م َب ْي َن ُك م ِباْلَباِط ِل َو ُتْد ُلوا ِبَه ا ِإَلى اْلُح َّك اِم ِلَت ْأُك ُلوا َفِر يًقا ِّمْن َأْم َو اِل الَّن اِس ِباِإْلْث ِم َو َأنُت ْم َت ْع َلُموَن‬

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara
kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah:
188) .

KONSEP RASUAH

1. Meminta atau menerima rasuah


2. Menawar atau memberi rasuah
3. Membuat tuntutan palsu
4. Menyalahguna jawatan atau kedudukan
LAPORAN KES RASUAH
PENJAWAT AWAM AMBIL RASUAH SEMAKIN SERIUS

PUTRAJAYA – Salah guna kuasa di sektor awam ini masih di tahap yang tidak berubah tapi
masih di tahap yang tidak berubah , tapi masih belum terlambat untuk kita tanganinya. Tahap
integri dalam kalangan penjawat awam semakin serius berbanding 10 tahun lalu .

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk
Azam Baki berkata berdasarkan statistik Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat
SPRM sepanjang tahun 2016 sehingga Februari 2017 sahaja sebanyak 665 Kertas Siasatan telah
dibuka melibatkan penjawat awam di negara ini.

"Seramai 548 penjawat awam telah ditangkap sepanjang tempoh berkenaan dan sebanyak 63
kes telah dituduh di mahkamah."Ini menunjukkan betapa seriusnya rasuah dalam kalangan
penjawat awam dan dikhuatiri jumlah ini akan terus meningkat sekiranya tidak dibendung,"
katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW)
dan Wilayah bersama SPRM.

Belia berkata lagi berbanding tempoh tujuh tahun dahulu , isu rasuah membabitkan
penguatkuasakan , perolehan , dan ahli politik , tidak berubah malah semakin serius .

Hadir sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Azam berkata, masyarakat juga tidak boleh menjadikan alasan 'tidak tahu'
dalam melakukan jenayah rasuah biarpun ia membabitkan nilai serendah RM10 .

FAKTOR RASUAH
Antara faktor yang menyebabkan gejala rasuah ini adalah kelemahan peribadi
seseorang induvidu. Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan
agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan
yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya
memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima
kelak.

Selain itu, kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi juga merupakan faktor
utama berlakunya rasuah. Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang
penyeliaan dan pemantauan ke atas golongan pekerja. Hal ini akan mendorong aktiviti
rasuah berlansung secara berleluasa dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, golongan pekerja
merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.

Seterusnya , faktor lain ialah ialah politik . Sesetengah ahli politik menggunakan
kesempatan untuk berbukti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah
untuk mendapatkan kuasa , memenangai pemilihan jawatan politik , mengumpul kekayaan ,
menagih popularity .

Kemudian , terjadi akibat daripada sosial dan budaya kita sendiri . Malaysia
mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda ,sempena
menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan , majlis hari jadi , majlis perkahwinan dan
sebagainya . Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah
melakukan rasuah sama ada diminta , disogok atau diumpan tanpa disedari .
KESAN RASUAH
Kesan kepada diri sendiri adalah maruah diri tercemar . Rasuah juga
menggambarkan amalan berat sebelah dan ketidakadilan dalam sesebuah urusan di
mana banyak pihak lain yang sebenarnya dianiaya kerana mereka mengamalkan amalan
yang tidak baik . Secara tidak lansung imej sesautu pengurusan itu turut tercemar .
Kesan kepada masyarakat pula adalah boleh mempertaruhkan nasib rakyat. Dalam
hal ini, segolongan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah akan terabai
daripada menerima sesuatu hak yang sepatutnya diberi sama rata sama ada dalam
bentuk tender, pekerjaan atau pendidikan. Rasuah juga akan menjauhkan jurang
perbezaan di antara golongan miskin dan kaya. Lazimnya mereka dapat memperoleh
segala perkara yang diingini dengan memberi rasuah. Sesetengah rakyat sanggup
menggunakan wang untuk menyogok semata-mata untuk menpercepatkan proses atau
memperoleh sesuatu kebaikan.
Kesan kepada negara ialah sistem pemerintahan menjadi lemah sekali gus
menyebabkan imej negara pada mata dunia tercalar. Setiap kali berlaku rasuah, maka
pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang
sepatutnya. Rasuah mejejaskan perjalanan demokrasi dan pentadbiran yang cekap
apabila peratura dan undang-undangdiabaikan. Contohnya, rasuah dalam pilihan raya
atau pemilihan umum lain dalam badan perundangan menghancurkan akauntabiliti.
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan individu yang
berfikiran kritis dan berani untuk menegakkan keadilan andmentadbir negara. Kegiatan
rasuah yang berlaku menyebabkan birokrasi negera menjadi huru-hara kerana terdapat
pegawai-pegawai yang memperoleh jawatan melalui amlan rasuah.
Kesan kepada negara lain adalah kemerosotan ekonomi negara. Rasuah dalam
politik secara tidak langsung mengurangkan keyakinan perlabur-pelabur sama ada
dalam mahupun luar negara untuk melabur di negara kita. Hal ini kerana sistem
pentadbiran negara yang menjadi kucar-kacir menyebabkan peraturan dan undang-
undang pelaburan tidak dilaksanakan dengan cekap dan bersih. Kekurangan pelaburan
asing di negara kita akan menjejaskan ekonomi negara dan ekonomi negara menjadi
tidak stabil. Penggangguran dalam negara meningkat apabila pelabur-pelabur berhenti
melabur. Contohnya, kehidupan rakyat di negara kita akan terjejas. Rakyat negara kita
tidak dapat hidup dalam keadaan yang baik jika ekonomi kitasemakin teruk.
CADANGAN PENYELESAIAN
Memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri . Keimanan dan keperibadian yang tinggi
adalah benteng yang paling kuat untuk membenteras gejala rasuah . Apabila setiap individu
bencikan rasuah sama ada rakyat biasa , pemimpin , peniaga atau jentera kerajaan bahkan
sesiapapun maka amalan rasuah dapat diatasi .

