Anda di halaman 1dari 3

Lampiran I

GARIS PANDUAN MODUL PENEMPATAN PROJEK 3PAB

1. TEMPAT PENEMPATAN PROJEK

1.1. Semasa Modul V iaitu Modul Penempatan Projek, para peserta 3PAB
ditempatkan ke projek atau agensi yang melaksanakan projek. Matlamat
penempatan projek adalah untuk memberi peluang kepada peserta
mengalami sendiri pengalaman projek sebenar serta memberi ruang kepada
penilaian menyeluruh kursus dibuat melalui laporan dan penilaian penyelia.

1.2. Pada akhir Modul Penempatan Projek, peserta 3PAB diharapkan dapat:

i. Melaksanakan analisis kritikal melalui kaedah pemikiran yang bersifat


analitikal mengenai pengurusan projek tersebut.

ii. Mengenalpasti good practices dan lessons learnt hasil daripada analisis
yang dibuat.

iii. Mengaplikasikan teori yang dipelajari selama tiga minggu dengan menilai
kembali mana amalan pengurusan projek yang dilaksanakan di agensi.

1.3. Sebelum penempatan projek bermula, peserta perlu mengenalpasti projek


berkenaan melalui dua kaedah:

i. Peserta mencadangkan projek yang bersesuaian di Kementerian/


Jabatan masing-masing kepada urus setia untuk pengesahan.

ii. Memilih senarai projek yang disediakan oleh urus setia (melalui Rakan
Strategik kursus khususnya ICU dan JKR).

1.4. Sekiranya projek yang dicadangkan oleh peserta seperti i) di atas tidak
bersesuaian atau tidak memenuhi syarat, peserta hendaklah memilih satu
projek dalam senarai urus setia seperti ii).

1
1.5. Antara kriteria tempat/projek yang sesuai untuk Modul Penempatan Projek
adalah:

i. Projek fizikal awam yang berada dalam fasa pelaksanaan.

ii. Kos projek mestilah melebihi RM 5 juta ke atas.

iii. Projek yang diuruskan secara konvensional, reka dan bina atau
perkongsian awam swasta.

iv. Projek yang membolehkan penilaian dibuat terutamanya dalam aspek


masa, kualiti dan kos (TQC).

v. Projek yang membolehkan penilaian dibuat di tapak dan juga di pejabat.

1.6. Semasa penempatan, seorang pegawai dari agensi di mana peserta


ditempatkan akan dilantik sebagai penyelia. Pegawai penyelia hendaklah
terdiri dari pegawai kanan, yang grednya sama atau lebih tinggi daripada
gred peserta. Peserta dan penyelia akan dibekalkan garis panduan
mengenai perkara-perkara yang perlu dilakukan semasa penempatan projek.

1.7. INTAN tidak akan menanggung kos makan dan minum serta penginapan
peserta sepanjang lima hari Modul Penempatan Projek berlangsung. Di
samping itu, sebarang tuntutan perjalanan sepanjang modul tersebut
(sekiranya ada) adalah di bawah tanggungan Kementerian/Jabatan/Agensi
peserta sendiri.

1.8. Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan berkaitan dengan projek yang


dipilih sebagaimana yang diarahkan oleh penyelia di samping mengumpul
maklumat yang diperlukan bagi menyiapkan laporan Modul Penempatan
Projek. Laporan perlu diserahkan kepada urus setia kursus selewat-lewatnya
21 hari daripada tarikh hari terakhir Modul 5 Kursus 3PAB secara
modular. Tarikh akhir penyerahan adalah pada 26 November 2021 (Jumaat)
di INTAN Bukit Kiara.

2
2. PERANAN PENYELIA MODUL PENEMPATAN PROJEK

2.1. Penyelia yang telah dipilih bagi membuat penilaian ke atas peserta kursus
3PAB yang menjalankan Modul Penempatan Projek akan bertindak selaku
pegawai yang akan memberi maklumbalas kepada Urus setia 3PAB
mengenai prestasi peserta sepanjang lima hari mengikuti Modul Penempatan
Projek.

2.2. Peranan dan tanggungjawab penyelia Modul Penempatan Projek adalah


seperti berikut:

i. Merangka dan memberikan tugasan khusus (untuk lima hari) kepada


peserta kursus di mana tugasan tersebut adalah mengenai projek yang
telah dipilih. Salinan senarai tugasan khusus yang diberikan perlu
diserahkan kepada urus setia kursus.

ii. Memberi kemudahan yang bersesuaian kepada peserta untuk


menjalankan tugasan yang diberikan seperti workstation dan kenderaan
(sekiranya diperlukan semasa lawatan tapak projek).

iii. Mengadakan sesi perbincangan dan bertukar-tukar pendapat dengan


peserta serta pegawai-pegawai lain yang bersesuaian mengenai
pengurusan projek yang dipilih.

iv. Melaksanakan penilaian yang adil ke atas peserta dengan melengkapkan


Borang 3PAB-5 (Borang Pemarkahan Penilaian Modul Pengurusan
Projek) serta menyerahkannya kepada Urus setia 3PAB selewat-
lewatnya 21 hari daripada tarikh hari terakhir Modul 5 Kursus 3PAB
secara modular pada 26 November 2021 (Jumaat) di INTAN Bukit
Kiara.

v. Memberikan maklumbalas mengenai prestasi peserta kepada Urus setia


3PAB dan juga kepada peserta tersebut sendiri.

Anda mungkin juga menyukai