Menekankan bahaya rasuah dalam sistem pendidikan . Benci kepada rasuah akan dapat
dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman persekolahan lagi . Generasi yang
dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang lebih bertanggungjawab , amanah ,
ikhlas .Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan datang yang bebas daripada rasuah.

Di samping itu, langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini seperti memperkuatkuasakan
undang-undang dan hukuman. Hal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali
sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar
mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat
akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.

Akhir sekali , pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolah
lagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar
membenci gejala rasuah ini akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan
tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan
pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan.
KESIMPULAN
Natijah akhirnya, rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan mengikut Akta Pencegahan
Rasuah 1997. Rasuah dianggap jenayah kerana perbuatan ini melanggar etika sesuatu bidang pekerjaan
malah secara tidak langsung si pelakunya mengambil atau ‘mencuri’ hak orang lain. Justeru seharusnya
langkah kerajaan dalam membendung gejala rasuah ini wajar disokong oleh semua pihak
memandangkan rasuah mampu meninggalkan implikasi terhadap semua pihak. Sesungguhnya, tanpa
rasuah segala urusan pembangunan dapat berjalan dengan lancar. Keadilan dan kesaksamaan dalam
masyarakat juga akan dapat dipertahankan dan semua rakyat tanpa mengira kedudukan dan bangsa
akan hidup dengan aman

Apabila berlakunya peningkatan dalam rasuah , secara tidak lansung ia akan membawa kepada
penurunan ekonomi KDNK Negara Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan Malaysia perlulah memastikan
rasuah dapat diatasi dengan menggerakkan jentera kerajaan yang terdiri daripada pihak berkuasa
tempatan untuk memantau aktiviti rasuah kerana kebanyakkan penglibatan aktiviti rasuah ini adalah
terdiri daripada kalangan penjawat awam yang berpangkal besar.

Memperkukuhkan institusi penguatkuasaan undang-undang terutama SPRM, Badan Kehakiman dan


Polis. Penguatkuasaan mereka perlu diwujudkan secara terang-terangan untuk memastikan
kepercayaan orang ramai terhadap institusi-institusi tersebut. Meningkatkan lagi undang-undang
kepada pemberi maklumat untuk memberi perlindunganyang lebih luas kepada mereka yang berusaha
memberi maklumat tentang penglibatan pihak-pihak tertentu terhadap rasuah.
SUMBER RUJUKAN
1. INTERNAT
- http://tingkatanenam.blogspot.com
- https://www.scribd.com/
- https://www.google.com/
- https://ihgggg.blogspot.com/
- https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Ftingkatanenam.blogspot.com
%2F2015%2F06%2Frasuah-keratan-akhbar-artikel-
berkaitan.html&psig=AOvVaw0c1dtUhFIW9USi6QXXLHde&ust=1644746539659000&source=im
ages&cd=vfe&ved=0CAsQjRxqFwoTCNCvhMO43PUCFQAAAAAdAAAAABAD

2. MODUL PENDIDIKAN ISLAM KOLEJ VOKASIONAL KUALA KRAI


3. SURAT KHABAR SINAR HARIAN
4. BUKU TEKS PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5

Anda mungkin juga menyukai